Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Birthday Cake Upin Ipin dan rakan-rakan

$
0
0

Angin sejuk yang berhembus sepoi-sepoi bahasa benar-benar nenusuk hingga ke tulang sum-sum ini.. Sejuknya lah aiii... dah berapa hari cuaca mendung aje.. sesekali hujan turun menambahkan lagi kesejukkan malam..

Dah empat hari ita tak dapat tidur lena. Demam yang menyerang ita kali ini terasa berlainan sekali sakit dan bisanya. Kepala senoneng.. mata berpinar-pinar.. sendi-sendi terasa amat bisa hingga nak pijak lantai pun terasa bisa hingga ke tulang. Pagi tadi ita terasa pula tangan dah mula terasa kebas.. Ya Allah demam apa pula yang menyerang ku kali ini..

Dalam kepala tak ada ingat lain.. tempahan dari customer macam manalah nak di siapkan jika keadaan ita terus-terusan begini.. Ya Allah sembukanlah sakitku ini.. agar dapat aku melangsaikan amanah yang ku pikul.

Pagi ni, ita mengadap doktor.. tak tertahan lagi sakit yang di tanggung. Doktor ambil darah dan buat ujian air kencing.. Dengan debaran ita menunggu agar tiadalah apa-apa penyakit yang berat.. Sekali lagi nama di panggil.. Doktor kata tak ada apa-apa jangkitan kuman dalam darah.. demam biasa sahaja.. tapi kalau dua hari ni tak baik lagi harus datang semula untuk ujian yang lain pula.. Lega rasanya.. tapi masih lagi tak puas hati.. kenapa teruk sangat demam ni.. kata demam biasa aje.. Mungkin ujian dari Allah.. nak hapuskan dosa kecil.. ita cuba memujuk hari yang masih ragu-ragu..







Chef.. mu tunggu ku datang...

$
0
0
Assalamualaikum..

Lama rasanya ita tak bercerita berkenaan bengkel Chef Amer. Rata-rata siapalah yang tak kenal dengan chef yang satu ini. Chef yang menjadi kegilaan para ibu-ibu di luar sana yang gemarkan dunia masakkan. Pada ita beliau bukan sahaja seorang Chef, tapi beliau adalah guru, sifu dan idola ita sejak ita meminati dunia masakkan. Seorang yang cukup humble, tidak lokek berkongsi ilmu.. suka berkongsi pengalaman... tidak lokek dengan senyuman dan seorang yang suka melawak.

Pagi tadi buka aja tab, ita dapat pm dari Chef. Dah berapa kali chef menjemput ita ke bengkel masakkannya. Tahun lalu semua kelas Chef ita tak dapat turut serta atas sebab-sebab yang tak dapat ita elakkan. Ada tarikh yang ita tak berapa sihat.. ita ada rawatan dan ada yang bertindih dengan jadual tempahan kek. Maklumlah tarikh kelas chef biasanya pada hujung minggu dan hujung minggu juga merupakan hari ita bertungkus lumus menyiapkan tempahan customer. Rugi.. memang terasa rugi sangat bila terpaksa melepaskan peluang mengikuti kelas chef.. Bukan mudah nak dapatkan ilmu dari Chef. Jika beliau sanggup datang dari jauh semata-mata nak curahkan ilmu.. kenapa kita juga tidak sebegitu..


Ada masa ita rasa sangat sedih tak dapat join kelas chef.. Memang terasa sangat ruginya.. Ita tak jumpa lagi seseorang yang mengajar dengan begitu ikhlas seperti chef. Bila chef mengajar beliau nak kita betul-betul faham dan beliau mengharapkan bila kita melangkah keluar sahaja dari Akedemi beliau kita sudah penuh ilmu di dada dan sudah berkeyakinan untuk melebarkan sayap dalam bidang masakkan.
Setakat ini.. ita rasakan hanya kelas Chef Amer merupakan platform terbaik untuk anda-anda di luar sana mendapatkan ilmu.

Dah beberapa kali ita pesan..
jika anda nak jadi doktor.. belajar dari doktor yang pakar
jika nak jadi mentor belajar dari mentor legend
jika nak pandai masak carilah chef yang pakar

Kelas memasak sekarang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Anda kena hati-hati memilih, sebab kelas masakan bukan murah harganya.. kelas buat bungga buttercream pun sampai RM 400 seorang untuk 1 kelas..  kelas buat roti sampai beribu-ribu ringgit untuk seorang.. berbaloi ke..? kalau anda silap pilih anda akan rasa ruginyaa..... Cari duit bukan mudah tau sekarang.. bertambahlah harga barang dah semakin meningkat, kos sara hidup yang tinggi dengan nilai ringgit yang semakin menjunam..

Kenapa anda harus pilih kelas chef Amer




Hari ini.. sekali lagi chef mengundang ita.. hihi siap bagi ita jadual kelas chef untuk setahun lagi.. amik kawww...

Disertakan jadual saya sepanjang tahun 2015 ni, akak pilih lah yg mana, kalau ada kelapangan, sudi kan lah datang ya..

Dari tadi ita dok kemas kini timetable ita. Ita catatkan jadual kelas chef dalam kelender harian supaya tak bertindan lagi dengan tempahan customer. Insyaallah ita akan turun padang kali ini.. ita harap sangat Allah bagi ita kesihatan yang baik tahun ini agar ita di berikan kekuatan untuk sama-sama menuntut ilmu dengan chef kesayangan ramai ini.

Kepada anda-anda di luar sana yang ingin turut serta, bersama ini ita sertakan sekali jadual keas chef untuk tahun 2015 di seluruh Malaysia. Plilih lah tarih yang anda rasa selesa.. pilihan tempat yang mudah untuk anda sertai.. Insyaallah pilihan anda tepat jika memilih akademi chef.. percayalah..









Chef.... mu tunggu ku datang...



Roti Sarang Lebah.. lembut, gebu dan sedapnyaaa...

$
0
0



Alhamdulillah... tertunailah hutang kak ita dengan adik-adik akak yang dok kerap kali bertanya bilalah kak ita nak buat Roti Sarang Lebah yang popular dan meletup-letup tu kan..

Hihi... belum sampai seru lagilah dik nak buat.. Mood meroti tak mari-mari..
Tapi hari ini semua penantian dah pun berakhir kan.. maka selesailah satu hutang akak pada adik-adik akak ya..

Emm... tak sangka sedap rupanya roti ni.. padanlah semua kemaruk nak buat roti ni.. sampai ada yang dah jadi pendapatan sampingan lagi.. Alhamdulillah rezeki kan.. kalau kita rajin macam-macam boleh kita jadikan duit ya tak..




Resepi Roti Sarang Lebah ini ita ambil dari dapur Ros Jintanmanis. 
Ros yang ita kenali memang cukup hebat dalam menyediakan roti. Resepi roti yang Ros kongsikan yang ita pernah cuba tidak pernah mengecewakan. Seperti roti sarang lebah ini juga.. cukup lembut.. gebu dan yummynya.. hanya Allah sahaja yang tahu..


Suami ita memang suka sangat sos karamel. Apa-apa kalau makan dengan sos karamel.. dialah yang tukang penghabisnya...
Roti ini katanya terbaik...
Anak-anak pun suka.. semua kata sedap dan terbaik!
Terima kasih Ros atas perkongsian resepi yang hebat dan terbaik ini.
Adik-adik akak sekalian apa tunggu lagi.. jom kita cuba pula..



ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina

Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan


300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.


3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.


4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.


5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.



6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 


7. Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.


8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.


Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel


SOS KARAMEL

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter


Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.



Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..


Ya Allah.. yummynya....


Sayur Campur

$
0
0

Ita memang suka masak menu yang mudah dan ringkas. Sebab utamanya dapat menjimatkan masa ita di dapur selain ita dapat menghidangkan dengan kadar yang segera.
Sayur adalah menu yang mesti ada setiap kali ita sediakan hidangan untuk keluarga. Mujur anak-anak ita tiada masalah dengan sayur dan mereka dah di latih dari kecil supaya suka makan sayur.

Ita selalu sangat berjumpa dengan kawan-kawan yang tak suka makan sayur. Ada juga kawan-kawan ita yang sering mengeluh kerana anak-anak tak suka makan sayur. Pada ita untuk menggalakkan anak-anak makan sayur kita kena mulakan dari mereka kecil.. ibarat melentur buluh.. sebaiknya biarlah dari rebungnya..


Masa anak ita kecil, ita dah kenalkan mereka dengan sayur. Anak-anak ita biasanya ita suap setiap kali mereka makan sedari kecil hingga lah 12 tahun usia mereka. Bila ita nak suapkan makanan kat anak, sayur tu ita akan potong kecil-kecil, ini supaya mudah untuk mereka menghadam sayur-sayur tu. memanglah ambil masa sikit... tapi itulah caranya nak menggalakkan mereka sukakan sayur-sayuran. Biasalah kan sayur ni kalau kita tak potong nanti bila makan ia terbelit kat leher atau tersangkut kat celah gigi, itulah yang buatkan budak-budak ni tak nak makan sayur. Bila anak-anak dah besar mereka dah terbiasa mesti nak makan sayur.. sekarang ulam-ulam pun mereka suka makan.

Hari ini ita masak sayur campur pula. Resepi ni mudah dan ringkas aje.. masak pun tak lama. Anda boleh letak apa-apa sayur yang bersesuaian. Nak letak makanan laut macam udang, sotong atau kupang pun boleh.


SAYUR CAMPUR

1/2 biji capsicum hijau ~ di potong memanjang atau kecil
1/2 biji capsicum merah ~ di potong memanjang atau kecil
300g bunga kobis ~ dipotong kecil
1 biji karot ~ dihiris nipis
1 peket putik jagung ~ dihiris nipis
5 ekor udang atau sotong
1 biji cili merah ~ dihiris nipis
1 biji cili hijau ~ dihiris nipis
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum dan wangi.
Masukkan udang atau sotong , cili merah dan cili hijau.
Kacau rata hingga udang atau sotong separuh masak.
Masukkan sos tiram dan sedikit air
Masukkan semua sayur-sayuran
Kacau rata
Perasakan dengan garam
Biarkan sayur layur sebentar dan sedia untuk di angkat dan dihidangkan





Akukah superheroes itu..

$
0
0

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak melangkah ke sekolah. Rutin para ibu kembali berulang seperti biasa. Mungkin ada yang masih lagi menyesuaikan diri dengan rutin baru.. ialah kalau dahulu anak sekolah sebelah pagi.. tahun ini pindah pula ke sebelah petang.. ada pula yang dahulu petang sekarang pula ke sekolah pagi.. Tugas ibu sebagai superheroes pun bermula...


Dengan urat dawai tulang besinya, pagi-pagi lagi dah berperang di dapur menyiapkan sarapan untuk anak-anak.. pasti mulut tak berhenti mengomel.. meminta anak-anak agak cepat supaya tidak lewat ke sekolah..

Si ibu juga menjadi superheroes menghantar dan mengambil anak pergi dan kembali dari sekolah.. Belum hilang penat, tak sempat melabuhkan punggung dah nak sediakan makan tengahari pula.. nanti anak-anak balik perut kosong pulak.

Sambil memasak, sambil memunggut kain baju kotor untuk di cuci. Yang di jemuran berangkat tidak sempat lagi di lipat sudah sebakul lagi menanti untuk di sidai.
Sambil-sambil, sempat pula capai penyapu dan mengemop lantai.. Sesekali mata menjeling ke arah jam yang ligat berputar..

Bergegas pula menunggu anak-anak pulang, berlari pula menghantar anak ke sekolah agama..
Belum sempat mengelap keringat dah teringat nak perangat nasi untuk makan malam pula... Apa pula menu minum petang ni nanti..

Lepas mengemas dapur, lewat malan malam.. mula menyemak buku sekolah anak-anak.. Anak pula dah terlelap di meja. Tak sampai hati nak di kejut di kendong pula anak ke bilik.. Mengusap rambut anak sambil mengucapkan.. mak sayang kamu.. jadi anak yang solehah... dan cerdik..

Apabila suis lampu di tutup... barulah dapat nak meregang-regangkan tulang empat kerat ni..




Ayam Phat Phet

$
0
0


Bila anak-anak dah mula bersekolah, ita pasti mencari menu yang mudah, ringkas di sediakan dan yang penting enak dan menyelerakan. Hari persekolahan menuntut para ibu lebih kuat lagi bekerja.. kena lebih cekap dan bijak. Ibu-ibu kena bijak merancang masa supaya tidak kelang kabut dengan tugasan harian dan perhatian terhadap keluarga.

Oleh kerana itu bila tidak punya masa yang cukup, ita suka memasak yang ringkas-ringkas sahaja. Janji perut anak-anak terisi dengan makanan sebelum mereka melangkah keluar ke sekolah.
Hari ini ita sediakan satu resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas tapi ianya juga sangat enak di makan. Resepi hasil perkongsian dari Widad di My Resepi. Terima kasih Widad. Menurut Widad resepi ini adalah resepi air tangan neneknya yang berasal dar Siam.  Memang sedap! anda pun boleh cuba..





AYAM PHAT PHET
Resepi Oleh : Widad
Rujukan : My Resepi


1/2 ekor ayam, di potong kecil
1 batang serai di titik
1 keping asam keping
4 helai daun limau perut ~ di siat-siat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lisar

5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Masukkan sedikit air dan serai
Masukkan juga asam keping, ayam dan daun limau purut
Renihkan hingga ayam betul-betul masak dan empuk
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan

* ita macam biasa, ita goreng dahulu ayam yang ita gaul dengan ayam dan kunyit.


Anemia Oh Anemia

$
0
0

Sejak akhir-akhir ini kesihatan ita kerap kali terganggu. Pada mulanya ita hanya beranggapan ianya adalah di sebabkan oleh faktor cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini. Seminggu ita berhadapan dengan demam yang agak teruk.. batuk yang kronik yang membuatkan tubuh badan semakin hari semakin lesu. Hingga ada ketikanya ita terasa seakan macam nak pitam bila duduk lama atau berdiri. Badan menjadi terlalu lesu, tangan mula terasa kebas. Dada sering kali bedebar dan kerap kali berpeluh sejuk. Kaki dan tangan sudah mula terasa sejuk dan kadang-kala terasa lenguh pada seluruh sendi.

Melihatkan kesihatan ita yang semakin kritikal.. Sekali lagi ita ke klinik untuk mendapatkan pengesahan dari doktor sekali lagi. Ita bawa sekali hasil ujian darah dan air kencing yang doktor berikan tempoh hari. Kali ini ita ke kelinik Asia pula. Ita suka sikit pergi klinik Asia, kerana pada ita doktornya sangat profesional, dan mereka melayan setiap pesakitnya dengan baik.

Alhamdulillah kali ini ita tidak perlu tunggu lama, kerana tidak ramai pesakit, mungkin sebab hari dah petang. Ita berjumpa dengan seorang doktor muda yang sangat lembut tutur bicaranya. Seorang doktor India, beliau tanyakan masalah yang ita hadapi dan mendengarnya dengan berhati-hati. Ita berikan laporan kesihatan dan ujian darah dari klinik sebelum ini. Setelah mengamati hasil laporan beliau menerangkan dengan ita setiap apa permasalahan kesihatan yang ita hadapi hingga membawa kepada simtom-simtom yang ita alamai kini.



Rupanya ita mengalami Anemia.

Apa itu anemia?
Darah merah secara umumnya berfungsi membawa bekalan oksigen makanan ke tisu badan untuk kegunaan seharian. Ia sel darah utama selain sel darah putih dan platlet. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayapenghidapanemia/MA/Article#sthash.xpdNXe0N.dpuf

Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Sel darah merah diperlukan untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu di dalam badan. Kekurangan darah merah merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia.

Tanda-tanda kurang darah

1. Kelopak Mata Pucat
Sangat mudah untuk mendeteksi anemia dengan melihat mata. Ketika Anda meregangkan kelopak mata dan memperhatikan bagian bawah mata. Anda akan melihat bahawa bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat.

2. Sering Keletihan
Jika anda merasa letih sepanjang waktu selama satu bulan atau lebih, besar kemungkinan anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah.

3. Kerap loya
 Mereka yang menderita anemia seringkali mengalami gejala morning sickness, mual atau loya setelah mereka bangun dari tempat tidur.

4. Sakit kepala
Orang yang mengalami anemia sering mengeluh sakit kepala secara terus-menerus. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Hal ini sering menyebabkan sakit kepala.

5. Ujung Jari Pucat
Ketika Anda menekan ujung jari, daerah itu akan berubah jadi merah. Tetapi, jika Anda mengalami anemia, ujung jari Anda akan menjadi putih atau pucat.

6. Sesak napas
Jumlah darah yang rendah menurunkan tingkat oksigen dalam tubuh. Hal ini membuat penderita anemia sering merasa sesak napas atau sering termengah-mengah ketika melakukan aktiviti sehari-hari seperti berjalan.

7. Denyut Jantung Tidak Teratur
Palpitasi adalah istilah medis untuk denyut jantung tidak teratur, terlalu kuat atau memiliki kecepatan abnormal. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyut jantung meningkat. Hal ini menyebabkan jantung berdebar tidak teratur dan cepat.

8. Wajah Pucat
Jika Anda mengalami anemia, wajah Anda akan terlihat pucat. Kulit juga akan menjadi putih kekuningan.

9. Masalah keguguran rambut
Rambut gugur bisa menjadi gejala anemia. Ketika kulit kepala tidak mendapatkan makanan yang cukup dari tubuh, Anda akan mengalami penipisan rambut dengan cepat.

10. Menurunnya Kekebalan Tubuh
Ketika tubuh Anda memiliki energi yang sangat sedikit, kekebalan atau kemampuan tubuh untuk melawan penyakit ikut menurun. Anda akan mudah jatuh sakit atau kelelahan.
 
Punca-Punca Anemia

1.  Wanita mengandung selalu mengalami anemia yakni kekurangan paras hemoglobin dlm darahnya. Ini disebabkan keperluannya terhadap nutrien bertambah dengan adanya bayi dlm kandungan yg semakin berkembang.. Sebab itu keperluan RDA nutrien wanita mengandung meningkat dengan ketara berbanding wanita tidak mengandung.

2. Kekurangan zat pemakanan (malnutrition). Boleh terjadi kepada kanak-kanak, orang dewasa dan org tua yg kurang selera makan, terutama bagi mereka yg banyak mengambil makanan ringan @ junk food, makanan segera dan makanan 'highly refined processed foods' seperti beras putih, gula putih, tepung putih, minyak refined, dan majerin yang sangat kurang kandungan nutrien asli..

3. Wanita bersalin juga   terdedah kepada masalah anemia kerana kehilangan darah yg banyak semasa melahirkan anak. 

4. Pesakit kronik yg semakin kurang selera makan.  
 
5. Pesakit yg mengalami pendarahan kronik walaupun sedikit seperti buasir berdarah, kanser.

6. Kemalangan yang menyebabkan kehilangan cecair tubuh dan darah yg banyak.

7. Penyakit genetik spt talassemia, G6PD, dsb.

8. Penyerapan nutrien yg terjejas akibat masalah  sistem penghadaman.

Rawatan Anemia
  • Mengambil makanan asli wholefoods yang kaya pelbagai nutrien
  • Badam yg kaya protein , karbohidrat, lemak vitamin B kompleks, mineral
  • Susu asli (kambing, lembu) spt susu segar, susu tepung penuh krim FERNLEAF 100% original.
  • Daging kambing anak biri-biri yakni lamb yang kaya protein berkualiti tinggi yang mudah hadam serta vitamin B kompleks, mineral. Ia sgt cepat membina sel darah merah.
  • Ayam kampung serta telur kampung, puyuh, merpati serta telurnya
  • Butter susu asli spt Anchor, SCS kaya lemak tepu & kolesterol yg seimbang (highly bioavailable) utk membentuk membran sel yg utuh
  • Beras rebus / parboiled rice yg kaya vitamin B kompleks terutama folate, mineral yg diserap 99%.
  • Bulgur wheat yakni soaked, steamed cracked wheat  yg kaya karbihidrat kompleks, vitamin B kompleks , mineral terutama zat besi yg diserap hampir 100%
  • Barli
  • Madu asli, gula merah asli, molasses tebu
  • Garam bukit Himalaya warna pink yg mengandungi 84 mineral
  • Jintan hitam serbuk / biji
  • Halba biji
  • Kurma merah / buah bidara China
  • Buah kurma
  • Minyak kelapa dara @ minyak zaitu extra virgin yg membantu membentuk membran sel serta menjana tenaga yg banyak utk sintesis sel darah merah. Ia juga memberi kesan fisiologi kepada seluruh organ tubuh yg mengoptimumkan sintesis sel darah merah.
  • Kekacang spt kacang hijau, pulut hitam, kacang  kuda, merunggai.
  • Air mineral yang bersih.
  • Tepung gandum atta.
  • Santan kelapa asli yg menggalak pembentukan sel-sel baru.
Makanan Yang Harus Di elakkan

  • Makanan masam yang  boleh melemahkan badan.
  • HVO, minyak goreng recycle kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edara darah dan oksigen rendah
  • Makanan banyak kimia, refined foods, makanan ringan yg kurang berzat
  • Ayam daging, telur komersial  yg kurang berzat
  • Makanan yang boleh mengganggu penghadaman spt mencampurkan susu dan buah, mencampurkan dua jenis protein yg berbeza spt daging dan ikan @ telur @ susu
  • Makanan yg terlalu pahit spt hempedu bumi, seruntun, peria, tunjuk langit.. Ia boleh melemahkan badan
  • Air R.O yg tiada mineral. yg mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
  • Beras putih, gula putih, tepung gandum putih yg tiada zat 
Doktor nasihatkan ita supaya jaga pemakanan, kena banyak berehat. Ita di nasihatkan supaya makan banyak buah kiwi, kurma dan kerang untuk kembalikan semula darah dalam badan. Ita berharap sangat kesihatan ita akan kembali seperti biasa.. agar ita dapat menjalani rutin seharian ita bersama keluarga.


    Darah merah secara umumnya berfungsi membawa bekalan oksigen makanan ke tisu badan untuk kegunaan seharian. Ia sel darah utama selain sel darah putih dan platlet. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahayapenghidapanemia/MA/Article#sthash.93LBT8mA.dpuf

    Lontong dan sambal kerang

    $
    0
    0

    Alhamdulillah.. setelah beberapa hari berhadapan dengan komplikasi tekanan darah yang merudum, hari ini ita rasa sihat sikit.. walaupun tidak sepenuhnya..
    Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan ita. Terima kasih juga buat suami yang banyak membantu ita.. di saat ita tak boleh berjalan.. terpaksa di papah ke bilik air.. Ita juga tak boleh menjalankan kewajipan ita sebagai ibu.. tak boleh nak masak.. nak mengemas rumah.. badan memang longlai sangat.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati ita rasa sangat sedih bila ita tak dapat jalankan kewajipan ita pada keluarga seperti biasa.

    Beberapa hari hanya berbaring di atas katil.. memang sesuatu yang amat-amat meletihkan. Maklumlah ita dah biasa renyah dengan aktiviti ita sehari-hari.. tiba-tiba tidak boleh bergerak, tangan dan kaki menjadi kebas memang cukup-cukup mencabar. Ubat yang doktor berikan membuatkan ita mengantuk dan hanya makan tidur.. makan tidur sahaja rutin ita beberapa hari ini.. Ita terpaksa akur atas nasihat doktor supaya ita tak bergerak banyak, kerana doktor bimbang badan ita yang lemah akan membuatkan ita jatuh yang akan memburukkan lagi keadaan.


    Hari ini bila ita dah rasa sihat.. ita cuba melayan anak tekak ita yang tak berapa selesa ni.. mungkin sebab banyak makan ubat yang doktor bekalkan.. tekak memang pahit sangat.. Terasa macam nak makan yang masam-masam tapi ita tak boleh langar saranan doktor yang minta ita kurangkan makanan berasid. Sekarang ita kena ikut apa yang doktor suruh ita makan.. walapun tak suka kenalah juga ikut jika ita ingin sihat sepenuhnya..

    Malam tadi ita mimpi ita makan lontong, hihi.. bila bangun aje ita terus minta suami belikan bahan untuk ita buat lontong. Mula suami ita kata biarlah dia beli sahaja lontong memandangkan ita tak sihat lagi. Tapi ita sekarang rasa kurang selesa nak makan makanan luar.. Ita sakit pun kerana ita makan luar lah ni.. dari batuk terus melarat ke demam dan kini dah kurang darah pula.. Ita jadi takut dan fobia pula bila nak beli makanan di luar. Biarlah penat sikit janji ita puas hati dan tahu tahap kebersihan makan yang di sajikan. Lagi pula buat lontong pun bukan susah mana sangat.. Suami ita pun banyak membantu ita memasak... Cuma memang agak payah untuk ita mengambil gambar masakan...  pergerakkan ita cukup terbatas kini.. tak boleh macam dulu.. lasak.. panjat sana.. panjat sini bila nak ambil gambar masakan ita.. Kadang rasa frust jugak.. sebab ita tak boleh lasak macam selalu.. ita harap ita cepat sembuh.. supaya ita dapat lakukan apa yang ita suka lakukan..


    LONTONG

    Bahan Kisar

    4 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inc halia
    1 inc kunyit hidup
    2 camca besar udang kering, rendam lembut dan toskan
     
    8 tangkai kacang panjang ~ potong 1 inc
    2 keping tauhu ~ di potong dadu dan di goreng
    2 keping tempe ~ di potong dadu dan di goreng
    1 keping fucuk atau tauhu kering ~ potong kecil dan rendam hingga lembut
    1 batang lobak merah saiz sederhana ~ dipotong  mancis
    1 biji sengkuang saiz kecil ~ dipotong mancis
    1/4 kobis ~ dihiris kecil
    sedikit soon ~ di rendam
     
    Air secukupnya
    200 ml santan pekat
    2 batang serai ~ dititik
    Garam dan gula secukup rasa
     
    Bahan di makan bersama
     
    Nasi himpit
    Telur rebus atau telur pindang
    Sambal tumis, udang, ikan bilis, sotong, atau kerang
    Sambal kacang jika suka
    Serunding daging atau kelapa
     
    Panaskan minyak dalam periuk, Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga harum dan terbit minyak.
    Masukkan air dan biarkan kuah mendidih
    Bila kuah dah mendidih masukkan dahulu sayur yang keras seperti, kacang panjang, lobak, sengkuang , fucuk dan masak hingga lembut
    Masukkan tauhu dan tempe
    Biarkan ia merenih sebentar.
    Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
    Akhir sekali masukkan soon dan kobis
    Didihkan sekali lagi dan terus matikan api
     
    Lontong di makan bersama telur rebus, sambal tumis, serunding atau sambal kacang.
     
     
    SAMBAL KERANG
     
    150 gram isi kerang
    15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar halus
    1/2 cawan jus asam jawa
    4 ulas bawang putih ~ kisar
    6 ulas bawang merah ~ kisar
    Garam dan gula secukup rasa
    1/2 inci belacan ~ kisar

    Panaskan minyak dalam kuali
    Tumiskan bahan kisar hingga harum, garing dan terbit minyak
    Masukkan jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa
    Masak hingga pekat
    Masukkan isi kerang dan masak hingga sedikit kering
    Sedia di hidangkan
     
     
     
     

    Sausage Mix Vegetable Buns

    $
    0
    0

    Bun ini ita sediakan untuk sarapan anak-anak. Dalili cukup suka bun dengan sosej ini . Biasanya kalau ita pergi shopping mesti dia minta belikan bun sosej yang di jual di suppermarket. Kadang ita risau juga nak belikan dia bun sosej yang di jual di bakery. Pertamanya ita risau kerana tidak tahu siapa yang membuatnya dan yang kedua, di sebab kan ia menggunakan sosej yang kita tahu berasaskan daging atau ayam ita cukup risau akan sumbernya ialah takut halal atau sebaliknya.



    Oleh kerana rasa was-was, ita lebih suka buatkan sahaja jika anak-anak teringin nak makan. Buatnya pun bukannya susah sangat, lebih mudah jika kita ada bread maker, tak payah susah payah nak menguli doh.

    Hari ini ita sediakan bun sosej atas permintaan anak-anak. Resepi bun ni ita ambil dari buku masakan yang dah lama ada di dalam simpanan ita iaitu dari Chef Alex goh. Resepinya mudah, dohnya pun sedap kenyal dan gebu, lebih-lebih lagi bila doh di uli dengan bread maker, memang lembut dohnya. Suka anak ita menikmati bun sosej yang emaknya sediakan. Katanya lebih enak bila emak yang buatkan.. rasa lebih segar dan boleh letak mayonis dan sos lebih-lebih..



    SAUSAGE MIX VEGETABLES BUNS
    Resepi Oleh : Chef Alex Goh
    Rujukkan : The World Of Bread

    Bahan A
    480 gm tepung roti
    120 gm tepung gandum
    110 gula halus
    10 gm garam
    20 gm tepung susu
    4 sudu Yis segera

    Bahan B
    1 biji telur
    300 gm air sejuk

    Bahan C
    60 gm butter

    Bahan D
    Sayur campuran
    Daun ketumbar ~ di hiris halus
    Mayonis
    Sos Cili


    1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
    Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
    Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4

    2. Kaedah 2, Jika uli tangan, (Boleh rujuk cara membuat roti di SINI ) masukkan semua bahan A di dalam bekas adunan  dan sebatikan. Tambahkan bahan B dan uli hingga tidak melekat pada tangan, campurkan bahan C dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal. Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

    3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

    4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 70 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis.
    Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
    Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 10 minit.


    Selepas 10 minit, canaikan doh hingga rata
    Letakkan sosej di bahagian tengah doh yang telah di canai.
    Lipatkan doh menjadi separuh dan biarkan 1/3 lebihan dari tepinya
    Potong doh kepada 8 bahagian kecil. Potong hanya bahagian sosej sahaja, dan biarkan bahagian 1/3 tidak di potong. Doh akak membentuk seperti sikat.


    Putarkan bahagian pertama ke sebelah kiri dan bahagian ke dua ke sebelah kanan
    Teruskan hingga bahagian akhir.
    Susunkan doh yang telah siap ke dalam loyang pembakar yang telah di taburkan dengan sedikit tepung, atau di sapukan sedikit butter.
    Tutup doh dengan tuala bersih dan perap selama 45 minit.
    Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.





    Selepas 45 minit, sapukan atasnya dengan egg wash ( campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar )
    Taburkan campuran sayur-sayuran ( ita hanya letak potongan karot dan daun ketumbar yang di hiris )
    Paipkan atasnya dengan mayonis dan sos cili
    Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga bun kuning keemasan
    Setelah bakar, paipkan sekali lagi atasnya dengan mayonis dan sos cili supaya kelihatan lebih menyelerakan




    Bunga Carnation

    $
    0
    0

    Assalamualaikum..
    Apa khabar rakan-rakan ita petang-petang minggu ni.. Doa ita agar semuanya sihat..
    Alhamdulillah kesihatan ita semakin baik.. walaupun tidak sepenuhnya namun ita bersyukur kerana ianya lebih baik dari har-hari semalam..

    Ita tak boleh lama-lama depan pc ni.. pening kepala nanti.. kita terus sahaja pada topik yang ita nak kongsikan hari ini. Jika sebelum ini ita pernah kongsikan bagaimana kaedah nak membuat bunga ros yang kembang dan yang kuncup di SINI. Alhamdulillah ramai yang ita lihat dah boleh pun buat bunga ros yang kembang dan kuncup dengan cantik! ada yang sampai buat kelas lagi.. Alhamdulillah rezeki masing-masing.. cuma nasihat ita kalau buat kelas tu jangan lah caj mahal-mahal sangat.. sebab kaedah membuat bunga dengan buttercream ni tak lah sukar mana sangat kan.. bahan pun taklah mahal sangat.. kesian kat kawan-kawan yang baru mula-mula nak berjinak belajar membuat kek..





    Bagi adik-adik akak yang tak dapat pergi kelas atas faktor tak cukup masa atau mungkin yuran yang mahal.. tak pe.. mana yang akak boleh ajar akak ajarkan.. ya tapi kena praktis selalu supaya dapat hasil yang cantik!

    Hari ini ita kongsikan pula cara membuat bunga carnation pula. Mudah aje cara membuatnya.. dan ita rasa kalau ita tunjuk aje pasti semua akan kata.. senangnya.... ^_^

    Untuk resepi buttercream bunga ita pernah kongsikan di SINI
    Sekarang kita hanya perlukan nozel untuk membuat bunga carnation.


    Nozel yang ita gunakan ialah nozel dengan tip no 116 kalau dalam gambar tu nozel yang bawah. Nozel dengan tip no 352 tu pula untuk daun

    Bancuh warna yang anda suka untuk pilihan warna bunga.
    Masukkan sedikit dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil. Ini adalah untuk membuat kon bunga  atau kudup bunga.
    Ambil satu lagi piping bag, masukkan nozel no 116 pula.
    Selain nozel anda juga perlukan nail atau paku untuk membuat bunga ni
    Anda juga perlukan gunting dan juga lidi satay

    Sebelum anda buat bunga ni, pastikan kek dah pun siap di lempa dengan buttercream. Sebab kita akan letakkan bunga yang kita dah siapkan terus atas kek.
    Ok ! semua dah ready, jom kita mulakan


    Ambil piping bag yang kita dah gunting hujungnya untuk membuat kon bunga dan paipkan atas nail membentuk kon, tak perlu kon yang terlalu tinggi macam nak buat bunga ros tu ya.. tak payah tinggi sangat konnya.
    Kemudian dengan menggunakan piping bag dengan nozel 116 paipkan membentuk kelopak bunga carnation. Anda boleh buat ke kiri dan ke kanan
    Penuhkan sampai nampak bentuk bunga carnation yang kembang
    Dah pun siap sekuntum bunga carnation.. mudah aje kan...


    Sekarang kita nak letakkan atas kek pula.
    Sediakan kek yang telah di hias.
    Dengan menggunakan gunting. sepit dan tarik bunga carnation keluar
    Letakkan atas kek
    Songketkan sedikit dan tolak bunga keluar dengan lidi satay


    Penuhkan kek dengan bunga. Anda boleh buat bunga itu bertindih-tindih supaya ia nampak hidup.
    Buat sampai anda puas hati dengan kuntuman bunga yang anda inginkan.
    Sekarang dengan warna hijau untuk daun dan tip nozel no 352 anda buatkan pula kelopak-kelopak daun di celah-celah bunga
    Bahagian yang nampak kosong anda boleh tambahkan bunga-bunga kecil atau biji-biji bunga.
    Dah pun siap!
    Untuk menampakkan kek tampil eksklusif, anda boleh letakkan ribon atau manik mutiara sebagai hiasan.


    Macam mana?
    Senang aje kan... Selamat mencuba ! ^_^





    Kek Upin Ipin dan rakan-rakan

    Sambal tok tok benar-benar membuka selera..

    $
    0
    0

    Dah berapa hari ini selera ita semakin berkurang. Mungkin sebab tekak ni tak berapa sedap.. Hilang rasanya nikmat makan sekejap.. Makan apa pun rasa macam tak ngam aje dengan tekak ni.

    Di sebabkan hari ini hari persekolahan di Johor. Sebagai ibu walaupun kurang sihat, ita kena juga sediakan makanan dekat anak ita. Dalili bersekolah sebelah petang tahun ini. Sebelum dia melangkah ke sekolah, ita kena pastikan Dalili dah mengambil makanan yang cukup supaya tidak tergangu pembelajarannya di sekolah. Bersekolah di sebelah petang adalah pengalaman pertama pada Dalili. Setiap kali balik dari sekolah, dia akan mengadu pening kepala. Mungkin cuaca yang terlampau panas sejak kebelakangan ini. Kerana itu ita kena pastikan dia makan dahulu sebelum ke sekolah, takut pula jika perut kosong masuk angin pula.. itu yang membuatkan dia berasa pening kepala.

    Menurut Dalili lagi, dia selalu tak sempat nak makan di kantin pada waktru rehat. Masa rehat yang terlalu pendek dan harus pula berkejar ke surau untuk menunaikan solat, membuatkan dia selalu tak makan pada waktu rehat. Kesian Dalili, di suruh bawa bekal tak mahu pula. Berat bag katanya..

    Hari ini ita masak yang ringkas sahaja untuk Dalili. Ita gorengkan ikan merah, daging ita masak kari dan ita juga buatkan sambal tok-tok yang power ni..


    Inilah yang ita hendak kongsikan... sambal tok-tok. Sedapnya lah haiii... sambal tok-tok ni. Memang betul-betul membuka selera ita hari ini. Bertambah-tambah juga ita makan. Kalau sebelum-sebelum ni nasi boleh kata dua tiga suap pun tak lalu.. tapi bila kena dengan sambal tok-tok dan kuah kari.. di tambah pula ikan merah di goreng rangup.. ya Allah.. sedapnya... memang makan tak toleh kiri kanan..

    Sambal tok-tok atau ada yang memanggilnya sambal totok di katakan popular di kalangan masyarakat Jawa. Sambal ini di katakan juga sebagai pembuka selera. Cara membuatnya cukup mudah, dan rasanya memang sangat sedap.. rasa rangup ikan bilis dan pedas sambal memang benar-benar menggit.. memang harus ita sediakan sambal ini selalu.. Jom cuba!



    SAMBAL TOKTOK atau TOTOK
    Resepi Oleh : Shelle
    Rujukan : Mesra. Net

    Segenggam ikan bilis
    10-15 tangkai cili padi
    3 biji cili merah ~ ita tambah
    3 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 inci belacan bakar
    Minyak utk menggoreng
    Garam dan gula secukup rasa
    Jus limau kasturisecukupnya

    Mula-mula kita goreng dahulu ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
    Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga layur
    Angkat dan ketepikan
    Belacan di bakar kalau nak goreng sekali pun boleh

    Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan
    Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
    Perasakan sekali dengan garam dan gula
    Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi
    Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata.
    Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis.


    Kenapa saya kerap sakit sekarang..

    $
    0
    0

    Aku tanya apa khabar?..
    Pasti semuanya sihat-sihat belaka..
    Ita, macam ni lah.. kesihatan tak berapa baik sekarang.. tapi macam mana pun tugas mesti berjalan seperti biasa.. cuma agak perlahan sikit lah.. Tak boleh ligat macam selalu.. Tapi Alhamdulillah.. masih sihat.

    Ramai juga yang bertanya khabar.. Ada yang tanya kenapa asyik tak sihat aje kan ita ni sekarang.. Nak buat macam mana Allah nak uji kita.. terima dengan redoh dan sabar..

    Semalam ita pergi klink lagi. Ubat yang doktor bagi hari tu dah habis. Tapi ita masih rasa tak berapa segar badan ni.. Lepas tu ita kena pula sakit pinggang. Susah nak bangun duduk. Ada macam satu urat yang tegang yang menjalar dari tengkuk ke betis sampailah ke hujung kaki. Ita juga dah tak boleh sembahyang berdiri.. ita sembahyang duduk aje.. sebab susah nak bangun duduk dan ita tak boleh nak rukuk sebab pinggang ita sakit sangat...


    Beberapa hari yang lalu bila ita tidur malam kaki ita kerap di serang simpul biawak. Biasanya ita kena serang simpul biawak ni ketika ita mengandung. Tapi sejak dua menjak ni dia kerap benar menyerang ita ketika ita tidur. Kadang terjerit-jerit ita tengah malam bila kena simpul biawak ni. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu..

    Nak kata sejuk, ita tidur sekarang memang tak bukak aircond, tapi masih lagi di serang simpul biawak. Mungkin ini adalah akibat ita kekurangan darah merah, ita pun tak berapa pasti.
    Ita ni mengalami kurang darah bukanlah baru. Seingat ita ita kena tekanan darahh rendah atau kurang darah merah ni selepas ita melahirkan anak yang pertama. Lepas bersalin anak sulung ita memang kerap pitam. Pernah ita jatuh pitam sampai tempat sidai telekung ita patah dua, bila ita terjatuh ke atasnya. Mujur lah tak apa-apa masa tu..

    Belum sihat betul ita dah mengandung anak yang ke dua pula. Lebih memburukkan lagi keadaan. Selalu lah ita kena marah dengan doktor sebab ita kurang darah. Tapi ita pun tak tahu nak buat macam mana.. Bila mengandung ita biasalah morning sickness, tak boleh makan apa.. semua habis di keluarkan.. sampai lembik badan di buatnya..

    Lepas bersalin anak yang ke dua.. doktor pesan supaya ita tak mengandung lagi hingga tekanan darah ita betul-betul ok! Lama jugaklah kan 6 tahun ita tak mengandung. Bila ita nak hamil lagi, doktor bagi ita ubat supaya subur dan tambah darah. Habis sebotol ubat tu barulah ita mengandungkan Dalili.

    Lepas, bersalin Dalili ita memang kerap sakit. Selalu nak pitam, gelap mata dan kadang bila ita bawa kereta tengahhari nak ambil anak sekolah, mata macam berpinar-pinar.. macam ada cahaya dalam mata ni yang buatkan ita sukar nak memandu waktu itu, kerana ia menganggu penglihatan. Bila ita rujuk pada doktor, mulah doktor scan kepala takut-takut kalau ada apa-apa ke kan kat kepala ita ke.. sebab ita kerap pening kepala, migrane dan kerap pitam. Tapi memang tak ada apa-apa pulak. Doktor cadangkan ita dapatkan rawatan perubatan tradisional atau rawatan secara Islam.

    Ita ni dulu memanglah tak percaya sangat dengan perubatan tradisional atau kaedah rawatan Islam. Sebab ita tak nampak kaedah rawatan yang mujarab dan berkesan.. lagi pula ita bimbang jika tersasar.. Akhirnya ita buat rawatan akupuntur, namun rawatan akupuntur juga tidak berapa berkesan.. namun masih lagi ada kesan-kesan yang baik.

    Tahu tak.. yang menghairan kan ita.. sewaktu ita menunaikan umrah, ita tak pula kena sakit kepala atau pitam waktu di sana, walaupun cuaca di sana pada waktu itu sangat panas. Ita rasa segar sangat di sana.. cuma masa tu ita batuk aje lahkan.. tapi batuk ita tu memang ita dah bawa dari Malaysia lagi..

    Emm.. selain ita kerap sakit kepala, ita juga kerap sangat batuk.. Batuk ni memang macam payah nak baik.. rasanya macam batuk sepanjang tahun.. Sampai suatu masa , ketika ita berada di depan Kaabah, ketika nak solat.. mungkin melihatkan ita yang asyik batuk aje kan.. adalah seorang wanita Arap tegur ita dan dia berikan ita ubat.. dia suruh ita makan ubat tu.. dia ambilkan ita air zam-zam dan suruh ita minum.. Lepas tu memang kurang sikit batuk ita.. tapi hari terakhir sebelum pulang, ita kena demam dan batuk semula hinggalah ita balik Malaysia.

    Sebenarnya masa di sana ita juga adalah mohon pada Allah supaya berikan ita kesihatan yang baik.. dan ita minta tunjukkan apalah permasalahan yang ita hadapi. Bila balik Malaysia.. ita mula lah dapatkan rawatan Islam. Ita ada jumpa beberapa ustaz untuk mendapatkan rawatan.. ada yang ok tapi ada juga yang macam mencurigakan. Tapi rata-rata jawapan permasalah adalah sama.. Ramai ustaz yang kata ita kena sihir.. Batuk yang ita kena ni pula katanya adalah santau angin..

    Kata orang mimpi adalah mainan tidur.. Tapi kadang-kadang mimpi kita buatkan kita kerapa berfikir.. macam ada yang tersurat dan tersirat dalam setiap mimpi yang ita alami. Dulu ita memang tak ambil endah pasal mimpi..  Kerap ita bermimpi bermain dengan kanak-kanak kecil. Kadang ita mimpi menyusukan baby.. Mula ita rasa sebab ita ni teringin sangat nak baby lagi.. tu yang terbawa hingga ke dalam mimpi.. Tapi bila mimpi tu macam berulang-ulang dan boleh di katakan setiap malam ita rasa macam pelik pulak..

    Selain mimpi bermain dengan budak kecik dan kerap menyusukan baby, ita pernah mimpi ular. Ada suatu ketika ita mimpi ita terpaksa berhadapan dengan 7 ekor ular. Ita memanglah sangat geli dengan ular.. tengok gambar ular pun ita dah lari.. inikan pula bila mimpi yang ita terpaksa berhadapan dengan 7 ekor ular. Dalam mimpi ita itu, ita dapat bantuan dari seorang tua, lelaki berserban putih dan berjubah putih, lelaki itu yang tolong ita tangkap ular-ular tersebut dan masukkan ke dalam guni. Cuma satu ekor ular yang besar dan agak ganas dia tak dapat tangkap.. dan ita terjaga dari tidur..

    Selain mimpi binatang yang berbisa, ita juga kerap mimpi ita berada di tanah perkuburan.. ita berada dalam bilik air yang sangat kotor dengan najis.. Pernah mimpi di kejar oleh lembaga hitam hingga ita terjerit-jerit dalam tidur.. sampai suami ita kejutkan ita bila lihat ita tercungap-cungap ketika tidur.

    Sebenarnya ita pernah juga mengalami masalah tidak boleh tidur malam. Pernah sampai 3 bulan ita tak boleh tidur malam. Sampai doktor bagi ita ubat tidur yang paling kuat pun ita tak boleh lena.. Kalau ita terlelap pun sekitar pukul 4 pagi.. dan lena ita pula penuh dengan mimpi-mimpi yang meletihkan..

    Bila ita tidur pula ita kerap tersentap atau terkejut.. Terkejutnya ita terasa seakan ita terjatuh.. ita pun tak tahu kenapa kerap sangat.. ianya berlaku bila ita hampir nak terlelap.. lepas tu memang tak boleh lelap terus sampai pagi..

    Memang banyak sangat perkara-perkara yang pelik-pelik berlaku..
    Percaya atau tidak.. ita pernah lumpuh satu badan.. Pada suatu pagi tu bila ita terjaga nak bangun solat subuh.. tiba-tiba.. tubuh ita tak boleh bergerak dari leher hingga ke kaki.. Ita hanya mampu menangis menahan sakit.. pada masa itu ita terasa macam ita dah kena paralyzed. ya Allah memang ita rasa dunia ita dah gelap waktu itu.. dan ita rasa kehidupamn ita sudah pun berakhir..

    Suami ita menangis melihat keadaan ita..
    Dia cuba hubungi rakannya dan rakannya cadangkan supaya suami ita pergi ke rumah yang usang atau rumah yang dah lama di tinggalkan.. Pergi pada waktu malam hari.. Dia suruh suami ita cabut beberapa paku dalam rumah tersebut sambil membaca beberapa potong ayat Al Quran..
    Malam itu suami ita pergi lah ke rumah lama yang dah bertahun di tinggalkan.. kalau lalu siang hari tengok rumah itu pun menyeramkan.. inikan pula bila kena pergi tengah malam.. Namun kerana kasihan melihatkan ita.. Suami ita buat juga..

    Percaya atau tidak.. keesokkan harinya ita boleh bagun dengan sihat tanpa rasa sakit.. dan seolah ita pun tak perasan yang ita tak boleh bangun semalam.. hingga suami ita tegur.. eh! dah boleh bangun.. Ita rasa macam ita berada dalam mimpi aje waktu itu.. namun ita rasa syukur sangat bila ita sihat..


    Tahu tak rumah ita pernah menjadi tempat lebah buat sarang. Jika ada yang perasan ita pernah kongsikan gambarnya pada tahun 2010 di FB. Biasa lebah buat sarang pada pokok yang tinggi, yang peliknya dia boleh buat sarang di pokok rumah ita yang rendah dan di kawasan kereta lalu lalang.. macam pelik aje kan..

    Cuba anda lihat gambar lebah yang ita ambil dekat sikit..


    Ini kedudukan lebah yang ita ambil gambarnya dari rumah ita.
    Bila di terbalikkan gambar ini anda dapat lihat apa????.....


    Nampak macam lembaga kan....?
    Dan lembaga ini yang kerap ita nampak kelibatnya baik dalam mimpi mahupun alam realiti..
    Nanti ita sambung lagi ya.. sebab ita dah terasa macam ada yang perhatikan ita sekarang....



    Bila Dalili jatuh...

    $
    0
    0

    Maaf sebab semalam ita berhenti bercerita kerana mula rasa kurang selesa. Biasalah kan bila kita berada dalam situasi begini kita boleh rasa.. Bagi mereka yang tak pernah kena mereka tak rasa.. dan itu juga adalah satu anugerah dari Allah.. kenapa Allah pilih kita untuk mengalami peristiwa begini.

    Ita hanya mengigatkan setiap apa yang ita ceritakan ini adalah perjalanan yang ita lalui.. mungkin ianya boleh menjadi panduan pada rakan-rakan yang lain.. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran yang baik.. Jika kita fikirkan ianya ke arah positif.. maka positif lah jadinya dan jika kita fikir nagatif maka nagatif jugalah yang kita terima. Setiap yang baik jadikan ianya sebagai panduan dan yang buruk jadikan ianya sebagai pengajaran. Sesungguhnya kita hambanya yang lemah.. kita perlu bersyukur di atas setiap ujian Allah.. bukan ianya  membebankan tetapi ada rahmat di sebalik apa yang telah di tentukan.. Bukankah kita senantisa dah di ingatkan senantiasa bersangka baik padaNya.. kerana dia yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

    Dahulu.. ita juga memang tak percaya.. kadang ita rasa pelik bila orang pergi berubat.. pergi rawatan alternatif atau berubat dengan bomoh. Bapa ita terlalu kuat berpegang pada agama. Jadi bapa ita memang pantang kalau kita dapatkan rawatan alternatif.. bapa ita ni bukan sahaja rawatan alternatif dia tak percaya.. rawatan hospital pun dia tak yakin padanya kita harus yakin dengan Allah , walaupun dahulu dia berkerja di hospital. Kerana itu ita juga tak berapa ambil endah tentang rawatan tradisional atau alteratif. Mungkin kerana itu Allah bagi ujian ini pada ita dan keluarga..

    Jika sebelum ini jika sakit ita pergi klinik dan dapatkan rawatan dari hospital. Berulang alik ke hospital dan klinik setiap kali ita sakit. Hingga doktor nasihatkan ita cuba rawatan Islam atau perubatan tradisional. Ita pernah cuba rawatan berbekam, ita juga pernah cuba akupuntur dan pernah juga buat rawatan fisioterapi. Boleh kata semua rawatan ita dah cuba. Setahun lebih ita berubat dengan rawatan Islam, berulang alik setiap minggu hingga ita rasa dah penat untuk berubat. Ita percaya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Janji kita yakin yang menyembuhkan kita hanyalah Allah..

    Bila ita mengalami peristiwa ini.. barulah ita sedar bahawa setiap sakit itu ada penawarnya.. Bukan sahaja rawatan sains tapi juga rawatan rohaniah.

    Rumahku.. syurgaku..
    Ita cukup menyanyangi keluarga ita.. pada ita ia adalah surga ita dan harta yang tiada nilainya. Ia juga amanah yang perlu di jaga dengan sebaik-baiknya.
    Bagaimana jika kurang selesa berada di rumah sendiri...

    Ita tak tahu rumah ita ada ganguan hingga lah pada suatu hari rakan suami tumpang bermalam di rumah. Dia agak alim dan sering bangun malam untuk solat. Sewaktu tinggal di rumah ita, di jatuh di bilik air.. kasihan.. kakinya bengkak dan terpaksa di papah ke klinik. Kami juga membawanya untuk dapatkan rawatan di Engku Mohsin sebuah pusat rawatan yang terkenal di Johor. Ramai yang ada masalah urat saraf atau patah tulang ke sana untuk dapatkan rawatan. Ita juga sering ke sana jika ita sakit sendi.

    Kesian melihatkan keadaannya.. terpaksa bertongkat dan ita rasa macam bersalah pula.. licin ke bilik air ita tu? fikir ita berkali-kali dan ita juga minta maaf banyak-banyak pada beliau kerana ita rasa sangat bersalah atas apa yang berlaku. Mungkin terpanggil untuk berkata sesuatu.. akhirnya beliau berterus terang.. minta supaya ita dan suami cari seseorang yang boleh pulihkan rumah ita.. Ita mulanya termangu.. tak dapat tangkap apa yang beliau maksudkan..

    Suatu hari sepupu suami ita datang bermalam di rumah. Pagi tu sewaktu ita bangun untuk solat ita lihat lampu di biliknya terang benderang. Ita ingat beliau dah bangun juga untuk solat subuh. Lepas siapkan sarapan beliau pun bercerita peristiwa yang beliau alami pada malam itu. Katanya sewaktu dia baru nak terlelap.. dia terperasan macam pintu biliknya di buka.. seingatnya pintu itu telah di kunci.. Tiba-tiba katanya Dalili masuk ke dalam bilik.. Dalili mengigatkan dia supaya jangan pandang belakang.. lantas Dalili terus keluar.. Dia merasa sangat pelik.. dengan situasi itu dan terus pandang belakang.. Tiba-tiba katanya dia nampak satu lembaga yang sangat besar.. dia kata sangat terkejut dan terus tersadar.. terus katanya tak boleh tidur.. Dia terpaksa buka semua lampu kerana takut.. Hari itu juga dia minta izin untuk pulang.. Ita dan suami terkebil-kebil antara percaya atau tidak..

    Sebenarnya, suami ita dan anak ita Amirul sering kali di tindih ketika tidur. Pada mulanya kami ingatkan perkara ini biasa saja.. mungkin sebab kita terlalu penat pada siang hari ianya akan menganggu bila kita tidur pada malam hari.

    Sebenarnya macam-macam lagi peristiwa yang pelik berlaku di rumah. Apa yang paling ita pelik, rumah ita ni 2 tingkat. Silingnya adalah batu kerana atas ada lantai. Suatu hari sewaktu rakan ita datang rumah dan sewaktu kami sedang bersembang tiba-tiba terdengar bunyi cakaran pada siling. Ita dan suami berpandangan.. kami rasa pelik sebab atasnya adalah lantai.. macam mana pula ada benda atau mkhluk lain yang boleh masuk.. Mula ita ingat ita seorang aje yang dengar.. rupanya kawan ita pun dengar bunyi yang sama..



    Kemarin Dalili jatuh tangga. Selama 6 tahun turun naik tangga, tak pernah jatuh.. kenapa boleh jatuh. Ita macam biasa mula lah membebel.. kenapa jalan tak tengok.. kenapa tak hati-hati... Kemudian dalili berbisik pada telinga ita.. kita rasa macam ada orang tolak kita... aduyaiiii....










    Ke Kampung Engku Mohsin lah kita....

    $
    0
    0

    Ita baru sahaja balik dari mendapatkan rawatan di Pakar Urut Saraf dan Tulang di Kampung Engku Mohsin. Boleh di katakan di sini adalah rumah ke 2 ita selain klinik, hospital, pusat rawatan tradisional, mahupun rumah ustaz-ustaz yang telah ita pergi.

    Pakar urut saraf dan tulang di kampung Engku Mohsin ni memang popular dan terkenal di kalangan penduduk Johor Bahru. Sesiapa yang kalau patah tulang ke.. salah urat ke.. semua akan ke mari untuk dapatkan rawatan. Berubat di sini tiada ubat ya.. dia hanya betulkan urat atau tulang-tulang yang patah.

    Biasa ita pergi sebelah pagi.. tapi sebab Dalili sekolah petang, sekarang ita pergi pada sebelah petang lah pula.
    Kalau nak berubat di sini, kena datang awal-awal pagi sebab kat sini kena ambil nombor. Kalau tak dapat nombor kena datang pada sebelah petang pula. Ramai orang yang datang berubat kat sini, tak kiralah bangsa Melayu, Cina, India, dan juga warga asing yang semuanya dengan tujuan yang sama untuk dapatkan rawatan.


    Masa ita sampai orang pun dah ramai.. mujur tak lama menunggu kali ni..
    Pusat rawatan ni sempoi aje.. dia buat rawatan bawah rumah aje.. biasa kalau kat Johor ni ita panggil bawah kolong. Yang merawat pula adalah berbangsa Cina. Dahulu bapanya yang membuat rawatan ni.. tapi kini bapanya dah jarang-jarang ada.. kalau ada pun dia hanya memerhati anak-anaknya sahaja yang telah mengambil alih tugasnya kini..

    Waktu rawatan nya macam yang terpampang pada gate rumahnya ni.. iaitu bermula dari hari Isnin hingga Sabtu, hari Ahad pula tutup. Masa rawatan pula dari pukul 8 pagi hingga 10. 30 pagi dan pada sebelah petang pula bermula dari pukul 3 petang hingga pukul 6 petang. Tapi jangan datang lambat nanti tak dapat nombor pula.. dah nak kena datang esok hari pulak.


    Untuk rawatan patah tangan dan kaki biasanya ia buat di luar sahaja.. di hadapan orang ramai.. tu yang masing-masing kecut perut di buatnya..
    Ada yang dah ambil nombor balik.. sebab kecut perut..
    Bagi yang sakit di tengkuk, pinggang, tulang belakang pula ada bilik rawatan yang di sediakan. Kira ok lah kan taklah segan di buatnya..


    Kalau kita tengok dia buat rawatan.. memang kecut perut bila di pulas-pulas tangan atau kaki yang patah tu.. sampai menangis-nangis mereka menahan sakit.. Tapi kalau nak baik kenalah tahan.. kuatkan juga semangat tu..

    Ita yang menunggu pun bedebar-debar naik sejuk kaki dan tangan walaupun ita dah selalu dapatkan rawatan di sini.
    Sebenarnya selagi ita boleh tahan sakit ita akan tahan.. tapi kalau dah tak tahan.. kena jugaklah ke sini dapatkan rawatan.. tapi memang kena bebel jugak lah sebab lewat datang..


    Sampai giliran ita.. adoiii... sebu perut rasanya.. Mula memang kena bebel dulu sebab datang lambat.. katanya kalau ita lambat lagi datang ita boleh kena Silip Disc aduyaiii...

    Ya Allah kali ini sakit betul dia urut.. habis di lipat-lipatnya tulang temulang ita ni.. rasa nak terkencing terberak di buatnya.. nak menjerit pun ada.. adoiiii... memang sakit sangat ya Allah....

    Ita harap sangatlah ita cepat sembuh.. tak tertahan rasanya menanggung sakit.. nak diri duduk payah.. nak baring pun sakit.. tak boleh nak golek kiri atau kanan semuanya sakit..
    Doakan ita segera sembuh ya..




    Kambing Masak Lada Hitam

    $
    0
    0

    Terdapatnya manfaat dari memakan daging kambing biri-biri, misalnya menambah kuantiti darah, memperkuatkan sistem pencernaan, menaikkan suhu badan iaitu ketika tubuh dalam keadaan dingin, menguatkan sistem tubuh badan khususnya pada para olahragawan dan memperkuatkan daya ingatan.

    Daging kambing biri-biri jantan (kulitnya yang berwarna hitam) mempunyai sifat daging yang lebih halus dan lazat. Mengikut kajian para Ilmuan Islam, bahagian sumsum tulang, daging rusuk kanan hadapan (berdekataan tulang rusuk/sangkar rusuk) kambing biri-biri mempunyai nilai kualiti daging yang lebih baik dan berkhasiat berbanding daging rusuk kirinya. Akan tetapi, daging punggung dan peha kaki kanan adalah lebih mengenyangkan dan lebih mudah dicerna oleh perut.

    Sabda Rasulullah SAW,;
    “Ambillah daging(kambing biri-biri itu) sebelah depan. Jauhilah daging kepala dan perut, kerana penyakit terletak disitu”.

    Ramai antara masyarakat kita seringkali di momokkan dengan keburukkan memakan daging kambinghingga ramai antara kita semakin menjauhkan diri daripada makanan sunnah kerana momokan-momokan mereka itu.

    Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. 



    Daging kambing adalah daging yang paling baik

    Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.

    Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
     
    Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.  

    Pengurai Kolestrol Tepu

    Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

    Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok . 


    Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

    Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

    Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

    Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.



    Mencantikkan Kulit

    Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit. 


    Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

    Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.


    Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

    Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

    Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

    Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.


    Sumber artikel : http://naslive.blogspot.com/2011/03/khasiat-dan-kelebihan-daging-kambing.html
     


    Macam mana? banyakkan kebaikan dan kelebihan memakan daging kambing. Tapi jangan salah faham, kebanyakkan daging kambing yang di cadangkan adalah dagin kambing biri-biri. 
    Hari ini ita masak kambing masak lada hitam, ita guna lamb shoulder untuk resepi ita kali ini. Sedap tau lamb shoulder, lembut aje dagingnya dan kurang lemak.


    KAMBING MASAK LADA HITAM

    500 gm daging kambing - Lamb Shoulder
    2 sudu besar lada hitam
    2 sudu besar kicap manis
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar madu
    2 inc halia di tumbuk

    Bahan kisar

    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih

    Bahan hiris

    1 labu bawang besar
    2 batang lada merah
    5 biji cili padi 

    Potong daging kambing kecil dan nipis, bersihkan
    Perapkan daging dengan lada hitam, kicap manis, sos tiram , madu dan halia selama 1/2 jam

    Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar
    Masukkan daging yang telah di perap tadi man masak hingga daging empuk
    Tambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu kering
    Masukkan bahan hiris dan perasakan dengan garam secukup rasa
    Kacau rata
    Sedia di nikmati
     




    Coklat Oh Coklat

    $
    0
    0

    Anda mencari sesuatu yang menarik sebagai buah tangan untuk mereka yang anda sayangi.. atau untuk hiasan di atas dulang hantaran..

    Hari ini ita nak berkongsi satu ilham buat anda yang masih mencari-cari sesuatu yang menarik untuk merialisasikan impian anda. Biasa kita hanya bagi bunga untuk insan tersayang.. apa kata kali ni kita bagi coklat pula..
    Sebenarnya macam-macam boleh di ilhamkan dari coklat tau! coklat kini boleh di gubah untuk menjadi satu jambangan bunga yang cantik! bukan sahaja cantik.. coklat juga enak untuk di nikmati bersama mereka yang kita sayangi..

    Bagi anda yang masih mencari-cari apakah gubahan hantaran yang anda perlu letakkan di atas dulang hantaran cuba lihat ini..




    Cantikkan....
    Kalau kita jadikan ianya sebagai gubahan hantaran..
    Nak buat gift untuk bos pun boleh.. nak bagi kat mereka yang kita sayang pun boleh.. yang penting rasa coklat yang enak di nikmati 100% halal hasil kreativiti orang Melayu kita


    Semuanya adalah atas pilihan anda. Jika anda nak tukar pada coklat yang anda suka pun boleh..
    Warna pilihan dan design juga adalah atas pilihan anda semuanya custom made. Anda suka kita buatkan...


    Bagi yang berminat, kami juga menyediakan khidmat penghantaran untuk semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak.
    Penghantaran melalu pos hanya untuk produk berasaskan coklat seperti hantaran, coklat basikal dan coklat bouquet.
    Kami juga membuat penghantaran istimewa terus kepada penerima dengan kadar caj yang cukup minima sekitar bandar Melaka, Jasin dan Tangkak


    Kami juga menerima tempahan cupcake, lolichoc, cheesetart dan kek hari lahir.


    Berminat anda boleh hubungi : 
    Whatsapp numb : 012 ~ 2642304 Fazleena.





    Penang Curry Mee yang sedap ! yang lazat !

    $
    0
    0

    Assalamualaikum..
    Apa khabar semua rakan-rakan yang ita sayangi.. Doa ita agar semuanya dalam keadaan sihat dan di dalam lindungan Allah SWT

    Minggu ni pasti ramai yang bercuti panjang, maklumlah banyak perayaan. Bila cuti hujung minggu bersambung pula dengan cuti am, anak-anak pastilah pulang ke rumah. Pasti riuh rumah dengan gelak tawa anak-anak. Macam-macam cerita, pengalaman yang ingin di kongsikan dengan keluarga.. dan banyak juga nasihat yang emak dan ayah berikan untuk bekalan bila mereka pulang nanti.

    Para ibu pula pasti sibuk menyediakan menu istimewa untuk anak-anak yang pulang bercuti. Ita juga tidak ketinggalan untuk mencari resepi yang istimewa untuk anak-anak ita.

    Resepi ini ita dah terpandang lama seawal Paty kongsikan di blognya.  
    Sedapnya lah haiii.... bisik hati seraya menelan air liur.. mesti anak-anak ita suka. 
    Ita mula memasang angan-angan untuk menyediakannya bila anak-anak pulang bercuti nanti.
    Kami sekeluarga memang cukup mengemari mee yang berkuah, nak..nak anak ita yang sulung Amirul.. suka benar dia kalau maknya masakkan mee yang berkuah. Pasti berulang-ulang anak-anak menikmatinya. 

    Ita pula memang suka masak kalau anak-anak pun suka makan.. walaupun tak sihat bila melihat anak-anak menikmati hidangan air tangan emaknya ni.. hilang rasa sakit dan penat..  
    Resepi ini ita ada olah sana sikit sini sikit mengikut citarasa kami sekeluarga.. tapi jangan bimbang ianya masih lagi mengekallkan originaliti resepi asal.


    Penang Curry Mee atau ada yang mengelarnya Hokkien Mee  memang cukup popular dan terkenal di Malaysia dan Singapura. Mee berkuah ini di katakan berasal dari Fuji Cina dan di bawa serta di perkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Cina. Curry Mee ini biasanya di nikmati bersama mee telur (mee kuning) atau mee beras ( mee hoon ). Yang istimewanya mee ini di nikmati bersama sambal ( chili oil ) yang menambahkan lagi keasyikkan mee ini. Selain itu ia juga di sediakan bersama ramuan tersendiri dan tambahan udang, kerang, ayam, daging, taugeh, kacang panjang yang di celur dan hirisan limau bagi yang sukakan kuah yang sedikit masam.

    Apa yang membezakan Hokkien Mee Penang dan Singapura adalah, Penang curry mee di masak berkuah manakala di Singapura ianya di goreng. 


    Jika anda ke Penang jangan lupa untuk menikmati semangkuk Penang Curry Mee. Tapi tu lah kan.. masalahnya agak sukar menikmati Penang Curry Mee yang di sediakan oleh orang Islam. Kebanyakkannya di sediakan oleh orang Cina dan sebagai orang Islam anda kena berhati-hati dan mencari makanan yang halal dan toyibah, untuk keluarga. Tapi ita rasa sebaiknya anda sediakan sendiri.. 

    Membuatnya tak sukar mana, walaupun bahannya adalah banyak sikit.. tapi apa yang penting anda memasak dengan penuh rasa kasih dan sayang beserta doa-doa yang kudus.. Yang paling utama ianya bersih dan halal. 

    Jom lah masak sendiri.. puas hati.. kenyang anak-anak makan tau!
    Resepi dah tersedia.. apa tunggu lagi...

     

    PENANG CURRY MEE
    Resepi oleh : Fatimah
    Rujukkan : Paty's Kitchen

    Untuk memudahkan dan melancarkan kita menyediakan Penang Curry Mee ni, kita sediakan dahulu stock ayam. Stock ayam ini akan kita gunakan untuk menyediakan kuah curry mee kita nanti.
    Rebuskan juga kerang , air rebusan kerang jangan di buang. Masukkan sekali airnya dalam kuah kita nanti.


    STOCK AYAM

    2 keping dada ayam
    2 kiub ayam
    garam secukup rasa

    Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
    Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
    Air rebusan ( stock ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.

    Sementara kita menunggu stock ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti



    CHILI OIL / SAMBAL

    15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
    3 tangkai cili merah ~ kisar halus
    2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
    3 ulas bawang putih ~ kisar halus
    1 inc belacan ~ di kisar halus 
    minyak untuk menumis
    garam dan gula secukup rasa


    Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus
    Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
    Perasakan dengan garam dan gula
    Bila dah masak, angkat dan ketepikan

    Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan untuk kuah mee


    KUAH MEE

    2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
    air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
    3 sudu besar rempah kari daging Babas
    2 batang serai ~ di titik
    1 ketul gula batu atau gula Melaka
    minyak untuk menumis
    3 tangkai daun kari
    2 cawan santan
    2 keping asam keping
    garam dan gula secukup rasa

     

    Bahan Kisar
    1 sudu besar ketumbar
    3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
    5 ulas bawang putih
    7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar


    Bahan Lain

    10 ketul tauhu pong
    2 keping fish cake
    10 biji fish ball
    kerang ~ di rebus
    taugeh
    Kacang panjang celur
    mee kuning
    mee hoon

    Panaskan minyak dalam periuk
    Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
    Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
    Masak hingga garing
    Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang,  dan biarkan ia merenih
    Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
    Biarkan kuah mendidih
    Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
    Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
    Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna


    Kelainan Penang Curry Mee kerana ia di makan bersama dua jenis mee yang berbeza iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar

    Cara menghidangnya pula, letakkan sedikit mee kuning dan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk
    Tuangkan kuah curry mee kita tadi
    Hiaskan dengan hirisan daging ayam, kerang rebus, taugeh dan kacang panjang yang di celur
    jangan lupa di makan bersama sambal cili kita yang power!


    Memang sedap Penang Curry Mee ni.. Tak payah pergi Penang untuk pekena semangkuk curry mee. Anda boleh sediakan sendiri di rumah. Enak di makan bersama seisi keluarga, terjamin dari segi kebersihan dan yang penting hasil air tangan yang memasak dari hati yang tulus ikhlas untuk mereka yang tersayang... di jamin bersih, halal dan toyibah itu yang paling di utamakan..

    Apa tunggu lagi.. jom lah pekena semangkuk...






    Asam Pedas Untuk Dia...

    $
    0
    0

    Asam Pedas Untuk Dia satu lagi drama adaptasi daripada novel bertajuk 'Asam Pedas Untuk Dia' karya Nureen Mirza. Drama arahan Feroz Kader ini mengadingkan dua pasangan baru iaitu Syukri Yahya dan Dayana Roza sebagai pelakon utama. Drama Asam Pedas Untuk Dia disiarkan mulai 10 Januari 2015,  setiap hari  Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam di slot baharu TV3 iaitu slot Dahlia.

    Air tangan ku mengalir bersama sejuta rasa cinta... 


    Novel karya Nureen Mirza terbitan Alaf 21 ini mengisahkan Ainin seorang ibu tunggal yang kematian suami cekal menjalani kehidupan bersama anak dan ibunya. Bekerja sebagai pembantu rumah  dan dalam masa yang sama menjual nasi lemak dan kuih koci pulut hitam.
    Kesempitan hidup Ainin bersama bebanan hutang rumah sewanya menarik simpati anak majikannya Ziyad yang cukup mengemari asam pedas air tangan Ainin.
    Ziyad menawarkan untuk membayar hutang sewa rumah Ainin yang tertunggak, namun di tolak Ainin dengan alasan tidak mahu terhutang budi dengan majikannya. Sikap Ainin yang berdegil tidak mahu di bantu membuatkan Ziyad mengambil keputusan untuk menikahi Ainin tampa pengetahuan umi dan abahnya serta bakal tunangnya Shafinaz.

    Setelah berfikir panjang, Ainin menerima lamaran Ziyad, tetapi Ziyad meletakkan syarat, perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin juga tidak dibenarkan hamil.
    Perkahwinan selama 6 bulan dilalui penuh cabaran. Apabila terbit rasa rindu, kasih dan sayang  maka terhasilah benih kasih sayang mereka apabila Ainin di sahkan hamil. Luluh hati Ainim apabila mengetahui dia bakal di madukan apabila Ziyad akan mengahwini Shafinaz. Namun dia tidak boleh memungkiri perjanjian antara mereka berdua.

    Suatu hari Ainim pengsan di rumah majikannya, hingga rahsia kehamilan terbongkar.  Siapakah bapa kepada anak yang di kandungnya itu..?
    Aini yang selama ini di pandang tinggi di dalam keluarga majikannya mula menjadi mangsa cemuhan terutamanya dari adik Ziyad, Zarul yang juga menyimpan rasa cinta kepadanya.
    Kerana rasa simpati Ziyad kepada Ainim dan tidak mahu rahsianya terbongkar, Ziyad mengambil keputusan untuk menghantar Ainim dan keluarganya ke Tanjung Karang di banglo milik mereka. 
    Ainim yang rasa dirinya terhina pula.. mengikut Iqram sepupu arwah suaminya ke Kuala Kangsar bersama anak dan ibunya.

    Ziyad mencari Ainin bagaikan separuh gila.... Kerana rasa cintanya kepada Ainin dan rasa bersalahnya akhirnya Ziyad memutuskan untuk berterus terang kepada keluarganya tentang perkhawinannya bersama Ainin atas dasar rasa simpati hingga akhirnya tersemai rasa cinta yang mendalam kepada isterinya itu. Keluarga Ziyad menerima berita itu dengan tenang dan bersedia menerima Ainim sebagai sebahagian dari keluarga mereka kerana mereka juga sememangnya senang dengan keperibadian Ainin. Ziyad pula memutuskan pertunangannya dengan Shafinaz dan terus menjejaki Ainin.

    Kisah novel ini memang menyentuh hati dan sanubari... Kisah kecekalan seorang ibu tunggal menghadapi cabaran kehidupan setelah kehilangan tempat berpaut.. Rasa kecintaan dan simpati di mainkan dalam novel hasil nukilan Nureen Mirza memang terbaik..

    Membaca novel dengan menonton darama memang lain penghayatannya.. Bila baca novel kadang kala kita terbuai bersama watak-watak dalam novel tersebut hingga ada kala kita turut meletakkan diri didalam watak yang di mainkan.. pasti semakin terbuai-buai. dibuatnya.....

    Tak sabar nak tunggu episod seterusnya di slot Dahlia TV3. Setiap kali tonton drama Asam Pedas Untuk Dia.. setiap kali itu terliur dengan asam pedas yang di sediakan Ainin. Hari ini hilang rindu dengan asama pedas.. mujur boleh masak asam pedas sendiri.. hihi...



    ASAM PEDAS UNTUK DIA

    1ekor ikan merah ~ ita ambil bahagian kepala dan ekor untuk asam pedas kali ni
    10 batang bendi
    1 kuntum bunga kantan
    1 cekak daun kesum
    1 batang serai ~ dititik
    1 buku gula melaka
    garam secukup rasa
    minyak untuk menumis
    1/2 cawan air asam
    air secukupnya

    Bahan Kisar

    15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
    3 batang cili merah
    8 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 inc belacan

    Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak
    Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
    Masukkan daun kesum, gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa
    Kemudian masukkan ikan
    Biarkan ia merenih dan ikan empuk
    Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi
    Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan
     





    Kari Kambing Tanpa Santan

    $
    0
    0

    Assalamualaikum...
    Salam Jumaat kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana sahaja anda berada..

    Semalam ita masak lauk kambing lagi. Kali ini ita masak lauk kari kambing tanpa santan. Maklumlah bila umur dah masuk 4 series ni kenalah jaga kesihatan. Sekarang ni pun kesihatan tak berapa baik kan.. jadi kena jaga pemakanan supaya tidak menambah burukkan lagi masalah kesihatan yang di hadapi.

    Sebenarnya ita sangat beruntung.. bila mempunyai ramai kenalan... baik di FB mauhupun di blog. Terima kasih yang tak terhingga kerana ramai yang mengambil berat tentang kesihatan ita.. sering bertanya khabar.. walaupun kita sebenarnya hanya bersahabat di alam maya sahaja..


    Tapi seperti biasa.. ada yang suka dan ada yang membantah bila ita kongsikan kesihatan ita yang semakin merudum. Sebenarnya.. ada kebaikannya dan ada keburukkannya juga.. Sebelum ita mengetuk papan kekunci ita ni.. ita dah fikirkan baik, buruk dan tomahan yang bakal ita hadapi. Tapi tujuan ita hanya satu untuk mencari penawar dan berkongsi kepada semua.. sebab ada antara kita yang pernah lalui tapi mereka tak ambil pot.. bila dah parah baru tersedar.. macam ita ni..
    Setiap sakit itu pasti ada penawarnya.. tapi sebaiknya sediakan payung sebelum hujan dan lebih baik cegah sebelum parah..


    Semalam ita mendapat ilmu lagi.. Alhamdulillah.. kerana Allah seringkali mendengar doa ita. Terima kasih juga kepada kak Lina sahabat yang pada mulanya di FB , yang tak putus-putus membantu ita.. Kali ini Kak Lina kenalkan ita dengan Mak Cik Aisyah.
    'Mak Cik Aisyah pandai mengurut.. lagi pula beliau banyak ilmu tentang urat saraf.. ringan badan lepas urut.. tapi ita kena tahan sikit sebab sakitnya... terjerit-jerit akak bila di urut oleh Mak Cik Aisyah ' luah kak Lina di hujung talian

    Semalam Mak Cik Aisyah datang rumah ita untuk mengurut. Baik orangnya... lembut tutur bicaranya.. Mak Cik Aisyah banyak menurunkan ilmu pada ita Alhamdulillah.... masih terngian-ngiang lagi kata-kata Mak Cik Aisyah..
    'Kita hidup atas dunia untuk mengumpul saham akhirat.. hanya ilmu bekalan mak cik untuk bawa ke sana nanti.. jangan lokek dengan ilmu Allah..'

    Memang sedap Mak Cik Aisyah mengurut.. tapi memang sakit lah.. berkerut-kerut ita menahan sakit.. kata Mak Cik Aisyah.. tahan sikit.. nak baik kena sabar dan kena kuat tahan sakit..

    Sepanjang mengurut pelbagai nasihat yang mak cik Aisyah berikan..
    Jangan minum ais , jangan makan makanan sejuk... kerana urat saraf dan otot-otot ita dah membeku, sebab tu kaki ita sejuk.... masa mak cik Aisyah urut pun dia suruh ita pegang tempat yang dia urut.. memang sejuk sangat.. kata mak Cik Aisyah biasa bila urut badan panas.. tapi badan ita sejuk sangat... , Ita juga di nasihatkan supaya tidak mengambil makanan yang manis-manis.. menurut katanya kalau ita tak jaga boleh kena kencing manis. Mak cik Aisyah juga banyak nasihatkan ita supaya mengambil supplement tambahan untuk melancarkan pengaliran darah. Untuk kuatkan otot, banyak makan vitamin C, banyak makan buah-buahan yang berwarna-warni macam berries untuk untuk menyihatkan sum-sum tulang supaya ia dapat memproses darah dengan baik. Ita juga kena minum susu kerana tulang dah mula kasar takut nanti ita kena osteoporosis.. Masyaallah.... banyak ilmu yang ita belajar.. selama ini ita tak pernah ambil supplement.. rupanya ianya penting bila umur dah semakin meningkat..

    Alhamdulillah... terima kasih mak Cik Aisyah dan terima kasih yang tak terhingga buat kak Lina yang tak putus-putus membantu ita dan nak lihat ita sihat seperti dahulu.

    Kepada sahabat-sahabat ita di luar sana.. jangan lupa ya jaga kesihatan.. jaga pemakanan..
    Jom kita lihat resepi Kari Daging Tanpa Santan



    KARI KAMBING TANPA SANTAN

    1/2 kg daging kambing
    3 sudu besar kari daging BABAS
    2 tangkai daun kari
    1 batang serai ~ di titik
    2 keping asam keping
    Bahan tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih
    2 biji kentang ~ di potong
    Minyak untuk menumis
    sedikit gula Melaka
    garam secukup rasa
    Air secukupnya

    Bahan Kisar
    6 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    6 tangkai cili kering ~ rendam lembut
    1 inc halia

    Tumiskan rempah tumis, daun kari dan serai hingga harum
    Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
    Tambahkan rempah kari yang di campur dengan sedikit air dan masak hingga terbit minyak
    Jika terlalu kering tambahkan sedikit air
    Masukkan daging dan kentang dan masak hingga empuk
    Bila dah empuk masukkan asam keping dan gula Melaka
    Biarkan kuah merenih
    Perasakan dengan garam
    Bila kuah dah pekat sedia di hidangkan







    Viewing all 843 articles
    Browse latest View live