Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup

$
0
0

Biasa kita berhadapan dengan masalah.. bila goreng ikan bilis ianya tak rangup. Kalau rangup pun sekejap aje.. bila sejuk ia dah lemau. Ada juga ikan bilis yang liat nak gigit pun payah. Ikan bilis kalau rangup makan dengan nasi letak kicap potong bawang dan cili pun dah terasa berselera sekali.

Pelbagai petua yang di kongsikan bagaimana nak dapatkan ikan bilis yang rangup!



Pertua Satu

Petua pertama yang ita kongsikan daripada kak Hanieliza. Petua dari kak liza sama juga dengan petua dari mak ita. Kalau kita membeli ikan bilis, pilihlah ikan bilis yang putih dan nipis. Jangan beli yang kehitaman dan tebal. Kalau yang hitam dan tebal tu.. memang liat lah ia.. bukan liat aje kematu terus.. dah macam makan kayu aje rasanya. Biasanya ikan bilis yang putih bersih ni harganya agak mahal berbanding ikan bilis yang lain.

Ita pula kalau beli ikan bilis ita beli yang dah kopek. huhu.. ita memang cukup malas nak kopek ikan bilis di samping ianya melambatkan proses ita memasak di dapur. Kalau mak ita pula ia tak akan beli yang dah kopek.. ia biasa lebih suka kopek ikan bilis sendiri. Katannya lebih jimat dan juga lebih rangup bila di goreng.

Seperti kak Liza, mak ita juga kata kalau nak ikan bilis rangup.. bila goreng tu kita panaskan minyak dahulu, bila minyak dah panas, lalukan aje ikan bilis dekat air, atau bilas-bilas kejap aje.. jangan lama.. kalau air serap kat ikan bilis tu.. nanti ia cepat lemau. Goreng ikan bilis sampai hilang letup-letup air.. maknanya dah tak bunyi letup-letup, bermakna ikan bilis tu dah cukup kering dan garing. Bila dah goreng angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel.

Lagi satu yang utamnya, bila kita masak dan nak masukkan ikan bilis, kita tak boleh masukkan ikan bilis ketika masakkan kita masih panas. Kalau ia panas nanti ikan bilis tak rangup. Tunggu dia dah sejuk sikit baru masukkan ikan bils. Insyaallah ikan bilis tu akan rangup bila di nikmati. Ikan bilis yang kita dah goreng kalau ada lebih, simpan dalam bekas bertutup , insyaallah tak lemau.


Petua Dua

Petua yang ke dua ni ita dapat dari majalah RASA. Petua dan cara yang di kongsikan sama juga dengan cara dan petua yang di kongsikan oleh ibu mertua ita. Menurut ibu mertua ita, kalau nak dapatkan ikan bilis yang rangup dan tahan lama, mula kita bersikan ikan bilis dahulu, buang segala isi perutnya dan belah 2. Masukkan dalam bekas dan gaul rata bersama sedikit cuka makanan. Kemudian perap sebentar selama 5 minit. Kemudian bolehlah di goreng seperti biasa. Insyaallah ikan bilis anda akan lebih garing dan kerangupannya tahan lebih lama.

Macam mana ? Pasti lepas ni ikan bilis yang anda goreng dah takk lemau dan liat dah.. Kruk.. krak.. kruk.. karak.. bila di makan

Selamat mencuba!


BILIS GORENG BAWANG

1 bawang besar di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
1 batang cili hijau ~ dihiris
1 mangkuk ikan bilis yang telah di goreng

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang hingga harum
Masukkan lada merah dan lada hijau dan masak hingga layur
Tutup api dan biarkan suam
gaulkan bersama ikan bilis yang telah di goreng tadi
Sedia di hidangkan bersama menu yang lain






Lepat Ubi atau Belebat Ubi sedap

$
0
0

Ada yang memanggilnya lepat ubi dan ada yang memanggilnya belebat ubi. Apa pun nama dan gelarannya , ia adalah kuih yang sama. Kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Dan ianya juga adalah kuih kesukaan ita.

Ita lebih mengenali kuih ini dengan namanya belebat ubi. Mungkin kalau orang Johor lebih selesa dengan belebat ubi kot..... Kuih ini kerap emak ita sediakan waktu berjualan dulu. Dulu nak dapat ubi kayu cukup mudah.. tak payah beli, tanah sepelaung belakang rumah itulah yang di kerjakan emak untuk menanam pokok ubi kayunya. Tapi bapa ita tak berapa galakkan tanah kebun di tanam dengan ubi. Katanya nanti habis segala baja dalam tanah di sedut dek pokok ubi.

Poko ubi kayu ni banyak kegunaannya. Selain ubinya yang kebiasannya di jadikan kuih muih, pucuknya juga enak di buat ulam mahupun di masak gulai lemah untuk santapan keluarga.


Kini nak dapatkan ubi agak payah kalau di bandar besar ni.. Terpaksa tunggu Pasar Tani barulah dapat merasa hasil dari kampung.
Entah dah berapa hari tekak ni nak sangat makan belebat ubi. Rindu pada belebat ubi emak seakan memanggil-manggil pulak. Belebat ubi emak ita cukup enak, manisnya medu dan lembut bila di kunyah. Payah sekarang nak dapat belebat ubi yang sedap. Nak tak nak.. terpaksa juga merajinkan diri membuat sendiri bagi melayan anak tekak yang dah lama sangat teringin..

Dapat ubi dua tiga batang pun dah rasa syukur sangat.. dapatlah ita hilangkan tekak yang dah berapa hari kepingin yang amat..


Buat belebat ubi ni senang aje sebenarnya.. tapi kadang saja manja.. nak orang buatkan.. hihi sekali cari tak adalah pulak orang jual. Payah dapat ubi katanya.. emmm... kena buat jugak lah nampak gayanya..

Resepi ini ita ambil dari blog Ayu Curlybabe's Satisfaction. Resepi ni agak banyak, kalau nak buat untuk makan keluarga yang tak ramai, ita cadangkan buat separuh daripada adunan sahaja. Ita buat ikut cara emak, tapi sukatan menggunakan resepi Ayu. Terima kasih ayu atas perkongsian resepi yang sedap ni.


BELEBAT UBI @ LEPAT UBI
Resepi Oleh : Ayu

1 kg ubi kayu di parut atau di blender
135 ml santan pekat
238 gm air gula Melaka ~ ita letak 250 gm hihi senang nak timbang
1 sudu besar gula timbang
secubit garam
1 helai daun pandan ~ disimpul
Daun pandan di layur secukupnya


Ubi kayu, di bersikan dan di buang kulit. Potong sejengkal untuk mudah nak parut dan nak bersihkan kulitnya.
Kemudian cuci bersih
Parut ubi dengan sagat
Ubi yang telah di parut, kemudian masukkan dalam kain muslin atau apa-apa kain yang bersih dan perah. Jangan perah sampai kering, perah agak-agak aje nak buang air pahit ubi.
Baki air perahan tu kita biarkan mendak. Air jernih tu buang, baki dedaknya satukan semula dalam ubi parut tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam periuk yang kecil, satukan gula Melaka, gula merah daun pandan dan air ( air ni agak-agak aje jangan banyak sangat pulak.. bila dah masak nanti tapis, kemudian timbang balik air tu dalam  250 gm )


Satukan semua bahan tadi dan gaul rata.
Sediakan daun pisang secukupnya. Daun pisang cuci bersih, lap kering dan layurkan dekat api atau boleh jemur kat panas. ( kalau cuaca jerebu jangan jemur panaskan atas dapur aje bagi layur )
Kemudian potong 7 X 5 inc


Kemudian bungkus lah atas daun pisang.
Letak 2 sudu besar, ratakan kemudian lipat kiri kanan rujuk gambar.
Kalau nak lipat tak nampak ubi pun boleh lipat aje terus kelepet sampai tepi. Jadi tak nampak lah ubi tu.
Buat sampai habis, kemudian susun dalam kukusan
Kukusan pula dah di panaskan sampai didih airnya
Bila dah didih, kukuslah kuih ni antara 30 ~ 45 minit
Angkat setelah masak dan sejukkan


Boleh lah jadikan hidangan minum petang atau sarapan pagi.








Pelbagai koleksi kek tempahan

$
0
0

Kek Big Hero


Kek Bus Tayo


Kek Doremon, Nobita dan kawan-kawan


Kek Hello Kitty


Kek Ultraman


Kek Frozen


Catrrot Cake


Kek Ikan Arowana


Mini Cooper 3D



Kek bunga K. Pop



Weading cake
Untuk tempahan sila wassap 017 7279179






Bunga-bunga Korea ku..

$
0
0





Untuk tempahan sila wassap 017 7279179



Mee Celup Kelantan sangat sedap

$
0
0

Pernah makan mee celup? Kalau orang Kelantan pasti tahukan.. Mee celup ni popular di Kelantan dan ada juga yang kata popular juga di Siam. Ita tak pernah lagi berkesempatan untuk merasa mee celup semenjak berkhawin dengan orang Kelantan, walaupun sering di cadangkan oleh mertua. Mungkin mertua ita tahu, ita ni.. suka makan mee berkuah, tu yang beliau cadangkan ita merasa mee celup. Tapi setiap kali ke Kelantan, tak berkesempatan lagi.. kerana ita lebih sibuk nak merasa makanan lain yang pada ita lebih istimewa.

Bila ada seorang rakan FB cadangkan ita mencuba mee celup.. yang katanya pasti kak ita suka.. ita pun segera google untuk dapatkan resepi yang terbaik. Tak ramai yang kongsikan resepi dari Kelantan ini.. hingga ita bertemu dengan blog Cikgu Wan

Cikgu Wan mengambarkan betapa sukannya beliau dengan mee celup hingga setiap kali balik Kelantan beliau pasti mencari mee celup. Keterujaan cikgu Wan bilamana beliau berkesempatan sendiri melihat penyediaan mee celup yang di sediakan oleh seoarang tukang masak. Beliau yang telah beberapa kali gagal menyediakan mee celup asli , memang tak melepaskan peluang untuk melihat dan merebut peluang yang ada di depan mata. Alhamdulillah.. mungkin keikhlasan beliau.. dan keikhlasan tukang masak tersebut akhirnya ita juga turut sama-sama dapat merasa mee celup yang cukup sedap dan cukup istimewa ini.


Mudah aje sebenarnya buat mee celup ni.. janji semua bahan tersedia di depan mata.. proses menyediakannya menjadi cukup mudah dan cukup simple.
Inilah pertama kali merasa, memang sangat sedap rupanya mee celup ni.. Pada mulanya ita ingatkan rasanya seakan Bakso. Tapi rupanya ia lebih enak dan lebih sedap dari bakso.
Ya Allah betapa  keluarga ita cukup menyukainya.. Hingga habis kering kontang seperiuk mee celup yang ita sediakan. Ini baru orang Kelantan kan....

Tahu tak.. lepas makan mee celup ni.. badan berpeluh-peluh di buatnya.. macam baru lepas lari 4 X 100 meter pulak! Mula ita ingatkan bila cikgu wan kata lepas makan mee celup ni pasti berpeluh di buatnya.. mengambarkan mee celup ini pedas atau teramat pedas hingga berpeluh-peluh. Tapi bila ita makan.. eh! tak pedas pun..... tapi dia punya peluk mericik!

Mungkin juga penggunaan bahan dalam penyediaannya yang membuatkan badan berpeluh-peluh dibuatnya.

Terima kasih ya Cikgu Wan, kongsikan resepi yang enak, sedap dan di sukai kami sekeluarga.


MEE CELUP
Resepi Oleh : Cikgu Wan

Resepi cikgu Wan menggunakan perut lembu. Oleh kerana ita tak makan organ dalaman haiwan, ita gantikan dengan daging. Jika anda makan perut lembu bolehlah letakkan perut lembu ya.

Ita juga tidak menggunakan fish ball, sebaliknya ita gantikan dengan meat ball atau bebola daging. Anda bolehlah letak bebola ikan, bebola ayam atau bebola daging mengikut kesukaan.

Lagi satu dalam resepi menggunakan gula kabung atau gula somtam, ita gantikan gula Melaka yang ita rasa sama dengan gula Kabung


Bahan 1

4 ulas bawang putih ~ di mayang atau hiris
4 ulas bawang merah ~ di mayang atau di hiris
2 inc halia ~ di mayang atau di hiris
4 kuntum bunga cengkih
1 inc kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang celery ~ di potong 1/2 inc
1/2 batang lobak putih ~ di dadu
1 batang serai ~ di titik atau di ketuk perdu
1 pokok ketumbar ~ ambil dengan akarnya sekali cuci bersih dan potong

Bahan 2

3 ketul tulang yang berdaging ~ cuci bersih
1 keping perut lembu ~ sebesar tapak tangan (sebaiknya perut lembu susu) potong kecil
15 biji bebola ikan / bebola daging / bebola ayam

Bahan 3

1/2 cawan stock ikan
1 buku gula Kabung / gula Somtam ~ ita guna gula Melaka
1/2 cawan kicap masing
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan 4

Mee halus secukupnya ~ di celur
Mee kuning secukupnya ~ di celur
Mee tiew secukupnya ~ di celur
Taugeh secukupnya
Kacang tanah ~ di goreng dan di tumbuk kasar
Kangkung ~ jika suka
Daun ketumbar ~ di hiris
Cili Flakes
Sambal Kicap


Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan garing
Kemudian masukkan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga
Tumis hingga harum
Kemudian masukkan tulang
Masak atau tumis lagi hingga tulang  bertukar warna brown dan airnya kering
Bila air tulang dan kering barulah masukkan air secukupnya.
Biarkan sampai ia mendidih
Kemudian masukkan perut dan bebola daging dan masak lagi hingga bebola daging dan daging empuk serta daging pada tulang lembut
Kemudian, masukkan serai, batang celery, lobak purtih dan daun ketumbar beserta akarnya sekali
Ita hiris-hiris kecil pokok ketumbar tu
Biarmerenih sebentar
Kemudian masukan stock ikan, gula kabung dan kicap masin
Perasakan dengan garam dan gula secdukup rasa ( hati-hati dalam penggunaan garam dan gula kerana kita dah menggunakan kicap masin dan gula kabung )
Biarkan mendidih

Mengikut kata Cikgu Wan, setelah sup kita masak, kita kena tapis asingkan kuah dengan isi
Kemudain asingkan tulang dan bebola daging.
Bahan seperti serai, batang cerery dan lobak kita asingkan
Bila makan nanti kita hanya ambil kuah, , perut, tulang dan bebola daging sahaja
Tapi ita tak tapis, sebab bahan-bahan tu semua ita potong kecil jadi ita makan sekali sedap!


Bila kuah dah siap bagaimana pula cara mee celup di hidangkan
Mee celup menggunakan tiga kombinasi mee iaitu mee halus, mee kuning dan mee tiew. Itulah yang istimewanya mee celup dan bersesuaian namanya mee celup, iaitu semua mee di celup dalam kuah.
Kesemua mee itu ita celurkan terlebih dahulu
Masukkan ketiga-tiga  mee dalam mangkuk
Letakkan taugeh
Letakkan juga daun ketumbar yang di hiris
Ada yang juga meletakkan kangkung atau sawi. Tapi ita tak letak
Masukkan bebola daging
Tambahkan kuah secukupnya
taburkan cili flakes
taburkan juga kacang tanah tumbuk ~ ita tak letak
Dan jangan lupa hirisan limau nipis sebagai penambah perasa
Makan bersama sambal cili atau sambal kicap memang sedap sangat!










Sambal Cencaluk

$
0
0

Bila ingat cencaluk pasti teringat bumi Hang Tuah. Orang Melaka dan cencaluk bagai irama dan lagu.. tak boleh di pisahkan.

Cencaluk ialah sejenis hidangan tradisional Melaka yang popular. Kalau kat Kelantan ada budu, di Perak ada tempoyak di Johor ada belacan. Di Melaka tak kurang hebat dengan cencaluk yang kini bukan sahaja di gemari penduduk tempatan malahan turut di gemari oleh semua lapisan masyarakat.



Cencaluk di perbuat daripada udang halus yang lebih di kenali sebagai udang geragau atau udang pepai di sesetengah tempat. Udang geragau yang sangat sukar di perolehi ini hanya boleh di dapati pada musim-musim tertentu sahaja. Tumpuan utamanya pula di sekitar Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan juga di beberapa kawasan pesisiran pantai Selat Melaka yang lain

Proses membuat cencaluk pula adalah proses penapaian. Udang geragau yang telah di cuci bersih di gaulkan bersama garam yang banyak dan sedikit nasi lalu di peram selama 3 hingga 4 hari, sebelum boleh di makan. Cencaluk bianya di jadikan penyedap menu makan tengahari.
Oleh kerana ianya di perbuat daripada udang, maka cencaluk di katakan mengandungi kandungan protien yang sangat tinggi.


Bila ke Melaka tak sah kalau tak capai sebotol dua cencaluk. Kalau tak makan pun.. sekadar buah tangan untuk jiran tetangga.

Ita memang tak pernah makan cencaluk. Kerana mak ita pun tak pernah menyediakan cencaluk sebagai hidangan kami. Mungkin payah dahulu nak dapat cencaluk kat Johor ni.. tu yang mak tak pernah pun menyediakan untuk kami.

Hari ini ita sediakan sambal cencaluk untuk suami. Teringin katanya nak makan sambal cencaluk. Inilah juga peluang ita untuk merasa makanan ikon orang Melaka ni. Alhamdulillah masih boleh terima lah tekak ita ni.. tapi tak boleh makan banyak kerana rasanya yang agak masin. tapi bila kena dengan cili dan perasan limau tu.. memang sedap.. pulak tu bila di makan bersama nasi hangat.


SAMBAL CENCALUK

1/2 botol cencaluk
7 ulas bawang merah ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
5 biji limau kasturi ~ perah jusnya dan hiris kulitnya nipis-nipis
sedikit nenas ~ di cincang halus
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya

Satukan semua bahan dan gaul rata
Perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hamis cencaluk







Ikan Cencaru Sumbat Sambal

$
0
0

Ikan cencaru adalah spesis ikan yang kulitnya agak tebal. Biasanya ikan ni sedap kalau di bakar. Bapa ita cukup suka kalau ikan caru bakar. Di cicah pula dengan sambal kicap pasti bertambah-tambah ita lihat beliau makan.

Hari ini ita sediakan ikan cencaru sumbat sambal sebagai hidangan makan tengahari kami hari ini. Sedap makan panas-panas di lawankan pula dengan sambal cencaluk ita tadi memang sedap sangat.
Resepi yang mudah dan ringkas tapi cukup enak di makan bersama keluarga.

Resepi ni nak goreng boleh nak bakar pun boleh. sambalnya pula di masak terlebih dahulu, jadi bila kita goreng ikan nanti sambal yang dah masak ni serap dalam isi ikan, memang mengancam habis...




IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
Resepi Oleh : Che Nom

4 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih dan belah belakangnya
sedikit garam
sedikit kunyit
minyak untuk mengoreng

Bahan Sambal di kisar atau di tumbuk

5 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc belacan bakar
1 inc halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai

1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Ikan cencaru, di siang tetapi jangan belah bahagian perut, belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang.
gaulkan dengan garam dan kunyit ketepikan

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering.
Angkat dan sejukkan


Sumbatkan sambal dalam belakang ikan yang telah kita belah tadi.
Sumbat di kedua-dua bahagian belahan

Panaskan sedikit minyak dalam kuali
dan goreng ikan sehingga masak
balik kan ikan supaya masak di kedua-dua bahagian ikan
Sedia di hidangkan





    Petua menghilang pahit peria

    $
    0
    0

    Umum ramai yang mengetahui bahawa peria itu pahit. Rasa pahit peria membuatkan ramai antara kita yang tidak mengemarinya. Kata orang pahit itulah penawar , dan sememangnya peria mempunyai banyak khasiat bukan sahaja sebagai bahan untuk kesihatan malahan peria juga boleh di jadikan hidangan yang cukup enak untuk di nikmati.

    Kebiasannya sayur peria enak di masak lemak cili api di gandingkan bersama udang atau ikan. Ada juga yang mengoreng peria bersama cili dan telur hancur dan sangat enak di makan bersama nasi hangat-hangat. Tak kurang juga yang kreatif , mengoreng peria bersama bancuhan tepung dan di goreng rangup. Ianya boleh di makan begitu sahaja atau di jadikan snack untuk minum petang.

    Namun di sebabkan rasa peria yang pahit, ramai yang mula menghindarinya walaupun tahu khasiat buah peria yang sangat baik untuk kesihatan.

    Di sini ita kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan rasa pahit peria yang boleh di cuba.


    Petua 1

    Sayur peria di belah 2, buang biji tengahnya dan di hiris. Taburkan garam dan gaul rata. Biarkan peria bergaul dengan garam selama 5 minit. Sementara itu bolehlah kita siapkan gulai kita. Bila nak masukkan peria, ambil peria yang kita dah gaul garam tadi, cuci bersih dan bilas dengan air. Toskan dan masukkan dalam gulai lemak tadi. Insyaallah hasilnya peria yang di masak tadi tidak akan terasa pahit bila di makan.

    Petua 2

    Untuk menghilangkan rasa pahit peria, anda boleh juga rendamkan peria dalam air kapur makan atau kapur sireh. Rendamkan peria yang telah di potong dalam air kapur selama 5 minit. Setelah itu cuci dan bilas bersih dengn air, insyaallah peria yang di masak tidak akan pahit.







    Puding Cocoa Puff lembut dan sedap

    $
    0
    0

    Lama dah tak memuding. Semalam terasa macam nak makan puding lah pulak. Tu yang teruslah mencari resepi yang dah lama teringin nak buat tapi tak sempat-sempat nak buat akibat kekangan masa yang cukup-cukup terbatas.

    Resepi puding ni ita ternampak di FB Mufidah. Macam menarik lah pulak! Resepi ini menggunakan biskut Cocoa Puff. Menurut Mufidah resepi ini dikongsikan oleh Sya Qiela. Terima kasih kepada tuan empunya resepi dan terima kasih juga pada Mufidah yang telah memanjang-manjangkan resepi untuk di cuba oleh rakan-rakan yang lain.

    Serius ita katakan puding ini sangat sedap! tak terlalu manis dan lembut aje.. Dah lah sedap cantik pulak tu kejadiannya. Pasti teruja kan kalau nampak puding ni di depan mata. Siapalah yang tak teringin nak merasa.




    Buatnya pun tak lah susah sangat. Cuma kenalah cari biskut cocoa puff tu. Ita minta maaf sebab ita tak sempat nak snap gambar biskut ni.. dah teruja sangat nak mencuba sampai tak ingat nak ambil gambar. Tapi tak pe.. ita cuba dapatkan gambar dari google. Terima kasih pada tuan empunya gambar. Ita ambil sekeping gambar ya untuk tunjukkan pada kawan-kawan yang tak kenal biskut ni lagi.


    Resepi atau adunan yang Mufidah kongsikan ini agak banyak, ita hanya buat 1/2 daripada adunan yang di beri. Sedang elok tingginya dalam loyang 8 x8 inc. Ita juga ada olah sikit resepi mengikut citarasa ita. Kepada yang nak cuba ita kongsikan resepinya di sini. Tapi resepi yang ita kongsikan ini ita buat untuk 1/2 adunan sahaja ya. Kalau nak buat 1 adunan rujuk resepi Mafidah.


    PUDING COCOA PUFF
    Resepi Oleh : Sya Qiela
    Rujukkan : Mufidah

    8 gm agar-agar serbuk
    2 bungkus biskut Cocoa Puff atau secukupnya
    4 cawan air
    1 cawan gula
    1 biji telur
    1/2 cawan susu segar
    1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
    1/2 cawan tepung kastard
    40 gm butter
    1 sudu teh esen vanilla
    1 sudu teh pes pandan
    sedikit pewarna hijau
    secubit garam

    Satukan telur, susu segar, santan pekat dan tepung kastard, pukul dengan wisk hingga bergaul rata. Kalau nak blend pun boleh juga. Ketepikam.
    Dalam periuk, masak agar-agar bersama gula dan air hingga gula larut.
    Masukkan butter dan kacau hingga butter larut
    Kemudian masukkan bahan yang kita kisar tadi ( telur, tepung kastard, susu dan santan ) masak atas api yang sederhana sambil di kacau rata hingga adunan pekat. Tambahkan esen vanilla dan secubit garam. Kacau rata. Bila dah masak , tutup api dan angkat

    Sedikan loyang 8 x 8 inc, bilas dengan air
    Aduan puding tadi bahagi 2 bahagian
    1 bahagian ~ letakkan pes pandan dan pewarna hijau
    1 bahagian ~ biarkan kuning
    * setiap bahagian yang dah kita bahagikan tadi bahagikan pula kepada 3 bahagian setiap satu

    Tuangkan 1 lapisan warna kuning dahulu dalam loyang, ratakan
    Kemudian susukan biskut cocoa puff di atasnya
    Biarkan puding mengeras sebentar. Untuk cepat masukkan dalam peti ais
    Kemudian tuang pula warna hijau dan susun biskut di atasnya
    Ulang langkah yang sama hingga habis
    Sejukkan dalam peti ais
    Bila dah keras bolehlah di potong dan di hidangkan






    A&W Folat sedapnya..

    $
    0
    0

    Ita suka sangat A&W Float ni.. tapi sekarang tak boleh minum selalu kerana kandungan gulanya yang tinggi bertambah-tambah lagi di letakkan pula ice cream di atasnya.
    Biasa kalau jual kat A&W tu mahal lah kan.. jadi kalau buat sendiri puas hati, boleh letak ice cream banyak-banyak. Beli sebotol A&W dah boleh makan kenduri anak beranak

    A&W ni buatnya tak susah mana.. tak ada resepi pun. Janji ada air A&W dan ada ice cream vanilla dah jadi dah A&W float yang sedap!

    Jom kita buat..


    Mula-mula masukkan ais dalam gelas. Terpulanglah nak banyak mana ice. Ita tak suka ice banyak jadi letak sikit aje..


    Lepas tu tuanglah air A&W dalam gelas yang ada ice tadi. Sebab ita tak letak ais banyak, air A&W tu ita letak dalam peti ais bagi dia sejuk dulu. Kalau kat A&W dengan gelas-gelas sekali dia masuk dalam peti ais, supaya ais cream tu tak cepat cair.


    Masa yang di tunggu-tunggu.... Letakkan ais cream vanilla. Terpulang lah nak letak berapa scope. Kalau suka banyak boleh letak banyak-banyak.. Ita letak 2 scope aje.. tak boleh banyak sangat nanti hilang rasa air tu pulak!


    Lepas tu letaklah straw kalau nak letak sudu pun boleh sebab nanti mudah nak makan ice cream tu..


    Apa tunggu lagi... tak kan nak tengok aje.. jemputlah minum... Slurpppp..... brupppp... ahh..





    Peria Katak Masak Lemak Udang

    $
    0
    0

    Ramai yang kurang gemar untuk makan peria kerana takut akan pahitnya. Bukankah pahit itu adalah penawar malah dapat menyembuhkan. Peria di katakan mempunyai banyak khasiat dan salah satunya adalah bagi mereka yang mempunyai gula yang tinggi dalam darah.

    Peria katak ni sangat sedap bila sudah menjadi hidangan. Bila makan dah tak terasa dah pahitnya peria. Untuk mengetahui kaedah mengghilangkan pahit peria boleh rujuk di SINI

    Selain masak lemak, macam-macam masakkan lagi kita boleh masak dengan peria ni.. boleh goreng mahupun di celup dengan tepung. tapi ita lebih suka masak lemak, sedap sangat makan pula dengan nasi panas, ada ikan goreng dan sambal belacan pergh.. memang terangkat!





    PERIA KATAK MASAK LEMAK UDANG

    5 biji peria katak ~ belah 2 , buang bijinya dan hiris 1/2 inc, gaul garam ketepikan
    8 ekor udang ~ buang kepala kalau nak bunag kulit pun boleh
    1 batang serai ~ di titik
    1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
    5 biji cili padi merah ~ untuk hiasan


    Bahan Kisar
    5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inc halia
    10 biji cili padi hijau ~ ikut kepedasan
    1 inc kunyit hidup

    Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
    Masukkan udang dan masak, jika kering tambah sedikit air
    masukkan santan dan perasakan dengan garam
    Akhir sekali peria yang kita dan gaul garam di cuci dengan air dan bilas bersih, toskan
    Masukkan peria yang dah di cuci bersih
    Masukkan juga cili padi untuk hiasan
    Biar merenih sekejap tutup api dan hidangkan






    Fizzi Drink

    $
    0
    0

    Panas betul cuaca hari ini kan.. bertambah lagi dengan jerebu yang telah bermaharajalela semula..
    Bila cuaca panas memang tekak ni nak pekena air yang sejuk-sejuk aje..

    Sebenarnya ita ni tak di galakkan minum ais lagi dah.. tapi kadang kalau cuaca dah panas membahang, mana boleh tahan lagi.. .. memang tak tahan.. mesti nak cari air sejuk jugak.

    Cuaca yang berjerebu dan panas sering kali menyebabkan ita sakit kepala. Ini dah berapa hari sakit kepala, berdenyut-denyut aje.. Tapi saje aje kuatkan diri.. malas nak layan sangat walaupun sesekali badan terasa melayang-layang di buatnya..

    Hari ini ita sediakan air Fizzi. Air ni mudah aje buatnya. Resepi ini ita ambil dari group Resepi Kek dan Biskut Raya. Resepi asal di kongsikan oleh kak Kida Terima kasih kongsikan resepi ni.. sedap juga. Tahu tak sebenarnya ita tak suka minum Rabena, tapi bila Rabena ni campur dengan air Sprite rasa sedap lah pulak! Habis jugak segelas ita minum.


    FIZZI DRINK
    Resepi Oleh : Kak Kida
    Rujukkan Oleh : Resepi Kek dan Biskut Raya

    Ais kisar secukupnya ~ ita guna ais aje
    Buah Laici secukupnya ~ ita tak letak
    Air Sprite secukupnya
    Air Ribena secukupnya

    Masukkan ketulan ais atau ais yang telah di kisar ke dalam gelas. Kemudian letakkan beberapa biji laici. Tuangkan air Sprite dan sedikit Ribena sebagai penyeri warna
    Sedia di hidangkan






    Mee Hon Goreng Tom yum

    $
    0
    0

    Selalu ita goreng mee hoon biasa aje.. kali ni nak cuba pula mee hoon goreng tom yum yang di kongsikan oleh Zalinah.
    Rumah ita ni kalau mee hoon goreng ni kurang sikit. Anak-anak suka mee kuning dari mee halus. Kalau mee halus ni ita sorang aje yang suka. Tu yang kadang malas nak sediakan mee hoon goreng. Kalau mee hoon sup mereka makan lah pulak.. macam-macam kan citarasa masing-masing.

    Kerana ita suka mee hoon dan dah lama nak cuba mee hoon goreng tom yum, ita pun masak ajelah.. hihi hari ni ikut citarasa ita pulak! selalu kita ikut selera orang.
    Tak sangka pulak habis jugak sekuali ita masak. wah! sedaplah tu..



    Memang sedap mee hoon tom yum ni.. rasanya lainlah sikit dari mee hon biasa, sebab terasa tom yum dan daun limau purut tu yang buatkan rasa dan aromanya sungguh memikat selera. Memasaknya pun mudah dan ringkas. Sesuailah untuk hidangan keluarga, tak kiralah untuk sarapan pagi, makan malam mahupun untuk di bawa jika pergi berkelah.. memang sesuai sangat


    MEE HOON GORENG TOM TUM
    Resepi Oleh : Zalinah Basir

    1 bungkus mee hoon
    20 ekor udang
    5 ekor sotong ~ di potong
    1 cawan isi ayam ~ ita ganti daging
    2 sudu makan sos cili
    4 sudu besar pes tom yum
    4 helai daun limau purut ~ di hiris halus
    Kobis ~ potong halus
    Lobak Merah ~ potong panjang ~ ita ganti taugeh
    daun saderi ~ di hiris
    Limau kasturi

    Bahan Kisar / Tumbuk

    6 ulas bawang merah
    5 ulas bawang putih
    2 sudu makan udang kering ~ rendam sebentar dan cuci
    3 sudu besar cili kisar ~ jika suka pedas lebihkan
    2 batang serai ~ dihiris  halus

    Mee di rendam hingga lembut dan toskan airnya
    Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi
    Kemudian masukkan udang kering dan cili kisar, kacau rata
    Masukkan sos dan pes tom yum
    Kemudian masukkan ayam / daging, sotong dan udang dan masak hingga daging empuk
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
    Jika terllau kering tambahkan sedikit air
    Masukkan mee hoon dan kacau rata
    Akhir sekali masukkan kobis, karot, daun limau purut dan gaul sebati

    Setelah masak angkat dan hidang kan bersama perahan limau kasturi





    Bingka Ubi lembut dan sedap

    $
    0
    0

    Minum petang ita hari ini dengan bingka ubi. Dah lama nak buat bingka ubi.. bila nampak Yatie buat hari tu.. terus tergoda. Kebetulan baki ubi yang ita buat belebat ubi hari tu masih ada. jadi tak tunggu lagi terus godek-godek di dapur. Resepi pulak tu cukup mudah dan simple. Humban semua dah siap sebiji kuih untuk hidangan minum petang.

    Ita memang cukup suka dengan bingka ubi. Lebih lagi kalau ada kerak-kerak dia tu.. kerak tu yang sedap sangat.. Emak ita dulu selalu buat bingka ubi. Tapi biasanya emak menggunakan gula merah atau gula Melaka. Bingka ubi  dari Kak Ann ini pula menggunakan gula pasir. lagi senang tak payah nak masak gula.




    Sedap bingka ubi kak Ann ni.. lembut aje.. Tapi ita lebihkan sikit gula.. sebab ita tahu kawan-kawan yang kongsi resepi semuanya gula secukup rasa aje.. sedangkan ita kalau kuih lama ni ita suka yang manis-manis.. Tapi kalau anda tak suka manis., ikut aje sukatan yang dah kak ann berikan.. hasilnya pasti yang terbaik

    Terima kasih pada Kak Ann yang sudi kongsikan resepi yang sedap ni. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang panjang-panjang kan resepi ini. Oh ya sebelum tu nak minta maaf sebab ita tak dapat nak letak link blog kak Ann  dan Yatie, sebab ita rasa kedua-dua blog ini ada problem lah linknya. Atau ita aje yang tak dapat bukak link tu.. nanti kalau boleh bukak ita letakkan linknya ya.


    BINGKA UBI
    Resepi Oleh : Kak Ann Periuk Tanah
    Rujukkan : Yatie

    Bahan-bahan: 
    • 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
    • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
    • 1 cawan gula pasir ~ ita lebihkan sikit gula
    • 1/2 sudu teh garam
    • sedikit pewarna kuning
    Cara membuatnya:
    1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan. * kalau guna loyang 8x8 pun ok.
    2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

    Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung... 

    Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan 






    Jus Lobak Putih

    $
    0
    0

    Selalu ita kongsikan minuman atau jus yang sedap-sedap.. hari ini ita kongsikan jus yang tak sedap! kenapa ita katakan jus ni tak sedap.. sebab inikan jus ubat.. kata orang kalau ubat manalah ada yang sedap..

    Hari ini ita kenalkan dengan jus lobak putih. Biasa kita minum jus lobak merah kan.. yang tu tak pe... sedap lebih-lebih lagi jus lobak merah susu. .. sedapnyaaa...
    Tapi kali ni jus lobak putih.. terus terang ita katakan ita tak boleh minum.. baunya aje dah tak boleh nak telan.. huhu

    Kenapa buat kalau tak boleh minum kan..?

    Menurut pembacaan ita, Lobak putih di katakan mengandungi khasiat yang tinggi dan sering di kaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Jus Lobak Putih pula di katakan mampu memulihkan rasa sendat, buang angin dan mampu mengubati jangkitan pada hempedu

    Selain itu lobak putih juga di katakan baik di makan oleh mereka yang mengidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selsema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.

    Rujukkan : Bicara Tumbuhan


    Kebiasannya lobak putih amat di gemari oleh orang Cina, dan sering di gunakan dalam masakkan mereka.Kebiasannya mereka menyediakan sup menggunakan lobak putih.

    Ada yang menyatakan meminum jus lobak putih dapat mengurangkan masalah sakit batu karang. Namun tiada kajian yang sahih tentang kebenarannya.
    Anda boleh rujuk di SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat Jus Lobak Putih


    JUS LOBAK PUTIH

    1/2 biji lobak putih
    1 gelas air masak

    Satukan dan kisar dalam blender
    Kemudian di tapis
    Anda boleh tambahkan madu dan perahan lemon untuk diminum Rujukkan : Amie's
    Ita tak letak madu dan lemon sebab suami ita yang minum jus ni.. hihi dia tak nak letak.

    Minum jus ini 2 kali sehari pagi dan petang untuk kesihatan







    Nasi Goreng Kampung

    $
    0
    0

    Biasanya kalau ada nasi berbaki dalam periuk ita akan sediakan nasi goreng. Sayang nak buang nasi tu.. Tapi kalau tak ada baki nasi dan teringin nak makan nasi goreng , ita tanaklah sekejap nasi, masak keras sikit untuk buat nasi goreng.

    Nasi goreng kampung ni kesukaan ramai, tidak mengira bangsa di Malaysia. Rata-rata menyukai keranan rasanya yang enakl, penyediaannya yang ringkas dan cepat di samping mengenyangkan. Berbeza dengan nasi goreng yang lain, nasi goreng kampung lebih pedas di hidangkan bersama sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.




    NASI GORENG KAMPUNG

    3 cawan nasi sejuk ~ di peroikan
    1/2 ikat kangkung ~ di potong dan cuci bersih
    1/2 cawan ikan bilis ~ di goreng garing
    garam secukup rasa

    Bahan Tumbuk

    7 biji cili padi ~ lebih atau kurang ikut kepedasan masing-masing
    7 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    2 sudu ikan bilis

    Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk. Bahan ini sebaiknya di tumbuk ya, sebab kita tak nak ia banyak air sebaiknya kering. Kalau tak nak tumbuk, boleh kisar tapi kisar kering.
    Tumis hingga harum, jika terlau kering tambahkan sedikit aje air.
    Perasakan dengan garam secukup rasa
    Masukkan sayur kangkung dan gaul rata
    Masukkan nasi dan gaul rata
    Boleh tambahkan kicap manis jika suka
    Bila dah siap tutup api
    Baru masukkan ikan bilis dan gaul rata
    Hidangkan nasi goreng kampung bersama sambal belacan, kerupuk dan ulam-ulaman






    Pucuk Keledek Tumis Pedas

    $
    0
    0

    Entah mengapa minggu ni tekak kami sekeluarga sukakan makanan kampung. Suami pula sering menyebut antara masakkan kampung yang di sukainya. Masakkan kampung bukannya mudah nak dapat.. kadang ada, kadang tak ada.. Kalau ada pun kena cari di Pasar Besar Larkin atau pun kena tunggu hujung minggu di Pasar Tani.




    Bila ita terjumpa pucuk keledek, masa singgah di Pasar Besar Larkin tempoh hari. Ita terus capai secekak. Tak pernah lagi ita masak pucuk keledek. Seingat ita masa kecik dulu pernahlah mak masak.. Masa tu di hadapan rumah ita ada pekebun cina yang menanam keledek. Jadi hari-hari mak masak pucuk keledek. Kadang di masak lemak, kadang di goreng.. ada masa di buat tumis air. Sesekali makan dengan ikan kering dan sambal belacan pun dah terasa cukup berselera sekali.

    Anak-anak sekarang payah nak makan masakkan kampung. Mereka lagi gemar masakkan moden, semuanya adalah kerana para ibu tak biasakan anak-anak makan masakan kampung. Sebenarnya masakkan kampuglah sedap! kalau di beri pilihan, pastinya masakkan kampung yang menjadi idaman hati.


    Ita cukup bertuah kerana anak-anak ita walaupun di besarkan di tengah bandar, bersekolah di kelilingi anak-anak metropolitan.. namun mereka masih lagi boleh menerima masakkan kampung. Malahan sambal belacan dan ulam-ulaman juga antara yang di minati anak-anak. Jadi tak sukar bagi ita untuk memperkenalkan masakkan kampung kepada anak-anak. kadang mereka pula yang lebih sudu daripada kuah..


    PUCUK KELEDEK TUMIS PEDAS

    1 ikat Pucuk keledek ~ di potong dan cuci bersih

    Bahan Tumbuk

    10 tangkai cili api
    6 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inc belacan

    Panaskan minyak  dalam kuali
    Tumiskan bahan tumbuk hingga harum
    Tambahkan sedikit air dan biarkan merenih sebentar
    Masukkan pucuk keledek
    Masak hingga puyuk keledek layur
    Perasakan dengan garam secukup rasa
    Setelah masak angkat dan hidangkan



    Ikan Rebus Sambal Budu

    $
    0
    0

    Ita mencari resepi sambal budu yang sedap!. Kebetulan kata suami dah lama tak makan budu dan ikan tongkol. Bila pergi pasar ita beli 2 ekor ikan tongkol yang sederhana besar. Cukuplah untuk suami ita sorang. Ita tak makan ikan tongkol. Melihat suami makan dengan berselera pun dah buatkan ita terasa kenyang..

    Bertambah-tambah suami makan hari ni.. katanya lamanya lah.. tak makan budu.. lawan pula dengan ikan tongkol yang menjadi kesukaan beliau.

    Resepi ni ita ambil dari dapur Mat. Kata suami ita sedap sangat.. Macam ni boleh buat selalu lah kan.. Cara buatnya pun tak susah sangat. Ita rebus sekali 2 ekor ikan tongkol tu. Seekor lagi akan di buat gulai esok.


    IKAN REBUS SAMBAL BUDU
    Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

    1 ekor ikan japanese mackerel, dikerat 4, ikut saiz ikan
    1/2 inci halia, hiris
    3 ulas bawang putih, dititik
    1 keping asam gelugor
    Sedikit garam
    Air secukupnya

    Bahan Sambal

    20 biji cili padi merah siam
    2 biji bawang merah
    1 inci belacan
    Gula secukup rasa
    1/3 cawan jus asam jawa
    4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
    1/2 cawan "BUDU"
    Hirisan bawang besar, untuk hiasan


    UNTUK IKAN REBUS 
    Masukkan semua bahan kecuali bawang untuk hiasan, ke dalam periuk bersama ikan, tuang air secukupnya dan letak sedikit garam. Didihkan dan biar hingga ikan masak. Matikan api. Biar kan sekejap.

    UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU 
    Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat. Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi. Tambah gula sebagai pengimbang rasa. Jika ok boleh hidangkan bersama ikan.

    PENYEDIAAN 
    Toskan ikan, letak dalam bekas sesuai, curah sedikit sambal air asam budu atasnya, tabur hirisan bawag besar dan hidangkan bersama nasi panas


    Sambal Kerang Bakar

    $
    0
    0

    Ita suka sangat makan kerang bakar. Biasanya dulu.. ita akan pergi makan semingu sekali di restoran Singgah Selalu di hadapan Danga Bay. Tapi sekarang dah lama ita tak pergi sana. Makanan di restoran tersebut semakin hari semakin mahal. Baru-baru ni ita pergilah makan kat sana setelah lama tak berkunjung ke sana. Seperti biasa kami akan oder makanan yang kami suka. Tapi kerang bakar yang ita pesan dah tak sama macam kerang bakar yang ita makan dahulu. Mungkin dah tukar tukang masak agaknya.



    Kerana kecewa dengan makanan yang di pesan.. Ita pun berkira-kira nak buat sendiri kerang bakar. Bukan susah sangat kan nak buat dia.. Saja kadang  bila penyakit malas tu dah mula singgah.. tu yang mood nak masak semua ke laut..

    Masak sendiri puas hati.. boleh makan banyak mana nak makan.. harga pun bukanlah mahal sangat seperti makan di restoran. Lebih afdal kerana makanan tu kita masak sendiri dengan penuh kasih sayang.. di iringi doa.. dan sentiasa pastikan kerbersihan terpelihara. Apa tunggu lagi.. Jom masak!


    SAMBAL KERANG BAKAR

    1 kg kerang
    ~ berus kulit kerang bersih-bersih, kemudian cuci
    ~ Rebus kerang dengan 1 batang serai di ketuk dan sedikit garam
    ~ rebus sampai kulitnya terbuka, tandanya dah masak lah kerang tu

    Bahan Sambal ~ dikisar

    15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan cuci bersih
    7 ulas bawang merah
    5 ulas bawang putih
    1 inc belacan bakar

    sedikit air asam jawa
    garam dan gula zsecukup rasa
    Daun pisang secukupnya

    Panaskan minyak, dalam kuali dan tumiskan bahan kisar ~ lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan
    Tumis hingga garing, harum dan terbit minyak
    Kemudian masukkan air asam
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
    Masak hingga sambal kering

    Kemudian masukkan kerang yang telah di rebus, gaul rata-rata
    Tutu api dan angkat

    Sediakan dulang pembakar
    lapik dulang dengan daun pisang
    tuangkan kerang tadi di atas daun pisang
    Masukan dalam oven dan bakar pada suhu 200 C selama 15 minit ~ 20 mint
    Angkat dan hidangkan




    Volkswagen Van Cake

    $
    0
    0

    Hari ni ita terima lagi tempahan kek 3D untuk van Volkswagen. Kebetulan ita memang minat kereta antik. Kek ni saiznya 10 X 6 inc. Dalamnya adalah kek Devil's Food Choc cake. Kek di salut keseluruhannya dengan fondant.

    Kerana kek ini untuk birthday Nazeer yang menyambut ulang tahun nya yang ke 5. Mamanya minta ita letakkan satu figurine super heroes kesukaan Nazeer.

    Happy birthday untuk Nazeer dan terima kasih kepada mama Nazeer yang sudi tempah kek dengan ita.

    Kepada yang nak membuat tempahan bolehlah wassap 017 7279179. Jangan email ita untuk tempahanya.. email ita tu selalu problem dan susah nak buka.









    Viewing all 843 articles
    Browse latest View live