Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Ku tanya apa khabar?...

$
0
0
Assalamualaikum,

Lama rasanya ita tak menjengah blog kesayangan ita ni. Kesibukkan yang tak menentu dengan pelbagai urusan yang tak berkesudahan menambat ita untuk mengemaskini blog ita ni.

Apa khabar teman-teman ita sekalian? Besar harapan ita agar semuanya dalam keadaan sihat waalfiat selalu, senyum-senyum selalu dan ceria-ceria selalu.. Happy-happy kan diri dan jangan sempitkan fikiran dengan masalah yang memang tak akan berpenghujung.

Lama menyepi pasti banyak cerita yang ingin di kongsikan.. Banyak berita yang ita juga hampir terlepas pandang. Pasti ada cerita menarik mewarnai dunia masakkan masa kini.

Hari ini ita mulakan hari-hari ita dengan mengajak anda semua melihat hasil kerja yang ita lakukan beberapa hari yang lalu. Kerana kekangan masa banyak hasil kerja yang tak sempat ita ambil untuk jadikan kenag-kenangan. Mujur ada beberapa foto yang di titipkan rakan untuk ita simpan dalam memori Masam Manis, agar menjadi kenangan buat ita dan keluarga. Foto-foto kali ini juga di ambil dalam keadaan tergesa-gesa. Ada yang di rakamkan oleh suami kerana ita sibuk dengan kelas dan tak sempat untuk merakamkan hasil kerja ita.. ada yang ita rakamkan di waktu malam kerana mengejar masa, jadi gambar tak berapa memuaskan hati ita.. namun ita bersyukur kerana masih ada lagi potretnya untuk ita simpan sebagai rujukkan dan kenangan.

Kepada semua yang masih sudi menempah kek dengan ita, yang repeat oder entah yang ke berapa kali , jutaan terima kasih yang tak terhingga dari ita dan keluarga. Jika ada kekurangan atas kelemahan ita.. dengan rasa rendah diri, ita memohon beribu kemaafan dan halalkan segala kekilafan..





























Tempahan kek hanya untuk Johor Bahru
Jika anda berminat untuk membuat tempahan sila wassap ke : 
018 ~ 769 1544







Kelas figurine 27 Mac

$
0
0

Assalamualaikum..

Aduyaiiii... lama kak ita tak kongsikan kelas kak ita kan.. Maaf lah pada adik-adik yang ternanti-nanti gambar kelas , nak tengok aksi pelajar dalam kelas dan juga hasil tugasan mereka. Sebenarnya ada masalah sikit dengan komputer kak ita ni yang membuatkan kak ita tak dapat nak uplode gambar dalam blog. Maaf sangat-sangat ya adik-adik... Cuma kak ita risau takut gambar hilang aje.. mujur tak hilang gambar dalam komputer ni..

Ok lah hari ini kak ita kongsikan gambar kelas penghujung bulan Mac, wah! dah lama benar rupanya kelas ni.. aduyaiiii... lama gambar ini terperap dan lama jugak blog akak bersawang rupanya...Tak pe.. hari ini akak ita kongsikan gambar kenangan kami bersama.


Sebelum tu kak ita nak merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada adik-adik yang sudi hadir kelas kak ita. Ada yang datang jauh dari Kuantan, semata-mata untuk mendapatkan sedikit ilmu yang kak ita ada.. Alhamdulillah.. semoga apa yang kak ita kongsikan dapat menambahkan lagi kemahiran dalam dunia bakery anda semua..


Seronok sangat kelas ni.. kak ita masih lagi terbayang-bayang gurau senda dan gelak tawa kalian semua. Seakan terasa sangat akrab seolah telah lama mengenali antara satu sama lain, walaupun sebenarnya kita hanya berceloteh lewat alam maya sahaja..

Kelas kali ini kak ita tak ambil ramai peserta. hanya 5 orang untuk satu kelas figurine kerana kak ita amat risau bila kelas ramai, tak dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada setiap pelajar. Kerana kelas ini perlukan penelitian yang lebih, kesaabaran yang tinggi dan semangat yang kuat untuk menyiapkan ke empat-empat ekor figurine. Bila kelas yang lepas-lepas, yang agak ramai membuatkan kelas habis agak lewat dan ada yang tak sempat menyiapkan foigurine kerana kesuntukkan masa, maka kali ini kak ita kurangkan peserta supaya setiap peserta dapat lebih akrab dan lebih dekat untuk lebih mudah memahami apa yang kak ita cuba sampaikan.



Boleh ita katakan semua peserta kali ini cukup cekap dan pantas. Oleh yang demikian kak ita dapat mengajar teknik yang lain.. Kalau peserta agak lambat tak banyak yang dapat kak ita kongsikan kerana kita mengejar masa yang cukup terbatas. Sebenarnya banyak yang kak ita nak ajarkan.. tapi tulah ianya semua bergantung kepada kepantasan dan kecekapan setiap peserta.


Ok, kelas kita masih lagi di Starhill Golf And Country Club. Terima kasih kepada pihak pengurusan Starhill, atas layanan yang sangat baik, hidangan makan yang sangat istimewa pada hari itu.. tempat belajar yang cukup selesa serta kerja sama yang di berikan sangat-sangat memuaskan hati kami.





Jom pasti anda semua dah tak sabar nak intai-intai kelas kak ita kan.. Banyak lagi gambar kelas yang akan menyusul nanti. Jom kita intai kelas ini dulu.. lama dah ni.. mereka tertunggu-tungu gambar mereka..













Kelas ita memberikan 100% kebebasan kepada pelajar untuk mencipta karektor figurine mereka sendiri di bawah pengawasan. Apa yang ita harapkan ialah.. bila mereka melangkah keluar dari kelas, mereka telah yakin 100% untuk menerima setiap tempahan dan ita berharap dengan sedikit tunjuk ajar .. mereka bukan sahaja boleh mereka cipta apa figurine yang ita ajarkan.. tetapi mereka boleh membuat figurine yang lain juga insyaallah...

Lihatlah betapa tekunnya mereka menyiapkan figurin hingga tak sedar hari sudah menganjak ke senja..

Jom kita lihat pula hasil nukilan mereka.






Macam mana? comelkan..
Apa yang ita seronok sangat apabila melihatkan kerjasama antara mereka, saling tolong menolong dan ingat mengigatkan antara satu sama lain.. membuat kan mereka semakin akrab. Ita berharap persahabatan yang terjalin akan terus kekal ukhwahnya....

Kepada yang berhajat untuk membuat tempahan jangan segan silu untuk hubungi mereka. Dah lulus 100% dah ni dan rasanya semuanya telah bersiap sedia untuk menerima tempahan.


Kepada yang tinggal di Keluang atau kawasan sekitarnya, boleh hubungi Tina untuk tempahan. Fb Tina di SINI
Tina juga ada jual roti tau! roti yang Tina buat sedap sangat dan lembut gebu! kalau nak rasa jangan segan hubungi Tina.


Seronok melihatkan keakraban dua beranak ni.. Ibunya senantiasa berada di sini untuk meniupkan semangat buat anak tersayang.


Tini dari Kuantan. Kepada yang tinggal di Kuantan, anda boleh hubungi Tini di fbnya di SINI
Anda juga boleh lihat hasil kek yang telah Tini sediakan comel-comel figurinenya..








Seronok melihatkan keakraban keluarga bahagian ini. Doa akak semoga Tini terus maju jaya dalam dunia bakery yang di minati ini.


Seorang lagi peserta dari Kluang, Dila. Kepada yang tinggal di sekitar Keluang dan kawasan yang sewaktu dengannya bolehlah hubungi Dila di Fbnya di SINI
Selain membuat kek deco, Dila juga ada buat Melty Hershey's dan Cheese Leleh. Dila juga ada buat biskut raya juga tau! kalau nak rasa biskut raya Dila jangan lupa roger-roger ya...


Eyna Haneyna memang tidak asing lagi. Kak ita kenal Eyna sejak awal berfb, baru kini dapat berjumpa. Eyna ni rajin sungguh dan cepat belajar. Eyna juga ada membuat pelbagai kek, tak kiralah dari kek continantal , birthday hingga ke kek perkhawinan. Pasti tak menyesal tempah kek dengan Eyna. Kek yang kemas dan semestinya sedap!

Kepada yang tinggal di Kulai ( Bandar Putra) yang berhajat nak tempah kek, jangan segan silu untuk hubungi Eyna. FB eyna di SINI


Comel-comel anak Eyna, yang kecik tu.. comel sangat.. ^_^


Seorang lagi pelajar ita seorang guru. Cikgu Sarejah dari Batu Pahat. Tapi cikgu kita ni tak punya fb lah pulak , jadi tak dapat ita kongsikan fb beliau. Cikgu kita ni cukup banyak pengalaman, seronok bersembang dengan cikgu Sarejah. harap dapat kita berjumpa lagi. Sangat tekun dan cukup teliti orangnya. Tidak ragu lagi dengan hasil tugasan beliau yang sangat kemas.


Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian anda untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan hidangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...



Bagi anda yang berminat untuk turut serta bengkel deco Basic Figurine boilehlah whatsapp ke talian : 0187691544


Cepat.. cepat.. murah! murah!

$
0
0




Anda peminat Pavlova dan brownies?
Sekitar Ampang, Shah Alam, apa tunggu lagi, dapatkan sebelum tempahan di tutup. 






Terliur....

Whatsapp Yaya to place your order

- 0173930553







SLAM muncul lagi....

$
0
0


Anda peminat SLAM?
Lama tidak mendengar lontaran suara lemak merdu vokal kumpulan yang menjadi pujaan ramai suatu masa dahulu...
Jangan lepaskan halua telinga anda dengan lontaran vokal terbaik dari Zamani dan kemunculan gabungan kumpulan hebat yang menjadi satu fenomena ni..
Joooom ramai-ramai  ke  konsert SLAM pada 
Tarikh :14th of may 2016 
Bertempat di :  StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City (rooftop)!

Konsert ini merupakan kemunculan pertama SLAM selepas 10 tahun lebih tidak muncul dengan sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur dgn lagu-lagu hits seperti Tak Mungkin Berpaling, Kembali Merindu, Rindiani, Buat Seorang Kekasih & of courseeeee Gerimis Mengundang!
Tiket konsert Kurnia Slam dibahagikan kpd beberapa kategori harga iaitu 

RM88 (normal) 

RM158 (silver) 

RM198 (gold) 

RM399 (VVIP)

Pembeli tiket berharga RM399 akan berpeluang utk beramah mesra dgn anggota kumpulan Slam.

Get your tickets now via www.ticketpro.com.my (online) 
Ticketpro outlets or directly call 03-78807999





Kelas Korean Flower dan Figurine

$
0
0

Kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 dan Kelas Basic Figurine untuk bulan Mei akan di adakan pada :~
14 hb Mei ( figurine ) ~ fully booked
15 hb Mei ( Korean Flower )
21 hb Mei ( figurine )
Jangan lepaskan peluang ini
Tempat pembelajaran yang selesa dan berhawa dingin
Di sediakan sarapan pagi dan makan tengahari yang menyelerakan
Kemudahan tandas dan surau untuk kemudahan pelajar
Semua peralatan mendeko di sediakan untuk kemudahan setiap pelajar. Anda tidak perlu membawa apa-apa peralatan mendeco kerana kami bertanggungjawab sepenuhnya di atas keselesaan anda.

Anda juga di berikan beberapa peralatan mendeco PERCUMA mengikut kelas yang anda ikuti.

Terdapat potongan harga bagi mereka yang mendaftar untuk kedua-dua kelas di atas.

Pada anda yang berminat bolehlah dapatkan segala info dari PA saya.

Segala pertanyaan kelas boleh terus wassap ke PA saya di:
no wassap 018 ~ 7691544 .
*Bila wassap nanti sila bagi tahu anda nak tahu tentang kelas figurine atau Korean flower buttercream, PA saya akan berikan butir lengkap tentang tarikh, lokasi, bayaran dan butiran kelas.
Terima kasih atas sokongan semua. Kerjasama dan sokongan daripada anda saya dahului dengan ucapan terima kasih



Tempahan kek yang lalu

$
0
0












Kek Bo Boi Boy 



Kek minion 3D



Devil Food Choc Slice Cake




Untuk segala pertanyaan kek dan tempahan anda boleh terus wassap ke talian 018 ~ 769 1544






Kelas Korean Flower Buttercream 3 April 2016

$
0
0

Assalamualaikum..
Lama kak ita tak kongsikan kelas kak ita. Kesian adik-adik akak ni tunggu lama gambar masing-masing terupdate dalam blog kesayangan akak ni. Maaf ya adik-adik akak tersayang.. kenapa lah agakanya lemau benar nak mengupdate blog sejak dua menjak ni.. entah apalah kebuzyyannya.. akak sendiri pun tak tahu..

Ok tak pe.. kerana banyak kelas yang belum terupdate.. kita langsung terus aje skodeng kelas 3 April ni..aduh,.. lama betul kelas ni.. ni dah nak masuk bulan June dah ni.. sorry ya adik-adik, nanti akak cuba perahkan sikit malas ni.. supaya terus rajin-rajin update blog akak ni dengan gambar-gambar terbaru.. ya..




Pertama sekali ita nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik-adik ita yang sudi hadir kelas walaupun ada yang terpaksa terbang jauh dari utara. Terima kasih juga pada suami masing-masing yang sanggup membawa isteri kesayang jauh ke selatan tanah air untuk mendapatkan sedikit perkongsian ilmu dari akak.

Alhamdulillah seronok sangat dapat bertemu dengan kalian semua.. seronoknya ada yang datang berbadan dua tau! mak belajar baby dalam puyut pun belajar sama.. hihi. Semoga kedua ibu dan anak sama-sama dapat maanfaatnya. Semoga cahaya mata yang lahir kelak memberikan seribu inspirasi pada bondanya untuk terus berkarya dalam bidang yang di minati ini.

Kak ita tak boleh nak bebel panjang lebar hari ni.. sebab berderet lagi kelas yang belum di update. Kita terus aje ye skodeng apa aksi adik-adik kita dalam kelas.









Senarai nama pelajar kelas 3 April 2016

Siti Rohani dari Kedah
Mai dari Kluang
Shamsiah dari Kuala Lumpur
Sarejah dari Bapu Pahat
Noraini Tahir dari Johor Bahru
Azie dari Selangor
Noorhafizah dari Kluang
Yanti dari Kempas
June dari Batu Pahat
Ummi dari Rawang Selangor

Jom kita intai pula hasil tugasan dari mereka


























Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian anda untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan hidangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...



Kepada anda yang berminat untuk menghadirkan diri ke kelas Korean Flower Buttercream, ada sedikit penguguman. Kelas Korean Flower Buttercream kak ita yang terakhir sebelum menyambut Ramadhan adalah pada 21 Mei. Bagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk turut serta. Ini merupakan kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 yang terakhir. Insyaallah selepas raya kak ita akan mulakan dengan kelas Modul 2 pula.

Pada yang berminat boleh wassap talian :  018 ~ 7691544








Kelas Figurine 9 April 2016

$
0
0

Assalamualaikum...

Kalau semalam kita dok intai kelas bunga Korean flower, hari ini ita bawa kalian intai-intai kelas figurine pulak. Kelas yang berlansung pada 9 April 2016 di Starhill Golf And Country Club ini membariskan pelajar yang datang jauh-jauh. Sebelum kita intai kelas ita perkenalkan dahulu dengan deretan pelajar ita untuk kelas kali ini



Kelas Figurine 9 April 2016

Intan Biana dari Kulai Johor
Normah dari Pasir Gudang Johor
Ilyana dari Tapah Perak
Noraini tahir dari Johor Bahru
Suria dari Melaka

Pertama sekali kak ita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian kalian untuk turut serta dalam bengkel kelas kali ini. Walaupun ada yang terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke selatan tanah air ini. Semoga apa yang di pelajari dapat di maanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Untuk kelas figurine ita memang tak ambil ramai pelajar bedasarkan pengalaman yang lepas-lepas, terlalu ramai student membuat tumpuan ke atas satu-satu pelajar itu sangat-sangat terbatas. Masa juga turut mencemburui kadang-kala hingga terlajak hingga dinihari.. Oleh kerana itu ita hadkan untuk kelas figurine, ita ambil dalam jumlah yang kecil supaya lebih fokus dan tumpuan dapat di berikan.

Kelas figurine ita akan berakhir pada 22 hb Mei ini. Selepas raya ita akan beralih ke kelas yang lain pula. Kelas figurine hanya akan ita buka semula jika ada permintaan sahaja.

Ok apa tunggu lagi, jom kita intai pula kelas kali ini






Jom kita lihat pula hasil tugasan masing-masing



Hasil tugasan dari Suria. Suria ni dari Melaka, selain mengambil tempahan kek, Suria juga ada mengajar baking jugak tau! Jadi bagi mereka yang tinggal di Melaka yang susah nak turun Johor, bolehlah hubungi Suria untuk dapatkan tunjuk ajar. Insyaallah akak yakin Suria boleh berikan tunjuk ajar pada anda. Anda boleh hubungi Suria di Fb nya di SINI



Ini pula hasil tugasan dari Intan. Bagi anda yang tinggal di Kulai yang ingin tempah kek boleh hubungi Intan di FB Intan di SINI

Intan ni rajin tau, dah mula dah buat figurin untuk tempahan. baru-baru ini ita buat figurine untuk hari Jururawat. Comel aje figurine Intan.

Oh ya mungkin belum terlewat lagi untuk kak ita mengambil kesempatan, merakamkan ucapan Selamat Hari Jururawat Sedunia untuk semua jururawat yang banyak membantu, merawat dan menjaga kak ita dan keluarga sepanjang kami berada dalam rawatan, tak kiralah bagi para jurawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, swasta atau pun di klinik-klinik. Jasa dan khidmat bakti yang anda curahkan sangat mulia, tiada tolok bandingnya dan hanya Allah jua yang dapat membalas keikhlasan anda menabur bakti yang tak ternilai. Semoga kalian di rahmati selalu , di berikan kesihatan yang baik untuk terus memberikan khidmat yang terbaik.



Anak-anak Intan, comel-comel! ^_^
Inilah permata hati dan juga pemberi semangat buat bonda tersayang untuk terus berkarya dalam dunia yang sangat di minati. Doa-doakan mama ya anak-anak semoga mama senantiasa sihat, senyum-senyum selalu dan di murahkan rezeki. Jaga mama baik-baik tau!



Ini pula hasil tugasan dari Aqila. Aqila ni adalah anak didik Normah. Kalau anda nak tempah kek yang sedap-sedap, boleh lah hubungi Normah di SINI

Aqila ni berbakat besar tau! figurine yang di hasilkan ada karektor sendiri. syabas dan tahniah akak ucapkan. Jangan segan-segan lagi ya.. jangan takut-takut.. kak ita ni tak makan orang.. makan kek aje.. hihi ^_^




Ini pula student ita yang datang jauh dari Perak. Terim kasih Yana sangup datang jauh. Ini bukan kali pertama Yana datang tau! Yana pernah datang untuk kelas bunga Korean juga dulu. Terima kasih Yana atas segala-galanya. Senantiasa berikan kak ita sokongan dan galakkan. Walaupun berbadan dua tak mematahkan semangat Yana untuk menimba ilmu. Semoga terus maju jaya yana dalam apa bidang sekali pun yang Yana minati

Bagi anda yang tinggal di Perak, kalau nak dapatkan tempahan kek boleh hubungi Yana di fb Yana di SINI. Seperti juga Suria, Yana juga ada buat kelas tau! kalau yang teringin nak belajar untuk buat kek ke.. atau deco boleh hubungi Yana.



Ini pula Noraini dari Johor Bahru. Kak ita masih lagi tak dapat fb Noraini untuk anda buat tempahan bagi yang tinggal sekitar JB. Nanti bila kak ita dah dapat fbnya kak ita kan masukkan di sini ya.


Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian anda untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan hidangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualikum






Penguguman
Kelas terakhir Korean Flower Buttercream Modul 1


Kepada anda yang berminat untuk menghadirkan diri ke kelas Korean Flower Buttercream, ada sedikit penguguman. Kelas Korean Flower Buttercream kak ita yang terakhir sebelum menyambut Ramadhan adalah pada 21 Mei. Bagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk turut serta. Ini merupakan kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 yang terakhir. Insyaallah selepas raya kak ita akan mulakan dengan kelas Modul 2 pula.


Pada yang berminat boleh wassap talian :  018 ~ 7691544







Kelas bunga Korean Flower 16 April 2016

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman...
Apa khabar kalian semua di sana? Alhamdulillah ita sihat.

Hari ini sekali lagi ita kongsikan gambar kelas Korean flower ita yang dah lama tertungak tak terupdate-update lagi..
Kesian lah aiii... kat adik-adik ni.. lama tunggu kak ita uplode gambar kelas. Ok hari ini tertunailah hajat nak lihat gambar kelas yang osem-osem dengan deco kek yang cun melecun dan adik-adik kita yang comel-comel dan fotogenik!


Kita terus sahaja masuk ke dalam kelas ya... adik-adik sekalian...
Kelas kali ini masih lagi berlansung di Starhill Golf And Country Club. Terima kasih pada pihak pengurusan Starhil, tenaga kerja dan adik-adik yang banyak membantu menjayakan kelas kali ini. Hujan lebat yang turun mencurah-curah seakan mendambarkan ilmu yang mencurah-curah juga bakal di sedut oleh adik-adik kita ni.

Rata-rata pelajar kali ini juga datang jauh-jauh. Sebelum kita mulakan pembelajaran, kita berkenalan dulu dengan adik-adik kita ni ya..

Kelas Bunga Korean Flower Modul 1 16 April 2016

Nurul Izzah dari Johor Bahru
Warda dari Johor bahru
Mariah dari Ulu Tiram Johor
Nazahiah dari Seremban
Normalis dari Seremban
Khoo Soo soon dari Luala Lumpur
min dari Gelang Patah
Ummie Aisyah dari Selangor Darul Ehsan


Alhamdulillah kelas berjalan sangat lancar, walaupun hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung hingga beberapa kali bekalan eletrik terputus. Tapi tidak sekali pun mematahkan semangat adik-adik untuk terus menyedut ilmu.. Adik-adik kita juga bijak bermain dengan warna, pemilihan warna kak ita suka, tapi kena banyak lagi praktis supaya dapat menghasilkan kek yang super awesome!

Jom kita skodeng pula gelagat dan aksi mereka dalam kelas





Sekali lagi kak ita dan team Masam Manis, melahirkan ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian adik-adik untuk turut serta dalam bengkel kali ini. Kak ita dan team Masam Manis juga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang bengkel ini berlansung. Sesungguhnya yang khilaf itu adalah atas kelemahan kami dan apa yang baik itu atas keredaanNya jua.

Kepada adik-adik akak sekalian, teruskan berkarya, jangan berhenti setakat ini sahaja... praktis dan praktis lagi.. Akak senantiasa doakan bila adik-adik melangkah keluar dari kelas.. rezeki sudah tertulis untuk kalian semua. Semoga maju jaya dalam apa lapangan pilihan yang di minati.

Kita jangan sembang kencang lagi.. jom kita intai hasil sentuhan pelajar kali ini..



















Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian anda untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan hidangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualikum





Penguguman
Kelas terakhir Korean Flower Buttercream Modul 1


Kepada anda yang berminat untuk menghadirkan diri ke kelas Korean Flower Buttercream, ada sedikit penguguman. Kelas Korean Flower Buttercream kak ita yang terakhir sebelum menyambut Ramadhan adalah pada 21 Mei. Bagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk turut serta. Ini merupakan kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 yang terakhir. Insyaallah selepas raya kak ita akan mulakan dengan kelas Modul 2 pula.


Pada yang berminat boleh wassap talian :  018 ~ 7691544






Johor Steamboat sambut ulang tahun yang pertama Wow ! meriahnya..

$
0
0

Anda peminat steam boat?
Rugi tak datang tau!
Baru-baru ini Johor Steamboat yang beroperasi di Adda Hight Taman Daya Johor telanh mengadakan sambutan ulang tahun yang pertama. Ramai pelanggan yang turut serta menjayakan sambutan ulang tahun mereka yang pertama ini.

Rugi tak datang tau! dapat makan percuma lagi.. ada hadiah-hadiah menarik juga yang menanti anda! berbaloi-baloi datang.. tau! dengan makanan yang terhidang cukup mewah dan lazat-lazat, tempat menjamu selera yang santai di tambah pula dengan kehadiran Zamani Slam dan Denis Chairie yang turut sama menghiburkan tetamu yang hadir.





Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada team Johor Steamboat, tenaga kerja yang sempoi melayan kerenah pelanggan.. Layanan yang di berikan cukup osem!

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada orang kuat di sebalik kejayaan Johor Steamboat selaku big bos atau Tauke Johor Steamboat iaitu Dato' Norazman di atas hidangan yang cukup istimewa ini. Selamat ulang tahun juga kami ucapkan kepada Johor Steamboat, semoga terus maju jaya lagi di masa hadapan.



Kenapa ita kata rugi anda tak datang... ?
Lihatlah hidangan yang di hidangkan.. wow! memang makan sampai kenyang lah kata orang tu... sedap weiiii.... jom lah singgah di Johor steamboat pasti anda tak ralat.. Dengan tempat makan yang selesa. Ada ruang berhawa dingin dengan dapur eletrik di sediakan di tingkat atas. Jika tak suka makan tempat sejuk.. boleh makan sambil santai-santai di tingkat bawah, sambil menghirup udara yang segar dan nyaman..
Untuk kanak-kanak, warga emas dan orang oku di berikan harga yang cukup istimewa serendah RM 10 seorang.. wow! murah tu.. apa tunggu lagi..
Jangan risau nak parking kereta anda.. Tempat letak kereta juga ada.. selamat untuk anda dan keluarga

Johor Steamboat menyajikan makanan yang fresh dan terbaik dari ladang. Harga yang sangat berpatutan dan layanan yang cukup istimewa!


Selain hidangan yang istimewa ini, ada hadiah-hadiah yang menanti pengunjung tau! hadiah utama sebuah motor tau! untuk pertandingan selfie.. Jom ramai-ramai pergi Johor Steamboat .. pastu ambil gambar selfie dan share.. dapat hadiah motor tau! tak nak ke..?




Wow! bertuah badan.. kata orang tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia siapa yang tahu kan.. Siapa sangka sambil makan sambil selfie.. dapat menang motor..!

Selain memang motor turut di hiburkan lagi dengan di terbangkan khas Zamani dari kumpulan Slam dan Denis penyanyi dari Indonesia yang cukup popular dengan lagu " cukup cukup sudah" untuk menghiburkan anda semua.

Ita pasti anda semua dah tak sambar nak melihat aksi penyanyi kesayangan ramai ni kan...
Ok ita belanja anda gambar artis pujaan ramai ni.. nanti jangan lupa belanja ita pulak tau! di Johor Steamboat






ok cukup tak!
Tak cukup lagi... ok kita tambah lagi..




Alhamdulillah.. sedap germersik suara kedua-dua artis kesayangan ramai ni..
Terima kasih Zamani Slam dan Denis kerana turut serta memeriahkan lagi sambuatn ulang tahun Johor Steam boat yang pertama.

Sura Zamani ni memang membuai perasan betul lah.. kata orang tak lapuk di telan zaman. Sesuai dengan namanya Zamani.. kekal sepanjang zaman.. ! good luck Adek! semoga terus unggul!

Rasanya belum terlewat untuk ita merakam kan setinggi tahniah di atas kejayaan konsert Zamani bersama Slam baru-baru ini. Tahiah! dengar ramai yang hadir hingga sold out tiket!
Alhamdulillah..

Tahniah dan terima kasih jua kepada Johan Aziz selaku pengurus Zamani, kepada team Johan, kepada kak Yati. Semoga terus tabah dan maju jaya lagi di masa yang mendatang.

Jom layan lagi gambar sambutan Johor Steamboat.








Johor Steamboat
No 2 Jalan Adda 3/3
Taman Adda Height
Johor Bahru

Tel : 016 ~ 682 6826





Ruang kerja saya..

$
0
0
Memiliki ruang kerja di rumah adalah menjadi dambaan semua. Namun kadang kala ruang rumah yang agak terbatas, dengan keluasaan bukaan yang sempit selalunya membantutkan rancangan untuk memiliki ruang kerja sendiri.


Sebagai suri rumah sepenuh masa, seorang ibu, dan meminati dunia dekorasi kek, ruang kerja adalah sangat-sangat ita perlukan. Ianya adalah supaya lebih mudah didalam melakukan tugasan, lebih teratur dalam penyimpanan bahan dan ianya sangat praktikal dan membantu  memudahkan segala urusan.

Selain daripada dapur yang merupakan ibu pejabat ita setiap hari, ruang kerja adalah tempat yang paling ita suka lepak. Di sinilah ita banyak menghabiskan masa dengan melayari internet, bersembang dengan rakan-rakan alam maya, mendengar lagu yang ita minati di samping melakukan aktiviti deko kek yang di pesan oleh teman-teman.


Ramai yang beranggapan, memiliki ruang kerja memerlukan modal yang besar. Perlukan ruang atau bilik khas untuk merialisasikan mimpi indah. Namun percayalah jika anda bijak, sudut comel di dalam rumah juga dapat anda gunakan sepenuhnya untuk menjadikan impian anda satu kenyataan.

Setelah mendapat banyak permintaan daripada rakan-rakan, yang ingin melihat ruang kerja ita, di mana ita deco kek dan bagaimana ita menyimpan bahan-bahan deco kek yang banyak. Hari ini ita kongsikan ruang kerja ita. Mungkin ianya sedikit sebayak dapat membantu rakan-rakan yang lain juga dalam mencipta atau menjadikan sebahagian daripada ruang sudut di dalam rumah untuk ruang kerja yang selesa dan rapi.

Ruang kerja ita ini tidaklah terlalu besar, hanya berkeluasan 10 X 10 kaki persegi. Sebenarnya ianya dahulu adalah bilik belajar atau bilik bacaan anak-anak. Tetapi bila anak-anak telah meningkat dewasa, telah tamat belajar mereka lebih banyak menghabiskan masa di dalam kamar tidur masing-masing. Jadi daripada bilik ini terbiar, ita merebut peluang ini untuk menjadikan ianya bilik deco kek ita.

Jom ita bawa anda intai-intai bilik kecil ini.

Kebanyakkan bahan yang ita gunakan adalah bahan yang murah aje.. Ita beli di kedai Mr DIY, IKEA, kedai hardware, DAISO atau kedai menjual barang-barang untuk asesori kedai. Di sebabkan ita suka merayap.. jadi bila ita jalan-jalan dan terjumpa bahan yang ita berkenan di hati.. ita tidak teragak-agak untuk membelinya.


Mula-mula ita kenalan dengan rak penyimpanan bahan ini. Rak ini ita beli di kedai untuk asesori kedai. Harganya tidaklah mahal berbanding kedai barangan perabut, hanya RM 125 untuk rak yang mempunyai 5 tingkat ini. Plastik container tu ita beli di kedai 2N. Ianya berwarna warni, tapi ita cat atau spray dengan warna silver supaya nampak seragam. Ita letakkan sticker pelekat dan tuliskan apa bahan yang ada di dalamnya supaya memudahkan ita untuk mencari.

Pelekat sticker tu anda boleh dapatkan dari Mr DIY. Boleh di tulis dengan kapur tulis putih atau ita gunakan pen maker warna putih yang anda boleh dapatkan dari kedai alat tulis.


Rak yang berada di tingkat tengah tu ita beli dari kedai Mr  DIY juga. Jam di dinding yang bergambar cup cake ita dapatkan dari kedai Romantika. Dah lama dah ita beli jam ni.. tak tahulah ada lagi atau tidak di kedai tu..



Sudut ini pula adalah sudut di mana ita tempatkan komputer. Di sini ita mengemaskini blog, mengedit gambar dan juga bercating dengan rakan-rakan alam maya.


Continer ni tempat ita menyimpan bahan untuk deco kek, seperti cetak huruf, lapik silicon , acuan dan lain-lain lagi. Di sebabkan bahan ini kecil dan banyak, jadi bila di simpan di sini lagi mudah, dan bekas lut sinar ini lebih memudahkan ita untuk melihat apa bahan yang tersimpan di dalamnya.


Container yang tergantung di dinding pula tempat ita himpunkan nozel dan peralatan untuk kek bunga kpop ita. Ia mempunyai ruang yang kecil dan memudahkan untuk ita menyimpan segala peralatan yang kecil dan comel ini. rak ini ita dapatkan dari kedai hardware. Harganya pun tak sampai RM 30 rasanya. Ita pun dah lupa sebab dah lama dah ita beli container ni.



Pasu comel yang bergantungan ini sebenarnya sebagai penyeri dan menambah unik ruang ini. walaupun begitu ianya juga berfungsi untuk meletakkan peralatan tulis, tools dan colour. Selain itu, rak yang comel ini juga dapat menempatkan pasu comel sebagai penyeri ruang ini lagi. pasu-pasu colel ini ita dapatkan dari IKEA.


Dalam laci pula, ita letakkan container penyimpan peralatan. Ianya boleh juga di gunakan untuk penyimpanan sudu garfu di dalam laci di dapur. Tapi ita gunakan utuk letak peralatan di dalam laci meja, supaya memudahkan untuk mencari bahan yang ita perlukan.

Conrtainer ini anda boleh dapatkan dari Daiso atau Mr DIY.


Troli beroda ini ita dapatkan dari IKEA, ia datang dalam 2 warna kalau tak silap ita lah kan.. warna krim dan teal. Ita pilih warna krim untuk mudah menserasikan dengan semua warna. Manalah tahu .. kalau esok dah bosan dengan bilik unggu muda ini .. ia masih serasi untuk warna yang lain juga.


Troli ini ita letakkan bahan deco. Ianya mudah di sorong tarik, itu yang ita suka tu.. Ia mempunya 3 container penyimpan bahan dan sangat praktikal. Ita gunakan bekas tin susu untuk meletakkan peralatan ita.


Di meja inilah ita melakukan tugasan ita. lapik hijau untuk memotong itu ita dapatkan dari kedai peralatan tulis. Meja tu ita dapatykan dari Ikea. dah lama meja ni.. 10 tahun ada rasa usianya, tahan lasak dan sangat-sangat praktikal serta  banyak berjasa. Ia boleh di lipat pada sisinya. Kalau tak nak guna kita lipat aje sisinya dan ianya menjadi meja yang kecil dan dapat jimat ruang.


Ini pula adalah tempat menyimpan colour ita yang banyak tu. ini hanya dapat simpan sebahagian sahaja. Yang lain ita simpan dalam container. Rak ini diy, suami ita yang buatkan, setelah merata ita mencari rak untuk menyimpan colour tapi tak jumpa. Terima kasih yang tak terhingga buat suami yang merialisasikan hajat ita.

Mudah aje buatnya, hanya guna papan plywood, kayu spin, gam kayu dan cat hitam.



Ok sekarang kita beralih pada sudut yang lain pula


Almari di hujung tu tempat ita letak barang-barang ita.  Buku-buku rujukan dan lain-lain peralatan baking.


Ini lagi satu rak diy yang ita buat. Botol-botol kecil ni, anda boleh beli di kedai jual barang pengantin. Ianya botol untuk door gift ni. Ita susun bertingkat atas rak yang ita buat, supaya mudah nak lihat barang di dalamnya. Ita letakkan manik kecil dan asesory kek yang kecil.



Ok sampai di sini sahaja yang dapat ita kongsikan ruang kerja ita. Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang berhajat untuk menyediakan ruang kerja sendiri di rumah.

Jumpa lagi..
Asaalamualaikum.




Free Delivery ~ Pavlova

$
0
0



FREE DELIVERY promo is back! This Wednesday, 25/5/2016. 
Whatsapp me now to place your order. 
Now now! 
😁
 Mini Pavlova - 25 pieces RM70 only!!

Shah Alam, Subang, Kajang, Bangi, Cheras, Petaling Jaya, you name it! 

Cepat whatsapp 0173930553. 
Thank you! 
😘❤️











Asam Pedas Melaka Asli

$
0
0

Assalamualaikum..

Lama kita tak main masak-masak kan.. asyik deco-deco aje.. Ramai yang dah mula merungut nampaknya .. Bilalah dapur Masam Manis nak berasap semula ^_^

Sebenarnya bukan tak nak kongsi resepi lagi.. tapi kadang apa yang di masak pernah di kongsi sebelum ini. Kekangan masa dan kesibukkan yang tidak berpenghujung membantutkan lagi hasrat untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang ita sayangi ini.

Ok lah sebagai tidak menghampakan.. dan juga permulaan.. kata orang nak start enjin tu.. kita panas-panaskan dulu dengan asam pedas Melaka Asli power meletup ni..!

Memang power dan memang meletup! panas berasap telinga di buatnya. Tak taulah mungkin cili yang ita guna kali ni pedas sangat barangkali. Itu ita tak letak cili api sebagaimana yang di kongsikan tuan empunya resepi ni.. kalau letak tak tahulah gamaknya.. ada tercabut terus telinga ni..




Bagi yang nak cuba resepi ni.. bolehlah kurangkan cili kering tu.. bagi yang tak suka pedas berasap ya.. jangan letak cili padi dan kurangkan juga sukatan lada hitam. Bila lada hitam bertembung pulak dengan cili kering dan cili api.. di tambah lagi halia dan serai.. mau tak berasap telinga di buatnya..

Resepi ni memang sedap! walaupun pedas berasap.. masih lagi terasa powernya tu.. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan pun dah bertambah-tambah di buatnya nasi di pinggan. Tapi yang ita punya ni.. tak payah sambal belacan.. kalau tambah sambal belacan.. bukan telingan aje yang tertanggal.. dengan kepala-kepala sekali pun boleh tercabut tau!

Ok kita tak payah sembang banyak.. ita pun banyak lagi tugasan yang menanti.. Kalau ada masa kita sembang lagi ya.. Jom layan asam pedas Melaka ni dulu ya.. Kali ni ita guna ikan tenggiri untuk resepi kali ni. Adoiii... mahal betulah harga ikan sekarang. Sekali gi pasar beli ikan aje dah 2 keping duit seratus melayang.. kadang terbayang jugak.. sampai bila lah situasi ini akan berlanjutan. Kesian kan.. tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan.. dengan harga barangan yang melambung.. apalah yang nak di sajikan pada keluarga bila Ramadhan menjelma nanti...

emm... jangan di fikirkan lah.. kita makan asam pedas sambil urut dada.. dan bersyukur dengan rezeki yang terhidang di depan mata.. Jom kita makan



ASAM PEDAS MELAKA ASLI
Resepi oleh : Dianaajaq
Rujukkan oleh : Ayu

Resepi ni kalau guna sukatan Ayu dapat agak banyak ya. Kalau tak ramai atau untuk sekali masak, ikut sukatan Diana. Kalau nak masak lebih boleh ikut sukatan Ayu.

4 potong ikan ~ pari, parang, tenggiri atau kembung
1 sudu teh halba
1 ikat daun kesum
10 batang bendi atau terung
1 kuntum bunga kantan
1 cawan air asam jawa
minyak untuk menumis
garam gula secukup rasa

Bahan Kisar

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
1 senduk cili kisar ~ kalau cili jenis pedas boleh kurangkan
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam ~ bagi yang tak kuat pedas boleh kurangkan
3 batang serai ~ 1 kisar 2 lagi di titik

Panaskan minyak dalam kuali
Kemudian masukkan halba dan tumis hingga kuning
Bila dah kuning terus masukkan bahan kisar dan tumis sampai garing dan terbit minyak.
Bila dah betul-betul garing, masukkan sedikit gula. Anggaran 1/2 sudu besar
Kemudsian masukkan daun kesum dan bunga kantan
Jika kuah kering tambahkan air
Biarkan di merenih kemudian masukkan ikan
Masukkan juga air asam jawa
Biarkan ikan empuk
Akhir sekali masukkan bendi dan terung
Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
Biar dia mendidih sebentar dan kuah sedikit pekat
Bolehlah hidangkan bersama nasi hangat, ikan goreng dan sambal belacan

Asam pedas ni lagi lama di perangat lagi sedap!
Selamat mencuba







Jom bersihkan peti sejuk

$
0
0
Bilakah tarikh terakhir anda membersihkan peti sejuk?
Peti sejuk adalah tempat menyimpan bahan makanan terutamanya yang mempunyai jangka hayat yang pendek dan mudah rosak. Oleh itu adalah menjadi kemestian untuk kita senantiasa memastikan peti sejuk kita bersih dan makanan yang tersimpan di dalamnya kekal segar dan terhindar dari tarikh lupus.


Tahukah anda bahawa peti sejuk hendaklah selalu di bersihkan. Paling rajin seminggu sekali.. kalau tak sempat 2 minggu sekali.. kalau tak rajin sekalipun.. sebulan sekali anda harus pastikan  peti sejuk hendaklah di bersihkan.

Peti sejuk boleh dikatakan sebagai jantung dalam rumah kita. Ia sangat-sangat di perlukan dalam keluarga kerana di situlah tempat kita meletakkan segala macam makanan yang kita makan setiap hari. Oleh kerana itu, kita haruslah senantiasa memastikan peti sejuk kita senantiasa berada dalam keadaan bersih dan segar supaya makanan yang di simpan di dalamnya juga terhindar dari pencemaran, kualitinya senantiasa terjaga,  supaya seisi rumah dapat menikmati makanan yang sihat dan kekal berkhasiat.

Di sebabkan bulan Ramadhan sudah tidak sampai berapa hari lagi... apa kata kita intai-intai peti sejuk kita. Bersihkan mana yang patut dan buangkan makanan yang telah tamat tempoh tarikhnya.

Tahukah anda bahawa peti sejuk adalah peralatan eletrik yang tahan lama jangka hayatnya. Ia boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun. Jika anda pandai menjaganya jangka hayatnya boleh menjejak hingga 15 tahun. Peti sejuk adalah merupakan peralatan eletrik yang jarang rosak kecuali jika berlaku litar pintas. Ada sesetengah orang , mereka  menginsurankan peralatan eletrik semasa membelinya.

Hari ini ita kongsikan beberapa tip atau cara bagaimana kita nak membersihkan peti sejuk kita.



Langkah pertama
Keluarkan segala barang yang terdapat di dalam peti sejuk. Pilih hanya barang yang perlu sahaja dengan jangka hayat yang pendek untuk di simpan dalam peti sejuk. Jangan penuhkan peti sejuk dengan makanan yang tidak perlu hingga susah nak tutup dan menyukarkan anda untuk mencari barang di dalamnya. Asingkan makanan dan buangkan mana makanan yang telah rosak atau tamat jangka hayatnya.

Ada yang mencadangkan supaya peti ais di tutup suisnya semasa proses pembersihan. Tapi bagi ita pula, ita bersihkan satu rak demi satu rak, kerana biasanya barang yang ita simpan dalam peti ais, ita asingkan setiap tingkat. Ini memudahkan ita untuk membersihkan dan mengelakkan dari suis di tutup dan di buka. Ita juga bersikan peti ais seminggu sekali, jadi taklah terlalu sukar untuk di bersikan.



Langkah ke dua,
Keluarkan rak dan container dan cuci bersih dengan sabun dan air. Setelah di cuci, jemur atau keringkan. Untuk bahagian dalam peti sejuk pula, gunakan tuala bersih atau span dan lap segala kekotoran atau tumpahan makanan hingga bersih. Untuk celahan yang agak sukar di bersihkan gunakan berus kecil supaya ia dapat sampai ke kawasan yang kotor.

Anda boleh membersikan peti ais dengan bahan pencuci, atau menggunakan soda bikarbonat yang di campur bersama sedikit cuka makan.




Langkah ke tiga,
Masukkan semula atau susun semula rak dan kontiner di tempatnya yang asal.
Pastikan makanan yang hendak di simpan semula ke dalam peti ais di bersikan dahulu. Kalau buah-buahan sebaiknya di cuci dan di keringkan sebelum di simpan di dalam peti sejuk. Begitu juga dengan sayur-sayuran dan makanan basah seperrti ikan, ayam, daging dan makanan laut.

Bagi makanan yang di simpan di dalam bekas, pastikan bekasnya di cuci bersih sebelum di masukkan ke dalam peti ais.

Bagi makanan yang di dalam botol, seperti sos atau kicap, pastikan anda bersikan penutupnya supaya tidak nampak comot. Ita lebih suka memasukkan sos dan kicap ke dalam bekas plastik yang mudah di cuci dan tidak mudah karat. Ada sesetengah penutup botol mudah karat dan tidak berapa sesuai di simpan dalam peti sejuk.


Jangan menyimpan makanan dalam tin yang telah di buka di dalam peti sejuk. Ini kerana kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah di udara. Sebaiknya anda pindahkan dalam bekas kedap udara plastik atau kaca sebelum di simpan di dalam peti sejuk.

Bagi makanan yang anda simpan dalam bekas kedap udara atau tupperware, sebaiknya anda labelkan supaya mudah nak mencari atau anda tahu apa bahan di dalam bekas tersebut. Sebaiknya cari bekas yang lut sinar supaya mudah anda nampak isi kandungannya.
Anda juga boleh meletakkan tarikh luput atau tarikh anda membelinya supaya mudah anda mengetahui jangka hayat makanan tersebut.

Langkah ke empat.
Susun dengan kemas dan pastikan anda susun makanan mengikut tempat yang di khaskan untuknya.

Semasa menyusun atur barangan di dalam peti sejuk. Anda kena pastikan setiap barangan yang di susun itu berada di tempat yang betul. Suhu di dalam peti seju adalah tidak seragam untuk setiap tingkat dan bahagian.


Jom kita belajar pula cara betul untuk menyusun atur barang makanan di dalam peti sejuk.

Sebagaimana yang kita sedia makhlum, peti sejuk kita mempuanyai dua ruang, iaitu ruang sejuk dan ruangan sejuk beku. Kebiasannya ia di pisahkan dan suhu dalam setiap ruang juga berbeza.

Untuk ruang sejuk beku, pastikan suhunya senantiasa berada di paras -18' C hingga 0' C. Jangan terlalu penuhkan peti sejuk, supaya udara sejuk dapat beredar dengan baik di dalamnya. Penyimpanan makanan yang terlalu padat dalam peti sejuk menyebabkan udara tersekat dan tidak dapat beredar dengan baik.

Di bahagian ini kebiasannya kita meletakkan makanan basah seperti ikan, ayam, daging dan makanan laut.
Sebaiknya anda asingkan setiap makanan dan  letakkan dalam container. Jangan di letakkan ia dalam satu tempat kerana makanan laut tidak boleh di letakkan bersama daging kerana di khuatiri akan kesan samorella.

Jangan menyimpan ayam, ikan , daging atau makanan laut terlalu lama dalam peti sejuk kerana kandungan protein dan kelembapan yang tinggi dalam makanan tersebut  akan menggalakkan pembiakkan kuman dan membuatkan ia cepat rosak.



Oleh kerana ita ke pasar hanya seminggu sekali, dan terus belanja untuk barang dapur... jadi.. biasanya ita akan siangkan ikan , ayam atau daging terlebih dahulu. Ita potong kecil, cuci bersih dan jika perlu di  ita marinatekan terus. Ita letakkan dalam plastik dengan jumlah yang kecil untuk sekali masak sahaja. Ini bertujuan supaya ita tak perlu merendam semula, setiap kali nak masak. Proses ini juga lebih mudah dan mempercepatkan proses memasak. Ita akan masukkan dalam bekas dan letakkan label supaya ita tahu apa yang berada dalam bekas tersebut. Ita letakkan di bahagian tengah kerana bahagian ini lebih tinggi tahap kesejukkannya.
Ingat! nyahbeku bahagian makanan yang di perlukan sahaja, elakkan dari menyejukbeku semula makanan yang telah di nyahbeku

Untuk container di bahagian bawah ita letakkan fries, atau daging bugger, atau makanan segera.
Di pintu ruang sejuk beku , biasanya ita letakkan non dairy whipping cream kerana ia perlu berada di ruang beku senantiasa.



Ok! untuk ruangan sejuk pula,

Untuk ruangan atas, letakkan makanan yang tersedia untuk di makan, seperti yogurt, cheese dan lain-lain. Ruangan ini lebih sejuk berbanding bahagian bawah.

Pastikan anda meletakkan telur dan susu di bahagian tengah ruangan sejuk. Telur dan susu tidak sesuai di letakkan di bahagian pintu kerana ruangan pintu adalah bahagian yang kurang kesejukkan dalam peti sejuk.

Telur hendaklah di letakkan dalam bekas telur supaya terjaga kesegarannya. Jangan lupa untuk letakkan label tarikh luput atau tarikh anda membeli telur tersebut.

Oleh kerana ruangan pintu peti seju, suhunya agak kurang sejuk berbanding bahagian lain, cordial minuman, sos atau bahan lain lebih sesuai di letakkan.

Untuk buah-buahan pula, sebaiknya di letakkan di ruangan container di sebelah bawah, atau di letakkan dalam bekas untuk mudah di ambil. Pastikan buah-buahan di cuci bersih sebelum di simpan di dalam peti sejuk.

Sayur-sayuran juga boleh di simpan di container bawah. Cuci bersih sayur sebelum di simpan dalam peti sejuk. Oleh kerana sayur mudah lecur, sebaiknya ianya di bungkus dengan suratkhabar atau di balut plastik supaya senantiasa segar.

Tips penjagaan peti sejuk

1. Jangan kerap kali membuka peti sejuk atau membiarkan pintu peti sejuk terbuka dalam tempoh yang lama. Ini akan menyebabkan suhunya berubah dan meningkatkan bekalan eletrik.

2. Pastikan anda membeli peti sejuk yang mempunyai 2 pintu dan di asingkan ruangan sejuk dan sejuk beku. Ini kerana kita lebih kerap membuka ruangan sejuk berbanding sejuk beku.

3. Jangan penuhkan peti sejuh hingga ruang udara di dalam peti sejuk tidak dapat bergerak dengan baik. ia juga boleh menganggu tahap kesegaran bahan yang kita simpan di dalam peti sejuk.

4. Pastikan anda tidak memasukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk anda.

5. Senantiasa memeriksa saluran udara keluar di bahagian sejuk beku supaya tiada barang yang menghalang pengudaraan dalam peti sejuk.

6. Senantiasa membersihkan peti sejuk dan memastikan barang yang di simpan di dalamya tidak berada di luar jangka hayat.

7. Untuk mendapatkan peti sejuk yang segar anda boleh mencuba beberapa petua ini.

~ Letakkan daun pandan yang di simpul ke dalam peti sejuk, supaya peti sejuk anda senantiasa harum. Jika rajin anda boleh menghiris daun pandan seperti bunga rampai, letakkan dalam kain muslem dan letakkan di sudut peti sejuk.

~ Letakkan hirisan lemon. Hirisan lemon boleh memberikan bau yang segar dalam peti sejuk.

~ Jika peti ais tertutup lama akibat ganguan bekalan eletrik, pasti ia akan menghasilkan bau yang kurang enak. Untuk mengurangkan bau yang tidak enak ini, letakkan potongan kayu arang di dalam peti ais. Ia dapat memerangkap bau dan mengembalikan kesegaran bau peti ais anda.

Sebagai seorang suri rumah yang terlibat dengan pembuatakn kek. Ita memerlukan 2 peti sejuk untuk menyimpan segala barang keperluan ita seharian.
Satu peti sejuk khas untuk barang keperluan rumah dan keluarga dan satu lagi ita khususkan untuk menyimpan kek dan barang-barang membuat kek dan biskut yang tidak panjang jangka hayatnya.

Jom intai peti sejuk ita.


Ini peti sejuk ita untuk ita menyimpan kek dan barangan membuat kek. Hari ni kek tak banyak, jadi bolehlah intai peti ais ita ni. Kalau ada kek payah pulak nak ambil gambar nanti.

Peti ais ita ni dah lebih kurang 3 tahun usianya. Ita beli hanya 2 pintu sahaja di sebabkan bukaan dapur ita yang agak sempit , dan tak mampu nak menampung peti ais yang besar. Cukuplah 2 pintu, lagipun bukan ita buat banyak kek pun. Hanya mengambil tempahan setakat kemampuan ita sahaja.

Peti ais ni ita bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian ita letakkan barangan kek yang perlu di simpan dalam peti ais seperti badam, kekacang, paste dan filling serta beberapa bahan yang perlu di simpan dalam peti ais.

Ruangan yang sebahagian lagi pula untuk ita letakkan kek. Peti ais ini perlu bagi bakers macam ita dan kawan-kawan supaya mudah untuk menyimpan kek yang besar dan tinggi. Raknya boleh di buka untuk menampung kek yang tinggi saiznya.


Di ruangan bawah, ita letakkan barangan kek ita yang ita simpan di dalam bekas kedap udara. Ita letakkan label untuk setiap bekas supaya mudah untuk ita tahu isi kandungannya.



Di ruangan atas pula ita letakkan susu, whipping cream, cheese dan lain-lain. Biasanya ita suka letak dalam container supaya rak ita tidak comot dan mudah untuk di bersihkan.


Selain peti sejuk untuk menyimpan kek, ita ada satu lagi peti sejuk untuk menyimpan bahan harian. Barang keperluan harian tidak boleh di simpan dalam peti ais untuk kek kerana ita bimbang ada sesetengah kek yang menyerap bau bahan makanan yang kurang enak. Untuk mendapatkan kek yang segar rasanya sebaiknya kita asingkan peti sejuk untuk kek dan makanan harian.


Peti ais ita ni berjenama Samsung. dah lama dah peti ais ni hampir 15 tahun usianya dan banyak berjasa pada ita dan keluarga. Sebab tu kena jaga baik-baik...
Ia ada 2 pintu dan satu untuk ruangan sejuk dan satu pintu untuk bahagian sejuk beku.


Untuk ruangan atas, ita letakkan barangan keperluan harian yang selalu di guna pakai. Ita letakkan dalam container supaya mudah untuk ita bawa keluar bila ita memerlukannya.


Di bahagian tengah ita letakkan buah-buahan dan gula-gula atau jajan anak-anak. Ita letak dalam bakul yang mudah di tarik dan mudah di ambil oleh anak-anak. Bakul ni ita beli dekat Daiso.



Di bahagian bawah ita letakkan sayur-sayuran atau barang basah yang ita guna pakai untuk memasak. Semua bahan ini ita letakkan dalam tupperware dan ita labelkan untuk mudah bila ita nak mencarinya. Ita juga suka guna bekas lutsinar supaya mudah ita lihat apa bahan di dalamnya. Tupperware ini juga ita beli di Daiso.



Di pintu peti sejuk pula ita letakkan minuman yang ita bancuh sendiri untuk keluarga, dan ita letakkan dalam botol kaca.
Ita jula letakkan minuman bergas dan botol-botol sos di rak bahagian pintu.
Sos pula ita letakkan dalam botol sos yang ita beli. Ita lebih suka letakkan sos dalam botol lain kerana ita tidak berapa gemar melihat tutup botol sos yang comot dan sukar di cuci. Ada juga sesetengah penutup botol sos yang mudah berkarat. Untuk lebih bersih dan selamat ita masukkan dalam bekas lain.


Untuk bahagian sejuk beku pula, di bahagian pintu, ita letakkan non dairy wipping cream, jelly dan lain-lain

Bahagian container bawah ita letakkan nugget, fries dan lain-lain makan sejuk beku.


Daging, ikan ayam dan makan laut ita letakkan dalam tupperware dan ita labelkan untuk mudah di cari bila nak memasak. Ini juga untuk mengelakkan air ikan atau daging tumpah dalam peti ais dan memberikan bau yang tidak enak dalam peti sejuk juga menyukarkan proses pembersihan..

Ikan yang ita simpan, ita dah siap siang , dah di bersihkan dan di marinate terus untuk mudah ita memasak. Ita letakkan dalam dalam plastik untuk jumpah yang kecil dan untuk satu kali masak. Ianya juga untuk memudahkan ita defrost dan mempersepatkan proses memasak. Begitu juga yang ita lakukan untuk ayam, daging dan makanan laut yang lain.

Ok sampai di sini sahaja yang dapat ita kongsikan untuk hari ini. Ita berharap penerangan yang serba ringkas, tip dan panduan ini dapat membantu rakan-rakan untuk membersihakn peti ais masing-masing sebelum kedatangan Ramadhan nanti.

Assalamualaikum.






Combo Biskut Raya Kembali..

$
0
0

Combo biskut raya kembali lagi atas permintaan ramai..
4 bekas biskut pelbagai perisa hanya RM 100 ringgit sahaja
setiap bekas mengandungi 45 hingga 50 pcs

Berminat untuk tempahan?
Sila whatsapp : 
Johor Bahru ~ 018 7691544
Kota Bahru ~ 019 915 2677
Melaka, Tampin , dan yang berdekatan dengan Tampin 
~ 019 7419391


Red Velvet Cookies
Si baldu merah yang crunchy
dengan gabungan 3 cip coklat pelbagai perisa ~ choc , butterscoth dan choc putih
45 ~ 50 pcs per box


Cranberries Cookies
New Arrival
Biskut rangup yang bakal meletup untuk tahun 2016
Kaya dengan taburan cranberries yang masam manis
45 ~ 50 pcs per box


Oreo Delight Cookies
New Arrival
Biskut kesukaan anak-anak pasti kebabom!
Rasa crunchy oreo bersama taburan badam dan lelehan coklat putih yang walla!
45 ~ 50 pcs per box 


Chocolate Chip Cookies
Biskut evergreen
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Senantiasa hangat dan menjadi pilihan utama di hari lebaran
45 ~ 50 pcs per box 




Mini Hamper Raya

$
0
0

Hari Raya kurang serinya tanpa hidangan biskut raya sebagai penyeri meja kopi anda. Jika bertandang ke rumah teman-teman jangan lah datang dengan tangan kosong aje... bawaklah buah tangan sebagai ikatan persaudaraan yang semakin erat dan utuh..

Kepada pasangan yang sedang hangat bercinta, apa kata berilah buah tangan kepada Si dia.. pasti senyum lebar si dia mendapat buah tangan dari pasangan..

Kepada menantu pula jangan lah datang rumah mertua dengan tangan kosong.. aje..  Kalau nak mertua sayang.. pandai-pandai lah tambat hati mertua dengan buah tangan di hari lebaran.. tak gituuu...

Kepada majikan.. masa inilah nak tunjukkan kasih sayang pada anak buah.. Jika dapat hamper mini ni.. pasti bertambah rajin anak buah bekerja.. semakin meningkat produktiviti

Apa tunggu lagi..
Dapatkan Mini Hamper Raya anda sekarang
Dengan harga hanya RM 65 sahaja anda dapat 2 bekas biskut raya pilihan.


Mini Tart Melur Evergreen yang comel dan semestinya enak!
Dengan bahan -bahan berkualiti dan pilihan terbaik
Kuantiti 48 pcs per box


Ombak Rindu Forever yang senantiasa hangat di pasaran
Rasa enak dan rangup dengan lelehan coklat putih dan biji kopi coklat yang di import
Kuantiti 45 ~ 50 pcs per box


Jangan tunggu lagi..
Produk yang sangat-sangat terhad
Tempah sekarang untuk hari lebaran
Sesiapa yang berminat boleh whatsapp :
Johor Bahru : 018 ~ 769 1544
Kota Bahru : 019 ~ 915 2677
Melaka, Tampin dan kawasan berdekatan :
019 741 9391


Jangan lupa combo raya
Dengan 4 bekas biskut raya pelbagai rasa
hanya RM 100 sahaja
Cepat sementara tempahan masih ada..











Resepi Nasi Kerabu Kelantan yang sangat sedap!

$
0
0


Assalamualaikum...
Alhamdulillah bertemu lagi kita. Apa khabar semua rakan-rakan alam maya ita, semoga semuanya sihat-sihat selalu, senantiasa riang dan gembira.

Diam-tak diam, kita semakin hapir dengan bulan Ramadhan, tak sepelaung kata orang.. Pejam celik.. pejam celik dah masuk Ramadhan. Pasti anda semua dah bersedia nak merebut segala pahala yang telah di janjikan. Selamat beramal dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak ita ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Lama jugak rasanya dapur maya ita ni tak berasap kan..?
Ada yang dah rasa rindu ke?
Ok lah.. kerana dah lama dapur tak berasap.. hari ini ita sajikan dengan satu menu istimewa dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kalau sebut Nasi Kerabu, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah ni kan..
Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia merupakan makanan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian.
Nasi yang unik dengan warna biru ini adalah terlalu rumit penyediaannya. Oleh itu tidak hairanlah ramai yang lebih suka membeli sahaja daripada membuatnya.




Biasanya nasi kerabu berwarna biru. Namun ada juga yang membuat nasi kerabu kuning. Warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang di rendam untuk mendapatkan warna biru yang original. Namun di sebabkan agak sukar nak dapatkan bunga telang, maka ramai yang menggunakan pendekatan lain dengan hanya menggunakan pewarna biru untuk mendapatkan warna biru pada nasi yang unik ini.

Kebiasannya di Kelantan merka tak panggil nasik kerabu biru, sebaliknya memanggilnya nasi kerabu hitam. Itu adalah gelaran yang seringkali ibu mertua ita lontarkan setiap kali suami memesan nasi kerabu.
" nak hok itae atau hok putih?"
itulah pertanyaan dari ibu mertua yang membuatkan ita tahu gelaran nasi kerabu hitam lebih mesra di kalangan mereka.


Walaupun ita telah hampir 23 tahun menjadi menantu orang Kelantan dan sering ke Kota Bahru, namun serius ita katakan ita tak pernah sekali menjamah nasi kerabu. Tak tahu kenapa.. ita rasa macam pelik bila lihat nasi berwarna biru. Pernah dulu ita tanya pada suami, seawal usia perkhawinan kami dan ketika kali pertama menjejakkan kaki ke negeri pantai timur ini.
" nasi ni letak nila ke? "
Bederai tawa suami bila lihat ita tanya soalan yang mungkin tidak masuk akal baginya. Ialah manalah ita pernah jumpa nasi warna biru. Kalau kat Johor ni memang tak jumpalah kan.. kalau nasi hujan panas atau nasi minyak tu adalah... Bila di terangkan dengan panjang lebar barulah ita faham. Tapi anak tekak ita masih lagi tak boleh menerimanya.


Entah kenapa bila terpandang bunga telang yang galak berbunga di tepi rumah, terus teringin pula nak mencuba.
Penyediaannya memang agak rumit kerana banyak bahan makanan sampingan yang perlu di sediakan. Ada juga bahan yang agak sukar di jumpai di Johor seperti lada hijau untuk membuat solok lada. Kalau di Kelantan mereka menggunakan lada yang warna hijaunya cukup muda atau cerah, tapi kat Johor memang tak jumpalah lada tu.. rasanya lada macam tu di bawa masuk dari selatan Thailand.

Untuk ulamnya pula ita kurang satu bahan iaitu kacang botol. Puas cari di pasar hingga semua pasar ita pergi, tapi tak nampak kelibat kacang ni.. kalau kita tak cari.. berlambak-lambak lah pulak... bila nak guna mesti tak ada.. Tak apalalah.. lagi pun anak-anak pun bukannya makan sangat kacang botol tu.. ita guna bahan mana yang ada aje..

Resepi ini ita ambil dari beberapa rujukkan, ada yang ita ambil dari internet dan ada juga rujukan dari buku. Namun bila di himpunkan.. serius ita katakan resepi ini sangat sedap! ruginya ita tak mencuba makan nasi kerabu 23 tahun yang lalu.. sedap rupanya nasi kerabu ni..

Cara memasaknya memang agak rumait, tapi ita akan cuba bantu anda masak seringkas yang boleh. Yang penting mesti ada persedian, agar kerja memasak menjadi mudah dan lancar.
Jom kita mulakan.


NASI KERABU

Sebelum memasak nasi kerabu ni, kita kena pastikan semua bahan telah tersedia. Kalau tak cukup bahan kenalah cari di pasar atau kedai. Kita juga kena senaraikan apa menu sampingan yang di makan bersama. Supaya tak ada banhan yang tertinggal pulak nanti. Ok di sini ita senaraikan menu sampingan yang di makan bersama



  • Nasi Biru
  • Gulai atau kuah tumis
  • Sambal kelapa atau serunding ikan
  • Sambal lada
  • Daging bakar
  • Solok lada
  • Ikan goreng celup tepung
  • Ulam-ulaman
  • Kerupuk ikan
  • Telur masin
  • Budu


Wah! naik juling biji mata bila lihat senarai menu yang perlu di sediakan kan..
Jangan risau jika kita buat persedian dan perancangan, kerja memasak yang rumit akan menjadi mudah dan ringkas.

Mula-mula kita sediakan daging bakar dulu. Daging ni perlu di perap semalaman sebelum di bakar. Ini bertujuan supaya segala rempah ratus tu serap dalam daging, dan menghasilkan daging yang enak untuk di nikmati. Jom kita intai bahan-bahan yang kita perlukan.


DAGING BAKAR
Rujukkan : Yutube

500 gm daging batang pinang ~ cuci bersih

Bahan Sangai
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
~ bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak

Bahan kisar
3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
2 inc halia
1/2 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa


Daging cuci bersih dan toskan
Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air  dan kisar hingga lumat
lumurkan pada daging
Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman
Esoknya, bolehlah bakar.
Anda boleh bakar dengan oven atau menggunakan dapur arang. Kalau nak bakar dalam magik pan pun boleh.

Sekarang kita nak sediakan gulai atau kuah tumis pulak. Jika kita nak sediakan nasi kerabu ni sebagai sarapan pagi, sebaiknya gulai ni kita masak di malam hari sebelumnya. Sebab gulai ni lagi lama lagi sedap!. lagi pula ia memudahkan tugasan kita untuk keesokkan harinya pulak. Jom kita mula menumis.


GULAI TUMIS ATAU KUAH TUMIS
Rujukkan : Nasi Kerabu Ummi

1 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai ~ di titik
1 keping asam keping
3 sudu besar budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa


Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut.
Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air


Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar  dan serai yang di titik hingga garing
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Kemudian masukkan santan
Biarkan ia merenih sebentar sambil di kacau supaya santan tak pecah minyak
Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa
Biarkan kuah pekat.

Setelah kuah siap, bolehlah kita goreng kerupuk ikan dan rebuskan telur masin. Bahan ini kita sediakan 1 hari awal supaya persedian kita untuk memasak esok hari lebih mudah dan ringkas.



Hari kedua kita bolelah sediakan bahan yang lain pula.
Kita mulakan dengan merebus dahulu ikan kembung untuk membuat sambal kelapa dan solok lada.
Kita buat sambal kelapa dahulu lah ya.


SAMBAL KELAPA ATAU SERUNDING KELAPA IKAN

1 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
4 ulas bawang merah
2 batang serai
garam dan gula secukup rasa


Ikan kembung, di siang, cuci bersih dan rebus.
Ita rebus 2 ekor terus sebab solok lada pun guna ikan kembung juga.
Ita letak asam keping dan garam sedikit ketika merebus ikan
Bila ikan dah empuk, angkat dan asingkan isinya.

Kelapa parut pula kita sangai dalam kuali tanpa minyak. Senantiasa kacau supaya kelapa tak hangus.
Bila dah masak, angkat.
Larikan 3 sudu besar kelapa untuk buat solok lada.


Bawang merah dan serai di tumbuk lumat
Isi ikan kembung juga di tumbuk lumat
Masukkan kelapa sangai dalam lesung dan tumbuk lumat juga
Gaulkan semua bahan yang di tumbuk
Perasakan dengan garam dan gula

Ita pula, goreng semula kelapa ini dalam kuali sebab ita tak boleh makan bawang mentah yang tak masak.

Dah siap sambal kelapa kita buat solok lada pula


SOLOK LADA

7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu besar kelapa parut yang telah di sangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau

Cili hijau kita belah tengah dan buang bijinya
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa


Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat
Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
Tumbukkan juga kelapa yang telah di sangai tadi
Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam

Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya
Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh
Susun dalam periuk
Tuangkan santan
Rebus hingga masak
Boleh juga di kukus

Ok bila dah siap bolehlah kita tanak nasi pula


NASI BIRU BUNGA TELANG

1 gengam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ di koyak-koyak
1 batang serai ~ di titik
garam secukup rasa


Bunga telag, cuci bersih
Masukkan dalam bekas berisi air dan ramas-ramas
Biar seketika
Kemudian tapis


Beras di cuci bersih
Toskan
Tuangkan air rendaman bunga telang
Biar sebentar hingga warna serap pada beras
Masukkan serai, daun limau purut dan garam secukup rasa
Tanak nasi seperti biasa

Sementara tunggu nasi masak, bolehlah bakar daging yang kita dah perap semalaman.
Sementara tunggu daging dan nasik masak, kita sediakan air lada



AIR LADA

10 tangkai cili padi
sedikit gula Melaka
Sedikit garam
sedikit gula
2 biji limau kasturi


Satukan semua bahan dan kisar
Atau jika suka kasar boleh tumbuk lumat
Perahkan asam limau

Ok air lada dah pun siap, sekarang kita nak sediakan ikan celup tepung pulak


IKAN CELUP TEPUNG RANGUP

2 ekor ikan kembung ~ di siang dan cuci bersih
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
secubit garam
1 biji telur
1 sudu besar air kapur makan
1 sudu teh kunyit
air secukupnya



Satukan semua bahan kecuali ikan kedalam mangkuk
Kacau adunan rata, adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Bila kita celup sudu adunan melekat pada sudu
Masukkan ikan dalam adunan
Panaskan minyak dalam kuali
Minyak kena panas, kalau tidak ikan serap minyak
Ambil ikan yang telah di celup tepung dan goreng
Balik-balikkan
Angkat setelah masak
Celup semula ikan yang dah goreng dalam adunan tepung dan goreng semula
Bermakna kita goreng ikan 2 kali
Angkat setelah ikan garing
Baki adunan , kita renjis dalam kuali untuk jadikan kerupuk yang rangup.

Dah pun siap ikan kita sekarang kita sediakan pula ulam ulaman


ULAM ULAMAN

1 batang timun ~ potong bulat kemudian hiris halus
1 kuntum bunga kamtan ~ belah 4 dan hiris halus
5 batang kacang panjang ~ hiris halus
2 kelopak kubis ~ buang batang tengah dan hiris halus
Daun kesum ~ hiris rampai
3 batang kacang botol ~ potong 2 hiris halus
1 mangkuk taugeh

Semua sayur-sayuran ni cuci besih dahulu, kemudian keringkan
Potong atau hiris halus sayur-sayuran dan ulam-ulaman kecuali taugeh
Satukan dan gaul rata

Alhamdulillah siap dah set hidangan nasi kerabu kita. Jika nak enak lagi boleh lah tambahkan budu. Mudah aje buatnya, tuang budu dalam mangkuk, hiris bawang merah dan cili padi, perahkan asam limau dan boleh di nikmati.


Walaupun penyediaannya agak rumit dan renyah.. tapi bila dah terhidang atas meja rasa seronok sangat.... Bertambah seronok bila anak-anak dan suami makan bertambah-tambah.

Pada kawan-kawan yang nak cuba boleh lah cuba. nampak memang renyah sikit, sebab banyak nak kena sediakan , tapi bila kita buat perancangan.. kerja yang rumit menjadi mudah dan ringkas.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.









Salam Ramadhan Al Mubarak 1437 Hijrah

$
0
0

Assalamualaikum.. dan salam Ramadhan Al Mubarak 
kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada...
terutamanya kepada para sahabat alam maya, kenalan lama dan baru, kepada saudara jauh dekat dan sahabat handai, yang terutamnya kepada kedua ibu dan bapa yang tersayang. 
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.. 
semoga kita dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan mendapat keredaanNya. 
Ampun dan maaf jua di pinta andai lidah ini ada terkasar bahasa.. 
andai ada tulisan yang mengores jiwa.. 
andai ada bahasa tubuh yang ternoda.. 
kemaafan jua yang ku pinta.. 
sesungguhnya insan kerdil ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.
Semoga Ramadhan membawa sinar bahagia dan penghapus dosa kita semua....
Selamat menjalani ibadah puasa






Mee Ketam sedapnya..

$
0
0

Assalamualaikum..
Esok umat Islam akan mula berpuasa. Pasti kaum keluarga dah mula berkumpul untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini.

Alhamdulillah, tahun ini kami dapat berkumpul bersama bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Bila dah berkumpul pasti emak yang paling sibuk. Macam-macam menu dah mula di senaraikan untuk menjamu keluarga.

Sama seperti yang lain, hari ini ita sediakan menu istimewa untuk keluarga. Anak-anak ita macam biasalah sukakan mee yang berkuah. Oleh itu ita sediakan mee ketam. Resepi ini ita ambil dari blog Nieza. Lama tak dengar khabar berita dari Nieza. Sejak pulang ke tanah air Nieza terus menyepikan diri dari dunia blog. Semoga Nieza senantiasa sihat dan gembira dengan apa yang beliau ceburi.


Berbalik pada resepi mee ketam ni.. rasanya memang sangat sedap! buatnya pun mudah dan ringkas. Kalau ada yang nak buat untuk hidangan berbuka puasa pun sesuai sangat ni. Resepinya tak pedas, bagi yang suka pedas bolelah lebihkan cili. Ita pula tukar dari cili merah kepada cili kering. Ita lebih sukkan rasa cili kering berbanding cili merah. Tapi rasanya dua-dua pun sedap bila dah jadi kuah mee ni nanti.

Jom ita tunjukkan bagaimana cara membuat mee yang bukan sahaja mudah dan ringkas, tapi rasanya juga sangat enak dan lazat.


MEE KETAM
Resepi Oleh : Nieza

300gm Mee kuning dicelur
1/2 kg ketam ~ dibersihkan dan belah 2
8 biji cili merah ~ mengikut kepedasan masing-masing ( ita guna cili kering )
2 labu bawang besar ~ ita guna 8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 tin tomato soup
1 ltr air
1 biji telor ~ dipukul sedikit
2 kiub ayam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
2 biji tomato ~ dibelah 4
Daun bawang dipotong 
sedikit sayur sawi
1 batang carrot ~ dipotong nipis ( ita lupa letak )
Bawang goreng
Garam secukup rasa


Ketam cuci bersih, belah dua dan toskan airnya
Kisar cili bersama bawang merah dan bawang putih
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing
Masukkan soup tomato, sos cili dan sos tomato.
Jika kuah terllau pekat tambahkan air dan biarkan merenih sebentar
Masukkan kicap manis, kiub ayam dan biarkan kuah mendidih
Bila kuah dan mendidih, masukkan telur sambil terus kacau hingga telur hancur
Kemudian masukkan ketam, biar sebentar hingga ketam masak
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ita tambahkan gula melaka seketul untuk rasa lemak manis.
Akhir sekali masukkan tomato, carrot dan sayur sawi
Tutup api dan ketepikan

Mee kuning di celur
Hidangkan mee dalam mangkuk
Letakkan  ketam dan kuah mee secukupnya
Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang
Hiaskan juga dengan taburan cili merah, cili hijau dan bawang goreng
Sedia di nikmati.





Menu 1 Ramadhan 1437 H

$
0
0

Alhamdulillah....
Sempurna sudah ibadah puasa kita untuk hari yang pertama. Ini baru hari yang pertama.. banyak lagi hari-hari yang harus kita lalui dengan sabar dan penuh keimanan.

Bila kita bersembang tentang ibadah puasa, pasti tidak lengkap jika tidak berbicara tentang juadah berbuka puasa yang di sajikan untuk hidangan keluarga. Ialah kadang kala sebagai suri rumah.. pasti buntu memikirkan apalah juadah yang ingin di sajikan. Jika kita berkongsi.. pasti sedikit sebanyak dapat memberikan idea untuk rakan-rakan yang lain menyediakan hidangan untuk keluarga mereka juga. Bukankah memudahkan tugasan orang lain juga satu daripada badah.


Kebiasannya kita sebagai ibu bapa banyak mengalah dengan anak-anak. Juadah yang terhidang kebiasannya adalah menu istimewa yang di sediakan sesuai citarasa anak-anak. Mak dan ayah tak kisah sangat.. apa sahaja juadah yang terhidang dah rasa bersyukur sangat.. namun lebih kepada rasa sayang dan simpati bila melihat anak-anak yang letih seharian berpuasa. Lebih mengharukan dan membangkitkan semangat ibu memasak.. apabila anak-anak hanya dapat menjamu selera dengan keluarga di awal Ramadhan sahaja. Selebihnya mereka menghabiskan masa di asrama , di universiti atau yang jauh tinggal di perantauan. Keletihan seharian menahan lapar dan dahaga bagaikan tidak terasa bila melihat keluarga berhimpun di bawah satu bumbung sambil menikmati juadah kesukaan mereka.


Asyik bersembang aje.. apa pula juadah ita untuk keluarga di hari pertama puasa.
Seperti biasa, hari pertama berpuasa dan bersahur, ita sediakan juadah yang serba ringkas. Biasanya seawal puasa, perut masih lagi terkejut untuk menerima makanan di awal pagi. Jadi ita masak yang ringan-ringan aje.. tak boleh yang pedas-pedas takut terkejut pulak perut tu bila di isi dengan makanan yang pedas di awal pagi.


Kebiasannya kami sekeluarga mesti mengambil nasi sebagai alas perut, untuk menahan lapar esok hari. Ita masak yang simple, tumis air, ita goreng ikan tenggiri dan telur asin. Cukuplah untuk permulaan hari kami.


TUMIS AIR KOBIS DAN SAWI

1 /4 sayur kobis ~ di potong kecil
1 ikat sawi ~ di potong
1 batang cili merah di hiris

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Tambahkan air secukupnya
Perasakan dengan garam secukup rasa
Biar kuah didih
Masukkan sayur-sayuran dan cili
Biar sebentar dan bolehlah di angkat

Untuk juadah berbuka puasa pula, anak-anak minta ita buatkan soto ayam. Dah lama kata mereka tak makan soto. Sebagai ibu kita hanya melayan selera anak-anak sahaja.


SOTO AYAM
Resepi Oleh : Che Nom


Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
3 biji bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah

Bahan untuk dikisar halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 ketul kunyit hidup

Bahan untuk kuah :
1/2 senduk minyak masak
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat
1 jug air

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.

Bahan untuk dihidangkan bersama soto ayam
3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
bawang goreng
suhun, goreng hingga garing
isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
daun sup, hiris kecil
daun bawang, hiris kecil
cili merah, hiris nipis
kacang tanah, goreng dalam minyak
begedil
Sambal kicap

Bahan sambal kicap
1 mangkuk kecil kicap manis
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi


Cara untuk cili kicap:
Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.

Begedil Ayam

3 biji kentang ~ dikupas kulit, di hiris bulat dan di goreng
1 keping dada ayam ~ di gaul kunyit dan garam dan di goreng, kemudian di siat halus.
garam secukup rasa
Secubit lada sulah
1 pokok daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus
1 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
1 gengam bawang goreng
2 biji telur ayam
Sedikit minyak untuk mengoreng

Kentang di kupas kulitnya, di potong bulat dan di goreng.
Setelah masak, terus di tumbuk lumat ketika ia masih panas-panas lagi
Dada ayam yang telah di goreng, di siat halus
Kemudian masukkan dalam kentang tadi dan tumbuk semula hingga bersatu
Masukkan secubit garam dan secubit lada sulah
Gaul rata
Kemudian masukkan bawang goreng, daun bawang dan cili merah
Gaul rata.
Ambil sedikit dan bulat-bulatkan, kemudian di leperkan sedikit lebih kurang sebesar 20 sen
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Jangan goreng terendam ye.. guna minyak sedikit aje.
Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk lain dan kocokkan sedikit
Celupkan begedil tadi dalam telur dan goreng dalam kuali leper
Balik-balikkan supaya rata masaknya
Angkat dan toskan atas kitchen towel setelah masak kekuningan. 




Sebagai pencuci mulut pula ita sediakan agar-agar laici. Resepi yang mudah dan ringkas ini ita ambil dari blog Cik Tom. Terima kasih Cik Tom berkongsi resepi yang mudah dan ringkas. 




AGAR-AGAR LAICI
Resepi Oleh : Cil Tom

1 pek agar-agar tali (cap layang-layang-30 gram) 
1 tin susu pekat
1 tin laici 
8 gelas air

Masakkan agar-agar serta air di dalam periuk sehingga hancur dan sebati.
Kemudian masukkan susu. 
Kacau sebati dan larut. Masukkan air laici (hanya amik air laici, buah ketepikan). 
Masak untuk 5-10 minit. Tutup api. 
Masukkan adunan gar-agar ke dalam loyang dan tabur buah laici di atasnya. 
Sejukkan seketika diluar sebelum disejukkan 2-3 jam ke dalam peti. 
Sedia untuk di hidangkan

* Ita blender air laici dengan separuh daripada buah laici dan maasukkan dalam agar-agar
Untuk menghidang, ita potong agar-agar kecil dan di makan bersama buah laici dan air laici
* resepi ni dapat banyak, kalau nak makan untuk keluarga buat 1/2 daripada sukatan adunan sahaja




Untuk penghilang dahaga pula ita sediakan jus mangga bersoda untuk hidangan keluarga
Kebetulan masa pergi pasar semalam nampak banyak pulak buah mangga. Jadi ita belilah sikit untuk di jadikan jus. Suami ita sangat sukakan jus mangga.




JUS MANGGO

2 biji buah mangga yang masak ranum
1 cawan air aiskrim soda
kiub ais secukupnya
air masak jika perlu
air gula jika buah pelam kurang manis

Satukan buah mangga dan sedikit air masak dalam blender dan kisar hingga halus
Tuangkan kedalam jug
Tuangkan air aiskrim soda dan air gula jika perlu
Letakkan ketulan ais untuk rasa yang dingin 
Sedia untuk di nikmati




Alhamdulillah...
Inilah juadah serba ringkas yang sempat ita sediakan untuk keluarga hari ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan idea untuk anda menyediakan juadah berbuka untuk keluarga pula.
Selamat berpuasa






Viewing all 843 articles
Browse latest View live