Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Nutella Cheese Tart yang sangat sedap!

$
0
0

Anda peminat Cheese Tart?
Kini Nutella Cheese Tart yang sangat sedap!
Memang sedap.. terasa cheesenya dan bertambah enak dengan limpahan Nutella yang sungguh memikat.
Sekali makan tak cukup.. pasti nak lagi dan lagi..
Kalau kak ita kata sedap memang sedap! memang tak puas menikmati Nutella Cheese Tart yang mencair di mulut.

Anda suka?
Anda nak merasa Cheese tart Nutella yang sedap nii
Apa tungghu lagi oder sekarang
Hubungi Maizatul Akmal sekarang untuk tempahan.
Berbaloi! baloi! sedapnyaaa....





Kek Lapis Rempah dan Kek Lapis Pandan

$
0
0


Kek Lapis bukan sahaja di hidangkan untuk hari raya, kini ianya juga di hidangkan setiap masa. Kek lapis ni biasa kena ada stock kat rumah, sebab ianya tahan lama, jadi mudah untuk kita hidangkan bila menerima kunjungan tetamu secara tiba-tiba. Tak lah angkat air bujang aje kan.. kurang-kurang ada juga kuih sepiring dua untuk menjamu tetamu.

Kini anda boleh dapatkan kek lapis tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. 
Datang dengan 2 perisa , lapis rempah dan lapis pandan , kedua-duanya datang dengan aroma yang berbeza, pasti memikat selera.

Anda pengemar kek lapis jangan lupa tempah kek lapis anda hari ini.

Hubungi kak Naruljahna di talian : 014 617 7778




Kelas deco bunga buttercream 2 Feb

$
0
0

Mulanya cinta... bermula di bulan Febuary...
Febuary menemukan ita dengan 11 pelajar yang datang daripada pelbagai profesion. Ada yang mempunyai Master, Phd , ada tentera, ada photographer, kulinari dan lain-lain bidang lagi.
Pelajar ita kali ini tak terlibat dengan dunia bakers, tapi mereka mempunyai keinginan untuk mencuba membuat deco kek mereka sendiri. Di sinilah bermulanya cabaran yang cukup besar bagi ita.

Adalah sesuatu yang sukar bagi kita mengajar mereka yang tidak pernah mendeco kek, tak kenal buttercream, waima ada yang tidak pernah buat kek pun sebelum ini untuk mendeco kek yang sempurna kejadiannya. Bagi ita apa yang mereka hasilkan adalah yang terbaik bagi beginer seperti mereka . Impian ita hanya satu..  " semua orang boleh hasilkan kek mereka sendiri , kak ita boleh.. anda pun mesti boleh! "

Mengajar mereka yang baru mengenali dunia dekorasi kek bukanlah mudah. Ianya perlukan kesabaran yang cukup tinggi.. semangat untuk melihat mereka berjaya mendeko kek mereka sendiri yang menguatkan lagi kesabaran ita. Alhamdulillah walaupun kek mereka tidak seindah kek Korea, tapi ita lebih berbangga kerana mereka yang mendekonya sendiri.. dengan ilham dan seni yang ada dalam diri mereka. Bagi ita kalau inilah hasil daripada amatur seperti mereka ianya sudah yang terbaik. Jika mereka praktis berterusan tanpa henti.. insyaallah hasilnya pasti akan lebih baik lagi..

Kepada adik-adik akak.. teruskan usaha, parktis dan praktis untuk dapatkan hasil yang terbaik.. Akak doakan semoga semuanya berjaya dalam bidang yang di minati.. Dari hobi dan suka-suka.. tak mustahil jika ianya menjadi sumber kewangan untuk kita dan keluarga.

Peserta ita kali ini juga datang sejauh negeri di bawah bayu. Dari Kota Kinabalu terbang ke selatan tanahair untuk mendapatkan ilmu, sangat-sangat buatkan ita berasa cukup terharu.. benar bagai di kata.. tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina. Sesungguhnya ilmu tidak akan datang tanpa usaha dan pengorbanan..

Apakata kita intai kelas ita semalam..





Seperti biasa, hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan dessert di sediakan oleh Starhil Golf And Country Club Johor Bahru
Sambil makan-makan kita sembang-sembang dulu.. banyak ilmu dan pengalaman yang di kongsikan. Konsep pembelajaran yang cuba ita sampaikan adalah santai.. ita tak mahu mereka stress. Ita nak mereka happy bila buat sesuatu seni. Kerja seni perlukan kesabaran.. tak boleh stress.. dan tak boleh tertekan.. Seni itu indah.. seni perlu di hayati.. seni perlu di hargai..



Jom kita intai hasil deko dari pelajar.

























Kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 Johor Bahru
Bagi mereka yang berminat,  kelas akan di adakan pada :


Tarikh :  27 hb Feb dan 28 hb Feb 2016

* peserta boleh memilih salah satu tarikh di atas


Bertempat di : Starhill Golf And Country Club Johor Bahru

Yuran : Rm 480 seorang
Tempat adalah sangat terhad

Masa : dari pukul 9:00 pagi hingga selesai deco

Peserta akan di berikan :

6 nozel percuma
Apron percuma
Flower Lifter percuma
Nail Percuma
Pewarna Ameri percuma
Gunting kecil percuma
Buku panduan deco kek Modul 1 percuma
Piping bag untuk mendeco
Kek bersaiz 7 inc berserta kotak kek
*1 biji kek yang telah di deco boleh di bawa pulang

Keselesaan peserta :

Sarapan pagi dan makan tengharai di sediakan
Tempat belajar yang selesa
Surau dan tandas di sediakan

Peserta tidak perlu membawa apa-apa kerana segala peralatan mendeco kek di sediakan.

Syarat penyertaan 
Peserta perlu ada asas deco kek.

Pembelajaran :

* Belajar membentuk beberapa bunga dengan menggunakan nozel yang tepat
* menyusun bunga atas kek
* membancuh 2 jenis krim untuk mendapatkan tekstur krim yang tepat untuk bunga yang berlainan.
* padanan kombinasi warna yang sesuai untuk bunga Korean
* bancuhan warna untuk daun yang tepat
* meratakan krim pada kek untuk mendapatkan kek yang rata
* Krim apa yang sesuai untuk bunga K Pop
* Bahan apa yang di gunakan untuk mendapatkan krim yang solid bagi menampilkan bunga yang nampak hidup
* Pemilihan warna dan deco kek 100 % di berikan kebebasan pada peserta di bawah pengawasan

Peserta yang berminat boleh menghubungi PA saya di talian wassap : 
017 ~ 7279179
First come first serve basis !




gomo Kelate gomo...

$
0
0

Amin.. amin.. amin...
Alhamdulillah selesai sudah 2 hari kelas Buttercream Korean Flower di UMK Kota Bharu Kelantan. Terima kasih kepada pihak pengurusan UMK kerana memberikan kepercayaan kepada team Masam Manis untuk berkampung selama 2 hari di UMK. Terima kasih juga atas kerjasama yang tidak berbelah bagi, atas setiap kemudahan yang di sediakan untuk kami yang datang jauh merantau ni.. Terima kasih juga atas kerjasama ini semoga permulaan yang baik ini akan berterusan dan berpanjangan hendaknya.


Buat pertama kalinya team Masam Manis mengadakan kelas di luar daerah. Biasanya kami di Johor Bahru, tapi kali ini di jemput untuk mengadakan kelas di Pantai Timur bagi memberikan sedikit ilmu kepada warga Pantai Timur pula. Kecil tapak tangan niru hamba tadahkan.. Alhamdulillah sambutan yang di luar jangkaan. Pada mulanya berat rasa hati.. bimbang tiada sambutan. Nampaknya telahan kami meleset sama sekali, bila iklan di siarkan tak sampai sejam dah penuh kelas 2 hari hingga kami terpaksa tambah tempat lagi yang pada mulanya hanya untuk 7 peserta untuk satu hari terpaksa di tambah kepada 12 peserta. Maaf kerana tak boleh ambil peserta yang ramai kerana ruang yang sangat terbatas dan tempat yang sangat-sangat terhad, bimbang jika terlalu ramai, apa yang ingin kak ita sampaikan tidak dapat di terima dengan baik. Ini pun dah sesak kelas yang comel ni. Senarai nama mereka yang menunggu giliran pula beratus peserta. Sekali lagi kak ita dan team Masam Manis memohon maaf kepada mereka yang tidak dapat turut serta pada kali ini. Insyaallah jika panjang umur kita akan berjumpa lagi di Kota Bharu untuk kelas yang lain pula.


Bedebar sebenarnya nak menunggu tarikh keramat ini, lama dah tak kelik Kelate, tu yang berdebar-debar. Persiapan telah di atur awal lagi, supaya tiada barang yang tertinggal. Kami bergerak 2 kereta kerana banyak barang yang perlu di angkut. Namun begitu, kita hanya mampu merancang.. tapi sebaik-baik perancangan adalah atas kehendakNya jua. Tapi banyak benar rahmatnya.. kerana ada bahan yang ita guna,  tertinggal pula... barulah ita tahu bahawa adalah terlalu sukar nak dapatkan bahan untuk membuat kek di Kota Bharu. Bukan sahaja bahan yang terbatas harganya juga sangat mahal. Ita ingat di JB dah mahal rupanya di Kota Bharu harga bahan kek lebih mahal. Kesian orang Pantai Timur.. dahlah bahan payah nak dapat.. kalau ada harganya mahal.. nak jual kek pulak harganya terlalu murah dari negeri yang lain.. banyak sungguh ita belajar hari ini.. pengalam, pengajaran dan kesabaran.. Semoga adik-adik akak di Pantai Timur tidak patah semangat.. akak tahu.. semua telah mengalami pengalaman yang lebih sukar dari ini.. Gomo Kelate gomo..

Sepanjang perjalan kami ke Pantai Timur , di iringi hujan sepanjang jalan. Jalan raya yang licin, membuatkan kami memandu dengan berhati-hati supaya sampai ke destinasi dengan selamat. Sepanjang jalan usah di cerita tentang kemalangan.. sepanjang jalan seren kereta bomba dan ambulan galak berkumandang. Banyak kemalangan hingga yang paling ita sedih bila ternampak barisan tubuh terbujur kaku di susun sepanjang jalan, hanya di baluti helainan suratkhabar memang sungguh menyedihkan....  Inalillahiwainailahhirajiun...


Cuaca pagi yang tenang dan mendamaikan menyambut kedatangan para peserta. Debaran ita berakhir apabila melihat barisan senyuman yang tidak lekang dari bibir peserta. Comel-comel mek mek Kelate ni kan.. Ita bukannya apa.. risau sungguhlah.. sebab tak pandai nak kecek Kelate.. Tapi alhamdulillah mereka cukup memahami dan sangat sporting! Mereka memang benar bersungguh nak belajar yang membuatkan ita semakin seronok tak terkata.

Peserta bukan sahaja datang dari Kota Bharu, tapi ada yang dari Rantau Panjang, Pasir Mas, Pengkalan Cepa. Bacok, Jeli, ada juga datang dari Besut, Terengganu, Melaka, Kelang, Perak dan Kuantan. Terima kasih lah kerana sudi menghadirkan diri ke kelas kak ita, semoga apa yang kak ita sampaikan dapat di maanfaatkan sebaik-baiknya. Jangan stop, kena selalu praktis dan praktis untuk hasil yang lebih baik lagi. Jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan dari team Masam Manis, kak ita bagi pihak semua, memohan beribu kemaafan dan halalkan mana yang terkurang. Semoga ukhwah yang telah terjalin berpanjangan..

Menu makan tengahari kita di sedikan oleh Cafeteria Abah Umi dan Abe Jalan Long Yunos , Kota Bharu Kelantan. Hidangan makan tengahari nasi ayam dan dessert ABC special yang memang dah lama menjadi idaman ita. Lama benar tak pekena ABC abah umi abe ni.. adoiiii... lepas dah apa yang di idamkan.. Sarapan pagi pula kuih muih dari negeri Cik Siti Wan Kembang, menjadi pengalas perut peserta. Lama dah tak merasa kuih dari Pantai Timur ni.. ita kalau kelik Kelate memang cari kuih-kuih dulu.. lebih-lebih lagi akok di Kampung Cina.. sedapnya lah aiii...

Rasanya mesti kawan-kawan dah tak sabar nak intai apalah yang adik-adik akak ni buat dalam kelas kan.. jom kita skodeng sikit aksi mereka..










Apa yang paling ita suka kelas di UMK Kota Bahru ni.. para peserta cukup bijak bermain dengan warna. Lihatkan warna yang mereka pilih, lembut dan senada aje.. bila telah di susun atas kek, lagi terserlah ayunya.. Orang pantai timur ni kan orang seni.. sebab tu pada ita mereka tiada masalah bermain dengan warna, mungkin dah biasa mencanting batik kan..


Jom ita perkenalkan dengan barisan peserta untuk kelas pada 7 hb Febuary 2016 dahulu. Peserta seramai 12 orang pada hari pertama ni..
















Ini pula barisan peserta dari Pantai Timur untuk hari ke 2 iaitu pada 8 hb Febuary 2016
















Sekali lagi kak ita mengucapkan jutaan terima kasih, kepada pihak UMK Kota Bharu, Kepada semua para peserta yang sudi hadir, kepada Catering Abah , Umi Abe, kepada kak Fatimah yang bersusah payah menyediakan kek untuk kelas ita kali ini. Tudung shawl di taja oleh team Masam Manis Kota Bharu.  Ribuan terima kasih juga kepada adik-adik yang bagi kak ita buahtangan.. susah-susah aje... hanya Allah jua yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga maju jaya buat semua.. Ingat seni itu indah, seni harus di hayati.. seni harus di hagrai.


Terima kasih juga yang tak terhingga buat team Masam Manis di Pantai Timur. Salam sayang buat semua dan semoga kita bertemu lagi insyaallah....



Kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 Johor Bahru
Bagi mereka yang berminat,  kelas akan di adakan pada :


Tarikh :  27 hb Feb dan 28 hb Feb 2016

* peserta boleh memilih salah satu tarikh di atas



Bertempat di : Starhill Golf And Country Club Johor Bahru



Yuran : Rm 480 seorang
Tempat adalah sangat terhad

Masa : dari pukul 9:00 pagi hingga selesai deco


Peserta akan di berikan :

6 nozel percuma
Apron percuma
Flower Lifter percuma
Nail Percuma
Pewarna Ameri percuma
Gunting kecil percuma
Buku panduan deco kek Modul 1 percuma
Piping bag untuk mendeco
Kek bersaiz 7 inc berserta kotak kek
*1 biji kek yang telah di deco boleh di bawa pulang


Keselesaan peserta :

Sarapan pagi dan makan tengharai di sediakan
Tempat belajar yang selesa
Surau dan tandas di sediakan

Peserta tidak perlu membawa apa-apa kerana segala peralatan mendeco kek di sediakan.

Syarat penyertaan 
Peserta perlu ada asas deco kek.

Pembelajaran :

* Belajar membentuk beberapa bunga dengan menggunakan nozel yang tepat
* menyusun bunga atas kek
* membancuh 2 jenis krim untuk mendapatkan tekstur krim yang tepat untuk bunga yang berlainan.
* padanan kombinasi warna yang sesuai untuk bunga Korean
* bancuhan warna untuk daun yang tepat
* meratakan krim pada kek untuk mendapatkan kek yang rata
* Krim apa yang sesuai untuk bunga K Pop
* Bahan apa yang di gunakan untuk mendapatkan krim yang solid bagi menampilkan bunga yang nampak hidup
* Pemilihan warna dan deco kek 100 % di berikan kebebasan pada peserta di bawah pengawasan

Peserta yang berminat boleh menghubungi PA saya di talian wassap : 
017 ~ 7279179
First come first serve basis !


Kuih Akok yang lembut dan sedap sangat

$
0
0

Sewaktu pulang ke Kota Bharu, adik ita tak berhenti-henti bercerita tentang kuih akok kampung Cina yang di katakan sangat sedap!
" sedap kak ita kuih akok kat kampung Cina tu.. ya Allah kalau makan panas-panas sedap sangat.. lembik-lembik sikit dalamya.. tu yang sedap tu.. " kata Aluya yang membuatkan ita telan air liur
" kalau makan sejuk lagi sedap" sampuk Dora pula.
" yang kat Pintu Geng tu lagi sedap kak cik.. yang tu banyak telur.. lembut aje kak cik.. Dora suka makan sejuk-sejuk.. sedapnya lah.. " galak Dora bercerita.
Ita yang dok di belakang hanya menelan air liur aje.. rasa nak menitik air liur membayangkan kesedapan Akok yang di ceritkan dua beradik ni.

Kerana ita ada kelas 2 hari di UMK, ita tak berkesempatan lagi nak jalan-jalan cari makan. Biasa ita suka rasa masakan Kelantan. Banyak makanan tradisi Kelantan yang perlu ita pelajari. Kebetulan suami ita cukup mengemari kuih tradisi Kelantan.

Pagi sebelum ke UMK , kami singgah di Pasar Siti Khadijah, suami ita cari kuih-muih tempatan untuk sarapan pagi. Ita cuba pesan akok kerana nak sangat merasa. Bila dapat tak sabar nak merasa. Alamak, bau hanyir semerbak buatkan tekak ita terus tak boleh terima.
" yang ni tak berapa sedap kak ita.. nanti kita beli kat kampung Cina" kata Aluya yang mungkin tahu cerewetnya tekak kakak ipar dia yang satu ni..


Ita cukup berhati-hati sebenarnya nak makan kuih Kelantan terutamanya yang menggunakan telur. Rata-rata kuih Kelantan banyak menggunakan telur itik. Telur itik memang cukup terkenal dengan bau hamisnya, itu yang buatkan selera seringkali terbantut.

Dua hari ita pesan dengan suami belikan kuih akok di Kampung Cina, dua hari juga dia datang berlenggang..
" Allah... terlupalah.." kata suami sambil menepuk dahi

Hari ketiga di Kota Bahru, setelah dua hari di UMK, barulah hari ini ita dapat rehatkan minda sambil jalan-jalan sambil cari makan. Macam biasa bila ke Kota Bahru, kami sekeluarga suka jalan-jalan pusing-pusing.. cari makan sambil menikmati pemandangan kampung halaman yang masih kekal dengan tradisinya. Tenang dan mendamaikan. Sepanjang jalan kami berborak, maklumlah lama benar tak berjumpa.. macam-macam cerita dengan gelak dan hilai tawa yang tak kering gusi di buatnya. Hilang kerinduan bila berkumpul dan bersembang bersama.
" singgah kejap abang ki... Dora nak beli akok " kata Dora bila sampai di simpang kampung Cina.
Wah masing-masing dah tak sabar nak merasa.. maklumlah dah berapa hari mengidam..
Sekali lagi hampa..
" dah habis lah kak ita.. " kata Dora.
" ramai orang beli.. dah tambah berapa adunan pun habis.. kata mak cik tu.. musim cuti macam ni lah.. ramai sangat orang memang tak dapat nak merasa.. cepat betul habis " sambungnya lagi..

Walaupun sedikit kecewa, tapi ita harap ita dapat juga merasa sebelum pulang ke JB nanti.

Selepas bersalaman, kami pun berangkat pulang. Sampai di simpang Kampung Cina, suami memberhentikan kereta. " tengok jap ada lagi tak akok" kata suami ita yang mungkin tak mahu isterinya kempunan.
Alhamdulillah, dapat juga ita merasa. Memang sedap sangat akok kampung Cina, lembut makan pula masa panas-panas memang sedap!. kali ni tak ada bau hanyir, harum semerbak bau pandan yang buatkan berketul-ketul juga masuk ke mulut. Sempat juga suami belikan sedikit untuk adiknya Aluya. " takut kempunan.. " sampuk suami bila bungkusan akok di hulurkan.
" wah.. dapat jugak merasa.. ingatkan dah kempunan tadi" balas Aluya dengan senyum yang meleret.


Hari ini ita cuba buat akok ita sendiri. Kerana rasanya yang sedap teringin ita sediakan untuk suami tersayang. Kali ni rasa air tangan isterinya pula ya.. harap menjadilah akok ita ni..

Resepi ni ita ambil dari Cikgu Wan , yang menurut Cikgu Wan dari blog Azie. Cikgu wan ada olah beberapa sukatan bersesuaian dengan kuih tradisi sebenar Kelantan. Ita ikut cara cikgu Wan, cuma ita tak guna air kelapa kerana payah nak mencari air kelapa. Santan pun ita guna santan kotak KARA aje.. haraplah ianya menjadi dengan sempurna.

Untuk satu adunan dapat dalam 12 ketul acuan muffin. Ita buat 2 adunan dan dapat 24 ketul acuan muffin puas makan. Kalau keluarga ramai, dan suka kuih tradisi ni.. boleh lah buat 2 adunan. Tapi kalau sekadar nak merasa, buat 1 adunan pun dah mencukupi.


Kalau orang Kelantan buat kuih ni menggunakan nisan, kalau tak ada boleh gantikan dengan gula Melaka. Kalau guna gula Melaka tambah sikit gula pasir.
Untuk menghilangkan rasa hanyir, ita buang mata telur supaya tak hanyir. Ada yang kata tali pusat, ada kata mata. Ianya adalah lendir putih yang selalu melekat pada kuning telur. Klaau tak buang nanti hanyir pulak. Ita juga kisarkan daun pandan dengan santan, supaya harum bau kuih ni nanti.

Jom ita tunjukkan caranya. Mudah aje nak buat, tapi kena ada caranya kalau tak tak menjadi nanti.


KUIH AKOK
Resepi Oleh : Azie
Rujukkan : Cikgu Wan


6 biji telur ayam ~ buang tali pusatnya untuk hilangkan hanyir
200 ml santan pekat ~ ita guna 100 ml santan KARA + air untuk dapatkan 200 ml
100 ml air ~ sebaiknya air kelapa
150 gm nisan atau gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
30 gm tepung gandum
1 helai daun pandan di simpul
1/2 sudu teh garam
4 helai daun pandan


Masak nisan atau gula Melaka bersama gula, air dan daun pandan yang telah di simpul hingga gula larut.
Sementara itu ambil 4 helai daun pandan, potong halus, masukkan dalam blender dan kisar bersama santan


Bila gula dah larut, tutup api, tuangkan santan yang di kisar bersama daun pandan tadi.
Kacau rata dan biarkan suam
Kemudian di tapis

Masukkan telur, tepung dan garam dalam blender dan kisar hingga rata.
Tuangkan adunan telur ke dalam adunan gula nisan dan gaul rata.
Kemudian tapis


Adunan akan berbuh-buih macam dalam gambar. Buih ini harus di buang supaya akok kita cantik kedutannya. Jika tak buang nanti kedutnya tak cantik dan permukaan akok juga tidak cantik.


Adunan akok ni memang cair ya. Inilah adunan akok yang telah di buangkan buihnya.


Sediakan loyang muffin. Griskan loyang dengan minyak.
Panaskan oven, pada suhu 200 C api atas dan bawah
Masukkan acuan muffin yang telah di sapukan minyak dan panaskan 15 minit.
Kemudian tuangkan adunan akok kita tadi 1/2 acuan
Bakar selama 20 minit


Inilah rupanya akok bila di bakar. Dia akan naik mengelembung dan buncit-buncit. Bila dah masak keluarkan dan ia akan berkedut-kedut bila dah di keluarkan dari oven.




Tadaaa.... dah pun siap akok ita. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Wangi dan harum semerbak. Lembut aje..


Inilah rupa dalamya, ia macam bersarang sikit. Lembik-lembik atau lembut aje.. Sedap makan panas atau sejuk.

Selamat mencuba!


Kelas Deco Bunga Buttercream 14 Feb

$
0
0

Setelah beberapa hari berkampung di Kota Bahru, hari ini kami kembali ke Johor Bharu. Ibarat sirih pulang ke gagang, hujan emas di negeri orang, hujan  lebat menyambut kami di Johor Bahru.
Waaa... bila hujan memang satu cabaran untuk merakamkan gambar kenangan. Bebekalkan lampu down light, gambar kelihatan kusam ala-ala retro gitu..

Hari ini kami kembali semula ke Starhil Golf and Country Club. Di sapa petugas dan adik-adik di Starhill yang ramah mesra. Lama tak bersua.. terasa rindu pula kata mereka..  Layannan dari pihak Starhill tidak pernah menghampakan. Layanan first class daripada pihak Starhill sangat-sangat membuatkan kami benar-benar terharu.

Apa menu hidangan dari pihak Starhill hari ini? sarapan pagi kami di hidangkan dengan lontong, makanan tradisi Johor yang tidak asing lagi.. bersama fried wantan , dan minuman panas tea atau kopi. Makan tengahari pula kami di jamu dengan, Cream Chicken Soup and Garlic toast,  Spaghetti Marinara dan Chicken Chop bersama black paper sos bersama minuman cordial. Dessert pula manggo icecream and cream yang sejuk dan menyegarkan. Terima kasih Starhil Golf And Country Club atas hidangan yang enak ini.



Seperti biasa, ita merakamkan sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang hadir ke kelas Deco Korean Flower Buttercream Modul 1. Rata-rata peserta semalam datang jauh-jauh.. ada dari Tapah Perak, dari Kuantan, dari Putrajaya, dari Kuala Lumpur, Pasir Gudang, Kulai, dan sekitar bandaraya Johor Bahru.... ya Allah terharunya.. insyaallah semangat dan kesungguhan mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu dan perkongsian daripada ita, amat ita hargai dan ita akan jadikan suntikan semangat buat ita untuk terus berkongsi apa yang ita tahu insyaallah.

Semasa menjamu selera, sempat juga kami bersembang, bertukar-tukar pendapat dan perkongsian. Antara pertanyaan yang tertangkap oleh ita adalah pertanyaan,
"Apakah yang mendorong kak ita untuk buat kelas?"
wah!.. dah macam soalan dari wartawan kan...

Sebenarnya ramai yang mendorong dan menggalakkan ita untuk buat kelas, antaranya sifu ita Chef Amer dan Chef Asma, yang seringkali galakkan ita buat kelas. Kelas masak lah.. kelas deco lah.. kelas fotographer lah.. Mungkin mereka nampak apa yang ada pada ita yang ita tak nampak. Tapi ita ni sebenarnya cukup takut.. tak berani lagi berhadapan dan ita rasa diri terlalu naif dan tak layak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan baker-bakers yang telah lama mencipta nama di tanah air. Ilmu yang ita ada terlalu sedikit berbanding mereka yang lebih berpengalaman. Almaklumlah , ita hanya belajar dari pengamatan.. dari try and eror. Ita tak pernah menuntut ilmu dari  cake decorator antarabangsa yang popular dengan bayaran yang ribu riban. Ita tak pernah ke luar negara untuk menimba ilmu.. Ita hanya berbekalkan seni yang Allah kurniakan, akal yang di pinjamkan sementara dan semangat dan dorongan dari keluarga dan rakan-rakan. Seringkali terngian-ngiang peribahasa lama.. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendakk di duga.. Kecut perut bila mengenangkan ungkapan keramat itu.

Tapi bila pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, bersungguh-sungguh, berhari-hari memujuk hingga membelikan segala keperluan untuk kelas, ita akur dengan apa sahaja perancangan yang Allah telah tentukan. Bersyukur dan berterima kasih atas sambutan baik dari anda semua, kepercayaan yang tidak berbelah bagi, dan galakkan yang tidak putus-putus. Yang baik-baik itu datangnya dari Dia dan segala kelemahan dari  hamba yang lemah ini.

waaa.... jawapan ala-ala retis gitu... hihi

Oklah ita tak nak buang masa anda lagi.. ita nak kenalkan dengan barisan pelajar ita semalam dan lihat aksi mereka dalam kelas ita. Jom..



Hari ini ita memberikan sedikit cabaran pada pelajar. Apa cabarannya..?
Pelajar kelas hari ini kena deco bunga buttercream atas kek berbentuk love pula.
Selalu guna kek bulat aje kan.. kali ini kita tengok pula mereka deco atas kek bentuk love. Bagaimana hasilnya dan adakah mereka berjaya sahut cabaran..?

Kek bentuk love ni tak sama macam kek bulat, kalau bulat senang aje nak layer buttercream kan..? yang ni berleku-lekuk.. jangan nanti dari bentuk love bertukar jadi kek tiga segi pulak !

Rata-rata mereka cukup teruja. Ada yang berdebar-debar, ada yang cuak! ya Allah jadi tak kek bentuk love ni.. mungkin itulah antara yang bermain dalam benak fikiran mereka.
Yang menariknya.. ada yang kata " kak ita.. inilah pertama kali saya buat kek bentuk love.. saya tak pernah buat lagi sebelum ini "
Untuk menjadi bakers yang berjaya kena sangup terima cabaran.. ingat satu pesanan kak ita.. sebagai bakers kita kena ikut kehendak customer.. bukan customer kena ikut cakap kita. Customer is the first


Alhamdulillah, mereka berjaya melepasi cabaran ini dengan jayanya. Akak bagi 5 bintang!
Walaupun ada yang perlu lebih banyak lagi pendedahan dan latihan, tapi bagi ita untuk pertamakali anda buat dengan hasil yang sebegini.. ianya sudah cukup terbaik. Kena selalu practice, jangan mengalah.. practice  make perfect

Masa untuk click! click!























Terima kasih kepada semua.. halalkan mana yang terkurang. Sesungguhnya yang baik itu anugerah daripada Allah SWT dan yang lemah itu atas kealpaan pihak kami.
Team Masam Manis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi. Bye!
Assalamualaikum....




Kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 tanggal 16 Feb

$
0
0

Assalamualaikum,
Pasti adik-adik dan akak-akak tertunggu-tunggu n3 kelas ita tempoh hari. Maaf lewat masukkan n3 kelas kerana ita tak berapa sihat.
Sebenarnya balik dari Kota Bharu hari tu lagi badan dah mula rasa tak berapa enak. Tapi tak sangka pulak sampai melarat-larat macam ni. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu, bertambah ita dok minum air batu aje masa di Kota Bharu, perjalanan yang jauh, terlalu penat, tak cukup rehat.. makan tak menentu.. semuanya turut mempengaruhi kesihatan ita. Akhirnya rebah dan kecundang juga walaupun sedaya mungkin cuba kuatkan badan ini.

Walaupun tak berapa sihat, tugasan ita harus di teruskan, dah pegang amanah.. tak boleh nak cancel, kesian pula pada adik-adik akak yang datang jauh nak belajar.
Pertama sekali sebelum panjang lagi mukadimah ni.. ita nak mohon beribu-ribu kemaafan, jika ada kekurangan pada kelas tempoh hari. Ialah asyik tertunda-tunda akibat tekak yang terlalu gatal asyik nak batuk aje.. kesian kat mereka. Maaf sangat-sangat ya..

Alhamdulillah kelas berjalan sangat lancar.. mereka semua sangat-sangat memahami keadaan ita pada masa itu yang tak sihat. Kerjasama yang di berikan buat ita benar-benar terharu. Terima kasih yang tak terhingga pada kak Asiah yang datang dari Singapura, yang berikan ita ubat untuk hilangkan kegatalan pada tekak ita ni, terima kasih sangat-sangat ya kak... hanya Allah jua yang dapat membalas kebaikan akak.

Kelas ita pada 16 hb Feb kali ini rata-rata ramai dari Singapura. Tujuh orang dari Singapura, dua orang dari Johor Bahru dan seorang dari Lima Kedai. Terima kasih kerana sudi datang kelas ita. Ita lah pulak tak berapa sihat..


Kelas masih lagi di Starhill Golf And Country Club Kempas Johor.  Terima kasih pada pihak Starhill yang menyediakan menu yang cukup enak, berselera kami semua menikmati hidangan itu. Sarapan pagi kami di hidangkan dengan mi hoon goreng dan telur mata, bersama kopi dan tea. Hidangan tengahari pula, nasi jagung, bersama dal kambing, paceri nenas , sup ayam dan minuman kordial. Dessert pula di hidangkan dengan buah-buahan. Jom lah datang Starhil, makanan di sini sedap-sedap belaka tau! di samping boleh main golf dapan juga beriadah bersama keluarga di water team park.



Ita sebenarnya teruja nak bercerita tentang kelas ita ni.. rata-rata mereka cukup bijak bermain dengan warna. Pilihan warna cukup cantik, tona yang tepat dan warna yang menarik. Mereka juga cukup tekun dan menepati masa. Kelas yang boleh ita katakan paling cepat, pukul 5 dah siap deco. Tahniah kepada mereka semua.

Ada yang kata tak pernah buat deco kek kerana lebih banyak membuat macaroon. Tapi pilihan warna nya cukup cantik, susunan bunga atas kek juga cantik dan menarik. Walaupun banyak lagi perlu latihan untuk mencantikkan lagi kejadian bunga, tapi jika ini kali pertama pegang piping bag.. ianya sudah lebih daripada satu kebanggaan.

Apa yang ita suka, mereka ni cukup fokus, senantiasa mendengar arahan, menjaga kebersihan, dan cukup teliti dan berhati-hati. Insyaallah.. jika selalu praktis, pasti hasilnya lebih membanggakan.

Mesti kawan-kawan dah tak sabar nak melihat hasil kerja mereka kan.. jom!











Cantikkan kek yang mereka hasilakan. Suka ita bila melihatkan hasil kek mereka. Ini baru pertama kali bermain dengan buttercream dan pegang piping bag.. Cuba bayangkan.. kalau dua tiga bulan atau dua tiga tahun... alamatnya.. kak ita dah boleh pencen lah ni...

ok masa untuk clik! clik!











Dari riak wajah mereka tergambar kegembiraan bila dapat melihat hasil sentuhan mereka sendiri. Mula-mula macam tension kan... tak dapat gambarkan bagaimana lah rupa kek ni bila jadi nanti..
Bila dah siap semua tersenyum dengan seribu kepuasan.. sampai sayang nak potong kek ni katanya...
aduyaiiii....


Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...








Kelas 20 Feb 2016

$
0
0

Assalamualaikum
Lama tak bersiaran,maaf jika ada yang ternanti-nanti khabar terbaru dari Masam Manis. Maaflah sebab lewat bersiaran kerana masalah kesihatan yang tak mengizinkan dan faktor kesibukkan yang tidak menentu. Ita masih lagi tak berapa sihat, batuk masih lagi tak kebah-kebah walaupun dah berbotol ubat batuk di telan. Kelas yang berlansung selama 2 hari iaitu pada 20 dan 21 hb Feb juga terheret sama dengan kesihatan ita yang tak berapa stabil. Maaf sangat-sangat kepada semua peserta kerana kak ita tak berapa sihat. Nak cancel kelas tak sampai hatilah pulak. Kalau ikut hati rasanya nak rehat kerana batuk ni buat badan rasa terlalu letih.Tapi mengenangkan peserta mungkin ada yang dah ambil cuti dan dah booked hotel, jadi ita teruskan juga.

Alhamdulillah kelas berjalan lancar, walaupun sedikit tergangu dengan keadaan kesihatan kak ita. Rata-rata peserta datang dari dalam dan luar JB.  Ada dari Batu Pahat Johor, dari Ulu Tiram, dari Tampoi, dari Taman Perling, yang jauh dari Seremban, Subang Jaya, Sabak Bernam dan sejauh Langkawi. Terima kasih kerana sudi hadir kelas kak ita, sanggup datang dari jauh untuk dapatkan sedikit ilmu yang kak ita ada.


Kelas masih lagi di Starhil Golf And Country Club. Hari ini pihak Starhill menyediakan hidangan yang enak dan membuka selera. Pagi-pagi lagi kami sudah di jamu dengan roti jala yang di cicah bersama kari ayam , popia dan minuman panas kopi atau tea. Tengahari pula kami di sajikan dengan Nasi putih bersama laup pauk yang enak seperti, sweetcorn soup, deep fried lemon chicken, kailan ikan masin, dan telur dadar bersama minuman kordial sebagai penghilang dahaga. Dessert pula di hidangkan dengan ice cream sebagai pemanis dan penyegar.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Starhil Golf And Cuntry Club atas hidangan yang enak dan menyelerakan.


Kelas hari ini sangat menyeronokkkan. Rata-rata peserta dah bijak memilih warna. Walaupun pada mulanya kelas berjalan sedikit perlahan kerana mereka masih lagi  takut-takut.. masih lagi segan-segan.. mungkin ada yang nerves.. tapi bila mereka dah dapat momentum tu.. semua seakan bersemangat.. terutamanya bila sudah mula nak menyusun bunga di atas kek. Tergambar betapa cerianya di wajah masing-masing.. bila melihat hasil sentuhan mereka sendiri.. hilang stress seharian menghadap bunga-bunga..


Ita pun tumpang seronok sekali, paling seronok bila dapat tip kesihatan dari Dr Aliza.. Dalam kelas ita macam-macam peserta dari pelbagai latar belakang dan profession ada Doktor, ada nurse, kalau sebelum ni ada Dr gigi, ada askar, ada loyar , chef, ada yang pangkat phd, master hinggalah kepada suri rumah tangga sepenuh masa. Itu yang sangat menyeronokkan.. dapat bertukar-tukar pandangan.. berkongsi pengalaman di samping merapatkan lagi silatulrahim.

Pasti kawan-kawan semua dah tak sabar nak lihat hasil tugasan peserta kali ini. Ita pun dah teruja nak kongsikan hasil sentuhan mereka jom kita intai..












Masa untuk click! click!












Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...




Kek tempahan di bulan February

$
0
0

















Untuk tempahan sila whatsapp 018 ~ 7691544 



Kelas yang penuh surprise...!

$
0
0

Pasti ramai yang dok tertanya-tanya kelas ita pada 21 hb Feb 2016. Amboiii... lama terperap gambar kelas kali ini.. sorry sangat-sangat ya..  Sebenarnya kak ita tak berapa sihat. Dengan batuk, selsema, demam dan sakit kepala.. memang malas nak mengadap komputer lama-lama. Lagi pula kak ita juga agak sibuk minggu ini dengan tempahan kek. Tu yang tak cukup masa nak mengadap komputer ni..

Kelas yang penuh surprise..! kelas kali ini cukup mengujakan kerana ada kumbang nan seekor.. Kumbang bukan sembarang kumbang tau! ini bukan calang-calang selebriti.. seorang yang berbakat besar dan sangat di kagumi ramai.. Bertuah ita bila dapat berjumpa dengan tuan empunya kek yang sedang hangat di perkatakan.. Beliaulah pembuat kek celebriti dan kalau nak tahu kek Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam adalah sentuhan daripada beliau sendiri. Kalau ita sebut Laura Daddys pasti ramai yang sudah tidak asing lagi dengan jenama itu. Dengan sentuhan emas pendeconya.. kek yang terhasil cukup gah dan indah sekali di pandang. Beliaulah Chef Harry Aberhim.






Gambar di atas semua ita ambil dari fb Laura Daddy. Kalau tak silap ita Laura Daddy juga ada cafe tau! dan kalau tak silap ita juga Chef Harry Aberhim juga adalah salah seorang juri jemputan dalam rancangan Master Chef musim yang ke 2.


Pada mulanya ita memang tak tahu lansung yang pelajar ita ni seorang chef. Pandai sungguh chef sembunyikan identitinya. Padanlah puas tanya nama tak nak bagi tahu hingga bila pa ita kata nak bubuh nama kat tag nama barulah isteri beliau berikan nama. Tapi ita tak perasan lagi.. hinggalah habis kelas.. sewaktu ita merakamkan gambar barulah beliau beritahu beliaulah yang membuat kek untuk Shaheizy Sam.. wah!.. menjerit ita.. tak sangka.. terkedu sekejap.. Sewaktu ita melihat gambar kek Shaheizy Sam , ita tertanya juga siapalah yang mendeco cake yang cantik ni.. sambil berangan-rangan bilalah ita dapat buat kek segah itu.. rupanya kini tuan empunya kek berada di hadapan mata.. Ya Allah.. mujur ita tahu bila dah habis kelas.. kalau tak pasti ita terkedu sepanjang kelas.. silap hari bulan Chef yang kena mengajar hari tu.. ^_^

Terima kasih Chef kerana sudi datang kelas akak. Walaupun anak chef tak berapa sihat dan berada di hospital. Pada mulanya Chef akan datang bersama isterinya.. tapi atas faktor kesihatan anaknya yang sakit , isteri beliau tidak dapat hadir. Akak doakan semoga anak chef segera sembuh, dan sampaikan salam buat isteri tercinta. Tak sabar nak lihat hasil projek Chef lepas ni..


Satu lagi surprise ita hari tu.. ita jumpa pelanduk 2 serupa tau! saling tak tumpah.. rupanya.. cara dia bertutur.. gelak tawanya dan senyumannya.. memang seiras benar.. Ita pernah dengarlah orang kata.. kita ni ada 6 orang yang seiras dengan kita.. kalau seiras rupa pada ita dah biasa sangat.. tapi ini dengan gerak tubuh.. memang sama benar.. Sama wajahnya saling tak tumpah dengan cikgu yang mengajar anak-anak ita.. Cikgu tu.. dia kawan baik adik ipar ita.. sangat baik orangnya.. hingga ita mengenali seluruh ahli keluarganya.. tak sangka boleh pulak serupa.. ^_^

Pelajar ita kali ini ada yang datang dari Perak, Kuala Lumpur, dari Muar, Batu Pahat, Pontian Kluang, dan sekitar Johor. Ada seorang pelajar berasal dari Medan Indonesia dan kini menetap di Muar Johor mengikut suami yang bertugas di Malaysia.

Semuanya peramah-peramah belaka.. dan membuatkan kelas berjalan dengan cukup lancar. Mereka sangat tekun dan cukup berhati-hati.. Kelas juga siap agak awal daripada biasa. Tapi seperti biasa kelas sering tertanggu kerana keadaan kesihatan ita yang tak beberapa memuaskan. Batuk ni.. masih tak hilang-hilang.. Maaf sangat-sangat pada adik-adik akak yang sabar menunggu bila kak ita batuk.


Seperti biasa kelas masih lagi berlansung di Starhill Golf and Country Club. Hidangan kita hari ini di hidangkan dengan sandwich dan sausage sebagai pengalas perut di awal pagi bersama tea dan kopi. Makan tengahari pula di hidangkan nasi bersama chicken BBQ Thai Sauce, Siew Pak Choy Oyster garlice sauce dan deep fried fish, bersama minuman kordial sebagai penghilang dahaga. Pencuci mulut kita untuk hari itu ialah puding cream caramel . Terima kasih kepada pihak Starhil atas menu hidangan dan layanan yang cukup memuaskan.





Jom kita intai pula hasil tugasan pelajar hari itu...










Masa untuk clik! clik!




Zuraidah dari Pontian


Julia asal Medan dan kini menetap di Muar mengikut suami


Sarina dari Kluang


Fazilah dari Batu Pahat


Salizan dari Johor Bahru


Mariem dari Johor


Lina dari Perak


Chef Herry Aberhim dari Kuala Lumpur


Syahirah dari Johor 



Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...









Kelas 27 Feb yang haru biru...

$
0
0

Assalamualaikum
Bertemu kita lagi sekali bersama kak ita dalam kelas deco Korean Flower Buttercream Modul 1. Kelas yang berlansung pada 27 Feb, dan masih lagi di Starhill Golf And Country Club.
Kelas yang agak kelang kabut, dengan kak ita yang tak berapa sihat.. masih lagi batuk-batuk.. boleh pulak hari tu suara tak keluar terus. Aduyaiiii... kesian pada pelajar-pelajar, maaf sangat-sangat ya.. sebab suara anugerah Allah, bila dia tak nak keluar memang tak  boleh nak di jangkakan.

Sebenarnya ita jarang pulak hilang suara. Entah macam mana demam ita kali ini agak teruk jugak.. batuk yang masih tak hilang-hilang dah nak hampir sebulan.. dan suara pun makin hilang.. harap-harap cepatlah ita dapatkan semula suara ita yang hilang ini..



Kelas kali ini berjalan sangat perlahan. Rata-rata ramai pelajar yang tidak pernah lansung deco kek, hingga ada yang tak pernah lansung bermain dengan buttercream dan tak pernah pegang pun piping bag. Ianya adalah satu cabaran yang agak besar bagi ita.. tambahan pula ramai yang nak balik awal, ada yang nak kejarkan bas untuk pulang ke Terengganu, ada yang nak kejarkan flight untuk pulang ke Kedah , ada yang nak balik Pulau Mutiara. Oleh itu kelas jadi kelang kabut bila mereka nak mengejar masa, hingga kak ita tak sempat nak rakamkan semua gambar pelajar kali ini. Mana yang sempat terakam kak ita masukkan, bagi yang tak ada gambar kak ita minta maaf sebab dah kalut semua jadi tak keruan.


Kelas masih lagi berlansung dari Starhill Golf And Country Club Kempas Johor. Terima kasih kepada pihak pengurusan Starhill atas penyediaan kelas dengan ruang belajar yang selesa. Makan yang di sediakan juga cukup enak! apa menu hidangan kita kali ini. Sarapan pagi di sajikan dengan bihoon goreng dan telur mata bersama secangkir kopi atau tea. Makan tengahari pula di hidangkan dengan Tom Yum Kung, Chicken BBQ Thai Sos, Siew Pak Choy Oyster Garlic Sause, Deep Fried Fist bersama steam rise dan minuman cordial. Dessert pula di hidangkan Cream caramel sebagai penyejuk dan pencuci mulut.



Pelajar kali ini pula rata-rata dari Malaysia dan Singapura. Peserta pertama Zuraidah dari Melaka, Farah dan Suhaila dari Johor Bahru, Sue dan Sophie dari Singapore, Syaz dan Norfizah dari Pulau Mutiara, Azwa dan Ieja dari Kedah, Naila dari Pasir Gudang dan Salyana dari Kota Tinggi Johor.

Kali ini yang paling menyeronokkan ada peserta ibu mertua dan menantu yang turut serta. hihi.. seronokkan bila ibu mertua dan menantu berkongsi minat yang sama. Lepas ni bolehlah belajar sama-sama dan deco kek sama-sama, pasti lebih menarik lagi hasil deconya nanti.

Kelas kali ini juga ada Chinese student dari Singapura. Seronok bila dapat bersembang dan bertukar-tukar pendapat.

Ok kita tak nak sembang panjang-panjang lagi.. jom kita tengok pulak apa gelagat pelajar dalam kelas kali ini.






Jom kita lihat pula hasil tugasan pelajar kali ini..






















Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...





Kelas Deco 1 Malaysia

$
0
0

Assalamualaikum,
Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog Masam Manis. Hari ini sekali lagi ita bawakan kelas Korean Flower Buttercream yang berlansung di Starhill Golf And Country Club Johor pada 28 Feb 2016.

Kelas yang sangat menyeronokkan, jika kelas sebelum ini ada ibu mertua dan menantu, kelas kali ini pula ada pasangan ibu dan anak yang berkongsi minat yang sama. Selain itu boleh di katakan kelas 1 Malaysia kerana ada Melayu India dan Cina. Terdapat juga peserta lelaki dan yang lebih istimewanya beliau berbangsa India dan meminati deco cake walaupun tidak terlibat langsung dengan dunia bakery.



Sebenarnya Kasaven ni pernah oder kek Bus Tayo dengan kak ita sempena birthday anaknya. Beliau minat baking tapi hanya untuk keluarga sahaja. Bila anak-anaknya suka.. itu yang membuatkan beliau bertambah seronok dan menjadikan ianya sebagai hobi di masa lapang. Seronokkan bila anak-anak suka apa yang kita sediakan dan pastilah anak-anak juga seronok bila bapanya sediakan kek atau cookies yang dia suka.. Lebih seronok bila masa kita bersama keluarga di habiskan dengan memasak bersama-sama.. Ianya lebih mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri dan anak-anak.

Kelas berjalan sangat lancar.. walaupun kak ita masih lagi batuk-batuk dengan suara yang tersekat-sekat. Kak ita dah dapatkan rawatan pakar, ialah risau juga batuk tak baik-baik dan suara makin hari semakin hilang. Menurut doktor, terdapat jangkitan kuman pada peti suara kak ita yang membuatkan peti suara dan tekak kak ita bengkak. Jika di biarkan tanpa rawatan, mungkin suara kak ita akan serak. Oleh itu doktor nasihatkan supaya kak ita banyak rehat, tak boleh cakap kuat-kuat.. tak boleh menjerit atau menyanyi..
aduyaiiiii...
"macam mana ni doktor.. saya ada concert hujung minggu ni.." kak ita cuba berseloroh..
" eh.. tak boleh.. batalkan.. kalau tak suara akak akan hilang terus.." kata doktor serius..
hihi... tergelak ita bila doktor ambil serius apa yang ita guraukan..  adoiii.. lah doktor.. dah tua-tua macam saya ni boleh menyanyi lagi ke....

Ita harap sangat ita segera sembuh. Padanlah bila petang aje.. badan dan mula seram sejuk dan demam. Rupanya kesan bengkak pada peti suara juga membuatkan antibodi kita jadi lemah. Punyalah banyak doktor bagi ubat.. adoiii... kita ni dahlah takut makan ubat.. banyak pulak ubat nak kena telan.. sabar aje le.. nak baik kenalah makan ubat kan...


Seperti biasa pihak Starhill menyediakan menu hidangan untuk semua peserta. Kali ini sarapan pagi kami di sajikan dengan roti jala bersama kari ayam, popia goreng , kopi atau tea. Makan tengahari pula di hidangkan dengan sweetcorn soup, deep fried lemon chicken, kailan ikan masin, omelette, dan minuman cordial. Dessert pula disediakan ice ceream sebagai pemanis mulut. Terima kasih kepada pihak Starhill Golf And Country Club Johor Bahru atas ruang belajar yang selesa, layanan yang baik dan hidangan yang istimewa.


Peserta pula ada dari Malaysia dan Singapura. Adilah dan Nabila dari Johor Bahru, Serry , Wan Adila dan Kasaven dari Singapura, Kharida dari Taiping, Perak, Janah dari Saujana Putra Selangor, Noorli dari Rawang, Miza dari Seremban, Mellisa dari Kuala Lumpur,  dan Menita dari Kulai Johor.

Jutaan terima kasih di atas kehadiran. Semoga apa yang di sampaikan dapat di pratikkan. Pilihan warna semuanya sangat menarik! cuma kena selalu praktis supaya tidak lupa step yang di ajar di samping menambah baik lagi kemahiran mendeco.

Oklah, mesti semua dah tak sabar nak melihat gelagat peserta kali ini dan hasil deco mereka. Jom.. kita intai-intai pula gelagat peserta kali ini.



















Masa untuk clik! clik! 













Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...



Basic Figurine Class

$
0
0

Suka dengan kek yang di hiasi patung comel.
Anda berminat untuk mempelajari cara membuat figurine?
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kaedah penyediaan membuat figurine.

Apa yang anda pelajari adalah :

Cara membuat 4 karektor figurine : ayah, ibu dan sepasang anak lelaki dan perempuan.
Anda di ajar beberapa kedudukan figurine : berdiri, duduk bersila dan bersimpoh.
Anda juga di ajar beberapa teknik untuk hiasan rambut dan pemakaian tudung.
Demo untuk menyalut kek dengan ganache coklat
Demo untuk menyalut kek dengan fondant.
Kek anda adalah idea dan kreativiti anda sendiri.
Pelajar bebas memdeco kek mengikut kreativiti tapi masih lagi di bawah pengawasaan.
Anda juga akan di ajar untuk memilih gumpaste dan fondant ready made yang baik.
Dan juga tutorial membuat fondant.

Jangan lepaskan peluang ini.

Tempat pembelajaran yang selesa dan berhawa dingin
Di sediakan sarapan pagi dan makan tengahari
Tandas dan surau juga di sediakan untuk kemudahan pelajar
Semua peralatan mendeco di sediakan untuk kemudahan pelajar. Anda tak perlu sediakan apa-apa peralatan kerana pihak kami bertanggungjawab sepenuhnya untuk kemudahan dan keselesaan setiap pelajar.

Apa yang menarik!

Anda akan di berikan tools untuk membuat figurine percuma
Anda juga di berikan apron Masam Manis percuma
1 box gumpaste seberat 1 kg dengan percuma untuk setiap pelajar
1 buku tutorial membuat figurine bergambar beserta resepi di berikan
Kek bersaiz 2 inc bersalut fondant
Kek yang telah di deco oleh pelajar boleh di bawa pulang.

Apakah syarat-syarat penyertaan ?

Anda perlu mempunyai kemahiran membuat kek
Anda perlu mempunyai kemahiran melayer kek
Anda perlu mempunyai kemahiran melempa kek
* kelas tidak di ajar membuat kek, melayer kek dan melempa kek

Anda berminat ??

Tempat : Starhill Golf And Country Club Jalan Maju Jaya , Kempas Johor
Tarikh : 19 hb March dan 26 hb March 2016
Masa : dari pukul 8 : 30 hingga selesai deco

Cepat.... tempat adalah sangat terhad

Peserta yang berminat boleh boleh dapatkan info lanjut di talian whatsapp talian 

018 ~ 7691544










Apa itu shortening dan krimwell ?

$
0
0

Sejak ita mula mengajar, ramai yang bertanya apakah itu shortening? dan apa pula krimwell? Bagaimanakah fungsi kedua-dua bahan ini. Adakah ianya sama boleh digantikan jika salah satunya tiada.
Apa pula perbezaan antara kedua-duanya dan apakah bahan yang boleh mengantikannya. Ramai juga yang meragui tentang kandungannya.

Shortening dan krimwell nampak serupa, tapi berbeza dalam kegunaannya. Apakah perbezaan antara krimwell dan shortening dan apakah pula kegunaannya.



Shortening

Shortening atau dalam bahasa Melayu di panggil lemak sayuran adalah 100% lemak dan membeku pada suhu bilik. Shortening datang dalam warna putih dan tawar rasanya. Ia di perbuat daripada minyak sayuran ( lemak kelapa sawit ) yang telah dihidrogenasikan ( hydrogenated ).
Pada asalnya , shortening adalah sangat sinonim dengan lemak haiwan, tetapi sejak penciptaan minyak sayuran hidrogenasi dalam abad ke 20, shortening telah secara eksklusifnya bermaksud lemak sayuran.

Dalam sesetengah resepi, shortening di pukul dengan gula untuk memerangkap udara, menghasikkan produk yang gebu. Terdapat emulsifier dalam shortening yang membenarkan ia mengemulisikan shortening dengan cecair. Ia membolehkan minyak dan cecair bersatu, mewujudkan keserataan rasa dan tekstur dalam adunan dan doh.

Shortening mempunyai tahap 'smoke point' yang tinggi berbanding mentega atau margerin. Ini bermakna ia tidak mudah hangus berbanding margerin dan mentega. Ia sangat sesuai untuk di sapukan pada loyang kek atau tin roti yang di bakar kerana ia tidak mudah hangus dan menghasilkan kek dan roti yang sempurna keperangannya.

Satu lagi kelebihan shortening ialah ia memerlukan tahap suhu yang tinggi untuk mencair. Ini sangat sesuai dalam penyediaan buttercream yang perlu lama berada di suhu bilik.

Shortening biasa di gunakan dalam pembuatan biskut untuk mengekalkan bentuk doh biskut dengan lebih lama. Shortening membenarkan telur dan tepung bersatu dan mengekalkan bentuk biskut daripada mengembang ( spread). Walaubagaimana pun shortening tidak menyumbang kepada rasa untuk sesuatu resepi samaada biskut atau roti. Kesimpulannya, shortening dapat mengekalkan bentuk biskut, tetapi kurang dari segi rasa.

Shortening mengandungi kurang air dengan itu ia kurang terdedah kepada percikkan jika di gunakan untuk mengoreng.


Crisco, yang di miliki oleh The JM Smucker Syarikat sejak tahun 2002, adalah jenama lemak sayuran yang terkenal di Amerika Syarikan. Kandungannya terdiri daripada campuran kacang soya maka tidak hairanlah harganya lebih tinggi di pasaran berbanding shortening dari lemak kelapa sawit.

Di Malaysia anda tidak perlu risau dengan shortening kerana ianya di perbuat daripada minyak kelapa sawit. Antara shortening yang popular di Malaysia adalah Lam Soon, Nona, dan Adella




Krimwell

Krimwell juga di kenali sebagai Cream Mixture adalah mempunyai tekstur dan warna yang sama seperti lemak sayuran atau shortening, namun kegunaan kedua-dua bahan ini adalah berbeza. Rasanya seakan-akan margerine ( masin) tetapi berwarna putih krim berbanding margerine yang berwarna kuning.

Ia tidak perlu di letakkan dalam peti sejuk kerana ia membeku pada suhu bilik. Krimwell biasa di gunakan dalam pembuatan buttercream atau aising. Tanpa pengunaan krimwell dalam buttercream mahupun aising, ia menjadikan aising itu terlalu berminyak dan berlemak. Warnanya yang putih juga memudahkan aising atau buttercream di warnakan. Pastikan anda menggunakan pewarna berasaskan minyak atau gel untuk meratakan kalernya.

Salah satu jenama krimwell yang popular di luar negara adalah Marvello. Di Malaysia biasanya krimwell datang dalam sukatan yang banyak dan di repack semula di dalam bekas plastik lutsinar.
Antara produk krimwell yang terdapat di pasaran tempatan adalah Mariana, Creamax dan Super Creamlite.




Gambar dari Google
Rujukkan daripada wikipedia 



Restoran Haikal Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru

$
0
0

Kembara ita ke Kota Bahru tidak lengkap jika tidak jalan-jalan cari makan. Walaupun ita tak berkesempatan untuk singgah di kedai-kedai makan yang ingin ita kunjungi dik faktor kekangan masa, tapi akhirnya berbaloi juga bila singgah di Restoran Haikal..

Betul bagai di kata, bila sampai Kota Bahru aje.. perut mula berkeroncong. Macam-macam hidangan dah terbayang-bayang di ruang mata. Semuanya nampak enak dan lazat. Kota Bahru boleh dikatakan syurga makanan. Sana-sini kita boleh nampak orang kita meniaga. Dunia perniagaan dan orang Kelantan memang tidak boleh di pisahkan. Lihatlah ramai antara mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan adalah anak-anak Kelantan. Wah bangga betul bila menjejakkan kaki ke Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Walaupun pagi-pagi hari lagi perut telah diisi dengan nasi.. maklumlah orang Kelantan ni pagi-pagi dia makan nasi, dah tak menjadi satu kehairanan. Tapi bila dinihari, perut rancak berbunyi dengan paluan kompang minta di isi.. lagi.. dan lagiiiii...




Kali ini ita singgah di Restoran Haikal atau lebih popular dengan nama Haikal Nasi Kukus yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa , Kota Bahru.
Dari jauh lagi dah terbau harum ayam di bakar.. adoiiii... semakin kuat pulak gendang perut ini di palu.





Ramai betul orang di restoran ni sampai beratur panjang menunggu giliran. Pelbagai hidangan di sajikan dengan nasi kukus dan menu specialnya pastilah ayam percik bakarnya ni.. Apa yang bestnya ayam dia besar-besar.. memang puas makan sampai tersandar kekenyangan.

Macam-macam menu di sini, tapi ita tak tahulah apa namanya. Nak sembang lama-lama kat akak yang jual tu.. adoiii.. seganlah jugak, maklumlah kita ni tak pandai nak kecek Kelate.









Apa yang ita suka sangat.. kat sini banyak makanan yang di bungkus dalam plastik. nampak bersih dan meriah. Ada bubur kacang.. ada pengat, rojak , laksam dan lain-lain yang ita pun tak pasti apa namanya . Tapi memang nampak sedap.. Pakal aje perut dak kekenyangan makan nasi kukus dan ayam bakar.. kalau tak mahu jugak ita sambar sebungkus dua.. adoiii... rugi tak merasa.. masih terbayang-bayang pengat sagu tu...

Bagi anda yang berkunjung ke Kota Bahru.. kalau dah sampai tu jangan lupa cari restoran Haikal, kita kena nasi kukus dan ayam bakar.. perghhh... memang betul-betul kenyang.



Kelas Deco Bunga Buttercream 5 March

$
0
0

Assalamualaikum,

Pejam celik-pejam celik tak sedar kita sudah pun berada di bulan March. Hari ini baru ita berkesempatan nak kongsikan kelas Korean Flower Buttercream yang berlansung pada 5 March 2016 di Starhill Golf And Country Club Johor Bahru. Kelas yang pada mulanya adalah kelas yang terakhir untuk kelas bunga buttercream kerana ita ingin memberikan laluan dahulu kepada kelas figurine. Tapi kerana sambutan terhadap kelas ini yang tak putus-putus.. akhirnya ita terpaksa buka 2 lagi kelas untuk bulan March bagi kelas bunga buttercream. Alhamdulillah dan terima kasih atas sambutan yang di berikan.

Kelas kali ini ramai yang datang dari jauh, Izyan dan Linda dari Pucong, Salmah dari Selangor, Ieza dari Semenyeh, Norhayati dari Singapura, Shazliza dari Kluang, Haslin dari Mutiara Rini, Shikin dari Kajang, Zulaikha dari Putrajaya, Ezura dari Shah Alam, Olynn dari Setia Tropika dan Lilis dari Taman Bukit Tiram

Terima kasih atas kehadiran dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang di berikan dan sangat-sangat memahami keadaan kesihatan kak ita yang tak berapa mengizinkan.

Alhamdulillah selain daripada kita menimba ilmu, dapat juga bertukar-tukar pengalaman, berkongsi tips dan panduan, yang paling seronok ramai yang memberikan tips penjagaan kesihatan. Terima kasih sangat-sangat terharu bila ada yang sangat memahami dan berkongsi pengalam dalam bidang kesihatan. Maklulah bila dah masuk 4 series ni.. banyaklah anggota yang perlu di jaga, makan pun kena jaga.. tidur pun kena cukup selain senantiasa berdoa dan bertawakal agar di berikan kesihatan yang baik. Terima kasih ita tak tak terhingga kepada kak Shikin yang tak putus-putus menasihati ita supaya menjaga kesihatan, jaga permakanan di samping memberikan beberapa petua dan amalan yang harus ita amalkan. Terima kasih kak.. hanya Allah jua yang dapat membalas segalanya. semoga akak dan teman-teman yang lain juga senantiasa di berikan kesihatan yang baik dan senantiasa di dalam peliharanNya.


Kita masih lagi berada di Starhill Golf And Country Club, dan di hidangkan dengan set hidangan nasi Lemak dan pau kaya untuk sarapan pagi. Di samping pilihan minuman tea atau kopi.


Makan tengahari pula di sajikan dengan sweet and sour fish, siew pak choy oyster sauce dan sup. Dessert pula di hidangkan dengan buah potong dan cordial sebagai minuman tengahari kami.


Terima kasih kepada pihak Starhill Golf And Country Clup atas penyediaan ruang belajar yang selesa dan berhawa dingin, makanan yang menyelerakan dan layanan serta kerjasama yang sangat-sangat memuaskan.

Pasti anda semua dah tak sabar nak melihat bagaimana pula aksi pelajar kali ini kan.. Jom kita intai aksi mereka dan hasil tugasan mereka pula.




Masa untuk clik! clik!


























Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...



Kembara Masam Manis 6 Mac 2016

$
0
0

Assalamualaikum..
Hari ini ita nak bawa anda jalan-jalan dan tinjau-tinjau kelas deco bunga buttercream yang berlansung pada 6 hb Mac 2016 bertempat di Starhill Golf And Country Club Johor Bahru..
Jom ikut ita ronda-ronda.. vrooooommmm......


Student ita kali ini comel-comel belaka dan ramah-tamah.. yang paling utama mereka semuanya berbakat besar dan punyai seni yang tersendiri.
Peserta ita kali ini rata-rata datang dari Malaysia, Sabah dan Singapura. Jom ita perkenalkan peserta petama Hasnah dan Julia dari Putrajaya, Norina dari Setia Indah, Yahsiah dan Wendy Wong, dari Kota Kinabalu Sabah, Hani dari Pontian, Fatin dari Kluang, Shaheeda dari Kempas Johor, Qamarul dari Pekan Nenas dan Liu dari Singapura.

Kelas yang cukup santai, dengan pelajar memberikan sepenuh tumpuan. Boleh ita katakan kelas kali ini yang sangat cepat habis, belum lunch dah siap semua bunga. Cepat sungguh mereka kerana sangat tekun sampai nak panggil makan tengahari pun.. masing-masing seakan tidak mahu meninggalkan meja kerana terlalu asyik membuat bunga. Sampai kak ita terpaksa jerit dua tiga kali supaya mereka berhenti dan makan dahulu kerana risau lauk pauk yang terhidang kedinginan..

Terima kasih semua, kerana komitmen anda, tumpuan yang di berikan membuatkan kelas berjalan sangat lancar, walaupun kak ita masih lagi belum sihat sepenuhnya.


Pasti anda tertanya-tanya apakah pula menu hidangan yang di sajikan oleh pihak Starhill Golf And Country Club untuk pelajar hari ini.

Sarapan pagi kami di hidangkan dengan bihoon goreng bersama sausage ayam dan minuman panas kopi atau tea. Manakala hidangan tengahari pula di sediakan nasi kukus bersama ayam goreng berempah, masak lemak rebung yang sangat sedap! dan sup daging hangat, bersama minuman kordial sebagai penghilang dahaga. Dessert pula di sajikan dengan aiscream chocolate yang walla.. dinginnya...


Terima kasih kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas kerjasama yang tidak berbelahbagi,  tempat belajar yang selesa dan berhawa dingin, bersama kemudahan yang di sediakan. Hidangan yang sangat lazat dan menyelerakan dengan layanan yang cukup istimewa!



Moto utama kami , "apa yang anda bayar anda dapat semula pulangannya". Gunalah segala kemudahan yang kami berikan sebaiknya, tanpa limit..  Kami sangat bebesar hati jika anda semua berpuas hati. Segala kemudahan untuk pembelajaran cuba di sediakan selengkapnya untuk kemudahan pelajar. Anda di berikan kebebasan untuk mendeco kek anda dengan pilihan warna dan cara susunan bunga di atas kek mengikut gaya yang anda suka.

Ada yang datang kelas ita bersama hajat untuk membuatkan kek untuk ulang tahun ibu tersayang. Oleh itu beliau akan mendeco kek sepenuh hati untuk di hadiahkan pada ibu tersayang. Ada juga yang membuat kek untuk tempahan customer. Ita akan batu sedikit sebanyak dari segi padanan warna yang sesuai.

Ada yang datang sekadar mengisi masa yang terluang.. sekadar ingin belajar dan mencuba. Walaupun sebelum ini lansung tidak pernah membuat kek apalagi mendeco kek.. ita terima seadanya.. ita lebih suka jika mereka meminati bidang seni ini.. Ianya juga satu cabaran bagi ita.. untuk mengajar mereka yang lansung tiada asas.. tapi bila lihat hasilnya hati ita turut berbunga ceria.. Kadang mereka juga tersenyum meleret kerana tak sangka boleh juga hasilkan kek yang menjadi trend sekarang.


Sebenarnya dalam kelas ita ita lebih suka pelajar deco cake atau pilih warna mengikut idea mereka. Dari situ mereka akan belajar kaedah padanan warna yang sesuai. Jika ada kesilapan, ita akan beritahu kemudian, supaya mereka belajar dari setiap kesilapan. Ita sangat-sangat berharap, bila mereka melangkah keluar dari kelas ini, mereka sudah terbayang atau terfikir untuk medeco kek bersesuaian dengan identiti dan kreativiti mereka sendiri tanpa di bayangi oleh kek cikgu yang mengajar. Kalau tidak nanti.. bila anda tengok kek mereka.. sama aje macam kek cikgu.. tak bestlah macam tu kan... kalau boleh ita nak tengok pula kreativiti mereka. Kreativiti jangan di sekat.. luahkan ibarat kita mencanting di atas kanvas.


Apakata ita bawa anda ronda-ronda pula dalam kelas dan lihat gelagat mereka dalam kelas pula..






Setelah sehari suntuk, menyiapkan bunga-bunga.. mengubah janbangan bunga di atas kek.. bagaimanalah pula hasilnya kan...
Jom kita intai pula hasil kek yang mereka sudahkan..











Masa untuk clik! clik!
Lihatlah wajah-wajah yang keletihan ini. namun masih mampu mengukir senyuman penuh kepuasan setelah dapat menyiapkan tugasan.












Alhamdulillah selesai sudah kelas deco bunga buttercream untuk hari ini.
Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian mereka untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan higangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualaikum...



Jangan lupa kembara dan ronda-ronda Masam Manis bersama kelas deco Basic Figurin pula. Kepada yang dah daftar jangan lupa janji temu kita...
Okey bye!





Tempahan kek minggu lalu

$
0
0

Kek rainbow 3D tempahan daripada RHB Bank Taman Pelangi.
Dalam kek rainbow bersama cream cheese frosting



Kek hantaran dengan tema alat muzik
Kel Red Velvet dengan cream Cheese dan Choc Ganache topping
Di hiasi dengan fondant hijau zamrud


Kek Anniversary dari regular customer
Dalam kek vanilla , strawberry dan bluberry ombre
Bersama dilapisi fresh cream dan filling bluberry compot dan strawberry compot
Luar di saluti buttercream dengan deco korean flower buttercream dan figurine motor berwarna hijau ada bear dalam bakul dan couple


Kek hantaran, tema korean flower dengan bunga kekwa
Tema pilihan warna merah, purple dan pink
Dalam adalah kek choc moist


Carrot cake untuk birthday ibu tersayang
Dengan hiasan rabit dari gumpaste dan carrot dari fondant









Terima kasih kepada yang sudi tempah kek dengan akak, segala kekurangan dan kelemahan akak mohon apun dan maaf dan halalkan segalanya.


Untuk tempahan kek, anda boleh wassap talian 018 ~ 7691544





Kelas figurine yang pening-pening lalat..

$
0
0

Alhamdulillah , kelas Basic Figurine yang telah berlansung selama 3 hari di Starhill Golf And Country Club berjalan dengan jayanya. Kelas yang membuatkan ita tak tidur malam dan seram sejuk kerana ianya merupakan kelas fifurine ita yang pertama.

Alhamdulillah sambutan terhadap kelas ini sangat mengalakkan. Ita menyasarkan hanya 7 peserta untuk satu kelas memandangkan kelas ini adalah kelas pertama, hands on dan perlukan tumpuan yang lebih, kerana segala hasil deco adalah bergantung kepada kreativiti setiap peserta. Peserta di berikan kebebasan untuk menghasilkan  figurine masing-masing. Tunjuk ajar dan garis panduan di berikan supaya setiap peserta mampu menghasilkan figurine dengan idea dan fantasi mereka. Kelas ita bukanlah copy and paste, di mana setiap peserta perlu meniru hasil figurine yang ita buat tetapi mereka harus mereka cipta figurine mereka sendiri dengan panduan dan guide yang di ajarkan.





Ita berharap bila mereka melangkah keluar dari kelas ita nanti, mereka bukan sahaja mampu menghasilkan basic figurine untuk orang sahaja, bahkan dengan sedikit tunjuk ajar dan apa yang ita sampaikan, mereka boleh mereka cipta dan menghasilkan figurine animasi yang lain pula. Semuanya bergantung pada kreativiti dan kesabaran yang mereka miliki.




Kelas figurine adalah kelas yang sangat menyeronokkan, hingga peserta tidak sedar hari dah petang kerana terlalu kusyuk membuat figurine. Bila ita kata, dah pukul 6 petang, masing-masing terkejut kerana tak sedar kerana terlalu leka dengan figurine masing-masing. Seakan mereka semua tak mahu pulang pula.. kesian pada suami dan anak-anak.. yang menunggu di luar kelas hihi


Boleh ita katakan kelas figurine ini ibarat reuniun , kerana rata-rata peserta yang turut serta adalah mereka yang pernah join kelas ita sebelum ini. Oleh kerana itu kelas menjadi sangat ceria dengan keletah masing-masing, bertambah lagi ada yang cuba melepaskan rindu..  berborak sakan hingga tak sedar masa berlalu begitu pantas. Masa yang terlalu pantas terasa seakan mencemburui pertemua ini, itu yang membuatkan mereka seakan berat mahu melangkah keluar..


Kelas kali ini kita tampilkan kelainan sedikit, kali ini apron hijau menyambut kedatang setiap peserta. Wah! teruja melihat apron hijau hingga ramai yang membancuh warna hijau untuk baju figurin masing-masing kerana terpengaruh dengan tarikan apron kali ini :)











Sebenarnya ita juga turut tumpang seronok, bila melihatkan mereka begitu tekun.. kadang-kala terdengar gelak dan hilai tawa masing-masing yang mungkin terasa lucu bila melihatkan figurine yang mereka hasilkan. Sesekali ada yang menjerit.. " kak ita.. napa kita buat tangan nampak macam kaki pulak " haha.. bederai semua ketawa..







Bila hari sudah merangkak ke petang.. masing-masing sudah mula keletihan.. letih nak menguli fondant. Tangan dah mula terasa sengal-sengal.. hihi mulalah rambut hanya tinggal 2.. 3 helai sahaja.. haha.. dah penat lah tu... " Macam manalah kak ita buat figurine yang orang oder tu kan... kita nak buat pun seharian.."
Tau tak pe.. kan... sebab itulah kak ita katakan home made kek ni harganya sedikit mahal.. kerana kerjanya terlalu rumit dan perlu korbankan masa yang panjang dan kesabaran yang sangat tinggi.. hanya mereka yang memahami sahaja yang akan menghargai kerja orang seni.


Kak ita harap bila sampai di rumah nanti jangan lupa praktis tau!.. buat cantik-cantik dan hasilkan figurine dengan gaya dan identiti tersendiri.. Biar bila orang tengok kek kita.. orang tau.. itu adalah sentuhan kita.. bukan tiruan atau cetak rompak.. :)




Terima kasih yang tak terhingga kepada adik-adik dan kakak-kakak yang sudi join kelas figurin ita.. yang senantiasa berikan sokongan pada ita yang tak berbelah bahagi. Terima kasih atas kesabaran dalam mendapatkan ilmu.. terima kasih juga tas ketekunan dan setiap pengorbanan. Semoga setiap pengorbanan akan di bayar dengan ganjaran rezeki yang berlipat kali ganda.. amin










Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas hidangan yang sangat sedap untuk setiap kelas. Terima kasih juga atas layanan yang sangat memuaskan, atas kerjasama yang di berikan. Terima kasih juga kepada adik-adik di Starhil yang sangat banyak membantu, sabar dalam melayan kerenah kami semua dan sabar menunggu hingga kelas selesai.
Semoga kerjasa ini akan terus berpanjangan hendaknya.

















Bagi anda yang berminat untuk turut serta bengkel deco Basic Figurine boilehlah whatsapp ke talian : 0187691544


Kelas Korean Flower Buttercream yang osem!

$
0
0

Kelas Korean Flower Buttercream yang sangat osem! Seronok sangat , pelajar-pelajar yang sangat sporting , apa yang paling menyeronokkan mereka sangat tekun, bijak memilih padanan warna, tidak pernah mengalah untuk mendapatkan hasil yang terbaik.



Kelas masih lagi berlansung di Starhill Golf And Country Club, Kempas Johor. Jutaan terima kasih yang tidah terhingga kepada pihak pengurusan Starhill atas layanan yang sangat baik, kerjasama yang tidak berbelah bagi dan hidangan makan yang sangat enak! Kali ini kami di hidangkan dengan set nasi ambeng yang sangat osem, enak tak terkata. Seronok melihat pelajar makan dengan cukup berselera sekali sampai bertambah-tambah nasi di pinggan. Ita yang rasa sangat happy tak terkata, melihat mereka menjamu selera.







Peserta kali ini rata-rata berbilang bangsa dan datang dari Malaysia dan Singapura. Bila dah berkumpul bersama, wah! seronok tak terkata, bersembang dari satu topik ke satu topik tanpa henti. Pelbagai pengalaman yang di kongsikan , seronok sangat mendengar celoteh masing-masing,  ita juga tumpang sama dapat ilmu baru dan pengalaman berharga dari adik-adik kita ni.

Jom ita perkenalkan anda semua dengan adik-adik yang juga bakers-bakers hebat ni..

Linda dari Taman Pulai
Nurhayati dari Kulai
Tiara dari Petaling Jaya
Veronica dari Petaling Jaya
Sapiah dari Singapura
Hui Lin dari Singapura
Jean Lee dari Singapura
Yeni Juliana dari Kulai
Norlina dari Kuala Lumpur
Roslah dari Mersing


Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke kelas kak ita, semoga berpuas hati dengan apa yang kak ita sampaikan dan berpuas hati juga terhadap layanan dan hidangan yang pihak Starhill sediakan.







Sebenarnya kak ita pun dah tak sabar nak kongsikan hasil tugasan pelajar kali ni. Apa yang kak ita ingin katakan, kak ita sangat puas hati terhadap pilihan warna, nampaknya semuanya berani mencuba dan bijak bermain dengan warna. Untuk bunga pun kali ini cantik-cantik kejadian bunganya, mungkin ada sesetengahnya yang kena praktis lagi dan lagi untuk hasil yang lebih baik dan memuaskan hati. jangan berhenti praktis ya.. sayang takut apa yang dah dipelajari jika tak praktis nanti lupa pulak!

Kepada semua, kak ita ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi, dan kepada semua , semoga maju jaya dan selamat berK'pop

Jom kita lihat hasil tugasan mereka














Bagi anda yang berminat untuk turut serta bengkel decoKorean Flower Buttercream, bolehlah  whatsapp ke talian : 0187691544




Viewing all 843 articles
Browse latest View live