Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Menu 2 Ramadhan 1437 H

$
0
0

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita telah pun selamat melalui ibadah puasa buat hari yang ke 2. Masih panjang lagi perjalanan kita kan.. semoga kita semua dapat melaluinya dengan sabar dan penuh istiqamah.

Masak apa kawan-kawan untuk berbuka puasa hari ni...?
Hari ni ita masak yang sempoi-sempoi aje.. Ini pun atas permintaan anak-anak yang katanya dah lama nak makan mee kari. Lama jugak maknya ni tak buat mee kari.. ialah bila anak-anak tak ada di rumah.. malas lah nak masak.. nanti dok teringat kat mereka aje..  Bila semua berkumpul barulah maknya masak yang istimewa sikit.




Untuk sahur subuh tadi ita masak ikan masak kicap aje.. Biasa sahur memang menu yang simple. Anak-anak tak memilih.. janji ada nasi.. lauk campak-campak aje pun diaorang makan. Alhamdulillah mudah sikit tugasan maknya. Ikan kembung masak kicap ni ita masak yang seringkas boleh untuk bersahur.


IKAN MASAK KICAP

5 ekor ikan selar ~ siang dan cuci bersih
Sedikit garam dan kunyit

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga

2 biji tomato ~ belah 2
2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goreng
2 biji lada hijau ~ di hiris kasar
1 labu bawang besar ~ di hiris 
2 tangkai daun sup ~ di mayang halus 
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula Melaka
5 camca besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng kentang hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan
Minyak baki goreng kentang, panaskan semula
Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
Masak hingga didih
Masukkan ikan kerisi
Akhir sekali masukkan kentang goreng, tomato, bawang besar dan daun sup
Angkat dan hidangkan 
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa 

Untuk juada berbuka, pertamanya mestilah ada air. Air macam biasa pilihan suami, air cincau. Suami ita suka air cincau. Tapi air cincau ni kena ikut selera suami.. dia aje yang boleh sediakan. Jadi hari ini air kami untuk berbuka puasa adalah hasil air tangan suami ita.


AIR CINCAU

1 cawan cincau di potong dadu
air gula secukupnya
air panas untuk merendam cincau
air ais secukupnya

Kebiasannya suami ita akan merendam sedikit cincau dengan air panas untuk mendapatkan warna hitam cincau.
Cincau yang selebihnya di potong dadu atau di cincang
Masukkan air rendaman cincau dan cincau yang di potong dadu ke dalam jug
Letakkan air gula
Tuangkan selebihnya dengan air masak secukupnya
Rasakan manisnya
Letakkan kiub ais untuk rasa yang segar dan dingin.

Untuk pembuka selera kami sekeluarga ita sediakan mee kari. Resepi mee kari ni dah banyak kali rasanya ita kongsikan. kali ni ita buat yang ringkas aje. Ambil yang penting aje.. mana yang tak berapa di sentuh anak-anak ita tak letak. Maklumlah tak nak banyak sangat membazir bulan puasa ni.



MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati 

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar 
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan 
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa 
1/2 kg daging - ita guna batang pinang
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang 
tauhu sponge yg dah goreng

Bahan dimakan bersama
Mee kuning 
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus  
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka

Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai.
Masukkan air dan biar ia didih.
Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali).
Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih.
Masukkan udang, kerang dan fish ball.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tauhu sponge. 
Biarkan kuah mendidih
Sedia dihidangkan

Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.



Untuk pemanis kami sekeluarga ita sediakan pengat ubi bersago. Dah lama tak makan pengat, bila bualan puasa baru terasa nak makan.. tu yang merajinkan di ri untuk menyediakan pengat ubi ni.
Pengat ni ita buat yang simple aje.. main campak-campak aje kata orang ikut selera sendiri aje..


PENGAT UBI BERSAGO

500 gm ubi kayu ~ di potong kecil 
200 gm gula Melaka
100 ml air
40 gm gula pasir
2 helai daun pandan
1 biji santan kelapa 
garam secukup rasa
air jika perlu
1/2 cawan sagu biji yg telah direbus terlebih dahulu

Ubi kayu di bersihkan dan di potong kecil
Rebus ubi bersama air dan sedikit garam hingga empuk
Angkat dan toskan
Tuangkan sedikit air kedalam periuk. Kemudian masukkan daun pandan dan gula Melaka. Masak hingga gula cair. 
Kemudian tapis untuk membuang kotoran yangh ada dalam gula.
Masukkan semula sirap gula melak ke dalam periuk. Kemudiam masukkan gula pasir. Kacau rata.
Masukkan ubi yang telah di rebus tadi dan biarkan mendidih selam 15 minit.
Kemudian tuangkan santan dan kacau perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan sagu biji.
Masukkan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan.


Inilah serba ringkas menu berbuka puasa kami sekeluarga. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan idea untuk rakan-rakan menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga pula.







Kek -kek sebelum Ramadhan

$
0
0

Assalamualaikum,
Hari ni ita kongsikan kek-kek tempahan yang telah ita laksanakan seminggu sebelum Ramadhan.
Minggu ni adalah minggu yang paling-paling sukar. Banyak kek yang harus ita sedikan yang perlu di sediakan tepat pada masanya dengan pelbagai decorasi yang berbeza-beza.

Walaupun ita cukup sukakan cabaran dalam mendekorasi kek.. Tapi bila masanya terlalu suntuk dengan tempahan yang banyak dalam satu-satu masa. Ianya yang menjadikan ita stress.. sekejap!

Kebiasannya ita hanya menerima 1 atau 2 kek untuk sehari. Ianya supaya ita boleh lebih fokus di dalam memberikan hasil yang terbaik. Namun ada masanya, sebagai manusia biasa kita tak terlepas daripada perasaan simpati atas segala pujuk rayu yang membuatkan kita rasa cepat mengalah. Inilah yang membuatkan kita stress bila berhadapan dengan situasi yang tidak di jangkakan. 

Sebagai bakers, ita tahu ramai yang berhadapan dengan situasi sedemikian. Simpati dengan orang yang akhirnya mengheret kita kepada seribu satu permasalahan. 
Ita bersyukur kerana mempunyai suami yang cukup memahami. Yang senantiasa tenangkan ita, setiap kali ita berhadapan dengan permasalahan. Maklumlah ita ni jenis gabra.. kata orang Johor. Kelang kabut dan kalut tak tentu pasal. Bila berlaku sesuatu.. Ita cepat panik.. masa tulah otak ni nak jam.. semua tak boleh nak fikir.. 
Selalu suami yang banyak coolkan ita.. bagi idea atas setiap permasalahan yang ita tak dapat selesaikan.. 
Alhamdulillah.. itulah sebenarnya Allah ciptakan kita berpasang-pasangan.. agar kita dapat saling tolong menolong dan bantu membantu ibarat aur dengan tebing..


Jom ita perkenalkan dengan kek ita yang pertama, bertemakan Marvel karektor kartun superheroes yang menjadi kegemaran anak-anak. 
Kek ni bersaiz agak besar, 4 segi, kek buttercream dan dalamnya adalah kek rainbow. Ini adalah tempahan dari regular customer yang senantiasa tempah kek dengan ita sejak seawal ita mula menceburi bidang ini. Beliau ni peminat kek rainbow, setiap kali oder cake.. pasti cake rainbow menjadi pilihan.

Beliau ada berikan ita contoh kek yang di pinta dengan 2D deco. Pada mulanya ita tak tahu nak buat macam mana? berapa hari ita dok fikir macam manalah ita nak buat 2D superheroes, biasa ita buat figurine aje.. kalau yang agak payah karektornya, ita beli patung plastik yang banyak jual di pasaran.. 

Proses membuatnya agak payah, kerana jika silap percaturan, pasti tak nampak rupa karektor tu. Setiap karektor kartun pula ada ciri-ciri khas dengan memek muka yang mengambarkan mereka adalah superheroes yang hebat.

Akhirnya ita menggunakan teknik 'cut and paste' menggunakan gumpaste. Untuk deco yang perlukan karektor tak boleh guna fondant. Ia tak boleh di bentuk dan cepat lembek. Penggunaan gumpaste lebih mudah dan banyak membantu.
Ita mengambil masa 2 hari untuk siapkan kek ini.
Hari pertama kena siapkan 2D karektor yang mengheret ita berada dalam bilik ita ni seharian.
Keesokkkannya barulah bermula proses menyiapkan kek dan mendeco.
Kek ita biasa ita tak buat lama.. paling lama 3 hari. Ita kena pastikan kek senantiasa fresh bila sampai pada customer. 

Mula ita google untuk dapatkan gambaran karektor kartun tersebut. 
Potong gambar satu-satu mengikut karektor
Gumpaste yang ita telah warnakan mengikut karektor animasi ita canai nipis
Potong mengikut ukuran pada gambar yang telah ita potong tadi
Lepas tu baru ita buat tambahan lain seperti kepala dan asesori yang ada pada setiap karektor.
Akhir sekali barulah ita cat dengan warna makanan hitam untuk nampak bayang dan memberikan gambaran komik pada karektor tersebut.
emmm.... berpeluh jugak nak siapkan, kena berhati-hati terutamanya pada bahagian muka.
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Ita sangat-sangat puas hati dengan hasilnya.. kerana ini adalah percubaan ita yang pertama dalam menghasilkan 2D kerektor.
Ita harap tuan empunya suka dan puas hati dengan percubaan pertama ita ini.

Bila dah siap ita kena pula siapkan tempahan kek hantaran pula pada hari yang sama.


Ini pula adalah kek hantaran.
Walaupun mungkin bagi kawan-kawan ianya adalah kacang bagi ita yang dah biasa dengan kek bunga Kpop. Tapi deko anyaman pada kek inilah yang perlukan lebih perhatian dan mengheret ita berjam-jam mengadap kek.

Tak kiralah ianya kek yang bersar, 2 atau 3 tingkat atau bertingkat-tingkat sekalipun.... proses membuatnya tetap sama..
Penatnya pun sama....


Kek ni beberapa kali bertukar-tukar idea deco, kerana customer ni berbelah bagi..
Kejap dia nak deco macam ni... kejap nak tukar deco macam ni... Dia pun tak tahu.. rasa semua dia nak.. dan semua terasa cantik di matanya..

Biasalah kan.. kadang ita pun macam tu jugak.. yang ni nampak cantik.. yang ni pun cantik.. hingga tak tahu nak pilih yang mana...

Bila berhadapan dengan situasi begini, inilah tugas utama kita nak terangkan pada customer apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai. Berikan mereka sedikit masa untuk membuat pilihan.. Pasti mereka inginkan yang terbaik untuk hari bersejarah ini. Jika ita di tempat beliau ita pasti berada dalam situasi yang sama..

Akhirnya setelah kata putus di ambil.. Di hari-hari terakhir.. barulah ia memberikan kata putus.. !
yes!.. inilah pilihan yang terbaik baginya..

Kek bunga Korean Buttercream dengan deco bakul putih krim yang di hiasi bunga-bunga segar merah dan soft pink berkembangan.

Mungkin proses membuat bunga dah biasa bagi ita.. tapi untuk membuat anyaman bakul mengambil sedikit masa. Maklumlah halus-halus.. dan mata ni pun dah rabun ayam...
Ita sangat sukakan warna pilihan yang nampak sangat sweet.. lembut dan so english..
Alhamdulillah.. siap juga akhirnya 2 kek tempahan untuk hari yang sama.
Ita melahirkan rasa syukur sangat bila dah sempurna tugasan ita dan ita sangat sukakan kedua-dua kek yang ita sediakan kali ini.



Sebenarnya tugasan ita belum berakhir lagi...
Ita perlu siapkan beberapa biji kek lagi untuk esok harinya.. yang boleh membuatkan ita pengsan!
3 biji kek 3 tingkat dan 2 tingkat dan satu kek 3 D memang pengsan!
Macam manalah boleh terlepas oder sebanyak ini dalam 1 hari...


Ini adalah pesanan kek pertama yang perlu ita selesaikan
Kek 3 tingkat full fondant dengan tema LV sebagai pilihan.
Membuat decorasi kek berseorangan adalah satu tugas dan satu cabaran yang cukup besar bagi ita.
kadang kala ita terfikir.. Ya Allah... apalah yang aku buat ni.... kenapa harus ini bidang yang aku pilih..

Memikul satu-satu amanah bukanlah satu tugas yang mudah.. Setiap apa yang kita buat.. kita kena buat dengan sesempurna boleh. Anggap itu adalah kek yang kita punya.. kita yang nak kek sedemikian.. Kita pasti nakkan kek yang sesempurna mungkin.. dan pasti kita akan lakukan dengan bersungguh-gungguh.

Itulah yang selalu ita fikirkan setiap kali ini mendeco kek. Hingga kadang kala bila kek ita dah siap.. ita seakan terasa sayang nak bagi pada customer..

Kadang kala ita sendiri tidak percaya dengan apa yang ita lakukan..
"Betul ke aku yang buat ni..."


Kek ini perlukan kesabaran yang tinggi dalam menyediakannya.
Ita mengambil masa selama 4 jam untuk menyiapkan kek ini.
Ita perlu bahagikan masa 1 jam untuk satu tingkat dan selebihnya untuk decorasi dan tuch up.
Ita kena bahagikan masa kerana ita ada 3 lagi kek yang menanti.


Ita pun tak pasti kenapa ita sangup terima tempahan ni.. ia satu cabaran bagi ita..
Banyak kerja halus-halus yang perlu di sempurnakan sebaiknya.
Semuanya perlukan diy kerana ita tak ada peralatan khusus atau cetak untuk membuat kek ini, seperti mangga pada kek.. ita buat sendiri tanpa bantuan cetakkan. Zip tali dan asesory semuanya di buatakan tanpa alat cetakkan.

Kebiasannya asesori tersebut ita akan sediakan dahulu sehari sebelum di letakkan pada kek keesokkan harinya.

Alhamdulillah kek ini telah selamat sampai kepada tuan empunya nya.. dan apa yang buatkan ita sangat seronok dan hillang rasa penat apabila rakan-rakan di FB turut menyukainya hingga ita mendapat 5.2 K likes, satu jumlah likes yang cukup besar untuk kek yang ita hasilkan setakat ini. Alhamdulillah syukur dan terima kasih ya kawan-kawan kerana anda juga meminati kek yang ita hasikan. Semoga ianya menyuntik lagi semangat ita untuk hasilakan kek yang lebih baik lagi di masa mendatang.
Doakan ita sihat selalu...



Ini adalah kek yang penuh cabaran dan dugaan bagi ita.
Di saat ita berhadapan dengan tugasan yang sukar dan kek yang banyak, ita harus juga siapkan kek yang satu ini yang ita tak pernah buat kek 3D bentuk haiwan sebelum ini.

Kek ini ditempah oleh regular customer ita juga. Setiap kali beliau tempah kek, ianya adalah cabaran yang cukup besar bagi ita. Kek yang di pinta selalu adalah kek yang di luar kotak fikiran ita. Tapi ita sangat seronok, kerana beliau lah ita seberani ini mencuba pelbagai kek yang ita tak pernah terjangka boleh membuatnya.

Kek ini ita buat 2 kali sebenarnya.
Kali pertama ita buat, bentuk kucing yang di pinta tak menjadi.
Sebenarnya ita pun tak puas hati dengan apa yang ita hasilakan. Tapi ita hantar juga kek yang tak berapa sempurna di mata ita, kerana ita terlalu mengejar masa, dan ita perlu juga menghantar kek dalam masa yang di janjikan.
Pada hari yang sama juga ada beberapa kek lagi menanti yang harus ita sempurnakan lebih-lebih lagi kek khawin  yang menuntut ita memberikan tumpuan 100 %

Seperti yang ita jangkakan... jika ita tak puas hati dengan hasil kerja ita yang tak sempurna.. customer ita juga pasti akan merasai situasi yang sama.
Cuma apa yang paling ita hormat dan kagumi... walaupun kek itu tidak sempurna kejadiannya.. ia tak marah-marah.. tak ada lah ambil gambar kek dan viralkan... ia sangat-sangat menghormati dan memahami tugasan ita. Kerana ini adalah pengalam ita yang pertama.. itulah juga yang memungkinkan beliau sangat-sangat memahami.
Beliau terangkan ita apa kesilapan yang ita buat yang mungkin ita sendiri tidak nampak.. Beliau suruh ita kecilkan sedikit muncung kucing tu... bulatkan sedikit mukanya.. dan belang-belangkan badanya agar ia lebih menjadi sempurna.
Atas penerangan dan tunjuk ajar dari beliau, ita ambil semula kek tersebut dan repair semula. Alhamdulillah beliau berikan ita sedikit masa, agar ita dapat sempurnakan kek yang lain barulah ita betulkan segala kesilapan ita.

Akhirnya siap juga kek kucing ni.. walaupun pada ita ianya masih lagi tidak cukup sempurna 100% dan ita masih lagi tak puas hati dengan hasil ita kali ini. Jika di berikan sedikit lagi masa, pasti ita akan ubah semula kek ini menjadi lebih baik!

Walau bagaimana pun.. Alhamdulillah customer ita kata ok lah.. jadilah jugak rupa kucing tu kan..
Inilah cabaran ita yang cukup besar sepanjang ita menjadi bakers. dalam masa yang sama juga,  ianya adalah pengalaman ita yang cukup berharga yang akan ita kenang sepanjang hayat.. ia juga merupakan kenangan ita yang cukup manis kerana banyak yang ita  belajar melaluinya..

Terima kasih Allah kerana memberikan ita kesabaran ini..
Kalau ita tak jadi baker.. ita tak sesabar ini... rasanya...



Selain kek di atas, kek ini juga merupakan kek yang harus ita siapakan dalam hari yang sama. Kek khawin 2 tier dengan tema biru purple.

Alhamdulillah, kerana kek ini cukup baik.. tak banyak memberikan masalah pada ita.. Kek berjalan lancar dan sangat menenagkan hati bila ita memandangnya. Benarlag kata orang.. dalam setandan pisang tak semuanya busuk dan tak semuanya elok...




Ini adalah satu lagi kek yang harus ita siapkan dalam hari yang sama.
Walaupun nampak cukup simple tapi kek ini juga cukup besar cabarannya..

Kek dengan tema baby blue ini denga deco ala-ala Inggeris ini adalah untuk kek perkhawinan.
Sebenarnya banyak yang customer minta ita letakkan pada kek..
Tapi bila ita cuba buat.. ita nampak macam sangat sarat dan nampak semak.

Ita sukakan warna pilihannya.. sangat lembut dan nampak sangat elegant! sayang jika kecantikkannya di palit dengan asesory yang terlalu sarat..

Ita cuba bincang dengan customer terangkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.
kadang kala bila kita rasa boleh.. Tiba-tiba bila kita cuba sempurnakan ianya menjadi tidak boleh pula.. Itulah pentingnya komunikasi dengan cusrtomer agar kedua-dua pihak memahami.

Sebagai contoh kek ini, sebenarnya customer inginkan manik pearl tu 2 colour iaitu warna biru dan silver. Tapi bila ita buat.. di mana silapnya.. manik biru itu luntur pula warnnya bia terkena buttercream dan mula melelehkan warna yang menampakkan kecacatan pada kek.

Aduh... !
Panik ita di buatnya.. dah lah ita berhadapan dengan masalah kek yang sebelumnya.. di tambah lagi dengan permasalahan yang baru pula.
Akhirnya ita terpaksa beritahu customer agar manik biru tidak di letakkan kerana di khuatiri akan mencacatkan kek sahaja nanti..
Alhamdulillah.. minggu ni ita mendapat customer yang cukup-cukup memahami.. Bila dapat customer yang baik-baik macam ni.. kita pun jadi tenang dan dapat berfikir dengan sempurna..


Alhamdulillah...
Sempurna sudah tugasan berat ita seharian.
Pengalaman yang cukup berharga.... kenangan yang cukup indah.. dan juga satu pengajaran bagi ita yang naif ini.
Hati-hati bila terima tempahan.. bak kata pepatah..
" ukur baju di badan sendiri..."
" jika kail panjang sejengkal.. jangan lautan dalam hendak di duga.."

Ya Allah hanya Dia sahaja yang tahu betapa penatnya ita hari itu.. satu badan terasa sakit..
Tidur malam pun tak lena di buatnya.. bila mengenagkan kek yang ita buat..
Ita harap sangat customer dapat menerima hasil ita seadanya.. dapat memaafkan segala kelemahan dan segala kekurangan..




Sehari sebelum Ramadhan..
Ita harus siapkan satu lagi tempahan yang terakhir
Kek bunga Korean lagi.. kali ini dengan tema purple pink.
Kek 2 tier yang terpaksa di tukar menjadi 2 tingkat.
Kek ini nak kena bawa jauh ke Pontian. Tahu ajelah kan jalan ke Pontian yang berombak.. ita risau jika kek tidak di jaga dengan sempurna
Kek di ambil pula oleh customer sendiri.. ita risau jika tak pandai nak handel kek akan punah pulak kek nanti
Akhirnya kata sepakat di ambil antara kedua-dua belah pihak, agar kek 2 tier menjadi 2 tingkat supaya mudah nak di bawa. Bukan itu aje.. mudah juga nak simpan dalam peti ais nanti , memandangkan kek akan di guna pada  keesokkan harinya.



Kek ini adalah tempahan dari rakan sekolah ita. Terima kasih Siti, tempah kek dengan ita. Maaf ita tak dapat hantar kerana sibuk siapakan tempahan yang lain pula.
harap sangat Siti puas hati dengan apa yang ita hasilkan..


Kepada semua pasangan mempelai, selamat pengantin baru.. Selamat menempuhi hidup di alam rumahtangga. Semoga ikatan yang tersimpul akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Sabar dan tabah adalah kunci dalam sebuah ikatan perkhawinan. Terimalah pasangan anda seadanya.. Sesungguhnya ia adalah pilihan yang terbaik yang telah Allah rencanakan..
Salam Ramadhan buat semua.. dan selamat berpuasa








Menu 3 Ramadhan 1437 H

$
0
0

Waaahhhh.... ku lihat hijau...
Assalamualaikum..
Sebentar lagi umat Islam di Malaysia dan yang sewaktu dengannya  akan berbuka puasa. Mungkin ada negara lain yang baru mula berpuasa. Mungkin ada yang lagai dua tiga jam lagi menunggu waktu berbuka.




Tika dan saat ini, suri rumah lah yang paling sibuk berpencak silat di dapur menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Ada juga yang masih sibuk mencari juada berbuka di bazar Ramadhan.
bagi kami sekeluarga, tahun ni.. ita merancang untuk memasak sendiri untuk keluarga. Lebih menepati selera anak-anak, dapat makan bersama di samping dapat berjimat juga.

Menu ita hari ini pun sama juga masih simple. masih lagi selera anak-anak.

Untuk sahur ita masak yang simple juga. Ikan masak asam


IKAN MASAK ASAM

2 ekor ikan kembung - disiang, cuci bersih digaul dgn kunyit dan garam dan digoreng hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknyer.

2 biji bawang besar - dipotong bilat
1 biji cili merah - dihiris serong
1 biji cili hijau - dihiris serong
6 biji cili api - dibelah 2
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
sedikit belacan jika suka
200 ml air asam
garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang hingga harum. Masukkan air asam dan belacan yg telah dikisar dan masak hingga didih. Perasakan garamnyer.
Kemudian masukkan cili api, cili hijau, cili merah dan bawang besar.
Akhir sekali masukkan ikan kembung biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidangkan.

Simple-simple aje menu bersahur ita. Janji ada nasi.. kami memang akan bersahur dengan nasi setiap hari


Petang ni ita sediakan lontong untuk keluarga. masih lagi yang simple dan ita masukkan bahan yang ringkas-ringkas aje.. Mana yang anak-anak tak suka makan ita tak letak. Ini bertujuan untuk elakkan pembaziran di bulan yang mulia ini.

Satu yang istimewa ada serunding daging kiriman anak murid ita dari Kelantan. Adoiii... tak sabar nak tunggu waktu berbuka. dah tak sabar nak merasa serunding daging ni.. mesti sedap! kebetulan kami memang mengemari serunding daging. kalau balik Kota Bahru berkilo-kilo kami beli untuk stock. Terima kasih ya Puteri Marina atas kiriman serunding daging ni.. nanti lepas buka baru akak dapat rasa.


LONTONG

Bahan Sayur 

1/2 biji kobis 
8 batang kacang panjang 
1 batang lobak merah 
1 biji sengkuang kecil 
1 biji terung panjang 
1 keping tahu kering ~ rendam 
4 biji kentang 
4 keping tauhu ~ di potong kecil dan goreng 
4 keping tempe ~ dipotong dan digoreng 
2 ikat suun ~ direndam 
lada merah dan hijau ~ dipotong serong


Bahan Rencah ~ dikisar halus

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu udang kering
2 sudu ikan bilis
sedikit belacan  
2 sk jintan kasar ~ digoreng tanpa minyak
2 batang serai ~ dititik 
4 helai daun salam 
1/2 jari lengkuas ~ dititik


Bahan lain

200 g udang hidup yg dikupas kulit 
2 liter santan pekat dan cair ~ daripada 2/3 biji kelapa
air secukupnya 
garam secukup rasa 
1/4 cawan minyak utk menumis 


Pijarkan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang dan tumis lagi
Kemudian  masukkan santan, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuan bermula dengan sayur keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.  
Kemudian masukkan bahan-banahn yang lain
Biar hingga kuah didih
Kuah lodeh di sajikan bersama lontong atau nasi himpit ataupun ketupat. Enak di makan bersama sambal tumis, kuah kacang, serunding, rendang  dan telur rebus



Untuk minuman pula hari ini ita sediakan air bandung hijau. Resepi yang di kongsikan oleh Hasue  dan ita ambil dari My Resepi. Ita buat sendiri Kordial Pisang kerana ita tak jumpa cari di sini



AIR BANDUNG HIJAU

Air secukupnya
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh pewarna hijau 
1 helai daun pandan di simpul
gula secukup rasa
1 tin susu cair

Masak air bersama gula dan daun pandan hingga larut
Letakkan esen pisang dan pewarna hijau
Bila didih matikan api dan biarkan sejuk
Tuang air dalam jug
masukkan susu cair
masukkan ketulan ais
Sedia di nikmati

Untuk pemanis mulut pula ita sediakan kuih sago Bronok. Dah lama nak buat tapi asyik tersangku-sangkut aje.. hari ni dapat juga ita merasa




SAGO BRONOK
Resepi Oleh : Mama Kastam Tioman

1 cawan sagu berwarna ~ merah atau hijau
2 cawan air
1 sudu teh garam
3/4 cawan gula
1/2 biji kelapa parut putih
1 helai daun pandan di simpul

Rendam sebentar sagu, kemudian di rebus dengan daun pandan sambil senantiasa di kacau
masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut dan sagu menjadi jernih
Bila adunan pekat tutup api dan tuangkan dalam loyang 8 inc yang di oleh minyak
Kukus selama 20 minit hingga masak.

Kelapa pula di gaul bersama garam
Bila kuih masak, potong dan salukan dengan kelapa




  • Selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera


Juadah berbuka 4 Ramadhan 1437 H

$
0
0

Assalamualaikum..
Maaf lewat post juadah berbuka puasa ita sekeluarga semalam. Semalam ita sibuk sikit sebab ada tetamu yang datang berbuka puasa di rumah. Seronok bila berbuka puasa beramai-ramai ni.
Kerana ada tetamu istimewa yang datang berbuka bersama kami, ita masak special sikit untuk berbuka puasa iaitu nasi daging utara, sedap tau resepi nasi daging ni.. tak sia-sia mencuba. kami makan dengan cukup berselera sekali... hingga nasi seperiuk yang ita masak habis licin.. alhamdulillah seronok sangat .. hilang rasa penat memasak bila apa yang kita sajikan di nikmati oleh tetamu dengan cukup berselera.




Nasi daging utara ni, kalau tak silap ita lah kan.. hanya di makan dengan air asam. Tapi ita tambah lagi dengan lauk ayam masak merah yang menjadi kegemaran anak-anak dan juga tetamu kami.
Sedap tau nasi ni, lembut dan beraroma, sesuai lah kata tuan empunya paling sedap di dunia! memang sesuai lah untuk di cuba. Kalau buat untuk jamu kawan-kawan di hari raya pun sesuai sangat ni...

Ita guna beras basmathi untuk resepi kali ini. Beras yang ita guna adalah beras PUSA brand Jasmin. Lembut dan panjang berasnya. Bila masak fuh! aromanya memang mengetar jiwa... cubalah sedap resepi ni..


Kuah air asamnya juga sedap! sesuai sangat gandingan kedua-duanya , bila di cicah dengan daging memang terangkat.


Untuk pencuci mulut atau pemanis mulut nya pula ita buat puding malas aje.. Kenapa namanya puding malas.. sebab puding ni ringkas tak perlu buat kastard hanya di makan bersama sumi atau agar-agar yang di beli sahaja.. sebab tu namanya puding malas.. sebab malas nak buat kastard.. hihi

Kuah kastard adalah kuah yang seringkali ita guna untuk buat puding kastard ni. Ita memang selalu masak kuah ita ni.. walaupun namanya puding malas tapi bila bab kuah nya ita jadi rajin lah pulak nak masak. Ita tak suka kuah kastard yang selalu di buat yang tak masak tu.. kurang kick! pada tekak ita. Kuah kastard yang di masak lebih krimi dan lemak manis rasanya.


Untuk minuman kami kali ini ita sediakan air asam boi limau kasturi kesuakaan suami Ita sediakan air asam boi ni untuk seragamkan dengan nasi daging. Ialah dah makan yang berlemak kena dengan air asam.. segar terasa.

Menu hari ni semua sedap-sedap belaka. Alhamdulillah tetamu pun memuji kesedapan hidangan yang ita sediakan.. adoiii... kembang semangkuk ita.. ni ada baju raya tak muat nak pakai nanti haha

Seperti biasa hidangan sahur ita yang ringkas-ringkas aje..
Ita sediakan sup daging bersama ayam goreng dan sambal kicap. Cukuplah untuk alas perut kami sekeluarga.


SUP DAGING

1 kg daging lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus  jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar 
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
3 pokok daun bawang ambil bahagian batang putih yang bawah 

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak dan batang daun bawang di kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.  

Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah dan batang daun bawang yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan daging dan air rebusan daging. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. 
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan bersama sambal kicap bagi pengemar sup yang pedas.


NASI DAGING UTARA
Resepi oleh : Nazriza
Rujukkan : Syue

BAHAN-BAHAN
1 kg beras
1 kg daging batang pinang
(untuk 1kg beras = 1kg daging ~ dipotong sebesar penumbuk

Bahan-bahan untuk masak daging

4 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inc halia
campur semua bahan di atas dan kisar halus

Bahan-bahan untuk masak nasi

Rempah 4 sekawan ( bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga)
3 ulas bawang merah ~ di hiris halus
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di ketuk
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1/2 tin susu cair
Sehelai daun pandan ~ di simpul
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMASAKNYA:

Untuk masak daging

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan harum
Masukkan  daging.
Biar atas api sampai daging tu masak atau empuk.
Masukkan garam secukup rasa.

Untuk masak nasi

Panaskan minyak sapi dan minyak masak. 
Tumis bahan-bahan rempah 4 sekawan dan hirisan bawang-bawang serta halia.
Bila dah wangi, masukkan air untuk 1kg beras.
Kemudian, masukkan susu cair dan garam. 
Biarkan mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan daging kemudian masukkan beras  Kacau seketika.
Masuk dalam rice cooker, tanak nasi seperti biasa

* Mengikut cara asal puan Nazriza, daging yang dah masak tadi dimasukkan pada masa nasi hampir kering.
* Cara SyueSyue masukkan daging tu awal,  pada masa beras dipindah masuk ke dalam rice cooker.
* Tak kisah cara mana pundua-dua Syue dah cuba. Yangpastinya, daging tu duduknya di dalam nasi. hehe.Bila nak hidang tu, ambil daging dari dalam nasik tuh, hiris nipis-nipis, cicah air asam. Wallaa!!


AIR ASAM

10 biji cili merah besar
15 biji cabai melaka
1/4 ketul belacan
1 sdb garam
sedikit gula
air asam jawa
~kisar halus kesemua bahan ini

2 biji tomato
2 biji bawang besar
~dimayang

Campur bahan yang dikisar dengan yang dipotong & gaul sekali. 
Kalau ada mana-mana rasa yang tak cukup, adjust sendiri lah ye. 
* Boleh juga dicampur kerisik. 


AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam ~ di potong kecil
3 keping asam keping
2 biji tomato ~ di belah 4
1/2 buku gula Melaka
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 cawan cili sos
1 kiub ayam

Bahan Kisar

20 ~ 30 tangkai  cili kering ~ di rendam lembut dan kisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inc halia
1 inc lengkuas
sedikit belacan

Bahan tumis

1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkit
3 kuntum bunga lawang
5 biji pelaga
2 batang serai ~ di titik

Ayam di potong kecil dan cuci bersih
Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam, kemudian di goreng
Angkat ayam yang telah masak dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Jika terlalu kering tambahkan air
Kemudian masukkan cili sos dan biarkan merenih
Masukkan asam keping dan gula melaka
Bila kuah sedikit pekat masukkan ayam
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah merenih sebentar dan pekat
Angkat dan hidangkan


PUDING MALAS

Resepi ni untuk satu hidangan, iaitu untuk sekali makan bagi keluarga yang tak ramai. Jika nak buat untuk makan ramai , gandakan sukatannya.

Sumi atau agar-agar secukupnya
1/2 tin fruit coktail

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir 
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.


JUS ASAM BOI LIMAU KASTURI

10 biji asam boi putih
10 biji limau kasturi
air secukupnya
gula secukupnya
ketulan ais

Masak asam boi bersama air hingga didih dan kembang
Kemudian masukkan gula pasir secukup rasa. Gula ni biar lebih sikit sebab kita akan masukkan limau kasturi nanti
Bila dah masak sejukkan dan tuang dalam jug

5 biji limau kasturi di kisar halus, kemudian di tapis
Tuang jus limau kasrturi dalam jug
Baki 5 biji lagi di perah jusnya dalam jug
Tambahkan air secukupnya
masukkan ketulan ais
Hidangkan dingin

Alhamdulillah..
Sedap-sedap resepi hari ini. Sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa kami.
Resepi ini juga sesuai untuk merai tetamu di hari lebaran.
Kepada yang tak pernah merasa kesedapan nasi daging , bolehlah mencuba resepi ini.
Selamat mencuba, selamat berpuasa dan selamat menjamu selera.







Juadah berbuka puasa 5 Ramadhan 1437

$
0
0

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah selamat dah berbuka puasa..
Menu buka puasa ita hari ini cukup mudah, ringkas dan sangat simple. Menu yang simple ini adalah pilihan anak dara ita Dalili.
Dalili hari ni minta ita buatkan kuey teow goreng. Tak nak pedas dan tak nak letak kerang ulangnya berkali-kali.


Kuey teow adalah mee kesukaan kami sekeluarga, biasanya Azrul lah yang menyediakan kuey teow untuk kami. Kuey teow yang Azrul sediakan sangat sedap dan sesuai selera emak dan ayahnya. Tapi hari ni Dalili tak benarkan abangnya itu yang mengoreng mee sebaliknya nak ita yang sediakan. Katanya kuey teow yang abangnya sediakan selalunya agak pedas berbanding yang emaknya buat.
Emmmm.. macam-macam Dalili ni.. saja aje.. dia nak buli maknya puasa-puasa ni.. kan..

Tak ada masalah lah cik Dalili oiii... lagi mudah kerja maknya. Tak payah nak masak lauk pelbagai. Mudah dan ringkas.. jadi dapatlah maknya relaks sikit kan..


Untuk pemanis mulut pula ita sediakan Wadai Kiping.
Wadai Kiping adalah bubur atau pemanis mulut yang cukup popular di kalangan orang Banjar. Ia kebiasannya di hidangkan setiap kali bulan Ramadhan atau ketika mengadakan kenduri kendara. Ia seakan penyediaan kuih butir nangka dan puteri mandi. Kira macam butir nangka dan puteri mandi bergabung lah kan.. hasilnya meletup! letup! kesedapannya.

Walaupun ita bukanlah orang Banjar, tapi bila menikmati wadai kiping ni.. memang terasa keenakkan makanan tradisional ini.. sedap sangat dan kami sekeluarga sangat sukannya.
Cara membuat pulutnya sama seperti kaedah penyediaan pulut untuk puteri mandi, di gentel bulat dan di lekukkan pada tengahnya. Kuahnya pula seakan kuah butir nangka. Cuma butir nangka ada yang guna gula Melaka dan ada guna gula pasir tu yang kuahnya ada yang putih santan dan ada yang lemak gula Melaka.

Bezanya Wadai Kiping menggunakan gula merah atau ada sesetengah tempat memanggil gula timbang. Tapi ita campurkan juga sedikit gula Melaka untuk dapatkan rasa lemak-lemak manis.
Cubalah rugi tak cuba, sangat sesuai untuk hidangan di bulan Ramadhan, lembut aje bila lalu di anak tekak ni..



Untuk minuman pula, hari ni ita sediakan air sirap selasih yang mudah dan ringkas. Senang nak buat dan anak-anak pun suka.

Menu sahur ita pun simple aje hari ni. Ita goreng ikan dan masak tumis sawi belacan. Kebetulan lauk ayam masak merah ada lagi. ita cuma goreng ayam dan masukkan dalam kuah ayam masak merah yang masih berbaki. Alhamdulillah, tak lah membazir. Ita masak ngam-ngam aje untuk sekali makan. Malas nak masak banyak-banyak, sebab bila berbuka dan bersahur memang tak makan banyak.. bila dah minum aje.. dah pun kenyang.. yang dok mengidam nak makan macam-macam sebelum berbuka.. semua entah kemana...


SAWI TUMIS BELACAN

1 ikat sayur sawi ~ di potong dan cuci bersih
5 biji cili api di titik

Bahan kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan

garam secukup rasa
air
minyak untuk menumis

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan air dan cili api
Bila kuah didih perasakan dengan garam
Akhir sekali masukkan sayur
masak sebentar dan sedia di hidangkan


KUEY TEOW GORENG
Resepi Oleh : Amie's

Bahan-bahan:
600 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan hirisan daging ayam ~ ita guna daging
2 keping fish cake - hiris nipis ~ ita guna fish ball
4 batang sosej - potong bulat ~ tak letak
1 cawan taugeh
1 cawan daun bawang yang dipotong sepanjang 3cm
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato ~ ita guna tomato buah
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan kekuningan.
Masukkan daging ayam dan tumis hingga masak.
Seterusnya masukkan fish cake dan sosej. Gaul sebati.
Tambahkan sos tiram, sos tomato, cili sos dan kicap manis.
Masukkan kuey teow bersama taugeh.
Tambahkan perasa dengan menaburkan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan daun bawang.
Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.


WADAI KIPING
Resepi Oleh : Na-kitchen

Bahan A
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar air kapur
Air secukupnya
1/2 sudu teh garam

Bahan B
1 cawan santan
6 sudu besar gula merah atau gula timbang
4 sudu besar gula pasir
secubit garam
1/2 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan di simpul
air secukupnya
Durian ~ jika suka

Satukan bahan A kecuali air.
Tuang air sikit-sikit dan uli hingga boleh membentuk doh, Jika terlembik tambah aje tepung
Uli bulat-bulat dan tekan tengahnya dengan jari hingga membentuk lubang
Susun atas dulang, dan buat hingga habis adunan

Panaskan air hingga didih dan masukkan doh yang telah di gentel tadi
Bila ia timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas yang berisi air.

Dalam periuk lain, satukan gula merah, gula pasir, gula Melaka, daun pandan simpul dan air dan masak hingga didih dan gula larut.
Bila dah didih, tapis
Masukkan semula dalam periuk dan masak semula
Tuangkan santan dan secubit garam
Senantiasa kacau supaya tak pecah santan
masukkan butil-butil pulut tadi
Jika suka masukkan durian ( ita tak letak)
dan masak hingga didih
rasakan manis dan lemaknya
Jika kurang manis, tambahkan jika perlu
Sedia di hidangkan


AIR SIRAP SELASIH

3 sudu teh biji selasih
sedikit air suam untuk merendam selasih
sirap rose secukupnya ( yang bergula )
ketulan ais
Air

Biji selasih di rendam dalam air suam hingga kembang
Sediakan air sirap dengan mencampurkan sirap rose dan air
Tuangkan biji selasih yang telah kembang
Tambahkan ketulan ais untuk rasa yang dingin dan segar








Agar-agar kering

$
0
0


Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 6 hari kita berpuasa, pastinya ibu-ibu dah mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Bagi ita tahun ini macam tahun-tahun sebelumnya.. semuanya serba sederhana. Tak ada yang bertukar ganti, kita baru kan yang lama dan recycle aje mana yang ada..

Insyaallah kalau tak ada aral melintang kami sekeluarga akan berhari raya di kampung.
Oleh kerana perancangannya nak beraya di kampung, jadi ita buatlah beberapa persedian awal.. buat sikit-sikit.. sebab ita juga kena siapkan tempahan kuih raya. Sambil-sambil tu kita selit jugaklah dua tiga kuih yang akan kita bawa pulang ke kampung.




Ok lah ita tak boleh sembang banyak.. sebab ita dah nak ke dapur nak sediakan hidangan berbuka puasa.
Hari ini ita kongsikan manisan yang ita sediakan untuk hari raya. Sebenarnya ianya bukan sahaja untuk kudapan hari raya, tapi sesuai juga sebagai door gift untuk majlis perkhawinan, hari jadi, acara potong jambul atau kenduri kendara.

Ita buat seminggu yang lalu.. tapi oleh kerana silap percaturan.. jatuhnya pada musim hujan ... jadi ia lambat kering.. nak masuk semingu jugaklah ni.. tak kering-kering.. jadi pesan ita kalau nak buat kena tunggu cuaca betul-betul panas, sebab kalau cuaca panas sekejap aje dah kering.. rasanya 2 hari dah keringlah agar-agar ni jika di jemur.


Agar-agar kering ni adalah manisan tradisional. Masa ita kecil-kecil dulu, mak selalu buat untuk hari raya. Tapi mak ita buat ia di gulung. Cantik hasil sentuhan mak. Tapi menurut mak namanya agar-agar sakar. Makna sakar tu adalah bila ia kering ia akan bersakar-sakar.. tulah namanya agar-agar sakar.  Menurut emak lagi.. lagi banyak sakar lagi cantik dan menjadi agar-agar tu..
Tapi sekarang berlainan pula.. ramai yang tak suka ia bersakar sangat.. katanya terlalu manis. Kuih orang lama memang manis-manis..

Jom kita intai manisan yang menjadi trend terkini ini.


AGAR-AGAR KERING
Resepi Oleh : Badaria

Bahan-bahannya:
60gm agar-agar bertali 
1300ml air
150gm gula batu
1200gm gula pasir
pewarna makanan pilihan anda


Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. 
Tapis dan buang airnya. 
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. 
Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. 
Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan daun pandan di simpul, gula batu dan gula. Kacau rata
Masak sehingga gula batu hancur. 
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda
Ita letakkan perisa untuk setiap warna
Tuang dalam loyangSejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. 
Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk-bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. 
Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.




Menu hari 6 Ramadhan 1437 H

$
0
0

Assalamualaikum

Salam Ramadhan semua.. dan selamat menjalani ibadah puasa
Pasti tika dan saat ini teman-teman ita sudah pun berbuka puasa.
Alhamdulillah hari ini ita dapat lagi menyediakan juadah untuk keluarga berbuka puasa. Sebenarnya risau tak dapat sediakan juadah berikutan bekalan eletrik terputus dari pukul 2 petang hingga pukul 6. Pulak tu semasa bekalan terputus ita sedang menanak nasi. Terpaksa ita tukar dari dapur eletrik ke dapur gas. Risau kalau nasi ni tak masak sempurna. Alhamdulillah masak jugak nasi ita. Memang kelang kabut sikit memasak memandangkan eletrik tak ada. Mujur semua bahan untuk memasak ita dah blender awal. Kalau tidak terpaksa lah ita menumbuk bahan-bahan ini.

Hari ini ita sediakan juadah masam manis untuk keluarga. Terima kasih tau pada yang kongsikan resepi yang enak dan lazat-lazat.. dapat ita hidangkan untuk keluarga di bulan yang mulia ini.


Juadah ita yang pertama adalah nasi beriani Pakistan. Resepi oleh Mamasya ni dah lama ita nak cuba, cuma menunggu masa anak-anak berkumpul aje... Bila bulan Ramadhan ni dapatlah ita tunaikan hajat nak merasa keenakkan nasi beriani Pakistan yang menjadi bualan ramai satu ketika dahulu.

Kebetulan semua bahan-bahan ada di rumah, ianya mempercepatkan lagi proses ita menyediakan bahan untuk memasak.
Nampak macam sukar, tapi cara memasaknya cukup mudah dan ringkas. Ita menggunakan ayam dalam hidangan ita kali ini, anda boleh tukar kepada daging jika suka. Seperti biasa ita goreng dahulu ayam, kerana anak-anak dan suami ita tak makan ayam yang tak di goreng dalam lauk.

Bila memasak ni kita kena juga ikut selera keluarga, mana yang perlu kita ubah.. kita ubah.. janji tak menukar rasa masakkan yang kita sediakan.
Alhamdulillah sedap nasi beriani Pakistan ni dan sesuai selera kami sekeluarga. Terima kasih Mamasya kongsikan resepi yang enak ini.


Sebelum kita masak nasi ni kita kena sediakan lauknya dahulu. Lauk beriani ayam ini akan di masukkan ke dalam nasi bila kita menanak nasi nanti. Sebab tu kita kena masak lauk dulu. Lauknya rasanya sama macam lauk kurma. Kalau kat Johor lauk macam ni seringkali kita jumpa di majlis kenduri kendara dan di hidangkan bersama nasi minyak atau nasi beriani. Kelainannya cuma lauk beriani di letakkan telur rebus dan kentang. Lauk beriani Pakistan ni lebih ringkas penyediaannya. Ita tambahkan kentang dalam lauk yang ita sediakan kerana anak-anak ita suka makan kentang.

Jom kita intai gandingan resepi yang hebat ini


LAUK BERIANI AYAM
Resepi Oleh : Mamasya

1ekor ayam ~ di potong kecil anggaran 12 - 14 ketul ( boleh juga tukar kepada daging 500 gm )
2 biji kentang ~ di belah 4 ( ita tambah )
1 batang lobak merah ~ di dadu kecil
1 tin kecil kacang pea
1/4 cawan susu segar
2 sudu makan pes beriani atau rempah beriani
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
air secukupnya
garam secukup rasa
1 kiub ayam ~ ita tambah

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
2 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga

Ayam di potong kecil dan cuci bersih
Ita gaulkan ayam dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng 1/2 masak

Panaskan minyak sapi dan minyak makan dalam kuali
Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan pes beriani dan masak lagi
Jika terlalu kering tambahkan air
Masukkan kentang, ayam, kiub ayam dan biarkan ayam dan kentang empuk
Masukkan susu dan perasakan dengan garam
Akhir sekali masukkan lobak merah dan kacang pea
Biar kuah merenih dan pekat


NASI BERIANI PAKISTAN
Resepi Oleh : Mamasya

3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1/4 cawan yogurt
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak makan
garam secukup rasa
pewarna kuning telur ~ jika suka

Bahan Hiris
4 biji bawangmerah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji cengkit
3 biji pelaga

Beras beriani di rendam sebentar
Kemudian cuci bersih dan toskan

Panaskan minyak sapi dan minyak makan dalam periuk nasi
Tumiskan bahan tumis dan bahan hiris hingga harum
Masukkan air dan susu
Biarkan ia mendidih
Bila mendidih, masukkan beras, yogurt dan garam secukup rasa
kacau perlahan
Biarkan nasi separuh masak.
Bila nasi dah separuh masak, masukkan 1/2 daripada lauk ayam dan kuahnya sekali yang kita dah masak tadi.
Tutup periuk dan biarkan nasi tanak hingga masak
Bila dah masak cucuk beberapa lubang kecil dan masukkan pewarna jika suka
Tutup dan biar sebentar
Kemudian gembur nasi perlahan dengan chopstik supaya beras tak patah.
Hidangkan nasi yang telah masak bersama baki lauk beriani ayam tadi.


Untuk pemanis mulut hari ini pula ita sediakan puding buah dengan sos oren. Resepi yang di kongsikan oleh kak Haneliza dalam buku masaknya 1 hari 1 resepi. Sedap puding ni.. lembut dan sesuai gandingannya dengan sos oren tu.

Bagi adik-adik yang baru berumahtangga cari lah buku kak Haneliza ni, banyak resepi yang di kongsika dan harus di cuba. Semuanya mudah dan ringkas untuk hidangan keluarga.


PUDING BUAH SOS OREN
Resepi oleh : Kak Haneliza
Rujukkan : Buku 1 hari 1 resepi

Bahan Puding

10 gm serbuk agar-agar
1 liter air ~ 5 cawan
1 tin buah-buah koktail ~ asingkan buah dan airnya
1 tin susu cair ~ 400 ml
1 cawan gula halus
1 cawan tepung jagung

Bahan Sos

3 cawan yogurt perisa oren atau mangga
1 liter jus oren dalam kotak
~ satukan bahan-bahan ini dan kacau rata.

Satukan agar-agar, gula dan air dan masak atas dapur hingga agar-agar dan gula larut
Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan air koktail
Tuangkan bancuhan ini dalam agar-agar yang telah larut tadi
Kacau rata hingga sedikit pekat

Dalam acuan pula susunkan buah-buah koktail dalam acuan
Tuangkan agar-agar tadi dalam acuan yang mengandungi buah-buah koktail
biarkan sejuk sebelum didinginkan

Hidangkan bersama sos oren


Untuk minuman pula hari ini ita sediakan minuman yang special sikit, Orange Apple Sparkling. Resepi ini ita ambil dari blog Lasallefood Indonesia
Minuman ini sedap bagi mereka yang sukakan rasa minuman yang masam. Sesuailah dengan hidangan nasi beriani ita hari ni. Kalau makan nasi beriani ni tak boleh minum air manis nanti pening kepala. Nak elak pening minum air yang masam sikit. Tapi kalau mereka yang tak suka masam, jangan di cuba ya...
Ita kurangkan sikit sukatan oren sunquick tu kerana takut terlalu masam. Jom kita intai resepi


ORANGE APPLE SPARKLING
Rujukkan : Lasallefood Indonesia

50 ml Orange sunquick
400 ml minuman aiscream soda
air batu secukupnya
2 sudu makan biji selasih
10 helai daun mint
1 biji buah epal hijau ~ di sagat
1 biji apple merah ~ di sagat

Biji selasih di rendam dalam air suam hingga kembang
Tuangkan orange sunquick dalam jug
Masukkan 400 ml aiscream soda kacau rata
Tambahkan ketulan ais, biji selasih, daun mint , apple merah dan hijau
Kacau rata
Segera di hidangkan








Juadah berbuka puasa 7 Ramadhan

$
0
0

Assalamualaikum..

Iftar 7 Ramadhan
Seminggu sudah umat Islam menjalani ibadah puasa. Seminggu sudah berlalu pasti ramai yang sudah mula membuat persiapa menyambut kedatangan bulan Shawal. Buat persiapan sikit-sikit supaya kita tidak terlalu sibuk di penghujung Ramadhan hingga meninggalkan amalan yang perlu di laksanakan sepanjang Ramadhan.

Bagi kita ibu bapa, keseronokkan lebih kepada keperluan anak-anak. Memandangkan ekonomi yang tak berapa baik sekarang, ramai yang sudah mula merancang perbelanjaan. Hanya keperluan anak-anak yang menjadi keutamaan. Beberlanja apa yang perlu sahaja.. jangan membazir.. Walaupaun raya setahun sekali tapi jangan sampai dengar guruh di langit.. habis air tempayan di curahkan..

Berbalik kita kepada juadah atau hidangan yang kita sediakan buat keluarga. Sebenarnya ianya juga satu ibadah. Memberi makan kepada mereka yang berpuasa. Tapi jangan sampai berlebihan.. hingga membawa kepada pembaziran. Masak cukup untuk makan satu hidangan untuk keluarga. Jangan kerana melayan halua perut yang berkeroncong hingga kita tewas dalam godaan nafsu.




Juadah berbuka puasa ita pada hari ini cukup istimewa, sedap-sedap semuanya dan kami menikmati juadah ini dengan penuh berselera. Alhamdulillah rezeki Allah dan nikmat yang masih Allah berikan.
Terima kasih juga pada kawan-kawan yang kongsikan resepi yang hebat ini, dan ianya memudahkan tugasan ita untuk menyediakan juadah berbuka puasa bersama keluarga.

Tugasan ita hari ini menyediakan nasi ayam, menu pilihan yang di minta oleh Azrul.
" nasi ayam ya mak... dah lama tak makan nasi ayam "
Masih terngian-ngiang lagi permintaan Azrul di hening subuh.


Hasil pencarian ita temui resepi nasik ayam yang ita rasa ada kelainan dalam penyediaannya.. cukup mudah dan ringkas. Lantas tak sabar nak mencuba resepi yang di kongsikan oleh Nurulwahida Othman. Mernurut Nurul, resepi ini adalah antara resepi yang di olah semula dari beberpa resepi yang sedap dan di himpunkan menjadi satu hidangan nasi ayam yang enak dan lazat oleh Rafizah Idayu. Menurut Nurul lagi ianya adalah adaptasi daripada resepi nasi ayam yang di kongsikan oleh kak Laily Subang dan perapan ayam yang di kongsikan oleh Tuan Mustaffa Haji Othman seorang bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham dan merupakan pemilik restoran Steak Me'nate yang menjadi viral di laman sosial satu masa dulu.

Cara penyediaan cukup mudah, bahan yang di perlukan juga tidak rumit, dan ada sedikit kelainan yang istimewa dan harus di cuba.
Pasti dah tak sabar kan... Jom kita intai-intai resepi.. mana tahu jika cukup bahan-bahannya.. bolehlah sedikan untuk keluarga pula petang nanti.


NASI AYAM UMI
Resepi Oleh : Laily Subang
Rujukkan : Nurulwahida Othman

Sebelum kita mulakan proses menanak nasi ayam, kita kena sediakan stock ayam. Stock ayam ini nanti kita akan gunakan untuk

  • Tanak Nasi Ayam
  • Sup Ayam
  • Sambal Lada

Oleh itu Stock ayam perlu di bahagi kepada 3 bahagian.

Resepi Stock Ayam

1 ekor ayam yang 2 kg ke atas
Ayam di potong ~ tak kiralah nak potong kecil, potong 8, potong 2 atau nak rebus terus seekor.
Larikan lemak ayam ~ lemak ayam ni adalah rahsia istimewa dalam penyediaan ayam ini. Lemak ayam banyak di bahagian bontot ayam. Lemak ini di simpan untuk menanak nasi kita nanti.


Rebus air dalam periuk hingga mendidih dengan menggunakan api yang besar
Pastikan air yang banyak hingga ayam tenggelam
Bila air dah mendidih barulah masukkan ayam
Ita letakkan sedikit garam ketika merebus ayam
Kemudian tutup periuk dan biarkan ayam empuk selama 5 hingga 6 minit
Jika merebus seekor ayam, lebihkan masa rebusan sedikit
Bila dah 5 minit angkat ayam dan toskan
~  Tujuan menggunakan air mendidih ketika merebus adalah untuk memerangkap jus ayam agar terus kekal dalam daging ayam tersebut


Resepi Nasi Ayam

3 cawan beras
~ jika guna beras biasa sukatan air sama dengan sukatan beras. Jika guna beras basmathi, sukatan air di lebihkan sedikit.
3 cawan air stock ayam
2 ulas bawang putih ~ di tumbuk
1 inc halia ~ di titik atau ketuk
lemak ayam ~ dari 1 ekor ayam yang kita potong
1 kiub pati ayam
1 helai daun bay leaf ~ kalau tak ada letak daun pandan pun boleh
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan ~ kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkit dan biji pelaga ( yang ni ita tambah )


Beras di rendam dengan 1 sudu teh serbuk kunyit
Jika menggunakan beras basmathi, rendam lama sikit anggaran 3 jam
Kemudian cuci bersih
~ Tujuan rendam dengan kunyit untuk mendapatkan sedikit warna kuning lembut pada nasi ayam kita nanti.


Masukkan lemak ayam yang telah di cuci bersih ke dalam periuk nasi.
Kemudian tutup periuk, lemak akan bertukar menjadi minyak
Buangkan baki lemak yang tertinggal dan biarkan hanya minyanya sahaja dalam periuk nasi
Masukkan bahan tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga ) bawang putih yang di tumbuk halus, halia yang telah di ketuk dan daun bay leaf.
Tumis hingga garing dan naik aromanya
Kemudian tuangkan air rebusan ayam.
Masukkan juga kiub ayam dan sedikit garam
Akhir sekali masukkan beras
Tanak nasi seperti biasa.


Resepi Ayam Madu
Resepi Oleh : Tuan Mustaffa Haji Othman
Rujukkan : Nurulwahida Othman

2 ulas bawang putih ~ di tumbuk halus
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan ~ optional
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dalam sebuah bekas
Kemudian lumurkan pada ayam
Perap ayam 15 minit ~ 1/2 jam

Kemudian panaskan minyak dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas
Api biar sederhana tapi minyak harus betul-betul panas baru masukkan ayam
Masak ayam 5 ~ 7 minit sahaja
Angkat ayam yang telah masak dan saringkan
~ Tujuan minyak betul-betul panas , supaya luar ayam garing masaknya tetapi daging di dalam masih lagi jucy.


Resepi Sambal Lada

6 biji lada merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 sudu jus limau nipis
1 inc halia ~ di kisar
4 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3/4 cawan air rebusan ayam
1 sudu teh tepung jagung ~ ita tak letak
2 sudu besar sos cili ~ ita tambah
1 sudu besar kicap manis ~ ita tambah

Satukan semua bahan kisar dalam blender, masukkan air rebusan ayam dan kisar hingga halus
Tuangkan dalam periuk dan masak atas dapur
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Ita tambahkna sos cili dan sedikit kicap manis
Bila dah masak, perahkan jus limau dan hidangkan bersama set nasi ayam


Sup Ayam

2 biji kentang ~ di potong kecil
1 batang carot ~ di potong kecil
1 pokok daun bawang ~ ambil bahagian bawangnya  ( 2 inc dari akar ) dan belah 2
1 bunjut rempah sup bunjut
1 inc halia di ketuk
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih ~ di tumbuk
garam secukup rasa

Baki air rebusan tadi panaskan semula
Masukkan kentang, carot dan daun bawang
Masukkan juga sup bunjut dan kiub ayam
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan halia
Masukkan dalam sup ( jangan masukkan minyaknya )
Perasa kan garamnya
Sedia di hidangkan bersama set nasi ayam

Bahan sampingan

Daun salad
Tomato ~ hi hiris nipis
Timun ~ di hiris nipis


Selain set lengkap nasi ayam, ita sediakan juga minuman penghilang dahaga setelah seharian berpuasa. Minuman ini cukup istimewa kerana ia gabungan 2 minuman yang menjadi penyegar iaitu air kelapa laut dan air longan.

Ia sebenarnya buka sahaja boleh menjadi minuman malahan boleh menjadi dessert juga untuk merai tetamu jika kita mengadakan majlis di rumah. Apa kata cuba untuk hari lebaran nanti. Pasti ramai yang memuji keenakkan minuman istimewa ini


AIR KELAPA LAUT LONGAN

1 tin air kelapa laut dalam tin ~ jenama Hosen
1 tin air longan dalam tin ~ jenama Hosen ( yang ni kalau nak letak 2 tin atau lebih pun boleh )
Air gula secukupnya atau boleh juga gantikan madu jika suka
Air secukupnya ~ jika jadikan minuman ~ jika dessert tak perlu
Ais secukupnya

Satuka air kelapa laut dan air longan dalam jug atau bekas
Letakkan air ( jika nak jadikan minuman )
Perasakan dengan air gula atau madu secukup rasa manis-manis buah
Letakkan ketulan ais dan hidangkan dingin


Selain minuman yang menjadi penyegar setelah seharian berpuasa, ita juga sediakan pemanis mulut. Pemanis mulut ni boleh di hidangkan selepas menikmati menu utama atau di hidangkan ketika moreh nanti.

Ia adalah permintaan anak dara ita Dalili setelah tak puas lagi menikmati keenakkan wadai kiping yang ita sediakan pada iftar 5 Ramadhan yang ita kongsikan di SINI
"mak .. nanti buat lagi eh bubur yang hari tu... "
pesan Dali berkali-kali sebelum melangkah ke sekolah

Di sebabkan ita dah sediakan sebelum ini dan terasa masih baru lagi.. ita cuba beralih pada resepi yang lain pula.. yang sama tapi tak serupa..

" ala... napa mak buat bubur lain.. kita nak yang hari tu.. "
rajuk Dalili bila lihat ita menyediakan bubur yang lain pula..
" cuba dulu.. tak cuba tak tahu.. " kata ita cuma memujuk dan meyakinkan..

Alhamdulilah... tak sangka percubaan yang tidak sia-sia.. ianya lebih enak dan lebih lazat lagi.. hingga berulang-ulang di nikmati kami sekeluarga.. sedapnya lah.. kawan-kawan apa tunggu lagi.. cubalah.. sedap tau! rugi tak cuba..


BUBUR CANDIL
Resepi Oleh : Kuliner Sehat

Resepi ni dapat sikit aje ya, ita gandakan untuk dapat banyak sikit

Bahan Candil

150 gm tepung pulut
1 sudu teh air kapur makan
1/2 sudu teh garam
125 ml air ~ anggaran

Satukan semua bahan dalam mangkuk kecuali air
tuangkan air sedikit-sedikit sambil di uli hingga menjadi adunan yang boleh di bentuk dan tidak lembik
Bentukkan atau gentel bulat-bulat dan susun atas dulang yang telah di letakkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat-lekat

Panaskan air dalam periuk hingga didih
Masukkan bebola candil dan biarkan ia masak
Jika ia terapung di permukaan air mermakna dah masak lah tu
Angkat dan letakkan dalam bekas berisi air supaya ia tidak melekat-lekat


Bahan Kuah Gula 

2 sudu makan tepung pulut
1 sudu makan tepung jagung
100 ml air untuk larutkan tepung
2 helai daun pandan di simpul
750 ml air
200 gm gula merah
4 sudu besar gula pasir ~ ita tambah
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
secubit garam ~ ita tambah

Satukan air, gula merah, gula pasir dan gula Melaka bersama daun pandan yang di simpul dalam periuk dan masak hingga gula larut dan mendidih
Kemudian tapis
Masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan semula
Tuangkan adunan tepung pulut dan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air
Letakkan secubit garam dan masak hingga didih
Masukkan bebola candil
Masak dan rasakan manis lemaknya

Bahan Santan
1 biji santan kelapa pekat
2 sudu besar tepung jagung ~ di bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh garam

Masak santan yang di campur garam
Tambahkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat
Tutup api
Hidangkan bubur sandil bersama santan pekat


Alhamdulillah..
Inilah sahaja menu yang sempat ita sediakan buat hidangan berbuka puasa kami sekeluarga.
Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka dan dapat menghilangkan lapar dan dahaga kami seharian berpuasa.

Kepada rakan-rakan yang pening kepala nak fikir juadah berbuka.. jangan segan untuk mencuba hidangan yang ringkas tapi menyelerakan ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan , merancang menu yang ingin di hidangkan buat keluarga tercinta.












Juadah berbuka puasa 8 Ramadhan

$
0
0

Assalamualaikum

Sebagai suri rumah , kadang kala naik buntu juga memikirkan apalah hidangan atau juadah yang nak di sajikan pada keluarga tersayang untuk berbuka puasa.
Sebenarnya ita pun macam rakan-rakan yang lain juga, bingung kadang.. tak tahu nak masak apa. Mujur anak-anak tak ada masalah sangat.. apa yang ita masak mereka makan aje.. Cuma ita aje yang kadang.. macam pening tak tahu nak masak apa.

Berjam-jam di dapur.. buka tutup buka tutup peti ais.. Selongkar habis peti ais...cari harta karun yang ada untuk di masak..
Hingga memaksa ita untuk selongkar pula dapur kawan-kawan untuk cari menu istimewa untuk di masak.

Alhamdulillah.. jugak kan.. untung ada rakan-rakan yang sudi berkongsi resepi masakan.. Boleh juga di jadikan rujukkan bila kita dalam kebuntuan. Semoga perkongsian yang ikhlas ini dapat memberi ganjaran pahala untuk rakan-rakan yang tak pernah lokek berkongsi.

Hari ini sekali lagi ita berkongsi resepi rakan-rakan yang telah ita cuba dan ita sajikan untuk hidagan berbuka puasa.
Menu yang ringkas-ringkas aje dari ita. Jom masuk dapur intai apalah juadah yang ita sediakan untuk keluarga hari ini.


Hidangan pertama yang ita sediakan ialah lai chee kang. Lai chee kang ni kata orang dapat menyejuk dan menyeharkan badan. Alhamdulilah lah kan.. setelah seharian berlapar dan dahaga.. kita segarkan dengan menghirup kemanisan lai chee kang.

Lai chee kang ni boleh di sajikan sejuk atau panas. Ramuan yang di gunakan terdiri dari buah-buah kering dan pelbagai mengikut citarasa dan keperluan masing-masing. Cara membuatnya juga cukup mudah.. tapi bahan yang di perlukan adakalanya agar sukar di temui.

Jom kita intai apa bahan-bahan yang di perlukan


LAI CHEE KANG

Buah mata kucing kering
Buah kabung
Biji selasih
Beras barli
Getah anggur
Kembang semangkuk
Halua kundur
Kismis
Buah laici dalam tin
Kacang tanah
Cincau
Agar-agar
Nata de coco
Gula batu
Gula Melaka
Gula pasir
Daun pandan

Bahan-bahan di atas ni tak lah di gunakan semua. kalau nak guna semua pun boleh juga. atau boleh pilih mana yang berkenan di hati. Berapa sukatannya pula terpulang , tiada sukatan yang khusus.. sesuamnya terserah pada selera masing-masing. Ita pun tak gunakan semua bahan ni dalam lai chee kang yang ita sediakan.

Buah mata kucing kering tu kita rebus hingga kembang.
Bila dah kembang masukkan daun pandan, gula Melaka, Gula batu dan gula pasir.
Biarkan semuanya larut.
Bila dah didih tutup api, masukkan halua kundur, getah anggur  dan kismis
Biarkan sejuk
Sementara itu, kita rendam kembang semangkuk dalam air panas.
Rendamkan juga biji selasih
Beras barli juga di rebus, bila kembang tapis ketepikan

Bila air dah sejuk, masukkan dalam bekas besar
Masukkan kembang semangkuk, biji selasih, beras bali, halua kundur, cincau atau agar-agar, buah kabung, nata decoco, laici dalam tin atau apa-apa lagi yang di rasakan sesuai dengan selera keluarga.
Akhir sekali bila nak di sajikan, sendukkan dalam mangkuk dan taburkan kacang tanah.
Ita tak letak kacang tanah sebab anak-anak tak suka.
lai chee kang siap di sajikan sejuk atau dingin


Pembuka selera ita hari ini pula ita sediakan sardin roll. Dah berapa hari ita asyik sediakan manisan aje kan.. hari ni tekak nak rasa yang pedas-pedas dan masin-masin pulak.
Tergoda dengan sardin roll yang di sediakan oleh kak Wan membuatkan ita tak sabar nak mencuba.
Untuk inti ita ubah sikit ikut selera keluarga. Ita tumis dan masak sardin kerana ita ni tak boleh makan sardin yang tak di masak dulu. Jom intai resepi sardin roll pulak


BAKED SARDIN ROLL
Resepi Oleh : Kak Wan

Sardin Gulung Bakar / Baked Sardine Roll

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah

1 biji kuning telur untuk glis

Inti Sardin :  Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata.  Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1.  Doh Pastri :  Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.

2.  Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in.  Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.

3.  Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas.  Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur.  Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.

4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit.  Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang)  Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air.  Doh akan ranggup selepas dibakar.

Cara Ita untuk inti sardin roll
1 tin sardin
2 biji cili hijau atau merah ~ buang bijinya dan di cincang
5 biji cili padi ~ di cincang halus
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di cincang
1 inc halia ~ di hiris halus
1 sudu lada hitam serbuk
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar sos cili
sedikit daun sup adan daun bawang di cincang halus

Isi sardin di buang tulang tengah dan di lenyek bersama sosnya
panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah dan halia hingga harum
Kemudian masukkan sardin
masak hingga garing dan terbit minyak
masukkan cili sos dan air asam
masak lagi hingga sedikit kering
masukkan garam dan gula secukup rasa
akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang di cincang
Bila dah masak angkat dan tapis untuk membuang minyaknya

Selain 2 menu di atas, ita juga sediakan bihun sup untuk keluarga. Resepi ini hasil perkongsian dari Ida Shaida.
Jom kita intai pula resepi mudah dan ringkas ini


BIHUN SUP UTARA
Resepi Oleh : Ida Shahida

Resepi ni dapat banyak, kalau keluarga tak ramai buat setengah daripada sukatan bahan

Daging 2 kilo
Tulang 2 kilo
atau
kalau ayam beli yang tulang kerangka sahaja 3 ekor
Isi ayam 6 ketul

3 batang serai ~ di ketuk
3 inci lengkuas  ~ diketuk
3 inci halia ~ diketuk
2 labu bawang putih ~ di hiris 
7 biji bawang merah ~ di hiris
Daun leek * salery * ~ diptong besar 3 inci ~ ika ada

2 sudu besar gula 
secukup rasa pak aji
2 kiub ayam atau  daging maggi ~ saya lebih suka guna kiub ayam- lebih sedap lebih power walaupun nampak pelik tapi percayalah kiub ayam lebih sedap jika dimasukkan kedalam masakan berasaskan daging , ayam dan ikan)
1 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk kunyit masuk kedalam periuk sup
2 sudu teh garam
6 batang kulit kayu manis
8 bunga lawang 
10 buah pelaga 
2 bungkus perencah 'sup tulangj
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

Masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. Masakkan di atas api. 

Bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. 
Biarkanlah ia masak 11/2 -2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. ~ air boleh di tambah jika surut 
Setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi ~hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja.

Teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. serbuk kunyit dan selebihnya tu...bolehlah di rasa kuah sup ini. 
Sebatikan rasanya seimbang. 
Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup. 
** untuk pengetahuan:
 kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.


BIHUN 
1 1/2 kampit bihun yang besar ~ rendam bihun bersama 1 sudu teh serbuk kunyit. 
Bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab. 
Celur dalam air didih-2-3 minit saja

HIASAN

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk ~ dipotong kiub kecil kecil 
Daun sup ~  dihiris halus 
daun bawang ~ di hiris halus
1 kampit kecilbawang goreng 
100gram lobak masin - dicincang halus halus


SAMBAL

Cabai goreng atau sambal  ini memainkan peranan sangat penting untuk bihun sup sebab sedap sambal sedaplah bihun sup anda.

minyak 1 cawan ~ minyak kena banyak sebab nak bagi cabai2 betul2 masak
3 senduk nasi cili kering yg telah dikisar
8 camca cili sos
bawang merah 4 ulas ~ dimayang
bawang putih 3 ulas ~ dimayang
gula 5 camca
garam 1 camca kecik

Tumis bawang, cili kisar, cili sos, garam dan  goreng sampai cili masak betul-betul baru ditambah gula...biar pekat . 
Masak lagi sampai sambal jadi warna merah tua atau gelap.
Gguna api sederhana dan perlahan sahaja bila hampir pekat.
Sambal kena manis baru nama sup utara lagipun baru sedap!!





Juadah berbuka puasa 9 Ramadhan

$
0
0

Assalamualaikum

Selamat pagi semua dan selamat menjalani ibadah puasa. Dalam diam tak diam kita sudah pun dapat melalui 9 hari berpuasa. Macam mana? pasti dah mula terbiasa dengan rutin seharian. Pasti semakin hari semakin istiqamah dalam melakukan ibadah. Alhamdulillah.... semoga kita semua dapat melalui Ramadhan ini dengan sabar hingga ke penghujungnya..

Semakin hari ita semakin sibuk... Semakin menghampiri raya lagi lah sibuk.. Segala tempahan perlu di siapkan dengan kadar segera. Bukan itu sahaja.. ita juga kena pastikan seminggu sebelum raya semua tempahan sudah pun di hantar kepada customer. Ini memandangkan kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kampung. Kalau tidak... pagi raya baru bertolak.. adoiiii....

Di sebabkan ita semakin sibuk, ita tak boleh nak sembang banyak-banyak.. Kita terus sahaja kepada juadah yang ita sedikan untuk keluarga pada iftar 9 Ramadhan.
Resepi semua yang simple-simple..

Anak-anak request nak makan tom yum. Bila masak tom yum kenalah ita masak nasi putih. Ita sediakan juga telur dadar untuk di makan bersama. Simple aje.. menu buka puasa kami sekeluarga. Tak perlu banyak-banyak sangat makanan nanti tak habis terbuang aje.. membazir.. Kalau boleh dalam bulan puasa ni.. ita seboleh mungkin nak mengelakkan pembuangan makanan dan pembaziran..




Resepi tom yum ni ita ambil dari blog Che' Nom. Ita tertarik dengan resepi ini kerana paste tomyam di buat sendiri.. Biasa kalau ita buat tomyam paste tu ita beli yang ready made dalam paket tu.. atau pun yang kiub daripada Maggi. Kali ni kena buat sendiri.. tu yang tertarik sangat-sangat..
Alhamdulillah memang sedap sangat resepi tomyam yang Che Nom kongsikan.. berselera kami menikmati tomyam ni walaupun di lawankan hanya dengan telur dadar aje.. barulah terasa nikmat tomyam sebenar.

Kepekatan dia... yang mengoda bila di hirup.. dengan aroma limau purut.. daun ketumbar yang menusuk ke kalbu.. di tambah dengan gandingan ayam.. udang.. sotong dan kupang di tambah  lagi dengan sayur-sayuran dan cendawan memang melengkapkan hidangan kami kali ini. Cuba tau jangan tak cuba... sedap sangat.. pasti menjadi kegemana kami sekeluarga.


TOMYAM
Resepi Oleh : Che' Nom

Bahan untuk tom yum paste
15-20 biji cili kering ~  dibuang biji dan rebus
1 biji bawang besar ~  hiris kasar
5 ulas bawang putih ~  hiris kasar
2 inci lengkuas ~  hiris kasar
2 inci halia ~  hiris kasar
5 helai daun limau purut ~  hiris kasar
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar udang kering ~ rendam dengan sedikit air sehingga lembut
1 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
2 batang serai ~  hiris nipis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 senduk minyak untuk menumis

Bahan Untuk kuah Tomyam 
3 cawan air ~ boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap
isi ayam bahagian dada ~ dihiris nipis
udang, ~ dibuang kepala
sotong ~ potong ikut kesukaan anda
Kupang ~ ita tambah
1/2 batang karot
1 biji tomato ~ potong 4
cendawan tiram ~ jika suka
Batang celery ~ ita tambah
Putik jagung ~ ita tambah
1 batang serai ~ di ketuk
4 helai daun limau purut ~ buang tangkai tengah di siat-siat
10-15 biji cili padi ~ belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis ambil jus
tomyam paste ~ *(separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
sedikit daun ketumbar
1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning ~  dipotong 4 


Cara Penyediaan

Untuk paste Tomyam

Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. 
Anggaran masa 20-30 minit.
Angkat dan sejukkan

Untuk Memasak Tomyam 

Panaskan air. 
Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). 
Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. 
Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips Penting

Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. 
Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.


Selain tomyam ita juga sediakan cucur udang untuk berbuka puasa dan juga untuk moreh kami sekeluarga. Resepi yang di kongsikan oleh Madiha ni sangat sedap! kami menikmati tanpa henti.. lepas seketul seketul masuk ke mulut. Memang sedap sangat.. lembut di luar dan rangup di dalam. 

Terima kasih Madihah atas perkongsian resepi ini. Resepi ini juga akan menjadi resepi kesukaan kami sekeluarga. Kepada rakan-rakan yang sukakan cucur udang.. jangan lepaskan peluang untuk merasa keranggupanj dan kelembutan cucur udang yang cair di mulut ini....


Cucur Udang Rangup
Resepi : Madiha

Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum
1 sudu besar (penuh) baking powder
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci dan tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 gengam taugeh
1/2 batang karot ~ di sagat kasar
2 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan

Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian di ayak
Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  
Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  
Habiskan kesemua air & kacau rata.
Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  
Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
Bila cucur timbul,  cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. 
Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua-dua belah.
Bila dah garing, angkat & toskan.
Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas atau suam untuk nikmati kerangupannya. 


SOS CILI

6 batang cili merah 
3 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit bijan

Satukan cili merah dan bawang bersama sedikit air dan kisar halus
Masukkan dalam periuk dan masak hingga didih
Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa ( ita guna gula perang )
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam cili tadi
Biarkan kuah pekat
Angkat dan taburkan bijan
Sedia di hidangkan bersama cucur udang


Untuk minuman penghilang dahaga kami, ita sediakan air katira. Air katira ni cukup popular di Johor dan kebiasannya bila bulan Ramadhan maka ramailah yang menyediakan atau pun menjual air katira di bazar Ramadhan. Tapi sekarang payah nak jumpa air katira yang original di pasaran. Kebanyakkannya air yang segera.. tak ada rasa kadang kala. Air katira yang best sekali pastinya air katira Abu Bakar. Tapi dah mahal dah... tahun lepas ita beli 1 botol 1.5 liter hingga mencecah RM 15 sebotol. Tahun ni tak tahulah berapa..? dengan harga badam yang melambung di tambah lagi GST pasti harganya naik berkali ganda lagi..

Tapi jangan risau... Kalau tak mampu nak beli, kita buat ajelah sendiri.. bukan susah mana pun.. janji ada semua bahan-bahannya. Boleh buat banyak-banyak dan simpan buat stock! Air ni bagus di minum tau.. baik untuk minda anak-anak juga, cuma kalau nak baik untuk minda tu jangan letak aiscream soda. Yang ita buat ni pun ita tak letak ais cream soda.. kalau nak letak pun boleh juga.
kami sekeluarga memang suka air katira ni.. minum sekali tak puas.



AIR KATIRA

7 biji badam
7 biji kismis
3 biji kurma ~ buang bijinya

Bahan ini di masukkan dalam mesin pengisar dan kisar bersama sedikit air hingga halus. Ketepikan

3 biji kembang semangkuk ~ rendam dalam air panas hingga kembang * buang kulit dan bijinya
3 sudu kecil biji selasih ~ rendam dalam air panas hingga kembang
segengam kismis
5 biji getah anggur ~ cuci bersih dan rendam hingga kembang
1 helai daun pandan di simpul
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
gula secukupnya
1 sudu teh esen pisang
sedikit pewarna hijau apple
secubit garam

Gula , daun pandan dan air di masukkan dalam periuk dan masak hingga gula larut dan air mendidih
masukkan bahan kisar dan kismis dan masak lagi hingga mendidih
Bila mendidih, kecilkan api, masukkan susu cair, susu pekat , esen pisang, pewarna hijau, secubit garam dan getah annggur
Biar merenih sebentar dan pekat sedikit
Tutup api, masukkan kembang semangkuk dan biji selasih
Rasakan manisnya, jika nak letak ais kena buat manis ya.. tambah lagi gulanya
Biarkan sejuk
Letakkan ketulan ais dan aiscream soda untuk rasa segar




Inilah serba ringkas juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Jangan segan-segan untuk mencuba. Kongsikan pada rakan-rakan yang lain juga. Kita panjang-panjangkan ilmu, semoga ianya bermaanfaat untuk semua dan menjadi saham akhirat untuk mereka yang sudi berkongsi.

Assalamualaikum







Popia Seaweed

$
0
0

Popia Seaweed, sesuai sebagai kudapan anak-anak. Sesuai juga jika di jadikan kudapan untuk tetamu yang bertandang ke rumah di hari raya. Sambil bersembang, sambil kruk! krak! kruk! krak!

Popia seaweed dah lama popular.. alamak.. ita ke yang tertinggal keretapi..
ianya dah mula popular di negara jiran kita Indonesia. cara membuatnya cukup mudah dengan bahan yang paling minima.
Tak sangka ia menjadi kudapan yang rangup dan enak!


Pelbagai kaedah dan cara yang di gunakan untuk menyediakan snack ini. Ada yang buat lipatan 4 segi, 3 sedi, ada yang gunting-gunting serong dan lain-lain.. Ita lebih suka dengan cara mengulung, nampak comel dan menarik untuk di nikmati.

Ramai yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan. Satu lodong tu rasanya di jual RM 15. Waa... macam-macam cara kita nak dapatan sumber pendapatan kan.. kalau ada yang nak jadikan sumber pendapatan, jom ita tunjukkan bagaimana cara penyediaan yang ita lakukan.


POPIA SEAWEED

Seaweed ~ ikut selera apa perisa yang pedas atau biasa
Kulit popia ~ bersaiz besar
1 biji telur ~ di kocok

Jika nakkan seaweed tu berperisa boleh letakkan perisa serbuk maggi, atau serbuk cili atau serbuk kari dalam adunan telur untuk di sapu nanti.


Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dahulu
Lipat seaweed kepada 2 bahagian dan tandakan
Potong ikut ukuran yang telah di tandakan dan di potong 2 keping
Kemudian potong kecil memanjang saiz 1/2 lebar pembaris anggaran 1/2 inc


Ambil pula kulit popia
Buat kaedah yang sama, lipat dua tandakan dan potong menjadi 2 keping
Potong pula kecil sebesar 1 pembaris lebar anggran 1 inc
Saiz lebar potongan seaweed lebih kecil dari saiz ukuran kulit popia


Letakkan telur yang telah di kocok di tengah kulit popia dari hujung ke hujung rata-rata
Lekatkan seaweed di atasnya
Dengan menggunakan kayu chopstik gulung kulit popia dengan seaweed di bahagian luar
*Jangan gulung ketat-ketat sebab nanti susah nak tanggalkan daripada chopstik
Bila sampai hujung letakkan sedikit lagi putih telur untuk lekatkan
Keluarkan gulungan popia seaweed dari chopstik


Buatlah sampai habis dan berapa banyak yang kita nak buat
Bila dah siap biarkan hingga ia betul-betul kering dan keras
Panaskan minyak dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas
Goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan
Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam telap yang kedap udara



Menu berbuka puasa 10 Ramadhan

$
0
0

Assalamualaikum

Maaflah juadah tertunggak.
Menu ini ita sediakan pada hari ke 10 Ramadhan. Hari ni dah pun 12 Ramadhan kan... Semalam 11 Ramadhan ita terlalu sibuk sebab segala oder untuk Kuala Lumpur ita kena siapkan semalam untuk di hantar. Tu yang ita sibuk seharian hingga ita tak sempat nak masukkan post ni dan juga tak sempat nak sedikaan juadah berbuka semalam. Jadi makan kedai lah kita kan...

Ok kita terus aje pada menu hidangan yang ita sajikan pada 10 Ramadhan.
10 Ramadhan ita sediakan nasi ganja. Pernah dengar nama nasi ganja?
Macam pelik aje kan... tapi nasi ni tak lah memabukkan.. Mungkin namanya di beri kerana keenakkan nasi ini yang menuntut sesiapa yang memakannya menambah nasi berulang-ulang.. kira macam ketagih lah tu... Itu lah sebab di gelarkan nasi ganja.



Nasi ini di katakan cukup popular di utara tanahair.. dan lebih terkenal di Perlis. Ada juga yang kata ianya popular di Perak. Tak kisah lah kan dari Perlis atau Perak, apa yang penting kita dapat merasa pelbagai masakan dari serata negeri atau daerah di Malaysia yang pelbagai dari pelbagai bangsa, etnik dan suku kaum.

Nak ke Perlis jauh sangat lah pulak... kalau dah teringin nak merasa kenalah buat sendiri.
Alhamdulillah ok jugak lah nasi ni.. Rasanya sedikit macam kita makan pulut kuning. Sebab itu ianya di gandingkan dengan lauk kari. Sesuai sangat lah tu...  Tapi selera ita pula rasanya tak boleh nak ketagih.. sebab cepat muak rasanya makan nasi ni.. tapi mungkin pada selera ita lah kan.. pada selera orang lain ita tak pasti pula.

Jom kita intai resepi yang menjadi sebutan di utara tanahair ni


NASI GANJA
Resepi Oleh ; Ida Shahid
Rujukkan : Red Dandelion

Sukatan yang di berikan terlalu banyak dan sesuai untuk keluarga yang ramai. Jika tak ramai yang nak makan buat 1/2 daripada bahan yang di cadangkan. Resepi di bawah ni ita dah buat 1/2 daripada sukatan yang di berikan, kerana kami keluarga tak besar.. ita masak sikit aje.

2 cawan beras ~ sukatan beras bergantung kepada jumlah hidangan
Air secukupnya untuk menanak nasi ~ sukatan air mengikut beras yang di gunakan, jika beras basmathi lebihkan sedikit air
sedikit pewarna kuning
2 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak sapi
sedikit minyak masak
1 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 sudu besar rempah sup
2 ulas bawang putih ~ di mayang
4 ulas bawang merah ~ di mayang

Dalam periuk nasi, panaskan minyak sapi dan minyak masak
Kemudian tumiskan bahan tumis dan bahan yang di mayang hingga harum
Masukkan air dan daun pandan dan biarkan mendidih
Bila air dah didih masukkan beras sedikit pewarna kuning, secubit garam dan sos cili
Tutup periuk dan tanak nasi seperti biasa

Nasi ganja ni di hidangkan bersama ayam goreng berempah. Jom kita intai pula resepi ayam goreng berempah yang di cadangkan.


AYAM GORENG BEREMPAH

1 ekor ayam potong 12
2 sudu teh serbuk kunyit
2 bungkus kecul rempah kari ayam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun ~ kari dimayang

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
air - untuk kisar


Kisar semua bahan hingga halus. 
Campurkan semua bahan dalam mangkok dan perapkan ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap. 
Pastu bolehlah digoreng dengan api kuat - sederhana - perlahan (kena adjust api supaya isi ayam di dalam dapat masak dengan sekata. Kalau tak control api nanti rempah atas ayam hangus pula. (Jika ada oven atau microwave, bolehlah di 'cook' dahulu isi ayam tu selama 12 - 15 minit. Bila dah 'cook'..keluarkan, kemudian dimasukkan dalam adunan rempah tadi dan perapkan. 
Bila buat macam ni, baru isi ayam betul-betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dalam kuali.

Selain ayam goreng berempah, nasi ini juga di makan bersama lauk kari. Lauk kari yang di cadangkan ialah kari mamak. Ita letakkan daging dalam lauk kari ni utuk bagi ada isi sikit dalam kari ita ni.


KUAH KARI MAMAK

2 bungkus rempah kari ayam
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan air
(rempah kari ayam, rempah kari ikan dan serbuk cili dicampur dan digaul dengan air)

Bahan untuk menumis
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 kiub ayam
garam dan gula
2 sudu besar air asam jawa - bergantung kepada rasa masam yang dikehendaki
4 cawan air
3/4 cawan minyak 


Panaskan minyak dalam periuk. 
Bila dah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih. 
Biar kekuningan dan naik bau. 
Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh tadi.  
Kacau sehingga pecah minyak. Tambahkan air. 
Biar mendidih 2 kali. 
Kemudian masukkan kiub ayam, garam, gula dan air asam jawa. 
Biar mendidih berkali-kali hingga kuah jadi pekat sedikit dan jadi sedap. 
Dah siap kuah mamak dan boleh taruk atas ayam. 
Kuah mamak ni hanya buat bila kita buat ayam goreng tetapi jika dah buat kari ayam, tak perlu buat kuah ni lagi. Kuah mamak ni jika suka boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi. 
Kemudian baru masukkan air.

Selain dari set lengkap hidangan nasi ganja. Ita juga sediakan popia goreng berinti sayur untuk hidangan keluarga berbuka puasa. 


POPIA SAYUR

Karot ~ sagat kasar
Kubis ~ hiris halus
Sengkuang ~ sagat kasar
Taugeh
Daun kucai ~ potong 1 cm
1 batang cili merah ~ di cincang halus
Kulit popia secukupnya
Sedikit tepung gandum di bancuh dengan sedikit air ~ untuk di jadikan gum

Bahan Tumis

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
Semua bahan ini di kisar

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan sedikit sahaja air dan garam secukup rasa dan biar merenih sebentar
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan kacau rata
Angkat dan masukkan dalam penapis untuk keluarkan lebihan air
Biarkan sejuk

Sediakan kulit popia
Letakkan inti sayuran di atasnya
Lipat dan gulung membentuk roll
Buat sehingga habis 

Panaskan minyak dan goreng hingga masak kuning keemasan
Angkat dan hidangkan bersama cili sos


SOS CILI

6 batang cili merah 
3 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit bijan

Satukan cili merah dan bawang bersama sedikit air dan kisar halus
Masukkan dalam periuk dan masak hingga didih
Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa ( ita guna gula perang )
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam cili tadi
Biarkan kuah pekat
Angkat dan taburkan bijan
Sedia di hidangkan bersama cucur udang

Untuk minuman pula ita sedikan air jagung kesukaan keluarga


AIR JAGUNG

Kordial Jagung Red Man secukupnya
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair 
2 sudu besar Susu pekat manis

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais









Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan

$
0
0

Assalamualaikum

Hari ini ita kongsikan juadah berbuka puasa pada hari ke 12 Ramadhan. Resepi yang serba ringkas untuk juadah berbuka puasa kami sekeluarga.

Ita sediakan mee bandung. Anak nak makan mee pulak hari ni, jadi ita sediakan mee bandung kesukaan anak-anak.
Untuk pemanis mulut pula ita sediakan bubur kacang. Suami pulak mengidam nak makan bubur kacang letak durian. Dah berapa hari dah asyik sebut nak makan bubur kacang aje.. hari ni dapatlah melempiaskan hajat beliau.
Minuman pula ita sediakan air nenas.

Jom lah kita intai menu yang serba ringkas ini.


MEE BANDUNG

Tulang dan daging - direbus 
4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend 
Boleh gantikan keledek tapi jika keledek di rebus dahulu kemudian di lenyek halus

Bahan kisar
30 tangkai cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 cwn udang kering - direndam dan dikisar

2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
2 kiub daging
1 buku gula melaka (yg kecil)
2 sudu besar kacang tanah
garam dan gula secukup rasa
udang basah
fish ball
sotong
tomato dibelah 4
karot
bunga kubis
telur

Bahan yg dimakan bersama
daun sawi - di celur
mee kuning
daun sup n daun bawang
bawang goreng
tauhu goreng

Panaskan minyak 1 senduk
Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing.
Masukkan kentang yg telah dikisar masak hingga sedikit garing.
Masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih.
Masukkan kiub daging,  sos cili, sos tiram dan gula melaka.
Masak hingga gula larut.
Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang, sotong, fish ball dan masak hingga sedikit pekat.
Akhir sekali masukkan karot, dan bunga kubis. 

Masa menghidang panaskan kuah dan pecahkan telur dlm kuah (jangan kacau) biar hingga telur keras dan bolehlah dihidangkan bersama mee kuning, sawi daun sup daun bawang, bawang goreng, tauhu dan cili jeruk jika suka... 


BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

2 cawan kacang hijau ~ di rendam hingga kembang
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan di simpul
secubit garam
6 ulas durian
air secukupnya

Satukan gula melaka, gula pasir dan gula merah dalam periuk bersama daun pandan dan masak hingga gula larut. Kemudian di tapis.
Sementara itu dalam periuk lain rebus kacang hingga empuk
Bila dah empuk masukkan air gula yang telah di tapis tadi
Biarkan didih sebentar
Masukkan santan dan garam 
Akhir sekali masukkan durian
Masak hingga didih
Jika terlalu pekat tambahkan air.
Sedia di hidangkan



AIR NENAS

1 biji nenas ~ buang kulit dan empulur tengah kemudian di parut
Gula secukupnya
1 helai daun pandan di simpul
Perasa nenas
Air secukupnya
Pewarna kuning jika perlu

Satukan nenas parut bersama air, daun pandan dan gula dalam periuk dan masak hingga didih.
Setelah didih, sejukkan
Bolehlah hidangkan dengan ketulan ais.







Juadah berbuka puasa 13 Ramadhan 1437

$
0
0

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan yang ita kasihi. Alhamdulillah kita telah pun 2 minggu menjalani ibadah puasa. Pasti tika dan saat ini para ibu sudah mula sibuk dengan persiapan menyambut Aidil Fitri. Ada yang dah mula membuat biskut raya, menyiapkan pakaian anak-anak dan tak kurang juga yang sudah mula mengemas rumah.

Ita pula macam ni lah, masih lagi sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Ini pula dah 2 hari sakit kepala, berdenyut-denyut.. migrane agaknya. Bila sakit kepala ni.. aduyaiii... memang masalah banyak tugasan yang tergendala. Tapi kadang ita lawan jugak.. buat tak tahu walaupun sakitnya bukan kepalang. Masih lagi teringat pesan mak setiap kali ita tidak sihat..
" jangan di manjakan sangat sakit tu... nanti jadi malas.. "
Bila teringat pesanan emak.. sakit-sakit terpaksa juga ita kuatkan badan.. Harap dapatlah ita siapkan segala tempahan dalam masa yang di janjikan.

Alhamdulillah dalam sakit-sakit dan dalam sibuk menyiapkan tempahan.. sempat juga ita masak untuk juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Menu yang simple-simple aje ni.. Masak seringkas yang boleh.. jadilah untuk santapan anak-anak setelah seharian berpuasa.


Hari ni ita sediakan me hailam. Mee ni mudah aje penyediaannya. Tak lah renyah sangat ita di dapur. Semua boh sekali dalam kuali dah siap.. rencah pun tak susah mana nak siapkan. Resepi olahan Chef Wan ni sebenarnya tidak pedas.. sebagaimana yang kita sedia makhlum mee hailam memang tak pedas.. rasanya macam mee kicap sikit. Biasa di hidangkan bersama lada jeruk. Ita tak ada lada jeruk.. ita sediakan sambal kicap untuk anak-anak sebab mereka ni suka yang pedas-pedas sikit.. kalau pedas laju aje makan.. kalau tak pedas ni kurang lah sikit...

Bagi anda yang tak suka pedas, bolehlah mencuba resepi yang mudah dan ringkas ini.


Untuk minuman pula ita sediakan jus delima pilihan anak ita Azrul. Sebenarnya delima ni Azrul yang beli sewaktu pergi ke kedai semalam. Anak-anak ita memang suka makan buah delima. Bila nampak ada jual kat kedai dia pun bawa balik dua tiga biji. Katanya nak buat air.. tulah yang ita sediakan jus delima untuk berbuka puasa kami hari ni. Bagus tau minum jus delima ni.. baik untuk kesihatan. Yang bagusnya minum yang asli tanpa gula, rasanya kelat-kelat manis gitu...

Tapi untuk 1 biji buah tu tak dapat banayak jusnya.. jadi ita tambahkan dengan air dan air gula untuk dapatkan 1 jug.


Untuk manisan pula ita sediakan serawa pulut durian. Sayang pulak buah durian suami beli banyak. Bila bulan puasa tak ada siapa yang makan.. maklumlah puasa.. Jadi dari tergolek-golek dan masam.. ita jadikan serawa. Lagi pula ita dah tak tahan bau durian yang semerbak dalam rumah.. tu yang berdenyut-denyut kepala ita.. Lagi lama dia berada dalam rumah lagi lamalah sakit kepala ni nak hilang. Jadi cepat-cepatlah kita buat sesuatu dengannya...

Ita bukan boleh kalau bau durian.. mesti pening.. berhari-hari pulak tu peningnya nanti.. Sebab tu ita tak makan durian. Usahkan nak makan.. baunya aje.. ita dah pening..


MEE HAILAM 
Rujukkan : Dapur Malaysia

500 g mi kuning
100 g daging ayam
6-8 ekor udang
2 ekor sotong
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar stok udang
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak masak
4 batang jagung muda
1/2 batang lobak merah
5 biji cendawan butang
4 biji tomato
1 cawan taugeh
4 biji cili padi (diketuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang, sotong dan ayam. Goreng selama 2 minit.
  3. Masukkan air, sos tiram, kicap pekat dan stok udang.
  4. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong atau dihiris. Masak selama 5 minit. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sekata. Kemudian masukkan mi dan taugeh.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (optional)

SERAWA PULUT DURIAN
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

Bahan Kuah
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

Bahan Pulut
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul


Untuk Pulut
Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.

Untuk kuah serawa
Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Untuk Serawa Pulut Durian
Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!


JUS DELIMA

3 biji buah Delima
Air gula secukupnya
Air secukupnya
Ketulan ais secukupnya

Buah delima di ambil bijinya
Letakkan dalam tapis dan ramas-ramas untuk dapatkan jusnya
Letakkan jus dalam jug
Letakkan air gula dan air masak secukupnya
Hidangkan dengan menambah ketulan ais untuk rasa dingin dan segar




Juadah Berbuka Puasa 14 Ramadhan

$
0
0

Juadah berbuka puasa pada 14 Ramadhan yang lalu. Menu yang serba ringkas yang sempat ita sediakan di kala ita semakin sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Jadi mana yang sempat aje lah kan.. Dah pertengahan Ramadhan ni.. anak-anak dah semakin kurang memilih nasi. Bila melihat ibunya yang semakin sibuk, mereka pun dah tak banyak songeh.. apa aje mak masak kita makan..

Alhamdulillah mudah sikit kerja maknya.
Ok hari ini ita kongsikan resepi yang sempat ita sediakan.
Kita mulakan dengan minuman dahulu ya. Minuman yang menjadi kesukaan suami, air mata kucing. Minuman ni sesuai di minum panas atau sejuk. Tapi bulan Ramadhan ni semua minta yang dingin.
Mudah aje cara penyediaan air mata kucing ni..





AIR MATA KUCING

1 gengam mata kucing kering
1 helai daun pandan di simpul
gula secukup rasa
air secukupnya

Rebus mata kucing dengan air dan daun pandan hingga kembang
Bila dah kembang masukkan gula secukupnya
Biarkan didih
Bila dah masak sejukkan
Hidangkan dengan ketulan ais untuk rasa yang dingin


BIHOON GORENG TAUCO 
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

200 gram mee hoon
3 camca besar pes cili*(*resipi dibawah)
100 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping fish cake, hiris
15 ekor udang sederhana besar, bersihkan'
1 1/2 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tomato
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan'

Bahan Pes Cili
2 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar saiz sederhana*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam, cuci dan toskan*
2 camca besar ikan bilis, rendam, cuci dan toskan*(*kisar halus)
1 camca besar jus asam jawa yang pekat
Garam dan gula secukup
Serbuk perasa secukupnya (yang ni mat tak letak, cuma tulis saja)


Untuk pes cili

Panaskan minyak dalam kuali, kena lebih sikit. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menunis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana, dan dikacau selalu. Tambah jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja dah ok). Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biar sejuk boleh letak dalam botol, simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..

Cara penyediaan

Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan biar mengeras sikit, kacau hingga separuh hancur, tolak tepi kuali. Masukkan pes cili, taucho bersama sos tiram dan sos tomato. Tambah udang, fish cake dan tauhu, gaul rata bersama telur tadi, tuang sedikit air. Biar mendidih.
Kemudian masukkan mee hoon tadi, kacau hingga rata. Masak sekejap, tambah taugeh dan gaul. Kemudian rasa jika kurang masin, renjiskan dengan sedikit kicap cair. Bila dah ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili merah


SAGO GULA MELAKA
Resepi Oleh : Cik Matahariku

Bahan Puding Sagu
1cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara-Cara Menyediakan Puding Sagu:

1.Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
2.Didihkan air bersama daun pandan.
3.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
4.Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.
5.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji.
6.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran     masing.Kacau guna garfu.
7.Masukkan ke dalam acuan.Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.
  
Bahan Untuk Kuah Gula Melaka
1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung ( hiris kecil dan nipis supaya mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara Menyediakan Kuah Gula Melaka:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

Bahan Untuk Kuah Santan 
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam

Cara Menyediakan 
1 cwn santan pekat masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan dan juga kuah gula melaka. 

Nota: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam. Boleh juga menggantikan kuah santan dengan susu cair.







Tart Nenas Cheese

$
0
0

Jeng.. jeng.. jeng... masa membuat biskut raya dah tiba....
Pasti teman-teman ita di luar sana sudah semakin sibuk menyiapkan persiapan hari raya. Dan pastinya yang satu ini tidak akan tertinggal dalam list yang di senaraikan.

Biskut Raya
Bila tiba hari raya biskut raya pastilah menjadi suatu kemestian yang perlu di utamakan. Ianya sebagai kudapan atau manisan di meja kopi yang menjadi hidangan di hari raya.
Kalau kita bertandang ke rumah jiran tetangga, sahabat handai mahupun kaum keluarga. Pastinya biskut raya yang kita cari dulu..
Wahhh.... comelnya biskut raya dia...
Emmm.... sedapnya biskut raya ni..
Kark kruk... rangupnya...
Eh.. cantiklah yang ni..
Fuh... biskut kegemaran saya ni... 
Pasti itulah kata-kata yang keluar dari tetamu yang bertandang ke rumah




Bekas balang yang tersusun rapi senantiasa bersedia menyambut kedatangan tetamu tidak mengira masa.
Biskut raya adalah biskut kering yang tahan lama, cepat dan segera dan sangat-sangat di perlukan ketika musim perayaan. Jika ada biskut raya, tak lah risau kalau tetamu datang ke rumah.. tak payah nak sediakan juadah pelbagai.. atau runsing dengan hidangan yang bakal di sediakan..
biskut raya kan ada...


Hari ini ita nak kongsikan biskut raya yang evergreen.. mekar sepanjang zaman. Bak kata orang lama.. tak lapuk di hujan tak lekang dek panas.. Biskut yang menjadi satu kemestian di atas meja kopi di setiap rumah, dan sudah semestinya biskut inilah yang di cari dulu..

Tart Nenas
Biskut berintikan jam nenas dan di salut pastry yang rapuh. Rapuh dan lembut di luar , dengan masam manis inti jamnya dan mencair di dalam mulut.. wah! bila di taburkan cheese.. pasti ianya bukan lagi tart nenas nyonya lama.. kini muncul dengan citarasa baru yang menjadi kesukaan ramai.
Bayangkan rasa masam manis bersatu dengan lemak masin cheese dan pastry rapuh walla.... mencair terus bila di kunyah...
kunyah.. kunyah gebu...



TART NENAS CHEESE
Resepi Oleh : Sedap
Rujukkan : Rahel

150 mentega tanpa garam
50 gm margerine
50 gm gula icing
1/4 sudu teh garam
2 biji kuning telur
225 gm tepung paling halus
35 gm tepung jagung
25 gm tepung susu
50 gm keju cheddar ~ di parut halus

Bahan egg wash
2 biji kuning telur
1 sudu teh susu cair

Bahan Inti
450 gm nenas ~ di parut
125 gm gula pasir
1/8 sudu teh garam
3 kuntum cengkih
3 cm kayu manis
25 gm keju cheddar parut
1 sudu teh jus lemon

Cara penyediaan inti
Masak nenas sampai air meresap
Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis
Masak lagi sambil di kacau hingga kering
Tambahkan keju parut dan jus lemon gaul rata ~ ita tak letak keju
Dinginkan
Kemudian bentukkan bulat sebesar guli kecil

Cara penyediaan doh
Pukul mentega, margerin, gula icing selama 30 saat
masukkan kuning telur dan pukul rata
Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil di gaul rata
Tambahkan keju parut dan gaul rata
Simpan doh dalam peti ais

Cara penyediaan tart
Ambil adunan doh sebesar hujung jari
Bulatkan dan leperkan
Letakkan inti nenas di tengah dan tutup kemas serta bulatkan kembali
Susus di atas loyang yang telah di letakkan baking paper
Bakar pada suhu 150C guna api bawah selama 25 minit
Keluarkan tart dari oven dan biarkan suam
Oleskan permukaannya dengan kuning telur
Kemudian taburkan keju parut
Bakar semula dengan api atas bawah pada suhu 150 selama 20 minit





Juadah berbuka puasa

$
0
0

Salam Ramadhan buat semua..
Hari ini ita kongsikan resepi atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga yang semakin hari semakin ringkas... hihi maklumlah maknya semakin sibuk dan semakin mengejar masa. Takut segala tempahan tidak dapat di sempurnakan dalam masa yang di janjikan. Ya allah.. haraplah semuanya berjalan lancar.. seperti apa yang telah di rancangkan dan di permudahkan hendaknya.

Ok lah ita tak boleh cakap banyak sangat hari ni.. banyak lagi kuih yang harus di terap dan banyak loyang berisi biskut yang menanti giliran untuk di bakar.



Kita terus aje pada juadah ita yang serba ringkas.


PUDING JAGUNG
Resepi oleh : Kak Haneliza

1/2 cawan tepung kastard
1/2 tin susu cair ~ 200 ml
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar margerine
2 cawan air
1/2 tin jagung dalam tin

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas dapur dengan api yang sederhana hingga naik wap. meletup-letup dan berkilat
Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah di oleskan dengan sedikit minyak
Sejukkan
Hidangkan dengan baki jagung dalam tin


NASI LEMAK HALBA

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan
2 helai daun pandan di simpul
3 cawan santan ~ santan biasa aje.. jangan pekat dan jangan cair sangat
2 sudu teh halba
1 batang serai ~ di titik
2 inc halia ~ di titik
3 ulas bawang merah ~ di hiris
1 sudu besar butter / margerin / 2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa

Dalam periuk nasi, panaskan butter / minyak
Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan, dan serai hingga layur.
Bila dah layur dan naik bau, baru masukkan halba. Halba jangan  tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit
Kemudian masukkan santan dan biarkan ia didih
Bila dah didih, masukkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan beras
Jika airnya kurang boleh tambah air, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda
Tutup periuk dan biarkan nasi tanak seperti biasa



SAMBAL TUMIS UDANG GALAH

Udang galah secukupnya ~ di bersihkan

Bahan Kisar

100gm cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)

Bahan lain 

2 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam 
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )

Gaulkan udang dengan garam dan kunyit
Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi sau sambal kita tahan lama.
Bila minyak dah panas, gorengkan udang hingga 1/2 masak
Angkat dan asingkan
Baki minyak panaskan semula, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan cili dan belacan yang di kisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak. Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
Bila dah garing masukkan air asam jawa
Lepas tu perasakan dengan garam
Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau mani-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
Biar dia merenih kejap kemudian barulah masukkan udang galah
Biar sambal merenih sebentar, baru tutup api dan sedia di hidangkan.

Nasi lemak di hidangkan bersama
~ Timun di hiris
~ telur rebus, telur goreng atau telur dadar
~ ikan bilis dan kacang goreng
~ sambal tumis atau rendang



AIR BANDUNG CINCAU

Cincau ~ di potong dadu
Sirap ros yang bergula
Air masak secukupnya
1 tin susu cair
ais secukupnya

Satukan semua bahan dalam jug
Rasakan manisnya
Hidangkan bersama ketulan ais
Jika suka boleh letak aiscream soda





Biskut Sarang Semut

$
0
0


Satu lagi biskut evergreen yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Kata orang biskut orang dulu-dulu..
Nak kata lama tak lama jugak lah kan.. Seingat ita biskut ini popular sekitar ita darjah 5 atau darjah 6 gitu.. waaahhhh... lama lah jugak tu dik... sekarang umur akak pun dah nak masuk 5 series..

Biskut ni dia keluar dalam majalah kalau tak silap. Zaman dulu-dulu kan tak ada internet.. jadi segala koleksi biskut di ambil dari majalah, surat khabar, corong radio mahupun pada peket tepung atau kotak cornflakes.

Popular lah biskut ni zaman tu.. hingga setiap rumah pasti tidak mahu ketinggalan lansung untuk menghidangkan biskut ini di dalam balang. Kalau pergi beraya pasti buka semua tutup balang kuih semata-mata nak lihat biskut sarang semut ni..



Pelbagai versi kemudian yang menjadi ikutan. Ada yang meletakkan coklat urai sebagai hiasan yang dikatakan versi yang original. Kemudian muncul pula dengan taburan manik, ada yang tabur gula warna-warnai dan pelbagai lagi lah.. mengikut kreativiti dan citarasa tuan rumah. Apa yang penting ianya menjadi kesukaan anak-anak.

Kenapa namanya sarang semut..?
Begitulah orang dulu-dulu.. kalau memberi nama. Nama bedasarkan rupa dan bentuk kejadian. Kalau orang sekarang.. mulalah ambil nama filem.. nama retis.. yang kadang tak masuk dek akal dengan bentuk rupa biskut tersebut.
Kata mak ita.. bentuk biskut tu macam sarang semut.. dan coklat rice tu pula mengambarkan semut lah.. oooo... panjang bunyi oooo...nya tu kan... ^_^


BISKUT SARANG SEMUT

Bahan A
225 gm mentega tanpa garam
80 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
200 gm tepung red ros
50 gm tepung jagung
20 gm tepung kastard
secubit garam

Bahan Hiasan
Cawan Kertas
Coklat urai

Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana hingga sebati
Masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh yang lembut
Simpan doh dalam peti ais hingga doh keras ( untuk mudah parut )
Parutkan doh dan masukkan dalam cawan kertas
taburkan coklat urai sebagai hiasan
Bakar pada suhu 150C selama 25 minit
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.



Biskut Ulat Bulu

$
0
0

Bila mendengar namanya sahaja pasti dah meremang bulu roma.
Ulat Bulu???
Tak gatal ke?
Jangan risau namanya aje ulat bulu.. Mungkin dari rupanya yang panjang berketak-ketak tu yang di panggil ulat bulu tu.. tapi tak mengatalkan..

Bisku ni di katakan bersal dari Sarawak dan ada yang kata dari Sabah. Tak kisahlah dari mana sekali pun apa yang penting rasanya sangat sedap!

Sekilas pandang kita sangkakan kuih makmur , biskut orang lama yang evergreen. Tapi rupa aje lebih kurang sama, rasanya mungkin sedikit berbeza.
Jika kuih makmur menggunakan kacang sebagai inti, biskut ini sebaliknya menggunakan kurma yang di potong halus. Ia juga di salut dengan gula halus berbanding biskut makmur yang di salut gula icing.




Buatnya adalah sedikit rumit, sebab nak kena letak inti dan gentel satu-satu. Memang mengantuk mata nak menghabiskan satu adunan. Tapi hasilnya berbaloi kerana rasanya yang sedap! kalau tak salut gula pun dah sedap. Bagi yang menjaga kesihatan , ita rasa tak payah salut gula. Tapi kalau nak kekalkan keasliannya.. salutlah gula.


BISKUT ULAT BULU
Resepi Oleh : Resepi Biskut

300gm tepung gandum
150gm tepung jagung
50gm susu tepung
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tapi agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar ~ hiasan, tabur diatas biskut

Cara-cara

Putar gula icing dan mentega hingga sebati. 
Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan dan susu tepung. Putar hingga sebati. 
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati.
Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. 
Kalau sudah dapat dibentuk tidak perlu habiskan 300gm. 
Selepas itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.

Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160-180. 
Agak sukar utk menentukan biskut ini masak atau tidak sebab walaupun sudah masak biskutnya masih lembut, tetapi..kalau sudah letak diluar, ia akan mengeras sendiri. 
Untuk menentukan dah masak tengok dibawah biskut agak kekuningan. 
Sesudah diangkat dari oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan. ( salutkan gula semasa bisku masih panas, jika dah sejuk gula tidak akan melekat )



Milky Oreo Cookies

$
0
0

Ramai yang pm ita dan minta ita kongsikan resepi biskut raya yang ita jual untuk tahun ni. Ada yang ita dah pun kongsikan sebelum ini dalam blog ni macam biskut choc chip, red velvet, tart dan ombak rindu. Tahun ni pula ada dua lagi biskut raya yang ita kenalkan iaitu milky oreo cookies dan cranberies cookies.

Bagi mereka yang tinggal jauh yang tak berkesempatan untuk oder biskut raya, atau ada yang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Di sini ita kongsikan resepi milkey oreo cookies yang ita gunakan untuk buat jualan tahun ni. Bolehlah cuba untuk jadikan hidangan di hari raya nanti.


MILKEY OREO COOKIES

Bahan A
130 gm butter
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Bahan B
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes ~ di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo ~ di kisar

Hiasan
Coklat putih ~ di cairkan
Coklat Oreo ~ di kisar

Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A
Uli adunan hingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak
Sejukkan
Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dsi cairkan
Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara




Viewing all 843 articles
Browse latest View live


Latest Images