↧
Tempahan hujung minggu..
↧
Kek Khawin 2 tingkat bunga-bunga..
Hari ini sempat menyiapkan kek khawin 2 tingkat untuk majlis perkhawinan. Kek ni dalamnya adalah kek ombre biru sebagaimana pilihan pengantin. Tema perkhawinan adalah biru lembut dan inginkan kek dengan tema bunga-bunga yang segar.
Kek ni yang sebelah bawah bersaiz 10 inc dan tinggi 5 inc.
Bahagian atas pula bersaiz 7 inc dan tinggi 7 inc juga.
Kek juga di hiasi sepasang pengantin dari gumpaste.
Sebenarnya kek ini adalah rentetan dari kek hantaran sebelum ini yang sama temanya. tapi hari tu untuk hantaran dan yang ni pula untuk kek perkhawinan.
Terima kasih kepada pasangan mempelai...
Selamat pengantin baru dan selamat menahoda bahtera kebahagiaan..
↧
↧
Kek Dora untuk Iris
↧
Kek sekolah saya..
↧
Kek terakhir 2014
↧
↧
2015 ku harapkan sebuah keajaiban
Tahun baru datang lagi..
Kali ini kedatangannya yang amat di nanti-nantikan.. Dengan satu harapan agar ianya memberikan sinar kebahagiaan.. di penuhi dengan seribu rahmat.. di limpahi dengan seribu keberkatan.. dan di sudahi dengan beribu-ribu kejayaan dan kegembiraan...
Ya Allah..
Tahun 2014 telahpun melabuhkan tirainya..
Tirai yang penuhi dengan cabaran dan dugaan.. dengan ranjau dan liku-liku kehidupan.. dengan onak dan duri yang perlu di tangkis dan di tepis.. dengan seribu kepayahan dan kesabaraan...
Akhirnya Engkau tutup tirai 2014 dengan deraian tangisan yang tak berkesudahan... dengan limpahan air mata kesyahduan...
Ya Allah..
Aku hanya mengharap dan berharap..
Agar kau bangkitkan kami semua dengan semangat dan kecekalaan..
Agar dapat terus bernafas walaupun dengan seribu kepayahaan..
Ya Allah..
Gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan.. balaslah kesedihan dengan seribu kegembiraan.. dan hilangkanlah perasaan takut ini dengan kenteteramaan..
Ya Allah..
Sejukkanlah gelora di hati ini dengan salju keyakinan.. padamkanlah bara api di jiwa ini dengan air keimanan...
Ya Allah..
Lenyapkanlah segala keraguaan dengan sinar mentari Mu..
Hancurkanlah segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan ini dengan cahaya kebenaran..
Hapuskanlah segala tipu daya dengan pertolongan bala tentera mu...
Bangkitkan kami dengan semangat perjuangan para anbia..
Tiupkanlah kesabaran dan kecekalaan kekasihMu...
Ya Allah..
hanya pada Mu ku panjatkan seribu harapan..
Ku titipkan doa di setiap sujudku...
Agar kau berikan kebahagian.. kesenangan.. dan keimanan.. di dunia dan di akhirat..
Dan peliharalah kami dan lindungi kami dari siksaan api nerakaMu..
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
Sahih al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Ta’ala wa Yuhadzdzirukumullah Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970.
Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah, Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun: 1407H/1987M
Hidup ibarat roda..
ada masa kita berada di atas.. ada kala kita berada di bawah..
Hidup tidak selalunya indah.. lautan tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah...
Namun susahnya kehidupan.. geloranya lautan.. dan mendungnya hari.. bukanlah penentu kepada sebuah diari kehidupan..
Setiap apa yang berlaku... apa yang kita lalui dan tempuhi adalah satu pengalaman yang semakin mematangkan... ada hikmah yang menanti di penghujungnya..
Setiap jalan cerita dalam kehidupan kita harus bersedia menghadapinya dan mencari kesimpulannya... agar kita senantiasa ingat kepada Dia yang Maha Kuasa..
Kepada sahabat yang di kasihi...
Selamat tahun baru.. dan selamat mulakan farsa kehidupan yang baru..
Salam sayang buat semua...
↧
Jongkong Emas Menyambut Tahun Baru 2015
Assalamualaikum..
Permulaan tahun baru dengan jongkongan emas yang berkilauan...
Nampaknya satu permulaan yang baik untuk tahun 2015
Alhamdulillah semoga tahun baru ini kita di limpahi rezeki yang barakah dari Allah SWT.
Kalaulah jongkongan emas ini real.. menyanyi lagu Kalau Aku Kaya lah jawabnya....
Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku
Fuh... kalaulah ita kaya..tika dan saat ini..
Dalam kepala ni hanya nak tolong mangsa banjir aje..
nak binakan kembali rumah mereka yang runtuh di bawa arus..
Nak belikan mereka semua baju baru..
tapi satu impian ita.. kalau ita kaya raya..
Ita nak bawa fakir miskin tunaikan haji di Mekah..
Doakan ita kaya ya kawan-kawan...
^_^
↧
Harapan 2015
Assalamualaikum
Satu lagi kek yang sempat ita siapakan sempena tahun baru 2015
Kek ni ita berikan namanya harapan..
Harapan dari seorang ibu untuk melihat kejayaan anaknya..
Tak lama lagi anak-anak kita akan kembali semula ke sekolah. Pasti ramai yang akan menduduki peperiksaan yang besar tahun ini. Maka ramailah anak-anak dan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak akan menjulang kejayaan..
Bagi anak-anak pula pasti azam dan semangat untuk kesekolah berkobar-kobar..
tak sabar nak jumpa kawan-kawan.. tak sabar nak jumpa cikgu dan tak sabar nak mulakan sesi persekolahan..
Masa ita sekolah dahulu bila nak periksa ita cukup suka dengar lagi Allahraham Sudirman.
Pada ita lagu Pesan Abang ni menyuntik semangat pada ita untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.... dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Pesan Abang
Sudirman Hj Arshad
Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita
( korus )
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian
Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan
↧
Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas
Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua yang sudi lagi singgah di dapur maya ita ni..
Hari Jumaat pertama dalam tahun 2015. Bagi negeri Johor hari Jumaat adalah hari cuti, maka ramailah yang merebut peluang untuk menyiapkan dan melengkapkan lagi keperluan anak sekolah. Hari Jumaat juga pada ita adalah hari yang cukup pendek masanya.. Terkejar-kejar nak masak dan mengemas rumah kerana sekejap lagi orang lelaki dah nak ke masjid menunaikan solat Jumaat.
Oleh kerana itu kena masak awal-awal.. sebab ada yang nak makan dahulu sebelum ke masjid dan ada juga yang nak makan bila selesai menunaikan solat.
Hari ni masak yang mudah dan ringkas aje..
Masakkan kesukaan orang selatan tanah air iaitu asam pedas.
Asam pedas ni kan bagi orang Johor, tak ada istilah jemu.. ianya macam dah sebati.. kalau seminggu tak kena asam pedas boleh meracau di buatnya.. macam terasa tak cukup energy aje...
Resepi asam pedas ita kali ni ita menggunakan ikan tenggiri, biasa ita kalau masak asam pedas atau lauk gulai yang menggunakan ikan, ita akan guna kepala ikan dan bahagian ekor untuk di masukkan dalam gulai. Sementara bahagian isi biasanya ita goreng aje.. sebab anak-anak semua lebih suka makan ikan goreng berbanding ikan yang di dalam gulai. Jadi sayang kalau ada isi ikan dalam gulai tu kan.. tak di makan, baik goreng aje.. pasti licin pinggan..
Ikan dalam gulai atau lauk asam pedas ni biasanya suami ita yang tukang habiskan.. suami ita memang sangat suka makan ikan berbanding ayam dan daging.
Ok, cerita pasal lauk ita ni.. sebenarnya tak cukup lengkap bahannya.. ita masak yang mudah aje dan mengikut apa bahan yang ada di rumah aje.. tak letak bunga kantan dan bendi... cuma letak daum kesum aje sebagai pembangkit selera...
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS
3 keping ikan tenggiri dipotong dan cuci bersih
400 mk air
100 gm bendi
1 batang serai dititik
1 kuntum bunga kantan di belah dua
1/2 cawan air asam jawa
1 cekak daun kesum
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili atau 15 tangkai cili kering di kisar
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 sudu teh belacan
Pijarkan minyak
Tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum, garing dan terbit minyak
Masukkan air dan air asam jawa dan masak hingga didih
Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan
Renihkan senentar hingga ikan masak
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan bendi
Masak sebentar hingga bendi lecur dan sedia di hidangkan
Lauk asam pedas lengkap di gandingkan bersama, ikan goreng, telur asin atau telur dadar, sambal belacan dan ulam..
Perghhhh... memang terangkat bila di makan bersama nasi hangat
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. ^_^
↧
↧
Taugeh Goreng Ikan Masin
Taugeh adalah hidangan yang kerap kali menjadi pilihan kami sekeluarga sebagai hidangan sampingan. Anak-anak dan suami ita cukup suka kalau ita masak sayur taugeh. Sayur taugeh juga boleh di kategorikan sebagai sayur yang paling murah untuk di jadikan hidangan. RM 1 taugeh boleh menjadi hidangan yang cukup enak dan di makan untuk seisi keluarga.
Jika tadi ita dah masak Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas, untuk sajian sampingan ita masakkan taugeh goreng ikan masin. Memang cukup berselera kami menikmati hidangan makan tengahari kami sekeluarga. Di lawankan pula dengan sambal belacan dan ikan kerisi goreng memang buatkan suami dan anak-anak makan bertambah-tambah.
Keluarga ita lebih sukakan makanan yang simple, yang mudah di masak dan cepat di sediakan. Ita rasa cukup bertuah kerana mereka tak cerewet bab makan.. tak kiralah baik anak-anak mahupun suami. Apa sahaja yang ita hidangkan kami sekeluiarga menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran.
TAUGEH GORENG IKAN MASIN
RM 1 taugeh di buang akarnya
3 keping tauhu di goreng kemudian potong dadu kecil
3 cm isi ikan kurau atau ikan talang cuci bersih hiris kecil dan nipis
2 ulas bawang putih di mayang halus
3 ulas bawang merah di mayang halus
1 pokok daun kucai atau daun bawang di potong
1 batang cili merah hiris bulat
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan isi ikan masing yang telah di hiris kecil dan goreng hingga masak
Tambahkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan tauhu dan perasakan dengan garam secukup rasa
Boleh tambahkan sedikit lada sula jika suka
Akhir sekali masukkan taugeh, daun kucai dan lada merah
Gaul rata, matikan api dan sedia di hidangkan
↧
Jambatan Asmara
Assalamualaikum.. dan selamat malam semua.. Ada yang dah nak tidur ke? Ita masih lagi belum boleh lelapkan mata, nak kena siapakn kek khawin untuk esok hari pulak.
Ok malam ni ita nak kongsikan kek yang pada ita cukup istimewa dan unik.
Sebenarnya boleh ita katakan kek ni kek last minute.. Pada mulanya customer dah booked date.. tapi senyap aje.. jadi ita ingat tak jadilah kot.. Ita dah ambil kek lain.. tiba-tiba customer call dan kata onn pulak..! alamak... ita rasa macam tak sempat nak buat memandangkan keknya 2 biji kek 2 tier. Ita pun cakkaplah pada customer yang ita tak boleh ambil sebab dah suntuk sangat masanya.. lagi pula kalau nak buat patung pengantin tu perlukan masa paling kurang 3 hari untuk ia betul-betul keras.
Puaslah customer memujuk.. akhirnya kesian lah pulak .. tak sampai hati.. ialah inikan majlis perkhawinan.. kata orang tu.. sekali aje seumur hidup..
Oklah ita buatkan tapi ita tak bolehlah buat kek yang di minta..
Asalnya kek yang di minta ni adalah kek full fondant. Jadi ita minta supaya kek fondant di gantikan dengan kek buttercream.. memandangkan customer kena ambil sehari awal.. sebab date yang di booked ita dah gantikan dengan orang lain. Customer pun bersetuju..
Ita cuba untuk menyediakan patung dari gumpaste.. tapi ia tak boleh set.. lembik sebab tak cukup lama.. lagipula cuaca sekarang yang mendung amat sukar nak sediakan figurine. Akhirnya ita cuba cari patung pengantin supaya dapat gantikan patung dari gumpaste. Ita harap customer ita ok dengan kek yang ita hasilkan..
Sekiranya ada kekurangan, ita mohon maaf banyak-banyak sebab memang suntuk sangat masa nak sediakan kek ini.. Halalkan mana yang terkurang ya..
Dan jutaan terima kasih kerana percaya kat akak dan dah banyak kali oder kek dengan akak.. Terima kasih daun keladi.. ^_^
Maaf ya gambar tak berapa ok sebab ita ambil gambar kek ni dah malam.. Kek ni akan di ambil oleh customer ita pukul 2 pagi ni.. untuk di bawa ke Batu Pahat.
↧
Salam Maulidur Rasul 1436h bersamaan 3 Jan 2015m
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Bersempena Maulidur Rasul sama-samalah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW Rasul junjungan.
Salam Maulidur Rasul buat semua...
↧
Bunga Emas
Assalamualaikum..
Hari ini memang sangat meletihkan..
Dari malam tadi tak dapat tidur yang cukup kerana nak kena siapkan tempahan kek customer. Ini adalah kek terakhir yang sempat ita siapkan untuk minggu pertama di tahun baru ni..
Lepas hantar kek-kek ini ita pun apalagi tidur lah.. adoiii... sedapnya lah dapat tidur.. dapat regang-regangkan otot-otot yang dah ketat dan tegang ni..
Ada satu lagi kek Rusian Black and white yang tak sempat ita ambil gambar akibat dah terlalu letih..
Berbicara berkenaan kek bunga emas ni.. masuk ni ita rasa dah 3 kali ita sediakan kek ini dengan deco yang sama.. Ramai pula yang sukkan deco ni.. Alhamdulillah...
Sebenarnya pada mulanya ita ni ingin membuat kek dengan ' satu deco untuk satu customer sahaja' tapi... ramai yang suka deco yang pernah ita buat untuk customer yang lain..
Bila mereka kata"kak saya nak deco sebijik macam ni.." Ita dah tak boleh nak kata apa dah... terpaksa lah turut apa yang customer inginkan..
Ada beberapa kek ita lagi yang kerap di ulang pesan oleh customer.. nampaknya ramai juga yang mempunyai citarasa yang sama..
Alhamdulillah... suka ita bila hasil kerja ita di sukai... Sebenarnya bukan mudah untuk menambat hati orang ramai.. Jadi bila ramai yang suka ita cukup bersyukur dan ama-amat menghargainya..
Terima kasih ya kawan-kawan yang senantiasa berikan ita sokongan.. kata-kata semangat.. insyaallah ita akan cuba perbaiki lagi kelemahan dan belajar dari kesilapan..
Tahun 2015 ni sebenarnya ita nak kurangkan ambil tempahan kek.. Ita ingat nak tumpukan pada anak-anak, suami, keluarga dan juga pada blog kesayangan ita serta rumah ku syurga ku .. hihi
Kesian kawan-kawan ita dan follower ita bila blog ita semakin sepi dari hidangan makanan dan resepi yang enak.. Insyaallah azam tahun baru ita akan belajar untuk lebih bijak membahagikan masa untuk keluarga... follower, kawan-kawan dan customer...
Doakan yang terbaik untuk ita ya.. semoga tahun ini ita lebih tenang dan lebih bahagia..
↧
↧
Ikan Selar Masak Kicap Pedas
Assalamualaikum
Masak yang mudah dan ringkas lagi untuk keluarga. Semalam ita dah terlalu kepenatan menyiapkan tempahan kek. Bila dah penat sangat ita masak yang ringkas-ringkas aje..
Kebetulan ada ikan selar dalam peti ais.. ita goreng dan buatkan masak kicap pedas. Ikan selar ni ita suka kalau buat masak kicap atau masak yang kering-kering.
Ikan selar isinya agak keras berbanding ikan kembung. Biasa kalau goreng gitu aje ianya kurang mendapat sambutan kalau kat rumah ita ni.. Oleh kerana itu ita lebih suka jadikan ianya lauk yang enak di nikmati oleh keluarga. Bila dah masuk dalam lauk macam ni.. berselera pulak anak-anak meratah ikan ni..
Bila memasak ni kita harus bijak memadan suaikan gandingan hidangan supaya ianya menjadi gandingan yang ideal dan di sukai seisi keluarga. Barulah tak berlaku pembaziran..
IKAN SELAR MASAK KICAP PEDAS
5 ekor ikan selar ~ siang dan cuci bersih
Sedikit garam dan kunyitBahan kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan simpul
2 biji tomato ~ belah 2
2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goreng
2 biji lada hijau ~ di hiris kasar1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun sup ~ di mayang halus
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula Melaka
5 camca besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng kentang hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan
Minyak baki goreng kentang, panaskan semula
Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harumMasukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
Masak hingga didih
Masukkan ikan kerisi
Akhir sekali masukkan kentang goreng, tomato, bawang besar dan daun sup
Angkat dan hidangkan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
↧
Rojak Asma
Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana hari ini?
Doa dan harapan ita agar semunya berada dalam keadaan sihat.. senantiasa kekal bahagia dan ceria-ceria selalu..
Cuaca di Johor Bahru nampaknya semakin baik. Kalau beberapa hari yang lalu.. sejuk dan dingin dengan angin yang kuat berhembus.. semalam nampaknya sang mentari dah mula mengeluarkan sinarnya.. hangat membara.. Alhamdulillah kering kain di jemuran..
Dah sarapan?
Kita ni sebagai suri rumah.. memang tak ada kerja lain.. kepala ligat nak fikirkan apalah menu yang nak di hidangkan pada keluarga.
Hari ini ita nak bercerita tentang satu lagi menu masakkan yang cukup popular di Johor iaitu Rojak Asma. Ada yang panggil rojak asma dan ada yang panggil asma rojak.. mana-mana pun sama aje.. hihi.
Rojak Asma ni boleh di kategorikan sebagai salad Melayu lah kan.. di makan bersama kuah kacang yang lemak manis sedap dan enakkkk... bangat rasanya..
Kalau anda semua singgah ke Johor jangan lupa untuk pekena Rojak Asma tau! rugi kalau tak cuba..
Rojak asma ni dia lebih kurang macam rojak Singapura, rojak mamak, pesembur di utara, rojak mee di Muar, rojak ayam di Pahang dan rojak di Kelantan. Kuahnya lebih kurang sama cuma cara penyediaannya ada sedikit berbeza.
Kalau rojak ayam di Pahang di makan bersama ayam goreng, rojak Kelantan lebih kurang macam rojak mee di Muar tapi kuahnya lebih manis.. rojak mee cuma ada tambahan mee, taugeh dan sengkuang.. lebih mirip pada pesembur di utara tapi masih lagi ada kelainan.
Berbeza dengan rojak asma, ramuannya macam-macam.. terpulang pada citarasa masing-masing. Kebiasannya mesti ada cucur tepung yang kosong, ada juga cucur udang, mesti ada sayur-sayur seperti salad dan timun. Untuk sedikit rasa pedas di hiriskan sedikit cili hijau. Bahan-bahan yang lain pula kebanyakkannya di goreng, macam telur rebus, kentang, tempe, tauhu, fish ball, fish cake, ada tambahan ketam celup tepung, sotong, udang dan macam-macam lagilah.. terpulang pada anda dan juga mengikut citarasa..
Biasanya kalau anda ke gerai menjual rojak asma, anda di beri peluang untuk pilih sendiri apa yang anda suka nak letak dalam rojak tu nanti. Semua yang anda pilih nanti akan di potong kecil untuk mudah anda nak menikmatinya dan di makan bersama kuah rojak yang pergh.. cukup enak bangat! Kuahnya lah penentu kepada kesedapan rojak asma tersebut. Biasa kuah rojak ni terasa lemak manisnya barulah terlajak laris...
Tak sabar ita nak kongsikan resepi enak dari selatan ni.. Jom ikut ita kita pekena rojak asma pulak!
ROJAK ASMA
Sebelum nak membuat kuah rojak asma ni, kita sediakan dahulu cucur tepungnya dahulu, kerana cucur ni kita kena perap selama 1 jam sebelum kita boleh mengoreng. Sementara tunggu cucur kita di perap bolehlah kita sediakan bahan untuk kuah rojak pula
CUCUR TEPUNG
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu teh gula
150 ml air
1 biji telur
Satukan semua bahan dalam bekas, kecuali air dan telur
Kemudian masukkan air dan kacau hingga rata
Jangan masukkkan telur dahulu ya, kita perap dahulu adunan ni selama 1 jam
Sementara kita tunggu adunan ni di perap, kita sediakan bahan-bahan untuk kuah rojaknya dahulu.

KUAH ROJAK
1/2 cawan kacang tanah ~ di goreng dan kemudian tumbuk, jangan halus sangat dan jangan kasar sangat
3 biji kentang ~ kupas kulit dan potong bulat kemudian di goreng
1 sudu besar bijan putih ~ di sangai ( goreng tanpa minyak)
1 buku gula Melaka
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya
Bahan Kisar
15 ~ 20 tangkai cili kering, rendam lembut dan kisar halus
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inc kunyit hidup
2 inc halia
2 sudu besar udang kering ~ rendam lembut dan kisar
Kentang di kupas kulitnya, hiris bulat-bulat dan kemudian goreng hingga kuning keemasan.
Kemudian di kisar halus. Kentang ni untuk pekatkan kuah, anda boleh gantikan dengan keledek oren yang di rebus , kemudian di lenyek halus atau ada juga yang meletakkan biskut marrie. Kalau guna biskut Marrie, rendam dengan air hingga kembang kemudian kisar halus.
Kacang tanah, goreng, buang kulit dan tumbuk, jangan terlalu halus dan jangan juga terlalu kasar
Bijan putih, di goreng tanpa minyak, jaga-jaga ya sebab bijan cepat hangus.
Lada kering tu ikut kepedasan masing-masing, kalau suka pedas boleh lebihkan.. kalau tak suka pedas kurangkan. Lada ni anda rendan atau rebus hingga lembut kemudian kisar halus.
Bawang, halia, bawang putih dan kunyit di kisar halus.
Ok bahan dah sedia sekarang boleh kita mulakan proses memasak
Dah pun siap kuah rojak kita.
Sekarang kita sediakan bahan sampingan yang di makan bersama.
Timun di belah 2 dan hiris, jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. Dia tebal sikit dari kita hiris untuk nasi lemak tu.. baru lah rasa rangup bila di nikmati nanti
Daun salad, yang ni kita potong atau hiris aje... lebih kurang 1 inc
Lada hijau kita hiris bulat atau serong, terpulang pada cara masing-masing
Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan yang kita perlu goreng. Bahan ni terpulang pada citarasa anda. Yang ita sediakan ni apa yang anak-anak ita suka makan aje.. yang lain ikut masing-masing.
4 keping tauhu
2 keping tempe
5 keping jejari ketam
2 keping fish cake
5 keping jejari udang
2 biji kentang , kupas kulit dan belah 4
fish ball jika suka
sotong kembang jika suka ~ kalau letak sotong kembang ni rebus ya sotongnya tu
ketam jika suka ~ kalau letak ketam celup dahulu dengan tepung beras, macam buat adunan goreng pisang tu kemudian goreng. Boleh juga celup dengan tepung jagung kemudian goreng
3 biji telur di rebus
Yang penting cucur kita tadi jangan lupa
Sekarang kita panaskan minyak dalam kuali, kerana kita nak goreng semua bahan di atas.
Ok sebelum kita goreng bahan-bahan di atas kita goreng cucur kita tadi dulu.
Cucur yang kita dah perap selama 1 jam tadi, kita masukkan sebiji telur dan kacau rata
Bila minyak dah panas, guna sudu untuk ambil tepung dan masak macam kita buat jempu-jemput. Tapi adunan tepung ni dia cair sikit sebab tu kita guna sudu.
Gorenglah cucur kita ni tadi sampai kuning keemasan. Buat sampai habis semua adunan. Angkat dan ketepikan.
Sekarang kita goreng pula bahan yang lain, macam tauhu, tempe, telur rebus, fish cake, fish ball. jejari ketam, jejari udang, kalau ada ketam celup tepung dan udang goreng sekali.
Kentang yang kita belah 4 tadi goreng sekali.
ok dah siap semua bahan di goreng, bolehlah kita hidangkan bersama kuah rojak kita tadi.
Bahan-bahan yang kita dah goreng tadi kita potong kecil untuk mudah nak makan nanti.
Dah siapkan.. mudah aje kan cara membuatnya..
Apa tunggu lagi.. cepatlah curahkan kuahnya.. tak sabar dah nak menjamu selera..
Makan masa kuahnya masih hangat tau! baru power!
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera
↧
Sambal Telur Pindang
Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi menjengah dapur maya ita ni..
Terima kasih juga bagi mereka-mereka yang sudi dan telah mencuba resepi yang ita kongsikan. Gunalah resepi ini untuk hidangan dan santapan keluarga tersayang.. Semoga ilmu yang baik ini dapat memberikan maanfaat buat semua..
Jika semalam ita dah kongsikan resepi yang popular dari negeri Johor, hari ini ita kongsikan satu lagi resepi yang juga popular di Johor, sangat unik dan sangat eksklusif.
Kenapa ita katakan resepi ini cukup eksklusif kerana cara pembuatannya yang cukup rumit dan ianya jarang di sediakan dan hanya di sediakan untuk majlis perkhawinan sahaja.
Kalau ita sebut sahaja telur pindang, pasti kita terbayang telur yang hitam. Dahulu masa ita kecik-kecik ita panggil telur ni telur busuk dan ita tak makan telur ni sebab ita ingat telur ni dah busuk hihi..
Telur pindang ni cukup rumit cara penyediaannya dan mengambil masa berhari-hari untuk di sediakan. Oleh kerana cara penyediaannya yang rumit.. maka telur ini jarang di sediakan untuk santapan hari-hari.. sebaliknya ianya di sediakan untuk majlis perkhawinan sahaja. Telur pindang kebiasannya di berikan kepada para tetamu yang bertandang di majlis perkhawinan. Ia juga menjadi hiasan bunga paha dan juga sebagai salah satu pelengkap pada barangan hantaran pengantin. Kalau masa dahulu, kalau nak buat hantaran, telur pindang adalah salah satu yang wajib di sediakan sebagai syarat. Kalau atuk ita dahulu kalau dalam set hantaran tu tak letak telur pindang.. habislah kita di bebelkannya... marah betul dia... katanya tak cukup syaratlah.. nanti jodoh tak panjang lah.. rumah tangga tak bahagialah... dan macam-macam lagi yang di ngomelkannya.. tapi zaman sekarang banyak adat yang telah di lupakan.. mereka lebih suka memilih yang ringkas sahaja.
Telur pindang lazimnya terdapat di negeri Johor. Menurut sejarah... telur ini bermula dari negara Cina dan di perkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Cina pada zaman dahulu kala. Masyarakat Johor menganggap telur pindang dibuat pada zaman dahulu sebagai lauk bekalan para pedagang dan pengembara, karana sifatnya yang tahan lama. Pada zaman dahulu di Johor banyak terdapat pedagang serta pengembara dan pelaut. Mereka memerlukan bekalan makanan yang tahan lama serta mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Telur pindang ibarat telur yang di awet kerana ianya tahan lama hingga berminggu-minggu jika di simpan dengan baik.
Kebiasannya telur ayam menjadi pilihan untuk menyediakan telur pindang. Proses menyediakan telur pindang memakan masa yang lama hingga berhari-hari lamanya untuk mendapatkan telur yang benar-benar berempah dengan rasa yang cukup enak serta tahan lama.
Untuk menghasilakan telur pindang memerlukan ramuan yang banyak, ini termasuklah daun-daun pokok, herba terpilih dan rempah ratus. Lama masa merebus telur pindang paling cepat 3 hari, tapi kalau orang-orang dahulu mereka merebusnya selama satu minggu.
Dahulu masa ita kecik-kecik ita cukup suka melihat proses membuat telur pindang. Mak cik sebelah bapa ita memang cukup mahir dalam menyediakan telur pindang. Orang Johor kalau dahulu.. kebiasannya bila buat kenduri atau majlis perkhawinan biasanya sangat meriah. Satu kampung turut sama membantu dan bergotong royong agar majlis berjalan dengan lancar. Selain kerja yang berat menjadi ringan ianya juga dapat menjimatkan belanja selain dapat merapatkan hubungan silatulrahim antara keluarga dan jiran-jiran. Masa kenduri-kendara inilah hubungan yang jauh dapat di dekatkan dan yang dekat di rapat-rapatkan lagi..
Sekarang ini proses membuat telur pindang sudah semakin di lupakan. Kadang kala kalau pergi kenduri kendara jarang kita di bekalkan dengan telur pindang, orang sekarang sukakan yang mudah dan ringkas selain alasan sukar untuk menyediakan telur pindang yang mengambil masa yang lama untuk di sediakan selain bahan dan ramuan yang payah untuk di cari.
Hari ini ita kongsikan kaedah penyediaan telur pindang yang pernah di kongsikan oleh ibu saudara ita. Cuma ita belum berkesempatan untuk mencuba atas faktor sesetengah bahan amat sukar nak mendapatkannya di bandar kini. Insyaallah jika ita berkesempatan ita akan cuba dan kongsikan di sini.
Jom kita lihat antara bahan-bahan yang di perlukan untuk menyediakan telur pindang. Resepi ini untuk hidangan kenduri tau, sukatannya banyak dan anggarana telur 1000 biji. Kalau anda bercadang nak buat dalam jumlah yang sedikit.. kena lah pandai-pandai agak ya..
TELUR PINDANG
1000 biji telur
Telur di rendam untuk memudahkan proses mencuci.
Kemudian cuci bersih dan toskan atau keringkan
1 kg ketumbar biji ~ di tumbuk
1/2 kg jintan putih ~ di tumbuk
1/2 kg jintan manis ~ di tumbuk
1 botol besar kicap manis
1 peket besar asam jawa
1 peket besar garam kasar
Bahan-bahan daun
Daun-daun ni banyak ya di gunakan, ianya di gunakan untuk alas telur supaya tidak pecah selain ianya akan menghasilkan ramuan dan rempah ratus yang memberikan aroma yang enak dan rasa telur yang lazat selain membuatkan telur tahan lama.
![]() |
semua gambar dari pencarian di google ~ terima kasih kepada penyumbang gambar |
Daun jambu batu
Daun limau perut
Daun mengkudu
Daun pandan
Daun serai wangi ~ serai wangi ni tak sama dengan serai biasa. daunnya lebih panjang dan melentur ke bawah. Pokok serai wangi lebih merimbun dan daunnya mengeluarkan bau yang sangat kuat.
Daun Lengkuas
Daun kunyit
Daun senduduk ~ biasanya terdapat di semak atau hutan kecil. Mempunyai pokok yang kebiasannya berbunga unggu atau putih.
Daun sekentut ~ tumbuhan renek yang berbatang lembut dan menjalar. Mengeluarkan bau yang agak busuk seakan bau kentut. Ia di katakan dapat mengeluarkan angin dalam badan jika di makan sebagai ulam. Tidak hairanlah ianya di namakan sedemikian
Daun bebuas ~ kebiasannya di tanam sebagai pokok pagar. Mempunyai bunga berwana putih
Daun salam
Selaian daun di atas kita juga perlukan
Halia ~ di hiris nipis tak payah buang kulit, cuci bersih sahaja
Lengkuas ~ tak payah buang kulit, hanya di ketuk-ketuk
Kulit bawang merah ~ kebiasannya 1 guni bawang kita kupas, kulitnya kita guna untuk buat telur pindang
Kulit bawang putih ~ sama juga seperti bawang merah, 1 guni bawang putih yang di kupas, kulitnya di gunakan untuk membuat telur pindang.
Akhir sekali air secukupnya dan juga periuk besar untuk merebus telur.
Kita juga menggunakan dapur kayu atau tungku untuk merebus telur kerana ianya perlu di masak selama seminggu, jika guna dapur gas tak larat wooo...
Jom kita lihat pula kaedah penyediaannya
Daun-daun tadi kita bahagi-bahagikan sebab kita akan susun telur selapis-selapis dan setiap lapisan kita akan alaskan dengan daun-daun tersebut.
Alaskan dasar periuk dengan lapisan daun yang pertama
Kemudian susun telur dalam kedudukan telur tu tegak ( bahagian lebar kat bawah dan runcing di atas) jangan susun telur dalam kedudukan membaring ya. Tujuannya supaya telur tidak mudah pecah selain kuning telur berada di tengah telur nanti.
Penuhkan satu lapisan dengan telur, susun rapat dalam kedudukan telur rapan-rapat supaya dia tak bergegar dan berlaga bila proses merebus berlaku.
Lepas penuh satu lapisan, taburkan daun bawang putih dan bawang merah, lengkuas dan halia yang di ketuk tadi dan juga rempah yang kita dah tumbuk tadi ( jangan tabur semua sebab kita kena tabur sama juga bahan untuk setiap lapisanjadi kena bahagi-bahagikan sama banyak untuk setiap lapisan)
Kemudian tutup lagi dengan daun-daun tadi
Dan ulang semua kaedah yang sama untuk setiap lapisan hingga habis semua telur di susun.
lapisan yang atas sekali kita tutup lagi dengan daun-daun
Akhir sekalai kita masukkan kicap manis, kita masukkan juga asam jawa. Asama jawa ni kita ramas-ramas dahulu dengan air, kemudian kita masukkan dalam periuk tu semua sekali termasuk dengan biji-bijinya sekali.
Taburkan juga baki rempah ratus kita tadi dan juga garam kasar.
Penuhkan periuk dengan air
Kemudian kita rebus lah dengan api yang perlahan selama 1 minggu kalau nak cepat 3 hari pun ok!
Biar aje dia denagn kedudukan periuk di tutup. Atas periuk tu letaklah pemberat macam batu lesung ke.. supaya tak kuat dia bergegar dan telur tak mudah pecah
Lepas seminggu bolehlah di angkat.
Macam mana? ada yang nak cuba..
Telur pindang ni sedap di makan begitu sahaja. Selain enak di masak kurma bersama daging dan juga di buat sambal.
Hari ini ita sediakan Nasi Lemak yang di makan bersama sambal telur pindang.
Telur pindang ini adalah sumbangan kawan-kawan yang mengadakan majlis perkhawinan. Maklumlah musim cuti sekolah ramai yang buat majlis perkhawinan. Banyaklah dapat telur pindang. Di buatkan sambal makan dengan nasi lemak.. perghhh... memang terangkat
SAMBAL TELUR PINDANG
5 biji telur pindang ~ kupas kulitnya
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Kisar
20 tangkai cili merah ~ rendam lembut atau rebus dan kisar halus
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc belacan
Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan biarkan merenih sebentar
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan telur pindang
Biarkan sambal pekat sebelum di angkat
sambal telur pindang enak di makan bersama nasi lemak.
↧
Jus Kedondong Asam Boi
Kedondong adalah merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang banyak terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara Asia. Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar dan boleh mencecah ketinggian 45 meter.
Di hilir Perak, masyarakat setempat memanggilnya dengan nama Amrah.
Buah kendondong sangat enak di makan . Ianya boleh di makan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.
Kedondong mempunyai biji yang bersabut. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, kedondong tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Namun tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini hingga kini.
Ita cukup gemar makan kedondong, tidak kiralah masa ia masih muda, sudah masak ranum , mahupun di jadikan jeruk. Jeruk kedondong cukup enak dan menjadi kesukaan ita sejak zaman berzaman. Pantang nampak kata orang.. hihi
Memandangkan cuaca di Johor beberapa hari ni agak panas terik, maka hari ini ita sediakan jus kedondong asam boi. Jus ni ita tak letak ais, maklumlah ita tak berapa sihat.. dah berapa hari demam tak kebah-kebah dan dah mula batuk. Mungkin faktor cuaca yang kejap hujan dan kejap panas terik membuatkan kesihatan ita sedikit terganggu. Mujur ita dah kurangkan tempahan kek dan hanya ambil pada hujung minggu sahaja. Kalau tak pasti tak larat ita di buatnya..
Kita berbalik semula pada jus kedondong asam boi ita ni, ita sebenarnya dah lama mengidam nak merasa jus kedondong asam boi setelah beberpa raka-rakan mengesyorkkan ita mencuba. Terbayang-bayang pula jus kedondong asam boi yang Mat Gebu sediakan..
Maka hari ini tertunailah hajat di hati.. sedap!
JUS KEDONDONG ASAM BOI
Resepi Oleh : Dapur Tanpa Sempadan
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya
Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
Kacau dan biarkan sekejap.
Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
Sedap diminum sejuk.
↧
↧
Ayam Masak Halia mudah , ringkas dan sedap!
Dah tiga hari demam tak kebah-kebah jugak. Tekak ni terasa semakin perit dan gatal. Bangun pagi hari ni kepala dah mula rasa senoneng.. tak boleh berdiri lama rasa nak rebah aje.. teruskan juga solat walaupun terasa badan seakan melayang-layang..
Walaupun badan tak berapa sihat.. tugas memasak harus di teruskan, kerana ada mulut yang menanti untuk di suap. Tapi masak yang ringkas-ringkas aje.. sebab tak larat nak berdiri lama-lama.. takut pulak pitam nanti.
Ok hari ni ita masak ayam masak halia. Resepi dari Chef Hanieliza dan di kongsikan oleh Yatie. Dah banyak kali nampak Yatie masak lauk ni.. pada fikiran ita mesti sedap sebab Yatie ni kalau sedap dia akan masak berulang kali. Ia menguatkan lagi semangat ita untuk mencuba memandangkan cara memasaknya yang cukup mudah dan simple dan bahan yang minima.
Bila intai dalam peti ais, tengok apa bahan yang ada, dalam keadaan badan yang tak berapa sihat, malas pula nak ke pasar. Bahan tak berapa lengkap, tapi ita tokok tambah bahan-bahan lain yang ada dalam peti. Ita tambah bunga kubis dan putik jagung, biar ada sayur sikit.. jadi tak perlu ita nak masak lauk sayur sebagai sampingan..
Memang tak sia-sia mencuba, resepi yang cukup mudah dan ringkas tapi hasilnya cukup enak! anda pun boleh cuba terutamanya mereka yang tidak punya masa yang lama untuk ke dapur.. resepi yang mudah macam ni adalah terbaik untuk di cuba!
AYAM MASAK HALIA
Resepi Oleh : Kak Liza
Rujukkan : Yatie
1/2 ekor ayam ~ potong kecil, basuh bersih dan toskan ( ita goreng dulu ayam ni dengan kunyit dan garam )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup ~ potong pendek
1 biji buah tomato ~ belah 4
1/2 batang carrot ~ potong kecil
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.
↧
Kek Pisang Lembut
Tekak ni bila tak berapa sihat, macam-macam dia nak makan..
Tiba-tiba teringin pulak nak makan kek pisang. Rasa macam lamanya dah tak buat kek pisang.
Pisang yang suami ita beli untuk anak-anak ada lagi berbaki.. diam-diam ita godek jugak sebiji kek pisang.. hihi
Kan tak sihat pergilah berehat..
Rasa macam tak boleh nak dok diam.. tekak ni mengidam macam-macam pulak.. Tapi bila dah buat bukannya makan sangat.. ambil bau pun jadilah..
Ita memang suka makan kek pisang. Baunya yang harum dan teksturnya yang lembut memang membuatkan ita tak pernah jemu menikmatinya..
Anak-anak tak berapa suka.. masing-masing menolak dengan alasan dah jemu hari-hari bau kek dekat rumah.. tak pe..lah biar mak habiskan..
Resepi kek pisang yang mudah di sediakan ini ita ambil dari dapur Sunah Sakura. Melihatkan keknya yang moist tu buatkan ita terpanggil aje nak mencuba. Kek pisang ni sedap.. lembut.. rasanya tak manis sangat walaupun menggunakan gula satu cawan. Cuma kalau kawan-kawan nak cuba ita cadangkan supaya loyang tu guna loyang besar sikit bersaiz 9 inc atau 10 inc. Sebab kalau guna 8 inci ambil masa lama sikit nak masak sebab keknya agak tinggi.
Ita tunggu kek ni masak berejam-jam hingga ita terlelap.. sekali mak aiii.. kelang kabut ita bila terbau kek yang dah mengaruk satu rumah.. mujur tak hangus cuma agak hitam sikit tapi teksturnya masih ok!
Menurut Sunah resepi ini dia ambil dari dapur Kak Kecik Shida dan dapur Ayu Citarasa Rinduan
kemudian di olah semula oleh sunah untuk mendapatkan resepi yang terbaik. Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan dan bagaimana cara penyediaan kek pisang ni..
KEK PISANG LEMBUT
Olahan dari : Sunah Sakura
4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna
Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
↧
Lala Pedas
Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat semua..
Dah bersedia nak berperang di dapur hari ini..?
Pasti para ibu masing-masing dah mula buka peti ais mencari apalah yang hendak di masakkan untuk hari ini.
Hari ini ita masak lala.
Lala adalah kesukaan anak-anak ita. Suka sangat lah mereka meratah lala ni. Kerap kali juga ita sediakan lala untuk keluarga. Dah bermacam-macam juga resepi lala yang ita cuba.. semua enak dan sedap-sedap belaka. Mana tahu sedap..? emmm.. kalau dah licin pinggan tak bersisa maknanya sedap sangat lah tu... ^_^
Hari ini sekali lagi ita sediakan lala untuk keluarga tersayang. Tapi kali ini ita cuba resepi dari Dapurku Sayang yang dah lama sunyi sepi. Mana lah Dayang menghilang.. sihat ke dia...? merajuk ke dia...? letih ke dia melayan kerenah dunia blog yang bermacam ragam..
Walauapa pun.. ita doakan semoga Dayang dan juga rakan-rakan bloger yang dah lama sunyi.. agar tahun 2015 ini dapat membuka semangat baru buat mereka untuk bangkit semula dan terus berblog..
Rindu rasanya dengan rakan-rakan yang dahulu sama-sama memasak, berkongsi resepi dan berkongsi rasa....
Dayang juga adalah antara otai dalam dunia masak alam maya ni. Beliau yang tak lokek berkongsi tip dan petua memasak sangat di senangi semua... Ita cukup kagum dengan kehebatan beliau membuat kek. Kek Dayang cantik-cantik dan sedap-sedap belaka... maka tak hairanlah jika nama Dayang sering kali meniti di bibir pencinta makanan..
Bercakap pasal otai.. hari ini juga merupakan hari ulang tahun otai kesayangan ramai dalam dunia blog terutamanya blog masakan. Bakat dan kebolehan beliau memang tidak dapat di sangkal lagi.. Idola kesayangan ita dan kesayang semua ini menyambut ulang tahunnya hari ini.. 8 Jan 2015. Selamat ulang tahun Che Mat, semoga Allah merahmati kehidupan Mat, di berikan kesihatan yang baik... senantiasa di murahkan rezeki.. dilimpahkan dengan kasih sayang dan senantiasa ceria dan bahagia selalu..
Rasanya belum terlewat juga untuk ita merakamkan ucapan tahniah dan selamat ulang thun buat blog Sinar Kehidupanku yang menyambut ulang tahun yang ke 5 tahun.. Alhamdulillah.. diam tak diam dah 5 tahun blog Sinar Kehidupanku bersiaran... Bukan mudah nak bertahan dalam dunia blog ni tau! macam macam cabaran dan dugaan yang terpaksa di tempuhi.. selain melayan masam manis dunia blog. Taniah buat Yatie pelopor di sebalik Sinar Kehidupanku..
Di kesempatan ini ijua ita nak merakamkan ucapan tahniah kepada kak Noor dari Bicara kak Noor di atas penerbitan buku masak ke dua beliau.. tahniah kak Noor. Siapa kata jadi blogger buang masa sahaja..? kejayaan demi kejayaan yang di raih oleh blogger masakkan membuktikan bahawa berblog bukanlah kerja yang sia-sia.. jika pandai merancang insyaallah bukan sahaja dapat pulangan di dunia malahan kita juga dapat mengumpul saham di akhirat....
LALA PEDAS
Resepi Oleh : Dj Dayang Jack
1/2 kilo lala ~ cuci bersih
1 sudu besar cili giling
5 biji cili api ~ di ketuk
3 ulas bawang putih ~ di ketuk atau hiris halus
1 cm halia ~ di ketuk atau hiris halus
1 batang serai ~ diketuk
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 helai daun limau purut ~ di siat-siat atau hiris halus
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap manis
sedikit daun bawang atau daun sup ~ di hiris ita letak daun ketumbar
sedikit garam
minyak untuk menumis
Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut.
Kacau sebati.
Masukkan lala dan sedikit air.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
Hidangkan setelah masak.
↧