Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Bubur Kacang Merah

$
0
0

Bila suami beli kacang merah, ita dah tahu dia minta buatkan bubur kacang. Lama dah ita tak membuat bubur kacang. Tapi kebiasannya, ita lebih suka bubur kacang hijau dari kacang merah. Bukan apa bubur kacang hijau ni lebih enak pada tekak ita lah kan.. baunya pun lebih harum, masak pun lebih cepat berbanding kacang merah. Tapi bila suami dah beli.. itu bermakna dia nak makan lah kan..

Kacang merah ni kalau nak merebus ambil masa lama sikt. Sebab tu ita akan rendam dulu kacang ni sampai kembang, supaya dapat kurangkan masa ita kat dapur nanti.
Cara masanya pun cukup mudah dan simple, tiada sukatan yang khusus pun, main campak-campak dan sesedap rasa dan selera dah ok lah tu.

Ia enak di sediakan panas mahupun dingin bersama ketulan ais. Makan dengan roti atau biskut lemak pun sedap!


BUBUR KACANG MERAH

1 cawan kacang merah ~ rendam hingga kembang, kemudian cuci bersih toskan
air secukupnya untuk merebus kacang
1/2 cawan sagu ~ cuci bersih dan toskan ( jika suka boleh kurangkan kalau tak nak pekat )
1 buku gula Melaka
1 cawan gula pasir ~ ikut citarasa kalau tak suka manis kurangkan
1 cawan santan
1 helai daun pandan di simpul
secubit garam

Bahan Pati Santan
1 cawan santan pekat
secubit garam


Kacang di rendam hingga kembang paling kurang 4 jam
Cuci bersih dan rebus bersama air secukupnya hingga ia kembang dan kacang pecah
Kemudian masukkan sagoo dan masak lagi hingga sagu masah dan jernih


Dalam periuk lain masak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut
Kemudian tapis
Tuangkan gula Melaka kedalam periuk rebusan kacang
Masukkan daun pandan dan gula pasir
Masak lagi hingga gula hancur
Tambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lenak manisnya
Biarkan merenih sebentar


Sementara itu, satukan santan pekat dan garam untuk di makan bersama bubur kacang merah nanti


 Bubur kacang merah di hidangkan bersama pati santan sedia untuk di nikmati












Mee Kari di Hari Raya Aidil Adha

$
0
0


Bila anak saudara ita, Didie kata "lama dah kita tak merasa mi kari mak teh"
Anak ita pun mulalah juga bersuara.. " ialah mak.. lama dah mak tak masak mi kari.. "
Bila bincang-bincang nak sediakan apalah juadah untuk Aidil Adha nanti, masing-masing semua minta ita sediakan mi kari.
"ala... jemulah mak, asik makan rendang dan lodeh.. mak masak mi kari lah pulak"

Kebetulan ita juga tak berapa sihat.
Beberapa hari ni kepala rasa berat sangat.. badan pula terasa letih. Tak boleh berdiri lama , rasa nak pitam aje..
Dada berdebar-debar dan kadang kala sukar pula nak bernafas.
Mujur tak berapa banyak tempahan minggu ni.. Kalau tidak aduh.. parah di buatnya bila keadaan kesihatan yang tak menentu.

Malam pula ita sukar betul nak lelapkan mata..
Sampai ke subuh mata masih terkebil-kebil tak mahu lelap.
darah rendah ke... atau darah tinggi.. entahlah.. harap-harap tak ada lah penyakit yang merunsingkan.

Tapi bila anak-anak nak makan.. sihat atau sakit, kena juga kuatkan diri untuk memasak.




Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di mana sahaja anda berada. Aidil Adha lebih di mengertikan sebagai Hari Raya Kurban atau Hari Raya Haji.

Hari Raya Haji, merupakan perayaan yang di sambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidil Fitri yang di sambut pada 1 Shawal setelah berpuasa selama 1 bulan dalam bulan Ramadhan.

Aidil Adha, di sambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah setiap tahun. Ia bermula dengan tadbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijah , di ikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijah, dan diikuti dengan melakukan ibadah kurban yang di lakukan pada 10, 11, 12 atau siang 13, Zulhijah. Semua hari-hari ini di panggil Hari Tasyrik.

Dulu masa ita kecil-kecil, kami jarang merayakan Aidil Adha. Lepas sembahyang hari raya, bapa ita gi tolong orang kurban, manakala kami melakukan aktiviti biasa sahaja. Tak ada istimewanya selain mendapat daging korban yang di berikan jiran tetangga. Begitulah rasanya jika di Johor, Hari Raya Haji tidak di sambut semeriah Aidil Fitri. Mak kata Hari Raya Haji hanya untuk orang yang dah pergi haji sahaja.. hihihi.. mungkin mak tak nak kita beriya-iya merayakan Aidil Adha.

Tapi .. selepas kakak ita khawin, dan bila pulang berhari raya di kampung, barulah mak sibuk sediakan juadah untruk Hari Raya Haji. Bermula dari tika dan saat itu barulah kami menyambut Aidil Adha setipa tahun.


Jika di sebelah mertua ita di Kota Bahru, Aidil Adha lebih meriah. Biasanya keluarga mengadakan kenduri di pagi hari raya selepas sembahyang. Ramai saudara mara yang bertandang di rumah. Memang merilah suasana Aidil Adha di sebelah Pantai Timur.

Hari Raya Haji ni, ita sediakan Mi Kari untuk hidangan pagi raya kami sekeluarga. Tak cukup sorang anak tahun ni sambut Raya Haji, kerana anak sulung beraya di Kuala Lumpur bersama sepupu-sepupunya. Memang tak boleh berenggang..
Resepi ita pernah kongsikan di SINI dengan bahan-bahan dan step by step penyedian mee kari yang biasa ita sediakan buat keluarga.
Bagi yang dah jemu makan rendang tu... bolehlah sediakn mee kari pula untuk keluarga.


MEE KARI

Bahan Tumis

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
2 batang serai di titik

Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian perdu yang purtih sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras

1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut kemudian kisar
4 sudu besar rempah kari daging BABAS

Bahan Stock
1/2 kg udang basah

1/2 kg udang bahagi 2. Satu bahagian buang kulit dan kepala asingkan isinya. Kulit di rebus.
Kemudian di kisar dan tapis
Air tapisan pula kisar bersama isi udang
1 bahagian lagi kita buang kepala dan belah belakang buang urat hitam ~ ketepikan

Bahan Perisa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

Bahan lain

1/2 kg daging batang pinang ~ hiris nipis
fish ball
fish cake ~ hiris nipis
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ belah 2
3 biji kentang ~ hiris nipis , kemudian goreng kemudian di lenyek halus
air secukupnya


Panaskan minyak
Tumiskan bahan tumis hingga harum
kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing dan pecah minyak
Bila dah pecah minyak , masukkan udang kisar, cili kering dan rempah kari daging dan masak lagi hingga betul-betul garing dan harum
Masukkan stock udang dan renihkan
Masukkan daging dan air, biarkan hingga daging empuk
Kemudian barulah masukkan bahan perisa satu persatu dan rasakan kuahnya secukup rasa.
Barulah masukkan santan dan kentang yang di lenyek
Akhir sekali masukkan udang, fish ball, fish cake dan kerang
Masak hingga semuanya empuk dan kuah mendidih sempurna

Mee Kari di makan bersama

Mee kuning ~ di celur
sawi ~ di celur
taugeh
limau kasturi
Timun yang di hiris halus
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
cili jeruk jika suka
Sambal cili atau sambal tumis












Fanta Hijau Homemade sedap!

$
0
0

Bila nampak rakan-rakan postkan minuman Fanta Hijau buah tangan sendiri.. hati berbunga ceria hendak mencuba!
Betul ke sama macam air fanta hijau bergas yang di jual dalam botol di kedai runcit atau pasaraya tu..
Ada yang kata sama.. ada yang kata ala.. ala.. aje.. tapi kata orang dari kita berteka-teka baiklah kita mencuba.. tak cuba tak tau.. ya tak..?

Melihatkan bahannya yang sangat mudah dan simple.. lagi lah semangat nak mencuba semakin membuak-buak.. Kebetulan cuti sekolah.. Hari Raya Haji pulak tu.. dapatlah di jadikan minuman sepanjang cuti atau pada hari Raya Haji ni..

Dalili lah yang cukup bersemangat..
"jadi ke mak.. macam air fanta tu..? "
" tak pe.. kita cuba dulu.. mana tahu sedap! "

Hasil godek-godek bersama Dalili di dapur.. akhirnya... dapat juga ita merasa air fanta buatan sendiri.. aha... siapa sangka boleh buat sendiri.. dapat jimat kan..kalau beli mahal jugak sebotol tu kan..




Macam mana rasanya..?
Kata Dalili " sedap lah mak.. macam sama cuma tak ada gas aje.. "
Yup! betul sedap! seperti kata Dalili tak ada gas aje lah.. rasanya saling tak tumpah.
" kalau mak tambah aiscream soda mesti lagi sama" tambah Azrul pulak
eeemm.. tak ada dalam peti ais.. tak pe lah kalau tak ada gas lagi bagus kan..

Adunan ni menggunakan gula yang banyak. Ita ikut sukatan asal 3 kg gula pasir. Bila dah siap nanti bila nak hidang kenalah tambah lagi air sejuk supaya dapat seimbangkan rasa manisnya tu.. Kalau resepi yang ita buat ni.. boleh jadi ,macam ibu sirap lah ni kan..

Kalau nak minum terus tanpa tambahan air, ita cadangkan kurangkan sukatan gula.. lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak suka manis.

Resepi hasil perkongsian rakan di group Masak Apa Hari Ni. Ita tak pasti resepi asal dari siapa? ita copy dari Haliza Baharum . Terima kasih kepada tuan empunya resepi asal dan juga kepada Haliza yang dah cuba dan kongsikan semula. Kepada kawan-kawan yang nak cuba ita kongsikan di sini pulak ya.


FANTA HIJAU HOMEMADE
Di kongsikan oleh : Haliza Baharum


3 kg gula pasir ~ boleh kurangkan jika tak suka manis
2 liter air
330 ml Oren Sunquick
1/2 botol pewarna hijau apple Star Brand
1/2 botol perasa pisang Star Brand
1 helai daun pandan di simpul


Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air
Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih
Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar
Masukkan pula pewarna hijau
Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang
Biarkan sejuk

Untuk menghidang, tuangkan dalam jug atau gelas, tambahkan air sejuk jika manis
Masukkan ketulan ais
Hidangkan dingin







Ketam Masak Cili mudah dan ringkas

$
0
0

Masa singgah pasar hari tu, nampak lah ketam bunga ni.. Besar-besar , gemuk-gemuk dan segar-segar. Banyak pulak yang betina. Kata mak kalau ketam betina banyak isi. Macam mana nak tahu ketam jantan atau ketam betina?

Sebagai suri rumah merangkap tukang masak, kita bukan sahaja perlu tahu memasak dan merasa masakkan. Tapi kita juga kena arif tentang bahan yang kita nak masak.Yang mana sesuai dan yang mana tidak.  Jadi kalau beli ikan, ayam, daging atau juga sayur-sayuran, pilihlah yang segar kerana yang segar adalah yang terbaik.

Ketam yang segar akan menghasikan masakkan yang bukan sahaja enak tapi bau masakan juga cukup harum dan menyelerakan.

Bagaimana nak membezakan ketam jantan dan ketam betina?


Gambar rujukkan google di atas ini menunjukkan ketam betina, biasanya ia bulat, gemuk. Di belakangnya tu tempat tersimpannya telur. Kalau dapat yang banyak telur lagi sedap!
Jadi kalau pergi pasar nak beli ketam pilihlah ketam betina kerana banyak isi dan rasanya lebih lemak


Ini pula ketam jantan. Biasanya ketam jantan sedikit leper dan kecil tubuhnya. Kalau kita lihat bahagian belakangnya lebih runcing. Ketam jantan tak banyak isi. Jadi bila membeli ketam elakkan terbeli ketam jantan.

Hari ini ita nak berkongsi satu lagi resepi ketam yang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Ketam masak cili. Cara memasknya tak susah, bahan pun yang mudah dan ringkas. Sesuai di makan bersama nasi hangat. Kalau lauk ini sahaja dah cukup membuka selera.


KETAM MASAK CILI

4 ekor ketam ~ cuci bersih, buang bahagian yang tidak perlu dan toskan
1 batang serai di titik
3 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris

Bahan kisar
15 tangkai cili kering ~ rendam dan kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc halia
sedikit belacan ~ jika suka

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak
Tambahkan air jika terlalu kering
Masukkan serai dan sos cili
Masak hingga kuah pekat
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan ketam dan biarkan ketam masak dan empuk
Taburkan hirisan daun ketumbar
Tutup api dan hidangkan


Birthday Cake

$
0
0




















Untuk tempahan : Wassap 017 7279179




Cekodok pisang gebu dan tembam

$
0
0

Ada yang panggil cucur, ada panggil cekodok dan ada yang panggil jemput-jemput. Walau apapun panggilan yang di beri ia adalah menu yang sama. Cuma apa yang membezakan adalah bahan yang di gunakan.. kalau cucur pisang menggunakan pisang, cucur udang mestilah ada udang, cucur bilis pastilah dengan ikan bilis begitulah juga cucur bawang dan kentang.

Kalau nak belajar masak.. mula-mula belajar dulu buat cucur.. kalau buat cucur yang mudah pun gagal.. alamat makan kedai ajelah ya..
Cucur adalah makanan yang paling mudah , paling simple dan paling murah. Oleh itu tiada alasan untuk kita tidak tahu membuatnya. Bahan asas simple sahaja, iaitu tepung dan air. Kalau nak cucur bilis letak bilis dan letak secubit garm, jika suka cucur yang manis macam cucur pisang, campurkan pisang, gula dan secubit garam. Mudah kan.. semudah ABC. Anak-anak ita pun pandai buat cucur tak kiralah si kecik Dalili mahupun abang-abangnya.

"Malulah kalau buat cucur pun tak tahu.. macam mana nak kawin nanti.."
Biasa itulah perkataan pertama kita dengar bila atuk dan nenek mula bersuara. Bebelan itu mungkin sedikit bingit di cuping telinga.. namun itulah hakikatnya.. ramai lagi yang tak pandai buat cucur rupanya... Tak kira bujang atau anak dara.. belajar buat cucur dahulu.. ianya adalah asas sebelum kita belajar yang lain.


Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi cucur pisang yang sedap! lembut dan gebu.. tembam-tembam lagi pulak tu..
Ada yang mengalami masalah bila buat cucur pisang. Masalah yang sering di alami adalah cucur terlalu menyerap minyak. Cucur pisang yang menyerap minyak yang banyak bila pisang terlebih dari sukatan tepung. Lagi satu bila menggoreng pastikan  minyak betul-betul panas, kemudian tukar pada api sederhana dan baru masukan adunan cucur. Mengoreng cucur dalam minyak yang kurang panas menyebabkan cucur menyerap minyak yang banyak.

Ada yang mengalami masalah cucur melekat-lekat di kuali atau melekat sesama sendiri. Cucur yang melekat adalah di sebabkan kandungan gula terlebih. Cucur bukan sahaja melekat , ia juga lembik dan kehitaman. Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, kurangkan sukatan gula atau sebaiknya gunakan gula perang.

Bagaimana nak dapatkan cucur yang montol-montok dan gebu. Mudah sahaja, anda perlu tambahkan baking powder ke dalam adunan dan perap sebentar sebelum di goreng.

Buat cucur sebenarnya tiada sukatan yang tepat. Semuanya bergantung pada kebijaksanaan anda. Jika adunan terlalu cair, tambahkan tepung begitu juga sebaliknya. Bila mengadun, sukatan air tu masukkan sediki-sedikit, jangan boh tuang semua.. tuang sikit-sikit sampai adunan tu kita boleh cekut2 dengan jari.
Jika anda suka cucur yang garing di luar dan lembut di dalam, letakkan sedikit tepung beras, jangan banyak sesudu dah memadai. Kalau banyak nanti keras dan liat pulak cucur anda tu.


CEKODOK PISANG GEBU DAN TEMBAM
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. 







Risoles rangup di luar enak di dalam..

$
0
0



Ita pernah dapat permintaan dari rakan-rakan untuk kongsikan resepi Risoles.
Apa Risoles tu...?
Ita cuba google.. oh! ia macam ala-ala popia lah kan tapi pembutannya lebih mirip kepada kuih ketayap, cuma inti sahaja yang berlainan.



Risoles ini di katankan sudah lama popular di negara jiran Indonesia. Dengar kata  ia juga berasal dari negara Indonesia yang terkenal dengan pelbagai resepi masakkan yang cukup menarik.

Setelah lama mencari resepi yang agak serasi dengan selera ita, akhirnya ita temui resepi yang di kongsikan oleh Rina Talib
Hebat Rina ni tau kawan-kawan.. selain pandai memasak, beliau juga cukup cekap menjahit pakaian. Kalau ada yang berminat nak belajar jahit boleh lah hubungi Rina. Selain kelas jahitan, beliau juga mengendalikan bengkel masakkan.. wah! seronok melihat wanita kita sekarang.. hebat di dapur.. hebat menjahit , hebat mengurus rumahtangga dan hebat juga di mata anak-anak dan suami.

Walaupun Rina membuat bengkel masakkan, namun beliau tidak lokek untuk berkongsi resepi. Resepi Risoles ini dalah salah satu dari senarai resepi yang di ajar di bengkelnya selain beliau juga menjual frozen. Kalau yang malas nak buat tapi nak merasa boleh hubungi Rina.


Terima kasih Rina, kongsikan resepi ini. Seperti biasa ita adalah olah sana sikit.. sini sikit mengikut selera ita dan keluarga.
Resepi inti Risoles ini sedap! tapi tak cukup pedas di tekak ita. Maklumlah selera anak kampung ni.. suka yang pedas-pedas. Ita tambah cili api sikit biar ia ala-ala tempatan sikit.. lah kan..

Untuk kulit nya... anda boleh ikut resepi Rina, resepinya ala-ala buat lempeng ada.. kuih ketayap pun ada.. Ita cadangkan kalau nak buat yang comel-comel.. guna pan yang kecil dalam 6 inc. Ita punya ni untuk buat ketayap jadi ia agak besar dan tebal. Dengan resepi ini agak sukar mendapatkan kulit yang nipis. Pada cadangan ita, anda boleh sahaja gunakan resepi creep durian di SINI ianya lebih elastik dan lebih nipis serta tidak mudah koyak.  Lain kali ita cuba guna resepi creep durian tu pulak ! boleh buat risoles yang comel-comel.


RISOLES
Resepi Oleh : Rina Talib

Mula-mula kita sediakan intinya dahulu.
Resepi inti oleh Rina agak simple, ita ada tambahkan lobak merah, daun sup dan daun bawang, cili padi dan serbuk lada sulah


INTI

400 gm daging cincang ~ kalau nak gantikan ayam pun boleh
3 biji kentang ~ kupas kulit dan di dadu kecil
1 biji bawang besar ~ kupas kulit dan di dadu kecil
1 batang lobak merah ~ buang kulit dan di dadu kecil ( ita tambah)
Daun sup daun bawang ~ diris halus ( ita tambah)
5 ulas bawang putih ~ di cincang halus
3 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada sulah ~ ita tambah
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air


Kentang, lobak merah, bawang , daun sup dan daun bawang di potong dadu


Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang putih hingga harum ( jangan lama nanti hangus )
Masukkan bawang besar dan masak hingga naik bau
Masukkan daging cincang gaul dan masak hingga daging empuk
Bila dah empuk, masukkan kentang dan lobak merah.
Masak hingga lobak dan kentang empuk.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air
Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Ita tambahkan sedikit cili padi untuk rasa yang pedas
Masukkan air tepung jagung, kacau rata
Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang , gaul rata
Angkat, masukan dalam tapis dan toskan lebihan minyak dan air
Biarkan ia sejuk

Sementra kita tunggu inti kita sejuk, kita sedikan kulitnya pula


KULIT RISOLES

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan ~ ita guna santan KARA 1 kotak jadikan 2 cawan. Boleh gantikan air atau susu cair
1 biji telur
1 1/2 cawan air
garam secukup rasa



Satukan semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus
Kemudian di tapis.
Adunannya cair ya, tak pekat

Untuk kulit ni, ita cadangkan anda guna resepi creepe durian di SINI sebab, ia lebih nipis bila di dadar, lebih elastik dan tak mudah koyak.
Gunakan non stick pan yang berukuran kecil anggaran 6 inc untuk dapatkan risoles yang comel.


Sedikan pan dan panaskan, tunggu dia betul-betul panas, kalau tak nanti adunan melekat-lekat
Sapukan sedikit butter ( ita campur sedikit butter dengan sedikit minyak )
Gunakan berus untuk sapukan minyak pada pan, atau boleh guna daun pandan atau tisu
Bila dah panas, letakkan satu senduk dan lengang-lengangkan ia agar rata pada permukaan pan
Panaskan hingga masak, tak perlu balikkan
Bila nampak permukaan dan masak angkat
Buat semua adunan hingga habis


Kalau ikut Rina boleh dapat dalam 30 keping. Tapi ita dapat dalam 12 keping sahaja kerana pan ita ni agak besar.


Ambil sekeping kulit, letakkan inti
Letakkan parutan cheese ~ Mozarella sedap! ita tak ada mozarella, ita guna cedar asal boleh aje.. hihi
Gulung atau lipat macam kita buat kuih ketayap
Buat sehingga habis
* Sebaiknya lepas anda masak kulit, anda terus letak inti dan terus gulung. Kalau buat semua sampai habis kulit dulu , bila kulit dah sejut dia sukar nak lekat.


Bahan Untuk Salut

2 biji telur ~ di kocok
Bread Crumbs secukupnya

Celupkan Risoles dalam telur yang telah di pukul atau kocok
Lemudian salutkan pula dengan bread crumbs hingga bergaul rata
Buat sampai habis
* kalau nak buat frozen, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tempat beku. Bila terasa nak makan, keluarkan dan terus goreng, tak perlu di biarkan pada suhu bilik.

Sediakan kuali atau pan yang leper ( sebaiknya guna pan yang leper )
Letakkan sedikit minyak. Minyak jangan banyak sangat ya
Biarkan minyak betul-betul panas
Pastikan minyak betul-betul panas kalau tak dia akan serap minyak yang banyak
Gorenglah dalam minyak hingga kuning keemasan
Balik-balikkan agar rata masaknya
Sediakan tisu dapur dalam bekas
Bila angkat risoles letakkan atas tisu supaya minyak di serap sepenuhnya
Sedia di hidangkan


Amat sesuai sebagai bekalan anak ke sekolah, untuk sarapan mahupun minum petang bersama keluarga atau rakan-rakan
Selamat mencuba!







Sambal belacan Istimewa Kelantan

$
0
0

Sambal belacan walaupun mudah dan ringkas ianya satu pelengkap dalam hidangan tengahari kita. Ita memang cukup mengemari sambal belacan begitu juga suami dan anak-anak. Kalau ada sambal belacan pasti bertambah-tambah kami sekeluarga menikmati hidangan. Suami pula kalau makan janji ada sambal belacan, ikan goreng lauk tumis air pun sudah cukup menyelerakan baginya. Berpeluh-peluhlah dia menikmati hidangan.



Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi sambal belacan pada ita cukup istimewa dan sangat menyelerakan. Ita masak lemak udang, ikan goreng, bendi goreng belacan dengan nasi hangat-hangat perghhh... bertambah-tambah kami sekeluarga menjamu selera. Dalili pun makan bertambah-tambah.. tak pernah dia makan sebanyak itu.. penangan sambal belacan istimewa Kelantan barangkali.

Sambal belacan ni sedap kalau di tumbuk. tapi sebab ita tak suka tumbuk sambal belacan, ita blender aje.. hihi senang kerja. Bukan apa.. nak cepat, kalau menumbuk bilalah kami nak makan.. sampai petang pun ita tak siap menumbuk agaknya.. hihi

Resepi ni ita ambil dari Belacan & Bla-bla. Terima kasih kongsikan resepi sambal belacan yang sedap ni . Resepi ni dapat banyak tau! kalau rasa nak makan untuk keluarga, buatlah sikit aje, buat 1/2 adunan ke.. Ita buat banyak sebab ita simpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Senang nak makan nanti.. Sambal ni di katakan tahan 1 bulan jika di simpan dengan elok, dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. Bagi yang sibuk.. tak ada masa, buat sekali banyak dan simpan dalam peti.. bila nak makan tak payah sibuk-sibuk nak menumbuk belacan lagi.. Jom kita intai bahan-bahannya


SAMBAL BELACAN ISTIMEWA KELANTAN
Resepi Oleh : Belacan & Bla-bla

20 tangkai cili kering ~ rendam hingga kembang , buang biji dan cuci bersih
20 tangkai cili merah
20 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 biji tomato


Ikut resepi asal, bawang merah dan bawang putih di bakar, lada kering di rebus. tapi ita satukan semua dan goreng dalam sikit minyak. Ita buat ala-ala sambal jawa

Cili kering dan cili merah tu potong kecil
Satukan semua bahan, panaskan minyak dan goreng hingga layur


1 keping belacan ~ di bakar
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan cuka masak
limau nipis atau limau kasturi, ambil jusnya ~ bergantung kepada kemasaman
1/4 biji nenas ~ buang empuulr tengah dan cincang halus
1 biji pelam muda ~ parut halus
2 labu bawang besar ~ di mayang halus, gaul dengan garam, ramas-ramas sikit dan cuci bersih ( yang ni ita tak letak )

Bahan yang kita dah goreng tadi masukkan dalam blender bersama cuka, belacan, garam dan gula. Kemudian kisar halus. Boleh juga di tumbuk


Masukkan bahan yang di kisar dalam mangkuk
Tuangkan nenas dan pelam yang di parut tadi. Jika ada letak bawang hiris masukkan sekali
Gaul rata
Perasakan garam dan gulanya
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis
Sedia di hidangkan bersama lauk pauk idaman


Selamat menjamu selera





Bendi goreng belacan

$
0
0

Sayur bendi adalah salah satu dari senarai sayur kesukaan ita. Biasanya ita suka masukkan sayur bendi dalam lauk asam pedas , masak kari atau celur begitu sahaja dan di makan sebagai ulam bersama nasi dan sambal belacan.

Sayur bendi ni, kadang ada yang tak berapa suka kerana sayur ini mengeluarkan lendir yang payah untuk masak. Ada yang kata petua untuk hilangkan lendir tu dengan merendam sayur dalam air garam. Cubalah mana tahu berhasil hilangkan lendirnya tu.
Tapi kalau mengikut kata mak ita, sayur bendi tidak boleh di potong awal. Bila kita dah siap tumis semua bahan, masa nak masukkan bendi tu baru lah kita potong dan terus masukkan, kalau potong awal, lendirnya lagi banyak.

Kadang kala kita tak tahu nak masak apalagi dengan sayur bendi. Kalau tak ada idea, hari ini ita kongsikan satu lagi resepi sayur bendi yang mudah di sediakan


BENDI GORENG BELACAN

10 batang bendi
1 batang lada merah ~ di hiris
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 biji telur
garam secukup rasa

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 biji cili api ~ kalau suka pedas boleh lebihkan
1 inc belacan

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisah hingga garing dan harum
Ketepikan rencah tepi kuali dan pecahkan sebutir telur. Biar telur masak sebentar kemudian kacau dan pecah-pecahkan
Gaul rata bersama rencah tadi
Masukkan bawang hiris dan masak hingga layur
Segera potongkan bendi dan masukkan dalam kuali, goreng rata
taburkan lada merah dan perasakan dengan garam secukup rasa
Sedia di hidangkan



Serimuka Gula Melaka

$
0
0

Sempat siapakan serimuka gula Melaka. Dah lama teringin nak makan serimuka gula Melaka, tu yang merajinkan diri yang tak berapa nak rajin hari ni.

Serimuka ni kuih tradisi yang tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas. Kalau di Johor ni, kuih serimuka memang kuih wajib ada bila buat kenduri kendara. Selain dari para tetamu yang amat menyukai, tuan rumah juga sebenarnya dapat tumpang sekali merasa.




Kuih serimuka tidak sukar dapat di Johor, mana-mana ada gerai menjual sarapan pagi pasti ada jual kuih serimuka. Kalau dahulu sepotong kuih serimuka boleh dapat dalam 20 sen, sekarang harganya dah berkali-kali ganda mahalnya. 1 keping berukuran 2x2 inc berharga RM 1.50  sekarang. Itu belum masuk lagi serimuka durian yang di jual 5 keping 10 ringgit. Mahal sungguh kan barang-barang sekarang. Kadang rasa kalau nak membeli tu macam tak berbaloi aje.. sebab tu ita lagi suka buat sendiri. Bukan lokek.. ^_^

Selain dapat makan sekeluarga, boleh juga bagi pada jiran-jiran merasa. Kita juga dapat pastikan makanan yang kita sediakan betul-betul bersih dan dengan kualiti bahan yang terbaik.

Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi serimuka gula Melaka. Resepi hasil skodeng ke blog Nadz. Terima kasih Nadz, berkongsi resepi yang sedap. Dapat akak kumpulkan ia dalam resepi kuih muih tradisional akak.


SERIMUKA GULA MELAKA
Rujukkan : Nadz Nazharzan


Bahan-bahan Lapisan Bawah 

1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam

Cara-cara 

Basuh beras pulut dan toskan.
Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
Kukus sehingga masak.
Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas 

200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 Tbsp tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/2 tsp garam

Cara-cara 

Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan






Udang masak lemak nenas

$
0
0

Pasti suri rumah sedang memikirkan menu apa nak masak hari ini. Sekali lagi ita kongsikan resepi yang mudah dan ringkas untuk keluarga.

Lauk macam ni kalau kat rumah ita memang laku. Bertambah lagi kalau ada ikan goreng, sayur goreng dan sambal belacan. Pasti bertambah-tambah dan berpeluh-peluh kami menikmati hidangan tengahari kami sekeluarga.

Ita seronok sangat kalau masak anak-anak dan suami makan bertambah-tambah. Sunyi seketika suasana kerana masing-masing melayan keenakkan hidangan. hanya kedengaran sudu berlaga dengan pinggan mangkuk sahaja.

Seronok kan kalau dapat memasak untuk keluarga.


UDANG MASAK LEMAK NENAS

6 ekor udang yang besar ~ buang kepala dan kaki, cuci bersih
1/2 biji nenas ~ buang kulit dan pulur tengah dan potong
2 batang serai ~ di titik
1 helai daun kunyit ~ buang urat tengah dan di siat-siat
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya
2 keping asam keping
Cili hijau ~ untuk hiasan

Bahan Kisar

3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
4 biji cili padi ~ kalau suka pedas boleh lebihkan
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
1/2 inc lengkuas
2 biji buah keras


Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Masukkan serai yang di titik
Masak hingga harum dan kemudian masukkan udang
Jika kuah kering sangat tambah air
Kemudian masukkan nenas, daun kunyit dan asam keping
Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa
Angkat dan hidangkan



Soda Herb sedapnya.. segar dan nyaman..

$
0
0

Sedap rupanya air ni...
Padanlah ramai yang mencuba di group Masak Apa Hari Ni dan rata-rata katakan air ini sedap!
Memang terliur ita di buatnya bila ramai rakan-rakan yang telah mencuba. Dah tak tertahan-tahan. Akhirnya hari ini dapatlah ita melempiaskan hajat yang dah lama terbuku.. dan menjeruk rasa melihat kesegaran air soda rakan-rakan.

Terima kasih ya kerana sudi berkongsi idea, berkongsi resepi semoga perkongsian ini memberikan keberkatan untuk kita semua

Apa rasa air ini ya?
Sedap ke?



Air ini di katakan di jual dengan mahal di restoran. Ada yang menyatakan hampir RM 10.00 untuk satu gelas.. ya ampun... memang mahal.. bagi keluarga yang ramai, memanglah fikir dua tiga kali mak ayah, kalau nak beli untuk anak-anak.
Tak pe.. jangan risau.. anda dah boleh buat sendiri. Mudah aje cara membuatnya yang penting ada bahan yang lengkap dan sedikit kerajinan.


Jangan tak tahu.. air ini banyak di jual di Istagram tau! di botolkan cantik-cantik dan di jual secara online. Macam-macam kan idea untuk tambah pendapatan.

Rasanya masam-masam soda dan segar rasa pudina. Memang enak bagi mereka yang gemarkan minuman masam. Serai tu memyeimbangkan rasanya. Kalau peram lama lagi kuat rasa pudina dan asam boi. Suami ita lah paling suka, kebetulan dia memang suka masam-masam.

Tapi anak ita Azrul tak suka.. dah agak dah.. sebab Azrul memang tak suka makanan atau minuman yang masam.

Ada yang tanya boleh ke ibu mengandung minum air ni. Setelah ita menikmatinya... bagi ita boleh jika teringin sangat nak rasa, kesian kat baby dalam perut tu.. tapi jangan minum bayak lah.. dan ita cadangkan setelah semua bahan di campur terus minum, jangan di peram pulak nanti lagi masam rasanya. Tapi bagi mereka yang baru lepas bersalin ita tak galakkan minum ya.. rasa macam tak berapa sesuai.. tunggu sampai habis pantang 100 hari barulah boleh kalau nak merasa

Kepada yang nak mencuba.. jom apa tunggu lagi


SODA HERB
Rujukkan dari : teman-teman di group Masak Apa Hari Ni


1 botol air aiscream soda ~ botol besar
1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
2 batang serai ~ di titik
daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon ~ di hiris nipis
5 biji asam boi putih
ketulan ais secukupnya


Mula-mula kita cuci semua bahan bersih
Hiriskan lemon nipis-nipis
Sediakan bekas yang bersesuaian
Letakkan daun pudina secukupnya
Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris
Dan di ikuti asam boi putih


Kemudian masukkan buah laychee atau longan
Tuangkan air aiscream soda secukupnya
Letakkan ketulan ais jika suka
Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya
Sedia di nikmati



 Segarnya....



Bakso sedap!

$
0
0

Bakso adalah satu lagi resepi dari negara Indonesia yang cukup popular, bukan sahaja oleh warga tempatan malahan pelancung asing juga.
Bakso ini lebih mirip seperti mi soto, tapi mi soto lebih berempah. Bakso pada ita lebih ringan dan tidak terlalu berat. Apa yang istimewanya bakso adalah pada bebola dagingnya yang enak dan lembut. Rata-rata yang mengemari bakso adalah kerana bebola dagingnya yang terlalu istimewa.

Resepi bakso cukup mudah di sediakan. Bahannya tidaklah sukar sangat, cuma kena sediakan bebola daging terlebih dahulu. Tapi membuat bola daging ini juga tidak sukar, cukup mudah dan sempoi.

Tak sangka, bakso ini di sukai oleh anak-anak ita, bertambah-tambah dan berulang-ulang di makan sampai licin.
Azrul lah yang meminta ita buatkan bakso. Katanya dia pernah makan bakso semasa di Kuala Lumpur. Katanya bakso yang di sediakan cukup sedap! bebola dagingnya cukup besar macam bola golf katanya, lebut pulak tu.. puas makan.. hingga setiap hari dia seakan nak menikmati bakso yang sedap tu.


Atas permintaan anak bujang ita yang mengidam ni, maka ita pun mulalah mencari bahan yang di perlukan. Pada mulanya ita ingat nak menggunakan bebola daging yang di beli sahaja di Tesco, tapi akhirnya ita membatalkan hasrat tersebut kerana ita nak cuba rasa keenakan bebola daging yang di buat sendiri.. kata orang lebih yakin dengan hasil air tangan sendiri, selain kita tahu tahap kebersihannya.. kita juga kebih yakin akan status halalnya.

Bakso di katakan di makan bersama kicap ABC, lada dan sos cili. Tapi kalau kicap ABC di sini ada keraguan sikit akan status halalnya.. sekejap kata halal kejap kata tak halal.. dari asyik berperasangka lebih baik kita hindarkan. Ita guna kicap pedas dari jenama Enaq. Pernah dengar? anda harus cuba sedap tau kicap pedas keluaran Enaq ni.. tak payah nak tumbuk lada bagai. Kicap ni dah tersedia, mudah kita boleh makan dengan pisang goreng, tempe goreng, makan dengan ikan bakar , sebagai cili untuk kuah soto atau apa-apa yang kita suka. Makan dengan buah potong-potong pun sedap! macam mempelam, jambu atau nenas
Kalau kat rumah ita ni, sekali ita beli ita borong terus 2, 3 botol sebab senang kalau nak makan dah ada kicap pedas ni.. harga pun berpatutan.. memang asedap lah! cubalah memang memudahkan..

Resepi dari Che'iza, ramai yang dah mencuba kan.. dan rata-rata semua kata sedap! terima kasih Che' iza atas perkongsian resepi yang cukup enak. Rakan-rakan yang lain pun boleh cuba!


BAKSO
Resepi Oleh : Che'Iza

1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
Taugeh
Kobis ~ di hiris halus
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng

Mula-mula kita sediakan bebola daging dahulu


Bebola Daging

400 gm daging cincang
2 biji bawang merah ~ di cincang halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa


Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
Kemudian gaul rata
Bulat-bulatkan sebesar guli
Ketepikan

Sekarang kita sediakan kuah bakso

Kuah Bakso

1/2 kg tulang ~ ita tambah
2 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 inc halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai di ketuk
1 kiub pati daging atau pati ayam
garam secukup rasa
1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah


Mula-mula ita rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk
Dalam kuali berasingan ita panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum
Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi
Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi
Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita


Bakso di makan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
Tuangkan kuah bersama bebola daging
Ita hidangkan bersama kicap pedas Enaq dan lada cuka
Untuk sediakan lada cuka, anda hanya perlukan cili padi hijau dalam 10 biji, kalau suka pedas boleh lebihkan. Kemudian kisar bersama cuka makan. kalau nak tumbuk cili padi ni pun boleh, bila dah siap tumbuk, masuk dalam mangkuk dan letakkan cuka makan. Sedap makan dengan bakso.
Bagi yang suka cili dsos boleh letakkan cili sos sekali.






Minnie Mouse Cake Tutorial

$
0
0

Hari ini ita belajar satu lagi cara atau kaedah menyediakan kek 3 D bentuk muka Minnie Mouse. Ita dapat tempahan kek ini semalam untuk majlis hari lahir. Pada mulanya ita risau juga bagaimana nak menyediakan kek ini, kerana ianya adalah percubaan ita yang pertama.

Oleh kerana ita tiada kemahiran asas dalam pembuatan kek, maklumlah nak belajar yurannya juga agak mahal. Kerana itu ita harus mencari sendiri bagaimana nak menyediakan kek sebagaimana permintaan customer ita. Bak kata perpatah, kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagonya.

Kek ni nampak macam mudah, tapi sebenarnya agak sukar terutamanya pada bahagian lekuk. Kesukaran untuk meratakan fondant pada bahagian yang sukar di celah-celah dan bucu-bucu.
Kek ni dalamya adalah kek vanilla dan di layerkan dengan cream vanilla dan strawberry compot. Untuk bahagian luar ita salut dengan ganache coklat. Ada yang tanya boleh tak kita gunakan buttercream untuk salut kek fondant ? boleh .. tapi jika menggunakan coklat ganache lebih kukuh bentuknya.

Hari ini ita terangkan bagaimana ita menyediakan kek ini. Kaedah penyediaannya ita rujuk dari Youtube di SINI
Ita masih lagi mengikut kaedah ita menyediakan kek 3D kereta seperti di SINI

Mula-mula ita sediakan 1 biji kek vanilla berukuran 8 inc berbentuk bulat untuk muka, dan 2 biji kek bulat untuk telinga berukuran 5 inc. Ini bermakna ita perlukan 3 biji kek. Tinggi kek ini 3.5 inc.

Seperti biasa ita akan google untuk dapatkan bentuk minni mouse yang ita nak buat nanti. Ita akan print saiznya sama besar atau semuat kek yang telah ita sediakan tadi.



Kemudian kita potongkan ukuran ini untuk mudah kita bentuk pada kek nanti
Ribon besar pada bahagian kepala itu ita buat 1 atau 2 hari awal supaya ia keras dan terletak bila di susun atas kek nanti.
Untuk tutorial membuat ribon anda boleh rujuk di SINI

Mula, ita layerkan dahulu kek ita dengan cream dan strawberry. Jika rujuk pada tutorial,beliau potong dahulu kek bentuk muka minni dahulu, kemudian baru layerkan dengan krim, tapi ita lebih suka layerkan dahulu baru ita potong mengikut bentuk. Ita rasa ianya lebih mudah tapi terpulang pada keselesaan anda. Anda boleh lihat kaedah memotong dan melayer kek di SINI

Setelah siap di layer, ita simpan dalam peti ais supaya kek keras dan mudah di potong serta di bentuk. Bila dah keras, barulah kita bentukkan mukanya. Ambil gambar mini yang kita dah potong tadi, letakkan atas kek dan potonglah mengikut ukuran kepalanya. ( buat kek bentuk muka 8 inc ) Kemudian salutkan dengan ganache dan simpan dalam peti ais.
Untuk 2 biji kek bahagian telinga ita terus salutkan dengan ganache dan simpan dalam peti ais hingga keras.

Bila ketiga-tiga kek dah keras barulah ita cantumkan bahagian telinga. Potong sedikit bahagian telinga supaya cantik terletak atas kepala. Letakkan sedikit ganache dan lekatkan kedua-dua telinga.
Simpan dalam peti ais hingga keras.

Sementara itu kita bancuh dan roll fondant dengan warna yang kita suka, untuk balut pada kek.


Setelah kek kita keras, bolehlah kita mulakan proses membalut fondant pada kek.
Ramai yang bertanya, bila kek keluar dari peti ais ia akan berpeluh dan menyukarkan proses membalut kek dengan fondant. Cara ita, ita keluarkan kek 15 minit awal sebelum ita balut kek. Biasanya ita membalut kek dalam bilik yang berhawa dingin. jadi tak ada masalah sangat. Tapi tak apa, jika tak ada, anda keluarkan dahulu kek 15 minit awal, bila kek berpeluh ambil tisu dan lapkan peluhnya. Biarkan sehingga suhunya turun sedikit dan peluh dah kering baru balut dengan fondant.

Sekarang kita canaikan fondant dan balutkan kek. Anda boleh rujuk kaedah membalut fondant di SINI
Ratakan dan kemaskan semua bahagian tepi, bahagian penjuru dan celah-celah bulatan telinga.
Bila dah kemas barulah potong dan buangkan bahagian lebihan fondant. Gunakan alat meratakan fondan dan tepung jagung untuk meratakan fondant dengan lebih mudah.

Kemudian canaikan fondant hitam, dan buatkan bentuk bulatan yang sama besar dengan kek ukuran 4 inc tadi, rujuk gambar.
Sekarang kita nak potong bahagian muka. Bahagian ini yang agak sukar sikit. Ukur dahulu dan centerkan bahagian muka dengan menggunakan contoh gambar yang kita dah print tadi. Bila dah pasti kedudukkannya barulah potongkan bahagian hitam pada kepala dan juga bahagian muka dengan warna ivory.

Sekarang kita tinggal tambahkan mata, hidung dan mulut. Kemudian kemaskan tepinya dengan tali halus dari fondant atau gumpaste.

Hiaskan tepi dengan tali, letakkan dot-dot putih di bahagian tepi dan akhir sekali letakkan ribon besar di atas kepala


Tadaaaaa..... dah pun siap!
Semoga perkongsian ini memberikan pengalaman dan ilmu baru untuk kita semua.
Selamat mencuba




Teknik meletakkan kek 2 tier atau 3 tier

$
0
0

Ita mendapat banyak permintaan dari rakan-rakan dan adik-adik kita tentang bagaimana nak membuat kek 2 tier atau 3 tier. Bukan ita tak mahu buat tapi sebenarnya adalah terlalu sukar untuk ita merakamkan gambar bila bekerja berseorangan. Sambil nak meletakkan kek sambil memeggang kamera adalah sesuatu kerja yang cukup sukar untuk ita laksanakan. Lebih-lebih lagi kek 2 tier atau 3 tier biasanya adalah weading cake dan ianya adalah kek tempahan customer. Ita cukup takut untuk menanggung risiko, kerana biasanya ita perlu lebih berhati-hati dalam menyiapkan kek tempahan daripada customer.

Jadi ita memohon banyak-banyak maaf andai gambar atau cara yang ita tunjukkan ini tak berapa memuaskan hati. Gambar yang terpaksa di ambil ala kadar supaya ita tak merosakkan kek bila membuat dua tiga kerja dalam satu masa. Ita juga terpaksa mengejar masa kerana kek kena di hantar tepat pada masanya. Oleh itu segala kelemahaan ita pohon beribu kemaafan.

Bila ita membuat kek untuk anak saudara ita, barulah ita berani mencuba untuk menunjukkan cara bagaimana ita meletakkan kek 2 tier atau 3 tier. Mungkin risiko membuat kek untuk anak saudara tidaklah sebesar amanah untuk menyiapkan kek tempahan daripada customer.


Untuk merakamkan gambar ita menggunakan setting timer. Merakamkan gambar di luar membuatkan kek ita basah kuyup dan cepat lembik. Inilah antara kesukaran yang terpaksa ita hadapi. namun atas permintaan dari adik-adik kita yang teringin nak belajar dan berharap sangat agar  ita tunjukkan.. ita tempuhi juga segala permasalah yang bakal ita hadapi. Dengan lafaz Bismilah dan mulut yang senantiasa berkumat kamit dengan doa.. ita berharap ita dapat menyempurnakan segala permintaan. Ita berharap sangat ianya menjadi satu pembelajaran yang sangat bermafaat buat anda semua. Hargailah ilmu yang anda perolehi..

Hari ini, ita akan menunjukkan kaedah ita menyediakan kek 3 tier. Kek ini adalah kek buttercream sepenuhnya. Biasanya kek ita adalah kek yang berat... sangat-sangat berat.. Memang ita tak mampu nak mengangkat kek ita ini berseorangan lebih-lebih lagi kesihatan ita juga tidak mengizinkan.


Untuk kek anak saudara ita ini, kek yang bawah sekali adalah kek Rusian Black And White. Kek choc moist yang di layerkan bersama krim moca dan ganache coklat. Memang kek ini sangat berat.. bertambah berat lagi bila saiznya agak besar iaitu 14 inc dan di salut pula dengan buttercream. Memang sukar nampaknya kerja ita kerana nak mengangkat kek, nak tunjukkan caranya dan dalam masa sama merakamkan gambar. Oleh kerana doktor dah menasihatkan ita supaya tidak mengangkat beban yang berat, ita perlu melaksanakan tugasan  ini dengan lebih berhati-hati.. Untuk resepi kek Rusian Black And White ini anda boleh rujuk di SINI

Kek untuk tingkat ke dua pula ita meletakkan Carrot kek. Untuk resepi carrot kek boleh rujuk enrty yang lepas di SINI

Dan untuk tingkat akhir atau tingkat yang ke tiga ita meletakkan kek Rainbow. Anda boleh rujuk resepi di SINI

Untuk kaedah memotong kek , melayer kek dengan krim dan untuk melempa kek dengan buttercream anda boleh rujuk entry ita yang lepas di SINI

Di sebabkan ita menggunakan kek yang berat, lapik kek untuk tingkat 2 dan tiga ita perlu lubangkan supaya ita boleh cucukkan kayu sebagai tulang tengah bagi menghalang kek ita daripada tergelincir. Tapi anda kena pastikan kedudukan lubang untuk lapik kek ke dua dan ketiga center. Supaya mudah untuk anda cucukan kayu tulang tengah nanti.


Kayu ini juga yang akan ita gunakan sebagai tulang untuk menyokong kek ita. Kayu ini anda boleh dapatkan dari kedai jual bahan kek. Ia sebenarnya kayu chopstick tapi yang paling besar dan paling panjang.


Ada juga rakan-rakan yang menggunakan straw yang besar. Tapi ita tak berani menggunakan straw kerana kek ita biasanya adalah kek yang berat. Kalau anda menggunakan kek span, anda boleh menggunakan straw kerana kek span lebih ringan

Sekarang kita terus sahaja kepada kaedah bagimana ita meletakkan kek.
Seperti biasa kek yang kita layerkan perlu di keraskan semalaman dalam peti ais. Ini adalah supaya mudah untuk kita mengangkat dan meletakkan kek di antara satu sama lain.

Keluarkan kek dari peti ais. Keluarkan kek yang paling bawah dahulu.
Ada yang tanya
"bila saya keluarkan kek dari peti ais.. kek saya berpeluh-peluh dan basah.."
Jangan risau... biasalah.. ianya adalah satu proses pemeluapan bila sesuatu yang sejuk tiba-tiba di letakkan di tempat yang panas atau suhu bilik. Ianya bukanlah satu masalah yang besar kerana kita sedia makhlum dengan iklim negara kita yang panas dan lembab.


Lapkan sahaja dengan tisu yang lembut.
Ambil tisu tekapkan pada kek dan kawasan yang berpeluh. Jangan di gosok-gosok pulak! hanya tekapkan sahaja supaya air atau peluh itu meresap di tisu. Selesai masalah!
Sekarang kita boleh mula satukan kek kita.


Ambil satu batang lidi satey. Ita menggunakan lidi satay yang panjang ya sebab kek ita ni biasanya tinggi.
Cucukkan lidi di tengah kek sampai dasar kek atau sampai ia cecah lapik kek, untuk kita ukur ketinggian kek. Dengan menggunakan pen tandakan pada bahagian yang kita nak potong nanti.

Tandakan juga pada kek tempat kayu yang kita akan cucuk nanti. Tempat cucuk tu, terpulang anda boleh buat dia satu arah sahaja atau boleh buat satu dalam satu luar berselang seli. Janji ia kuat dan terletak betul-betul atas lapik kek ke dua nanti .Di sebabkan kek ita besar dan berat ita meletakkan 10 batang kayu sebagai tulang sokongan pada kek bahagian bawah.

Dengan ukuran pada lidi tadi, kita ukurkan pula pada kayu kita dan potong dengan gergaji. Bersihkan setiap hujung kayu yang mungkin bergerigi semasa kita potong tadi dan cuci kayu untuk membuang debu kayu.

Akhir sekali kita cucukkan kayu pada tempat yang kita dah tandakan atas kek. kayu kena sama paras dengan kek supaya ia seimbang dan tidak tergelincir semasa proses kita mengangkat kek nanti.


Siap bahagian 1, kita beralih pula pada kek ke dua atau kek tingkat ke dua.
Kaedah yang sama juga seperti di atas tandakan dengan lidi, untuk mengukur panjang kayu.

Ada sesetengah orang dia letak kayu dahulu pada kek ke dua baru letak atas kek pertama. Tapi ita tak buat macam tu. Ita letakkan kek ke dua tas kek pertama baru ita letak kayu. Ini supaya semasa proses ita mengangkat kek nanti.... ita takut kayu itu akan beralih, sebab kek ni dia lembut kan. Jadi kita letak kek dulu atas kek bawah... kemudian  baru cucuk kayu.

Cara mengalihkan kek. Mula kita guna spatula untuk kita renggangkan kek dari lapik kek. Sendengkan dan angkat kek dan letakkan atas kek pertama tadi. Centerkan kedudukan kek. Kek ita tu bawahnya ada lapik ya, tak nampak sebab lapik ke 2 tu dia sama besar dengan ukuran kek. Ukuran kek ita yang ke dua tu 11 inc.

Bila dah puas hati tentang kedudukan kek, baru tandakan tempat yang kita nak cucuk kayu sokongan.
Untuk kek yang ke dua ni, ita gunakan 8 batang kayu, sebab carrot kek juga berat.

Sama seperti kek yang pertama, potong kayu dengan gergaji, bersihkan hujungnya dan cuci bersih kayu.
Kemudian cucukkan kayu pada bahagian yang kita dah tanda. Ingat ya! bahagian yang kita letakkan kayu tu kena berada betul-beteul di atas lapik kek atas sekali nanti.

Ok dah siap
Yang ita tunjukkan ini untuk ke 3 tingkat tau! kalau kek 2 tingkat tak perlu lah bahagian atas tu kita letak kayu. Cukup kayu pada bahagian bawah sahaja.
Jumlah banyaknya kayu pula kita kena ikut saiz kek dan berat, kalau saiz kek kita besar dan berat letaklah banyak sikit kayu, begitu juga jika sebaliknya.


Sekarang kita nak letakkan pula kek yang terakhir.
Sama juga seperti kek ke dua, kita kena guna spatula untuk renggangkan kek dari lapiknya.
Angkat dan letakkan kek terakhir atas kek ke dua tadi dan centerkan kedudukan kek. Ingat ya, setiap kali anda memegang kek pastikan tangan anda berada dalam keadaan bersih.

Bila dah puas hati dengan kedudukan kek, sekarang kemaskan kek. Tutup bahagian yang renggang dengan krim dan kemaskan.

Untuk bahagian akhir sekali...
Ita letakkan tulang di bahagian tengah kek ita kerana

  • Untuk mengelakkan kek ita tergelincir
  • Tulang tengah sebagai sokongan kuat kek, ia bertindak seperti tulang belakang bagi manusia
  • Kek ita biasanya adalah kek yang berat, tulang tengah dapat membantu menstabilkan kedudukan kek
  • Kek ita biasanya ita siapakan di rumah, kerana itu ita perlukan ia kukuh supaya tidak menyukarkan proses penghantaran, lebih-lebih lagi ke kawasan yang jauh.

Ita menggunakan lidi satay yang panjang untuk mendapatkan ukuran , di samping ita nak dapatkan kedudukan lubang tengah yang selari.
Ingat tak tadi ita dah pesan supaya lubang pada lapik kek harus benar-benar center supaya mudah anda nak cucuk tulang tengah. Jika tak selari, ia adalah sukar untuk dapatkan kedudukan yang selari dari atas ke bawah.

Bila kita dah ukur tingginya, kita potong dan cucukkan dari kek atas hingga paling bawah. Kayu yang atas tu dia mesti masuk dalam kek sampai 3/4 kek atas. Bahagian yang berlubang di bahagian atas kita tampalkan dengan krim. Tutup lubang dan kemaskan.
Dah pun siap kek 3 tier kita

Sekarang bolehlah mulakn proses mendeco kek mengikut idea decorasi anda.





Terima kasih dan selamat mencuba






Sayur Campur Goreng Ala Xian

$
0
0


Hari ni ita masak sayur goreng. Rumah ita memang mesti ada sayur sebab kami sekeluarga suka makan sayur. Kadang kala ita pun tak tahu nak masak macam mana dah sayur ni..

Bila bukak peti ais, apa yang ada hanya taugeh, kobis dan kacang peas. Nak masak apa ya..?  apa kata kita campur aje semua.. semuanya pun tinggal berbaki sikit aje.. dari dia dok lecur dalam peti baik kita campur dan goreng aje.. dapat juga mengelakkan pembaziran..  Maka terjadilah resepi sayur goreng ni..

Sebenarnya idea memasak sayur campur-campur ini ita belajar dari ibu mertua ita. Ibu mertua ita seorang yang cukup jimat. Dia tak suka kalau kita buang-buang makanan. Dulu ita kalau nak buang mesti sorok dari dia .. tapi kadang dia perasan jugak.. nanti dia akan tanya kalau dia nampak benda tu dah tak ada.. adoiiii.. merah padam muka nak menjawab ..



Kalau mak ita pula kalau masak hanya 1 sayur sahaja tak suka campur. Tapi ita banyak belajar dari mertua supaya bijak memasak di dapur. Sebenarnya bila campur-campur ni rupanya lagi sedap ! yang sebenarnya sedap itu adalah berkat dari makanan itu yang kita tak bazirkan atau buang.. itulah pesan mertua yang ita sentiasa ingat. Hingga kini , bila ada berbaki sayur ita suka campur-campur dan goreng.

Ita masak sayur goreng ni ala-ala Xian China. Dulu ita suka sangat menonton rancangan Rasa Halal Orient yang pada masa tu pengacaranya adalah Fara AF2. Ita suka melihat cara masyarakat Islam di sana masak. Sebenarnya ita memang suka sangat menonton rancangan masak-masak. Sebab dari situ ita dapat belajar banyak tentang masakan sesuatu daerah dan negara. Adakalanya ita cuba juga resepi yang mereka kongsikan. Ada yang cara mereka memasak sangat mencuit hati ita dan ita praktikkan hingga kini.

Masyarakat Xian ni, mereka suka masak menggunakan cili kering. Biasanya cili kering tu akan di tumis bersama bawang dan halia. Kalau kita di Malaysia ni lebih banyak menggunakan cili merah, cili hijau atau cili padi bagi yang suka pedas. Melihatkan kelainan itu.. yang membuatkan ita hingga kini sering praktikkan cara memasak sayur goreng dengan meletakkan cili kering. Sedap juga tau!


SAYUR CAMPUR GORENG ALA XIAN

1 mangkuk sayur taugeh ~ bunag akarnya dan cuci bersih
1/3 bahagian kobis ~ di hiris
10 batang kacang peas ~ potong 2
1/2 cawan ikan bili di goreng
1 pokok daun bawang ~ di potong 1/2 inc
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Tumis

5 tangkai cili kering ~ potong 2 atau 3 atau hiris dan cuci bersih
3 ulas bawang putih ~ di hiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris

Panaskan minyak dan tumiskan cili kering, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan layur
Masukkan semua sayur dan gaul rata
Perasakan dengan garam secukup rasa
Tutup api
Masukkan ikan bilis goreng
Gaul rata
Angkat dan hidangkan


Mudah aje kan...






Sekitar Majlis Resepsi Pihak Lelaki

$
0
0

Tanggal 3 Oktober telah berlansungnya majlis resepsi perkhawinan pihak lelaki bagi pasangan Nabila dan Arif di Dewan Jubli Intan Johor Bahru. Majlis yang cukup meriah dan pasangan di raikan oleh keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakan persekolahan.

Persandingan yang cukup romantis ala Inggeris dengan pasangan mengayakan busana yang ringkas. Ita sempat menyiapkan kek perkhawinan pasangan ini yang idea deco adalah ilham daripada pasangan raja sehari ini sendiri dengan tema simple and sweet.



Jom kita intai foto sekitar majlis


















Semoga kekal berbahagia hingga ke jannah dan di kurniakan anak-anak yang solleh dan soleha



Kari Daging Utara memang sedap

$
0
0

Bila lihat gambar kari daging Utara yang di kongsikan Iza Akma, rasa macam nak makan kari lah pulak. Sedapnya lah kalau dapat makan kari yang pekat kuahnya. Kebetulan ita memang sangat mengemari kuah kari yang pekat, sedap kalau dapat cicah dengan roti atau dengan lempeng kelapa. Pasti kenyang sampai ke petang.

Tertarik dengan resepi kak Noor yang dikatan resepi air tangan bondanya yang sering di guna pakai dan inilah juga resepi kari daging orang utara.
Sebagaimana yang kita ketahui, orang belah utara memang suka makan kari.. kalau boleh hari-hari nak kari.. macam abang ipar ita yang memang orang utara. Orang kata jugak kalau nak rasa kari yang sedap gi lah ke utara, pi rasa kari depa.. memang meletup habigh!



Jika kari Johor biasa menggunakan rempah kari daging, kari utara agak berlainan.. cara penyediannya. Rempah di perap bersama daging sebelum di masak.. aha.. itulah rahsia keistimewaan kari depa.. bila makan terus.. terasa aroma dan rempah ratus yang telah sebati dan meresap bersama daging.. menurut kak Noor beliau menggunakan Serbuk Kari Masak Merah yang di katakan serbuk kari terbaik lah di belah utara. Kat selatan ni tak nampak lagi lah kak Noor...aiii... tapi nak rasa jugak lah.. tak boleh tahan dah ni... ita gantikan aje dengan rempah kari daging BABAS dan iza menggunakan rempah gulai kawah.


KARI DAGING UTARA
Resepi Oleh : Sajian Dapur Bonda
Rujukkan : Singgahsana Kitchen

1/2 kg daging batang pinang ~ potong kecil atau hiris sederhana nipis
1 cawan santan pekat ~ ita letak 1/2 cawan
4 biji cili hijau
1 biji bawang besar ~ belah 4
3 keping asam gelugur
asir secukupnya
3 biji ubi kentang ~ potong
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar

1 sudu besar rempah kari masak merah ~ kalau tak ada guna rempah kari daging BABAS
1/2 sudu besar jintan manis ~ ita sangai dahulu
1/2 sudu besar jintan putih ~ ita sangai dahulu
1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecil dalam 5 ulas
3 ulas bawang putih
1 inc halia

Bahan Tumis

1 labu bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ di cincang
2 inc halia ~ hiris halus ita ketuk aje
3 tangkai daun kari ~ di raut
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji buah pelaga
8 sudu besar cili kisar

Daging cuci bersih dan toskan
Satukan daging dengan bahan kisar bersama dengan 2 sudu besar gula. Perapkan daging sekurang-kurangnya 1 jam supaya pes rempah menyerap dalam daging.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga harum dan kekuningan
Masukkan daging yang telah di perap tadi dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga daging empuk
Jika air kering dan daging belum empuk tambahkan lagi air dan terus masak hingga daging betul-betul empuk

Setelah empuk dagingnya, masukkan ubi kentang
Kacau rata dan biarkan merenih hingga kentang empuk
Kemudian masukkan santan pekat
Perasakan dengangan garam, serbuk perasa jika suka dan letakkan juga asam keping. Kacau rata
Biarkan kuah masak dan merenih sebentar
Akhir sekali masukkan bawang besar yang di belah 4, cili hijau, dan tomato
Biar sebentar, dan sedia di hidangkan.


Sedap ni... berbaloi mencuba. Walaupun bahan masak kari boleh di katakan sedikit sebanyak ada persamaan tapi hasil perapan tu.. yang membnagkitkan lagi kesedapan dan keenakkan kari utara ni..
makan pulak dengan ikan goreng, nasi hangat dan sambal belacan.. perghhh.... 





Kuih Bakar Kemboja sedapnya

$
0
0

Biasanya ita memanggilnya kuih bakar Kemboja. Amie's pula memanggilnya Bahulu Kemboja. Bahulu pada ita lebih kepada kuih yang seakan kek tapi ia lebih kering teksturnya. Bahulu Kemboja pula di panggil bila bahulu itu di buat dalam acuan Kemboja.. Jika di buat dalam acuan cermai, maka bahulu itu di panggil bahulu cermai, kalau di Johor lah kan..
Mungkin lain tempat lain panggilannya. Ada juga sesetengah tempat dan daerah memanggil kuih ini bahulu Kemboja. Biarlah ita mengelarnya bakar Kemboja sahaja kerana ita lebih selesa dengan panggilan itu dan memudahkan ita membezakannya.

Bakar Kemboja atau kuih bakar adalah kuih yang sama. Kelainan bakar Kemboja hanyalah pada rupanya kerana ia di masak dalam acuan Kemboja yang berbentuk bunga pecah lapan. Acuan lama Kemboja biasanya di buat dari tembaga. Cara memasaknya hanya meletakkan ia di atas dapur dan di tutup dengan penutupnya. Tapi kini sukar untuk mendapatkan acuan tembaga, kecuali jika anda ke pantai timur. Di sana masih ada lagi kedai yang menjual acuan dari tembaga.





Dah lama ita berangan nak buat kuih bakar Kemboja ni.. Sejak terpandang kuih bakar Kemboja Amie's ita seakan tak sabar nak mencuba. Adunan Amie's agak banyak,, seperti mana kata Amies, dia menggunakan 4 acuan Kemboja untuk resepi yang beliau sediakan. Oleh kerana ita hanya ingin merasa.. dan takut kempunan pulak nanti, ita hanya buat 1/2 daripada adunan sahaja. Jadilah dapat buat merasa.. Sekarang ni tak boleh nak buat banyak-banyak takut tak habis nanti. Kuih macam ni anak-anak ita kurang sikit.. hanya ita dan suami sahaja yang suka.

Memang sedap kuih bakar Kemboja Amies ni.. lembut aje.. wangi dengan harum pandan kerana ianya menggunakan daun pandan yang banyak. Terasa lemaknya.. Kepada yang sukakan kuih tradisional, jangan ketinggalan untuk mencuba kuih ni.. sedap sangat.

Terima kasih ya Amie's atas perkongsian ini, ita simpan di dapur ita pulak ya.. Bersama ini ita kongsikan resepi 1/2 adunan yang telah ita sediakan. Resepi yang ita sediakan ita dah tukar kepada gram untuk memudahkan ita nanti. Ita sertakan sekali resepi dari Amie's bagi mereka yang nak buat 1 adunan.


KUIH BAKAR KEMBOJA
Resepi Oleh : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
2 cawan santan pekat
15 helai daun pandan - kisar dengan 1 cawan air - perah / tapis untuk dapatkan 1 cawan jus pandan
4 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sapi - oleskan 1 sudu kecil untuk dalam setiap acuan
bijan secukupnya

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 4 buah acuan bahulu kemboja.
2. Kacau gula bersama telur hingga larut.
3. Masukkan santan bersama telur dan adun sebati.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
6. Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.


Di bawah ini pula resepi yang ita buat untuk 1/2 adunan

Bahan-bahan:
120 gm  tepung gandum
150 gm gula pasir 
1 cawan santan pekat ~ ita guna santan KARA 1 kotak + air jadikan 1 cawan
7 helai daun pandan - kisar dengan 1/2 cawan air - perah / tapis untuk dapatkan 1/2 cawan jus pandan
2 biji telur gred A
Secubit  garam
1 sudu besar minyak sapi ~ ita gantikan dengan butter
bijan secukupnya
Ita tambah sedikit pewarna hijau epal dan sedikit emulco pandan


Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 2 buah acuan bahulu kemboja.
Kacau gula bersama telur hingga larut.
Masukkan santan bersama telur dan adun sebati.
Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul.
Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.

*Boleh bakar dalam oven atau bakar terus atas dapur dengan acuan kemboja pecah 8.
Jika bakar atas dapur panaskan acuan dahulu dan sapukan minyak pada acuan.


Peria Masak Tauco Bersama Udang

$
0
0

Satu lagi resepi sayur peria dalam koleksi. Bagi mereka yang suka makan peria boleh lah cuba. Buat menambah koleksi resepi sayur-sayuran dalam simpanan.

Ramai yang tak mengemari satur peria kerana di katakan sayur peria itu pahit. Pahit itulah ubat.. penawar penyakit kata orang lama.

Kalau kat rumah ita apa-apa sayur pun tak apa.. anak-anak suka. Tapi ada caranya nak bagi peria ni tak pahit bila di masak. Mudah aje. Peria yang telah di potong, masukkan dalam mangkuk. Kemudian taburkan garam halus dan gaul rata. Masukkan air dan rendam sebentar. Bila nak masuk dalam kuali nanti, cuci bersih dan toskan. Sedialah di masak. Insyaallah bila makan tak terasa dah pahit peria tu.



Ita masak lauk peria masak tauco ni bercili sikit. Sebab kami memang suka pedas. Bagi yang tak suka boleh kurangkan cilinya


PERIA MASAK TAUCO BERSAMA UDANG

1 batang peria ~ belah 2 buang biji tengah, potong dan rendam dalam air garam
6 ekor udang ~ nak buang kulit boleh tak buang pun boleh
3 biji cili padi ~ belah 2
3 sudu besar tauco ~ bilas dengan air dan tapis
garam sexcukup rasa

Bahan Kisar

2 biji cili merah ~ bunag bijinya
4 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan tauco dan kacau
Masukkan udang dan masak sebentar
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan peria yang telah di bilas dengan air dan cili padi hiris
kacau rata dan biarkan peria masak sebentar
Angkat dan hidangkan



Viewing all 843 articles
Browse latest View live