Quantcast
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Asam pedas ikan pari sawi jeruk yang sangat sedap


Asam pedas dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan
Versi asam pedas Johor ni ada banyak, ada yang menggunakan cili kering ada yang menggunakan cili hidup , lada hitam atau juga campuran dari kedua-duanya. Ada yang meletakkan sayur bendi, ada letak sawi jeruk, ada letak kobis, belimbing, mempelam dan lain-lain lagi yang di rasakan bersesuaian. Walau apapun kaedah dan bahan yang di letakkan.. asal namanya asam pedas pasti membuka selera.



Selain ikan, terdapat juga asam pedas daging dan ayam. tapi macam manapun asam pedas ikan lah yang paling sedap di tekak ni..
Ikan pula kebiasannya ikan yang bersaiz besar dan yang paling sinonim di guna pakai adalah ikan parang, ikan tenggiri, ikan pari, ikan merah , ikan kebung atau lain-lain.

Ita pula agak cerewit dalam memilih ikan. Ini kerana tak semua ikan ita boleh makan. Alhamdulillah Allah temukan jodoh yang sama jugak macam ita.. banyak yang tak makan hihi.. Cuma ada juga yang ita baru belajar makan setelah ita berumah tangga.. itupun atas paksaan suami.. hihi

Ita tak makan ikan air tawar... apa-apa pun ikan air tawar memang lah tak makan. Biasanya ita makan ikan yang sersaiz kecil dan yang biasa emak masak macam ikan kembung, ikan selar dan saudara maranya.. ikan parang, ikan tenggiri , ikan siakap, ikan merah, ikan cermin.. dan bila yang tak biasa dengar memang ita tak makan.

Ikan pari juga tersenarai dalam ikan yang ita tak makan selain ikan tongkol dan ikan patin. Sebab itu ita tidak memasak ikan ini untuk keluarga. Tapi suami dan anak-anak ita makan ikan ni.. sebab itu ita tak akan menghalang selera mereka dan ita masak jugalah jika ada yang teringin nak merasa.

Kebetulan suami ada meluahkan rasa teringin nak makan asam pedas ikan pari, maka ita pun belilah ikan ini sepotong dua untuk melempiaskan selera suami agar tak kempunan pula nanti..
Kalau masak asam pedas ita suka letak sawi jeruk, walaupun ita tak makan ikan pari tu.. dapat ratah sawi jeruk pun dah terlalu berselera di buatnya.. janji asam pedas!


ASAM PEDAS IKAN PARI SAWI JERUK
Rujukkan : ASAM PEDAS TENGGIRI SAWI JERUK
Oleh : Dapur Tanpa Sempadan

3 keping ikan pari ~ cuci bersih dan toskam
Sawi jeruk secukupnya ~ potong kasar dan rendam
1 kuntum bunga kantan ~  belah 2
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan


Panaskankan 1/3 cawan minyak masak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum dan bawang perang.
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga wangi.
Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak.
Guna api kecil dan kacau sentiasa.
Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml). Kacau dan biar mendidih. Masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bunga kantan dan kiub ikan bilis, jika guna.
Kacau rata dan masak sekejap.
Tambah ikan dan kacau perlahan.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan serbuk lada hitam dan daun kesom.
Kacau dan masak hingga ikan masak.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi, telur dadar dan ulam2man..






Roti jala yang kekal lembut dan sedap


Ita sangat suka makan roti jala. Roti jala seringkali di hidangkan di hari kenduri kendara atau jamuan hari raya. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Tapi tak ramai yang suka menyediakannya kerana katanya agak rumit dan cukup malas nak mengirai roti jala.

Kesedapan roti jala bergantung pada kelembutannya dan kesedapan kuah yang mengiringinya. Jika lembut rotinya dan sedap kuah karinya, maka larislah roti jala tersebut.

Ada banyak juga kaedah penyediaan roti jala, ada resepi yang menggunakan santan dan tak kurang juga yang menggunakan susu cair. Kebiasannya resepi yang menggunakan santan tidak tahan lama dan cepat basi. Jika salah cara penyipanannya dan pengendaliannya, maka rosaklah ia.



Resepi yang bakal ita kongsikan ini tidak menggunakan santan dan susu, sebaliknya menggunakan air sahaja. Roti ni cukup mudah di sediakan dan sedap pulak tu... ianya juga tahan lama dan lembut walaupn seharian di simpan.
Resepi inilah yang seringkali ita gunakan bila tekak kami sekeluarga teringin nak menikmati roti jala dan bila rumah kami di kunjungi tetamu.

Sejak menggunakan resepi ini, ita dah tak beralih kepada resepi yang lain.. ianya menepati selera kami. Selain lembut, mudah di sediakan dengan bahan ramuan yang ringkas.. ianya juga sangat enak untuk di nikmati tidak mengira masa.




ROTI JALA YANG KEKAL LEMBUT DAN SEDAP
Resepi Oleh : Suriati Ramli

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur

Satukan semua bahan di atas dan kacau rata
Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus
Kemudian tapis
Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair

Mentega untuk di gris pada kuali leper
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega
Acuan roti jala

Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas ( guna api sederhana ), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat
Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan
Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar. Anggaran 6 inc
Tunggu hingga permukaan atas kering , ini bermakna dah masak lah . Tak perlu balikkan
Terus angkat dan lipat. Terpulang kalau suka lipat boleh lipat bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti mengulung kuih dadar
Ulang proses yang sama hingga habis

3 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 biji telur gred A Secubit garam Sedikit pewarna kuning

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_
3 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 biji telur gred A Secubit garam Sedikit pewarna kuning -Adun sebati semua bahan di atas. Sue masukkan dalam blender dan kisar. Kemudiannya, tapis. Bahan lain : -sedikit mentega untuk di griskan pada kuali -sehelai daun pandan untuk menyapu mentega (sebagai ganti kepada berus) -acuan roti jala berbentuk corong (boleh dibeli di kedai barang plastik dengan harga rm1.30 sahaja) Cara penyediaan : 1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper. 2. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana. Isikan roti jala ke dalam acuan dan buat gerakan membulat yang kecil-kecil hingga membentuk satu bulatan yang besar, anggaran diameter 6 inci. (Saiz terpulang pada kesukaan anda). Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat. 3. Ulangi proses ini sehingga habis. *tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
3 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 biji telur gred A Secubit garam Sedikit pewarna kuning -Adun sebati semua bahan di atas. Sue masukkan dalam blender dan kisar. Kemudiannya, tapis. Bahan lain : -sedikit mentega untuk di griskan pada kuali -sehelai daun pandan untuk menyapu mentega (sebagai ganti kepada berus) -acuan roti jala berbentuk corong (boleh dibeli di kedai barang plastik dengan harga rm1.30 sahaja) Cara penyediaan : 1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper. 2. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana. Isikan roti jala ke dalam acuan dan buat gerakan membulat yang kecil-kecil hingga membentuk satu bulatan yang besar, anggaran diameter 6 inci. (Saiz terpulang pada kesukaan anda). Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat. 3. Ulangi proses ini sehingga habis. *tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_we

Roti jalan ini enak di makan bersama kuah kari ayam atau pun kari daging.

KARI AYAM

1 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 cwm minyak masak
3 sudu makan rempah kari ayam atau daging
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
2 sudu besar kerisik
2 cwn santan ~ dari 1/2 biji kelapa
4 biji kentang ~  dipotong 4
3 biji tomato ~ dipotong 4
1/2 cwn air asam jawa
garam secukup rasa
2 kiub ayam

Bahan Tumis

6 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
2 inc halia
3 tangkai daun kari
rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelag

Panaskan minyak dan tumis bahan menumis hingga naik bau dan garing.
Masukkan rempah kari, jintan manis, serbuk cili yg dibancuh dgn air asam dan kiub ayam kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik dan garam.
Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk.
Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi, roti atau roti jala...






Sambal kerang sedap


Sedapnya sambal kerang, kalau di makan bersama nasi lemak ada bertambah-tambah nasi di pinggan.
Hari ini ita sediakan sambal kerang. Kerang lebih masak hari tu, banyak lagi berbaki, di buat sambal pastilah menjadi pembuka selera suami tersayang.

Suami ita memang suka sambal kerang. Kalau ada nasi lemak sambal kerang pasti juga menjadi pilihan. Tapi kali ini ita sediakan untuk makan tengahari kami sekeluarga bersama sayur bening dan ikan goreng panas-panas memang terangkat.





SAMBAL KERANG
Rujukkan :  Kak Nor

Bahan

2kg kerang
3 btg serai ~ diketuk
sedikit garam
3/4 cawan air

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali.
Panaskan dan tutup kuali.
Biarkan seketika hingga keluar wap dan kacau2 biar sebati.
Tutup lg dgn penutup kuali dan masak seketika lg.
Padamkan api dan toskan kerang.
Kopek kerang hingga habis dan bilas sket utk buang kekotoran dlm kerang dan ketepikan.

Bahan utk sambal

2 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihirs
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
air asam jawa
sedikit garam dan gula
1/2 cawan air
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg dihiris.
Tumis hingga bahan2 kekuningan dan masukkan cili mesin.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris.
Masak lagi hingga bawang layu dan masukkan kicap dan sos tiram.
Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Kacau2 dan biarkan seketika, masukkan 1/2 cawan air.
Biarkan merenih dan masukkan isi kerang.
Masak lagi hingga kuah pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi lemak dan juga dgn nasi putih.


Chocolate Brownies Kedut




Sana kedut.. sini kedut..
Rata-rata ramai yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini dan menjadi satu fenomena baru pula... walaupun sebenarnya brownies ini dah lama popular dan lebih di kenali dengan namanya Chewy Gooey Yummy Brownies.

Sekarang muncul pula dengan  di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu perangkap untuk menarik orang ramai.. atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi bualan ramai.

Bagi yang baru.. mesti teruja.. pada hal brownies ni sama sahaja, dari segi resepi mahupun rasanya. Kalau ada perubahan pun adalah.. sana sikit sini sikit di ubah pada sukatan bahannya.

Oklah kerana ramai permintaan maka hari ini ita kongsikan resepi Brownies kedut yang menjadi kegilaan dewasa ini. Yang ita buat ni yang plain sahaja, tiada campuran badam atau coklat cip. Kalau nak letak coklat cip atau badam pun boleh sahaja. Tapi bila letak badam, kena bakar dahulu badam sebelum di campurkan ke dalam adunan.




Ramai yang menyatakan kehairanan.. bagaimana brownies ni boleh berkedut pada permukaannya. Kedutan itu terhasil dari penggunaan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan hampir 1/2 kg.
Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya. Untuk brownies ita ini, ita menggunakan coklat masakkan jenama Beryl's dan untuk serbuk kokonya ita menggunakan Cacao Barry Extra Brute 100 % coco. Pilihan butter juga pilih butter yang baik dan sebaiknya menggunakan ulsalted butter. Ia akan menghasilkan tekstur brownies yang lebih lembut.

Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.

Resepi ini di katakan oleh Cik Cek dan di kongsikan oleh Ayu. Ita ambil pula dari blog Juicy Cafe. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Kepada yang nak cuba jom ikut ita masuk dapur.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko



Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!


Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.


Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.


Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.


Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.


Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.


Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit


Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.







Asam Rebus Ikan


Asam rebus ikan ini adalah satu resepi masakkan yang cukup popular diutara tanahair. Kalau di Johor dan Melaka popular dengan asam pedas nya.. di utara juga ada asam pedas mereka tersendiri. Nampak seakan sama, namun rasanya dan kaedah penyediaannya adalah berbeza. Resepi sebegini kalau di Johor ni lebih di kenali sebagai gulai lada hidup dan kebiasannya di letakkan nenas untuk menambahkan kesedapan gulai tersebut. Sebaliknya asam rebus utara menggunakan bendi dalam gulainya.



Menu ini cukup mudah di sediakan dan di katakan juga masakkan untuk kesihatan kerana ianya tidak menggunakan minyak untuk menumis, sebaliknya kaedah merebus menjadikan ianya satu resepi yang di sukai ramai.
Kata orang juga, menu ini lebih kepada pembuka selera. Kalau rasa tekak tak berapa nak berselera, inilah menu yang harus di cuba. Mungkin rasanya yang masam-masam pedas itu yang membuatkan mereka yang menyantapnya terasa cukup berselera sekali, bertambah lagi jika di lawankan dengan sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan kering... pasti tak pandang belakang di buatnya..


ASAM REBUS IKAN

4 ekor ikan kembung ~ ita menggunakan ikan merah
5 batang bendi
2 biji tomato ~ belah 2
2 keping asam keping
1 inc halia ~ di hiris
1 batang serai ~ di titik
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

6 tangkai lada merah ~ buang bijinya
4 biji cili padi ~ jika suka pedas
1 inc kunyit hidup
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

Ikan di siang, bersihkan dan di cuci
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
Tambahkan air secukupnya
Masukkan halia dan serai
Letak atas dapur dan rebus hingga didih
Bila dah mendidih masukkan ikan dan asam keping
Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan ikan empuk
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi
Biarkan ia merenih dan bendi empuk
Angkat dan hidangkan






Masam Manis dalam Australian Cake! Magazine


Assalamualaikum sahabat-sahabat ku sekalian..

Lama ita tak kongsikan perkembangan terkini blog Masam Manis. Maklumlah lama juga ita berehat seketika daripada berblog sejak kesihatan ita tak berapa mengizinkan di samping ita juga sibuk menyiapkan beberapa tempahan kek daripada rakan-rakan.

Hari ini ita nak berkongsi sedikit kegembiraan ita apabila Masam Manis muncul buat julung-julung kalinya dalam magazine online luar negara. Sebenarnya dah lama ita menyepi dari menerima undangan dari pihak majalah tempatan. Bukanlah merajuk dengan majalah tempatan .. tetapi faktor kesihatan ita tak banyak dapat membantu ita merialisasikan hajat mereka. Buku -buku masakan dan buku kek decorating ita juga terpaksa tertunda memandangkan kesibukkan ita dan fator pergerakkan ita yang cukup terbatas kini. Ita tak boleh berapa nak lasak dan aktif macam dulu. Semua kena buat berpada-pada.. bimbang tahap kesihatan ita berulang semula. Doa-doakan ita sihat sepertri sedia kala.. agar ita terus aktif kembali dalam persada dunia maya ini.






Buat pertama kalinya Masam Manis di pelawa untuk muncul dalam online magazine Australia. Sebenarnya Masam Manis  mendapat undangan untuk muncul dalam Australian Cake Decorating Network's e-magpada awal Ramadhan yang lalu oleh Kellie Rudland Contributtion Manager Cake Magazine. Tapi masa tu ita cukup sibuk untuk menyiapkan tempahan biskut raya. Ita pada awalnya menolak mengenangkan kesibukkan ita dan tidak mungkin ita dapat menerima pelawaan mereka ketika ita sibuk dengan tugasan yang lain. Namun mereka berkehendak juga Masam Manis tampil dalam keluaran Cake! Magazine mereka untuk keluaran bulan Ogos, memandangkan untuk keluaran ini adalah khusus untuk buttercream kek.


Segan ita di buatnya...
Maklumlah ita terlalu amatur dalam dunia baking. Baru sahaja berjinak-jinak dan banyak lagi ilmu yang perlu ita pelajari. Bakat yang ada pun ala.. ala.. aje.. cukup sekadar ita memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang inginkan sentuhan ita. Tidak layak rasanya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bakat-bakat bakers yang hebat di Malaysia mahupun di luar negara.. seperti Katherine SabbathValeri ValerianoKerrie WyerPatisserie Angelica rasanya ita ibarat pipit yang berangan-angan untuk terbang tinggi seperti helang....

Rasa seperti bermimpi... bila orang luar lebih menghargai bakat anak tempatan dari Malaysia. Terima kasih ita ucapkan kepada Australian Cake Decorating Networks's e-mag atas undangan ini. Sangat-sangat teruja dan sangat-sagat berbesar hati bila bakat ita yang sepi ini di hargai orang luar.

and to Australia Cake Decorating Network especially Cake! magazine editors and Contribution Manager, Kellie Rudland, thank you guys for having me in your recent publication. I hope that it will be a good reference to your readers worldwide.

Ok ita nak cerita sikit tentang majalah online ni.
Cake! Magazine keluaran Ogos kali ini adalah majalah Online Cake yang mengandungi 172 muka surat yang semuanya berkisar tentang buttercream cake. Banyak info dan maklumat penting yang dapat anda pelajari, disamping tutorial kaedah pengendalian kek buttercream dengan deco pelbagai dan menarik beserta video, anda juga di sajikan dengan pelbagai resepi buttercream seperti Swiss meringue buttercream dan Italian meringue buttercream.






Anda pasti teruja apabila melihat decorasi cake dari buttercream yang sukar di percayai. Deco terbaru dengan teknik yang pelbagai.
Jangan ketinggalan untuk mengalami dan menikmati keasyikan dunia cake buttercream
Pada anda peminat kek jom singgah Cake ! Magazine









 


Donut Sempoi lembut dan sangat gebu.



Ita memang cukup mengemari donut. Kalau di hidangkan pelbagai kuih di hadapan mata, pasti donut adalah pilihan ita yang utama. Namun begitu tak semua orang dapat menghasilkan donut yang lembut dan gebu yang serasi dengan anak tekak ita ni.

Donut pada ita sedap di nikmati ketika hangat-hangat. Lepas di goreng, salut aje dengan gula adoiii... terus kecur.. masa tu lah donut yang terbaik di nikmati.. meletup-letup dalam mulut..

Terdapat banyak resepi donut yang ita dah cuba. Semuanya ada keunikkan masing-masing. Tapi hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi donut yang sempoi dari Chef idola ita siapa lagi Chef Asma. Terima kasih Chef atas perkongsian resepi ini, sangat sedap sangat lembut dan juga sangat-sangat gebu.

Sekarang ni kerja menguli donut menjadi lebih mudah sejak ada bread maker. Kalau ada teringin nak makan donut, tak payah pening kepala fikir nak menguli, nak perap yis yang kadang jadi.. kadang tak jadi.. Dengan BM semua kerja menjadi mudah, ringkas, cepat, menjimatkan masa, dapur tak berkecah dan yang paling utama doh lembut dan sedap di nikmati.




Kalau anda berhajat nak dapatkan bread maker ni satu cuba intai-intai FB Chef Asma, beliau ada jual macam-macam produk Trio yang banyak membantu tugas anda memasak di dapur. Semuanya di hujung jari dan semudah ABC.

Berbalik cerita donut kita ni, sesuai lah dengan namanya donut sempoi.. memang sempoi habis. Doh dia sangat lembut dan masyaallah bila perap dia naik berganda-ganda. Jadi ita nasihatkan jangan perap lama sangat tau.. nanti dia naik masyaallah.... sampai melekat2 dah boleh bakar terus rasanya jadi roti.. hehe

Anda juga kena jarakan sikit bila dah bentuk donut tu, supaya dia tak melekat dan berhimpit-himpit bila dia naik. Ita ingat jangan bagi dia naik sangat nampak dah gebu aje ok dah boleh goreng, sebab kalau biar lama sikit dia naik lagi gebu, payah nak angkat pulak nanti.

Di sebabkan ita menggunakan bread maker, maka ita tak adalah buat step by step. Insyaallah ita akan buat lagi menggunakan resepi ini .. nanti ita tunjukkan stepnya ya..
Tapi mudah aje.. beli aje satu BM ni.. senang kerja anda di dapur.. hari-hari boleh buat donut dan roti untuk keluarga :)



DONUT SEMPOI
Resepi Oleh : Chef Asma

500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti )
10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan
1 sudu besar bread softener ~ optional
60 gm mentega
60 gm gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

minyak untuk mengoreng terendam
gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut

Ita menggunakan bread maker untuk menyediakan donut ini
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker ( kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor / gula icing untuk salut donut )
Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli. Masa ni bolehlah buat kerja lain.. memasak ke.. basuh baju ke.. kemas rumah ke.. sidai baju ke.. lipat kain ke.. sebab tu di namakan Trio Bread Maker boleh buat dua tiga kerja sambil menguli ^_^

Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
Pas tu boleh lah bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm. jadi dapat lah dalam 25 keping doh atau donut nanti.


Kemudian rehatkan kejap, tutup atasnya dengan kain atau plastik dan simpan kejap dalam ruang yang hangat sikit.. macam dlm almari atau oven yang tak di on tau!
Kejap aje ya dalam 10 minit.. takut nanti kalau lama dia naik sangat..
hihi donut ita ni dah naik sangat tau.. sebab leka berbual kat talipon. tu yang kedut-kedut bila di penyekkan. Tapi tak pe.. bila goreng dia licin balik.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kemudian teka-tekan dia bagi penyek sikit dan tebuklah lubang kat tengah-tengah dia
Panaskan minyak dan bolehlah goreng
Minyak jangan panas sangat nanti cepat hangus di luar dan dalam tak masak pulak. Dan jangan kurang panas pula nanti donut serap minyak tak sedap pulak. Minyak yang sedang-sedang aje
Balik-balikkan doh masa masak supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
Kemudian bolehlah salutkan gula.

Tips mudah salut gula.
Ita letakkan gula dalam plastik bag
Masukkan donut dalam 2 atau 3 keping dalam bag plasti tersebut dan goncang-goncang biar gula bersalut pada donut sekata
hihi tak berserak dapur dengan gula dan dapat jimatkan gula juga ^_^




Seri Muka Durian yang sangat sedap


Sana sini orang dok tayang seri muka durian. Sedap ke? maaf saya tak makan durian jadi tak tahulah akan kesedapan yang menjadi bualan ramai.
Ruginya... tak makan durian....
Tak rugi lah.. Allah yang tentukan nikmat apakah yang nak di berikan pada hambanya. Mungkin saya tidah dapat merasa kenikmatan durian tapi dapat menyediakan hidangan durian buat keluarga tersayang sudah benar-benar mengembirakan hati saya.



Memang payah sebenarnya nak menyediakan hidangan atau kuih muih berasaskan bahan yang kita tak suka makan. Bukan setakat merasa.. nak menghidu harum baunya pun teramat payah. Namun berbekalkan semangat ingin mengetahui kesedapannya.. ita turut sama kawan-kawan untuk mencuba.


Resepi asal milik Chef kesayangan ita Chef Asma. Chef Asma pernah kongsikan resepi ini dan beberapa resepi kuih muihnya yang lain dalam majalah Nourish. Ingat lagi tak ita pernah mencuba resepi Talam Lapis Pulut Hitam yang sangat marvelous di SINI. Aduyaiiii... masih terasa-rasa lagi kesedapan talam lapis pulut hitam yang mulus itu.

Hari ini daripada buku yang sama, ita kongsikan pula resepi Seri Muka Durian. Resepi asal Chef Asma menamakannya Seri Muka Durian Marble, tapi ita buat tak marble sebab dah kelang kabut nak hantar Dalili ke sekolah, ita tuang aje semua warnanya.. huhu jadi lah warna hijau serindit ni.. hehe.

Resepi yang sama juga telah di kongsikan oleh Yatie yang menurut beliau di ambil dari blog Fiza Nordin.
Ok kepada yang nak mencuba ita ada tunjukkan bagaimana cara penyediaan kuih serimuka durian yang mudah dan sedap ini.


SERI MUKA DURIAN
Resepi Oleh : Chef Asma
Rujukan : nourish!
Terbilan :  Nourish Publishing & Events Sdn Bhd


Lapisan Bawah ( Pulut )

500 gm pulut ~ di rendam selama 4 jam
300 gm santan pekat ~ ita guna santan KARA
300 ml air
2 sudu teh garam



Sediakan loyang 10 X 10 inc
Lapik loyamg dengan plastik 16 X 16 inc dan oleskan dengan sedikit minyak jagung atau minyak masak
Pulut di cuci bersi dan toskan
Tuangkan pulut ke dalam loyang dan ratakan
Masukkan garam dalam santan pekat dan kacau rata
Tuangkan santan tadi dalam air dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang pulut
Tutup dengan kertas aluminium dan kukus dalam kukusan yang telah mendidih selama 30 minit.

Sementara menunggu pulut kita masak kita sedikan pula lapisan atas.



Lapisan Atas (  Durian )


140 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
60 gm tepung gandum
180 gm gula ~ resepi asal 140 gm gula ita tambah lagi 40 gm kerana ita rasa macam kurang manis
270 ml santan pekat
470 ml air
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur
2 biji telur

Bahan B

100 gm isi durian ~ ita lebihkan 150 gm
100 ml air

Bahan C

1 sudu teh pewarna kuning telur
1/2 sudu teh pewarna lemon
1/8 sudu teh pewarna hijau


Dalam bekas, satukan tepung beras, tepung ubi, tepung gandum, gula, garam, air kapur
telur , santan dan air
Kemudian di kacau rata
Jika berbentel, masukkan dalam bleder dan kisar halus
Kemudian di tapis


Satukan pula isi durian bersama air dan kisar dalam blender hingga halus
Campurkan isi durian dan adunan tepung tadi kedalam periuk, letakkan pewarna kuning telur dan kuning lemon dan kemudian masak atas dapur dengan api yang perlahan sambil senantiasa di kacau hingga berwap.
* ita campurkan semua warna sekali tu yang warna ita jadi hijau serindit
Mengikut cara Chef, beliau bahagiakan adunan kepada 3 bahagian
Kemudian ambil 3 sudu adunan dari setiap bahagian dan letakkan perawna hijau

Bila pulut dah masak, keluarkan dari kukusan dan tekan bagi padat
Tuangkan 1 bahagian adunan durian atas pulut dan ratakan
Kemudian titikkan dengan warna hijau dan dengan menggunakan lidi buluh, marbelkan ia.
Kemudian tutup dengan aluminium dan kukus selama 15 minit
Bila dah 15 minit ulang kaedah dan cara yang sama untuk bahagian yang lain.
Untuk bahagian akhir kukus selama 20 minit

* ita tuang semua dalam loyang dan terus kukus selama 25 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.


Bila dah sejuk, bolehlah di potong deangan menggunakan pembaris dan pisau plastik, untuk potongan yang lebih cantik dan sama.
Bolehlah di hidangkan

Suami dan anak-anak ita kata sedap kuih talam ni..
Anda pun harus cuba!









Deen Burger Bakar nganga.. kunyah.. telan..

Kunjungan kami ke Tampin, tidak lengkap rasanya jika tidak jalan-jalan cari makan. Kerana kami sampai pun dah agak lewat malam, maka kami mencari makanan yang ringan-ringan sahaja supaya tak mengantuk bila nak drive balik ke JB nanti.


Anak-anak pula bercadang nak merasa burger bakar yang popular di sini.. Burger mana lagi? DEEN BURGER BAKAR  lah..!
Siapa yang tak kenal dengan burger Deen bakar ni.. Rasanya dah popular di Malaysia dan telah mempunyai rangkaian franchise di Semenanjung Malaysia.


Dewasa ini, fenomena burger bakar mula menular di seluruh negara. Golongan mudalah yang paling mengemari hidangan santai ini. Seperti burger lain burger bakar turut menyajikan hidangan yang serupa, namu perbezaannya adalah daging burger di bakar terus tanpa menggunakan pan. Inilah yang membangkitkan aroma yang luar biasa di tambah lagi ramuan rempah ratus yang di gunakan dalam perapan daging terpilih ini.




Kedai yang terletak di hadapan Pasaraya KK, Jalan Bunga Tanjung ini, menyajikan pelbagai hidangan burger yang harus anda cuba!
Homemade patty yang harus di rasai keenakkan pattynya  yang berjus, lembut di dalam  di apit pula dengan bun yang lembut serta dilapisi pula dengan keju amat mudah menangkap selera. Sos di sini mempunyai rasa yang tersendiri.. Hidangan yang cukup ringkas tetapi memberi seribu satu kenikmatan yang tak terkata... Anda boleh pilih berapa lapisan patty yang anda inginkan.. 1. 2. 3 atau 4 semuanya terhidang di depan mata. Kami sangat  berpuas hati dengan sajiannya. Seperti juga yang lain, burger bakar ayam dan lembunya amat berperisa dengan patty buatan sendiri yang beraroma bakar. Sos yang tersendiri juga begitu memukau.



Di samping kehebatan menu burgernya, burger Deen Bakar juga menawarkan menu lain Black Canyon, family snack, best meat ball, kentang goreng,  serta sosej yang boleh dipesan secara berasingan. Jika anda mencari burger terbaik di Tampin pastinya Burger Deen bakar adalah pilihan yang terbaik. Jangan lupa juga pesan minuman yang pasti menghilangkan dahaga anda.


Kedainya cukup santai di malam hari dan sesuai untuk kunjungan bersama keluarga. Dengan tempat makan yang cukup selesa, bersih dan susunan yang teratur serta ruang parking yang di sediakan. Suasananya yang santai, amat  sesuai untuk beramah mesra dengan keluarga dan rakan-rakan malah amat sesuai untuk reunion. Tidak ketinggalan juga sebagai tempat makan yang romantis untuk pasangan bercinta.

Kedai ini beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu.. dari pukul 5ptg hingga 12malam. Kalaulah anda tersesat di Tampin ni.. jangan lupa pekena burger bakar Deen pasti anda teringat-ingat bila sampai di rumah nanti.







Kek Perkhawinan dan Hantaran

Tak lama lagi dah cuti sekolah. Biasanya cuti sekolah ni, maka banyaklah majlis kenduri -kendara, perkhawinan dan juga pertunangan.
Hari ini ita kongsikan beberapa kek perkhawinan dan pertunangan yang pernah ita sediakan. Mungkin boleh di jadikan contoh atau idea bagi pasangan mempelai atau bakers yangsedang mencari ilham untuk merialisasikan impian pasangan mempelai.













































Selamat pengantin baru kepada semua pasangan mempelai. Semoga bahtera yang di bina akan berkekalan hingga ke hujung nyawa




Pau kacang merah, gebu dan sangat sedap


Seperti Yatie, ita juga agak fobia nak membuat pau. Biasanya ita beli aje.. Dulu ita selalu beli dengan seorang kakak ni, dia jual di hadapan sekolah agama Taman Daya. Bila hantar atau ambil Dalili mesti ita singgah untuk membeli pau kakak tu. Paunya sedap! lembut dan sangat gebu, putih mulus pulak tu. Ita suka paunya bukan sahaja kerana kegebuan dan kelembutannya, tapi kerana inti paunya juga sangat sedap! Ada pau kacang merah, kari ayam dan daging, pau kelapa dan yang paling menjadi kesukaan ita adalah pau sambal, memang terangkat habis.

Selalu anak-anak sekolah yang rajin beli paunya. Kalau tak silap 1 biji RM 1.50. Tapi kenyanglah kalau makan pau kakak ni.. besar pulak tu.. Kalau ita pasti 2 ketul pau sambal.. layan pulak dengan secawan teh atau milo, memang kenyangnya sampai jejak ke malam.
Masa tu tak terfikir pula nak minta resepi.. maklumlah orang meniaga. Kita yang segan nak menanya.


Tapi tulah... kalau nak suruh buat memang fobia. Masalahnya pau tak jadi mulus, montok dan gebu. Sebaliknay mengerekot dah macam bulan purnama pun ya jugak berkawah sana sini dan berkedut seribu. Aduyaiiii... sedih melihatkan pau yang keras kematu.

Ita fikir dua tiga kali untuk mencuba resepi pau ni.. takut sejarah lama berulang kembali. Tapi sebenarnmya ada tips dan panduan yang harus di patuhi dalam membuat pau ni. Oo.. barulah tahu. Sekarang dah tak adalah rasa segan bila nak membuat pau malah boleh buat frozen lagi untuk sarapan pagi, bekalan anak-anak atau untuk merai tetamu yang bertandang.


Terima kasih pada tuan empunya resepi, kepada sahabat-sahabat yang sudi kongsikan juga. Kepada yang fobia macam ita bolehlah mencuba.. insyaallah kalau ikut kaedahnya pasti dapat menghasilkan pau yang lembut, gebu dan mulus. Dengan resepi yang sama anda boleh menggunakan inti yang berlainan, mengikut citarasa anda.

Resepi pau ni dapat banyak tau! kalau nak buat frozen tu oklah kot.. atau nak buat dalam pelbagai inti. Tapi kalau nak makan untuk sekali aje.. ita cadang buat 1/2 adunan sahaja. Ita buat pun dapat 3 kali kukus. Oleh kerana kukus ita besar muatlah dalam 15 ~ 16 biji sekali kukus.

Kalau nak pau yang putih mulus, ita cadangkan menggunakan tepung pau. Ita tak guna tepung pau, sebaliknya hanya menggunakan tepung gandum sahaja. Sebab tu pau ita tak putih melepak.

Sebelum membuat pau, kita kenalah sediakan intinya dahulu. Inti ni, kita sediakan 1 hari awal. Untuk pau ita kali ini ita menggunakan inti kacang merah. Inti ni dapat banyak juga. Kalau nak guna sikit aje buat 1/2 daripada adunan. Ia memakan masa jugak kalau nak buat, bagi yang nak buat meniaga boleh cuba resepi ni, tapi kalau nak makan sekali sekala untuk keluarga, boleh juga beli inti yang dah siap. Cuma kadang kita risau sikitlah sebab tak tahu siapa yang membuatnya.


INTI KACANG MERAH
Resepi Oleh : Auntie Ah Khoon
Di kongsikan Oleh : Dapurzitah

1 kg kacang merah besar ~ basuh bersih dan rendam sebentar
1700 ~ 2000 gm gula pasir ~ manis bergantung pada selera, lebih gula inti tahan lebih lama
1 kg minyak jagung
garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
1 helai daun pandan ~ di simpul


Kacang yang kita dah rendam tadi cuci bersih
Rebus kacang hingga mendidih.
Tutup api dan biarkan periuk bertutup selama 2 hingga 3 jam. Anda akan dapati kacang akan mengembang besar.
Rebus semula hingga kacang lembut
Bila kacang dah lembut angkat biarkan sejuk sebentar. Air rebusan jangan buang ia di gunakan untuk kisar kacang
Bila dah sejuk, kisar kacang dengan air rebusan (jangan banyak ya, sekadar untuk kisar kacang) dan kisar kacang hingga halus
Masukkan kacang dan daun pandan ke dalam kuali, Kacau sampai mendidih
Kemudian masukkan gula
Lepas tu masukkan garam halus secukup rasa lemaknya.
Bila dah mendidih , berkilat dan sebati, masukkan minyak
Kacau sampai minyak betul-betul sebati dengan kacang
Biarkan ia mendidih dan agak likat
INGAT! guna api yang kecil sahaja supaya kacang tidak hangit.
Kacang yang hangit akan memberikan aroma dan rasa yang kurang enak
Sentiasa kacau jangan sampai berkerak
Kemudian ambil tepung gandum anggaran 1/2 cawan dan ayakkan atas adunan kacang sambil sebelah tangan lagi mengacau
Ayak tepung sikit-sikit sambil di kacau
Bila adunan tidak melekat pada kuali atau mula melekang dari kuali, maka masaklah inti kacang ni tadi
Bolehlah tuang dalam bekas dan sejukkan
Simpan dalam peti ais ( Chiller ) untuk tahan lama


PAU
Resepi Dikongsikan Oleh : Iza Lan
Rujukkan : Yatie

1 kg tepung pau  atau tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Kedua-dua bahan di atas di ayak bersama

1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak
2 1/4 cawan air
11 gm yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar
Tuangkan adunan cecair sedikit-sedikit sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit



Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm )
Kemudian leperkan
Masukkan inti yang telah di bulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm )
Tutup dan kemaskan
Letakkan doh atas lapik kertas minyak yang di potong segi empat atau bulat, atau letakkan atas paper cup yang di leperkan sedikit


Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain
Biarkan doh naik 1 kali ganda ( jangan terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras)
Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.
Kukus pau selama 7 hingga 10 minit


Bila dah masak, angkat kukusan dengan penutupnya sekali. Jangan buka tutupnya dahulu, biarkan sebentar baru di buka tutup kukusan. Ia mengelakkan pau terencat dan mengecut.
Keluarkan pau dan sejukkan atas redai


Tips untuk frozen
Setelah pau sejuk dari redai, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Masuk dalam bag plastik pun boleh.
Simpan dalam peti ais
Bila nak makan keluarkan dan kukus semula selama 5 minit











Puding Jagung Gula Melaka sedapnya...


Sedap sungguh puding jagung gula Melaka ni... lembut... terasa lemak manis gula Melakanya.
Ita memang suka sangat apa-apa yang berasaskan jagung. Kebetulan kami sekeluarga memang suka puding jagung. Suami ita pula memang peminat puding atau kuih muih yang lembut dan manis-manis.. maklumlah orang negeri Cik Siti Wan Kembang ni memang tak boleh berenggang dengan manisan.

Resepi puding jagung yang ita kongsikan ini memang cukup enak sekali lebih enak lagi bila di makan bersama gula melaka.. terasa lemak manisnya menagkap ke sanubari. Pudingnya yang lembut dan dingin bila di simpan di dalama peti ais seharian memang cukup menyegarkan bila dinikmati.



Resepi ini ita ambil dari My Resepi dan di kongsikan oleh kh267tm. Terima kasih kerana kongsikan resepi yang enak dan lazat ini.
Puding ini pada ita amat sesuai di hidangkan sebagai pencuci mulut, untuk merai tetamu. Anda boleh sediakan dalam acuan comel pelbagai bentuk, boleh di letakkan dalam loyang atau kaserol, atau di letakkan dalam cawan plastik yang comel. Bila nak makan nanti hanya curahkan sirap gula melaka sahaja. Puding ni lembut tau, jadi pada ita kalau letak dalam cawan plastik dadih tu memang sesuai sangat.

Jomk intai resepi puding jagung yang enak dan lazat ni


PUDING JAGUNG GULA MELAKA
Resepi Oleh : kh267tm

50 gm tepung Honkwee
1 sudu besar tepung kastard
800 ml santan atau susu segar
1/2 tin jagung whole kennel
1 sudu teh garam
1 sudu teh perasa jagung 

SIRAP GULA MELAKA
150 gm gula Melaka
3 sudu makan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan ~ di simpul

Mula-mula kita sediakan dahulu sirap gula Melaka
Satukan semua bahan sirap gula Melaka dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan mendidih
Angkat, tapis dan sejukkan

Satukan semua bahan puding dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang sederhana hingga adunan pekat dan berkilat.
Bila adunan  meletup-letup kecil, tutup api. 
Sediakan acuan kecil dan bilas dengan air
Tuangkan adunan dalam mangkuk kecil, atau acuan kecil tadi.
Tuang cepat-cepat sebab adunan ni cepat mengeras.
Sejukkan
Bila nak menghidang, tuangkan gula Melaka di atasnya dan sedia di nikmati





Kek Milo 3 minit osem!



Percaya tak... ita boleh siapkan 2 mug kek milo ini hanya dalam masa 3 minit sahaja..

Wah! mesti ada yang tak percaya kan... percayalahhhhh....
Sebenarnya memasak atau menyediakan sesuatu hidangan bukanlah sesuatu yang sukar. Janji kita rajin dan ada sedikit perasaan kasih dan sayang.. pasti semuanya semudah ABC

Terima kasih tau! pada penyumbang resepi yang memberikan idea yang cukup briliant ini. Resepi yang cukup mudah , ringkas dan menjimatkan masa ini ita dapat hasil perkongsian rakan-rakan di group Masak Apa Hari  Ini

Seronok dapat join group masak-masak ni, kerana dari sini kita dapat pelbagai ilham nak masak apa untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang. Walaupun group ini di lahirkan atas perkongsian " nak masak apa untuk hari ini" tapi ianya banyak membantu memudahkan tugas suri rumah di dapur. Rakan-rakan dalam group ini juga cukup sporting. Mereka tidak lokek untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang lain. Admin page ini juga pada ita cukup rajin dan cekap mengendalikan page ini. Sebarang bentuk iklan atau apa-apa yang kurang selesa, beliau segera bertindak untuk meredakan keadaan. Itulah yang terbaik dan buatkan ita suka sangat menjengah group ni untuk dapatkan ilham memasak.


Dulu, sebelum ita terlibat dengan blog, ita bermula dari fb group masak-masak jugak iaitu Kongsi Resepi. Tapi sekarang group tu rasanya macam dah tak ada lagi.. sedih sangat.. sebab ramai rakan-rakan masak-masak yang ita kenali di situ yang kebanyakkannya adalah rakan terbaik dan sifu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami yang baru berjinak-jinak di dapur.


Zaman sekarang ni.. dengan bahan - bahan yang semakin mahal harganya, sebagai suri rumah kita kena bijak dalam menguruskan kewangan dan belanja dapur. Oleh itu ramai yang ita perhatikan sekarang lebih suka masak masakkan yang mudah dan simple.

Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah dan simple . Dahlah bahan nya mudah.. tak perlukan mixer untuk mengadun hanya guna sudu atau senduk kayu pun ok! masak pula tak perlukan oven, hanya menggunakan microwave aje.. cukup cepat hanya 3 minit anda sudah dapat menghidangkan kek yang osem untuk suami dan anak-anak... rasanya juga sedap.. kek yang lembut dan gebu . Kek ni kena makan panas-panas tau! baru sedap.. kalau sejuk dia akan keras sikit, anda kena panaskan semula biar hangat-hangat makan sedap dan lembut. Letakkan pula ganache coklat atau melty hershesy lagilah... mengancam! ada pulak aiscream vanilla.. waaaa.... dah tak boleh cakap dah meleleh-leleh ayak liur di buatnya


KEK MILO 3 MINIT
Resepi Oleh : Siti Nor Arbi Ibrahim
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini


4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )


Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata


Sedikan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan kedalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya


Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.


Inilah hasilnya setelah masak.
Sedap sangat bila di hidangkan dengan curahan Melty Hersheys.
Makan hangat-hangat pulak tu.. kalau ada ice cream vanilla lagilah walla!

Nak tengok betapa lembut kejadiannya..


Nampak tu....
Gebukan.. bersakar-sakar lagi...
Jomk cuba!





Nasi Pulao dan Ayam Goreng Jawa


Nasi Pulao mungkin asing bagi ita dan keluarga, tapi mungkin tidak bagi mereka yang pernah merasa atau menikmati nasi yang sangat sedap ini.
Resepi ini juga adalah hasil pengkosian rakan-rakan di group Masak Apa Hari Ini. Ita dan keluarga memang cukup mengemari nasi yang berempah dan beraroma macam ni. Kebetulan bahan-bahannya cukup mudah dan simple, itu yang membuatkan ita tak berlengah lagi untuk mencuba.

Percubaan yang tidak sia-sia nampaknya kerana memang nasi ini cukup enak , beraroma dan berperisa. Bila melihatkan ramuannya, ita jangkakan nasinya seakan nasi tomato. tapi jangkaan ita meleset, walaupun seakan-akan tapi lada hitam dan serbuk jintan manis merubah rasanya kepada satu rasa yang cukup enak dan beraroma, menepati selera kami sekeluarga.

Menurut tuan empunya resepi ini, resepi nasi ini asalnya adalah idea dari kak Ida Shahida, tapi di ubah suai sikit oleh Noraida Durani. Bijak mereka mengolah sesuatu resepi menjadikan ianya resepi yang terbaik.


Resepi ini di gandingkan dengan Ayam Goreng Jawa. Ayam yang di masak bersama rempah ratus dan santan pekat, kemudian di goreng garing.. cukup membuka selera. Ratah macam tu pun sedap ayam ni. Terasa lemak manis ayam yang beraroma di tambah pula bila di nikmati bersama nasi yang lembut dan wangi.

Ayam ni di perap dahulu bersama rempah ratus, kemudian di masak. Ita bahagikan kepada dua tau! sebahagian ita goreng dan sebahagian lagi ita tidak goreng kerana lauk rempah tu dah cukup enak dah bila di gandingkan dengan nasi.. walla sedapnya.. terasa macam percik ayam kuahnya tu.. Jadi bila anda nak masak nanti,  masak lauknya atau kuahnya  tu lebihkan sikit agar dapat di nikmati dengan nasi. Taklah kering aje nasi ni kan.

Menurut tuan empunya resepi lagi, nasi ini sedap di makan bersama ayam masak merah, ayam masak rose atau yang sewaktu denganya. Makan dengan lauk kurma, ayam dendeng dan rendang juga sedap nasi ni.



NASI PAULO
Resepi Oleh : Kak Ida Shahida
Di kongsikan Oleh : Noraida Durani
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini

2 cawan beras basmathi ~ di rendam sebentar hingga lembut, cuci bersih dan toskan
1/2 senduk minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
2 biji bawang besar ~ di mayang halus
2 biji tomato ~ di cincang atau di potong kiub kecil
1 inc halia ~ di ketuk atau dihiris atau di tumbuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1/3 sudu teh serbuk lada hitam atau lada hitam ~ di tumbuk
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 kiub ayam
garam secukup rasa
air secukupnya untuk menanak nasi ( air untuk menanak nasi beriani di lebihkan dari sukatahn nasi biasa )
1 helai daun pandan ~ di simpul
Kismis dan bawang goreng ~ untuk hiasan


Panaskan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk nasi.
Tumiskan bawang besar hingga garing
Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji pelaga, halia dan tomato
Masak hingga lamoto layur
Tambahkan lada hitam dan seruk jintan manis, masak hingga harum
Tambahkan air , kiub ayam dan garam secukup rasa
* air jika masak menggunakan beras basmathi, airnya kena lebihkan dari sukatan nasi biasa ya. dan beras kena rendam dahulu kalau tidak nasi keras nanti.
Tutup periuk dan biar didih
Masukkan beras dan daun pandan
Tutup periuk dan biarkan nasi di tanak sempurna
Sesekali kacau nasi dengan chopstik supaya nasi tak patah
Bila nasi dah masak, hidangkan dengan taburan kismis dan bawang goreng



AYAM GORENG JAWA
Resepi Oleh : Noraida Durani
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini

1 ekor ayam ~ di potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asak keping
sedikit gula kabung atau gula melaka atau gula merah
garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 inc halia
1 inc lengkuas
2 inc kunyit hidup
1 batang serai
1 sudu makan ketubar
2 biji buah keras
7 ulas bawang kecil


Masukkan ayam ke dalam periuk atau kuali besar
Masukkan rempah atau bahan yang telah di kisar halus
Masukkan santan pekat
Masukkan asam keping
Masukkan garam
Gaul rata
Panaskan atas dapur hingga kuahnya pekat
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa

Ita bahagi 2 ayam ni. Separuh ita goreng dan separuh lagi ita biarkan ia berkuah untuk di makan bersama nasi

Ayam yang dah kering kuahnya anda ambil dan goreng dalam minyak secara terendam
Angkat dam toskan minyaknya




Selamat menjamu selera...






Puding Sedut... sedapnya..!


Tak berapa hari lagi, anak-anak dah mula cuti sekolah. Bila tiba musim cuti, pasti ibu macam lipas kudung di dapur menyiapkan hidangan untuk anak-anak. Anak-anak pula pasti kerap ke dapur untuk melihat apalah makanan yang boleh di makan. Peti ais pula tak berhenti di tutup di buka untuk mengintai segala isi perut yang berada di dalamnya.

Seperti biasa, bila cuti bermula, ramai para ibu mula memikirkan jajan untuk anak-anak. Biskut , kuih-muih, jelly dan aiskrim pasti adalah antara jajan utama yang mesti ada buat mengalas perut anak-anak yang sering kelaparan.


Sebagai persediaan, apakata kita sediakan 'puding sedut' atau lebih popular dengan panggilan 'puding siruk' di kalangan pengemar puding.
Puding sedut atau puding siruk ini adalah puding yang terlalu lembut teksturnya. Oleh sebab itu dia lebih mudah di nikmati dengan menggunakan straw. Sedap tau puding ni. Anda boleh mempelbagaikan perisanya mengikut citarasa masing-masing.

Cara membuatnya juga cukup mudah dan pasti menjadi kesukaan anak-anak.
Ia lebih kurang macam dadih jugak lah kan.. tapi lebih lembut lagi dari dadih.
Jom ikut ita masuk dapur dan kita pelajari kaedah penyediaan puding sedut atau puding siruk yang sedang hangat di pasaran ini.



PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
Resepi oleh : Resepi Ringkas
Rujukkan : Citarasawan


1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa



Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry

Sediakan botol kaca secukupnya
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw


Ita juga sediakan perasa Nescafe, moca, Milo dan vanilla untuk suami dan anak-anak
Untuk Nescafe atau Milo pula, bila agar-agar dan mendidih, ambil dalam 2 senduk tuang dalam cawan atau mangkuk
Kemudian letakan serbuk Nescafe atau Milo mengikut citarasa
kacau rata
Kemudian tuangkan dalam adunan yang lain dan sebatikan
Barulah tuang dalam botol dan dinginkan


Yang mana menjadi kesukaan anak-anak, Padel Pop atau Nescafe, vanilla, milo atau moca
Yang pasti semuanya sedap.. Slurppppp!!! dingin terasa












Kek Pisang Lembab dan sangat lembut

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Demam kek pisang TMJ tak kebah-kebah lagi. Ini penangan tayangan perdana oleh cik adik kita Sweet Laling. Adoiii... pengsan tengok kek pisang yang laling tayang setiap hari.. yang kebah boleh demam dan yang demam boleh kebah..

Ramai pengemar kek pisang rupanya. Bukan TMJ sahaja, ita juga aladalah salah seorang pengemar kek pisang. Pantang nampak kelibat kek pisang, pasti ita teringin nak mencuba. Banyak dah resepi yang ita cuba, tapi tak dan nak snap gambar sebab taulah kan bau kek yang semerbak memang tak boleh tunggu lama. Anak-anak pun merengek  tak sabar nak merasa.. tu yang tak pernah sempat nak posing kek pisang tu. dan..dan.. tu jugak habis sebuku.

Selera orang lain-lain kan.. ada yang suka kek pisang yang gebu ala-ala kek span. Ada yang suka kek pisang yang moist, lembab dan berat ala-ala bingka. Ada juga yang sukakan kek pisang kerana tektur keknya yang berbecak-becak di dalam.

Hari ni ita kongsikan satu lagi kek pisang yang bukan sahaja sedap dan lazat tapi kek ni cukup moist, lembut sangat dan dia basah-basah kat atas permukaannya yang membuatkan kek ini pada ita cukup istimewa dan lain dari kek pisang yang pernah ita cuba sebelum ini.


Resepi kek pisang yang moist dan lembut ini di kongsikan oleh Yatie. Menuruk Yatie , beliau mendapat resepi kek pisang ni ketika beliau melawat auntienya. Kebetulan auntienya sedang menyediakan kek pisang, kata orang tu langkah kanan lah kan.. bila dah rasa kek pisang yang sedap, yatie pun mintalah resepi. Alhamdulillah dari perkongsian Yatie ni dapatlah ita merasa kek pisang yang sedap ni. Kek yang sangat lembut, moist dan lembab di permukaan kek.

Resepi yang yatie kongsikan agak banyak. Ita hanya sediakan 1/2 daripada adunan sahaja. Kek ni dia tak naik mengunung atau gebu tau! ia sedang elok aje... rata aje permukaannya tu. Ita ada lah tokok tambah dan ubah suai sikit resepi sesuai bahan yang ada di rumah. Pisang yang ita guna ni ita tak pasti pisang apa.. suami yang beli, sayang tengok pisang tu tergolek-golek ita pun buatlah kek pisang ni.. tapi memang tak berbintik lah kan kek nya. Kalau nak yang berbintik-bintik cantik tu kata orang guna pisang berangan atau pisang 40 hari.

Jom kita intai pulak resepi kek pisang yang lembut dan moist ni.


KEK PISANG LEMBAB DAN LEMBUT
Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukkan: Yatie

350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak


Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!







Bihoon Soup Kemboja


Seperti biasa ita sekeluarga cukup mengemari mi yang berkuah. Ita juga cukup mengemari soup. Kalau di Jb ni mee soto , sup daging, sup tulang memang menjadi kegemaran ita. Kebiasannya seminggu sekali mesti pekena semangkuk mi sup atau sup panas.

Cuaca yang tak menentu dengan jerebu yang melanda negara, membuatkan kesihatan kita pun sedikit terganggu. Ada yang dah mula di serang batuk dan selsema. Bila badan dah mula rasa tak berapa selesa, ita lebih suka masak sup untuk menghangatkan badan semula.

Sebenarnya dah lama ita nak buat Bihoon Kemboja ni. Ita selalu makan di Kota Bahru setiap kali ita pulang ke kampung. Bihoon Kemboja ni ia tak macam mi soto yang kita sediakan di Johor. Ia lebih ringan dan tidak berempah ratus.

Hasil perkongsian dari rakan-rakan di group Masak Apa Hari Ni, dapatlah ita melempiaskan hajat yang dah lama teringin nak mencuba masak sendiri. Mula tu frust jugak sebab ita tak sempat nak copy paste resepi yang kawan kongsikan. Puas lah scroll mencari tapi tak jumpa jugak adoiii...
Tapi bila ita kemukakan pertanya.. Alhamdulillah ada rakan yang sedia kongsikan semula.. kan ita dah kata group masak-masak ni best sangat.. semuanya sporting dan suka menolong. Tak rugi join group Masak Apa Hari Ni.


Terima kasih kepada sahabat ita Aimie Safawati yang sudi kongsikan resepi yang hilang ini. Terima kasih juga kepada tuan empunya resepi Indah Bayu yang sudi kongsikan resepi yang sedap ini.

Resepi yang Indah Bayu kongsikan ini cukup ringkas, katanya ala-ala aje.. Walaupun alal-ala tapi hilang juga kempunan ita ni..

Kalau ikutkan resepi asal yang ita google, Bihoon Kemboja ini di makan bersama daging merah atau daging mentah, tapi ita tak buatlah kan sebab ita memang tak boleh makan daging mentah. Jadi hirisan daging tu ita rebus sekali bersama tulang. Ia juga di makan bersama sos cili, minyak bawang putih, cili jeruk , kicap yang di masak bersama minyak ikan dan gula merah serta di makan bersama mi beras. Mi beras mereka ni bukan macam bihoon kita ni dia leper dan lembut macam kuetiau. Tapi dia datang dalam bentuk kering jugak, perlu di rendam dan di rebus sebelum boleh di hidangkan bersama kuah sup. Ita hanya menggunakan bihoon biasa aje.. sebab nak keluar kebandar mencari.. adoiii.. malas lah pulak dengan cuaca yang berjerebu ni.. Tak apalah guna bihoon pun sedap!


Seperti Indah Bayu, ita juga sediakn bihoon ini bersama cili kicap. Alahaiii... tekak anak Johor ni.. mesti nak cili kicap jugak kan..

Cara menyediakan Bihoon Kemboja ni ita ada ubah suai sikit, tapi masih lagi menggunakan resepi yang sama yang Indah Bayu kongsikan. Cuma ita ikut cara memasak yang ita lihat di youtube. Kuah dia kalau yang sebenarnya sedikit masam kerana perlu di makan bersama perahan lemon. tapi sorrylah sebab nak cepat snap gambar takut hari hujan.. ita terlupa pulak nak letak lemon. Tapi kalau kawan-kawan nak hidangkan jangan lupa lemon tau! sebab kalau masam-masam sikit baru ngam!


BIHOON SUP KEMBOJA
Resepi Oleh : Indah Bayu
Di kongsikan oleh : Aimie Safawati

Ita menggunakan tulang dan daging. Indah menggunakan ayam. Kawan-kawan boleh pilih samaada nak guna ayam atau daging dan tulang

500 gm tulang ~ potong kecil dan cuci bersih
500 gm daging ~  hiris nipis
2 labu bawang besar ~ di belah 4
3 cm halia ~ hiris
1/2 batang lobak hiris
akar daun bawang ~ cuci bersih ambil bahagian labu bawah yang warna purple 2 inc dari akarnya
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Bahan tumis

2 labu bawang merah ~ di hiris
3 ulas bawang putih ~ di hiris
Minyak untuk menumis

Bahan Lain

1 kiub sup
1 kiub daging
1 sup bunjut
1/2 batang lobak merah ~ hiris
4 biji kentang potong dadu


Masukkan tulang dan daging ke dalam periuk dan rebus
Kemudian masukkan juga  bawang yang di belah 4, hirisan halia dan batang bawang ( batang bawang ni optional nak letak boleh tak letak pun tak apa )
Rebus sampai daging dan tulang empuk
Bila dah empuk, tapis dan asingkan daging, tulang dan bahan lain ( lobak, halia,bawang dan batang bawang yang ni kita dah tak guna lagi )
Air rebusan tadi panaskan semula

Dalam kuali, panaskan minyak
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing
Resepi orang Kemboja mereka menggunakan minyak bawang putih, tapi kita buat macam ni pun ok

Kemudian tuangkan bawang dan minyaknya sekali ke dalam air rebusan yang di panaskan tadi
Masukan sup bunjut, kiub daging dan kiub sup
Biarkan ia mendidih
Kemudian masukkan kentang dan lobak merah, masak hingga kentang dan lobak empuk
Tambahkan lada sulah dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Siap dah sup kita, sekarang kita nak sediakan pula sambal kicap


SAMBAL KICAP
Resepi Oleh : Indah bayu

5 ulas bawang putih ~ di bakar atau di goreng tanpa minyak, jangan sampai hangus.
1 gengam cili padi
7 sudu kicap manis
garam
gula

Satukan semua bahan dalam blender dan kisar
Bila dah siap perahkan jus limau atau perahan lemon

BAHAN DI MAKAN BERSAMA SUP KEMBOJA

Mi hoon ~ di rendam kemudian di celur
Taugeh
Daun Bawang ~ di hiris
Daun Ketumbar ~ dihiris
Bawang goreng
Kacang tanah tumbuk ~ ( kacang tanah goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar )
Minyak bawang putih ~ (bawang putih di cincang dan masak dengan sedikit minyak )
Hirisan daging
Cili jeruk
Sambal lada
Hirisan lemon

* sambal lada, cili jeruk, minyak bawang putih ita tak buat ^_^


Jom apa tunggu lagi..
Menjamu selera lah kita..









Chewy Choc Chip Cookies ala Subway yang sangat sedap!




Dah lama ita mencari resepi cookies ni. Biasanya ita akan beli di Subway. Sekarang ni dah senang sikit sebab Subway boleh di dapati di mana-mana aje.. kat JB pun dah ada beberapa cawangan Subway. Dekat dengan rumah ita pun dah ada. Kalau dulu, bila ita ke Kuala Lumpur ita mesti ajak suami singgah Subway. Ita akan borong cookies ni untuk buat stock kat rumah. Kebetulan kami sekeluarga suka sangat dengan cookies ni yang chewy, rangup di luar tapi lembab-lembab di dalam.

Baru-baru ini ita terpandang rakan dari group Masak Apa Hari Ni ada kongsikan resepi cookies ni yang katanya ala-ala Subway. Ita pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba, harap-harap ianya menepati seperti yang ita inginkan.




Setelah mendapatkan resepi dari tuan empunya badan, ita pun terus mencuba. Alhamdulillah ianya memang sedap sangat dan menepati selera kami. Cara membuatnya cukup mudah. Bahan pun tak sesukar yang di sangkakan untuk mencari. Anda juga tak perlukan mixer bagai untuk mendapatkan biskut yang crunchy di luar dan chewy dan lembab di dalam. Dengan taburan choc cip yang mewah memang tak tergambar kesedapannya.

Masuk ni dah berulang kali ita membuatnya, hingga anak-anak ita pun dah boleh menyediakannya sendiri. Hinggakan masa ita menaip ni pun Dalili dan Azrul masik sibuk mengadun dan membakar cookies ni.. harum semerbak rumah dengan bau cookies.


Istimewanya cookies ni kerana ia enak di makan panas atau dingin. Coklat yang melt di dalamnya yang membuatkan kita tak sanggup meninggalkan sisanya di tangan..
Ianya juga boleh di frozenkan, maksudnya bila kita nak makan baru kita bakar.. atau kita simpan adunannya dalam peti ais untuk stock. Bila ada tetamu datang ke rumah baru kita bakar.. 15 minit dah dapat di hidangkan dan di nikmati hangat-hangat.. walla... pasti tetamu tak dan nak sembang lama-lama.. mesti tak berhenti-henti.. sekeping demi sekreping di jamah..

Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga ita ucapkan pada Tengku Marceline Tengku Fin, kerana sudi kongsikan resepi cookies yang dah lama sangat ita idamkan ini. Alhamdulillah kami sekeluarga suka sangat.. semoga perkongsian ini mendapat keberkatan buat Tengku Marceline dan keluarga. Ita sharekan di sini pula ya.. sebagai rujukan esok hari dan untuk kawan-kawan yang lain juga.


CHEWY CHOC CHIP COOKIES
Resepi Oleh : Tengku Marceline Tengku Finn
Rujukkan : Masak Apa Hani Ni


115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka


Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata - Azlita


Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai


Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar


Sesuai untuk kudapan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini nanti..
Selamat mengookies..



Expo Safe Food 2015


Alhamdulillah bila ita berpeluang untuk menjadi juri dalam pertandingan hiasan kek di Expo Safe Food 2015 di bawa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia ( MAFSA ) dan di sokong oleh Kerajaan Negeri Johor dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan , Kementerian Kesihatan Malaysia ( BKKM KKM )

Karnival Safe Food 2015 ini bakal berlangsung bermula hari ini 18 Sept  hingga 20 Sept 2015.
Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung yang bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.




Bermula dengan pertandingan gubahan buah-buahan dan dekorasi kek, ia turut di rasmikan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat ,  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar. Selain itu pelbagai lagi aktiviti di bawah karnival Safe Food seperti pertandingan melukis untuk kanak-kanak, pertandingan Karaoke, Forum Perdana Ehwal Islam,  serta pameran produk makanan dan kesihatan.
Jom lah berkunjung ke Expo safe Food 2015 ni, bawa anak-anak bersama, dapat juga mengisi aktiviti cuti sekolah mereka.



Seronok sangat bila ita turut sama bergandingan dengan chef-chef yang hebat. Selain menjadi juri, sempat juga bertukar-tukar pendapat dan pandangan di samping mendapat ilmu baru dalam bidang masakkan dan kesihatan.

Untuk pertandingan yang bermula seawal pukul 10 pagi dan berakhir lewat tengahari, ia terbahagi kepada dua pertandingan iaitu gubahan buah-buahan dan hiasan kek. Ita dan Chef serta seorang lagi pegawai dari Kementerian Kesihatan di tugaskan untuk menjadi juri untuk bahagian hiasan kek manakala Chef Razak dan dua lagi pegawai kesihatan untuk bahagian gubahan buah-buahan.







Peserta yang mengambil bahagian pula kebanyakkannya adalah  terdiri daripada pelajar-pelajar Kulinari dari kolej tempatan.

Untuk hiasan kek, setiap peserta perlu menghias sebijik kek yang di sediakan oleh pihak penganjur. Kek yang di sediakan berbentuk 4 segi. Tema gubahan pula adalah Keselamatan Makanan / Safe Food. Peralatan untuk hiasan kek hanyalah menggunakan icing, buttercream, fresh cream atau ganache coklat sahaja. Penggunaan hiasan lain seperti coklat , gula-gula, buah-buahan  adalah di benarkan. Penggunaan fondant, sugar paste, edible image dan lain-lain yang tidak sesuai,  sama sekali tidak di benarkan. Peralatan eletrik juga tidak di benarkan dan peserta perlu menyediakan icing dan hiasan lain dari rumah.



Masa yang di berikan pula selama 1 jam yang bermula pada pukul 10. 45 pagi dan berakhir pada pukul 11. 45 am. 
Nampak macam mudah kan.. tapi bila di berikan masa yang cukup terbatas dan menghias kek di hadapan orang ramai dan juri, pasti ketar juga lutut di buatnya. Namun begitu semua peserta dapat menyiapkan gubahan buah dan kek dalam masa yang di tetapkan. Hebat kan adik-adik kita yang bakal pelapis chef-chef tanah air ni.





Sekalung tahniah kepada para peserta yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik.. jangan berputus asa. Cuba lagi bila ada lain kesempatan.

Di kesempatan ini juga ita ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekretariat Safe Food 2015, Jabatan Kesihatan Negeri Johor kerana menjemput ita, juga tahniah  di atas penganjuran karnival Safe Food 2015 ini.







Majlis Persandingan Nabila dan Arif






20 September 2015, bertempat di Dewan EC Maktab Sultan Abu Bakar, berlansungnya majlis persandingan anak saudara ita Nabila dan pasangannya Arif. Majlis yang penuh gilang gemilang, dan buat julung-julung kalinya dalam keluarga kami. Nabila adalah anak sulung kepada abang ita Johan Aziz dan satu-satunya kakak ipar kesayangan iaitu Pn Nor Hayati.

Majlis akad nikah pada sebelah pagi di dewan yang sama. Minta maaf ya Bila, mak teh tak dapat datang pada sebelah pagi.. tiba-tiba pula kena sakit perut. Jadi tak dapatlah merakamkan saat-saat indah pasangan mempelai ini di ijab kabul.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada kaum keluarga yang datang dari jauh dan dekat. Sahabat-sahabat kedua pasangan mempelai dan ibu bapanya, dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Alhamdulillah majlis persandingan anak saudara ita yang pertama ini berjalan dengan cukup lancar. Persiapan yang rapi yang di atur sejak awal lagi, memudahkan segala urusan yang telah di rancang. Walaupun kakak ipar ita tak berapa sihat, tapi alhamdulillah Allah berikan kekuatan padanya untuk turut sama memeriahkan majlis. Sakit yang di tanggung hilang bila melihatkan pasangan mempelai tersenyum di atas mahligai pelamin yang indah dan kedatangan saudara-mara dan sahabat-sahabat menghilangkan  kesakitan yang di tanggung.

Ita pun tumpang seronok. Comel nampak nabila dengan busana pengantin. Sama cantik dan sama sepadan bagai pinang di belah dua.

Nabila memilih tema putih. Suci katanya sesuci ikatan yang lama tersimpul. Semoga hasrat suci Bila untuk menjadi pasangan pada Arif berkekalan hingga ke Jannah. Mak teh doakan bahtera yang di bina senantiasa bahagia.. di kurniakan anak-anak yang comel dan senantiasa di murahkan rezeki.

Buat abang dan kakak ita, sekalung tahniah! tak lama lagi kita semua dah jadi datuk dan nenek laaa... Adoiii... cepat sungguh masa berlalu.. sedar tak sedar semua anak-anak dah meningkat remaja. Masih terbayang lagi zaman kanak-kanak mereka dengan masing-masing mempunyai gelagat dan kenangan lucu dan manis unrtuk di kenang oleh  kami sekeluarga selamanya...








Keluarga pengantim perempuan ( abang dan kakak ipar ita )
Keluarga pengantin lelaki ( keluarga Arif )
mak dan ayak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yg tudung kuning tu.. mak saya tersayang 
Kedua-dua belah pihak merakamkan kenangan di hari bahagia
Keluarga Nabil Mentor 
























eh..eh.. kek saya lah... untuk anak saudara tersayang...





Viewing all 843 articles
Browse latest View live