Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Red Pearl Cookies biskut yang sedap sangat...

$
0
0

Assalamualaikum.. semua

Tak lama lagi kawan-kawan kita yang berbangsa Cina akan menyambut tahun Baru Cina. Pasti ramai yang sibuk menyiapkan cookies untuk di hidangkan pada hari tahun baru nanti.

Teringat ita akan kawan-kawan di alam persekolah. Ita ni ramai kawan-kawan bangsa Cina, baik di sekolah rendah.. sekolah menengah, kawan sepermainan, kawan di tempat kerja mahupun jiran tetangga. Tapi setelah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan.. ita hanya ingat nama kawan-kawan ita yang di sekolah rendah sahaja.. sepertia rakan baik ita Chong Wei Ching, Chu Cuan Eng, Phillips, Dorris, Chan Kid Mei dan Hang Li Sha,  hihi maaflah ya pada kawan-kawan di sekolah menengah.. sebab ramai sangat.. pastu nama masing-masing pelik-pelik jadi ita memang susah nak ingat.. ita hanya ingat Choi Har aje.. itu pun sebab dulu ita suka tengok dia sebab muka dia cubby , pipi dia bulat macam nak picit-picit aje... dia ni tegas dan garang maklumlah ketua pengawas.. tapi dengan ita dia baik.... hihi

Seronok kan kita hidup di Malaysia yang pelbagai kaum. Kita bukan sahaja dapat mengetahui serba sedikit budaya mereka malahan kita juga dapat belajar beberapa bahasa ibunda masing-masing.

Yang sangat seronok bila tiba hari perayaan, cikgu ita Puan Chee selalu bagi kami limau mandrin dan ang pow.. seronok sangat masa tu.. kadang simpan angpow yang cikgu bagi bawah bantal.. kalau ada ong harap-harap dia bertambah.. hihi kalau tak ada ong dengan angpow-angpow sekali pun hilang..




Kenangan suami ita sewaktu zaman persekolahannya tak kurang juga lucunya... Suami ita ni dia suka kongsikan kenangan lama-lama dia dengan anak-anak.. katanya " yang baik jadikan panduan yang buruk.. jangan ikut.." hihi
Suami ita belajar di MRSM Muar, Johor. Mereka adalah first batch MRSM Muar pada masa tu.. Menurut suami ita asrama pelajar lelaki berdekatan dengan kubur Cina.

eeee... tak takut ke ayah? sampuk Dalili
Kenapa nak takut?
Kubur kan ada hantu... Cina yang lompat-lompat tu.. terkebil-kebil mata Dalili
eish... hantu yang takut dengan kita orang.. kata ayah sambil tergelak mungkin terkenang kenangan lucu bersama kawan-kawannya..

Munurut suami ita.. beliau dan rakan-rakannya selalu lepak di kubur Cina tu bila ponteng kelas atau kata budak-budak asrama Fly
uiiii... nakal juga suami aku ni.. bisik ita dalam hati..
Paling seronok melepak selepas tahun Baru Cina.. sambil melepak sambil dok makan buah limau mandrin..

eeee... hantu tu tak marah ke ayah makan buah limau dia..? beriya-iya Dalili nak tahu..
eh! tak lah.. kata ayah
Kita kan geng... siap bagi-bagi lagi..

Badan: 1 utk engkau, 1 utk aku. 2 utk engkau, 2 utk aku. 3 utk engkau, 3 utk aku. errr... lepas tiga no brapa ar??
Nyawa: Hentam sajalah...
Badan: Hentam sajalah utk engkau, hentam sajalah utk aku. Lepas hentam sajalah??
Nyawa: Bedal daa...
Badan: Bedal daa utk engkau. Bedal daa utk aku. Lepas bedal daa??
Nyawa: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa!!
Badan: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa utk engkau. Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa utk aku.
Nyawa: Aku bagi kan lah...
Badan: Aku bagi kan lah utk engkau. Aku bagi kan lah utk aku...
Nyawa: Ei, ko nak mampus ye??
Badan: Ei, ko nak mampus ye utk engkau. Ei, ko nak mampus ye utk aku.
Nyawa: E-eeiii... dia ni....
Badan: E-eeiii... dia ni....utk engkau. E-eeiii... dia ni.... utk aku.

Kata ayah sambil mendialogkan watak Badan dan Nyawa dari filem Pak Belalang..

aiiii.... ayah ni main-main lah.. kata Dalili bila dia tahu ayahnya kelentong..


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi biskut raya yang enak! Sedap sangat biskut ni. Ita buat semalam.. mula ingat nak buat kudapan anak-anak bila menonton rancangan Maharaja Lawak semalam.. Tak sempat.. sekali hadap dah licin..

Bagi pengemar cornflakes anda harus cuba.. Tapi pada ita harus ita kurangkan sedikit gula kerana pada tekak ita sedikit manis. Pada selera nak-anak dah teramat sedap dah tu.. Jom kita intai resepi..


RED PEARL COOKIES
Resepi Oleh : Jaja FnR
Rujukkan : Zack Zachoes


150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang 


Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.










Nasi Goreng Permata Hati

$
0
0

Bila ada nasi berbaki dalam periuk.. ita selalu memikirkan untuk membuat nasi goreng sebagai santapan di pagi hari. Kalau di rumah ita ni semua suka nasi goreng.. Ita pun suka nak membuatnya kerana cara membuatnya yang ringkas dan ianya juga amat mengenyangkan. Bila dah masak nasi goreng sebagai sarapan pagi.. makan tengahari nanti ita masak lewat sikit sebab masing-masing dah kekenyangan.

Asyik dengan menu resepi nasi goreng yang sama.. nasi goreng kampung.. nasi goreng cina.. nasi goreng cendawan.. nasi goreng ikan masin.. pasti dah jemu.. bukan yang makan rasa jemu tapi tuan yang masak juga terasa jemu dalam menghasilkan menu yang sama setiap masa.


Hari ini ita nak cuba resepi yang lain sikit.. Pencarian ita berakhir di buku resepi milik Chef Zaidah. Citarasa Malaysia melahirkan 1000 resepi unggul untuk di cuba. Banyak sangat resepi yang menarik.. Ada beberapa resepi yang ita dah cuba.. Tak sia-sia juga ita mengumpul koleksi buku masakkan. Inilah gunanya bila dah tiada idea nak memasak..

Hari ini ita memilih untuk menyediakan Nasi Goreng Permata Hati..
Waaaa... menarik namanya kan.. pasti menarik dan tertarik juga nak mencuba.

Nampaknya percubaan ita tak sia-sia. Suami dan anak-anak sukakan rasanya. Mula ita risau mereka tak suka kerana resepi menggunakan bunga kantan dan serai yang pasti membuatkan nasi terasa beraroma. Tapi tak sangka.. licin nasi yang di masak. Hingga suami berulang-ulang memuji keenakkan nasi goreng kali ini dan minta ita menyediakannya lagi keesokkan hari..

Anda bagaimana?
Teringin merasakan kelainan.. jangan takut mencuba resepi baru untuk keluarga..


NASI GORENG PERMATA HATI
Resepi Oleh : Chef Zaidah
Rujukkan : Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
Terbitan : Marshall Cavendish

4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah ~ di hiris
5 ulas bawang putih ~ di hiris
150 Gm udang segar ~ di bersihkan buang kulit
100 gm daging ayam ~ di bersihkan dan di hiris
1/2 batang bunga kantan ~ di mayang halus
1/2 batang seraio ~ di mayang halus
10 tangkai cili padi ~ di titik atau di hiris
4 cawan nasi ~ di peroi
1 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang merah dan  bawang putih hingga kekuningan
Masukkan udang dan ayam
Biarkan ayam masak dahulu, kemudian barulah masukkan bunga kantan, serai dan cili padi
Apabila naik wanginya, masukkan nasi, kicap pekat dan garam secukup rasa
Goreng sebentar
Goreng hingga rata dan hidangkan

Set hidangan ini untuk 6 hidangan






Donut Kentang Lembut dan Gebu

$
0
0


Anak-anak ita memang cukup mengemari donut. Kerana itu ita seringkali sediakan donut untuk minum petang keluarga. Ita sukakan donut yang lembut dan gebu tapi tidak berminyak dan terlalu lembut sangat..

Setiap kali ita menyediakan donut, ita pasti memilih donut Rima yang ita pernah kongsikan di SINI. Entahlah.. sejak menggunakan resepi dari Rima ita jarang nak bertukar kepada resepi yang lain. Resepi dari Rima tu sangat gebu donutnya dan bahan untuk menyediakannya juga cukup simple dan mudah.


Ita juga pernah mencuba beberapa resepi donut lagi sebelum ini dan donut kentang dari Fatmah yang pernah popular satu masa dahulu dan menjadi viral di kalangan para bloger juga antara donut yang pernah ita kongsikan di SINI


Hari ini sekali lagi ita menyediakan donut. Donut kentang resepi dari Tahrunnisah dan di kongsikan oleh Sepanjang Jalan Kehidupan.
Seperti biasa jika donut kentang pastinya kentang adalah bahan asas yang perlu ada dalam resepi. Resepi Tahrunnisah ini tak banyak bezanya dengan resepi Fatmah. Jika resepi Fatmah menggunakan 500 gm tepung, Tahrunnissah pula menggunakan 1/2 daripada adunan itu. Resepi masih lagi menggunakan air ais. Apa yang menbezakannya adalah tambahan pada baking powder yang di gunakan. 

Rasanya tak banyak beza dengan donut kentang Fatmah, lembut dan gebu. Kepada anda yang tak pernah lagi mencuba donut kentang di sini ita tunjukkan kaedah menyediakan donut kentang yang mudah. Biasanya ita kalau buat donut ita masukkan dalam Bread Maker aje.. cepat mudah, bersih dan menjimatkan masa. Tapi kali ini ita tunjukkan kaedah menyediakan dengan tangan bagi mereka yang tiada bread maker.



DONUT KENTANG 
Resepi Oleh : Tahrunnisah
Rujukkan : Sepanjang Jalan Kenangan

Mula-mula kita lihat dahulu bahan-bahan yang kita perlukan


1 biji kentang ~ di kukus atau di rebus, kemudian kupas kulit dan lenyek halus. ( kentang jangan kupas kulit masa rebus nanti dia serap air banyak )
250 gm tepung gandum / tepung protin tinggi / tepung roti
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
70 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening / margerin / butter
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera


250 gram tepung gandum sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu) 2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin 2 sudu besar gula 1 sudu kecil baking powder 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwi
250 gram tepung gandum sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu) 2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin 2 sudu besar gula 1 sudu kecil baking powder 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

Copy and WIN : http://bit.ly/cop

Satukan tepung yang di ayak ke dalam bekas.
Masukkan gula, susu tepung, baking powder dan yis. Kemudian gaul rata
Masukkan pula kentang yang telah di leyek halus, ratakan


Dalam bekas lain, satukan garam dan telur, kocok sebentar.
Masukkan telur dalam adunan tepung, kacau rata
Tuangkan air ais sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan kental
Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut dan elastik
Anda boleh masukkan doh dalam plastik bag dan ramas-ramas doh selama 10 - 20 minit hingga doh menjadi elastik dan tak melekat di tangan
Tutup doh dengan kain towel, atau plastik wrap dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran masa 30 minit. Anda boleh letak dalam almari atau letak dalam oven untuk memberikan rasa hangat pada doh. Pastikan oven tidak di on.
Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.



Bulat-bulatkan doh anggaran 20 gm setiap satu.
Susun dalam loyang yang di tabur sedikit tepung supaya doh tidak melekat
Tekankan doh supaya leper
Bulatkan tengah doh dengan acuan bentuk bulat
Biarkan 5 minit sebelum di goreng.

Jangan biarkan doh naik sangat ya sebab nanti lubangnya tertutup pula, dan bila ia naik ia jadi lembut sangat dan sukar nak mengoreng nanti.

Sementara itu kita panaskan minyak, jangan terlalu panas dan jangan pula minyak tak panas. Jika minyak panas sangat donut cepat hangus di luar tapi dalammya masih belum masak dan gebu. Jika minyak tak panas pula donut akan menyerap minyak semasa proses mengoreng.

Balik-balikan donut supaya dapat bentuknya yang cantik.
Angkat setelah ia kuning keemasam.
Jika anda nak taburkan gula, letakkan gula ketika ia masih panas jika dah sejuk gula sukar melekat pada donut.
Kaedah meletakkan gula, masukkan gula dalam bag plastik, kemudian masukkan donut dalam plastik tersebut. Kembungkan plastik dan goncang-goncang supaya gula melekat pada donut. Kaedah ini mengelakan dapur anda berselerak dengan gula. Ia juga kaedah yang bersih dan baki gula dalam plastik boleh di guna semula.




Nasi Jintan Putih

$
0
0

Bila anak-anak pulang bercuti ita suka sediakan masakan yang lain dari kebiasannya. Sesekali tukar resepi terasa enak pula menjamu hidangan bersama keluarga tersayang.
Anak-anak dan suami memang tak ada masalah bila ita sering tukar menu, mereka lebih rasa seronok dan lebih berselera menjamu hidangan kerana menu yang di sediakan berlainan dari biasa dan agak payah jika nak dapatkan di kedai.

Sekarang.. bila nak ajak anak-anak makan di luar semua pun tak tak nak makan di luar.. Katanya bila pulang cuti nak rasa mak masak.. rindu dengan air tangan emak. Suami ita juga pun sama.. katanya bosan makan di luar kerana menu yang sama sahaja di jual.. tak ada kelainan dan rasanya juga kadang kala tidak menepati cirasa dan selera anak tekak masing-masing.


Bila masakkan di hidangkan dan di sediakan sendiri oleh isteri, pasti berlainan rasanya. Ita juga sejak asyik sakit sudah semakin takut nak makan di luar.. 

Kadang bimbang tentang tahap kebersihan yang di sediakan untuk pelanggan. Apa yang sebaiknya kita sediakan sendiri makanan untuk keluarga, sedap atau tidak tu belakang kira yang penting kita tahu tahap kebersihannya.. dan ianya adalah air tangan ibu dan isteri untuk yang tersayang.

Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi nasi yang boleh di cuba. Resepi yang agak berlainan dari biasa.. dan boleh tahan juga sedapnya. Kadang terasa macam nasi beriani pun ada juga rasanya. Bagi anda yang sukakan kelainan bolehlah mencuba!. Hidangan resepi ini agak banyak untuk 10 hidangan atau 10 orang makan, kalau nak jamu kawan-kawan bolehlah ikut resepi yang ita kongsikan ini. Tapi bagi anda yang keluarga tak ramai.. bolehlah sediakan 1/2 daripada bahan-bahan yang di cadangkan atau agak-agak lah ikut sukatan beras yang di gunakan.


NASI JINTAN PUTIH
Resepi Oleh : Chef Zaidah
Rujukkan : Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
Terbitan : Marshall Cavendish

2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
3 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu besar jintan putih
1. 5 liter air
100 ml susu segar
2 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
5 cawan beras basmathi ~ cuci rendam 30 minit dan toskan

Bahan Rempah
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji pelaga
3 tangkai daun kari

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Pes
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar air

Panaskan kedua-dua minyak dalam periuk nasi
Tumiskan bahan-bahan rempah dan bahan hiris  bersama daun pandan yang di simpul
Masukkan jintan putih, bahan pes dan goreng hingga harum
Masukkan air, susu segar, pati ayam dan garam
Biarkan ia mendidih
Akhir sekali masukkan beras, tutup periuk dan tanak nasi hingga masak
Hidangkan nasi bersama lauk-pauk pilihan, sesuai di makan bersama rendang, lauk kurma ayam atau daging, ayam masak merah dan lain-lain.






Ayat Al Quran Untuk Benteng Diri Daripada Iblis dan Manusia

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ini ita nak kongsikan beberapa Surah dan doa yang baik untuk kita amalkan, sebagai benteng atau pertahanan diri daripada ganguan jin, iblis, syaitan, ataupun daripada manusia. Sebenarnya ita ambil Surah-surah dan doa-doa ini dari blog Ustaz Sharhan DISINI.

Ita copy dan letakkan dalam blog ita supaya ita tak lupa. Ia juga sebagai perkongsian untuk rakan-rakan yang lain juga. Sama-samalah kita amalkan agar kita terhindar dari sebarang ganguan. Insyaallah....


Amalkan bacaan surah dan doa-doa di bawah setiap kali selepas solat Subuh dan Maghrib


Bacalah Surah Al ~ Qadr sebanyak 3 kali



Kemudian bacalah doa dengan ayat di atas


Bacalah surah An ~ Nas


Kemudian amalkan ayat di atas sebagai benteng daripada godaan syaitan dan semua perangkapnya.


Kemudian amalkan doa di atas ini sebanyak 3 kali


Kemudian amalkan doa ini sebagai benteng daripada ganguan jin dan manusia


Amalkan doa di atas sebagai benteng dari melewati tempat-tempat berhantu


Akhir sekali amalkan ayat di atas sebagai benteng daripada perkara-perkara berbahaya melibatkan jin dan syaitan seperti sihir dan santau, amalkan ayat 1-10 Surah As-Soffat

Terima kasih Ustaz di atas perkongsian ilmu untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita terhindar dari sebarang ganguan syaitan , iblis dan jin serta hasad dengki manusia.




 




Ikan Merah Masak Ceylon

$
0
0

Ikan Merah masak Ceylon atau ikan merah masak Sri Lanka. Sebelum tahun 1972 Sri Lanka lebih di kenali sebagai Ceylon. Ia adalah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Masyhur dengan gelaran Mutiara Lautan Hindi, ia merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk.

Pada masa silam, Sri Lanka dikenali dengan pelbagai nama. Ahli-ahli geografi Yunani purba menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib (asal-usul perkataan serendipity). Orang Melayu zaman dahulu pula memanggilnya sebagai Langkapura. Ceilão ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang ditransliterasikan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Ceylon. Pada tahun 1972, nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka. Pada tahun 1978 ia ditukar pula kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka.


Eh! dan macam belajar mata pelajaran Sejarah lah pulak kan...
Sebenarnya ita nak ceritakan tentang resepi Ikan Merah Masak Ceylon ni.. Resepi ini ita ambil dari koleksi buku Chef Zaidah Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul. Dalam buku ini ada 1000 koleksi resepi dari Chef Zaidah yang enak-enak belaka dengan nama yang cukup unik.

Kali ini ita terpanggil untuk mencuba resepi Ikan Masak Ceylon. Resepi asal Chef Zaidah menggunakan ikan tenggiri, dan ita menukarkan pula kepada ikan merah.. kerana ikan itu aje yang berada dalam peti ais tika dan saat ini.. masa pergi pasar hari tu.. cari ikan tenggiri tak ada lah pulak.. mungkin ita sampai kepasar agak kesiangan.. maka banyak ikan yang telah habis di jual.. tak apalah kan .. tapi rasa masakan ini masih enak dan lazat walaupun ikannya telah digalang ganti dengan yang lain..

Resepi ini rasanya agak berlainan dari masakan yang lain.. sedap! rasanya seakan kombinasi antara masak kari dan masak kerutup.. unik dan menyelerakan.. Sesekali kita bertukar selera memang seronok sangat.. kadang kala terasa indahnya bila dapat merasai pelbagai aneka masakan..

Bagi anda yang suka mencuba resepi baru.. apakata cuba resepi ini pula! Resepi ini asalnya untuk hidangan 10 orang makan, ita dah kurangkan kepada 1/2 daripada bahan-bahan yang di cadangkan.  Bagi anda yang mempunyai keluarga yang tak ramai, anda boleh anggarkan bahan-bahan mengikut anggaran hidangan yang ingin di masak nanti


IKAN MERAH MASAK CEYLON
Resepi Oleh : Chef Zaidah
Rujukkan Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

90 ml minyak masak
10 ulas bawang merah ~ di mayang halus
2 tangkai daun kari
50 ml air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

3 keping ikan merah ~ di cuci bersih
1 biji bawang besar ~ di hiris bulat
2 tangkai cili merah atau cili hijau ~ belah 2 dan buang bijinya

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering ~ di rendam lembut, cuci bersih dan goreng
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Panaskan 1/2 daripada minyak dalam kuali dan gorengkan bawang merah hiris dan daun kari sehingga bawang berwarna keperangan, angkat dan toskan minyakknya. Simpan minyak lebihan gorengan bawang.

Panaskan 1/2 lagi baki minyak, dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan harum
Masukkan air asam jawa, garam gula secukup rasa dan ikan
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air dan didihkan hingga ikan empuk
Masukkan bawang besar dan cili yang di belah 2 tadi
Apabila telah masak, masukkan bawang goreng serta daun kari yang di goreng tadi
Hidangkan dalam pinggan
Tuangkan lebihan minyak goreng bawang dan kari di atasnya









Karipap yang rapuh dengan inti daging yang sangat sedap!

$
0
0

Ada yang  mengelarnya karipap ada juga yang memanggilnya epok-epok. Bagi anda yang tinggal di Johor pasti ada yang pernah dengar kuih ini di gelar tepung bawang.
Ita dan keluarga lebih selesa memanggilnya sebagai tepung bawang. Entahlah... tapi itulah nama kuih yang di perkenalkan oleh emak dan arwah nenek masa ita kecik-kecik dulu.. Kenapa ianya di namakan tepung bawang.. hingga kini ita sendiri tidak lagi mendapat jawapannya..

Karipap atau epok-epok adalah kuih yang menjadi kesukaan ita. Ita sukakan yang intinya kentang atau keledek.. lebih enak dan nyaman lagi jika ada tambahan daging di dalam intinya dan lebih pedas sedikit daripada biasa. Pasti berkeping-keping ita makan tanpa jemu.. bertambah rancak bila dapat menikmati karipap dengan pastry yang rapuh dan rangup.



Ada yang menyukai karipap pusing.. Bagi ita pula ita lebih suka karipap tradisional yang lebih rapuh dan lebih enak. Karipap pusing bukan ita tak suka.. tapi tak boleh makan banyak kerana cepat muak dengan pastrynya yang lebih menyerap minyak.

Ita suka mencuba bila terjumpa resepi yang baru.. yang ada kelainan. Kerana semakin banyak kita mencuba.. semakin banyak yang kita pelajari dan kita juga semakin mahir dan yang paling utama kita lebih bijak menilai resepi yang terbaik!


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi karipap yang sangat sedap!
Bukan sahaja intinya yang enak bangat..
Pastrynya juga sedap, enak dan rapuh tapi tidak sampai rapuh berderai. Pastrynya mudah untuk di klim dan mudah juga di bentuk. Pastry karipap ini bila karipap dah sejuk pun ia masih rapuh lagi.. walaupun seharian di bawah tudung saji.
Apa yang uniknya karipap ini adalah kelainannya meletakkan jus limau kasturi dalam adunan doh. Hingga kini ita tidak tahu apakah fungsi limau kasturi yang di letakkan dalam adunan doh.
Resepi karipap ini ita ambil dari blog Amy. Apa yang menarikya resepi karipap ini adalah hasil gabungan daripada beberapa resepi yang terbaik, Amy dengan bijak menyuai padan antara pastry yang terbaik dan inti yang sedap dan menjadikan karipap ini lebih deboooommm... cair di mulut dan ... terlajak laris.. gituuu...
Bagi anda yang sukan karipap apa tunggu lagi.. jangan lupa mencuba resepi terbaik ini


KARIPAP RAPUH DAN INTI DAGING
Resepi Olahan : Amy


Sebelum kita buat karipap, kita kenalah sediakan dahulu intinya. Jadi.. sementara nak tunggu inti karipap ini sejuk, bolehlah kita sediakan pastry karipap pula. Ita suka sangat inti karipap ni.. Sedap sangat gabungan antara kentang, keledek oren yang manis dan lembut bersama juga daging cincang. Resepi inti ini lebih kurang sama dengan resepi Karipap Daging oleh Quinnie yang ita pernah kongsikan di SINI , tapi masih lagi ada sedikit kelainan. Menurut Amy resepi asal adalah dari ibu Asnawi. Resepi ini kemudiannya di kongsikan pula oleh Chef Azli Razali di blognya. Asnawi adalah anak murid Chef Azli dan Asnawi telah kongsikan resepi karipap ibunya yang sedap untuk di rasai oleh Chef. Bila Chef rasa memang sangat sedap katanya dan chef pun kongsikan untuk kita semua mencuba. Tapi Amy telah mengubah suai sedikit resepi dengan menambahkan sedikit gula, daun sup dan daun bawang serta beberapa ulas bawang putih yang menjadikan inti ini lebih enak! terima kasih buat Amy , Chef Azli dan juga kepada Asnawi yang sudi kongsikan resepi inti karipap yang sangat sedap ini.
Jom kita intai bahan-bahan untuk inti karipap ni

INTI KARIPAP DAGING, KENTANG DAN KELEDEK
Resepi olahan oleh : Amy


Bahan asasnya mestilah kentang dan keledek. Dalam resepi Amy mencadangkan keledek kuning. Ita pula tak ada keledek kuning sebaliknya ita menggantikan dengan keledek oren yang lebih manis rasanya.
Keledek dan kentang kita kupas kulit, kemudian di dadu kecil. Cuci bersih dan toskan airnya. Ita hanya membuat 1/2 daripada resepi asal. Dan resepi yang ita kongsikan ini juga ita dah kurangkan kepada 1/2 adunan.. itu pun dapat banyak juga, boleh simpan dan frozenkan.


4 biji kentang ~ kupas dan potong dadu
2 biji keledek oren yang sederhana besar ~ kupas dan potong dadu
1/2 cawan daging kisar
1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang ~ di hiris
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa  

Bahan Kisar

3 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )


Panaskan minyak dalam kuali
Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga kering
Angkat dan toskan minyaknya


PASTRY KARIPAP
Resepi Olahan : Amy

500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi


Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik


Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit
Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung.
Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
Buat sehingga habis semua adunan doh
Kemudian bolehlah di goreng.

Kaedah Mengoreng Karipap :
Panaskan minyak, tapi tidak boleh terlalu panas.
Minyak yang terlalu panas membuatkan permukaan karipap mengerutu atau berbenjol-benjol
Tapi minyak juga tidak boleh tidak panas kerana karipap akan menyerap minyak membuatkan terasa muak bila di nikmati.
Jadi pastikan minyak sederhana panasnya.
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan 
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.
Bagi anda yang nak jadikan karipap frozen, atau jika jumlah karipap yang di buat terlalu banyak dan tak habis untuk di goreng semuanya, anda boleh simpan dan boleh di goreng semula pada keesokkkannya. Atau jika anda nak simpan untuk di hidangkan pada tetamu yang datang ke rumah, anda boleh juga simpan dengan kaedah frozen juga. Atau jika anda nak membuat jualan karipap frozen ada 2 kaedah atau cara bagaimana nak frozenkan karipap.


Kaedah Pertama :
Karipap yang telah siap di kelim dan di letakkan atas dulang, anda masukkan dalam peti ais paling kurang 3 jam supaya ia keras dan mudah untuk anda menyusun dalam bekas nanti.
Sediakan plastik yang telah di potong mengikut saiz bekas menyimpan
Susun karipap dalam bekas dan lapiskan dengan plastik pada setiap lapisan susunan karipap supaya ia tidak melekat-lekat dan memudahkan anda mengeluarkannya nanti bila hendak mengoreng.
Tutup bekas kemas dan simpan dalam peti ais pada bahagian beku jika anda nak menyimpan dalam masa yang lama. Jika anda nak goreng keesokkannya anda hanya perlu simpan di ruang chiler sahaja dalam peti ais.

Kaedah mengorengnya pula :
Panaskan minyak tapi jangan terlalu panas.
Keluarkan karipap dari peti ais, tak payah tunggu ia lembut ya.. terus sahaja masukkan dalam minyak
Dia akan lembut dalam minyak yang hangat
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan 
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.


Kaedah Kedua :
Karipap yang telah siap di kelim dan di letakkan atas dulang.
Panaskan oven suhu 170C
Masukkan karipap dalam oven dan bakar sebentar selama 5 ~ 10 minit sahaja
Biarkan ia sejuk sebentar, kemudian terus susun dalam bekas
Tutup bekas kemas dan simpan dalam peti ais pada bahagian beku jika anda nak menyimpan dalam masa yang lama. Jika anda nak goreng keesokkannya anda hanya perlu simpan di ruang chiler sahaja dalam peti ais.

Kaedah mengorengnya pula :
Keluarkan karipap dari peti ais
Tunggu ia lembut sebentar
Sementara itu panaskan minyak , tapi jangan terlalu panas
Gorengkan karipap yang lelah lembut tadi
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan 
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.







Daging Gulai Darat

$
0
0

Gulai darat adalah salah satu menu masakan yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebiasannya ia di sediakan pada hari kenduri-kendara atau pada majlis perkhawinan. Gulai Darat rasanya cukup istimewa, daging nya yang di potong kecil dan lembut dengan rempah ratus istimewa menjadikan sajian ini di sukai ramai.

Sekali imbas kita lihat macam kari pun ada macam rendang cair pun ada tapi rasanya agak berbeza dan lain dari yang lain. Bagi anda yang berpeluang ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk pekena sepinggan nasi bersama gulai darat yang istimewa ini.

Biasanya bila nak masak gulai darat ia ada rempah khas untuk memasak gulai darat. Rempah ini anda boleh dapatkan daripada pasar yang menjual rempah di negeri Kelantan. Tapi bagi anda yang tak berpeluang nak dapatkan rempah tu .. jangan berasa kempunan pulak tak dapat nak merasa.. hari ini ita kongsikan resepi yang di kongsikan oleh Kak Noly

Apa yang istimewanya kak Noly kongsikan bagaimana kita nak sediakan rempahnya jika kita tak dapat cari rempah gulai darat. Mudah sahaja rupanya anda hanya perlu campurkan cili serbuk dengan kunyit hidup.. tadaaa... dah dapat dah rempah gulai darat..mudah aje kan.. Kerana ita tak ada stock rempah gulai darat dalam simpanan, ita cuba kaedah yang kak Noly tunjukkan dan memang sedap juga.. tak banyak bezanya dengan yang menggunakan rempah gulai darat

Menurut kak Noly lagi gulai darat ni kuahnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering.. ialah yang biasa ita makan bila ke Kelantan kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. yang sedan-sedang aje.. Ianya tidak terlalu pedas dan sesuai untuk hidangan anak-anak juga..  Jom kita intai resepi yang sedap sangat ni..


DAGING GULAI DARAT
Resepi Oleh : Kak Noly

1/2 kg daging
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 ketul ubi badak saiz kecil atau  3 biji kentang
3 sdm kerisik
3 sdm rempah gulai darat
1 cm gula melaka
garam secukup rasa
2 keping asam keping
sedikit mnyk utk menumis

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 sdm ketumbar biji ~ sangai tanpa minyak dahulu

* Jika tiada rempah gulai darat, boleh campurkan 1 cm kunyit hidup dan 2 sudu makan serbuk cili dalam gulai. Versi yang sedikit berlainan tapi rasanya tetap sedap.

Hiris nipis daging atau potong dadu sederhanan besar.
Ubi kentang atau ubi badak jika ada di potong baji
Santan di asingkan 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
masukkan rempah gulai darat, kerisik, gula melaka dan tumis hingga terbit minyak
Masukkan daging dan ubi kentang
Masukkan santan cair dan masak hingga daging dan kentang empuk
Setelah daging empuk, masukkan santan pekat, asam keping
Biarkan ia merenih hingga kuahnya pekat dengan api yang perlahan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan








Kek sepanjang February

$
0
0

Assalamualaikum
Apa khabar semua..?
Lamanya rasa ita tak update blog kesayangan ita ni..
Bila dah lama cuti berblog, nak dapatkan mood balik memanglah payahnya.. Entahlah kenapa rasa sangat malas nak berblog bila terjadi beberapa peristiwa yang buatkan mood semakin kelaut..
Banyak sebab mengapa ita tak berblog.. salah satunya kerana internet yang sangat slow kebelakangan ni.. Satu lagi kerana blog ita bermasalah.. tak boleh publish. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu. Ita memang tak berapa faham bab-bab IT ni. Biasanya anak-anak yang buatkan. Nak kacau anak-anak mereka masing-masing tengah exam takut pulak menganggu. Walaupun.. rindunya rasa nak update blog semula.


Kawan-kawan ita di maya ni macam mana? sihat ke.. kalau tak sihat kena makan ubat. Cuaca sekarang pun panas sangat.. dan kita semua di nasihatkan untuk banyak minum air masak. Kalau dahulu 2 liter sehari.. kali ini di sarankan ambil lebih sikit dalam 3 liter, supaya cecair dalam badan tak kering selain minum banyak air bagus untuk sistem perkumuhan, dapat buang toksid dalam badan.


Selain musim panas, sekarang juga musim denggi. Bahaya kawan-kawan.. kena jaga kawasan persekitaran rumah. Mana ada sampah sarap, air yang bertakung tu cepat-cepat lah bersihkan, hapuskan tempat pembiakan adees. Menurut berita yang ita dengar, dalam masa 2 bulan ini sahaja telah mencatatkan lebih daripada 60 kematian.. Amat-amat membimbangkan. Ita sekeluarga pernah kena demam denggi dahulu.. sakitnya tak boleh nak cakaplah.. sebab tu sekarang bila demam aje.. cepat-cepat ita jumpa doktor sebab takut sangat kalau kena demam denggi.


Ok ita mulakan minggu pertama ita.. dan untuk hangatkan kembali mood ita ni.. hari ini ita kongsikan beberapa kek yang ita sempat sediakan sepanjang bulan February.

Alhamdulillah syukur Allah masih lagi bagi ita kudrat untuk terima tempahan rakan-rakan, walaupun kesihatan ita tak berapa mengizinkan. Sekarang pun ita dah kurang terima tempahan.. ita hanya ambil pada hujung minggu sahaja, memandangkan ita tak berapa sihat sangat sekarang dan masih lagi dalam rawatan doktor.
Sebenarnya ita bukan serious pun ambil tempahan.. ala ita buat suka-suka aje.. sekadar mengisi masa senggang ita. Anak-anak dah besar panjang.. semua dah habis terbang keluar.. tinggal yang kecik ni aje yang kat rumah.. tu pun bila dah sekolah menengah.. sibuknya mengalahkan menteri.. setiap hari sekolah. Hari cuti pun sibuk sangat dengan aktiviti di sekolah.. dengan kelab fotografinya.. kelab bolingnya.. dengan bola jaringnya.. dengan kadet polisnya.. manalah nak ada masa lagi main masak-masak dengan maknya di dapur..
Sebab tulah ita sibukkan diri dengan mengambil tempahan kek.. sekadar suka-suka sahaja.. hilangkan bosan menunggu anak-anak pulang ^_^


Bulan February ni macam-macam kek yang ita terima. Seronok sangat sebab kebanyakkannya berlainan konsep, dapatlah ita melatih lagi kemahiran. Sebenarnya ita seronok sangat bila buat kek.. hilang rasa rindu dengan anak-anak.. hilang rasa rindu ita pada melukis.. hilang rasa rindu ita pada mak dan bak di kampung..

Mendeko kek ini pada ita adalah satu yang sangat menyeronokkan.. menenagkan jiwa dan adalah satu terapi yang sangat baik. Seperti juga melukis.. cuma kali ini ita mencurahkan bakat di atas sebuku kek bukan lagi di atas kanvas.



Ramai yang bertanya " kak ita belajar di mana mendeco kek ? "
Ita tak pernah lagi belajar khusus dalam membuat kek.. mahupun mendeco kek. Kebanyakkan kemahiran yang ita perolehi kebanyakkan atas permerhatian ita. Alhamdulillah Allah kurniakan ita bakat itu.. bila ita tengok aje.. ita dah boleh agak dan tahu macam mana nak buat.. Lagi pula sekarang lebih mudah.. kita boleh dapatkan ilmu di hujung jari.. selain mendapatkan rujukan dari bahan bacaan. Anda boleh cari macam-macam ilmu di internet. Jika anda bijak mencari macam-macam ilmu anda boleh perolehi.. dan bukan itu aje.. ianya juga boleh anda jadikan sumber pendapatan.

Idea untuk dekorasi kek kebanyakkannya dari customer. Mereka akan berikan ita gambaran kek yang mereka kehendaki.. kadang mereka tanya dulu.. ita boleh buat atau tidak..
Ita pula jenis yang suka mencuba.. kalau ita suka.. ita mesti nak cuba dan nak tahu sama ada ita boleh buat atau tidak. Kalau tak boleh awal-awal lagi ita dah kata tak boleh.. tapi kalau ita suka.. susah macam mana pun ita mesti nak cuba juga.

Memang ada antara kawan-kawan di luar yang kata.. " saya mesti nak kena belajar.. mesti nak cari guru.. kalau tak tengok cikgu buat saya tak boleh buat.."
Sebenarnya itu bahagian masing-masing.. memang ramai orang yang macam tu.. semua nak kena tunjuk.. kalau tak mereka tak tahu. Bagi ita kalau anda mampu.. anda boleh dapatkan guru untuk mengajar.. tapi kalau pergi belajar sahaja.. tapi tak praktikkan lama-lama pun anda akan lupa jugak.. Jadi bagi yang dah join kelas, kena selalu praktikkan apa yang cikgu ajar.. sebab sayang ilmu tu.. Ita tahu bukan murah harga yang perlu di bayar untuk dapatkan ilmu.

Lagi satu ita hanya mengigatkan, jika anda nak berguru, carilah mereka yang betul-betul mahir dan berilmu.. jangan belajar dengan orang yang menaguk di air yang keruh.. Lihat hasil keknya dahulu.. lihat tahap kemahirannya.. lihat juga ilmunya.. jika tidak sayang aje.. wang ringgit dan masa yang anda laburkan.. fikir-fikirkanlah..



Sebenarnya ita cukup suka kalau buat kek birthday untuk anak-anak. Biasanya ita meletakkan diri ita dalam kek tersebut. Ita suka bayangkan ataupun berangan-angan seolah-olah ita berada di tempat kanak-kanak tersebut.. apa yang ita inginkan..? bagaimana kek yang ita idam-idamkan?
Pasti ita dapat bayangkan keseronokkan kana-kanak tersebut apabila mereka mendapat kek dengan karektor kartun animasi yang mereka suka.

Kanak-kanak ni jiwanya terlalu halus dan lurus.. Bila mereka suka.. kesukaan mereka itu terlalu jujur.. Bertambah seronok bila mereka mendapat kek dari ibu atau bapa pada hari ulang tahun.. dengan kartun kesukaan.. seronok pastinya bukan kepalang.. Ada yang sayang nak potong kek.. dan tak kurang juga yang tak sabar nak tiup lilin dan potong kek kesukaan mereka..

Mungkin kerana ita sendiri tidak pernah mengalami situasi seperti itu sewaktu ita kecil.. Tak pernah potong kek hari jadi sendiri.. Ita masih dapat mengigati.. setiap kali ulang tahun ita masa kecil dulu.. ita buat kek ita sendiri dari tanah... Masukkan tanah dalam bekas atau tin, padatkan dan terbalikkan.. tadaaa... dah jadi sebijik kek dari tanah.. ita mula menghias kek dengan bunga-bunga dari pokok-pokok renek yang emak tanam.. Ita hiaskan juga dengan batu-batu kelikir.. Ita menyanyi sendiri lagu ulang tahun.. dan ita potong kek tanah dengan linangan air mata.. namun ita syukur sangat.. hari ini ita dapat realisasikan kek untuk anak-anak..




Membuat kek perkhawinan adalah satu cabaran yang juga bukan sedikit. Kek bertingkat-tingkat banyak cabarannya. Kita kena tahu macam mana nak bagi kek stabil, tidak senget benget.. dan yang penting strukturnya kuat dan tidak goyang atau rebah dalam proses penghantaran.

Ada yang tanya, "macam mana kak ita bawa kek yang tinggi tu.. macam mana delivery.. muat ke masuk dalam kotak..?"
Semua kek ita, memang ita masukkan dalam kotak bertutup. Kotak ita tinggi dan besar. Kadang bila ita hantar ramai yang terkejut.. besarnya kotak kek..? hihi semuanya adalah atas faktor kebersihan. Kalau tak tutup nanti masuk habuk pulak.. lagi pula kek berkrim dan melekit mudah kena habuk. Sebab tu ita memang guna kotak yang besar bersaiz 11 X 11 inc untuk kek ita. Kalau kek yang tak berapa tinggi ita guna kotak 10 x 7 inc. Kalau kek yang terlalu tinggi dan terlalu besar pula , kenalah pandai-pandai modifide kotak tu.. supaya boleh tutup dan tak masuk habuk. Kotak aje dah berharga RM 10 ringgit. Itu kalau ita beli di Johor. Kalau ita beli di KL dapat separuh harga... tapi bila fikir balik dengan tol dan minyak.. sama juga harga yang perlu di bayar..

Untuk kek bertingkat-tingkat apa yang penting kek mesti kena base yang kukuh. Ada tulang kek di tengah, supaya bila letak kek atas dia, dia tak gelincir,  tak menghempap dan memenyekkan kek yg di sebelah bawah. Kita juga kena tahu struktur kek. Kek yang paling bawah kenalah kek yang sedikit padat dan berat contohnya bahagian bawah kek choc moist atau red velvet. Antara red velvet dan choc moist, choc moist lebih padat dan berat, oleh itu ianya kena letak di sebelah bawah dan yang lebih ringan di sebelah atas contohnya rainbow kek atau kek span.

Ada juga customer yang tak faham, kadang dia nak kek rainbow di sebelah bawah atau jadikan base sebab katanya kek tu yang dia nak potong dan nak nampak cantik bila di potong nanti.. Bagi mereka yang tak faham kita kena terangkan.. ini semua atas faktor keselamatan kek itu juga.  Kalau mereka tak faham juga biasanya ita akan tolak dengan baik.. kerana tak mahu tanggung risiko sebaliknya...

Biasa kalau kek Khawin, untuk sekitar Johor Bahru, kek ita akan hantar. Tapi bagi yang jauh atau luar JB customer datang dan ambil sendiri, ita tunjukkan bagaimana nak pasang kek tu nanti. Tapi biasanya kalau yang tinggal jauh ita tak cadangkan ambil kek yang terlalu tinggi sebab takut kek tu tak selamat dalam perjalanan.




Cuaca sekarang yang melampau panas cukup membimbangkan ita setiap kali meyediakan kek orang khawin. Maklumlah kadang kala pengantin nak minta kek di hantar awal.. Ita cukup risau jika kek lembik krimnya. Berbakul-bakul ita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan majlis berakhir dengan selamat..

Risau sebenarnya bila kita di berikan amanah..
hihi teringat masa ita khawin dulu.. boleh pula terlupa nak ambil kek yang ita tempah. Masa majlis nak potong kek.. baru teringat kek yang ita tempah tak ambil lagi.. mulah panik sangat masa tu.. tapi alhamdulillah juga sebab sebelah pihak lelaki ada bawa kek hantaran dan agak besar. Maka potonglah kek hantaran dari pihak lelaki.. walaupun malu sangat rasanya masa tu.. tapi nak buat macam mana.. kesilapan-kesilapan begini mesti berlaku.. walaupun kita dah merancang yang terbaik..


Ada yang bertanya.." macam mana kita nak meletakkan harga untuk kek?
Pada ita harga sesebuah kek bergantung pada bahan yang kita gunakan.. samaada kita guna barang yang berkualiti ataupun yang biasa. Kalau bahan yang kita guna mahal dan dari kualiti yang baik..  harganya pun kenalah kita kira mengikut harga barang yang kita gunakan.
Selain harga bahan asas yang kita guna, kita juga kena ambil kira bahan asas lain seperti letrik, bahan bakar.. kotak, lapik kek, pisau , lilin atau apa-apa sahaja yang kita letakkan di atas kek sebagai bahan hiasan. Kiralah harga bedasarkan bahan yang kita ambil kira tadi.. jangan lupa untuk masukkan sekali upah dan masa dalam kiraan.
Selain apa yang kita kirakan tadi, kita jangan lupa.. jika ada kos penghantaran kenalah kita masukkan dalam harga kek.
Sebenarnya harga kek juga banyak bergantung pada kawasan persekitaran kita.. maksudnya.. kalau harga kek di bandar besar seperti KL, Penang, JB pastilah tidak sama harganya dengan  kek dari kawasan pendalaman seperti di Mersing.. Macang, di Kota Tinggi.. walaupun bahan yang di gunakan sama.. persekitaran juga mempengaruhi harga selain dari demand dan permintaan.
Kreativiti dan kekemasan adalah faktor penentu kepada harga kek sebenarnya. Sebagai contoh.. jika anda tempah kek dari A anda tidak boleh bayangkan kek yang anda dapat seperti kek dari pembuat kek B yang lebih berkualiti keknya dan lebih mahir dan kemas dalam penghasilan kek. Dan pastilah harga kek dari penjual A lebih murah dari penjual B. Jadi janganlah bandingkan harga antara satu pembuat kek dengan pembuat kek yang lain.. kerana setiap dari mereka punya cara masing-masing dalam penghasilan kek.. namapun homade cake kan..?




Bagi kek yang di hiasi buah-buahan pula.. sebenarnya susah juga nak handel kek macam ni. Sebab cuaca sekarang yang panas cepat membuatkan buah-buahan itu berair. Ita tak berapa galakkan kek seperti ini untuk hantaran, kalau untuk sambut birthday atau makan-makan tak ada masalah.

Kek buah juga amat payah jika kita terima tempahan.. kerana buah-buah ni bermusim.. ada masa ada buah ada masa tak ada.. tu yang payah sikit tu... Ada kala saiz buah pula tak sama. Ita lebih suka dapatkan buah-buahan ni di Cold Storage. Walaupun agak jauh dari rumah ita.. tapi ita akan cari dan dapatkan juga di sana kerana buah-buahan di Cold Storage lebih segar dan lebih berkualiti.






Satu lagi kek yang mencabar adalah menyiapkan kek 3D. Untuk membuat kek 3D perlukan kesabaran yang tinggi. Anda juga perlu berhalus dalam menyiapkannya. Tak boleh nak cepat-cepat siapkan dan tak boleh berkasar kerana hasilnya akan kasar juga nanti. Kek perlukan ketelitian. Bukan sahaja ketelitian dalam menyiapkan sebiji kek tapi anda juga perlu peka pada segala asesori yang terdapat pada kek supaya kek anda kelihatan sangat natural.

Kek ini perlukan perancangan yang rapi. Kekemasan adalah sangat penting dalam menghasilkan kualiti kek 3 D yang cantik.

Pertama kali menyiapkan kek 3d bentuk bag merupakan satu cabaran.. tapi bila dah 2 , 3 kali mencuba anda pasti lebih mahir dan lebih berkeyakinan. Jangan takut nak mencuba.. insyaallah jika anda yakin pasti anda juga boleh berjaya :)

Kena ada keyakinan.. Ita pun baru lagi.. banyak yang ita perlu belajar dan banyak lagi perlu ita perbaiki. Pada ita setiap apa yang ita buat setiap hari adalah satu ilmu yang baru. Semakin banyak ita belajar rupanya semakin banyak yang ita tak tahu dan semakin banyak yang ita nak tahu.. Ita pasti anda pun sama macam ita juga. Yang penting anda yakin anda boleh insyaallah..

Kepada semua selamat maju jaya ^_^









Mee Kuah sedapnya hingga menjilat garfu..

$
0
0



Assalamualaikum..
aiii... apa khabar semua... lama nya tak jengah sini.. macam rindu lah pulak rasanya..
Pada yang ternanti-nanti resepi terbaru dari dapur ita ni.. aduyaiiii... minta maaf banyak-banyak ya.. ita ni sibuk sangat sejak dua menjak ni.. bertambah pula masalah internet yang slow sangat.. dan juga masalah blog ita yang tak berkesudahan..

Kadang rasa macam malas pulak nak tulis blog.. rasa macam nak tutup blog dan  fokus pada keluarga. Kadang sedih jugak dengan masalah yang kerap kali terjadi pada blogger masakkan. Masalah curi gambar yang tak pernah berkesudahan dan entah bila akan berpenghujung.


Mungkin ada yang salahkan ita, kenapa akak tak letak watermark.. ? kalau letak pun di padam buat apalah susah-susah nak letak. Kenapa ita tak letak watermark? Ada banyak sebab salah satunya blog ita selalu jadi rujukan para pelajar kualinari. Ramai antara adik-adik ni sering kali minta gambar masakkan ita untuk projek, assignment atau nak siapkan paper.. Biasanya ita izinkan mereka gunakan gambar ita untuk siapkan segala tugasan. Sebab tu ita tak letak watermark.. mereka boleh ambil gambar terus dari blog ita. Kalau tak... ita nak kena cari gambar resepi tu semula memang lah payah.. ita pula tak cukup masa.. sebab terlalu sibuk. Bila tak letak watermark mereka boleh ambil dari blog ita sahaja.


Sebenarnya ita tak kisah kalau nak gunakan gambar masakkan ita sebagai rujukkan. Cuma minta satu aje... letaklah sikit dari mana gambar itu di ambil.. siapa juru fotonya.. bukan lama sangat.. cuma tulis.. Gambar dari.. sepolan sepolan.. atau gambar rujukkan dari blog mana?.. atau gambar ambil dari google.. rasanya tak patah jari tu setakat mengetuk satu dua patah perkataan..

Ita sebenarnya malas nak bising-bising pasal gambar ni.. sebab kalau kita bising sekalipun akhirnya kita juga yang menjadi mangsa amukkan.. tak ikhlas lah.. kalau tak nak kongsi jangan share gambar lah..

Apa yang ingin ita katakan jujurlah dengan setiap apa yang dilakukan..

Ok lah malas nak fikir kan.. nanti sakit kepala menyerang pula.. kita intai-intai resepi ni pulak.. dapat semangkuk mee kuah ni memang hilang sakit kepala tau! terbaik lah mee kuah ni.. memang sedap sangat.. Terima kasih juga pada kak Yah yang sudi kongsikan resepi terbaik ini. Ita perasan ramai juga rakan-rakan blog yang dah cuba.. rata-rata memuji resepi ini terbaik.

Kami sekeluarga memang suka makan mee berkuah macam ni.. Kebetulan semalam 1 hb hari ulang tahun suami ita, jadi ita masakan mee kuah ini untuk hidangan kami sekeluarga. Berselera dan bertambah-tambah suami ita makan.. sedap sangat katanya.. anda pun kena cuba juga kalau nak tahu kesedapannya.

Ita ada ubah sikit lah resepi, kebetulan suami ita tak suka makan ayam, jadi ita gantikan dengan daging. Tak kisahlah nak guna daging atau ayam yang pasti rasanya tak lari dan menyengat selera..
Jom cuba!


MEE KUAH
Resepi Oleh : Dari Dapur Kak Yah



Sebungkus mee kuning
Beberapa ekor udang sederhana besar
2 biji telur
2 pokok sawi ~ potong asingkan daun dan batang
300 gm daging ~ rebus ambil airnya sekali ( boleh gantikan ayam)
2 biji tomato ~ belah 4
1 biji lada merah ~ hiris bulat
garam dan gula secukup rasa
Limau nipis
Minyak untuk menumis


Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling ~ lada kering potong kecil, rendam lembut dan kisar
2 sudu besar udang kering

Bahan Sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis


Mula-mula kita panaskan minyak 
Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan lada kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan sos satu persatu
Masukkan sos tiram
Masukkan cili sos
Masukkan sos tomato
Masukkan kicap
Renihkan hingga kuahnya pekat
Bila kuah dah pekat masukkan daging yang telah di rebus terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan daging batang pinang tak payah rebus, masuk aje terus.
Masukkan juga air rebusan daging secukupnya. Kalau tiada air rebusan daging guna air biasa.
Biarkan kuah merenih dan mendidih


Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
Ita lebih suka menggunakan gula Melaka, kerana kuahnya akan rasa lemak-lemak gula Melaka.
Kemudian masukkan udang
Masukkan juga batang sawi dan tomato yang di belah 4 tadi
Bila kuah dan didih dan udang dah masak, pecahkan telur.
Ita suka pecahkan dulu telur dalam mangkuk, supaya tak lah termasuk telur yang rosak atau termasuk kulit telur.
Bila masukkan telur jangan kacau ya.. biarkan telur mengeras
Bila telur dan keras baru masukkan sawi
Akhir sekali masukkan mi kuning yang telah di cuci bersih.
Sedia untuk di hidangkan
Taburkan lada hiris dan hirisan limau nipis
Sedap juga di makan bersama cili jerus


yum.. yum.. jemput makan semua...





Sup Ayam Istimewa

$
0
0

Assalamualaikum..
Hari ini ita masak yang mudah dan ringkas aje untuk kami 3 beranak. Bila tinggal 3 beranak tak adalah nak masak pelbagai.. sebab takut membazir pulak.. hihi sekarang ni kan barang semua dah nak harga.. bertambah lagi dengan GST lagi.. jadi memang kenalah berjimat dalam bebelanja.

Walaupun ringkas tapi sedap dan istimewa sup ayam ni.. namapun dah sup ayam istimewa mestilah istimewa kan..
Apa yang istimewanya kerana sup ayam ini tidak menggunakan sup bunjut dan rempah sup. emmm... di situ kita dah jimat kan dah tak perlu beli sup bunjut dan tak perlu beli rempah sup.. dapat jimat belanja dapur kita untuk bulan ini ^_^
Bagi anda yang sukakan rasa sup asli inilah ramuannya dan anda harus cuba!


Jika anda tak suka ayam boleh gantikan dengan daging, kambing atau tulang. Jom kita intai resepi yang di kongsikan oleh Che' Nom


SUP AYAM ISTIMEWA
Resepi oleh : Che' Nom
Rujukkan : iResepi

500 gm ayam ~ di potong kecil dan cuci bersih
1/2 batang lobak merah ~ di potong memanjang  1 inc
2 biji kentang ~ di potong baji
1 biji tomato ~ belah 4
Daun sup dan daun bawang di mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga

Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis ~ sangai dahulu
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih ~ sangai dahulu

Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar
Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
Bila sup dah mula mendidih masukkan lobak merah dan kentang
Masak hingga empuk
Masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun sup dan daun bawang apabila hendak menghidang







Kek di bulan March

$
0
0
Assalamualaikum..
Lama rasanya ita tak menjengahkan diri di blog kesayangan ita ni.. Maaf ya pada rakan-rakan yang sering ternanti-nanti perkongsian resepi dari ita. Kesibukan ita terhadap keluarga, bertambah dengan tempahan kek yang tak putus-putus.. syukur alhamdulillah atas rezeki dari Allah SWT, masalah internet yang sangat slow kebelakangan ini.. masalah dengan blog ita yang tak berkesudahan dan masalah gambar masakan yang sering kali dicuri.. dan masalah kesihatan yang tak berapa mengizinkan.. semuanya adalah penyebab kenapa ita mula meninggalkan blog ita ini.. Mungkin ita perlukan sedikit masa untuk mengumpul kembali kekuatan diri.. di samping mencari idea-idea baru untuk dipersembahkan.. Doakan kesihatan ita baik selalu supaya ita dapat melakukan hobi yang sangat-sangat ita minati ini..


Bulan March telah pun meninggalkan kita.. waaahhh... sebulan lamanya blog ita sepi tanpa bicara..
Entah kenapa setiap kali nak mengetuk papan kekunci ini hati ita resah gelisah.. macam ada yang tak kena.. hati ini seakan dibawa lari dari terus berblog.. kenapa? mengapa? sering kali tertanya-tanya.. ya! ita perlukan kembali semangat yang hilang..



Bulan March.. banyak sangat peristiwa bersejarah yang berlaku..
Hari ini dalam sejarah.. tanggal 14 hb March adalah hari kelahiran anak ke dua ita Azrul. Kebetulan tarikh ulang tahun Azrul kali ini dia pulang bercuti. Maka ita pun menyiapkan kek ulang tahun untuk Azrul.

Azrul yang ita kenali adalah anak yang sukakan surprises.. Dia sukakan sesuatu yang lain dari biasa. Minatnya pada komputer game tidak dapat disangkal lagi. Kemaruk dengan permainan COC yang ita sendiri tidak tahu apa kebendanyalah.. permainan tu.. Ita ni bukannya minat game-game ni.. hehe sebab tu tak payah lah pelawa kak ita untuk main game di Fb ya.. sebab memang tak ada masa langsung nak mengadap game.. ada dapur akak tak berasap karang....  Tapi bagi anak ita ni.. aduyaiii.. game , komputer dan gajet memang tak boleh di pisahkan dari Azrul. Kalau tak ada internet.. ia ibarat bateri yang dah weak.. lemau.. dan melepek.. adoiii.. risau mak dan ayahnya.. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan game dan internet.. Azrul bijak bahagikan masa dan dia bijak memilih kehidupannya.. mungkin ini ulang tahun terakhir Azrul bersama kami sekeluarga.. sebelum Azrul meninggalkan kami sekeluarga untuk mengejar impian dan cita-citanya..


Emak, Ayah , Abang dan Dalili.. sangat sayangkan Azrul... Kejarlah cita-cita mu dan gapailah ia anakku... Doa dari kami tak akan putus mengiringi perjalanan mu.. agar setiap langkahmu diberkati selalu.. senantiasa dalam rahmat dan lindungan Allah yang satu.. tiada apa lagi yang kami harapkan hanya ingin melihat kejayaan Azrul di dunia dan juga di akhirat... Kemana sekali pun Azrul melangkah.. senantiasa ingat pesan emak.. di mana bumi kita pijak di situ langit kita junjung... jangan lupakan Dia penciptamu.. dan juga rasul yang diutuskan buatmu..

Kali ini ita sediakan surprise birthday cake..
Memang suprise sangat Azrul bila potong aje kek.. maka berteraburanlah harta karun yang ita sembunyikan dalam keknya.. Suka sangat anak-anak menikmati kek bersama MnM dan Skitels di dalamnya. Sebabkan kek ini agak besar , maka Azrul membawa pulang ke Kuala Lumpur untuk di jamu bersama rakan-rakan.. hihi maklumlah orang di rumah yang dah hari-hari mengadap kek rasa dah muak pula nak makan kek kan.. bawalah Azrul.. bagi kawan-kawan merasa..


Bulan March juga ita mendapat perkhabaran yang sedih... Hanya dialah satu-satunya kakak ipar yang ita ada.. baik atau buruknya dia.. itulah kakak ipar ita Kak Yati..
Ita banyak belajar dari kak Yatie.. kak yati adalah antara idola ita.. Beliau pandai memasak dan cukup tangkas di dapur. Kehidupan kak yatie banyak memberikan pengajaran dan panduan buat ita menghadapi alam rumahtangga ita. Seawal usia perkhawinan ita.. dialah yang banyak membantu ita.. dia juga yang bertungkus lumus membantu ita di hari perkhawinan ita. Dia lah yang menjadi penyelamat dan menyolekkan ita di hari perkhawinan ita disebabkan mak andam ita lewat datang atas alasan kesesakkan lalu lintas.. Kak yati banyak mengajar ita memasak.. dia lah guru ita.. Dia juga yang banyak membantu ita dan mengajar ita cara nak menjaga anak ita sewaktu ita bersalinkan anak ita yang sulung Amirul. Kebetulan dalam waktu yang sama kak Yati juga mengandungkan anaknya yang bungsu. Kerana itu ita cukup akrab dengannya.. dia lah yang ajar macam mana nak mandikan baby.. nak buatkan bubur untuk baby.. dan macam-macam lagilah yang ita belajar dari kak Yatie. Anak-anak ita dan anak-anak kak yati cukup akrab. Mereka seakan tak boleh berpisah.. di mana ada Rashid.. di situ pasti ada Amirul dan Azrul.. mereka cukup rapat dari kecil hingga dewasa. Rasyid jugalah atu-satunya anak saudara ita yang kerap kali menziarahi ita sekeluarga. Bila hari raya mereka beraya bersama... keakraban anak-anak ita dan anak kak yatie amat mengembirakan ita.. dan berharap biarlah ianya berkekalan tanpa ada rasa cemburu dan irihati.. Suka melihat mereka bergurau dan usik mengusik.. dari kecil hingga dewasa.. Kini kak yatie tidak sesihat dan selincah dahulu.. sabar ya kakakku.. semuanya adalah dugaan buat mu dan keluarga.. Ita yakin, pasti ada rahmat buat mu di sana nanti.. Setiap penyakit adalah penghapus dosa semalam.. bertabahlah.. hanya doa yang mampu ita galaskan agar kakakku akan kembali pulih dan ceria seperti sedia kala...


Tanggal 31 March pula adalah hari ulang tahun anak ita yang sulung Amirul. Kali ini ulang tahun Amirul dan dia tak adalah pulak.. begitu juga anak ita yang lain.. masing-masing tak ada cuti lagi untuk pulang. Ita sediakan juga sebiji kek untuk Amirul. kali ini kami juga bercadang buat surprise untuk Amirul. Saje aje.. tak bagi tahu Amirul yang kami akan bawa kek ulang tahunya ke sekolah.


Selepas menghantar dalili ke sekolah ita dan suami terus ke Batu Pahat untuk membuat kejutan. sampai bagaikan pucuk di cita ulam mendatang.. ada pulah budak-budak basking depan sekolah. Apalagi ayahnya mintalah nyanyikan satu lagu birthday untuk birthday boy. Merah padam muka Amirul... malulah tu.. maklumlah dah besar.. pasti segan kan.. hihi saje mak dan ayah nak menyakat.. sekurang-kurangnya ianya menjadi kenangan ulang tahun yang mungkin tidak dapat dilupakan..


Sebenarnya deco kek Amirul ini adalah projek final paper Amirul hihi... terkejut dia bila lihat final paper atas kek pulak kali ini.. bukan Amirul aje yang terkejuk.. lecturer dia pun terkejut jugak.. hihi


Hari ini ita kongsikan beberapa koleksi kek tempahan yang telah ita sediakan sepanjang bulan March. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan ita kepercayaan untuk menyiapkan dan menyempurnakan kek idaman masing-masing.
Untuk bulan March ni, macam-macam kek yang ita terima tempahan. Dari yang mudah hingga yang mencabar. Seronok sangat bila customer suka dan berpuas hati. Hilang rasa penat walaupun kadang kala ita tak sempat nak melelapkan mata. Penat tak usah ceritalah kan.. bukan sahaja penat menyiapkan tempahan tapi penat juga memerah otak untuk merialisasikan impian masing-masing. Tapi bila melihat hasilnya hilang rasa penat bertambah-tambah lagi bila tuan empunya diri sukakan hasilnya.
Terima kasih semua...



































Ayam Masak Kicap Bermadu

$
0
0

Resepi ayam masak kicap bermadu ni ita masak beberapa hari yang lalu. Tak sempat-sempat nak kongsikan dalam blog akibat kekangan masa. Maaf lah ya kalau sejak dua menjak ni blog ita kian sepi dan terasing. Masa ita cukup-cukup terbatas bertambah lagi dengan tempahan kek yang semakin hari semakin Alhamdulillah sambutannya.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang masih setia menemani blog ita walaupun semain sepi rasanya..


Ita tak boleh nak sembang panjang, kita terus sahaja pada resepi yang ita ingin kongsikan. Resepi ayam masak kicap bermadu ini ita ambil dari blog sifu masak kita Dapur Tanpa Sempadan. Sebenarnya kadang macam kering idea nak masak. Bila nampak resepi ni ita terasa macam nak cuba. Kebetulan anak ita Dalili suka lauk kicap, pasti lebih enak bila di letakkan madu. Alhamdulillah sedap juga rasa lauk ni.. kalau anda dah tak ada idea nak masak macam ita.. boleh cuba lauk ni.. mesti anak-anak suka. Resepinya pun ringkas dan tak pedas. Sesuailah untuk anak-anak makan tengahari sebelum melangkah ke sekolah.. atau bagi anak yang lapar bila pulang dari sekolah nanti.. Ita masak lauk kicap ni berkuah sikit. Tak kisahlah kalau anada nak masak berkuah lebihkan sedikit air. Kalau suka kering boleh ikut macam Mat.


AYAM MASAK KICAP BERMADU
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan cuci bersih
3/4 camca teh garam
1 camca besar serbuk kunyit
 
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan perap sebentar. Kemudian goreng, angkat dan ketepikan
 
3 biji kentang ~ kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 biji bawang besar ~ hiris bulat dan leraikan
5 ulas bawang putih ~ diketuk
1/2 inci halia ~ hiris
1 biji cili merah ~ hiris memanjang
1 biji cili hijau~  hiris memanjang
1 batang leek ~ potong dan rendam
3 camca besar kicap pekat
4 camca besar kicap lemak manis
1 camca besar madu
1 camca besar sos cili
1 camca teh serbuk lada sulah ~ ita gantikan lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan
 
Toskan kentang, kemudian lap kering. 
Goreng kentang hingga empuk dan keemasan, guna api kecil dan kacau sekali sekala. 
Angkat dan toskan. 
Dalam minyak yang sama, goreng pula ayam hingga masak, tak perlu sampai garing. 
Angkat dan toskan.
Cedok keluar minyak, dan tinggalkan kurang lebih 4 cammca besar. 
Tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia hingga harum. 
Masukkan cili sos, kicap pekat dan kicap lemak manis. 
Kacau rata dan masak dengan api kecil.
Masukkan leek (toskan) dan ayam. 
Gaul rata2. 
Tambah lada sulah, bawang besar dan cili merah dan cili hijau. 
Tuang sedikit air, kacau dan masak hingga pekat. 
Akhir sekali masukkan madu, gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
Tabur hirisan daun sup dan hidangkan

 
 
 





Vanilla Slice Cake

$
0
0

Kek slice adalah kek yang cukup mudah di sediakan. Ia juga kek yang simple dan ringkas. Biasanya kek slice ni kita sediakan untuk jamuan, merai tetamu atau minum petang. Kek yang ringkas, tidak terlalu tinggi, di potong dalam kepingan kecil, , memudahkan untuk tetamu menikmatinya tanpa rasa jemu.

Hari ini ita akan kongsikan resepi slice cake yang mudah dan ringkas. Bukan sahaja mudah.. rasanya juga cukup mengancam.. tidak terlalu berat.. kek yang ringan dan tidak memuakkan.

Untuk tidak membuang masa lagi.. kita terus sahaja pada penyediaan kek ini.



VANILLA SLICE CAKE

Untuk menyediakan kek slice, kita perlukan 2 keping kek span vanilla. Untuk mendapatkan resepi kek span vanilla anda boleh dapatkan resepi di SINI. Apa yang perlu anda ambil perhatian ialah, resepi kek span vanilla ini anda perlu bakar dalam loyang 10 inc 4 segi. Kalau anda ikut pada resepi kek span yg ita kongsikan tu ia menggunakan loyang 8 inc. Kek akan jadi tinggi. Untuk kek slice anda tidak perlukan kek yang tinggi, kerana itu ita cadangkan guna resepi yang sama cuma loyang tu tukar pada loyang 10 inc.
Selepas kek di bakar anda potong kepada 2 kepingan dan ketepikan.

Ok, sementara kita tunggu kek span kita masak , kita sediakan  caramel.
Caramel ni, kita akan gunakan untuk mencampurkan dalam krim dan untuk topping kek.

CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk

* adunan ini dapat banyak, anda boleh buat 1/2 daripada adunan sahaja

KRIM VANILLA

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan  caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim

Ok, semua bahan dah pun siap sekarang kita mulakan proses untuk melapis.

Ambil sekeping kek, letakkan atas lapik kek
Letakkan 1/2 dari pada krim vanilla dan ratakan
Masukkan lebihan caramel dalam piping bag dan paipkan atas krim vanilla secara melingkar.
Kemudian letakkan selapis lagi kek
Masukkan lebihan krim vanilla dalam piping bag dan paipkan secara garisan atas kek
Kemudian paipkan juga caramel secara garisan atau mengikut kreativiti anda
Simpan dalam peti ais hingga krim mengeras

Bila krim dak keras bolelah potong kepada kepingan.
Hiaskan atas kek dengan coklat sebagai hiasan






Nasi Ayam Singapura yang ringkas dan mudah

$
0
0

Assalamualaikum

Nasi Ayam Singapura.. Ita masak nasi ayam ni beberapa hari yang lalu, tak sempat-sempat ita nak kongsikan dalam blog akibat kekangan masa. Sibuk sangat sampai tak ada masa nak dok mengadap komputer lama-lama.

Kebetulan anak ita Dalili sekarang ni tak tentu masa sekolahnya. Sibuknya dia mengalahkan menteri yang sibuk menjawab soalan GST dari rakyat. Kadang pagi kadang petang.. kesibukkannya membuatkan emaknya juga semakin bertambah-tambah sibuk.. keluar masuk menghantar dan ambil pergi balik sekolah. Minggu ni Dalili banyak sekolah pagi ada latihan bola tampar katanya.

Mak.. boleh tak kita bawak kawan kita balik rumah..? tanya Dalili
Kesian kawan kita lama tunggu kat sekolah dari pukul 10 sampai pukul 12.30. Susah nak salin baju.. lagi pulak sekarang ni cuaca panas.. kesian dorang mak.. boleh ya mak.. pleaseee... katanya lagi..

Bawaklah Dalili... mak tahu Dalili memang suka bawak kawan datang rumah.. sebab Dalili ada kawan kan...


Ita mula memikirkan apalah ita nak masak ni.. Kebetulan kek tempahan pun banyak jugak nak di siapkan. Ita mula merangka masa supaya ita sempat masak dan sempat juga siapkan tempahan kek.

Ita cari resepi yang mudah-mudah aje.. Kebetulan ita pernah terpandang resepi Nasi Ayam Singapura yang di kongsikan di SINI. Ita tak pasti resepi dari siapa tapi pada gambar yang di sertakan tercatat nama RASA. Mungkin dari majalah RASA ita pun tak pasti. Kepada tuan empunya resepi kalau resepi ini anda yang empunya sila khabarkan kepada ita ya...

Ita tertarik nak mencubanya bila melihatkan kelainan resepi yang menggunakan gula merah. eeeemmm... menarik dan harus cuba.. nak tahu juga apa kelainan resepi dari Singapura ni. Selain itu resepi nasi ayam ni nampak sangat ringkas dan sangat mudah. Bahan pun tak adalah yang pelik bagai.. dan masa memasak pun tak lama.. itu yang paling penting kerana ita sangat mengejar masa sekarang ni..
Resepi pun tak pedas dan amat sesuai untuk anak-anak.


Setelah membeli bahan di pasar, ita terus perpencak silat di dapur. Detik jam di dapur membuatkan ita semakin pantas menyiapkan hidangan kerana Dalili akan pulang pukul 10. 30 pagi nanti. Maknanya sebelum pukul 10.30 dah nak kena siap memasak.

emmmm.... sedapnya bau.. teriak Dalili selangkah masuk ke dalam rumah
lapar perut kita... Dalili mula mengomel.. mak nenek ni memang kalau sampai aje rumah becok mulutnya tak berhenti bercakap.. ada aje yang nak di ceritakan..
kawa-kawan kita dah lapar ni mak.. kat kantin tak ada jual apa.. mahal pulak tu..  pot.. pet.. pot.. pet.. mulutnya tak berhenti.. berbicara
Jom makan.. 


Di meja makan juga tak berhenti dia bersembang dengan kawan-kawan nya.. sekejap-sekejap terdengar bederai tawa mereka.. seronok sangat nampak..
Sambil berborak berpinggan-pinggan juga nasi di tambah..
Seronok melihat mereka makan.. Bila makan dengan kawan-kawan.. berselera sungguh dia makan
Kawan-kawan kita kata sedap mak masak..
oh ya ke... terima kasih..
Mana tak sedapnya.. habis seperiuk nasi.. iss.. banyak jugak budak-budak ni makan.. tak padan kecik.. masak nasi 3 pot pun habis licin.. hihi
Kita makan kerak aje lah ye.. sapa ita pada suami..
tak pe.. rezeki budak-budak..


NASI AYAM SINGAPURA
Rujukkan : Koleksi Resepi Kek


Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam ~ dipotong empat dan dibersihkan ( ita potong kecil )
5 sudu makan gula merah
3 liter air
1/2 inci halia ~ di tumbuk
1 kiub pati ikan bilis ~ ita ganti pati ayam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
Madu dan minyak masak secukupnya


Mula-mula kita Rebus ayam dahulu.
Masukkan ayam kedalam periuk bersama kiub ayam, gula merah, air, halia dan bawang putih. 
Rebus hingga separuh masak dan diangkat. 
Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.

Salutkan ayam yang telah di rebus bersama madu dan minyak masak secukupnya.

Panaskan oven pada suhu 180'c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan. 
Ita tak bakar ita salut ayam dengan madu dan goreng dalam minyak panas
Bila dah siap ketepikan
* ayam ni kita bakar atau goreng setelah nasi dan sup kita siap di masak. Makan masa ayam panas-panas memang sedap! 




Bahan Nasi Ayam
500 gm beras ~ dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam ~ ita tak letak sebab dah letak kiub ayam dalam air rebusan tadi
15 gm halia ~ dihiris
Sedikit garam

Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi

Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. 
Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, halia yang dihiris dan daun pandan  sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. 
Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. 
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak. 


Bahan Sos Cili
10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
20 gm halia muda
15 gm cili padi
120 gm air limau nipis



Untuk menyediakan sos cili ini ada dua kaedah anda boleh pilih yang mana sedap ikut citarasa.

Kaedah 1
Panaskan sedikit minyak dan gorengkan semua bahan kecuali limau nipis sehingga semuanya layur
Masukkan dalam mesin pengisar, tambahkan sedikit air rebusan ayam , garam dan gula secukup rasa. 
Kisar hingga halus
Masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau

Kaedah 2
Kisar semua bahan kecuali limau nipis
Panaskan sedikit minyak dan masak
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Bila dah masak angkat
masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau


Bahan Sup
Air rebusan ayam

1 bungkus sup bunjut
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya



Renehkan semula air rebusan ayam dan tambahkan sup bunjut
Bila menghidang, taburkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris dan taburkan bawang goreng




Akhir sekali hidangkan nasi ayam bersama ayam bakar, sup ayam dan sos cili. Jika suka boleh letakkan daun salad, hirisan timun dan tomato dan cili kicap sebagai penambah selera.







Oreo Slice Cake

$
0
0


Assalamualaikum

Satu lagi slice kek yang ingin ita kongsikan. Sebenarnya ita buat kek ni untuk dessert Dalili dan kawan-kawannya tempoh hari. Kawan Dalili ni suka makan kek, jadi Dalili minta ita buatkan kek untuk mereka.

Di sebabkan ita terlalu sibuk dengan tempahan, maka ita buatkan kek yang simple aje, yang penting mereka suka. Ita tahu anak-anak ni mereka suka Oreo. So ita buatkan Oreo Slice Cake sebagai pencuci mulut.

Suka betul dorang makan, bertambah-tambah.. walaupun dah kekenyangan sebenarnya makan nasi ayam yang ita masak. Esoknya bila mereka datang lagi, mereka tanya lagi.. ada lagi tak kek oreo semalam.. sedap sangat lah tu.. hihi


Kek Oreo ni memang sedap, bukan anak-anak aje suka.. ita pun tumpang suka juga. Ianya tidak terlalu padat dan berat.. kira kek yang ringan dan tak muak di makan.  Sesuailah sebagai hidangan untuk menyambut tetamu, untuk minum petang bersama keluara mahupun teman-teman. Sesuai juga untuk majlis kenduri kendara.

Sebenarnya ada lagi beberapa resepi yang ita tak sempat lagi kongsikan. Pada kawan-kawan yang bertanya dan request resepi tu harap bersabar lah ye.. sebab masa ita cukup-cukup terbatas kini.

Beberapa hari ini ita adalah terbaca beberapa status di FB. Macam-macam hal.. entahlah ita sendiri pun tak tahu nak cakap apa.. semuanya adalah atas pandangan masing-masing.
Masalah pertama yang kecoh di perdebatkan adalah berkenaan dengan resepi. Ala.. pasal tak nak kongsikan resepi atau kata lain.. lokek nak sharekan resepi.  Ada yang kata mana boleh nak kongsi resepi sebab resepi tu mereka bayar untuk dapatkannya atau erti kata lain mereka pergi kelas.. bayar mahal-mahal senang-senag aje mintak resepi.

Aduyaiiii.... awak ni pun... kalau nak minta resepi tu agak-agak lah.. kata orang kalau kita nak litas jalan jangan lupa toleh kiri kanan. Kalau orang tak nak kongsi resepi tak payah lah nak marah.. Insyaallah kalau sepolan A tak kongsi.. nanti akan ada sepolan B yang akan baik hati kongsikan.. banyak-banyak berdoa dan bersabar.. Atau apa kata anda google aje.. sebab sekarang ni semuanya di hujung jari.. kalau orang kita tak nak kongsikan mungkin ada orang luar yang sudi kongsikan.. Jadi kenalah rajin mengoogle..

Teringat ita kenangan di bangku sekolah dulu.. tak tahulah kalau kawan-kawan ada pengalaman yang sama. Masa kat sekolah cikgu selalu pesan pada murid-murid. Kalau ada makanan yang sedap-sedap atau mainan yang best-best.. kalau tak nak kongsi dengan kawan jangan bawak pergi sekolah.. buat bergaduh aje nanti.. maklumlah kat sekolah tu.. kawan-kawan dari pelbagai latar belakang.. ada yang berada.. ada yang sederhana.. tak kurang juga yang miskin dan tak berharta.. Dari kecil cikgu dan ibu bapa dah latih kita supaya kita kalau tak nak kongsi jangan di tunjuk.. Oleh itu ita nasihatkan jika kita tak nak kongsikan resepi jangan tunjukkan.. mudah aje kan.. jadi tak adalah perbalahan..

Mungkin akan ada yang kata.. kita punya FB kita punya suka lah.. Dan itulah harga yang anda perlu bayar jika terjadinya perbalahan.. atau pergaduhan..
Ada juga yang kata.. saya berniaga online.. kenalah tunjuk..
Kalau macam tu.. tulis kat status tu.. 'Siapa nak oder...'' Sedia menerima tempahan..'atau anda boleh tulis 'resepi ni saya beli.. kalau nak rasa boleh beli dengan saya..' Tak kiralah nak beli resepi ke.. atau beli kuihnya.. kan senang.. tak lah ada yang mintak resepi nanti. Ini tak anda tunjuk gambar kek yang dah lah membuatkan orang meleh air liur.. dengan baris ayat yang power.. " sedapnya lah kek ni.. tak puas makan.. berketul-ketul.. saya makan.. sedap sangatlah tak terkata.." ayat yang macam tulah yang membuatkan orang yang melihat meruntun jiwa raga... tu yang tak tertahan-tahan nak tanya resepi.. bila tanya kena sound lah pulak.. "kalau nak resepi pergilah kelas.. duit kedekut.. tahu nak resepi free aje.." kan dah kata... pasti lah bergaduh dan terjadilah perbalahan yang tak ada penghujungnya.. Siapa lah yang kita nak salahkan nanti..


Satu hal lagi yang kecuh di perkatakan adalah pasal status halal. Ada yang kata tak halalkan resepi yang mereka ajar di kelas di kongsikan pula oleh anak didik kepada rakan-rakan. Astragfirullahal azimmmm..... sampai ke situ sekali.. Istifar dulukakk... Kesian anak-anak didik tu..
Pada pandangan ita lah kan... Kalau kita dah bersedia nak buat kelas.. kita juga telah bersedia untuk lepaskan segala ilmu yang kita ada. Maknanya kita dah bersedia untuk kongsikan segala ilmu di dada.
Kita juga kena bersedia dengan segala macam kemungkinan..
1. Resepi kita akan berpindah tangan
2. Bersaing pula dengan pelajar kita yang mungkin akan mengikut jejak langkah kita mengajar pelajar lain pula.
3. Persaingan kita juga semakin bertambah

Cuba kita bayangkan jika masa kita sekolah dulu.. tiba-tiba cikgu kita kata saya tak halalkan ilmu yang saya ajarkan pada awak.. aduyaiiii.. mahu pitam rasanya kan... Apatah lagi ilmu yang kita tuntut ini pula berbayar. Pelajar yang nak belajar sangup keluarkan duit untuk menuntut ilmu.. sampainya hati kita tak halalkan..
Sebenarnya.. semakin kita halalkan semakin kita tenang... hati kita pun lapang.. kita pun tak stres-stres... dan semakin bertambah rezeki yang kita ada.. percayalah..

Cuba anda letak pula diri anda pada tempat pelajar tersebut.. bayar kelas mahal-mahal.. Kumpul duit berbulan-bulan nak pergi kelas.. dengan harapan dapat ilmu. Mungkin dalam kepala dah terfikir dapat ilmu ini nanti nak buat jualan.. duit jualan tu boleh kirimkan kat emak di kampung.. Atau boleh bantu anak-anak yang tak berbapa.. maklumlah ada juga yang ibu tunggal.. Atau dapat ringankan sedikit beban suami.. maklumlah dengan GST sekarang perbelanjaan semakin meningkat.. Tiba-tiba, bila masuk kelas.. kena sign kontrak.. atau agreement.. "resepi untuk kelas ini tak boleh di kongsikan""Sesiapa yang belajar dengan saya tak boleh buat kelas macam saya" yang lebih parah lagi.. " resepi yang anda belajar saya tak halalkan " emmmm... tak tahu lah nak cakap apa.. ita rasa anda semua pun dah besar panjang.. dan masing-masing juga bijak pandai.. anda pasti tahu membuat kesimpulannya sendiri..


Lagi satu yang kecoh ita dengar.. pasal resepi lagi.. kali ini lain sikit..
Orang dah kongsi resepi.. dahlah tak cakap terima kasih... pas tu kutuk-kutuk pulak resepi yang orang  kongsi.. tak jadi lah.. bentatlahlah.. kongsi resepi tak ikhlaslah.. bagi resepi salahlah.. resepi tak sedaplah.. adalah pulak... Adoiii.. ini tak bersyukur namanya ni... Cuba belajar bersyukur.. dan belajar dari kesilapan..
Mungkin kita ada silap di mana-mana.. yang menyebabkan kek kita bentat.. kadang cara pukul adunan tak betul.. bahan yang kita guna tak tepat.. jangan lah terus hentam.. lihat dahulu kesilapan kita kat mana.. 
Ok ya.. lepas ni tak mahu gaduh-gaduh lagi.. bukan dapat apa pun.. dapat stres aje.. hati sakit.. jantung bedebar.. darah naik.. nanti macam-macam penyakit pulak menyerang..
Nak bergaduh ni.. memanglah senang.. nak baik nanti.. aduh... sakitnya tuh disini...

Jom lah dari gaduh baik kita makan kek.. kan anak-anak.. ^_^


OREO SLICE CAKE

Untuk resepi slice kek ni kita perlukan 2 keping kek span coklat
Untu resepi kek span coklat anda boleh rujuk di SINI
Dalam resepi tu menggunakan loyang 8 inc bulat. Untuk membuat slice kek ini anda tukar loyang bulat kepada 4 segi bersaiz 10 inc.
Bila kek dah masak anda potong kek kepada 2 kepingan dan ketepikan.

KRIM COKLAT

3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu

Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan gelap
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi

Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata
Ketepikan

Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag.
Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan.

Kaedah Penyediaan

2 keping kek span coklat
Krim coklat
Oreo di hancurkan atau di kisar kasar
Mini Oreo untuk hiasan
Sedikit air Nescafe ~ jika suka

Letakkan sekeping kek coklat atas lapik kek
Basahkan kek dengan sedikit air nescafe. Anda boleh masukkan air nescafe dalam sprai dan spray pada kek . Spray sedikit aje jangan sampai kek basah lencun pulak ya
kemudian ketakkan krim coklat di atasnya ratakan
Taburkan oreo yang telah di kisar
Ulang proses yang sama
Letakkan kek span coklat
Spray dengan Nescafe
Letakkan krim coklat
Akhir sekali letakkan Oreo hancur
Simpan dalam peti ais
Bila krim dah mengeras bolehlah di potong
Hiaskan kek dengan krim dan kepingan oreo untuk menambahkan lagi keindahan kek slice anda










Mee Goreng Basah

$
0
0

Ita suka sangat mee goreng basah. Anak-anak pun suka juga.
Sebenarnya kalau nak buat mee goreng basah ni ada beberapa tips tau kalau nak dapat yang basah.
Pertamanya masak dalam sukatan yang sedikit, contoh untuk satu atau dua pinggan sahaja.
Keduanya kita kena cepat angkat mee setelah masak, jangan biarkan ia lama dalam kuali nanti haba dari dapur tu akan mengeringkannya
Ketiganya kena banyak letak air.

Tapi ita tak berapa suka mee goreng basah yang terlalu basah lencun.. sekadar basah kuyup aje dah ok dah pada selera ita.. kalau basah lencun sampai banjir dah jadi macam mee hailam pulak atau pun dah macam mee bandung. Ita suka mee basah yang tak nampak basah tapi bila makan.. slurppp.. aje dia lalu kat anak tekak ni..

Biasa ita kalau masak mee main campak-campak aje.. tak ada sukatan yang tepat. Sebab memasak ni biasanya kita kena pandai merasa.. sukatan terpulang pada selera dan citarasa.. kalau kita jenis yang suka pedas kita lebihkan cili.. bagi yang cuka berencah lebihkan bawang... kalau suka yang basah.. letak air tu lebih-lebih.. masak ikut selera kita dan keluarga..  Lainlah kalau kita nak buat kek.. sukatan kena betul dan tepat dalam timbangannya.. bahan pula harus yang segar dan dalam kualiti yang baik. Barulah kek jadi cantik dan gebu ye tak..?

Jom kita ke intai resepi


MEE GORENG BASAH


500 gm mee kuning ~ cuci bersih dan toskan
Taugeh secukupnya ~ di buang akar dan cuci kemudian toskan
Tauhu ~ goreng dan potong dadu
2 pokok sawi ~ di potong asingkan batang dan daun. Batang sawi ketuk dan potong 1 inc
6 ekor udang
200 gm daging ~ di rebus
air rebusan daging secukupnya
2 biji telur ~ di kocok
Daun sup dan daun bawang di hiris
Cili merah ~ di hiris untuk hiasan
Limau kasturi

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih ~ di tumbuk
3 ulas bawang merah ~ di tumbuk
2 camca besar cili kering ~ kisar

Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap  manis

Panaskan minyak
Goreng tahu, angkat dan ketepikan
goreng telur sekejap aje, sambil kacau dan angkat masa 1/2 masak
Gorengkan udang sekejap aje dan angkat
panaskan semula minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Kemudian masukkan bahan sos satu persatu dan masak
Masukkan daging dan air rebusan daging
Air rebusan letak lebih-lebih untuk dapatkan mee yang basah. Jika kurang air boleh tambah air biasa
Masak hingga didih
Bila dah didih masukkan batang sawi dahulu
Kemudian masukkan mee
kacau mi rata-rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Kemudian masukkan telur, udang , tauhu, daun sawi dan taugeh
Tutup api dan terus keluarkan mi dari kuali dan letakkan dalam mangkuk
Taburkan hirisan daun bawang dan daun sup , bawang goreng, cili merah dan hirisan limau kasturi







Sandwich Sardin

$
0
0

Ita cukup cerewet bila makan sardin. Biasanya ita tak makan apa-apa makanan yang menggunakan sardin yang di jual. Tak kiralah epok-epok sardin, sardin roll, sandwich sardin atau juga lauk pauk yang menggunakan sardin sebagai bahan asas.

Sebagaimana yang kita sedia makhlum, sardin adalah makan yang di proses dalam tin. Ia menggunakan ikan sardin dan di proses bersama sosnya dan di tinkan. Kenapa ita tak suka makan sardin adalah di sebabkan sardin mempunyai bau yang sangat hamis. Ita bukan tak makan sardin terus, tapi ita hanya makan sardin yang ita masak sendiri sahaja.

Bila ita masak sendiri, ita akan seboleh mungkin akan menghilangkan bau hamis sardin. Bila ita makan sardin juga ita kena minum air yang sedikit masam. Ini adalah untuk menghilangkan rasa loya.
uiii... cerewet kan ita ni..
Bukan masalah cerewet.. tapi ita memang tak boleh makan benda yang berbau.. mesi ita akan rasa sangat loya dan memualkan.

Semalam ita sediakan sandwich sardin untuk bekal Dalili ke sekolah. Sandwich sardin ini adalah makanan yang mudah di sediakan dan kebiasannya di jadikan sebagai bekalan, sarapan pagi atau juga untuk minum petang. Sandwich sardin juga menjadi pilihan untuk mengadakan jamuan memandangkan cara penyediaannya yang cukup mudah. Ada juga yang menyediakan sandwich sardin bila hendak berkelah di pantai bersama keluarga.

Hari ini ita akan kongsikan cara ita menyediakan sandwich sardin


SANDWICH SARDIN

Roti potong secukupnya
Timun ~ di hiris nipis

Bahan sardin
1 tin sardin ~ asingkan isi dan sosnya. Isi sardin, buang tulang dan di hancurkan dengan garfu
1 sudu besar sos cili
1 labu bawang besar ~ di dadu kecil
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
1 batang cili merah ~ buang biji dan empulur tengahnya dan hiris dadu kecil-kecil
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Di tumbuk
1 inc halia
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk hingga harum
Kemudian masukkan sos sardin dan masak hingga terbit minyak
Masukkan air asam jawa dan sos cili dan masak lagi hingga pekat
Masukkan isi ikan sardin
gaul rata
Biarkan merenih sebentar
Masukkan bawang besar dan cili merah
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan daun sup dan daun bawang dan gaul rata
Tutup api dan angkat

Penyediaan sandwich
Sediakan sekeping roti
Letakkan sardin
Letakkan juga kepingan timun yang di hiris bulat nipis
Tutupkan dengan sekeping roti lagi
Potong bahagian yang keras di tepi roti
Potong sandwich kepada 2
Sedia di hidangkan


Bagaimana nak dapatkan kek buttercream yang licin?

$
0
0

Lama ita tak kongsikan DIY kan. Maaflah sebab ita sibuk sangat dan masa memang terlalu mencemburui. Memang tak sempat nak berfoto-foto lama-lama. Lagi pula masalah kaki ita yang masih lagi belum pulih sepenuhnya memang amat-amat membataskan pergerakkan.

Hari ini ita cuba menjawab beberapa pertanyaan yang sering di lontarkan iaitu, bagai mana untuk mendapatkan kek buttercream yang licin dengan penjuru yang tajam.

Ita ni bukanlah pandai sangat, maklumlah ita tak ada guru yang mengajar, kebanyakkan ilmu yang ita perolehi adalah atas permerhatian ita di internet dan juga pembacaan dari buku-buku rujukkan. Tapi pada ita semuanya adalah dari kemahiran dan teknik. Semakin lama kita membuat sesuatu benda tu kita semakin mahir dan semakin tahu selok beloknya. Tapi semuanya kena rajin try and eror.


Ok lah hari ini ita kongsikan bagaimana ita menghasilkan kek buttercream ita. Kek ita tak lah selicin kek-kek kawan-kawan yang dapatkan ilmu dengan guru-guru yang handal. Tapi buat masa ni ita puas hati dengan percubaan ita walaupun sebenarnya masih banyak lagi yang ita perlu gali dan banyak lagi yang ita perlu perbaiki.

Ini adalah cara ita, kalau kawan-kawan nak cuba ita sangat-sangat mengalu-alukan dan sangat-sangat bebesar hati. Mungkin kawan-kawan juga ada teknik atau cara yang tersendiri.


Hari ini ita tujukkan kaedah untuk melicinkan kek buttercream sahaja ya. Sebab kaedah bagaimana nak melayer dan melempa kek ita rasa semua pun dah mahir dan ita juga pernah kongsikan sebelum ini.

Seperti biasa setelah melayer kek dengan frosting atau krim, ita akan salut satu lapisan buttercream nipis pada kek. Kita kena dapatkan dahulu bentuk kek yang rata dan seimbang atas dan bawah. Bila dah dapat bentuk yang ideal, ita akan simpan kek yang telah bersalut buttercream ini dalam peti ais paling kurang 4 jam. Ini adalah bertujuan supaya krim mengeras dan memudahkan proses seterusnya.

Langkah Pertama, ini adalah untuk melicinkan permukaan kek, kekemasan dan bentuk yang ideal.


Setelah salutan pertama buttercream kita mengeras, kita sapukan pula lapisan ke dua.
Ita lebih suka meletakkan buttercream ita dalam piping bag. Selain ianya mudah untuk ita kendalikan, kaedah ini juga lebih bersih dan kemas.
Paipkan satu lapisan lagi buttercream pada kek
Kemudian dengan menggunakan spatulla, ratakan di keseluruhan kek.
Untuk mendapatkan bentuk kek yang ideal, iaitu sama tinggi bawah dan atas dan juga untuk mendapatkan penjuru kek yang tajam, ita menggunakan cake scraper seperti dalam gambar. Ok ita suka guna scraper yang ni sebab ia tegak, mudah di pegang dan sangat mudah mendapatkan permukaan kek yang licin.
Cara memeggang atau kedudukkan scraper itu adalah betul-betul tegak dan selari dengan lapik kek. Mesti rapat kedudukannya dan dalam keddukan 45 darjah.
Anda hanya perlu pegang scraper sahaja pada sebelah tangan, manakala tangan yang sebelah lagi memusingkan stand cake.
Scraper mesti bergesek dengan lapik supaya mendapat permukaan kek yang rata, bucu yang tajam dan kek yang seimbang.


Ita lebih suka memegang scraper pada tangan kanan dan tangan kiri memusingkan stand kek
Stand cake pula di pusing dari kanan ke kiri
Ulang proses ini sehingga anda betul-betul mendapat permukaan yang licin dan tidak nampak lagi bayang kek di dalam.
Untuk bahagian atas pula, lebihan pada penjuru anda tarik dari luar ke dalam dengan menggunakan spatula.
Buat sampai nampak kemas dan licin.
Bila dah rasa puas hati dengan hasilnya, simpan kek anda dalam peti ais semalaman.


Setelah kek mengeras sepenuhnya, sekarang kita nak melicinkan dan mengemaskan lagi permukaan kek.
Ita lebih suka mernggunakan tisu tangan. Anda boleh guna kitchen towel juga.
Ita lebih suka guna tisu tangan yang dalam peket ni sebab ia lebih nipis. Bila kita lekap pada kek tidak ada lah kelihatan corak pada tisu yang akan tertinggal atas permukaan buttercream kita.
Ambil sehelai tisu
Buka, dan bentangkan atas permukaan kek.
Dengan menggunakan tangan, anda cuma pusing-pusing tangan dalam putaran supaya haba pada tangan dapat meratakan dan melicinkan permukaan kek nanti.
Dengan perlahan dan berhati-hati tanggalkan tisu tersebut


Dengan kaedah yang sama, buat untuk bahagian tepi atau sisi kek
Biasanya ita lipat dua tisu tu, untuk lebih memudahkan.
Gosok atas kek perlahan sahaja dan jangan di tekan ya, cuma layang-layang perlahan sahaja.
Gosok dari atas ke bawah atau dari kanan kek kiri ikut keselesaan
Buat untuk setiap permukaan hingga rata keseluruhannya
Tada... anda dah pun dapat memiliki kek buttercream yang licin permukaannya dengan bucu yang tajam.

Selamat mencuba!


RESEPI BUTTERCREAM

120 gm butter
170 gm susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
330 gm gula icing
2 sudu teh esen vanilla atau perasa yang tidak berwarna

Masukkan kesemuanya dalam mixer dan pukul dengan speed perlahan hingga semua sebati dan bergaul sempurna

400 gm shortening
600 gm creamwell

Campurkan shortening dan cream well dalam adunan butter tadi dan pukul speed sederhana sebentar sahaja. Jangan pukul lama-lama nanti krim lembik


untuk melihat tutorial di : SINI









Chrysanthemum Flowers

$
0
0

Chrysanthemum flower, kalau orang kita biasa memanggilnya bunga kekwa aje...
Bunga kekwa ni tumbuh subur di tempat yang beriklim sederhana. Kalau kat Malaysia ni banyak di tanam di Cameron Highland.
Bunga ni ada lebih dari 30 jenis dengan pelbagai warna dan rupa, dan yang paling popular adalah yang banyak kelopak dan berwarna kuning.
Ita sering kali di tanya bagaimana nak membuat bunga kekwa sebagai hiasan kek. Bunga kekwa yang ita hasilkan daripada buttercream. Ita suka guna buttercream ni sebab ia tahan lama di luar berbanding fresh cream. Buttercream juga lebih solid dan mudah di bentuk. Cuma yang tak tahannya berminyak-minyak dan melekit-lekit satu rumah bila menyediakan bunga buttercream

Hari ini ita tunjukkan bagaimana ita sediakan bunga kekwa ita.. sebagaimana menjawab permintaan adik-adik di luar sana. Ita juga akan tunjukkan bagaimana nak meletakkan bunga kekwa atas kek. Cara ita mungkin berlainan dari mereka yang pakar.. tapi inilah cara yang ita hasilkan. Semoga cara ita sedikit sebanyak dapat membantu anda menghiasi kek dengan kuntuman bunga kekwa yang berbagai warna.

Apa yang anda perlu sediakan adalah nozel untuk membuat bunga. Kalau bunga kekwa ni kenalah guna nozel khas untuk bunga kekwa, tak boleh lah nak guna nozel lain.

Untuk bunga kekwa yang besar , anda boleh guna nozel dengan tip no 80 dari Wilton. Untuk bunga kekwa yang kecil, gunakan nozel tip no 79 dari brand yang sama.

Selain dari itu anda juga perlukan nail, kertas minyak yang di potong kecil dan buttercream yang telah siap di masukkan dalam piping bag yang telah siap di letakkan nozel.


Jom kita lihat cara penyediaannya





Mula pegang nail pada kedudukan yang anda selesa.
Letakkan sedikit buttercream pada nail untuk melekatkan kertas minyak
Letakkan kertas minyak di atasnya
Sekarang kita dah boleh mulakan proses seterusnya
Letakkan buttercream bentuk lingkasan bulat sebesar siling 20 sen




Sekarang dah boleh mula paipkan kelopak pada barisan pertama, mula dari luar bulatan
Bila dah habis lapisan pertama, mulakan pula pada barisan kedua, anda harus ingat, kelopak kedua mestilah berada di antara dua kelopak supaya nampak natural bunga tu nanti
Habiskan kesemua kelopak hingga terhasil kuntuman kekwa yang anda idamkan

Untuk tutorial yang lebih jelas anda  boleh rujuk di SINI

Kaedah yang ita tunjukkan ini bagi mereka yang baru belajar nak membuat bunga kekwa.
Ok anda boleh buat banyak-banyak , sebanyak mana yang ingin anda letakkan atas kek anda nanti.

 
Bila dah siap, anda simpan dalam peti ais hingga bunga ni keras.
kaedah ini untuk mereka yang baru nak belajar ya, bagi yang dah mahir boleh terus buat atas kek.
Simpan dulu sampai keras ya, nanti ita tunjukkan bagaimana nak susun atas kek.

Sekarang ita tunjukkan pula bagi mereka yang nak terus buat atas kek.


Bagi yang nak terus buat atas ke, anda harus ada stand kek yang boleh pusing-pusing macam dalam gambar ni atau yang sewaktu dengannya. janji boleh pusing-pusing, kalau tak boleh lenguh kepala nak pusing-pusing tau!


Sediakan kek yang hendak di deco yang telah bersalut krim dengan sempurna.
Ambil satu nozel, apa-apa tak kisah janji yang besar sikit, hanya untuk tanda kan sahaja tempat yang kita nak buat bunga nanti.
Lepas tu paipkan krim bentuk bulat sebesar 20 sen dan anda bolehlah mula membuat bunga seperti kaedah yang sama macam ita dah tunjukkan di atas.


Tadaaa... dah siap mudah aje kan.. Pas tu boleh lah buat berapa banyak kuntuman bunga yang anda suka.

Sekarang ita tunjukkan bagaimana nak susun bunga kekwa yang anda dah letak dalam peti ais tadi.
Kaedah ini samalah seperti anda nak susun bunga K pop. Susunan bunga akan nampak 3D dan hidup.


Untuk menampakkan bunga hidup atau 3D, anda paipkan sedikit buttercream atas kek. Buat bulat melingkar dan agak tebal sikit krimnya
Ambil bunga kekwa yang dah di keraskan tadi dan tanggalkan dari kertas minyak.
Anda perlu gunakan sarung tangan plastik supaya panas tangan tidak kena pada bunga yang membuatkan ia cepat cair selain untuk menjaga kebersihan
Anda kena pastikan dahulu kedudukan tempat untuk meletak bunga supaya proses menyusun bunga berjalan lancar dan cepat. Ingat jangan buat lambat-lambat sebab nanti buttercream bunga tu lembik susah nak transfer ke atas kek
Buat berselang seli, kiri kanan.. kiri kanan.. dan susun rapat-rapat


Bila dah siap dan puashati bolehlah tambahkan daun dan kudup bunga sebagai hiasan. anda boleh juga tambah bunga hiasan lain yang kecil-kecil dalam kombinasi warna yang berlainan

Buttercream

150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna

* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.


Selamat Mencuba






Viewing all 843 articles
Browse latest View live