Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Soto Ayam Mat

$
0
0


Ita sangat sukakan soto, tak kiralah soto nasi, mee hoon atau mee kuning. Tak kira juga soto ayam, daging atau tulang. Kerana ita begitu suka makan soto, ita suka mencuba pelbagai resepi soto yang seringkali di kongsikan. Pantang ada resepi baru.. cepat aje ita nak try. Ialah manalah tahu kalau terjumpa resepi yang betul-brtul menambat selera. Namun begitu setiap resepi yang kawan-kawan kongsikan semuanya cukup enak dan menyelerakan pada tekak ita dan keluarga.


Semalam Dalili bawa lagi kawan-kawannya pulang ke rumah setelah pulang dari Coral Speeking. Sementara nak tunggu kelas petang bermula, dia bawalah kawan-kawannya singgah rumah.. senang katanya nak  mandi, salin baju dan juga menjamu selera.


Bila Dalili kata nak bawa kawannya pulang, ita mula merangka-rangka nak masak apa. Kebetulan tekak ita ni dah lama teringain nak makan soto. Nak tunggu anak-anak balik berkumpul... bilalah pulak masanya..lama lah pulak nak menunggu... Oleh itu ita merebut peluang rakan-rakan Dalili bertandang untuk menyediakan soto ayam.

Kali ini ita mencuba resepi dari Adnan Ibrahim. Ita tertarik nak mencuba resepi dari Mat ni kerana Mat meletakkan rempah kurma dalam soto yang di sediakannya. emmm... pasti lebih enak dan lemak-lemak rasanya.

Memang tak rugi mencuba, resepi yang ringkas dan mudah dan rasanya juga sedap dan menepati selera semua. Kawan-kawan Dalili pun suka dan bertambah-tambah mereka makan. Sesekali terdengar juga mulut mereka mengomel.. uhhh... pedas.. hihi mungkin cili kicap ita tu pedas agaknya..


SOTO AYAM
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

Bahan Untuk Kuah Soto
2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan
20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cuci dan toskan
2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 camca besar rempah sup "ADABI"
1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

Bahan Kisar Halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 camca teh lada hitam biji
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup

Bahan Lada Kicap
10 - 15 biji cili padi
2 biji bawang putih
1 cawan kicap manis

Bahan-bahan Lain
Nasi Impit
Tauhu, goreng dan dihiris
Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh, dicelur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Begedel (resipi dibawah)
Kacang tanah goreng

Cara membuat kuahnya

Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak.
Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau hingga rata.
Masak guna api sederhana.
Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai dan lengkuas titik.
Kacau hingga rata.
Tuang air anggaran 3 - 4 liter.
Masukkan 1 camca teh garam dan masak dgn api sederhana.
Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing.
Angkat, toskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.

Penyedian Soto
Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dan taugeh.
Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang dan akhir sekali lada kicap (jika suka).

Untuk Lada Kicap
Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata.

BEGEDIL

Bahan-bahannya

5 biji kentang
1/2 cawan bawang goreng
1 camca besar hirisan daun sup
1 camca besar hirisan daun bawang
1 camca teh rempah sup "ADABI"
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
Sedikit tepung gandum untuk menyalut begedel
1 biji telur, dikacau sedikit dgn garfu

Cara membuatnya
Kentang dipotong bulat dan goreng hingga empuk.
Angkat dan toskan.
Lenyek hingga lumat.
Kemudian masukkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur dan tepung gandum.
Gaul hingga rata.
Ambil adunan tadi (anggaran 1 camca teh), bentukkan seperti guli dan leperkan sedikit, golek dgn tepung gandum dan letak dalam satu bekas.
Buat hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali leper (frying pan) lebih kurang 1/3 kuali.
Celup setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan.
Gunakan api sederhana.
Goreng hingga habis. Toskan atas paper towel











Korean Flower Buttercream

$
0
0

Korean Flower Buttercream atau lebih di kenali di kalangan bakers sebagai Kpop kek telah lama mendapat tempat di hati para pelanggan. Kelas tutorial untuk bunga Kpop juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Ramai yang menawarkan kelas dengan harga yang boleh tahan juga mahalnya. Bagi yang berkemampuan ringgit pasti tidak menjadi penghalangnya, asalkan ilmu yang di hajati dapat di pelajari. Bagi yang kurang berkemampuan pula.. pasti keluh kesah di buatnya walaupun keinginan melebihi kehendak.




Kek bunga yang di katakan popular bermula dari negara Korean ini sememangnya sangat di minati ramai. Susunan bunga campur dengan pelbagai kombinasi warna yang menarik sememangnya meruntum jiwa bagi mereka yang melihatnya.

Ada banyak kaedah penyediaan bunga dari buttercream ini. Ada yang menggunakan buttercream, ada yang menggunakan swiss meringue buttercream, Italian buttercream mahupun fresh cream. Tak kiralah buttercream apa pun yang di gunakan, ianya perlulah solid supaya mudah di bentuk untuk menjadi kelopak bunga yang cantik mekar bila di gubah nanti.


Bagi ita penyediaan bunga korean dari buttercream lebih memudahkan dan lebih ita minati. Ianya sesuai untuk hiasan atas kek dan ia lebih tahan lama di luar memandangkan cuaca negara kita yang panas. Berbanding bunga dari fresh cream yang sukar di bentuk dan cepat pula mencair.

Cuma yang ita tak berapa gemar kerana ianya berminyak dan sukar dalam proses pembersihan. Kebiasannya selepas menyediakan bunga semua bahan seperti nozel akan ita rebus hingga tanggal segala minyak yang terlekat. Oleh kerana itu ita perlukan nozel yang banyak untuk setiap warna agar proses menyediakan kek ini berjalan dengan lancar dan menjimatkan masa.


Ada banyak kelas yang menawarkan pengajaran membuat bunga. Apa yang harus anda tahu, kaedah penyedian bunga ini perlu selalu di praktikkan supaya anda tidak lupa. Bila pergi kelas kita hanya di ajar bagaimana untuk membuat bunga. Dalam satu kelas pula di ajar kadang kala hingga 10 jenis bunga yang bukan mudah juga untuk kita nak ingat. Setiap bunga menggunakan nozel yang berbeza. kadang bila balik dari kelas kita pun lupa nozel apa yang sepatutnya kita gunakan untuk sesuatu bunga itu. Cikgu yang mengajar juga tidak menyediakan buku untuk kita rujuk bila pulang kerumah nanti. Semuanya kita kena ingat sendiri dan fokus semasa cikgu mengajar. Kadang tak sampai rumah lagi pun kita dah lupa. Bila dah lupa nak kena belajar semula.. yurannya bukan murah.. Kadang rasa seperti tak berbaloi kan...



Sebenarnya bukan membuat bunga sahaja yang anda perlu belajar. Teknik bancuhan warna, pemilihan warna yang tepat, kombinasi campuran warna juga amat memainkan peranan yang sangat penting. Ita percaya kaedah ini tidak di ajar di kelas yang anda hadiri. Kebiasannya cikgu yang mengajar hanya menggunakan warna asas sahaja, merah, pink yang terang tu.. hijau, biru.. semuanya warna asas yang di ambil dari pewarna biasa. Sebenarnya kaedah campuran warna yang perlu anda tahu supaya bunga yang anda hasilkan kelihantan hidup dan menyerlah bila di gubah dengan suntingan warna yang sepadanan.

Ita sangat bersyukur kerana ita mempunyai sedikit kemahiran dalam bancuhan warna, kebetulan ita memang sukakan seni lukisan. Apa yang ita pelajari sewaktu merialisasikan hobi yang ita minati dulu.. kini ita dapat adaptasikannya di atas kek pula.


Bagi warna yang ita gunakan untuk setiap bancuhan kadang kala ita mencampurkan hampir 4 hingga lima warna barulah terhasil warna yang ita inginkan. Yang paling banyak ita mencampurkan warna adalah pada warna daun. Untuk bancuhan warna daun sahaja ita perlu mencampurkan 4 hingga 5 jenis colour. Bagi warna-warna yang solid seperti merah, purple, hitam, hijau biru gelap atau royal blue ita perlu bancuh warna ini sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hari sebelum ita deco atas kek. Warna ini semakin lama kita simpan warnanya semakin menyerlah. Anda hanya perlu bancuh warna dengan buttercream, kemudian simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais supaya buttercream tidak rosak. Selepas 3 hari anda akan dapati warnanya lebih terang dan lebih solid dari bancuhan sebelumnya.

Diatas permintaan ramai, hari ini ita kongsikan kaedah bagaimana ita menyediakan  Korean flower buttercream di atas kek yang telah ita sediakan. Kaedah ini ita pelajari dari beberapa rujukkan ita di youtube dan google. Semoga apa yang ita kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk memahirkan lagi penyediaan kek anda. Sebenarnya ita pun bukan pandai sangat.. tapi tak salah rasanya ita berkongsi apa yang ita tahu. Semoga ilmu yang sedikit ini memberikan impak yang besar dalam kehidupan anda semua.



Kepada semua selamat mencuba!

Mula-mula kita lihat dahulu buttercream yang anda perlu gunakan untuk menyediakan bunga. Sebagaimana yang ita katakan sebelum ini ada beberapa jenis buttercream yang anda boleh gunakan dalam penyediaan bunga untuk hiasan kek anda. hari ini ita kongsikan beberapa resepi sebagai rujukkan. Apa yang anda perlu ingat consistency adunan haruslah solid supaya bunga anda mudah untuk di bentuk. Ianya tidak terlalu  stiff atau keras dan tidak juga terlalu lembik.

Resepi yang selalu ita gunakan untuk bunga ita adalah buttercream biasa seperti di bawah ini

Buttercream

150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna

* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.

Bagi anda yang tidak sukakan buttercream ini dan inging menggunakan Swiss Meringue Buttercream boleh cuba resepi swiss meringue yang ita sediakan di bawah

Swiss Meringue Buttercream

Resepi Oleh :  mytartelette
Rujukkan dan terjemahan :  Ummizzkitchen
Rujukkan dan tutorial :  Wendy

Bahan
60 gm putih telur
100 gm gula castor
170 gm butter tanpa garam ~ keluarkan dari peti ais dan potong dadu. Butter di keluarkan semasa kita mula memanaskan putih telur supaya ianya tidak terlalu lembik jika di biarkan lama pada suhu bilik.

Panaskan air dalam periuk
Satukan putih telur dan gula dalam mangkuk yang tahan panas, bersih dari gris atau minyak dan juga kering.
Letakkan bekas telur dan gula di atas periuk yang berisi air yang kita panaskan tadi. ( kawal kepanasan air agar tidak terlampau panas, suhu adalah sekitar 65 C )
Dengan menggunakan whisker, pukul gula hingga larut lebih kurang 3 minit
Adunan akan kelihatan seperti marshmarllow
Pindahkan adunan ke dalam mangkuk lain yang bersih.
Sementara itu kita sediakan satu mangkuk lain yang sedikit besar dan isikan dengan air paip dan 3 - 5 ketulan ais ( jangan terlalu sejuk )
Letakkan mangkuk berisi adunan telur yang telah menjadi marshmarllow tadi di dalam mangkuk yang berisi ais dan pukul adunan marshmarllow tadi lebih kurang 5 minit dengan kelajuan sederhana sehingga meringue kental dan berkilat.
Kemudian masukkan butter satu persatu dan teruskan putar sehingga ia menjadi kental lebih kurang 6 - 10 minit. Tambahkan butter sekirannya adunan tidak mencapai consintency untuk membuat bunga.


Bancuh buttercream dengan warna pilihan . Anda perlu bancuh warna dalam 2 hari awal untuk mendapkan warna yang solid dan terang. Jika nak guna warna yang lembut, pastle colour tak perlulah di sediakan awal.
Simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais supaya takan lama. Bila nak gunakan keluarkan lebih awal sehingga ia mencapai suhu bilik baru di gunakan.

Pewarna yang ita gunakan pula adalah dari Ameri Colour dan Wilton.
Ini pula antara nozel yang ita gunakan untuk menyediakan bunga.


Bunga buttercream yang paling popular adalah bunga rose. Bunga ros ni ada banyak jenis dan banyak teknik yang di guna pakai dalam penyediaannya. Ada antara sesetengahnya menamakan setiap bunga rose ini dengan pelbagai nama untuk mudah di kategorikannya. Pada ita pula tiada nama khas.. apa yang ita suka dan terlintas nak buat ita buatla.. dan kena sesuaikan juga dengan kombinasi bunga yang lain.

Untuk kaedah penyediaan bunga rose ita telah pun kongsikan sebelum ini di SINI
Terdapat pelbagai kaedah, anda boleh buat yang biasa atau yang popular sekarang yang ros kuncup. Ada yang menggunakan kon dan yang tidak menggunakan kon. 

Hari ini ita kongsikan lagi beberapa English Rose yang juga popular

English Rose

gambar dari google


Nozel yang di perlukan 
401 untuk inti tengah
123 untuk kelopak
anda juga perlukan nail, kertas minyak yang di potong kecil dan buttercream mengikut warna bunga dan piping bag
Masukkan buttercream dalam piping bag
Biasanya ita menggunakan warna yang berlainan, utuk bahagian tengah warnanya sedikit gelap dari kelopak luar. Masukkan nozel dalam pipng bag, dan potong hujung piping bag. Letakkan buttercream, jangan terlalu penuh hanya 1/3 daripada piping bag supaya mudah anda nak pegang dan paipkan nanti.
Jom kita mulakan
buat seperti gambar di atas. Untuk bahagian tengah tu gunakan nozel 401 dan bahagian kelopak luar tu guna nozel 123.
Untuk memudahkan anda memahami, sila rujuk video yang ita lampirkan di bawah.


Inilah bunga yang telah kita sediakan. Lebih kurang ajelahkan bentuknya. Sesungguhnya kita tidak boleh menandingi kekuasan Allah yang maha besar lagi maha pencipta.
Ok sediakan banyak-banyak seberapa banyak yang anda nak letak atas kek nanti.
Bila dah siap simpan dalam peti ais hingga ia keras dan mudah anda nak susun atas kek.

Untuk bunga rose lain anda boleh rujuk pada video ita nanti.
Semuanya ita menggunakan nozel yang sama iaitu 123 untuk kelopak bunga. Bagi ros yang berinti, untuk inti tengah tu guna nozel rumput 133, 233, 333 mengikut tebal dan halusnya.

Bagi peminat bunga kek wa atau bunga chrysanthemum anda boleh rujuk kaedah cara penyediaannya , nozel dan tutorial video di SINI

Untuk kudup bunga pula atau bunga hiasan tambahan ita menggunakan nozel bulat 3, 4 atau 5. kaedahnya macam ni


Untuk lebih clear lagi kaedahnya nanti rujuk video yang ita kongsikan ya

Beberapa bunga yang lain anda boleh rujuk pada video ita. Semoga penerangan ini jelas.
Selamat mencuba dan selamat menonton video terbaru dari ita .


Untuk video penuh cara membuat bunga dan hiasan bunga atas kek boleh rujuk video ita di SINI






Salam Ramadhan 1436 H

$
0
0

Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebagai umat Islam pastinya bulan Ramadhan amat di nanti-nantikan. Bulan inilah kita dapat melipat gandakan amal ibadat, di samping senantiasa di uji keimanan dan kesabaran.

Setiap kali Ramadhan menjelang.. kenangan lama pasti menjelma.. Ingatan di zaman kanak-kanak, di awal-awal pertama kali di ajar untuk berpuasa.
"Jangan lupa niat puasa sebulan.." pesan emak berkali-kali sehari sebelum puasa.
Biasanya kami akan berniat berpuasa bersama-sama.
Ita pastilah yang paling kerap bertanya pada emak.. kenapa kena niat puasa sebulan? kenapa kena sahur..? kenapa tak boleh makan..? dan kenapa tak boleh buka peti ais.. hihi


Kenangan emak mengejutkan kami setiap kali waktu bersahur kadang kala sangat melucukan. Pasti kami akan ketawa kembali bila kenangan itu di kenang semula. Tahulah masing-masing bukan mudah untuk di kejut.. Ada jugak yang jalu.. Tahu tak apa tu jalu? jalu tu biasa bahasa yang kami gunakan bila masih tidur tapi berjalan-jalan.. kadang dia bukak pintulah... buka tingkap lah.. hihi
Ada yang jalu ketika makan sahur.. tu yang buatkan kami ketawa bila kenagkan perangai masing-masing.

Bila mengadap makanan pula semuanya senyap aje... hihi sebab bak ada. Cuba kalau bak kerja.. wah riuh rendah meja makan dan bergegar dapur di buatnya..
Pasti emak akan merindui suasana ini bila setiap kali Ramadhan menjelma.. ita tahu perasaan itu.. kerana kini ita juga telah menjadi seorang ibu.
Dan ita pasti akan rindukan masakan emak setiap kali Ramadhan tiba.. masak apalah emak hari ini agaknya...?
Mak intan rindu sangat dengan air tangan emak...

Bila bulan Ramadhan menjelang, emak dan bak pastilah yang paling sibuk. Awal-awal lagi perbelanjaan untuk Ramadhan telah emak dan bak sediakan. Beras, gula, tepung , minyak dan bahan basah adalah antara bahan yang utama mesti ada. Maklumlah keluarga kami yang ramai ni.. pasti banyak barang yang harus di beli.

"Untungnya ada anak ramai" kata emak setiap kali Ramadhan menjelang. Masing-masing di berikan tugas masing-masing. Siapa yang nak kena tolong emak memasak di dapur.. siapa yang nak kena cuci pinggan mangkuk selepas berbuka dan bersahur. Tahulah kalau keluarga ramai ni.. banyaklah pinggan mangkuk yang harus di cuci. Part mencuci pinggan mangkuk lah yang semuanya angkat kaki.. kalau tolong masak semuanya rajin.. mencuci pinggan mangkuk zaman kami tak sama macam zaman sekarang.. sekarang ada paip ada mesin cuci pinggan, petik aje.. semua cuci sendiri. Masa dahulu kena mengangkut pinggan mangkuk ke perigi untuk di cuci. Kalau tak pun angkut air dari periggi dan cuci pula di dapur.. tu yang semua malas tu.. nak-nak bila perut dah kekenyangan...  hihi oleh itu mak akan bahagikan tugas masing-masing. Tugasan itu telah di berikan awal-awal Ramadhan lagi.. dan masing-masing menerimanya dengan rela atau terpaksa.. hanya Allah yang tahu jua..

Bila bercerita tentang juadah bersahur.. Juadah bersahur pastilah yang simple-simple aje emak sediakan. Tapi mak masak agak banyak kerana keluarga kami yang besar. Tapi lauknya pula hanya satu atau dua lauk sahaja. Mak kata jangan membazir di bulan Ramadhan. Kami akan makan nasi setiap kali waktu sahur. Mak kata lagi.. nasi mengenyangkan.. kalau tak nak makan emak akan bising.. Siapa yang tak nak bangun sahur juga mak marah.. mungkin mak takut anak-anaknya tak tahan menahan lapar keesokkan hari nanti..

Waktu berbuka adalah saat yang paling kami suka..
Masing-masing rajin sungguh membantu emak memasak. Kalau boleh emak nak penuhi semua selera anak-anak. Cakap aje apa yang nak di makan.. mak akan sedaya mungkin memenuhi setiap permintaan anak-anak. Kalau ada yang tak dapat tu.. pastilah merajuk panjang.. dan pasti emak akan sediakan esok hari pula.. mak tak nak anak-anak kempunan nanti..
Bila dah jadi emak ni.. barulah ita tahu betapa besarnya pengorbanan emak.. bukan mudah nak sediakan juadah untuk 7 beradik ini dengan selera masing-masing yang berbeza-beza.. Ita sendiri memang mengaku tidak mampu jadi seperti emak..

aiiii... rindu sangat-sangat dengan emak dan bak pula rasanya....
Selamat berpuasa mak dan bak..
Selamat berpuasa anak-anak ku...
Selamat berpuasa sahabat-sahabatku...
Bila berbuka dan bersahur tu.. jangan lupa orang yang tersayang....




Menu Ramadhan pertama kami

$
0
0

Alhamdulillah, selamat sudah kita menjalani ibadah puasa yang pertama. Puasa pertama kali ini tak terlalu meletihkan, mungkin cuaca yang tak berapa panas jadi tak lah terasa penat sangat.

Bila bercerita tentang Ramadhan, pasti seringkali di kaitakan dengan makanan. Puasa bukanlah untuk kita fikirkan pasal juadah berbuka dan bersahur sahaja. Tapi apa yang penting adalah segala amalan yang kita perlu rebut sepanjang kita menjalani ibadah puasa ini.


Bulan puasa juga kita di ajar atau di didik untuk melatih diri supaya senantiasa sabar dan mengelakkan pembaziran. Barang-barang sekarang pun dah mahal, bertambah malang bila nilai ringgit kita jatuh. Apa yang perlu adalah kita bersederhana dalam berbelanja.

Puasa pertama ita masak sendiri aje. Tahun ni azam tak nak beli di Bazar Ramadhan, bukannya apa tak nak terlalu rambang mata melayan kehendak nafsu yang kelaparan ni.. Lagi pula bila kita masak sendiri ni lebih berkat , kita tahu tahap kebersihannya dan masak mengikut selera dan citarasa keluarga.

Biasanya ita masak ikut selera anak-anak, masak tak banyak cukup untuk kami 4 beranak. Puasa kali ini kami berempat, tahun sebelumnya bertiga aje.. Kebetulan anak ita Amiru dah habis dah belajar sekarang tengah tunggu panggilan untuk praktikal, jadi ramailah sikit.. cuma Azrul aje yang tak ada.. kalau ada Azrul lagi seronok kerana Azrul ni dia suka tolong ita memasak, cakap aje nak masak apa.. boleh kata ringan tulang jugalah dia di dapur.

Ok lah sebab dah lama ita tak kongsikan resepi, hari ini ita kongsikan resepi juadah berbuka puasa ita untuk hari pertama puasa. Ita masak yang ringkas-ringkas aje..
Seperti biasa hari pertama, ita akan masak nasi. Anak-anak semua sepakat nak makan nasi, nak makan seafood katanya. Jadi suami ita pun pergilah cari ikan dan lala kesukaan anak-anak.

Jom kita intai resepi pertama dari dapur ita






IKAN BAWAL TIGA RASA ALA THAI
Resepi Oleh : Haida Iman
Rujukkan : Roha Damai Qalbu

1 ekor ikan bawal saiz besar
3 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 tangkai cili padi ~ di ketuk Ita lebihkan sebab suka pedas
3 sudu besar sos cili Thai
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 hiris perasan jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiasan
1/2 biji bawang besar ~ di dadu
1 inc halia ~ di hiris halus
1 tangkai cili merah ~ diris
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris
Nenas ~ di potong dadu
Tomato ~ di belah 4
Timun ~ belah 4 dan potong 1 cm
Capsicum ~ potong kecil
Daun limau purut ~ di siat buang tangkai tengah

Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit dan goreng secara terendam hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili padi
Kemudian masukkan bahan-bahan sos.
Jika pekat tambahkan air, masak hingga merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan bahan hiasan satu persatu
Masak sebentar, bila kuah dan pekat sedikit matikan api
Tuangkan atau curahkan kuah di atas ikan yang telah di goreng tadi




LALA MASAK CILI

1 kg lala rendam untuk buang pasir dan cuci bersih

4 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
10 tangkai cili kering ~ kisar
sedikit belacan ~ kisar
1 inc halia ~ kisar

1 batang serai ~ di ketuk
1/2 batang lobak merah ~ di potong macis
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris

2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak
Masukkan serai
Masukkan sos cili dan sos tiram
Tambahkan air jika kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Bila kuah dah didih masukkan lala, lobak dan daun ketumbar
Masak hingga lala terbuka
Angkat dan hidangkan






TAUHU SUMBAT

Beberapa keping tauhu ~ potong segitiga
1 batang timun ~ hiris batang mancis
1 batang carot ~ hiris batang mancis dan celur
sedikit taugeh ~ di celur

5 batang cili padi
5 tangkai cili kering ~ potong kecil-kecil dan rendam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit belacan

1 mangkuk kecil kacang tanah yang telah di goreng dan di tumbuk
kicap manis secukupnya
sedikit air
sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa

Tahu di potong segitiga , gaulkan dengan sedikit garam dan di goreng
Angkat dan ketepikan
Panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili padi, lada kering, bawang putih, bawang merah dan belacan
Angkat dan biarkan sejuk kemudian di kisar halus dengan sedikit air
Masukkan dalam mangkuk, tambahkan kicap , air asam jawa secukupnya, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali tambahkan kacang tumbuk, gaul rata

Ambil tauhu, belah tengah dan sumbatkan dengan taugeh, timun dan carot
Susun dalam pinggan, curahkan kuah kacang  dan sedia di hidangkan.


AIS BANDUNG BARLI
Resepi Oleh : Norriyah

500 ml air bali
gula secukup rasa
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar susu cair
1 biji limau kasturi ~ ita tak letak
sirap ros secukupnya
ketulan ais
biji selasih



Bancuh air bali bersama gula, susu pekat manis, susu cair dan sedikit sirap rose
Kemudian masukkan perahan jus limau kasturi
Sesuaikan rasanya
Akhir sekali masukkan biji selasih dan ketulan ais





Birthday kek kanak-kanak

2 Ramadhan dengan menu yang simple

$
0
0

2 Ramadhan, hari ni ita masak yang simple-simple aje, lagi pun cuaca hari ini agak panas. Anak-anak pun macam tak berapa nak makan.. mereka semua nak minta buatkan air yang dapat hilangkan dahaga katanya.

Atas permintaan Dalili ita goreng kue tiow kerang aje. Kue tiow ni memang kesukaan kami sekeluarga, dan dah agak dah pasti akan menjadi salah satu menu kami di bulan Ramadhan. Di sebabkan hari ini cuaca agak panas, ita sediakan puding mangga sebagai penyejuk dan penyegar anak tekak ni nanti bila berbuka puasa. Resepi puding ni ita ambil di My Resepi dan di kongsikan oleh kak besar. Sedap puding ni.. lemak-lemak mangga rasanya. Ita makan puding ni dengan sos mangga yang suami ita beli masa dia pergi KL dulu. Emmm... memang sedap bila di lawankan dengan sos mangga ni.. segar aje terasa.


Untuk minuman pula hari ni ita sediakan Milky Rambutan. Resepi air ni ita ambil dari rancangan Bila Bujang Masuk Dapur yang di hoskan Syafiq Kyle dan Sonaone. Terliur pulak nampak Milk Shake Rambutan yang dua bujang tu buat. Tapi ita olah sikit, ita tak blend dengan ais seperti yang mereka buat, sebab ita takut nanti keletihan selepas berbuka nanti, sebab tu namanya pun ita tukar kepada Milky Rambutan.. hihi memandai-mandai aje ita ni menukar kan..

Sedap jugak air ni, rasanya masam manis dan lemak-lemak gitu...  Oklah kita jangan tunggu lagi , kita terus intai-intai resepi hari ini


KUE TIOW KERANG

500 gm kue tiaw ~ guci bersih dan toskan
1 mangkuk taugeh
Daun kucai secukupnya ~ potong 1 inc
100 gm daging batang pinang ~ hiris kecil
2 ekor sotong ~ botong bulat
50 ~ 100 gm kerang
1 biji tomato ~ potong baji
2 biji telur
1 keping tauhu potong dadu dan goreng
minyak untuk menumis

Bahan Rencah
5 ulas bawang ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
10 tangkai cili merah ~ rendam lembut dan kisar
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit soas ikan ~ jika suka

Telur di tambah secubit garam dan kocok
Panaskan minyak dan masukkan telur, kacau sekejap aje jangan sampai masak sangat, kemudian angkat.
Letakkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili.
Tumis sampai garing dan harum
Kemudian masukkan daging dan masak sampai daging empuk
Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan kicap manis, jika tak nak letak garam masukkan kicap masin sekali. Tapi berhati dalam penggunaan kicap masin kerana sos tiram juga telah masin.
Masak sebentar bagi mesra
Kemudian masukkan tomato, telur yang dah masak hancur tadi, tauhu, sotong dan kerang
Biar dia masak kejap baru masukkan kue tiaw
Kacau rata dan mesra semua bahan
Akhir sekali, tutup api dan masukkan taugeh dan daun kucai
Gaul sebati


PUDING MANGGA KAK BESAH
Resepi Oleh : Kak Besah

1 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2/3 cawan susu cair atau susu segar
seketul kecil gula batu ~ optional
1/3 sudu teh garam
secawan potongan kiub mangga masak

Mangga di potong kiub anggaran 1 cawan
Satukan semua bahan kecuali buah mangga dan gaul rata
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan berkilat anggaran 25 minit
Masukkan kiub mangga dan kacau rata anggaran 10 minit
Sediakan bekas kecik dan bilas dengan air
Tuangkan adunan puding dan ratakan
Sejukkan

Sedia di hidangkan , jika ada sos mnagga hidangkan bersama sos mangga


MILKY RAMBUTAN
Olahan dari resepi Milk Shake Rambutan
Rujukkan dari : Bila Bujang Masuk Dapur
Oleh : Syafiq Kyle dan Sonaone

1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
gula secukup rasa jadikan air gula
ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam

Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu kedalam jug
masukkan air gula dan rasakan secukup rasa
tambah air jika perlu
Letakkan ketulan ais dan biji selasih
Sedia di hidangkan dingin





Menu 3 Ramadhan yang sangat menyelerakan

$
0
0

Dah 3 hari kita berpuasa, sedar tak sedar sungguh cepat masa itu berlalu. Puasa ita hari ini cukup meletihkan. Mungkin cuaca hari ini yang sangat panas. Duduk dalam rumah pun berpeluh-peluh di buatnya. Rasa macam nak berendam aje dalam bath tub. Pakal aje dalam bulan puasa. Kalau tak bulan puasa mahu aje ita berendam macam badak berendam tu..



Eh ! bercerita pasal badak berendam hari ini ita sediakan badak berendam sebagai pemanis mulut tau!. Lama tak makan badak berendam. Bila bulan puasa mulalah anak tekak ni terasa nak makan kuih muih tradisional. Tak dapat berendam dalam bath tub dapat makan badak berendam pun dah terasa nikmatnyaaa... lah aiii. Sedap sangat pemanis mulut ita hari ini. Bukan pemanis mulut aje yang sedap dan menyelerakan, boleh kata semua yang terhidang di atas meja sungguh menyelerakkan dan enak bangat rasanya.. Rugi kalau tak mencuba! kalau dari 5 bintang, ita bagi 5 bintang lah.. terima kasih kepada mereka yang berkongsi resepi, semoga dengan perkongsian resepi yang terbaik yang bukan sahaja enak tapi amat menudahkan saudara-saudara kita yang lain untuk mencuba. Semoga dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, bertambah-tambah pahala yang dapat dikumpul hasil perkongsian ilmu yang tak akan berpenghujung ini..

Ok ita mulakan menu pertama dengan pemanis mulut dahulu. Badak berendam ni adalah perkongsian dari Noor Akma di Kongsi Resepi. Terima kasih Noor Akma, sedap resepi ini. Cuma akak tambah keledek dalam adunan doh tu supaya doh tu tak lah liat sangat. Bila letak keledek dia lembut aje.. licin aje melunsur kat anak tekak akak ni.. Kawan-kawan apa lagi.. rugi tak cuba!


BADAK BERENDAM
Resepi Oleh : Noor Akma
Rujukkan : Kongsi Resepi

Mula-mula kita sediakan inti dahulu

Inti Kelapa

1 cawan kelapa parut ~ ambil putih sahaja
1 helai daun pandan ~ disimpul
1 buku gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
Sedikit air

Satukan gula Melaka, gula pasir, air , dan daun pandan ke dalam kuali dan masak hingga gula melarut. Kemudia tapis untuk buang kekotoran pada gula Melaka. Masukkan semula air gula dalam kuali dan masak semula. Masukkan kelapa parut dan secubit garam. Masak hingga adunan kering dan kunig keemasan.
Biarkan sejuk sebentar, kemudian kepalkan sebesar guli kecil, ketepikan

Untuk Doh

2 cawan tepung pulut
1 biji keledek sederhana besar
air untuk merebus keledek
pewarna hijau
Esen panadan
secubit garam

Keledek, kupas kulit dan rebus dengan air dan sedikit garam
Setelah keledek empuk, angkat toskan airnya dan lenyek halus
Satukan keledek dengan tepung pulut, esen pandan, pewarna hijau dan sedikit air
Gaul rata dan uli hingga menjadi doh yang lembut

Ambil sedikit doh buat bentuk bulat dan leperkan
Letakkan intik kelapa yang telah di gulikan tadi di tegah, tutup dan bentukkan bulat
Susun adunan dalam loyang
Ketepikan

Sementara kita nak sediakan kuah santan, kita panaskan kukusan terlebih dahulu

Kuah Santan

1/2 kotak santan KARA
2 cawan air
sedikit garam
sedikit tepung jagung jika suka kuah pekat ( sedikit sahaja )

Satukan semua bahan , kacau rata
Tuangkan dalam adunan doh dalam loyang tadi


Kemudian di kukus selama 20 minit
Setelah masak bolehlah di hidangkan, panas atau dingin

Ok sekarang ita nak kongsikan air yang telah menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa. ya Allah sedap nya air yang dingin ni.. habis 1 jug, sampai ita kena buat lagi 1 jug. Hebat penangan air sirap selasihku sayang ni. Resepi macam biasa ita skodeng blog jiran sekampung.. jom intai


SIRAP SELASIHKU SAYANG
Resepi Oleh : Mat Gebu

Ibu sirap rose secukupnya ~ ita guna yang dah ada gula
1 tin laici
Air masak atau air mineral secukupnya
1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
Ais kiub secukupnya


Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug, tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air. Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub, rasa dan jika ok boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.

Satu lagi resepi yang harus anda cuba, Ayam Percik Roaster, pergh.... memang sedap! rasanya ala-ala Ayammas. Lepas ni tak payah pergi Ayam mas dah buat sendiri aje.. berbaloi dan puas anak-anak makan. Resepi ni di kongsikan oleh Tahrunnisah, dah lama nak cuba tapi tak berkesempatan aje.. Kebetulan anak ita Amirul ada, dia mmg suka sangat ayam percik. Mula ita ingat rasanya macam ayam percik yang jual kat bazar tu.. tapi rupanya macam Ayammas.. suka bukan mainlah anak ita Dalili, sebab dia memang suka Ayammas tu.. Jom tak sabar nak kongsi dengan anda pulak.. cuba tau! rugi tak cuba..


AYAM PERCIK ROASTER
Resepi Oleh : Tahrunnisah

Mula-mula kita sediakan ayamnya dahulu sebab ayam ni kita kena perap paling kurang 2 jam. Tapi lagi lama lagi sedap sebab rempahnya meresap hingga ke daging dan tulang ayam tu. Kalau nak buat buka , anda boleh sediakan dalam tengahari, biar lama sikit perap ayam tu. Untuk resepi ni ita buat untuk 1/2 ekor ayam aje


1 ekor ayam  ~ di potong 4

2 biji bawang besar ~ ita guna bawang merah 6 ulas
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup
2 sudu besar lada kisar ~ 10-15 tangkai lada kering
3 batang serai 



Bahan-bahan di atas ini kita kisar halus

garam
Ajinomoto ~ optional ( ita gantikan secukup rasa )
sedikit gula
sedikit air asam jawa ~ ita letak 2 keping asam keping
1 1/2 -2 cawan santan pekat
dan air jika perlu
4 sudu minyak



Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai , kunyit dan lada kering dengan sedikit air hingga halus. 
Tuangkan bahan kisar pada ayam dan gaulkan rata-rata
Tutup bekas dengan plastik dan perap paling kurang 2 jam
Lepas 1 jam perap tu, letakkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa, gaul rata
Tutup semula dan perap semula


Selepas 2 jam, keluarkan ayam dari bekas
Baki rempah pada ayam tu kita kena tumis
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan baki rempah pada ayam tadi 
Tumis hingga ia pecah minyak dan garing
Bila dah betul-betul garing, masukkan santan , gaul rata
Kemudian masukkan ayam yang di perap tadi
Tutup kuali dan biarkan ia merenih dan ayam empuk serta kuah santan kering sedikit
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan masukkan asam keping.
Jika kuah sangat kering, tambahkan sedikit air dan masak semula
Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam letakkan atas dulang pembakar yang kita dah lapik dengan aluminium foil. Boleh juga jika nak bakar atas dapur, guna magic pan atau nak guna dapur arang pun boleh.
Bakar ayam dalam ketuhar hingga permukaannya berkilat. Semasa bakar tu, jangan lupa percikkan kuah santan lebihan tadi pada ayam, lakukan berulang kali hingga ayam masak dengan sempurna.



Ayam percik roaster ni ita sediakan dengan nasi ayam dan sup. Tapi sup lupa pulak nak ambil gambar. maklumlah dah terkejar-kejar dengan nak berbuka puasa lagi.. nak kejar cahaya yang dah suram petang hari.. hingga lupa nak snap gambar sup.

Untuk nasi ni, ita guna stock ayam. Kalau tak ada stock ayam boleh gantikan kiub ayam. Atau ambil lah bahagian leher atau kepak dan rebus untuk dapatkan stock ayam.


NASI AYAM

500 gm beras ~ dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam atau kiub ayam
15 gm halia ~ dihiris

2 ulas bawang merah ~ hiris
1 ulas bawang putih ~ hiris
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas cengkih
Sedikit garam

Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi

Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. 
Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah , halia yang dihiris dan daun pandan  sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. 
Jika perlu, masukkan kiub ayam , tambahkan air dan juga sedikit garam. 
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak. 

SUP 

Air rebusan ayam

1 bungkus sup bunjut
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya



Renehkan semula air rebusan ayam dan tambahkan sup bunjut
Bila menghidang, taburkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris dan taburkan bawang goreng


SAMBAL LADA

5 batang lada merah
2 tangkai cili api ~ lebihkan jika suka pedas
2 biji tomato merah
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit air jika perlu


Kisarkan semua bahan di atas hingga rata
Masukkan dalam kuali dan panaskan sebentar
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa




KICAP

1 ulas bawang putih ~ tumbuk
kicap manis secukupnya
bancuhan tepung jagung 1 sudu + air
1 sudu minyak masak
3 tangkai cili padi di ketuk ~ jika suka pedas

Panaskan minyak masak, kemudian tumis bawang putih yang diketuk
Kemudian masukkan kicap dan masukan bancuhan tepung jagung
Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air






Biskut Ombak Rindu

$
0
0

Biskut ombak rindu ni dah popular lama sangat dulu.. semasa cerita itu galak di perkatakan beberapa tahun yang lepas. Atas faktor hebatnya penangan cerita itu, maka muncullah biskut ombak rindu ini setiap kali lebaran.

Versinya kalau kat Johor bahru ni berbeza-beza ita tengok.. dululah bila bulan puasa ita suka pergi Angsana tengok biskut. Suka sebab macam-macam biskut ada dan yang seronoknya lihat orang membeli. Versi lama dahulu macam biskut oreo sikit, biskutnya berwarna coklat ada badam atasnya di letakkan coklat putih dan di taburkan serbuk oreo. Kini dia tampil agak berlainan sikit kerana di letakkan sebiji badam di atasnya. Mungkin ingin menampakkan kelainan dari biskut oreo, maka ia di ilhamkan sedemikian.




Biskut ni sedap! mana tak sedap bila ada badam nib di dalamnya. Pasti di sukai ramai.
Hari ini ita kongsikan resepi ombak rindu. Tapi versi ita lain sikit kerana ita letakkan coklat kopi di atasnya. Bukan apa kalau letak coklat ni semua boleh makan, kalau badan ni.. dia keras kan.. kesian adik-adik atau atuk nenek yang tak ada gigi tu.. nak makan.. Kita kalau boleh nak buat biskut nak semua orang boleh makan ya tak..?


Pada yang nak cuba boleh intai resepi di bawah. bagi yang tak ada kesempatan nak buat boleh lah roger-roger ita untuk tempah. Tapi ita punya ni limited edition, sebab coklat kopi tu ita dapat 2 box aje tahun ni jadi tak banyak.. siapa cepat dia dapat lah kan.. Tempahan untuk Johor Bahru sahaja dan tiada perkhidmatan post.

Kalau ada yang berminat nak rasa ombak rindu versi ita boleh wassap di talian 011~ 27819883 atau 017 ~ 7279179
1 box harganya RM 30.00 dan dalamnya mengandungi antara 45 ~ 50 biji


BISKUT OMBAK RINDU

250 gm butter
70 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh butter flavour
1 sudu teh perasa moca
5 gm Nescafe
5 gm air panas ( Nescafe + air panas jadikan pes )
1 biji telur
330 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
8 gm serbuk koko
3 gm baking Powder
3 gm Soda
200 gm choc rice
60 gm cornflakes ~ kisar kasar
80 gm Almond nibs ~ panggang sebentar

coklat putih ~ cairkan untuk hiasan
Badam biji ~ di bakar

Tepung, koko, baking powder, soda, susu tepung, satukan semua bahan kering ini dan ayak
Dalam mesen pemutar, putarkan dengan speed sederhana , mentega, gula, vanilla, butterflavour, moca dan nescafe paste hingga sebati
Masukkan telur dan pukul sebentar
Masukkan campuran bahan ayak dan gaul sebati
Akhir sekali masukkan, coc rice, ambong nibs dan cornflakes, gaul rata

Sediakan dulang pembakar
Drop kan atas dulang dengan sudu
bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit

Bila dah masak sejukkan
Sementara itu cairkan coklat masakkan putih secara double boiler
Paipkan atas biskut yang telah sejuk
Hiaskan dengan badam bakar di atasnya







Nikmatnya di 4 Ramadhan

$
0
0

Hari ini dengan beberapa resepi menarik lagi yang ita sajikan untuk keluarga. Semua resepi ini adalah hasil perkongsian dari rakan-rakan dan juga himpunan resepi keluarga. Inilah nikmatnya Ramadhan, walaupun kita tak dapat merasa air tangan rakan-rakan, tapi dengan perkongsian resepi yang mereka kongsikan dapatlah kita sajikan buat anak-anak dan suami tercinta.

Bulan Ramadhan ni jangan membazir, makan mana yang termampu sahaja. Walaupun banyak mungkin menu yang ita nak kena siapkan, tapi ita menyediakan makanan ini dalam jumlah yang cukup minima, cukup hanya untuk kami 4 beranak.  Jadi tak lah membazir makanan tu.. Jika ada menu yang mungkin boleh ita bawa untuk ke sahur barulah ita lebihkan sikit sukatannya. Tak payahlah ita berkelentang-kelentung di dapur subuh hari.. Tinggal perangat aje mana yang berbaki di dalam periuk aje..



Kita terus sahaja pada menu yang ingin ita kongsikan ini. Menu ni semuanya sedap-sedap belaka! tak rugi mencuba. Anda juga boleh sediakan untuk keluarga anda juga. Sebenarnya menu ini juga amat sesuai untuk merai tetamu juga tau! manalah tahu kalau esok raya nak buat rumah terbuka, ini adalah antara pilihan menu terbaik yang anda harus sediakan untuk merai tetamu. Jom kita intai resepi.


AIR BUAH COCKTAIL
Respi Oleh : Kak Fida
Rujukkan : My Resepi

1 tin buah-buahan campuran ~ fruit cocktail
1 tin susu sejat
2 tin susu air ( guna tin susu sejat tadi untuk sukatan air)
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
Secukupnya agar-agar siap atau sumi
Ketulan ais secukupnya
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Satukan air, susu, gula, tepung kastard, secubit garam dan sedikit esen vanilla dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih
Senantiasa kacau adunan supaya kastard tidak melekat di dasar periuk
Bila dah didih, sejukkan
Setelah benar-benar sejuk, masukkan dalam mangkuk, letakkan sumi jelly dan buah-buah cocktail
Letakkan juga ketulan ais bila menghidang nanti
Jika suka boleh perahkan juga jus lemon atau hirisan lemon di dalamnya


LAICI SUSU
Resepi Oleh : HaSue

1 tin laici
1 tin susu cair atau susu sejat
air gula secukupnya
1 liter air sejuk
ais batu secukupnya

Satukan semua bahan dalam jug
jika suka boleh letakkan sedikit biji selasih
Hidangkan dingin






NASI 3 WARNA
Resepi Oleh : Umi e
Rujukkan : My Resepi


3 cawan beras
3 cawan air
pewarna merah, hijau dan kuning
secubit garam
satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi)
2 helai daun pandan ~ di simpul
2 sudu makan margerin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

Cuci beras dan toskan
Blend bawang besar, bawang putih dan halia
Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih serta bahan yang telah di blend hingga naik baunya
Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga-tiga pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
Biarkan hingga nasi masak.
Kacau nasi setelah betul2 masak


DALCA SAYUR
Resepi Oleh : DianaA
Rujukkan : My Resepi

300 gm daging
2 batang lobak merah ~ potong kecil
1 batang terung panjang ~ potong kecil
3 biji ubi kentang ~ potong kecil
2 biji tomato ~ belah 4
100 gm kacang buncis ~ potong kecil ( ita gantikan kacang panjang )
2 cawan kacang dal
8 sudu besar bumbung rempah kari daging
1 biji kelapa ~ dijadikan 4 cawan santan
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk.
Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.

Tumis darat:
Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan.
Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari daging, gaul rata.
Masukkan asam dan garam.
Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
Akhir sekali masukkan tomato.
Padamkan api dan sedia untuk dihidang.





DAGING DENDENG

1 kg daging lembu potong sederhana besar dan rebus hingga empuk ( masa rebus boleh letakkan secubit garam dan hirisan halia)
500 gm bawang kecil ~ di hiris halus


Daging yang telah di rebus tadi di sejukkan
Bila dah sejuk, hiris nipis
Kemudian di tumbuk-tumbuk manja hingga leper
Bawang pula di hiri nipis-nipis, kemudian diramas-ramas sikit

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
2 batang serai ~ di titik
3 helai daun limau purut ~ buang tangkai tengah
25 tangkai cili kering ~ potong dan rendam lembut kemudian kisar halus
15 ulas bawang merah ~ di kisar
3 ulas bawang putih ~ di kisar
1 inc halia ~ dikisar

1/2 cawan kicap manis
1 buku gula Melaka
2 keping asam keping
air rebusan daging secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Panaskan minyak dalam kuali.
Gorengkan bawang yang telah di hiris hingga kekuningan dan garing
Angkat dan toskan minyaknya
Baki lebihan minyak gorengkan pula daging yang telah di tumbuk hingga  kemasan
Jangan goreng lama sangat nanti daging keras
Angkat dan ketepikan
Baki minyak lebihkan goreng daging tumiskan pula kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga harum
Masukkan bahan kisar, serai dan daun limau purut dan tumis hingga pecah minyak
Bila dah garing, masukkan kicap manis dan gula Melaka
Kemudian masukkan asam keping
Jika kuah terlalu kering, tambahkan air rebusan daging
Kemudian masukkan daging dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masak higga kuah kering
Akhir sekali masukkan bawang goreng
Gaul rata
Tutup api dan sedia di hidangkan








Ramadhan ke 5 dengan menu ekspress

$
0
0

Hari ini ita kongsikan menu ekspress untuk berbuka puasa. Sebenarnya ita ni tak sempat nak sediakan menu untuk berbuka puasa hari ni sebabnya ita seharian keluar membeli bahan kuih, dengan cuaca yang panas terik hari ini dan jalan yang jam sana sini... mulalah kepala ting tong. Sampai rumah dah kepetangan.. memang tak sempat nak masak untuk berbuka.

Oleh kerana ita dah berazam untuk sediakan juadah untuk keluarga tahun ini, ita gagahkan diri untuk sediakan juga walaupun dah terlalu keletihan dan kepenatan.
Ita hanya sediakan menu yang ringkas dan mudah di sediakan memandangkan ita dah kesuntukkan waktu. Capai ajelah apa yang ada di dapur..




Ita dan suami ni tak berapa kisah sangat bab makan untuk berbuka.. tapi kesiankan anak-anak aje. Dalam kelang kabut tu ita sempatlah juga sediakan roti john dan minuman kesukaan anak dara ita Dalili. Ya Allah bergelas-gelas dia minum air tu.. 'kembung dah perut kita mak..' katanya sambil mengosok-gosok perut.. 'jangan minum banyak sangat air ais nanti keletihan esok hari..' pesan ita berkali-kali bila melihat dia terlalu galak meneguk air ais yang dingin dan segar tu..

Di sebabkan cuaca yang panas terik, maka selera makan pun berkurangan. Masing-masing berebut air bila azan berkumandang.
Untuk menyejukkan anak tekak ni.. ita sediakan puding susu buah-buahan. Mujur ita dah sediakan puding ni lepas sahur. Dapatlah juga di hidangkan sebagai pemanis mulut kami hari ini.
Jomlah kita intai pula menu ekspress dari dapur ita hari ini.


BLUE OCEAN

1 botol kecil minuman soda warna biru ~ ita guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya ~ anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih ~ rendam dgn air panas hingga kembang
air secukupnya

Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas
Kemudian masukkan nata de coco
Tuangkan air soda biru mountendew
Masukkan juga biji selasih dan ketulan air
Sedia di hidangkan
Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.


ROTI JOHN

1 buku roti prancis panjang ~ potong 2 atau 3 kemudian belah tengah
2 biji telur ~ + secubit garan dan kocok
mayonis secukupnya
cili sos secukupnya
hirisan timun
hirisan tomato jika suka
Daun salad jika suka
kepingan keju jika suka

Inti daging
200 gm daging cincang
1 labu bawang besar ~ di dadu
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1 sudu teh lada hitam ~ di tumbuk halus
1 batang cili merah ~ buang biji dan hiris kecil
1 sudu besar rempah kari daging
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak dan butter

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga harum
Masukkan lada hitam, rempah kari dan cili merah tumis hingga pecah minyak
Masukkan daging dan perasakan dengan garam secukup rasa
Bila daging masak, tutup api dan masukkan hirisan daun sup dan daun bawang
Angkat danl etak dalam mangkuk
Masukkan telur yang telah di kocok
Ketepikan

Adunan telur daging tadi bahagi  ikut kesesuaian roti. Kalau roti tadi potong tiga bahagian, adunan telur daging tu bahagi kepada 3 bahagian. Kalau potong 2, bahagi kepada 2 bahagian
Gunakan api yang sederhana besar supaya telur tak hangus nanti.

Gunakan pan yang leper
Panaskan sedikit margerin
Tuangkan 1 bahagian telur daging atas pan
Ambil 1 bahagian roti yang telah di potong dan di belah dan telangkupkan atas telur daging tadi
Biarkan ia masak
Bila dan masak angkat
letakkan kepingan chees, hirisan timun, tomato dan salad jika suka
Letakkan juga sos cili dan mayonis


PUDING BUAH-BUAHAN
Resepi Oleh : Juns11
Rjukkan : My Resepi

1 paket  agar-agar serbuk  (11gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut
Pukul telur dan campurkan tepung kastard dan kacau hingga rata
Ketepikan
Bila agar-agar dah larut, masukkan susu cair , biar ia mendidih sebentar
Ambil sedikit agar-agar dan masukkan dalam telur, kacau rata
Kemudian tuang semula dalam adunan agar-agar
Masukkan secubit garam dan esen vanilla
Kemudian masukkan fruit cocktail
kacau rata
Sediakan loyang yang telah di bilas dengan air
Tuangkan aduan agar-agar buah-buahan tadi dalam loyang
Sejukkan














Istimewa 6 Ramadhan

$
0
0

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberikan ita lagi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ita sebagai isteri, ibu dan juga anak. Alhamdulillah dan syukur juga kerana di berikan kesempatan untuk ita merasai dan menikmati kebesaran Ilahi dan dapat lagi melihat wajah-wajah kesayangan hamba..

Hari ini 23 Jun adalah tarikh ita mula-mula dapat bernafas di dunia ini. Kebetulan hari ini hari Selasa dan mengikut kata emak, ita juga di lahirkan pada hari Selasa di waktu Asar. Tak susah kata mak melahirkan ita.. menurut emak lagi menjaga ita sewaktu kecil juga tidak merumitkan, kerana banyak tangan-tangan yang sudi membantu, mengendong dan melayan ita yang kata emak gebu dan montel hehe... sama gebu dan montel dengan kek-kek ita agaknya.. hehe.. jangan mak tak tahu.. sekarang pun ita makin montel dan gebu.. aduyaiiii....




Kerana kegebuan dan kemontelan ita sewaktu kecil itulah ita di panggil Intan di kalangan keluarga dan jiran tetangga. Ita percaya hingga kini pun saudara mara, makcik-makcik dan pak cik-pak cik ita tidak tahu nama sebenar ita , kerana mereka lebih selesa dengan panggilan manja Intan hingga kini..

Hari ulang tahun ita sama aje seperti hari-hari yang lain.. setiap tahun pun tiada istimewanya. Ita pun tak beriya-iya nak buat kek.. hihi dah jemulah hari-hari dok mengadap kek.. badan pun dan gebu macam kek.. Apa yang penting ita bersyukur masih ada rakan-rakan yang mengigati diri ini.. Terima kasih di atas ucapan selamat ulang tahun.. hingga ita pun dah tak sempat nak membalas setiap ucapan. Di kesempatan ini dan di ruang ini sahajalah ita hanya ingin menyatakan kamulah sahabat ita dunia dan akhirat.. ita sayang anda semua... jika boleh ita sedaya mungkin ingin memenuhi permintaan anda semua.. namun apakan daya ita hanya hamba Allah yang lemah.. dan setiap kelemahan itu adalah atas kealpaan ita sendiri.


Di kesempatan ini juga ita ingin memohon maaf andai ada tutur bicara, kata-kata yang mungkin menguris perasaan anda.. Mungkin ada antara hajat anda yang tak sempat lagi ita tunaikan.. maafkan ita.. ialah umur pun dah semakin meniti senja.. bimbang jika tak berkesempatan untuk melahirkan ucapan salam yang terakhir.......


AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Resepi Oleh : Nadz Nazharzan
Rujukkan : Yatie

Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cwn gula pasir
250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam  
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih. 
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.  
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...
TIPS DAN NOTA NAZ: 

Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti. 
Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

MEE HOON GORENG SINGAPURA
1/2 bungkus mee hoon ~ di rendam hingga lembut, toskan
1 cawan udang basah
100 gm daging hiris nipis nak guna ayam pun boleh
3 biji fish ball ~ goreng hiris nipis
1 keping fish kek ~ hiris nipis
1 cawan taugeh
1/2 batang karot ~ di parut kasar
2 biji telur ~ ita tak letak
Daun kucai ~ hiris 1 inc
cili merah dan cili hijau hiris
1 biji tomato ~ belah 4
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air  jika perlu
Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan udang kering
1 sudu teh lada hitam 
Panaskan minyak, masukkan telur dan goreng hancur , angkat dan ketepikan
Bakin minyak goreng pula fish ball dan fish cake. Angkat dan hiris nipis
Baki minyak,  tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk. Jika perlu tambah air
Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
Masukkan udang dan masak sebentar
Masukkan mee hoon, kacau rata
masukkan pula, karot, tomato, taugeh, daun kucai dan lada
kacau rata
Angkat dan hidangkan
Mee hoon ni boleh di hidangkan bersama cili jeruk atau sambal kicap


LANGKAWI SUNSET

Air soda warna merah secukupnya ( marinda, fanta dll )
nata de coco secukupnya
1 biji mangga di kisar
mangga sunquick ~ 1 sudu besar untuk 1 gelas hidanga
ais secukupnya

Masukkan puri mangga dalam gelas
Kemudian masukkan 1 sudu mangga sunquick 
Di ikuti dengan nata de coco
Akhir sekali tuangkan air soda merah dan ais
Sedia di hidangkan dingin
Jangan lupa sediakan udu ketika menghidang 


  

7 Ramadhan yang meletihkan

$
0
0

Semalam adalah 7 Ramadhan yang meletihkan. Sebenarnya semalam ita tak bangun sahur tau! macam mana boleh tak sadar.. pada hal ita dah kunci jam. Bila masa pulak ita pergi tekan jam tu.. pun ita tak perasan. Mungin sebab cuaca yang panas siang hari, di tambah ita kena siapkan tempahan kek dan biskut.. itulah yang membuatkan ita terlalu keletihan tu..



Kesian kat anak-anak.. Dalilah yang paling kesian.. sekolah lagi dengan cuaca panas terik. Amirul pula kena pergi ke kolej semalam tuk pendaftaran semesta baru.. kesian kat dia.. mesti keletihan dengan cuaca panas dan berpuasa pulak! maaf kan mak ya.. anak-anak mak boleh terlena pulak..


Kerana salah ita tak sadar untuk bangun sahur, untuk buka puasa ita masak lah menu kesukaan anak-anak terutamanya Dalili.
Dalili suka makan udang, jadi ita buatkan Cereal Butter Prawn. Kangkung goreng belacan pula kesukaan suami dan anak-anak.
Ita lawankan dengan nasi goreng. Nasi untuk sahur yang tak berjamah tu.. sayang nak buang.. Lebih lagi kita dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.. tak bagus membazir.. jadi ita goreng aje nasi dan makan bersama udang dan kangkung belacan.


Minuman dan kuih pula ita sediakan air mata kucing kesukaan suami dan samosa daging..
Walaupun banyak sikit ita kena siapkan menu semalam.. tapi ita puas hati bila hidangan ini di nikmati dengan berselera sekali oleh keluarga.






CEREAL BUTTER PRAWN
Rujukkan : Maklangazie

Bahan A - sebatikan semua
1 cawan Nestum cereal (original flavour)
secubit garam
1½ sudu teh gula
1½ sudu besar susu tepung


Bahan B - gaul sebati
Udang ~ gunting muncung udang dan kakinya, dan belah belakang udang tu, buang urat hitam di belakang udang, cicu bersih dan keringkan.
secubit garam
1 telur ~ pukul dengan garfu
1½ sudu besar tepung gandum

Bahan C
minyak
2 sudu besar butter
cili api potong kecil
daun kari


Panaskan minyak masak dan goreng udang yang telah digaul dengan bahan B tadi, angkat guna penapis biar minyak tos.
Pastu, panaskan butter, masukkan cili api dan daun kari.

Goreng sebati dan kecikkan api, baru masukkan BahanA dan kacaulah biar rata hingga cereal jadi goldern brown, baru masukkan udang yang digoreng tadi tu sebatikan, angkat dengan penapis biar minyak tos
Sedia di hidangkan




KANGKUNG GORENG BELACAN

2 ikat kangkung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc  belacan
10 biji cili padi merah atau hijau
Garam dan sedikit gula
1 kiub ikan bilis
1/2 cwn air
minyak utk menumis

Potong sayur kangkung dan cuci bersih
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan 8 tangkai cili padi
2 batang cili lagi di ketuk
Tumiskan cili ketuk, bahan kisar dengan minyak yang telah di pijarkan hingga harum
Tambahkan air jika terlalu kering
Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula
Masukkan kangkung dan gaul rata
Biar kangkung sedikit laur dan segera tutup api.



NASI GORENG TAUGEH

Nasi putih secukupnya ~ di peroi
1 mangkuk taugeh ~ buang akar
1 cawan ikan bilis ~ di goreng garing ambil 1/3 dan tumbuk halus
2 biji telur ~ di goreng hancur 
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris

Bahan Tumbuk atau kisar
5 tangkai cili kering ~ gunting dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi
garam da gula secukup rasa
minyak untuk menumis 

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan harum
Masukkan ikan bilis tumbuk, garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan nasi dan gaul mesra
Akhir sekali masukkan taugeh dan daun sup dan daun bawang
Tutup api baru masukkan ikan bilis goreng 
sedia di hidangkan


SAMOSA DAGING

Kulit Popia secukupnya

Bahan inti

5 biji kentang ~ kupas kulit dan dadu kecil
200 gm daging cincang
1 labu bawang besar ~ di dadu kecil
Daun kucai ~ potong 1 inc
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering ~ potong kecil dan rendam hingga lembut
2 sudu besar rempah kari

Panaskan minyak, tumis daun kari dan bahan kisar hingga garing dan harum
Kemudian masukkan kentang dan air dan masak hingga kentang empuk
Bila empuk masukkan daging cincang dan masak lagi hingga daging empuk dan kuah kering sedikit
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan daun kucai
Gaul rata dan masak hingga kering
Angkat dan sejukkan

Ambil kulit popia dan potong 2
Tutup kulit popia dengan tuala basah supaya tidak kering
Untuk samosa ita ni ita guna 2 keping kulit popia untuk 1 samosa
(Bermaksud bila ita kopek kulit popia tu ita kopek untuk 2 keping sekali , kemudian ita potong 2)
Letakkan inti dan lipat bentuk 3 segi

Untuk merujuk kaedah melipat kulit popia, ita rujuk di sini




AIR MATA KUCING

Buah mata kucing kering secukupnya
1 buku gula Melaka
2 buku gula batu
Gula mengikut kemanisan
air secukupnya
Daun pandan di simpul

Cuci buah mata kucing hingga bersih.
Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
Perasakan dengan gula
Siap dihidangkan panas atau sejuk.












8 Ramadhan yang terlewat

$
0
0

Lewat masaukkan menu berbuka kami sekeluarga pada 8 Ramadhan. Ita sekarang dah mula sibuk menyiapkan biskut raya tempahan kawan-kawan. Jadi menu berbuka ita yang simple dan ringkas sahaja. Apa yang penting ianya adalah air tangan isteri dan juga ibu kepada anak-anak dan suami.

Amirul dah pun memulakan praktikalnya di Tampin, semakin berkurangan penghuni rumah .. semakin kosonglah meja dari juadah-juadah. Ita pun malas nak masak pelbagai menu.. memandangkan sekarang cuaca sangat panas, anak-anak dan suami lebih banyak minum air dari menjamah makanan. Oleh itu ita hanya pilih satu juadah sahaja.

Untuk kuih pula ita goreng samosa yang berbaki semalam. Semalam samosa tu ita buat frozen, jadi hari ini ita goreng samosa lagi..


Semalam ita sediakan air Fair Lady. Resepi air ini dari rancangan Bila Bujang Masuk Dapur yang di  hoskan Syafiq Kyle dan Sonaone. Macam best aje tengok air yang Syafik Kyle buat, itu yang membuatkan ita semakin ingin mencuba. Tak rugi mencuba.. sedap juga air ni.. Pada ita ianya juga sesuai sebagai dessert atau minuman untuk rumah terbuka bila hari raya nanti. Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas.

Ita juga sediakan mee untuk berbuka puasa. Mee ni atas permintaan Amirul yang katanya teringin nak makan mee sebelum dia bertolak ke Tampin. Mee Berkuah ni cukup mudah penyediaannya. Bukan sahaja mudah dan ringkas bahannya juga sangat minima, rasanya juga cukup sedap pada selera kami sekeluarga. Seakan-akan rasa mee racun pun ada jugak!

Kepada anda yang nak mencari menu yang ringkas dan mudah.. apa kata cuba resepi yang ringkas dari Harligt ini






FAIR LADY
Resepi oleh : Syafik Kyle dan Sonaone
Rujukkan : Bila Bujang Masuk Dapur

Air oren secukupnya
1 tin laici dalam tin
nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
ais batu secukupnya

Mula-mula sediakan air oren dahulu. Ita guna air oren Sunquick. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih
Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais
Sedia di nikmati


MEE KUAH BERKAWAH
Resepi Oleh : Harligt
Rujukkan : My Resepi


1 bungkus mee kuning ~ celur dengan air panas sekejap dan tos
 Bahan kuah

3 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
4 sudu besar cili ~ kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 cawan isi ayam ~ potong dadu kecil ( ita guna daging )
12 ekor udang sedang
10 biji cipi api ~ belah 2
Sawi dan kobis secukupnya
4 biji telur
2 biji tomato ~ belah 4
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menumis
1 kuib ayam

Hiasan

Daun sup
bawang goreng
cili potong secukupnya.

Panaskan minyak.
Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, cili api.
Kacau sebentar. Masukkan air.
Masukkan isi ayam dan kuib ayam.
Biarkan mendidih.
Masukkan udang. 
Biarkan seketika.
Masukkan garam, gula dan ajinomoto sesedap rasa.
Masukkan sawi dan kobis.Biarkan seketika.
Masukkan pula tomato.
Akhir sekali pecahkan telur di dalam nya. Jangan kacau.Biarkan telur masak.Tutupkan api.
Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup serta cili potong









9 Ramadhan saya semakin sibuk

$
0
0

Dah 10 hari kita berpuasa. Nampaknya suri rumah semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti untuk menyambut kedatangan Lebaran. Mana nak siapkan keperluan anak-anak, mana nak menghias rumah, mana nak menyediakan juadah di hari raya dan tak kurang juga yang mula sibuk menjahit langsir baru.

Bilalah suri rumah tangga ni nak dapat rehat dan bergoyang kaki ya.. 24 jam siang dan malam tak berhenti bekerja. Teringat kata mak ita dulu bila ita kadang kala menegur mak tak penat ke.. ialah ita lihat emak asyik buat kerja aje.. bilalah emak dapat rehat.. mak kata orang perempuan ni akan rehat bila dia menutup mata... Kini barulah ita faham apa maksud emak dahulu.. memang berat tugas menjadi suri rumah tangga..


Bagi mereka yang mungkin menjadikan bulan Ramadhan untuk menambah pendapatan, pastinya lebih sibuk lagi.. siang dan malam mengadap oven membakar kuih. Tak kurang juga yang bersengkang mata nak menyiapkan tempahan baju pelanggan. Walau apa pun tugasan yang terpaksa di pikul.. pesan ita jaga kesihatan selalu..

Hari ini ita kongsikan menu berbuka puasa pada 9 Ramadhan kemarin. Oleh kerana ita juga semakin sibuk menyiapkan tempahan pelanggan, ita masak yang mudah dan ringkas sahaja untuk keluarga. Resepi ni dah kerap kali ita kongsikan kerana ianya adalah menu kesukaan kami sekeluarga. Menu ini pasti tersenarai dalam menu berbuka puasa kami setiap tahun


MEE SOTO
Resepi asal : SOTO AYAM SEDAP
Resepi Oleh : Kak Ina KL

Mula-mula kita sediakan dahulu bahan-bahan untuk membuat kuah soto.

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
3 batang serai ~ di titik. ( ita guna 2 batang sahaja sebab ita kisar semua sekali )
1 inc lengkuas ~ yang ni ita tambah

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.

Bahan Tumis dan Rempah

1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih ~ yang ni ita letak 1 sudu besar sahaja
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga

Kak Ina menggunakan serbuk jintan manis dan jintan putih. Anda pun boleh juga guna serbuk jintan manis dan jintan putih.
Ita menggunakan jintan manis dan jintan putih biji. Oleh kerana itu ita goreng tanpa minyak atau sangai dahulu hingga harum
Kemudian kisar halus

Bahan lain

1 ekor ayam ~ potong 4 ( ita potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam ~ yang ni ita tambah
2 sudu besar santan ~ yang ni ita tambah 

Mula-mula kita panaskan minyak
Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah.
Masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus.
* ayam ita pula, ita potong kecil, jadi ita tak payah nak siat, ita terus aje goreng.


SAMBAL KICAP



15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus
Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi


Soto ni di makan bersama

  • Mee Kuning atau nasi himpit atau mee halus
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Daun sup dan daun bawang ~ hiris halus
  • Kacang goreng
  • Suhun Goreng
  • Daging ayam yang di goreng dan di siat halus
Cara menghidangnya pula
Letakkan nasi himpit dalam mangkuk
Letakkan daging ayam, taugeh, suhun dan kacang goreng
Curahkan sup
Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang
Letakkan begedil dan juga sambal kicap

Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam


BEGEDIL AYAM CRISPY

Begedil ayam ini juga resepi dari kak Ina, tapi ita olah dengan menggantikan daging cincang dengan ayam. Ita juga celupkan dalam Nestum untuk mendapatkan begedil ayam yang crispy. Selain Nestum anda juga boleh salutkan dengan oat atau bread crumb


1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji putih telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
Nestum atau oat atau bread crumb secukupnya
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.

Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
Goreng kentang hingga kuning keemasan
Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita larikan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
Satukan kentang lumat dalam bekas.
Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
Kemudia kacau rata hingga semua sebati
Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
Buat sampai habis

Telur, pecahkan dalam bekas, ambil putihnya sahaja, letakkan secubit aje garam dan kocok lepas
Panaskan sedikit minyak dalam luali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
Celupkan begedil dalam telur dan kemudian gaulkan dalam Nestum
Kemudian masukkan dalam kuali
Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.


AIR JAGUNG

Kordial Jagung Red Man secukupnya
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair
2 sudu besar Susu pekat manis

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais.




Menu 10 Ramadhan

$
0
0

Dah 12 hari kan kita berpuasa.. nampaknya ita semakin hari semakin sibuk hingga tak sempat nak update resepi berbuka. Tapi tak pe.. ita cuba juga masukkan mana yang sempat ya.. biar lambat janji ada menu untuk perkongsian bersama.

Oleh kerana ita sibuk sikit nak siapkan cookies tempahan kawan-kawan.. jadi ita tak boleh nak celoteh lama-lama .. nanti hangit pulak cookies dalam oven.

Kita terus sahajalah intai menu yang sempat ita siapkan. Resepi ni semua sedap-sedap belaka tau! anda boleh cuba. Mana tahu anda inginkan satu  kelainan pada bulan Ramadhan. Menu macam ni memang tak ada jual di Bazar Ramadhan.

Resepi kali ni cukup simple dan cara buatnya pun cukup mudah. Bagi mereka yang tak punya banyak masa tapi inginkan sesuatu kelainan untuk hidangan keluarga, boleh lah mencuba!

Kita mulakan dengan penghilang dahaga dahulu, maklumlah setelah seharian berpuasa, bila buka sahaja airlah yang kita akan cari dahulu kan.. Air ita hari ni mudah sahaja iaitu jus tembikai. cara buatnya pun mudah. Alhamdulillah tembikai kali ni manis jadi tak perlulah nak tambah air gula. Kita nikmati rasa segar buah tembikai yang original.


JUS TEMBIKAI

1/2 biji buah tembikai
kiub ais secukupnya

Potong tembikai dan buangkan kulitnya
masukkan tembikai dalam blender dan kisar
Jika tembikai kurang manis boleh tambahkan air gula
hidangkan dengan kiub ais


NASI KARI BERDAGING
Resepi Oleh : Nure
Rujukkan : My Resepi

1 kg beras basmathi
200g daging ~ dihiris nipis
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan serbuk rempah kurma
air sesuai sukatan nasi
garam secukup rasa
 
Bahan Hiris
 
1 biji tomato
1 cm halia
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih dan 
1 biji bawang besar

Tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan  kedua-dua rempah yang telah dibancuh dengann air. Kacau lagi sampai naik bau.
Masukkan daging dan masak sampai empuk.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang telah disukat airnya.
Masak nasi macam biasa.

Nasi ini enak juga di makan bersama telur rebus yang di goreng. Jika nak sedap lagi telur rebus di perap dahulu dengan bahan hiris sebelum di goren.
Boleh juga di makan dengan lauk-pauk pilihan



AYAM MASAK PALEMBANG
Resepi Oleh : cutevirus8
Rujukkan :  My Resepi

Untuk resepi ayam masak palembang ni sukatan yang di berikan agak banyak. Sekiranya anda nak masak sikit aje kurangkan sukatan bahan-bahannya

Bahan Kisar

4 senduk nasi bawang besar
2 senduk nasi bawang putih
2 senduk nasi cili kering
1 inci halia

1/2 kilo santan
5 batang serai ~  dititik
6 tangkai daun kari
kicap manis
1 ekor ayam ~ potong kecil dan cuci bersih

Perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. biarkan garing dan naik bau
Masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.
masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).
masak sampai empuk dan angkat


SAGO GULA MELAKA


Oleh : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan


Bahan-bahan
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


Kaedah Penyediaan

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).

Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
Masak hingga gula larut
Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
Masak hingga pekat dan sejukkan

Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan

Bila sago dah sejuk dan kental,
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.
Kalau buat dalam bekas kaca tu tak payah keluarkan terus tuang air gula dan santan
Dessert ni sangat sedap di makan dingin.











Sup daging dan air nenas

$
0
0

Hari ini ita masak simple jugak untuk berbuka puasa, memandangkan kami ni dah tinggal bertiga beranak sahaja.. Semua yang tinggal ni pun tak kuat makan.. Jadi ita pun masak yang mudah dan ringkas aje.

Ita hanya sediakan sup daging. Sup ni boleh kalau nak makan dengan nasi atau roti. Terpulang pada selera masing-masing, yang suka roti boleh makan dengan roti dan bagi yang suka berat sikit boleh gandingkan dengan nasi. Ita juga sediakan ayam goreng untuk anak dara ita Dalili dan juga air nenas kesukaan kami sekeluarga.

Apa yang paling ita suka, tahun ini selain ita tak ke bazar Ramadhan, kami juga tak membazir. Ita masak cukup untuk kami 3 beranak aje.. Untuk pencuci mulut pula kalau suami ita teringin nak makan barulah ita sediakan sebab ita tak nak banyak sangat makanan nanti lepas buka semua tak bersentuh.. dah membazir pulak kan.. tak baik membazir.. lebih-lebih lagi dalam bulan puasa yang mulia ini. Kalau anak bujang ita balik baru meriah sikit menu, sebab mereka pemakan sikit..


SUP DAGING

1 kg daging lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus  jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
3 pokok daun bawang ambil bahagian batang putih yang bawah

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak dan batang daun bawang di kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti. 

Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah dan batang daun bawang yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan daging dan air rebusan daging. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan bersama sambal kicap bagi pengemar sup yang pedas.


SAMBAL KICAP ZAHIR TAK TERUCAP
Resepi Oleh : Chef Amer

15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC ita guna kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar
Sedia di makan bersama sup tulang





AIR NENAS

1 biji nenas ~ buang kulit dan mata nenas , belah 2 dan buang empulur tengah
1/2 bahagian nenas tadi di potong dadu
1/2 bahagian nenas lagi di kisar halus
air secukupnya
gula ikut kemanisan
1 helai daun pandan di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih dan gula larut
Bila dah didih sejukkan
Hidangkan bersama ketulan ais




Kuih Koleh Kacang yang lembut dan sedap

$
0
0

Kuih yang menjadi kegemaran emak ita. Emak memang suka sangat makan kuih ni.. Kata mak kuih ni sedap dengan rasa harum kacangnya.. wangi tahi minyaknya dan lemak manis gula merahnya. Tapi mak ita macam biasa cukup cerewet bab kuih tradisional. Hanya yang berkenan pada tekaknya sahaja yang dia akan makan dengan begitu berselera sekali, tapi kalau tak cukup syaratnya.. kurang manis dan lemaknya.. awal-awal lagi dia dah reject.

Walaupun emak suka sangat dengan kuih yang satu ini.. namun ita tak pernah nampak emak membuatnya. Biasa emak akan beli atau pun atuk yang buatkan.
Ita pula.. alamak.. ita memang tak berapa gemar kuih ni.. tak tahulah kenapa dalam banyak-banyak kuih talam, kuih ini bukanlah kuih yang ita gemari.. nak menjamah pun ita tak minat apalagi nak merasainya dengan sepenuh hati.




Baru-baru ini ita ada terpandang beberapa rakan kogsikan dan tayang kuih koleh kacang yang mereka sediakan  di FB. Terdetik di hati nak mencuba. Sebab keinginan nak mencuba kerana kuih ni kegemaran mak.. ita harap ita dapat buatkan untuk mak satu hari nanti.. Nampak macam mudah bahan pun tak lah susah sangat nak dapat. Yang paling ita teruja sebab kuih talam ni tak payah nak kukus bagai... masak atas dapur aje.. mudah dan ringkas.

Walaupn stepnya agak banyak, tapi semuanya yang mudah dan ringkas. Masaknya pun tak lama, sesuai untuk buat minum petang keluarga.
Tak sangka kuih yang ita tak gemari ini rupanya sedap sangat. Resepi yang ita kongsikan ini cukup enak rasanya, semuanya secukup rasa.. dengan lemak manisnya dan harum bau tahi minyaknya.. Kuihnya pun cukup lembut dan memang tak rugi mencuba. Tak sangka ita boleh tergoda dengan kuih yang satu ini.. Benarlah bagai di kata.. tak cuba tak tahu.. bila dah cuba boleh jatuh cinta di buatnya.

Hari ini ita kongsikan resepi ini disini pula. Untuk rujukkan rakan-rakan. Ikut step yang ita terangkan, pasti menjadi kuih ni nanti. Adunan asal oleh tuan rumah agak banyak. Ita buat hanya 1/2 daripanya sahaja.. cukuplah untuk ita buat minum petang kami sekeluarga. Dapat juga berikan sepiring dua pada jiran tetangga.

Terima kasih pada tuan empunya resepi. Terima kasih kongsikan resepi kuih koleh kacang yang enak dan lembut ni...


KOLEH KACANG
Resepi Oleh : EnaZamri Rashid

Resepi yang ita sediakan ini adalah 1/2 adunan daripada resepi asal dan ita menggunakan loyang 8 inc. Sedang elok aje ketinggiannya.

Sebelum menyediakan adunan koleh kacang kita kena sediakan dahulu tahi minyak untuk di taburkan atas kuih ini .

TAHI MINYAK ( bahan A )

500 gm santan kelapa segar ~ guna santan pekat, beli santan kelapa segar jangan guna santan kotak ya sebab santan kotak tak berapa cantik kejadiannya nanti.
Secubit garam


Satukan santan dan secubit garam dalam kuali non stick.
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental
Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Minyaknya di simpan untuk di letakkan dalam adunan koleh kacang nanti
Tahi minyak pula untuk di taburkan atas kuih

Sekarang kita sediakan pula air gula

AIR GULA ( bahan B )

200 gm gula merah atau gula timbang ~ pilih yang warnanya agak kehitaman
50 gm gula pasir
150 ml air
2 helai daun pandan di simpul


Satukan semua bahan dan masak atas dapur hingga gula melarut
Tutup api dan tapis

Bahan C

150 gm tepung kacang hijau ~ yang telah di sangai ( tepung kacang hijau ya bukan kacang peas)
secubit garam
200 ml santan kelapa segar
650 ml air
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu makan minyak kelapa ~ baki dari tahi minyak yang diasingkan


Satukan semua bahan C kecuali daun pandan dan minyak kelapa
Masukkan dalam blender dan kisar
Satukan bahan kisar ( bahan C ) dan air gula ( bahan B) kedalam kuali
Masukkan daun pandan
Masak atas dapur dengan api yang sederhana sambil senantiasa di kacau
Masak hingga ia meletup-letup kecil
Kecilkan api dan tambahkan minyak kelapa
Kacau lagi hingga adunan pekat dan kental
Anggaran masa memasak adalah 25 minit. Dalam masa 25 minit tu adunan dah pun masak
Keluarkan daun pandan.

Sediakan loyang 8 inc yang di lapis plastik dan di oleskan dengan baki minyak kelapa
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan
Hentak-hentak loyang sedikit untuk menghilangkan gelembung udara
Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan ia sejuk dan mengeras
Bila dah keras bolehlah di potong dengan pisau plastik yang di oles sedikit minyak kelapa.

















Daging Masak Merah, mudah, ringkas dan sedap

$
0
0

Resepi yang mudah dan ringkas.. yang penting sedap!
Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah penyediaannya, cepat di masak dan sedap di makan. Makan dengan nasi goreng ada telur dadar dah cukup mengenyangkan.

Sebagai ibu kadang kala, kita kebuntuan idea untuk memasak. Hari-hari dengan menu yang sama, bukan sahaja yang makan terasa bosan.. tukang masak pun bosan di buatnya.
Memandangkan sekarang.. kos sara hidup yang semakin meningkat.. dengan barang dapur yang semakin mahal harganya.. bertambah terbeban dengan cukai barangan GST, ramai yang mula mengambil jalan untuk berjimat cermat.



Kalau dahulu, pelbagai juadah di sediakan untuk keluarga.. sekarang cukuplah dengan satu hidangan sahaja.. yang penting mengenyangkan. Satu hidangan pun.. jika kena caranya.. enak hidangannya.. pasti bertambah-tambah seisi rumah menjamu selera.

Hidangan yang ita sediakan hari ini cukup ringkas.. ita suka sediakan makanan yang ringkas-ringkas aje sekarang.. memandangkan terkejar-kejar masa setiap hari. Janji perut anak sempat diisi sebelum melangkah kesekolah. Jika ada masa terluang seperti hujung minggu.. barulah masak yang renyah-renyah sikit.

Ianya juga sesuai untuk anak-anak kita yang tinggal berjauhan dari keluarga.. tak kiralah untuk anak bujangnya atau anak dara. Dari makan diluar baik masak sendiri dapat jimat belanja sikit. 

Resepi daging masak merah ni di kongsikan oleh dyna di My Resepi. Bila melihat ramai kawan-kawan yang dah mencuba dan rata-rata memuji.. ita pun tak naklah lepaskan peluang mencuba. Ternyata hasilnya tidak mengecewakan.. Berselera kami sekeluarga menikmatinya..


DAGING MASAK MERAH
Resepi Oleh :Dyna
Rujukkan : My Resepi

500 gm daging ~ dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
1 biji bawang besar ~ di hiris
1 biji capsicum hijau ~ di potong
1 cm halia ~ di ketuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Hiasan
daun sup
daun bawang
kacang buncis

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum
Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram
Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging
Perasakan dengan garam
Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat
Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang
Angkat dan sedia dihidangkan

Boleh di makan bersama nasi goreng atau nasi putih. Tambahkan juga telur dadar untuk dimakan bersama.













Belajar membuat kek kereta 3D

$
0
0

Kek bentuk 3D adalah kek yang unik dan lain daripada kek-kek yang lain. 3D bermaksud kek yang lebih menonjol dengan reka bentuk figura yang lebih menepati ciri-ciri bentuk asal dan bentuk-bentuk lain yang di olah dengan menggunakan fondant dan gumpaste.

Kek 3D lebih padat dan padu kerana ianya di hasilkan dari kek yang agak berat seperti kek coklat moist atau butter cake. Ini kerana kek-kek ini lebih mudah untuk di bentuk dan di ukir bagi menepati kejadian reka bentuk figura sebenar.

Untuk menghasilkan kek 3D seseorang itu perlukan sedikit kemahiran didalam mengendalikan fondant, minat yang mendalam dalam kerja tangan dan hiasan juga seorang yang teliti dan sabar dalam melakukan tugasan.



Bukan mudah sebenarnya.. kemahiran dan minat adalah punca kepada terhasilnya kek 3D yang dapat membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti terpegun. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika kek 3D lebih mahal harganya dari kek yang lain.

Kek 3D lebih kepada kek ulang tahun dan kek hantaran. Jarang kek seperti ini di jadikan kek perkhawinan kecuali jika mempelai itu lebih berani ke arah sesuatu yang baru.


Ita pun baru juga dalam menghasilkan kek 3D. Masih banyak yang perlu di pelajari lebih-lebih lagi pada kemahiran mengendalikan kek fondant. Oleh kerana ita zero dalam bab ini dan tidak langsung mempunyai apa-apa ilmu dengannya... maka ita perlu lebih banyak belajar untuk lebih mahir.

Pertama kali mencuba.. mungkin agak nervous.. maklumlah kita ni baru mencuba, risau dan bimbang jika percubaan pertama tak menjadi. Ita banyak dapatkan ilmu dari internet, youtube, rujukan dari buku dan juga bertanya dari rakan-rakan bakers yang lebih mahir. Alhamdulillah mujur rakan-rakan bakers banyak membantu.. mereka tidak lokek untuk mencurahkan ilmu sesama bakers. Semoga ilmu yang di curahkan mendapat ganjaran pahala untuk bekalan akhirat nanti.. sama-sama kita doakan..


Oleh kerana ita mendapat banyak permintaa dari kawan-kawan yang baru nak mencuba menghasilkan kek 3D. Hari ini ita kongsikan cara dan kaedah ita menyediakan kek ini. Ini cara ita... lain orang lain caranya.. oleh itu jadikanlah apa yang ita ajarkan ini sebagai panduan dalam memahirkan lagi diri. Disamping itu jangan lupa untuk senantiasa menimba ilmu dari mereka yang lebih pakar.

Seperti yang ita katakan lebih awal tadi.. pilihan kek adalah yang paling utama. Pilih kek yang lebih berat dan mudah di bentuk. Ita kebiasannya menggunakan kek choc moist atau butter cake untuk menghasilkan kek 3D.

Hari ini kita belajar membuat kek bentuk kereta Hummer.

Sebelum kita mulakan proses membuat kek, kita perlu tahu dahulu ukuran kek yang kita kena hasilkan dan rupa bentuknya.
Ita akan google bentuk kek 3D ini. Dapatkan saiz yang sesuai dan ukuran yang tepat.
Ita akan print dalam 2 saiz kiri dan kanan


Bila dah dapatkan ukuran dan reka bentuk kereta tersebut barulah kita sediakan kek mengikut saiz ukuran.



Seperti biasa anda boleh dapatkan resepi kek choc moist dari SINI
Untuk kek ini ita perlukan 2 buku kek coklat berukuran 10 x10 inc
Sediakan krim untuk kek anda. Pilihan krim juga tidak boleh krim yang mudah cair, ia akan melunsur jika tidak betul cara pengendaliannya. Contohnya jika kek tidak di simpan dengan baik atau terdedah lama di tempat panas

Setiap kek ita potong kepada 2 bahagian. Jadi ukuran setiap keping adalah 10 x 5 inc
Sapukan krim untuk setiap layer. Ikut ketinggian kek yang ingin anda sediakan.
Buat sehingga habis dan simpan dalam peti ais hingga krim keras supaya mudah untuk di bentuk nanti.


Potongkan ukuran kereta yang kita dah print tadi. Ingat ia mestilah kiri dan kanan
Bila krim pada kek dah keras bolehlah kita potong mengikut saiz kek kita.
Letakkan ukuran rajah kereta tadi di kiri dan kanan kek , rujuk gambar di atas.
Kemudian dengan menggunakan pisau kek yang tajam, potok mengikut saiz rajah yang kita tampal tadi.
Bentukkan dengan kemas dan berhati-hati


Bila dah siap salutkan keseluruhan kek dengan ganache coklat . Anda juga perlu bentukkan kek bersesuaian dengan bentuk figura kereta sebenar. Jangan lupa juga untuk bentukkan lubang pada bahagian tayar nanti. Bila dah siap simpan dalam peti ais semalaman atau sehingga ia keras.


Sementara menunggu kek kita mengeras, kita boleh sediakan asesori yang terdapat pada kereta tersebut, seperti tayar, bumper, logo, tulisan atau lain-lain lagi yang perlu di sediakan lebih awal.

Setelah kek kita keras, bolehlah kita mula membalut fondant dan mendeco


Canai fondant yang telah di warnakan mengikut warna kereta
Balutkan pada kek kereta tadi
Kemaskan, dan bentukkan
Potong atau buangkan lebihan fondant.
Bentukkan lekuk-lekuk pada kereta itu
Setelah siap bolehlah mula pasang tayar dan asesori yang telah kita sediakan


Dah pun siap kereta yang kita sediakan..
Macam mana? dah bersedia nak mencuba?






3D bermaksud reka bentuk kek yang kelihatan menonjol, wujud bentuk figura yang sangat menyerupai bentuk asal dan pelbagai bentuk lain yang dihasilkan menerusi fondant dan ­gumpaste. - See more at: http://www1.hmetro.com.my/node/7066#sthash.xua8XJyN.dpuf

Tumis boncis dengan kerang

$
0
0

Bagi anda yang meminati sayur-sayuran, adakalanya pasti buntu untuk mereka cipta hidangan berasaskan sayuran buat keluarga.
Sayur memang sangat baik untuk kesihatan.. ada yang kata dengan memakan sayur-sayur ia memudahkan proses pencernaan di samping menghasilkan kulit yang cantik dan mulus.
Tapi ramai juga yang tidak mengemari sayur-sayuran.

Kami sekeluarga memang sangat meminati sayur. Setiap hidangan yang di sajikan pasti terselit satu menu sayuran. Kadang kala memang bingung kerana tak tahu lagi bagaimana olahan yang sesuai untuk masak sayur. Macam biasalahkan.. kalau tak tumis kering pasti di masak bening atau lemak.

Hari ini ita kongsikan satu lagi menu berasaskan sayur, tumis buncis dengan kerang. Jika tak suka kerang boleh juga gantikan dengan kupang atau udang.




TUMIS BUNCIS DENGAN KERANG

500 gm sayur buncis ~ di bersihkan dan di potong serong
sedikit soon ~ di rendam lembut
1/2 cawan kerang
1 batang lobak merah ~ di potong mancis
1 batang lada merah ~ di hiris
1 batang lada hijau ~ di hiris
1 labu bawang besar ~ di hiris
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 gengam ikan bilis
1 inc halia

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Tambahkan sos tiram dan hirisan bawang besar
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Masukkan sayur boncis, lobak merah, lada hijau dan lada merah
kacau rata
Akhir sekali masukkan soon dan perasakan dengan garam secukup rasa.


Viewing all 843 articles
Browse latest View live