Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Ice Lemon Tea

$
0
0

Cuaca di luar semakin hangat...
Bertambah pula dengan jerebu yang semakin hari semakin buruk. Sudah 2 hari anak-anak tidak ke sekolah. Sekolah di tutup 2 hari akibat index pencemaran udara berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Kesian anak-anak sekarang.. terkurung aje.. tak bebas bermain seperti zaman kanak-kanak kita dahulu.
Terbaca post yang di kongsikan rakan-rakan

' Sesiapa yang lahir tahun 50 an, 60 an, 70 an, dan 80 an
Kita adalah generasi yang terakhir bermain di jalanan. Kita generasi terakhir bermain permainan video, yang terakhir merakam lagu dari radiao ke kaset. Kita yang mula belajar menggunakan VCR sebelum orang lain. Kita belajar Atari ke Nitendo.

Kita juga adalah generasi Tom n Jerry dan Looney Toons. Kita hidup tanpa telefon bimbit.
Kita tidak punyai TV flat screen , ipod, fb tweeter dan istagram
Walaubagaimanapun.. kita melaluinya dengan hebat..! '



Betul kan.. kata orang barang yang lepas jangan di kenang...
Tapi keistimewaannya tetap terpahat..
kita beruntung kerana dapat melalui dan merasaainya ..
Anak-anak lepas Merdeka cukup beruntung.. dari hitam putih ke warna.. siapa yang dapat melaluinya peralian zaman ini..

Anak-anak sekarang anak-anak kurungan
Pergi dan balik sekolah berhantar.. Hingga tusyen pun mak ayah panggil cikgu datang mengajar di rumah..
Bermain hanya dengan ipod, komputer dan gaget handphone..
Hidup hanya terkurung..
Bila jerebu lagi lah terkurung..
Sian anak-anak ku...


Bila cuaca hangat kita sediakan ice lemon tea untuk anak-anak kurungan..
Biar sejuk dan nyaman tekak mereka..
Biar hilang dahaga.. selepas seharian jari lenguh menekan kekunci komputer...

ICE LEMON TEA

1 uncang tea
Air panas secukupnya
Gula secukupnya
1 biji lemon ambil jusnya
1 biji lagi di hiris
ais secukupnya

Sediakan air tea seperti biasa
Perahkan jus lemon
Letakkan hirisan lemon dan kiub ais
Sedia di nikmati







Blueberry Slice Cake

$
0
0



Dah lama tak makan kek bluberry, maka hari ini merajinkan diri membuat kek kesukaan ita ni. 
Sedapnya lah dapat menikmati kek ni.. lama tak buat ni.. nampak ada bluberry compote yang berbaki dalam peti ais, terus ita terfikir nak buat kek slice ni. Bluberry ni tak boleh simpan lama setelah di buka tinnya. Nanti dia berkulat dah rugi pulak.. harga pun bukan murah kan.. Dapat juga ita sediakan kek kesukaan ita ni dan dapat buat minum petang kami hari ini.



Bila kita selalu buat kek, nak makan kek ni rasa macam dah tak lalu aje.. maklumlah hari-hari dok mengadap kek aje kan... tapi sesekali bila tekak ni teringin , terpaksa lah juga merajinkan diri..

Kek slice ni mudah untuk di sedaikan, cuma agak rumit sikit sebab banyak bahagian yang kita perlu sediakan. Tapi ianya sangat sedap dan sesuai untuk hidangan tetamu. Kalau nak buat hidangan majlis jamuan pun sesuai sangat. 

Kek ni boleh di potong kecil-kecil mudah lah tetamu nak menikmatinya nanti. Kalau nak buat jual pun boleh sangat ni.. cuma pandai-pandai lah letak harga sesuai dengan bahan yang di gunakan.

 

BLUEBERRY SLICE CAKE

Mula-mula sediakan 2 keping kek span empat segi  bersaiz 10 X 10 inc
Anda boleh guna kedua-duanya  kek span coklat atau kek span vanilla, atau anda boleh ikut macam ita buat 1 keping kek span vanilla dan 1 keping kek span coklat.
Untuk resepi kek span coklat anda boleh rujuk di SINI
Dan untuk resepi kek span vanilla anda boleh rujuk di SINI

Krim Bluberry

2 biji kuning telur
40 gm gula icing
100 gm bluberry compote
12 gm gelatin halal
35 ml air
150 gm yogurt perisa bluberry atau plane pun boleh
180 gm krim bukan tenusu

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia melarut ~ ketepikan
Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim
Masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sebati
Masukkan yogurt dan blueberry filling dan kacau rata
Dalam bekas berasingan , putar krim bukan tenusu hingga kental
satukan krim bukan tenusu dalam adunan bluberry dan kaup balik rata

Blueberry Jelly

1/2 tin blueberry compote
6 gm gelatin
35 ml air

Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang
Panaskan gelatin secara kukusan hingga ia mencair
Lenyekkan sedikit bluberry compote
Dalam periuk kecil masak blueberry compote, kalau terlalu pekat tanmbahkan sedikit air
Tuangkan gelatin dan kacau rata

Kaedah Penyediaan

* untuk membuat kek ini sebaiknya anda mempunyai ring 4 segi 10 X 10 inc intuk memudahkan mencurahkan jelly supaya jelly tidak meleleh

Letakkan sekeping kek span coklat
Ratakan atau paipkan krim blueberry di atasnya dan ratakan
Letakkan pula sekeping kek span vanilla
Letakkan juga krim bluberri dan ratakan
Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam  hingga krim mengeras

Sementara tunggu krim keras barulah kita sediakan Blueberry Jelly

Bila krim dah keras tuangkan jelly di atasnya
Simpan dalam peti ais semula hingga mengeras








Ketam Masak Lemak Keledek Oren

$
0
0

Hari ni masak yang simple-simple aje.. sebab petang ni dah nak mula siapkan tempahan customer. Sekarang ita dah tak ambil banyak tempahan, ambil pun hanya untuk hujung minggu sahaja. Rasanya dah mula letih.. nak beri tumpuan lebih pada keluarga dan blog ita yang dah lama ita tinggalkan dulu..

Buat kek ni sebenarnya penat tau.. badan pun letih sebab kita tak dapat tidur yang cukup. Lagi pulak ita ni kerap kena darah rendah, bila kurang tidur mulalah migranie ita datang.. kejap nak pengsan.. Bertambah teruk bila cuaca yang berjerebu.. selalu aje sakit dada dan sesak nafas.

Hari ita beli ketam, beli tak banyak cukup untuk sekali makan aje.. Jadilah buat anak-anak nak merasa. Dalili yang suka sangat kalau ita masak ketam. Tapi kadang kalau cari ketam di pasar jarang ada yang besar dan betina. Banyak yang orang dah borong. Ada kalanya tuan kedai tu sampai asingkan.. yang jantan dan betina harga lain-lain dan pastinya yang betina lebih mahal.



Bila nampak ada yang molek  sikit ketam ni, ita tak lepaskan peluang untuk membeli. Jadilah sesekali merasa.

Kali ni ita masak lemak cili api, lauk kesukaan suami. tapi ita tambahkan leledek sikit supaya kuahnya pekat dan manis-manis leledek lemaknya. Berselera sekali kami menikmati hidanga di lawankan pula dengan sambal belacan dan ikan kembung goreng lagi lah bewrtambah-tambah nasi di pinggan.


KETAM MASAK LEMAK KELEDEK OREN

3 ekor ketam bunga ~ di bersihkan dan potong 2
Keledek oren ~ di potong dadu besar
1 helai daun kunyit ~ buang urat tengah dan di siat-siat
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
2 keping asam keping
1 batang serai ~ di titik

 Bahan Kisar

10 batang cili padi
2 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc belacan

Ketam di cuci bersih. Sepitnya di ketuk sedikit
Masukkan ketam ke dalam periuk
Masukkan bahan kisar, serai dan air
Masak hingga mendidih
Masukkan keledek, santan dan daun kunyit
Biar merenih hingga keledek empuk sambil sentiasa di kacau perlahan
Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukup rasa
Biar kuah didih baru matikan api
Sedia di hidangkan


Milo Ice Tabur kesukaan saya

$
0
0

Malam-malam hari masih lagi mencari Milo Ice tabur. Minuman favourite ita ni setiap kali ita minum di kedai mamak selain barli panas yang menjadi pesanan ita.

Minum air Milo tabur ni ita kena guna straw kalau tak selalu sahaja tersedak. Ita ni cerewet sikit.. Kadang tak pernah dapat milo yang menepati citarasa. Ita suka kalau dapat milonya pekat dan manis, kena dengan ice aduh.. sedapnya dan lega rasanya.

Malam ni ita kongsikan minuman kesukaan ita ni. Memang dari kecik suka minum Milo tak kira panas atau dingin. Hingga anak-anak dan suami dah tahu dah apa yang akan ita pesan bila makan di luar.



MILO ICE TABUR

3 sudu besar MILO
susu pekat manis secukupnya ~ manis ikut selera masing-masing
Air panas
Ice
1 sudu besar Milo lagi untuk tabur

Sediakan air Milo seperti biasa mengikut selera dan citarasa anda. Bisa ita suka bubuh milo lebih sikit. Kalau letak ice susu pun ita lebihkan biar manis sikit, nanti kita nak letak ice kan. Kacau rata.
Letakkan ice secukupnya
Akhir sekali taburkan milo di atasnya
Sedia di nikmati





Daging Goreng Kunyit Kelantan

$
0
0

Daging goreng kunyit ni cukup popular di Kelantan. Ia adalah makanan yang paling di sukai dan yang paling mudah penyediaannya. Ita cukup suka kalau mak mertua ita masakkan daging goreng kunyit. Dan pertama kali ita makan daging goreng kunyit setelah ita berkahwin dengan suami ita yang kebetulan adalah orang Kelantan. Dari situlah ita banyak belajar masakkan Kelantan dari ibu mertua.

Boleh ita katakan makanan Kelantan cukup mudah penyediaannya dan cukup ringkas. Walaupun ringkas,  rasanya memang tetap  sedap! bak kata orang putih les is more..  dan daging goreng kunyit ini adalah salah satu resepi ibu mertua yang paling ita suka.



Hari ini ita kongsikan daging goreng kunyit Kelantan style. Tapi bukan resepi ibu mertua ita. Tapi cara penyediaannya sama sahaja seperti yang ibu mertua ita selalu sediakan. Kali ini ita ambil dari Ena Abdullah. Sedap tau! daging dia lembut aje.. sama macam mak mertua ita masak.. suami ita pun kata sedap.. lulus katanya.. dapat 5 bintang lagi.. ^_^


DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN
Rujukkan : Ena Abdullah

600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup ~  tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas
Cili merah ~ hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!






Ayam Goreng Bumbu Lengkuas

$
0
0

Resepi ini saya ambil dari Resep Masakkan ku. com. Resepi dari jiran seberang Indonesia. Saya sebenarnya cukup suka mencuba resepi dari Indonesia. Resepi dari sana kebanyakkannya menepati selera saya dan keluarga kerana resepinaya penuh dengan rempah ratus. Kami sekeluarga memang suka masakan yang berempah. Rempah tu kalau dalam bahasa Indonesia maksudnya bumbu. Kerana itu namanya Ayam Goreng Bumbu Lengkuas. Kalau di Malaysiakan jadilah Ayam Goreng Berempah Lengkuas.



Resepi ni sedap tau! keruk-keruk rempahnya tu yang sedap. Walaupun namanya bumbu lengkuas tapi rasa lengkuasnya tu tak lah kuat sangat kerana tak banyak sangat lengkuas di letakkan dalam resepi ni sebenarnya. Tapi jarang kita gunakan lengkuas dalam gorengan ayam, itulah bila di gunakan nama lengkuas itu di letakkan sebagai membezakan resepi ini dari yang lain-lain.

Dalililah yang paling suka. Dia dok meratah keriuk-keriuk rempah yang di goreng, katanya "sedap mak! nanti buat lagi eh.. buat banyak sikit keriuk-keriuk tu.."
Seronok memasak bila anak-anak suka.


AYAM GORENG BUMBU LENGKUAS
Resepi Oleh : Resep Masakkanku. Com

1 ekor ayam ~ di potong 8 cuci bersih

Bahan Kisar

1 batang serai
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
1 cm lenkuas
1 sudu teh garam
air secukupnya

Lumurkan ayam bersama bahan kisar dan perap sebentar
Masukkan ayam dalam periuk dan masak
Tambahkan sedikit air dan masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat serta kering
Padamkan api.

Dalam kuali panaskan minyak
Goreng ayam tadi hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit
Baki rempah yang di masak tadi di goreng dengan baki minyak yang sedikit tadi hingga garing
Angkat dan taburkan atas ayam
Sedia di hidangkan







Masak Lemak Pucuk manis Dengan Keledek Oren

$
0
0

Masak lemak pucuk manis atas permintaan anak bujang ita Azrul yang suka sangat lauk kampung ni. Kat pasar rumah ita ni kadang ada jual kadang tak ada. Malas nak ke pasar Larkin yang jauhnya lah dari rumah. Bukan apa malas nak bersesak-sesak dengan orang yang nak pergi ke tempat kerja di awal pagi. Kalau pergi pasar Larkin kena pergi awal pagi.. kalau lewat banyak barang yang dah habis.

Jenuh jugak lah mencari,. sayur kampung bukan mudah nak dapat kalau kat bandar ni.. Bila jumpa.. ni memang tak lepas lah.. terus sambar 2 cekak. Satu cekak mesti tak cukup.. kalau masak dapat sikit aje sayurnya nanti.



Biasa ita kalau masak pucuk manis ita suka letak kacang hijau, seperti yang mak ita selalu sediakan. Hari ni kacang hijau lupa lah pulak nak beli.. ingat ada lagi dalam stock.. sekali tengok botol dah habis dah.. lupa dah buat bubur hari tu.. Nak keluar semula malas sungguh lah.. nak mengadap jerebu lagi.. tak payah letak lah.. sedap jugak kalau tak letak.. tapi dah biasa letak pastilah ada rasa kekurangan sana sikit situ sikit..

Tapi tak pe.. janji dah dapat tunaikan permintaan anak bujang ita ni.. berselera nampak dia makan..
 " mak esok masak lagi dengan labu pulak.. mesti lagi sedap!"


MASAK LEMAK PUCUK MANIS DENGAN KELEDEK OREN

Sayur pucuk manis secukupnya ~ ambil daunnya sahaja cuci bersih
1 batang serai di ketuk
1/4 cawan kacang hijau ~ di rebus hingga empuk ( optional )
2 biji keledek oren atau unggu ~ buang kulit dan potong dadu sederhana besar
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 batang lada merah ~ di hiris
garam secukup rasa 

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
2 sudu besar ikan bilis

Kacang hijau di rebus dahulu hingga empuk, angkat dan toskan
Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum
Masukkan santan cair dan keledek , masak lagi hingga keledek empuk
Pucuk manis di ramas sedikit dan masukkan dalam periuk
Masukkan juga kacang hijau.
Masukkan santan pekat dan senantisa di kacau supaya santan tak pecah 
Perasakan dengan garam
Taburkan cili dan sedia di hidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan.





Honeydew Milkshake

$
0
0

Panas pulak cuaca hari ni.. setelah beberapa hari hujan. Bila beberapa hari hujan, kuranglah sikit jerebu. Barulah boleh nampak mentari menyinar. Harap-harap masalah jerebu segera berakhir. Kesian kat kanak-kanak yang bersekolah dan mereka yang berkerja di luar..

Sebenarnya masalah jerebu ni bukan sahaja menjejaskan urusan seharian kita.. tapi juga menyebabkan para peniaga kehilangan pelanggan dan sumber pendapatan. Baru-baru ini ita adalah tanya dengan seorang pak cik ni.. macam mana peniagaan dia sekarang. Pak cik ni dia jual nasi, mee, rojak dan air. Katanya bila jerebu melanda negara, lagilah perniagaannya merosot.. orang pun tak datang makan. Itu yang menyebabkan dia terpaksa tutup perniagaannya buat sementara. Kesian kan.. dah lah kita berhadapan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi.. bertambah pula bila terpaksa berhadapan dengan masalah jerebu.. Harap-harap lah masalah ini segera berakhir.



Kita lupakan sejenak kisah pak cik tu.. Ni kita cerita pasal Honey dew Milkshake. Air honey dew atau jus tembikai susu adalah kesukaan anak ita Azrul. Ita pula tak berapa suka sangat.. kerana ita rasa tembikai susu ni dia tak berapa manis dan kurang dari segi rasa tapi lebih pada harum tembikai tu. Bila beli tembikai susu anak-anak pun kurang makan.. dari tergolek macam tu.. baik ita blend dan jadikan jus.

Ita tertarik dengan resepi Honey dew yang ita terpandang dari blog Milkshake resepi. Apa yang menarik minat ita kerana ianya meletakkan yogurt dalam minuman ini. Mesti lagi sedap kan.. pasti ada rasa masam-masam sikit.

So.. ita merajinkan diri untuk mencuba.. Alhamdulillah sedap juga air ni.. bila minum ada rasa masam-masam sikit memang syok!


HONEYDEW MILKSHAKE
Resepi Oleh : Milkshake Recipe. org

Ingredients (for serving one)
  • 1/2 cup of low fat vanilla yogurt
  • 1 cup of honeydew. Cut them into cubes to make it easier for your milkshake blender
  • 1 tablespoon of apple juice
  • Ice
  • A slice of honeydew as toppings
Instructions
  • Pour everything, except ice,into a milkshake blender
  • Blend the mixture until it becomes smooth
  • Add in the ice and continue the blending until it becomes frothy
  • Pour the end mixture into a milkshake glass and add in the honeydew slice as toppings
Ini cara yang ita sediakan

1/2 cawan yogurt rendah lemak perasa vanilla
1/2  biji  honey dew ~ buang kulit dan di dadu untuk mudah di kisar.
1 sudu besar apple juice ~ ita tak letak
4 sudu besar susu pekat manis ~ ita tambah boleh tambah lagi jika nak manis
sedikit air masak ~ untuk memudahkan buah di kisar
ais secukupnya

Masukkan semua bahan dalam mesen pengisar, kecuali ais
Kisar hingga halus
Tuang dalam gelas dan letakkan ketulan ais
Sedia di nikmati







Pelbagai design cup cake tempahan

$
0
0









Untuk tempahan sila wassap : 017 7279179




Sambal Bilis Pedas

$
0
0

Sambal bilis pedas ni sangat sedap di makan bersama nasi dan lauk-pauk. Ia macam sambal belacan juga cuma dia kering.. tapi sangat sedap dan pembangkit selera. Ita ambil resepi ini dari majah Rasa, lama dah rasanya.. masa tu baca majalah ni kat kedai, pas tu nampak resepi ni.. macam best aje.. terus ita screen shoot hihi. Pas tu bila balik terus cuba. Sebab resepinya cukup mudah dan sangat simple.. tu yang teruja nak cuba. Mana tau kalau sedap dah menjadi kesukaan keluarga dan koleksi resepi sambal ita kan..

Tapi memang sedap! makan dengan nasi panas, dapat kuah lemak sayur kampung lawan pula dengan ikan goreng atau ikan masin pergh.. memang terangkat. Bertambah-tambahlah lah nasi dalam pinggan.. di buatnya.




SAMBAL BILIS PEDAS
Rujukkan : Majalah Rasa

1 cawan ikan bilis ~ di goreng
15 tangkai cili padi hijau dan merah ~ kalau nak pedas lagi boleh tambah
3 ulas bawang merah

Goreng ikan bilis ~ ketepikan
Goreng juga bawang dan cili padi dengan sedikit minyak hingga layur
Garam secukup rasa

Tumbuk bawang dan cili hingga lumat
Kemudian tumbuk ikan bilis kasar-kasar
gaulkan semua bahan dalam mangkuk
Perasakan dengan garam secukup rasa
Sedia di hidangkan


Kangkung Masak Lemak Putih

$
0
0

Selalu kalau beli kangkung, mesti masak goreng belacan atau masak ikan masin. Hari ni suami minta ita masakkan sayur lemak. Katanya teringin nak makan kangkung masak lemak.
Bila ada yang berhajat ita pun buatlah.. tak susah nak masak sayur lemak ni.. Selain kangkung kita boleh guna apa-apa sahaja sayur yang sesuai. Lagi sedap kalau dapat sayur kampung, macam sayur turi, pucuk manis, pucuk betik, pucuk labu atau apa-apa pucuk lah yang boleh di masak.

Sesekali kalau makan lauk kampung memang lah berselera. Tekak anak kampung.. macam mana pun mesti nak cari lauk kampung jugak. lawan dengan ikan masin dan sambal belacan pun dah bangkit dah selera.




KANGKUNG MASAK LEMAK PUTIH

2 ikat kangkung ~ di potong dan bersihkan
6 ekor udang basah
1 batang cili merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
1 cawan santan
garam secukup rasa

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan serai hingga harum
Tambahkan sedikit air dan masukkan udang
Masukkan santan
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kangkung dan cili merah
Masak sebentar hingga kangkkung layur
Angkat dan hidangkan




Teh tarik madu ~ Teh Beng

$
0
0

Petang-petang ni kita pekena teh tarik dulu..
Teh tarik ni kesukaan anak ita Dalili. ya Allah suka betul dia minum teh tarik ais. Kalau ita gi makan kat luar, teh tarik ais adalah minuman yang selalu di pesan oleh Dalili.

Tahukah anda.. bahawa ita sebenarnya tak minum teh tarik. Entah kenapa tekak ita tak boleh terima air ini.. samalah juga dengan air Nescafe. Mungkin air teh tarik dan Nescafe mempunyai bau yang ita tak berapa suka. Kalau terminum.. memang kepala ita akan terus senoneng.. toing.. toing..

Tahukan anda juga.. bahawa keluarga suami ita cukup mengemari teh tarik. Teh tarik adalah air yang wajib tak kira untuk sarapan pagi atau minum petang mereka sekeluarga. Bayangkan macam mana situasi ita bila ita yang tak mengemari teh tarik.. berada dalam kalangan pengemar teh tarik tegar..



Ita ni bukan sahaja tak minum teh tarik.. malah membuatnya pun ita tak pandai. Sebab.. mak ita tak pernah buat teh tarik pun di rumah.. sebab kami sekeluarga tak minum teh tarik... biasanya kami minum teh O sahaja.. dan ita pula lebih sukkan Milo.

Bila ita berkhawin dan tinggal bersama mertua.. ita tak tahu macam mana ita nak beritahu yang ita tak minum teh tarik. Setiap hari teh tarik dah terhidang atas meja.. ya Allah.. ita tak tergamak nak bagi tahu ita tak minum teh kerana tak mahu ibu mertua ita kecil hati.. atau mungkin berfikir yang bukan-bukan pada ita..

Akhirnya suami ita yang bagi tahu maknya yang ita tak minum teh..
Dan setiap kali berada di rumah mertua ita memang cukup mengelak kalau di minta buat air teh.. Sebabnya ita memang tak tahu buat.. kalau buat pula ita tak boleh nak merasa.. Oleh itu ita seboleh mungkin akan mengelak.. kadang bila dengan bunyi cerek air aje.. ita pun cepat-cepat menyusup masuk bilik.. hihi.. ita takut kena buat air teh.. kalau air lain tak pe lah jugak.. jadi selalunya adik ipar ita yang akan membuat air teh.. hihi


Bapa mertua ita selalu puji air teh yang adik ipar ita sediakan.. katanya sedap tak ada siapa yang dapat tandingi kehebatan adik ipar ita membancuh air teh.. huhuhu.. malu ita kan.. buat air teh pun tak pandai..

Tapi bila anak ita Dalili ni.. entah macam mana dia suka pulak minum teh tarik.. aiiii...memang menguji maknya betul budak sorang ni...  dia memang anak Kelantan betul lah ni.. aduyaiiii.. maka terpaksalah ita dengan tak malunya bertanya pada ibu mertua macam mana nak buat teh tarik yang sedap!

Rupanya buat teh tarik yang sedap ni tak boleh guna teh uncang Boh atau Lipton. Sebaiknya guna teh timbang. Kata ibu mertua ita teh timbang lebih pekat, warnanya lebih merah dan baunya lebih harum. Biasanya ibu mertua ita menggunakan susu cap junjung untuk mendapatkan air teh yang sedap!

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi minuman iaitu Teh Tarik Madu Ice. Teh tarik madu ice ni cukup popular di Kelantan dan popular dengan gelaran teh beng. Warong Pak Mat yang terletak di jalan PCB lah tempat warga Kelantan menikmati segelas teh tarik madu yang KOW!. tapi ita belum berkesempatan lagi ke sana.. walaupun tempatnya berdekatan dengan rumah mertua ita. Insyaallah kalau ita balik Kota Bahru ita akan singah ke Warong Pak Mat ni.. tapi bukannya ita boleh minum pun.. tak pe.. ita suruh Dalili rasa nanti ita bagi tahu ya sedap tak!

Sebelum ita sampai warong Pak Mat ita belanja anda dulu dengan resepi dari Zamzarina


TEH TARIK MADU ~ TEH BENG
Resepi Oleh : Zamzarina

3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar madu asli
air panas secukupnya
Ketulan ais jika inginkan dingin

Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit
Kemudian tapis air dalam gelas
Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli
Kacau teh hingga sebati
Tuang dalam kole dan mulakan proses menarik teh dengan kole.
Tarik panjang-panjang supaya menghasilkan buih yang banyak
Kemudian tuangkan dalam gelas
Letakkan ketulan ais untuk rasa yang lebih dingin



Nasi Lemak Sempoi dan Sambal Telur Puyuh

$
0
0

Sarapan pagi dengan nasi lemak sampoi hari ini. Biasalah kan orang Johor, pagi sarapan mesti cari nasi lemak. Sekarang nasi lemak bukan sahaja menu sarapan orang Johor sahaja, malahan dah menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia.

Bila ita buat sambal tumis, mulalah masing-masing minta buatkan nasi lemak. Atas permintaan ramai maka ita sempatlah sediakan nasi lemak bersama sambal puyuh yang sempoi ni.

Senang aje buat nasi lemak ni... tapi ita lebih suka nasi lemak tumis dan inilah resepi nasi lemak yang sering di sediakan oleh emak ita. Kalau nasi lemak ita suka letak halba, sedap aje makan bila terbangkit bau halba nan semerbak..




NASI LEMAK SEMPOI

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan
2 helai daun pandan di simpul
3 cawan santan ~ santan biasa aje.. jangan pekat dan jangan cair sangat
2 sudu teh halba
1 batang serai ~ di titik
2 inc halia ~ di titik
3 ulas bawang merah ~ di hiris
1 sudu besar butter / margerin / 2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa

Dalam periuk nasi, panaskan butter / minyak
Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan, dan serai hingga layur.
Bila dah layur dan naik bau, baru masukkan halba. Halba jangan  tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit
Kemudian masukkan santan dan biarkan ia didih
Bila dah didih, masukkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan beras
Jika airnya kurang boleh tambah air, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda
Tutup periuk dan biarkan nasi tanak seperti biasa


SAMBAL TELUR PUYUH

Telur puyuh secukupnya ~ di rebus kemudian kupas kulitnya

Bahan Kisar

100gm cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)

Bahan lain 

2 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam 
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )

Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi sau sambal kita tahan lama.
Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan cili dan belacan yang di kisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak. Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
Bila dah garing masukkan air asam jawa
Lepas tu perasakan dengan garam
Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau mani-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
Biar dia merenih kejap kemudian barulah masukkan telur puyuh yang kita dah kupas kulit tadi
Biar sambal merenih sebentar, baru tutup api dan sedia di hidangkan.



Nasi lemak di hidangkan bersama , sambal tumis puyuh, ikan bilis goreng dan timun. Kalau rajin boleh goreng kacang tanah 






Kuih Jongkong yang sangat sedap

$
0
0


Pernah dengar nama kuih Jongkong? Kuih Jongkong ini adalah kuih tradisional lama. Kuih ni sudah jarang di dapati.. jarang di jual dan jarang juga orang nak membuatnya. Boleh di katakan kuih ini adalah antara kuih yang semakin pupus.

Kuih ini adalah kuih yang sangat di sukai oleh mak ita. Dulu masa ita kecik-kecik, bila balik kampung mak di Kukup Pontian, Johor selalu lah mak singgah di gerai menjual kuih jongkong ni. Banyak jugak mak borong kuih ni.. Dulu kuih ni di jual dengan harga yang murah, kalau tak silap ita masa tu hanya 10 sen sebungkus. Padahal bungkusannya adalah agak besar dan puas jugak makan. Tapi biasalah kan orang kampung.. mereka jual untuk dapat keberkatan. katanya daun pisang dari kebun belakang rumah, santan dari pokok kelapa sendiri kat kebun., gula melaka buat sendiri.. kalau berbayar pun hanya tepung aje.. Kalau sekarang rasanya memang tak dapat lah harga macam tu.. daun pisang pun dah mahal sekarang..




Kuih orang lama yang tak dapat di sangkal lagi kesedapannya. Terasa lemak manisnya dengan gula yang mencair dan lembut bila di nikmati.. Memang sedap sangat kuih yang satu ni..
hairan.. kenapa ianya semakin di lupai..
Mungkin juga payah nak dapat daun pisang sekarang yang membuatkan kuih moden lebih mendapat tempat.

Sayang tau kalau kita lupakan terus kuih ni.. sebab ia antara kuih yang sedap! Ita rasa kuih-kuih tradisional yang sedap-sedap harus di ketengahkan semula.. biar jenerasi baru tahu akak kuih tradisional atuk dan nenek moyang mereka.


Kalau kat Johor ni, ita tahu panggilannya kuih jongkong, kalau kat tempat atau daerah lain ita tak tahulah apa nama atau gelarannya.. Mungkin ada nama lain untuk kuih yang satu ni. cara bungkusnya pula macam kita bungkus tapai, atau botok-botok. Tapi dulu kalau kat kampung daun pisang lebihan hujung tu di lipat, tu yang nampak bentuknya macam jongkong emas dan itulah juga mula gelaran namanya di beri.. itu seperti apa yang mak ita ceritakan lah..

Tapi versi yang ita punya ni ita tak lipat atasnya cuma potong aje lebihan daun tu..
Terima kasih pada penyumbang resepi. Sedap sangat wak.. resepi awak ni.. ya Allah tak cukup di buatnya.. sampai anak ita, Dalili dan ayahnya berebut-rebut.. dua beranak ni memang suka kuih tradisional ni.. sampai minta buatkan lagi.. nanti lah mak gi beli daun pisang.. daun tak cukup pulak nak buat lagi..


KUIH JONGKONG
Resepi Oleh : CiptaRasa Noly

Bahan Kuih

150 gm tepung beras
70 gm tepung ubi kayu
650 ml santan cair
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan di simpul

Bahan Inti

150 gm gula Melaka ~ Di dadu kecil atau di racik halus
200 ml pati santan

Bahan Membungkus

Daun pisang secukupnya ~ cuci bersih, lap kering dan layurkan
Kemudian daun pisang di potong 20 X 24 cm persegi
Lidi kecil atau pencungkil gigi kayu yang bersih

Satukan semua bahan kuih dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang kecil sambil senantiasa di kacau hingga adunan pekat dan kental


Biarkan adunan sejuk atau suam sebentar


Ambil sekeping daun pisang yang dah di layurkan dan dah di potong mengikut saiz.
Letakkan sedikit adunan tepung di atas daun pisang dan leperkan sedikit
Kemudian letakkan inti gula Melaka yang telah di racik di atas adunan tepung tadi
Tutup pula dengan santan pekat
Kemudian bungkuslah macam kita nak bungkus tapai
Lipat dua dulu
Kemudian kelepetkan bahagian tepinya


Kelepetkan lebihan ke tengah
Buat untuk kedua-dua belah dengan kaedah yang sama
Kemudian ambil sekeping lagi daun yang di potong 2 inc lebar
Letakkan pada bahagian tengah


Kemaskan dengan menyemat lidi pada daun
Lebihan daun pada hujung bungkusan itu di potong kemas.
Setelah siap panaskan air dalam kukusan hingga mendidih
Susun kuih dalam kukusan dan kukus selama 25 ~  30 minit
Angkat dan hidangkan


Kuih ni dapat tak banyak tau, dalam 6 ~ 7 bungkus sahaja. Jadi kalau rasa suka kuih yang jenis macam ni buat lebih sikit sebab takut tak cukup nanti. Ita buat satu adunan aje.. memang tak cukup sebab sedap sangat kuih ni.. nanti ita nak cari daun lagi.. sebab banyak permintaan ni..







Salam Ma'al Hijrah 1437

$
0
0

Mohonlah keampunan atas setiap dosa pada tahun yang lalu.. dan bertekad untuk mengumpul sebanyak  pahala pada tahun hadapan...

Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam di mana sahaja anda berada. 







Bubur Anak Lebah sedap!

$
0
0

Pernah makan bubur anak lebah. Ita memang tak pernah makan. Bukan kata makan namanya pun ita tak pernah dengar.
Hari tu ita ada ternampak seorang rakan dari group Masak Apa Hari Ni, kongsikan bubur ni. Macam unik aje ita nampak. Tu yang macam nak tahu lebih lanjut tentang bubur nan satu ini di samping teringin nak merasa kesedapannya.

Ita mulalah google untuk cari resepi. Tak banyak yang kongsikan resepi dan tak ramai yang sharekan. Mungkin bubur Anak Lebah ini agak asing atau ada nama lain di sebalik namanya yang unik ini. Akhirnya bertemulah ita dengan blog Norlie yang ada kongsikan resepi yang ita hajatkan ini.

Menurut Norlie, resepi ini berasal dari negeri Perak. Namun tak semua orang Perak mengenali resepi bubur anak lebah ini kerana ia lebih popular di sekitar Perak tengah. hihi ita yang orang Johor ni lagilah tak kenal kan.. kita ni manalah ada saudara dari Perak, tu yang banyak makanan dari negeri Perak yang ita tak berapa tahu.

Menurut Norlie lagi, bubur ini kebiasannya di hidangkan atau di sediakan bagi menyambut kelahiran orang baru. Maksudnya bila ada yang dapat ahli keluarga baru, mereka akan adakan kenduri kendara dan bubur ini antara menu yang wajib ada sebagai pemanis. Atau jika tak buat kenduri pun, bubur ini akan di masak dan di berikan pada jiran tetangga, sebagai tanda mereka dah menyambut cahaya mata baru.


Oh barulah ita faham.. kira peranannya samalah macam bubur putih bubur merah di Johor ni. Kalau kat Johor pula, bila ada sesuatu berita baik, biasanya orang Johor akan sediakan bubur putih bubur merah untuk di agihkan pada jiran tetangga menandakan rasa kesyukuran. Biasan ianya bukan sahaja untuk kelahiran cahaya mata sahaja, tapi juga jika hari ulang tahun, anak lulus periksa atau apa-apa sahaja berita baik yang harus di kongsikan bersama. Tapi sekarang adat atau budaya seperti itu juga sudah semakin terhakis di Johor ni.. Kalau ada pun mungkin di kampun-kampung. Sedih kan.. kalaulah amalan itu masih di teruskan ianya sedikit sebanyak merapatkan hubungan dan semangat kejiranan.

Ok lah hari ini ita nak kongsikan resepi bubur anak lebah ni. tapi jangan risau.. tak ada anak lebah.. atau mak lebah.. atau bapak lebah yang di masukkan dalam resepi ini.. madu lebah pun tak ada.. tapi tulah istimewanya.. manalah mereka dapat nama yang unik untuk bubur yang sedap ni.

Serius ita katakan bubur ini memang sedap! Rasanya macam lain dari yang lain.. nak kata macam pengat... tak jugak.. nak kata macam bubur candil pun tak jugak.. rasanya sedap lebih lagi bila di makan bersama pulut yang lemak-lemak tu.. memang sedap lah.. tak rugi mencuba!.. Seharusnya bubur ini di ketengahkan.. mungkin juga boleh di jual di bazar Ramadhan untuk hidangan buka puasa. Memang sedap sangat..

Terima kasih tau, pada kawan-kawan Masak Apa Hari Ni yang kenalkan ita dengan bubur ni.. terima kasih juga pada Norlie atas resepi yang sedap ni..
Resepi Norlie agak banyak, ita buat separuh dari adunan sahaja. kalau rasa nak buat tuk makan kenduri, boleh lah guna resepi Norlie.



BUBUR ANAK LEBAH
Resepi Oleh : Norlie

Resepi Norlie agak banyak ya sukatannya. Ita cuma buat separuh dari adunan yang di cadangkan.

Sebelum membuat bubur ni kita sediakan dahulu pulut, kerana bubur anak lebah ni enak di makan bersama pulut.

ADUNAN PULUT

1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam

Rendam dahulu pulut dalam 2 jam. Kemudian cuci bersih
Satukan pulut bersama santan dan garam dan tanak hingga masak.
Boleh juga pulut ini di kukus. Tapi ita tanak aje dalam periuk nasi, mudah dan cepat.
Bila dah masak ketepiakan.
Sekarang kita sediakan adunan tepung pula

ADUNAN TEPUNG

1 cawan tepung beras
1/2 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu teh air kapur ~ ambil air yang jernih


Mula-mula sediakan air pandan dahulu. Ambil dalam 4 helai daun pandan dan kisar bersama dengan 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Dalam bekas, satukan tepung beras bersama garam
Tuangkan air kapur dan air pandan dalam adunan. Jangan tuang semua ya air pandan tu. Tuang sikit-sikit dan uli hingga jadi doh yang boleh kita bulat-bulatkan
Kalau air terlebih dan adunan lembik tambah aje sikit lagi tepung. Kalau air terkurang tambah air biasa pun tak pe
Kemudian bulat-bulatkan sebesar pingpong dan ketepikan

Sekarang kita sediakan kuahnya

KUAH SANTAN

1 cawan gula pasir
1/2 buku gula Melaka ~ gula Melaka ni kalau nak letak boleh tak letak pun boleh. Tapi kalau letak lagi sedap sebab rasa lemak gula Melakanya.
1 helai daun pandan di simpul
Air secukupnya
300 ml santan pekat ~ ita guna santan KARA
secubit garam

Dalam periuk masukkan gula pasir , gula Melaka, air dan daun pandan
Masak hingga gula larut
Kemudian tapis untuk buang kekotoran pada gula Melaka
Masukkan semula dalam periuk dan masak semula atas api sederhana
Tambahkan santan dan garam secukup rasa
Bila dah masuk santan kena senantiasa kacau supaya tidak pecah santan
Perlahankan api dan parutkan doh tepung tadi menggunakan sagat yang berlubang atau boleh guna acuan maruku.
Sambil parut sambil kacau ya takut santan pecah
* kuah tadi biar cair ya atau kuahnya tu lebihkan sedikit air sebab bila parut tepung tu kuahnya akan pekat sikit, sebab tepung tu sendiri akan memekatkan kuah
Bila nampak tepung tu dah mula terapung bermakna bubur kita dah masak.


Hidangkan bubur yang telah masak bersama pulut yang telah kita tanak tadi. Sedap sangat.. Selamat mencuba!











Air Barli

$
0
0



Air barli adalah air minuman kesukaan bapa ita. Bila setiap hari mak sediakan air barli untuk bapa ita, ita pun tumpang merasa sekali. Lama kelamaan ita pun tersukalah minum dan menjadi antara air minuman kesukaan ita. Biasanya ita minum air barli bila badan terasa tidak berapa enak. Kalau nak demam atau selsema.. ita cepat-cepat masak air barli untuk menyejukkan badan.

Air barli juga kini menjadi antara air kesukaan anak ita Azrul. Ita kalau air barli tak suka manis sangat. Ianya enak di minum manis-manis buah aje.. Biasanya bila merebus air barli ita menggunakan gula batu sebagaimana yang mak ita ajarkan.



Air barli ni banyak khasiatnya. Nak tahu apa khasiat air barli? ini ita kongsikan khasiatnya yang ita ambil dari blog Dr. Rozmey

Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang di tanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta di jadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.
Khasiat barli di percayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
Selain itu, barli juga di kesan boleh membantu merendahkan kolestrol, meredakan sembelit dan mencegah kancer.

Bijirin barli yang kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting ( vitamin B3) thiamine ( vitamin B1 ) selenium, ion, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolestrol seperti lain-lain bijirin.

Jika diamalkan meminum air barli selalu, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.


AIR BARLI

1/2 cawan barli ~ di cuci bersih
1 ketul gula batu
air secukupnya
1 helai daun pandan di simpul
gula secukup rasa

Barli di cuci bersih dan toskan airnya
Masukkan barli dalam periuk bersama daun pandan,dan air, dan rebus hingga barli kembang
Bila abarli dah kembang, ambil sedikit barli dan kisar halus
masukkan semula barli yang di kisar dalam periuk dan masak semula
Tambahkan gula batu dan biar sampai gula batu larut
Jika kurang manis tambah gula pasir secukup rasa. jangan manis sangat tau! air bali ni sedap manis-manis buah aje
Boleh di hidangkan panas atau dingin






Mee Rebus Hajah Begum dan Lek Ahmad

$
0
0

Kami sekeluarga memang cukup mengemari mee rebus. Sebab tu bila ita jumpa resepi mee rebus yang rakan-rakan kongsikan, sebolehnya ita nak mencuba. Lebih-lebih lagi bila ita nampak ada kelainan dalam resepi tersebut... lagi lah semangat nak mencuba dan merasa berkobar-kobar.

Hari ini ita cuba resepi mee rebus Hajah Begum dan Lek Ahmad yang di kongsikan oleh Iam QueenNora . Menurut Nora , resepi ini adalah resepi dari arwah nenek beliau. Nenek Nora akan menyediakan mee rebus ini untuk di jual pula oleh atuknya. Menurut Nora lagi mee rebus atuk dan neneknya ini cukup laku hingga 20 hingga 50 kg mee habis hanya dalam beberapa jam sahaja. Alhamdulillah kerana walaupun nenek dan atuk Nora dah tiada namun ilmu masakkannya telah di turunkan pada ibu Nora. Sekarang ibu Nora kongsikan pula resepi turun temurun mereka pada Nora. Alhamdulillah juga kerana Nora sudi kongsikan resepi keluarga mereka ini untuk perkongsian kita bersama. Semoga ilmu yang di ajar dan di maanfaatkan oleh semua memberikan beribu pahala buat arwah. Di kesempatan ini juga, marilah kita sedekahkan Al Fatiha buat kedua arwah.. semoga roh mereka berada di kalangan hambanya yang solleh.




Mee rebus Hajah Begum dan Lek Ahmad ni ada banyak kelainan, kebanyakkan bahan yang di gunakan adalah bahan-bahan yang segar. Sebab tulah hasilnya sedap dan di sukai ramai. Kelainan pada mee rebus mereka ialah penggunaan tempe dalam ramuan. Inilah pertama kali ita melihat mee rebus di masak menggunakan tempe. Mungkin mereka berdua dari keturunan Jawa yang memang tidak boleh berenggang dengan penggunaan tempe dalam masakkan. Atau mungkin juga penggunaan tempe itulah rahsia kesedapan mee rebus mereka ini.

Bahan yang di gunakan memang payah nak dapat sekarang, seperti udang geragau atau ita lebih biasa panggil udang pepai, memang payah nak dapat sekarang. Ita terpaksa pergi ke perkampungan orang asli untuk cari udang geragau ni, namun mungkin bukan musimnya.. memang tak adalah.. Berapa hari mencari akhirnya jumpa juga di Pasar Besar Larkin, itupun dah tinggal sedikit aje.. tak ada musim kata tauke kedai tu.

Ia juga menggunakan ikan bilis yang halus dan segar. Ikan bilis kecik-kecik ni memang payahlah nak dapat  sekarang ni.. habis semua pasar ita redah.. namun tak jumpa juga. Akhirnya ita beli ikan bilis kecil ni yang tak segar lah.. yang dah di keringkan.. Itupun di Pasar Besar Larkin juga.. itupun hanya satu kedai aje yang jual.. nasib baik lah ita dok belek-belek setiap kedai kalau tak pasti tak jumpa juga..

Bila semua bahan dah ada.. tak bolehlah nak lengah-lengah lagi.. kalau di simpan nanti tak segar lah pulak.. pasti rasanya akan lain pulak nanti.
Tapi kata Nora kalau tak ada bahan yang di cadangakn jangan risau.. boleh juga gunakan udang biasa, rebus dahulu isi udang kemudian biarkan kering sebentar baru di kisar. Untuk bilis kecik-kecik tu kalau tak ada tak letak pun tak apa.. tapi rasanya mungkin lainlah sikit kan..


Resepi ini juga menggunakan tetel. Tapi ita tak letak tetel ita gantikan daging. Ita lupa beli tetel. Nak pergi balik pasar larkin tu jauh.. kat pasar rumah ita ni tak ada jual, tu yang ita gantikan dengan daging. Sebenarnya kalau guna tetel lagi sedap sebab terbit minyak atau lemak tetel tu yang memaniskan kuah.

Cuma ita ada derhaka sikit.. ita tambah cili sikit kat kuah ni.. sebab ita suka pedas sikit. Rumah ita ni kalau tak ada rasa pedas, nanti tak jalan.. kalau pedas sikit memang kejap aje licin.. Tapi kalau kawan-kawan tak suka pedas tak payah letaklah ya..

Membuat mee rebus cara Nora ni cukup mudah. Cuma yang renyah sikit bila nak cari bahan dan penyediaannya. Bila semua dah tersedia.. senang aje.. boh aje semua dalam periuk.. tu yang ita suka tu.. cepat siap!

Yang paling ita suka ialah.. ita dah tahu rahsia membuat keriuk-keriuk udang yang rangup! dah lama cari resepi ni.. Syukur Alhamdulillah.. akhirnnya dapat juga.. berkat keikhlasan Nora berkongsi. inilah killernya.. kalau ada keriuk-keriuk ni.. adoiii... lagu laju aje makan tak toleh kiri kanan..

Sekali lagi jutaan terima kasih pada Nora dan keluarga atas perkongsian resepi ini. Ita kongsikan di sini pula untuk rujukkan ita kalau nak buat lagi.. atau rujukkan kawan-kawan yang lain juga.


MEE REBUS HAJAH BEGUM DAN LEK AHMAD
Resepi Oleh : Iam QueenNora

Resepi yang Nora berikan ini agak banyak ya.. Ita buat separuh dari adunan sahaja. Resepi yang ita kongsikan ini resepi asal dari Nora. Kalau anda nak masak sikit macam ita ni nanti pandai-pandai adjust ya bahan-bahannya. Mula-mula kita lihat dulu bahan yang kita perlukan.


Bahan Kisar

3 biji bawang besar ~ ita guna bawang merah
5 biji bawang putih
1/2inc halia
2 batang serai
1/2 inc lengkuas

1 1/2 senduk nasi rempah kari daging ~ ita guna BABAS
Sedikit Cili kering Kisar ~ yang ni ita tambah tau.

Bawang merah, bawang putih, halia lengkuas dan serai di kisar
Ita tambah cili kering sikit, sebab ita suka pedas.
Resepi asal tak guna cili. 
Jadi kalau tak suka pedas jangan letak ikut resepi asal.


Bahan Lain

1/2 mangkuk kecil buah keras
2 biji keledek - rebus
1 mangkuk ikan bilis ~ rebus
1 mangkuk udang geragau ~ rebus
1/2 mangkuk kecil taucho ~ lenyek kasar
2 keping tempe ~ dikisar
1/2 kg daging tetel - rebus ~ air rebusan jgn dibuang
Gula garam secukup rasa


Tetel tu rebus dahulu, air rebusan jangan buang kita akan gunakan nanti
Ikan bili, Nora beli dah siap rebus. Kalau kita beli belum rebus, rebus dulu. Air dia tak di perlukan. Jangan ambil airnya.
Sama juga dengan udang, rebus juga dulu. Airnya tak di perlukan
Keledek pun kita rebus dahulu, ita guna keledek oren sebab nanti kuah oren sikit dan manis.



Inilah bahan tadi, kita kisar halus
Terpulang nak campur semua dan kisar atau nak kisar asing-asing.
Tauco tak payah kisar kita cuma lenyek-lenyek aje dengan garfu.
Air rebusan daging kita akan gunakan untuk kuahnya.



Air rebusan tu kita panaskan semula hingga didih
Kemudian masukkan semua bahan yang kita dah kisar iaitu, udang, ikan bilis, tetel, buah keras,tempe, tauco dan keledek. Biarkan ia masak dan kuahnya mendidih



Sementara itu, dalam kuali lain kita panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar ~ bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga naik bau
Kemudian masukkan rempah kari dan masak hingga garing
Ita tumiskan sekali cili kering sebab ita nak dia pedas sikit
Tumis dan masak sampai terbit minyak dan garing.
Yang ni kita namakan tumis darat tau



Bila dah garing bahan kita tumis tu, kita masukkan dalam periuk rebusan tadi
Masak sampai kuah mendidih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Ita letak gula Melaka sikit nak bagi kuahnya lemak sikit
Biar kuah mendidih dan bila rasanya dah secukup rasa tutup api dan sedia di hidangkan



Mee Rebus ini di hidangkan bersama
Mee Kuning yang di celur atau di rebus dahulu
Tugeh yang di celur atau di rebus terlebih dahulu
Tauhu di goreng dan di dadu kecil
Telur di rebus dan di belah dua
Daun sup dan daun bawang di hiris
Cili hijau di mayang nipis
Limau kasturi 
Kicap masin dan manis
Sedikit air asam jika suka
Bawang goreng
Juga killernya keriuk-keriuk udang

Nak tahu macam mana nak buat keriuk udang



KERIUK UDANG

1/2 sudu teh jintan halus ~ sangai kemudian tumbuk
1 sudu teh ketumbar ~ sangai dan tumbuk
Sedikit cili kering ~ di tumbuk atau kisar kering
1/2 cawan udang geragau
1 biji telur 
tepung beras ~ gajah 1
sedikit air jika perlu

Satukan semua bahan dan bancur macam nak buat cucut. Tapi tidak terlalu pekat atau kental dan tak terlalu cair. Sukatan air dan tepung tu agak-agak ya.. 
Panaskan minyak dan goreng.
Masa goreng tu kacau-kacau senantiasa supaya dia jadi keriuk-keriuk yang rangup
Bila dah kuning keemasan angkat, toskan minyak dan sedia di hidangkan bersama mee rebus




Selamat Menjamu Selera





Jus untuk kempiskan perut

$
0
0

Anda inginkan perut yang kempis dan ramping?
Pasti jawapannya ya kan..
Wanita dan kecantikkan memang tak dapat di pisahkan.. Bila lepas bersalin , mulalah risau tentang berat badan yang semakin bertambah dan perut yang mula buncit atau mengelebeh.

Bila pakai baju pasti tak cantik, mulalah nampak spare tyre yang terbonjol sana sini.
Nak dapatkan petua bagaimana nak kempiskan perut?
Insyaallah jika di amalkan secara beterusan pasti anda akan dapat perut yang ramping yang anda idamkan.

Resepi jus ni ita ambil dari blog Zuhaida. Menurut Zuhaida, beliau amalkan minum jus ini setelah menghadapi masalah pada perut selepas melahirkan bayi kembar. Katanya setakat ini Alhamdulillah dan memberikan kesan yang cukup positif. Tu yang ita tak sabar nak cuba.. Kot-kot manalah tahu berhasil hihi

Air ita ni agak pekat.. hihi macam nak cepat aje kan keberhasilannya tu.. hihi Sebabnya ita tak tambah air banyak. Ita biarkan ia pekat. Rasanya emmmmmm.... masam yang amat.. hihi tapi nak ramping punya pasal terpaksa juga di telan.. glub!.. aduyaiiii... harap kempislah perut ku ini...

Bagi anda yang tak tahan masam tu boleh tambah air banyak sikit lah ya..
Ok apa ya.. yang ita rasa lepas minum air ni..?
Perut ita rasa sangat panas.. tapi alhamdulillah tak pula sakit perut atau nak buang air.. atau masalah buang-buang air.. Semuanya normal dan buang air pun lawas aje.. Bila bangun pagi rasa macam perut ni ringan lah sikit.. tak lah macam sebu.. Ok lah boleh amalkan selalu ni.. harap-harap lah berhasil kan..


Anda tahu tak apa khasiat Lemon?

Salah satu khasiat lemon adalah mempercepatkan penurunan berat badan
Meminum air lemon juga di katakan dapat membersikan racun dalam tubuh.
Ia juga di katakan berfungsi untuk membersikan usus di samping mengelakkan sembelit
Meminum air lemon setiap hari juga di katakan dapat mengurangkan kalori dalam badan.
Dikatakan juga serat yang terkandung dalam lemon dapat mengurangkan rasa lapar.

Bagaimana pula dengan khasiat limau nipis?

Seperti lemon, limau nipis juga adalah sangat baik untuk pencernaan
Meminum air limau nipis setiap hari dikatakan dapat mencegah diabetes, mencegah penyakit jantung dan masalah sendi.
Selain itu minum air limau nipis juga di katakan dapat mengurangkan suhu badan yang tinggi semasa demam

Apa pula khasiat limau kasturi

Limau kasturi pula di katakan dapat mengurangkan penyakit lelah, sakit tekak dan pening kepala
Selain itu kulit limau kasturi jika di makan di katakan dapat mengurangkan bau badan


JUS PEPPERMENT LEMONNADE
Resepi Oleh : Zuhaida


3 biji limau nipis ~ buang kulitnya
2 biji air perahan limau nipis
3 biji limau kasturi
1 biji jus lemon
8 helai daun pudina
Gula secukup rasa
Air

Blendkan limau nipis yang dibuang kulit, jus perahan limau nipis, jus limau kasturi, jus lemon, gula, air dan daun pudina. 
Siap blend, tapis dan sedia diminum bersama ais batu ~ ita tak letak ais






Hoki Piala Sultan Johor

$
0
0

Kejohanan hoki Piala Sultan Johor merupakan kejohanan hoki remaja bawah 21 tahun yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia. Acara tahunan ini mula dianjurkan pada tahun 2011 dan ia diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa.





Sebanyak lima pasukan hoki remaja terbaik bawah 21 tahun dari seluruh dunia akan dipilih untuk menyertai kejohanan ini selain Malaysia selaku tuan rumah.
Kejohanan ini berlangsung di Stadium Hoki Taman DayaJohor BahruMalaysia.

Kejohanan Hoki Piala Sulta Johor 2015 telah berlansung pada 11 Oktober 2015 dan di jangka berakhir pada hari Ahad ini 18 Oktober 2015. Kejohanan hoki jemputan bawah 21 tahun ini merupakan kejohanan hoki kali ke 5 sejak ia mula di perkenalkan pada tahun 2011. Pasukan Malaysia yang merupakan tuan rumah dan juga juara buat julung kalinya pada tahun 2011 bersama pasukan bertahan India dan Australia (2013 dan 2014 ) Pakistan, Great Britain dan Argentina turut sama menyertai kejohanan pada tahun ini. Melihatkan kekuatan dan kelebiahan setiap pasukan, sudah semestinya pertandingan akan menjadi semakin sengit dan sangat di nanti-nantikan.

Ita berkesempatan untuk turut sama memberikan sokongan. Kebetulan Stadium Hoki Taman Daya berdekatan dengan rumah. Pertama kali ita menonton pertandingan hoki. Seronok jugak, bila melihat penonton bertepuk dan bersorak untuk memberikan semangat pada pasukan kesukaan masing-masing. Sudah semestinya pasukan Malaysia mendapat tepukkan dan sorakkan yang cukup gemuruh bila setiap kali bola hoti berada dalam gengaman.


Sayang seribu kali sayang, bila ita pergi tengok aje.. semasa Malaysia menentang Argentina dan Malaysia menentang India,  pasukan Malaysia kalah..lah pulak ... huhu Bila ita tak pergi , semasa berlansung antara Malaysia menentang Australia tempoh hari menang lah pulak.. adoiii...







Walau bagaimanapun kalah dan menang adat pertandingan. Sebagai penonton dan juga penyokong kita haruslan berikan sokongan dengan penuh semangat kesukanan.. Penghargaan juga harus di berikan pada pasukan negara , semoga mampu melakar keputusan yang membanggakan selain mempamerkan aksi bertenaga dalam setiap perlawanan.







Jom lah kita ramai-ramai penuhkan stadium dan berikan sokongan pada pasukan Malaysia atau pasukan pilihan anda. Hari sabtu ini Malaysia akan bertemu Pakistan dan pada hari Ahad pula bakal penentu siapakah juara hoki Piala Sultan Johor 2015










Viewing all 843 articles
Browse latest View live