Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

AYAM MASAK GULAI KAWAH

$
0
0

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi sesi 2013.  Pasti ramai ibu bapa yang sibuk menguruskan anak-anak, lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman pertama anak-anak berada di bangku sekolah dan juga pengalaman pertama bagi ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah.

Pasti pelbagai ragam anak-anak yang dapat di lihat, ada tak sabar nak ke sekolah, tak kurang juga yang berdebar-debar melalui pengalaman pertama ini.

Pengalaman pertama ita di bangku sekolah cukup menyeronokkan. Kerana sebelum itu ita tak pernah ke sekolah apatah lagi ke tadika. Sebenarnya bapa ita terlupa untuk mendaftarkan ita pada awalnya. Kerana anak yang ramai, sampai bapa ita terlupa tarikh lahir ita. Alhamdulillah akhirnya ita diterima masuk sekolah walaupun tidak mendaftar lebih awal.

Tidur malam ita tak lena dibuatnya, tak sabar untuk menanti matahari bersinar. Awal-awal pagi ita dah bangun, tak sabar nak mengalas beg baru dan memakai uniform sekolah yang baru di belikan emak. Selepas menjamah jemput-jemput dan air teh kosong yang disediakan emak, ita terus membonceng motosikal. " jangan cengeng-cengeng.. jangan gembeng-gembeng...' ituah pesan emak ketika ita mengucup tangan emak..


Hari ini giliran ita pula menyediakan keperluan anak-anak ke sekolah. Seperti emak ita juga menyediakan jemput-jemput untuk Dalili mengalas perut. "perut tak bolehg kosong, nanti susah ilmu nak masuk" teringat lagi amanat emak..  Kini amanat itu ita sampaikan pula pada anak-anak.

Pagi ini Dalili kesekolah diiringi hujan yang lebat.. Hujan rezeki nak.. semoga Dalili mendapat ilmu selebat air hujan dan sederas arus sungai yang mengalir.. 

Belajar rajin-rajin ye nak.. semoga tercapai segala apa yang dicita-citakan.. Doa emak sentiasa mengiringi perjalanan mu..


Selepas Dalili hilang dari pandangan, ita terus ke peti ais, apalah yang nak di masakan hari ini? Ita capai sebungkus pelastik berisi ayam. Ayam yang keras ni perlu di lembutkan dahulu.. kalau tak tak sempat pulak..

Hari ini ita masak lauk gulai kawah, lauk kegemaran kami sekeluarga dan juga lauk yang cukup sinonim di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebiasannya orang Kelantan menggunakan daging untuk menyediakan lauk ni. Jemu asyik makan daging aje.. ita cuba pula dengan ayam. 


Untuk menyediakan Gulai Kawah ni, ada rempah gulai kawah yang khas. Ita pun tak pasti apa rempah ratus yang diletakkan dalam ramuan rempah gulai kawah ni. Tapi yang penting rasanya memang sedap!

Bila pulang ke Kota Bahru, ita pasti tak akan lupa untuk membeli rempah gulai kawah ni. Kadang ita beli sampai berkilo-kilo, tapi tak apa sebab rempah ni tahan lama.

Untuk menyediakan gulai kawah ni, ita ikut keselesaan ita dan juga selera keluarga. Ita tambahkan sedikit cili kering supaya gulai ni pedas-pedas manis sikit. Kat rumah ita ni semua suka yang pedas.. Ita juga letakkan gula Melaka untuk menambahkan lagi lemak manis kuah ni.

Pada ita, memasak ni tak payah sangat ikut resepi yang tepat, asalkan kita selesa dan sesuai dengan citarasa kita sekeluarga itu lah yang terbaik kita sediakan.


 AYAM MASAK GULAI KAWAH

1 ekor ayam ~ di potong, cuci bersih, lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng separuh masak.
3 sudu besar rempah gulai kawah
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
7 tangkai cili kering ~ dikisar
1 batang serai ~ dititik
1 buku gula Melaka
1 biji santan kelapa
1/2 cawan air asam jawa
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
Kentang jika suka

Pijarkan minyak dalam periuk atau kawah
Tumiskan rempah tumis dan serai yang dititik
Setelah harum, masukkan bahan yang dikisar, tumis sampai naik bau dan terbit minyak
Masukkan rempah gulai kawah dan masak sampai garing.
Tambahkan air , air asam jawa dan kiub ayam
Kemudian masukkan gula Melaka yang dihiris.
Jika nak letak kentang, bolehah masukkan kentang.
Masak hingga kentang empuk dan kuah mendidih.
Kemudian masukkan ayam dan santan
Masak hingga kuah pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Sedia dihidangkan



NANGKA MUDA MASAK LEMAK PUTIH

$
0
0

'Orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya..'
Peribahasa ini sering dikaitkan dengan, lain orang yang melakukan kesalahan orang lain pula yang dituduh..
Betapa indahnya perumpamaan Melayu, bahasa yang  sangat puitis dan penuh dengan maksud yang tersurat dan tersirat..

Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla) merupakan spesies pokok dalam keluarga mulberi (Moraceae), yang merupakan pokok tempatan di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.
Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia.
Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara.



Buah nangka yang masak ranum berbau harum dan sangat enak di makan. Selain di makan terus, buah nangka yang masak juga kerap dijadikan kuih muih, pengat, bubur dan lain-lain lagi kuih tradisional. Tart nangka juga cukup popular dan intinya menggunakan jam yang diperbuat daripada nangka.

Buah nangka muda pula sangat enak di jadikan gulai, masak lemak di celur untuk dijadikan ulam atau pun kari.

Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.

Kayu dari pokok nangka digunakan bagi penghasilan alatan muzik. Di Indonesia ia membentuk sebahagian dari peralatan muzik gamelan, begitu  juga di Filipina, kayu lembutnya dijadikan badan kutiyapi, sejenis seruling bot Filipina. Ia juga digunakan bagi menghasilkan Veena, sejenis peralatan muzik bertali India dan dram Mridangam dan Kanjira, kayu kuning keemasan dengan urat yang cantik turut digunakan bagi menghasilkan perabut dan rumah di India. Kepingan kayu berhias yang dikenali sebagai Avani Palaka dihasilkan dari pokok nangka digunakan sebagai tempat duduk sami semasa istiadat Hindu di Kerala.

Kayu nangka digunakan secara meluas bagi penghasilan perabut, pembinaan pintu, tingkap, dan atap.
Teras pokok nangka digunakan oleh sami hutan Buddha di Asia Tenggara sebagai pewarna, memberikan jubah sami pengikut tradisi itu warna perang muda yang berbeza.

Rujukan : Wikipedia


Nangka adalah antara buah yang paling ita suka makan, tak kiralah di makan begitu sahaja atau dijadikan kuih-muih. Baunya yang harum membuatkan ita tak sabar-sabar nak menunggu kuih masak. Kuih kegemaran ita adalah nagasari yang berintikan nangka.

Kuih nagasari adalah antara kuih yang kerap mak sediakan. Biasanya mak letak inti pisang nipah, jika ada nangka mak akan letakkan nangka. Kuih ini juga adalah antara kuih mak yang sering mendapat permintaan yang tinggi dari para pelanggan.

Ada sebatang pokok nangka seingat ita di belakang rumah masa ita kecil. Biasanya mak akan sampul buah nangka dengan baju buruk, atau jika mak rajin mak akan anyam daun kelapa untuk dijadikan sarung. Tapi buah nangka yang besar membuatkan sarung anyaman kerap koyak. Mak jarang memasak nangka muda dari pokok belakang rumah, kata mak nangka muda jika dibuat gulai akan menyebabkan buah nangka yang terhasil kemudian buruk, rosak atau di makan ulat..


Mak akan buat gulai jika ada jiran-jiran yang memberikan nangka muda.
Bila nangka masak, kakak ita yang sulung cukup suka membersihkannya. Ita pula akan bersimpuh sambil meratah jerami nangka.. pada masa itu, ita rasa sedapnya.. ulas nangka yang telah kakak bersihkan akan disimpan untuk dibuat kuih. Biji nangka pula akak rebus, inilah jajan ita masa kecik-kecik dulu.. makan biji nangka sambil mendengar drama di radio.. memang seronok.. kulit nangka pula akan ita bagi pada angsa-angsa peliharaan.. memang tak membazir.. hihi

Sebenarnya pokok nangka banyak sangat kenangan pada ita. Selain buahnya yang menjadi kesukaan ita, daun nangka juga merupakan permainan ita masa kecik-kecik dulu. Ita akan cantumkan daun nangka dengan lidi untuk dijadikan crown atas kepala, kadang-kadang ita buat baju, tali pinggang dan macam-macam lagi..  pas tu mula lah ita berangan-angan menjadi permaisuri.. wah.. terasa seronok pula bila kembali ke zaman kanak-kanak..

Hari ini ita masak nangka muda masak lemak putih, lauk kegemaran ita dan juga suami. Lauk macam ni amat berselera dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng atau ikan kering. emmm... berselera betul kami mengadap hidangan hari ini. Bertambah-tambah suami ita menyenduk nasi ke pinggan. Dalili pun apa kurangnya... berulang kali menambah nasi..


NANGKA MUDA MASAK LEMAK PUTIH

1 bungkus nangka muda ~ ita beli nangka yang dah siap siang ada jual di pasar
1 keping ikan kurau  masin ~ potong kecil
5 biji bawang merah ~ di hiris
3 ulas bawang putih ~ di hiris
2 batang serai ~ dititik
1 sudu teh halba
2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
1 helai daun kunyit ~ disiat-siat
1 kiub ikan bilis / kiub ayam / kiub daging 
1 biji santan kelapa
garam secukup rasa

Nangka muda di potong kecil, cuci dan rebus dalam periuk hingga empuk
Masukkan ikan kurau masin, daun kunyit dan serai yang dititik
Dalam kuali kecil tumiskan halba bersama bawang merah dan bawang putih ~ ini dipanggil juga tumis darat
Setelah bawang layur dan harum, masukkan dalam periuk yang berisi nangka tadi.
Masukkan juga lada hitam dan kiub ikan bilis atau kiub ayam atau kiub daging.
Masak hingga kuah mendidih dan nangka lembut
Tambahkan santan dan perasakan dengan garam
Sedia dinikmati bersama, ikan goreng atau ikan kering, sambal belacan dan ulam ulaman.




 

PISANG MUDA MASAK LEMAK

$
0
0


 Pisang emas bawa belayar
Masak sebijik di atas peti
Hutang emas boleh  dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Hari ini masih lagi dengan selera kampung.
Sebenarnya lauk pauk kampung adalah makanan pembuka selera. Bila dah makan sekali pasti nak lagi dan lagi..
Jika semalam ita sediakan lauk nangka muda masak lemak putih, hari ini ita kongsikan pula lauk pisang muda masak lemak. Bila makan lauk macam ni, di musim hujan yang sejuk dan dingin, memanglah sangat berselera, bertambah selera jika dilawankan dengan sambal tumis, ikan goreng atau ikan masin.  Kalau ada sambal belacan dan ulam-ulaman lagi lah bertambah-tambah berselera dibuatnya..

Lauk lemak pisang muda adalah antara lauk kesukaan emak. Tapi mak jarang masak kerana anak-anaknya kurang gemar. Sebagai ibu pastilah selera anak-anak yang jadi keutamaan.


Ada yang suka makan tapi kurang gemar memasak. Ada juga yang tak berapa mahir selok belok masakan kampung. Sebenarnya bila masak ni ikut keselesaan kita. Apa yang kita rasa selesa dan dapat menarik selera keluarga itulah yang pastinya akan jadi keutamaan.

Pisang muda ni yang leceh sikit sebab ianya bergetah. Kalau kena kat tangan payah juga nak hilangkan getahnya, bertambah-tambah payah bila terkena pada baju.. Untuk mengurangkan masalah getah pisang, biasanya ita akan letakkan sedikit minyak pada mata pisau, dan juga pada bekas untuk meletakkan pisang tu nanti.

Macam mana pula cara nak siang atau potong pisang muda ni. Sebagaimana yang ita nyatakan tadi, ikut keselesaan. Biasanya ita akan siat kulit pisang dahulu. Kulit pisang ni sebenarnya sedap dimakan. Tapi ita tak ambil semua kulit pisang, ita pilih yang bersih sahaja yang akan ita masukkan dalam gulai ita nanti. Yang lain tu selepas ita siat kulit, ita potong 2 dan belah tengah, belah 2 atau 4 pun boleh, ikut keselesaan kita.


Cara memasaknya pula ita rasa sama juga seperti orang lain, memasak ala-ala masak lemak cili padi Negeri Sembilan.
Ita gandingkan pisang muda dengan kepak ayam, ini untuk menambahkan perisa dalam kuah lemak tu nanti. Jika nak gunakan bahagian ayam yang lain pun boleh. Kalau yang tak suka ayam boleh lah gantikan dengan daging atau kalau jemu dengan daging boleh letakkan ikan masin kurau.

Ada yang meletakkan udang kering atau belacan, tapi sebab ita dah letak ayam, ita tak letak lah udang kering dan belacan. Kalau nak gantikan dengan udang basah pun boleh, ikut keselesaan dan citarasa masing-masing.





PISANG MUDA MASAK LEMAK

1 sikat pisang muda ~ di potong, siat kulit dan cuci bersih
*Siat kulit pisang dahulu. Kulit pisang boleh di masukkan juga dalam gulai jika ianya bersih. Potong ikut keselesaan, boleh potong serong atau potong 2 dan belah tengah tapi jangan putus.
4 keping kepak ayam ~ boleh juga guna bahagian ayam yang lain
20 tangkai cili padi ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
1 inc kunyit hidup ~ dikisar
1 helai daun kunyit ~ buang batang tengahnya,  1/2 dikisar dan 1/2 bahagian lagi dimayang halus
3 keping asam keping
1 batang serai dititik
1 biji santan kelapa
1 kiub ayam
air secukupnya

Pisang yang telah telah dipotong dicuci bersih.
Masukkan pisang dalam periuk bersama air dan rebus hingga pisang empuk
Kemudian toskan airnya

Dalam periuk bersih, masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai, masak hingga mendidih dan naik harum baunya
Kemudian masukan ayam, masak hingga ayam empuk
Tambahkan air jika kurang
Masukkan asam keping dan kiub ayam
setelah kuah mendidih masukan pisang yang telah direbus tadi.
Kemudian masukkan santan
Biar kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan hirisan daun kunyit
Masak hingga kuah sedikit pekat, sedia dihidangkan.


KARI CAMPUR

$
0
0

Resepi kari ni ita dapat dari seorang teman. Teman ita menyatakan beliau pernah makan dirumah kenalan berbangsa India di Pulau Pinang dan merasakan yang kari disediakan cukup enak sekali. Kerana teruja dengan kesedapan kari tersebut, beliau tanpa rasa segan silu terus meminta resepi. Kebetulan tuan rumah tidak lokek untuk berkongsi resepi.

Apakah yang membuatkan resepi kari itu sangat enak pada selera beliau?
Rupanya, tuan rumah menambahkan kacang badam dan gajus dalam kari tersebut supaya rasanya lebih lemak.

Semasa ita berbual dengan Chef Amir, dalam kelasnya yang pernah ita hadiri, Chef Amir telah memberikan satu rahsia untuk menyedapkan kari, iaitu dengan mencampurkan 2 rempah kari BABAS dan ADABI. "cubalah!!.. pasti anda akan sukakan rasanya yang enak dan aromanya yang memikat!"
Mendengarkan rahsia tersebut ita tak sabar-sabar lagi untuk mencuba!

Ketika ita ke pasar untuk membeli rempah, tauke India tu pula mencadangkan supaya ita meletakkan kas-kas dalam kari yang akan ita sediakan, katanya "pasti akak akan suka.. sampai mak mertua lalu pun akak tak nampak.." wah! pandai sungguh dia berkata-kata..

Kerana ramai sungguh yang baik hati memberikan ita rahsia untuk melazatkan kari, akhirnya hari ini ita mencuba gabungkan kesemua rahsia yang ita kumpul dalam satu resepi dan ita namakannya Kari Campur. Hasil campuran beberapa petua dari mereka-mereka yang tidak pernah lokek untuk kongsikan ilmu. Terima kasih semua..

Pada ita resepi kari ini memang cukup enak!  terasa rempahnya yang bergabung sekali dengan lemak kekacang. Cuma kuahnya agak pekat, ita rasa besar kemungkinan campuran kekacang dan juga tambahan buah keras yang ita letakkan.

Pada mulanya ita nak tambahkan air untuk mencairkan sedikit kuahnya, tapi suami ita pula tak benarkan kerana katanya rasanya sudah cukup sedap dan serasi. Jadi pada mereka yang tidak suka kuah yang pekat, bolehlah tambahkan air untuk mencairkan kuahnya sedikit.

Kuah kari ini ita hidangkan bersama Sambal Goreng Jawa dan Sambal Mempelam Muda, dimakan juga bersama ikan kering Gelama dan ulam-ulaman. Kerana anak-anak tak gemarkan ikan kering, ita gorengkan juga ikan kembung untuk dimakan bersama.



KARI CAMPUR

1 kg daging batang pinang ~ dipotong dan cuci bersih
2 sudu besar rempah kari ADABI
2 sudu besar rempah kari BABAS
2 tangkai daun kari
1 batang serai dititik
1 kiub daging
3 biji kentang ~ di potong 
1/2 biji santan kelapa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Rempah Tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji pelaga
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh halba
2 sudu besar kas-kas

Bahan Kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
1 inc halia
1 inc lengkuas
1 batang serai
1 tangkai daun kari
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus
2 biji buah keras

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan semua rempah tumis hingga harum
Masukkan daun kari dan juga serai yang dititik
Kemudian masukkan Bahan kisar
Masak hingga harum
Tambahkan rempah kari BABAS dan ADABI, tumis hingga garing
Masukkan daging
Tambahkan air jika kuah pekat
Masukkan kentang dan masak hingga kentang dan daging empuk
Tambahkan kiub daging dan santan
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah sedikit pekat.
Sedia dihidangkan.


SAMBAL PELAM

1 biji mempelam muda ~ diracik halus
3 biji lada merah ~ ditumbuk
20 biji cii padi ~ ditumbuk
belacan sebesar 50 sen
1 biji Jus perahan limau nipis
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat
Perahkan air limau nipis
Tambahkan garam dan gula secukup rasa
Gaukan bersama pelam yang telah di racik halus
Sedia di hidangkan


SAYUR GORENG JAWA

4 keping tempe ~ dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu ~ dipotong dadu dan digoreng
1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng
10 gm suhun ~ direndam
Kacang panjang ~ dihiris serong
10 ekor udang ~ dibuang kulit
1 keping tauhu kering ~ direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1 sudu besar udang kering ~ dikisar
1 sudu besar ikan bilis ~ dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris halus
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa


Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar dan serai hingga garing dan harum. 
Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. Kemudian masukkan kicap manis bersama garam. 
Kacau sampai masak




MASAK LADA API DAGING PANGKAL

$
0
0

Assalamualaikum, 
Semalam ita sediakan masakan dari Negeri Sembilan. Jika sebut negeri Sembilan pasti kita teringatkan chef yang comel dan sering mengukir senyuman manis, siapa lagi kalau bukan Chef Ismail. Resepi ni ita ambil dari buku masakan beliau Sajian Tradisi Negeri Sembilan. Ita beli buku ni sewaktu mengunjungi restoran milik beliau di Bangsar.

Makanan dari Negeri Sembilan memang cukup terkenal dengan santan dan cili apinya. Kalau tak pedas bukan Negeri Sembilan lah namanya. 

Berbalik kita pada resepi Masak Lada Api Daging Pangkal ni, ita kurang mengerti dengan apa yang dimaksudkan daging pangkal dalam resepi tersebut. Daging yang di cadangkan dalam resepi pula adalah daging cincang atau daging hancur. Ita pula menggunakan daging batang pinang yang ita potong kecil-kecil, kerana ita tak berapa gemar sangat daging cincang ni. Jadi kepada yang nak mencuba bolehlah mencuba dengan daging cincang atau daging yang dipotong kecil-kecil macam ita ni..  

Pada ita resepi ni sangat sedap dan anak-anak juga sangat mengemarinya. Cuma memang berasap telinga bila makan.. aduh! terasa pedasnya yang mengigit.. 
Masakan tak pedas, semua bahan-bahan pedas berada dalam lauk ni dengan cili apinya, lada hitam dan lada kering.. maunya tak berasap.. !! 



MASAK LADA API DAGING PANGKAL
Resepi : Chef Ismail
Rujukan : Sajian Tradisiona Negeri Sembilan

500 gm daging cincang ~ ita guna batang pinang dan potong kecil
25 gm lada api
5cm kunyit hidup
175 ml santan pekat
2 batang serai ~ dititik
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1/2 sudu teh lada hitam ~ sangai dan tumbuk *
1/2 sudu teh ketumbar ~ sangai dan tumbuk *
2 sudu besar cili kering ~ yang telah dikisar
Garam dan gula secukup rasa

Daging cincang dicuci dan direbus hingga empuk
Lada api dan cili padi ditumbuk atau dikisar hingga lumat
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis
Serai pula dititik
Lada hitam dan ketumbar pula disangai tanpa minyak dalam kuali
Masukkan daging yang telah direbus, hirisan bawang-bawang, halia, serai, bahan-bahan yang telah dikisar, rempah tumbuk*, cili kering kisar, dan sedikit air ke dalam periuk dan jerangkan untuk proses mengecut selama 15 minit.
Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
Masak hingga mendidih dan kuah sedikit pekat.



IKAN CENCARU BAKAR DAN SAMBAL KICAP

2 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih, lumurkan garam kemudian di bakar

15 biji cili padi
2 biji bawang besar hiris
2 tangkai cili merah ~ dihiris
3 biji limau nipis ambil jusnya
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
250 ml kicap manis
secubit garam

Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat
Tambahkan kicap, garam dan gula
Perahkan jus limau nipis
Taburkan dengan cili merah hiris dan bawang merah yang telah dihiris



KOBIS GORENG KUNYIT

1/4 biji kobis yang sedang ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
1 batang cili merah ~ dihiris
Sedikit soon ~ direndam hingga lembut
1 labu bawang merah ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris
garam dan gula

Bahan Kisar
1 sudu besar udang kering ~ rendam dan kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inc kunyit hidup

Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan lobak merah dan sayur kobis kacau rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan soon dan taburkan dengan hirisan bawang merah dan lada merah



Yang lain ini pula adalah laup pauk yang ita gandingkan bersama. Ita sediakan juga kobis goreng kunyit, ikan cencaru bakar dan dicicah bersama sambal kicap.

Sebagai pelengkap di meja hidangan dan juga sebagai pencuci mulut ita sediakan agar-agar santan pandan yang resepinya pernah dikongsikan oleh sahabat ita yatie.

Sedap tau agar-agar ni, terasa lemak manisnya yang memang sesuai sebagai penghilang kepedasan.. hihi


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Rujukan : Yatie

10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan

Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk









Yang enak dan lazat dari pakar masakan

$
0
0



Assalamualaikum..
Lama rasanya ita tak kirimkan resepi di dapur alam maya ita ni. Sebenarnya kekangan masa dan kesibukan buatkan masa ita cukup terbatas sejak dua menjak ni. Maklumlah minggu persekolah baru bermula, dan ita masih belum dapat sesuaikan diri dengan jadual ita sehari-hari. Nampaknya ita kena aturkan semual tugasan ita supaya ianya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tapi jangan bimbang, hari ini ita akan kongsikan beberapa resepi menarik dan hebat dari insan-insan yang cukup dekat dihati ita yang mempunyai sentuhan magik dan mereka juga adalah sumber inspirasi ita didapur.

Bagaimana dah bersedia untuk menyalin resepi? waaa... pasti dah tak sabar-sabar nak melihat resepi istimewa ni kan. Ok lah, ita mula kan tirai hari ini dengan hidangan istimewa dari negara gajah putih di utara Tanah Air kita. Jom kita ke Siam dan terokai rahsia penyediaan Lodeh Siam dari Chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Ismail.

Pada ita resepi ni cukup istimewa dan sedap kerana ia seakan kombinasi antara lodeh tempatan dan masakan Tom Yum dari Thailand. Kepada yang terasa nak mencuba tu silakanlah.. tak rugi sesekali kita bertukar selera. Bukan mudah nak merasa lodeh dari Siam ni, jadi bila dah ada resepi ni apa tunggu lagi..

LODEH SIAM
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

100 ml minyak masak
1 liter air
200 ml pati santan diperah daripada 1 biji kelapa parut
2 kiub rempah TomYum
1 sudu teh pati ikan bilis
Garam secukup rasa
1 sudu besar perahan jus limau nipis

Bahan Kisar
15 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 tangkai daun selasih
2 pokok ketumbar bersama akarnya
2 batang serai
3 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 sudu teh pes cili kering

Sayur-sayuran
Kacang panjang ~ dipotong 1 inc
1/2 biji kubis sederhana besar ~ dihiris
300 gm sengkuang ~ di potong kecil
1 batang lobak merah ~ dipotong kecil

Bahan di goreng terendam
3 keping tauhu ~ dipotong dadu
3 keping tempe ~ dipotong dadu

Panaskan minyak masak dalam periuk diatas api yang sederhana.
Tumiskan bahan yang dikisar sehingga harum
Masukkan air dan biarkan merenih selama 15 minit
Tambahkan pati santan dan kacau selalu agar tidak pecah minyak
Campurkan rempah Tom Yum, pati ikan bilis dan garam secukup rasa
Kacau dan biarkan didih selama 15 minit lagi
Perahkan air limau
Masukkan sayur-sayuran, tauhu dan tempe
Biarkan kuah masak dan sayur empuk
Sedia untuk dihidangkan

Selain Lodeh Siam ita juga sediakan resepi Daging Api-api, juga hasil sentuhan tangan magik Chef Ismail yang tidak asing lagi bagi pengemar-pengemar masakan tradisional. Seperti lodeh Siam , resepi ini juga ita ambil dari buku masakan beliau yang ita beli sewaktu mengunjungi restoran Rebung milik beliau di Bangsar. Kerana teruja dengan masakan yang disajikan di restoran tersebut buatkan ita tak fikir dua kali untuk memiliki buku masakan beliau.

Resepi ini juga tidak kurang hebatnya. Walaupun resepinya nampak ringkas, namun hasilnya tidak mengecewakan. Ita buat separuh dari resepi, memandangkan kini kami hanya tinggal bertiga sahaja di rumah. Tak bolehlah masak banyak-banyak nanti berlaku pembaziran pula..!


DAGING API-API
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

125 m minyak masak
2 sudu besar gula
1 kg daging ~ di potong, cuci bersih dan rebus hingga empuk
350 ml air
2 sudu besar air asam Jawa
3 sudu besar kicap pekat lemak manis
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar ~ untuk ditabur

Bahan Kisar
30 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Letakkan minyak masak dalam periuk dan panaskan atas dapur
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
Kacau dan kecikan api
Tambahkan gula dan kacau sehingga berkaramel dan kelihatan berkliat
Masukkan daging yang sudah direbus, balik-balikkan dan tambahkan air, air asam Jawa, kicap dan garam secukup rasa
Masak sehingga kuah pekat
Angkat setelah masak dan taburkan ada hitam yang ditumbuk kasar sebelum dihidang.


Dan yang ini pula adalah resepi yang dah lama ita teringin nak mencuba, tapi asyik tak berkesempatan aje... cara penyediaannya yang cukup mudah dan hasilnya memang aduh.. sedapnya.. buatkan ita makan bertambah-tambah.. terima kasih Chef

Cuma ita terpaksa olah sikit resepi, memandangkan ita dan suami tak pandai makan ikan bilis yang tak masak atau tak digoreng, jadi ita ambil keputusan untuk goreng dahulu ikan bilis ni, supaya ita dapat merasa kesedapannya, dan ternyata memang sedap!


SAMBAL GESEK
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Sajian Tradisional Negeri Sembilan

60 gm ikan bilis ~ dikopek ( ita goreng dahulu ikan bilis ni )
30 tangkai cili padi
3 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Lada padi ditumbuk sehingga lumat
masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar
Perasakan dengan garam dan gula
Akhir sekai perahkan jus limau kasturi

Sebagai penghilang dahaga pula ita sediakan jus Jimi Asmara hasil penyelongkaran ita di dapur maya Adnan Ibrahim yang kebetulan baru menyambut ulang tahunnya.. Selamat Ulang Tahun Mat.. semoga semakin bertambah-tambah rezeki Mat dan diberikan kesihatan yang baik supaya lebih ligat lagi didapur maya ni..


JUS JIMI ASMARA
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan

Air masak secukupnya ~ anggaran 1500 ml
4 - 5 camca besar gula
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick
1 camca teh esen pisang
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

Bancuh guna dengan sedikit air panas, kacau rata.
Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu.
Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya
Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya.
Biarkan sejuk sebentar dansedia dinikmati


Bila dah menjamu selera tak lengkap rasanya jika tiada sesuatu hidangan yang segar dan nyaman sebagai pencuci mulut.
Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah dari Chef yang tidak asing lagi iaitu Chef Amer. Tapi ita olah sikit resepi ni, dari sebiji kek ita jadikan dessert yang cukup enak untuk dinikmati.


VERY BERRY MOUSSE
Rujukan : Chef Amer

Kek span ~  apa-apa kek span pun boleh
Buah strawbery secukupnya ~ di belah 4
Buah Blackberries secukupnya
Strawberry filling secukupnya

Berry Mousse
2 biji kuning telur
Rasberry puree ~ atau apa-apa puri berries pun boleh
6 gm serbuk gelatin halal
25 m air
150 gm krim bukan tenusu

Tuangkan air dalam bekas kecil
Taburkan serbuk gelatin atasnya dan biarkan gelatin mengembang anggaran 10 minit
Sementara itu panaskan kuning telur secara double boiler sehingga ia pekat. * pastikan sentiasa dikacau
Alihkan dari api dan campurkan rasberry puri dan gelatin. Kacau rata
Biarkan sejuk
Sementara itu pukul krim bukan tenusu hingga kental, kaku dan bertanduk
Kaup baik krim bukan tenusu yang telah diputar dalam adunan puri rasberry tadi. Kacau rata

Sediakan gelas atau bekas
Letakkan kek span di dasarnya
Tuangkan pula berry mousse
Taburkan dengan buah-buahan segar strawberry dab blackberries
Akhir sekali letakkan filing strawberry
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.


Untuk minum petang pula ita sediakan kek pisang gebu. Resepi  Chef Zubaidah dari buku koleksi masakan beliau. Kepada mereka-mereka diluar sana yang suka buat kek, jangan lupa dapatkan senaskah buku kek beliau, tak rugi beli kerana semua resepi dalam buku ni memang sedap dan sangat mudah penyediannya.

Kek pisang gebu ni dah banyak kali ita buat. Cuma ita tak berkesempatan untuk kongsikan resepinya sahaja. Sebab setiap kali buat sekejap aje dah licin.. baunya yang menusuk tu buatkan anak-anak tak sabar-sabar nak makan terutamnya ketika masih hangat dari ketuhar.. memang sedap!


KEK PISANG GEBU
Oleh : Chef Zubaidah
Rujukan : Jamuan Kek

150 gm pisang ~ dilenyek
200 gm tepung gandum
160 gm gula kastor
3 biji telur
120 m minyak masak
1 sudu besar ovalatte
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Panaskan ketuhar pada suhu 170 C
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit butter pada loyang dan lapik dasar loyang dengan kertas kek

Dalam bekas pemutar satukan semua bahan dan pukul hingga pekat
Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit ~ 1 jam bergantung pada ketuhar masing-masing.


Kepada semua rakan-rakan, selamat mencuba dan selamat berhujung minggu..







Sehari didapur memang memenatkan..

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan ita diluar sana. Apa khabar semua pagi ni? semoga kalian semua sihat, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan kasih sayang yang melimpah ruah.

Alhamdulillah, pagi yang cerah dengan kicaun burung yang berterbangan mencari makanan. Walaupun pagi agak dingin kerana hujan petang semalam, harap-harap biarlah hari ni panas hingga ke petang..

Mungkin ada antara kita, suri rumah yang sedang memikirkan juadah yang akan disajikan pada keluarga hari ini. Al maklumlah hari ni hari Isnin dan pasar tak bukak pulak kan.. bagi mereka yang telah berbelanja awal mungkin masih ada lagi stock bahan basah dalam peti ais. Tapi kalau ada yang tertinggal, terpaksalah masak ala kadar sekadar mengalas perut.

Tak kisahlah masakan apa yang bakal kita sajikan, kita harus bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Inilah rezeki Allah untuk kita hari ini.

Bercerita bab masakan, inilah antara sajian yang sempat ita sediakan buat keluarga semalam. Ya, semalam ye.. hari ni beum masuk dapur lagi.. dan masih memikirkan apa pula yang akan ita sajikan untuk suami dan anak-anak.

Entah kenapa sejak dua menjak ni selera ita beralih pula kepada masakan kampung. Begitu juga dengan suami yang hari-hari mencadangkan ita masak masakan kampung. Mungkin dah rindu pada kampung halaman, maklumlah dah agak lama juga ita tak menjengah keluarga mertua di Utara Pantai Timur.

Semalam ita sempat sediakan beberapa menu istimewa dan sudah semestinya dari insan-insan yang istimewa dan untuk di sajikan juga buat mereka yang cukup istimewa di hati ini. Jom kita intai-intai apalah yang sempat ita sediakan..


GULAI PUCUK PAKU IKAN KERING
Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

2 ikat daun pucuk paku
10 tangkai cili padi ~ ditumbuk
300 gm ikan kering
3 batang serai ~ dititik
2 inc kunyit hidup ~ di tumbuk
5 sudu besar tempoyak
500 ml santan
2 helai daun kunyit ~ dihiris
Garam secukup rasa

Panaskan periuk, masukkan tempoyak, cili padi, santan dan kunyit
Kacau perlahan di atas api yang sederhana
Masukkan pucuk paku dan kacau sebati
Apabila mendidih masukkan daun kunyit dan ikan kering
Kacau hingga pekat
Perasakan dengan garam


SALAD SIAM
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

400 gm daging lembu batang pinang
Minyak untuk menggoreng
1 batang terung panjang

Bahan Dihiris
2 batang serai
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili hijau
6 ulas bawang merah
3 pokok daun ketumbar
3 tangkai daun selasih

Bahan Sos
3 sudu besar sos ikan
5 sudu besar perahan air limau nipis
2 sudu besar gula perang
6 sudu besar pati santan diperah daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa


Hiris daging nipis-nipis dan goreng dalam minyak yang panas hingga garing, kemudian toskan atas kertas tisu untuk mengtoskan minyaknya.
Terung di belah dua dan sangai  atas kuali tanpa minyak sehingga kelihatan kesan terbakar.
Campurkan bahan-bahan yang dihiris bersama terung dan daging dalam mangkuk besar hingga rata.
Tuangkan sos yang telah di bancuh dan gaul hingga sempurna
Letakkan salam di atas pingga dan hidangkan
Jika sukakan salad yang pedas, bolehah gantikan cili merah dengan cili padi.


IKAN BERLADA
oleh: Chef Ismail
Rujukan : Sajian Tradisional Negeri Sembilan

1 kilo ikan sederhana besar
200 gm cili merah
100 gm cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai ~ dititik
2 keping asam keping
1 cawan minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Ikan di cuci bersih, gaukan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng garing
Kisarkan cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak dan tumiskan bersama serai yang dititik, hingga garing
Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam
Masukkan ikan yang telah digoren dan kacau hingga bersalut rata





SIRAP SELASIH KU SAYANG
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan


Ibu sirap rose secukupnya
1 tin laici
Air masak atau air mineral secukupnya
1 1/2 camca besar biji selasih ~  rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
Ais kiub secukupnya


Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug
Tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air.
Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub
Jika rasanya dah ok boleh hidangkan.



PUDING JAGUNG BERKARAMEL

Bahan karamel
3 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Bahan Puding
150 gm tepung kastard
400 gm / 1 tin jagung manis daam tin
150 gm gula
700 ml air
400 m susu cair
1 sudu teh pes jagung
secubit garam

Masak gula dalam periuk kecil hingga ia keperangan
Tanbahkan air dan kacau hingga ia berkaramel ~ berhati-hati semasa proses ini
Kemudian tuangkan karamel dalam acuan

Dalam periuk berasingan, satukan semua bahan puding
Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga ia pekat dan likat.
Tuangkan dalam acuan yang telah di letakkan karamel tadi
Sejukkan dalam peti ais


Inilah proses disebalik tabir yang sering kali di ajukan pertanyaan oleh rakan-rakan. "macam mana ya caranya kak ita ambil gambar masakan, dari susun atur propnya"

Tapi ini adalah cara ita, setiap blogger ada cara mereka tersendiri. Kebiasannya proses ita mengambil gambar agak lama. Ita kena rancang dahulu gambar bagaimana yang ita inginkan bersesuaian dengan konsep masakan itu sendiri, dan kesesuaian warna.

Ada masa ita terpaksa berulang kali tukar prop kerana dirasakan tidak bersesuaian, tidak bertepatan dengan tema atau lari dari konsep. Untuk proses setting aje ita peruntuk kan lebih kurang 1 jam dengan proses pemilihan alas dasar, kain pingan mangkuk atau back dropnya.
Ini tidak termasuk proses plating makanan yang ita lakukan.

Cuaca adalah cabaran besar setiap kali ita merakamkan gambar. Keadaan rumah yang cukup terbatas pecahayaan membuatkan ita terpaksa berhati-hati dalam memilih masa yang sesuai untuk merakamkan setiap gambar.

Ita paling suka mengambil gambar di sebelah pagi dari jam 8 hingga 10, selepas dari itu, pasti berpeluh-peluh ita mencari ruang dan sudut yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Penat dan memang sangat memenatkan.. tapi atas dasar minat dan keseronokkan ita rasakan ianya seakan satu terapi yang sangat menghiburkan.






Joget Pahang

$
0
0
Melenggang 
Hai melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati nanti orang pun sayang

Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Pukulah gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini bang hoi dagang merantau
Mengharap belas orang disini

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buatlah jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Joget Tari Lenggang, juga dikenali sebagai Joget Pahang, ialah sebuah lagu rakyat tradisional gubahan Tan Sri P. Ramlee, khusus untuk filem Hang Tuah (1956) yang dibintangi oleh P. Ramlee sendiri, yang mana watak beliau iaitu Hang Tuah menyanyikan lagu ini dalam adegan tari-menari dalam istana.

Joget Tari Lenggang ditakrifkan sebagai sebuah lagu berirama tradisional Melayu yang didendangkan dengan rancak, liriknya tulisan Dato' Jamil Sulong yang menampakkan ciri-ciri pengulangan dalam setiap rangkap, dan secara harfiahnya menceritakan seorang pedagang yang merantau dari Melaka ke negeri Pahang dengan membawa buah berangan yang dibeli di Johor, mengharapkan sambutan mesra dari para penduduk negeri Pahang, serta memuji kedamaian negeri Pahang yang dikunjunginya.

Lagu ini dinyanyikan secara duet oleh P. Ramlee dan Jasni (pinjamkan suaranya kepada Mustafa Maarof) dalam filem Hang Tuah, P. Ramlee merakam semula lagu ini bersama Saloma untuk keluaran piring hitam dengan tajuk "Joget Pahang". Selain P. Ramlee, lagu ini turut dirakam oleh ramai seniman dalam album masing-masing, termasuk Datuk Ahmad Jais, Siti Nurhaliza (sebagai single) dan kumpulan Amuk (dalam bentuk heavy metal).


Bila terdengar aje alunan irama lagu ini, pastilah ingatan terus terbayangkan negeri Pahang yang aman dan sentosa, dipenuhi hutan balak yang hijau merimbun dan sudah semestinya terbayang akan keenakkan Gulai Ikan Patin yang merupakan menu sajian utama negeri Pahang Darul Makmur.

Terus terang ita sebenarnya tidak pernah merasa Gulai Ikan Patin Pahang , pertamanya kerana ia diletakkan tempoyak yang mana kita sedia maklum tempoyak dihasilkan daripada durian dan ita memang tak makan durian. Yang keduanya kerana ia menggunakan ikan patin dan ita juga sebenarnya tidak makan ikan sungai.

Tapi bila ita menyelak helaian buku Kuisin Warisan Melayu, hasil sentuhan air tangan Chef Ismail, hati ni seakan meronta-monta pula nak merasa keenakkan gulai ikan patin yang merupakan masakan kesukaan penyanyi nombor satu negara kita ni.

Oleh kerana ita tak makan ikan patin, jadi ita gantikan dengan ikan belanak. Ya Allah memang payah sungguh ita nak masak, walaupun sebenarnya memasak gulai ikan patin ini cukup mudah dan ringkas penyediannya. Masalahnya bila ita nak meletakkan tempoyak tu.. terpaksa lah ita menutup hidung ni.. aduyaiii.. tak tertahan-tahan dengan baunya.. yang.. adoii.. tak boleh nak katalah..

Tapi bila dah siap gulai ni, eh.. sedap pulak lah... tak ada bau tempoyak pulak.. dan tak ada rasa durian.. pun..
Rasanya seakan lauk asam pedas lada hidup dicampur dengan lauk singgang.. memang sedap!
Kepada yang tak pernah mencuba boleh lah mencuba..!!




GULAI IKAN PATIN PAHANG
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

2 sudu besar tempoyak
3 tangkai cili merah ~ ditumbuk halus
6 tangkai cili padi ~ ditumbuk halus
4 cm kunyit hidup ~ ditumbuk halus
1 batang serai ~ dititik
450 ml air
1 ekor ikan patin potong 3 cm tebal ~ ita guna ikan belanak
1 biji tomato ~ potong baji
1 biji timun ~ belah 2 dan hiris 2 cm menyerong
1 tangkai cili merah ~ belah 2 tapi jangan putus
1 tangkai cili hijau ~ belah 2 tapi jangan putus
1 helai daun kunyit ~ disiat-siat
Garam secukup rasa


Cuci ikan patin bersama garam kasar dan asam jawa untuk menghiangkan bau lumpur
Bubuh tempoyak dan bahan-bahan yang ditumbuk halus bersama serai dan air ke dalam periuk
Jerang di atas api yang sederhana hingga mendidih
Tambahkan ikan, tomato, timun cili merah, cili hijau dan daun kunyit
Perasakan dengan garam secukupnya
Setelah masak
Sedia dihidangkan


KERABU KACANG BOTOL
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

15 tangkai kacang botol
125 ml air imau nipis
125 ml santan ~ diperah daripada 1 biji kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai ~ dihiris nipis
8 ulas bawang merah ~ dihiris nipis

Bahan Kisar
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan serbuk
2 sudu besar udang kering ~ direndam hingga lembut
8 ulas bawang merah

Cuci kacang botol dengan sedikit garam, toskan dan hiris setebal 0.5 cm
Campurkan bahan-bahan yang dikisar dengan air limau dan santan.
Gaul sebati
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
Masukkan hiruisan serai dan bawang dan kacau rata
Tambahkan kacang botol dan gaul sebati
Pastikan kerabu mempunyai rasa garam, air limau dan gula secukupnya
Hidangkan segera


TELUR DADAR

5 biji telur
2 labu bawang besar di hiris
secubit garam
1 sudu besar mayonis
1 batang cili merah dihiris
1 batang cili hijau dihiris

Satukan semua bahan dalam bekas dan dikocok hingga rata
Panaskan pan dengan sedikit minyak
Masukkan telur dan biarkan ia masak
Balikkan telur untuk meratakan masaknya di kedua-dua belah.



AIR JANDO PULANG
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan

1 biji kelapa muda ~ asingkan isi dan airnya
2 helai daun pandan ~ disimpul
Gula merah / gula Melaka / Gula Enau ~ secukupnya
Gula pasir secukupnya
Ais kiub secukupnya
Masak gula merah atau gula melaka bersama gula pasir, daun pandan, air kelapa hingga larut. 
Tapis dan sejukkan.
Kemudian masukkan isi kelapa muda ~ isi kelapa ini boleh juga dimasak bersama gula tadi jika suka
Tambah ais kiub secukupnya
Sedia dinikmati dingin


Membeli ragi di Pekan Jermal
Singgah sebentar ke Tasik Gelugur
Bila lagi hendak beramal
Kelapa muda lagikan gugur






HARIAN METRO

$
0
0


Assaamualaikum

Salam pagi Jumaat buat semua pengunjung yang setia menemani Masam Manis.
Ahamdulillah kita masih dapat bernafas di pagi Jumaat yang barakah.
Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki serta sentiasa disirami kasih sayang yang berpanjangan.

Dah sarapan?
Sarapan apa ye pagi ni?
Yang berat atau yang ringan..?
Atau bersarapan dengan berita-berita sensasi dari akhbar tempatan?
Menambahkan ilmu dan memperluaskan minda.

Ahamduillah bersempena keberkatan pagi Jumaat buat julung-julung kalinya, terselitlah Masam Manis dalam naskah Harian Metro bertarikh 18 Januari 2013.
Pertama sekali jutaan terima kasih buat Harian Metro 'Memburu Berita Melangkaui Sensasi' yang memberikan peluang buat Masam Manis muncul didada akhbar pagi ini. Teristimewa buat wartawan Nor Faizah Mohamed yang sudi menemuramah ita.

Semoga Harian Metro terus menjadi akhbar no 1 di Malaysia dan sentiasa diburu pembaca untuk mendapatkan berita terkini lagi sensasi.


Cook With Love





KETAM TELUR ASIN

$
0
0



Cuaca di Johor dua tiga hari ini mendung dengan hujan yang turun mencurah-curah tanpa henti. Bagi kebanyakkan kawasan yang rendah mungkin telah dinaiki air. Bila cuaca begini, sebagai ibu bapa kita hendakah sentiasa peka tentang keselamatan anak-anak, terutamannya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang rendah dah mudah dinaiki air. Begitu juga bagi mereka yang kediaman mereka berhampiran dengan sungai atau parit-parit besar. Pastikan anak-anak sentiasa dibawah pemerhatian kita, jangan sesekali kita terleka kerana 'malang tidak berbau'

Bila musim tengkujuh atau hujan dengan cuaca yang tidak menentu, pastilah harga barang-barang terutamannya bahan basah di pasar melambung tinggi. Apa yang pasti harga sayur terutamanya cili merah memang akan naik mendadak. Kebanyakkan peniaga pula akan menyalahkan cuaca yang buruk menyebabkan harga bahan-bahan meningkat. Ikan juga tidak terkecuali, melambung harganya. Maklumlah para nelayan tidak dapat turun ke laut bila keadaan cuaca buruk dan laut bergelora. Sebagai pembeli kita haruslah bijak berbelanja.


Hari ini ita jamu mata anda dengan hidangan 'seafood'. Walaupun bahan-bahan agak mahal musim hujan ni, tapi bila tekak ni teringin nak makan, kita turutkan aje lah kan... Bapa ita selalu berpesan, jangan berkira sangat bab makan terutamannya dengan anak-anak dan keluarga, kerana rezeki untuk anak-anak sentiasa ada dari Allah. 

Bila Dalili berhajat nak makan ketam, ita pun mencongak-congak, ada ke ketam kat pasar musim hujan ni. Kalau masa ita kecil dulu bapa ita selalu bawa ita merenjong ketam. 
Bila sampai di pasar mata ita melingas mencari kelibat Sang Ketam, tapi semunya kecil-kecil pulak. Merata ita merayap dalam pasar tu, Alhamdulillah akhirnya jumpa juga Sang Ketam yang betul-betul tinggal 4 ekor. Alhamdulilah rezeki anak.. Nasib baik dapat yang betina, kata mak kalau nak beli ketam pilih yang betina kerana banyak isi, kalau yang jantan tak ada isi.

Dapatlah ita masakkan Ketam Telur Masin, lauk kegemaran Dalili. Seronok pua lihat Dalili bertambah-tambah makan. Hampir semua ketam tu diratah Daili, ita dan suami hanya dapat merasa sorang separuh aje.. jadiah kan.. yang penting anak-anak suka. 
Lepas makan seakan tak cukup pula.. dan siap pesan lagi kat ita " mak, esok masak ketam lagi boleh tak?" " Insyaallah.. kalau ada ketam kat pasar nanti mak beli dan masak kan lagi ye.."


KETAM TELUR ASIN

4 biji telur asin ~ direbus, belah 2, korek isinya  dan di lenyek

4 ekor ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
4 biji cili padi ~ diketuk
4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.


Selain lauk ketam ita juga sediakan sayur Kangkung Goreng Belacan.


KANGKUNG GORENG BELACAN

3 ikat kangkung ~ dipotong dan dicuci bersih
20 gm cili padi
10 gm belacan
15 gm ikan bilis
minyak untuk menumis
3 ulas bawang merah
3 uas bawang putih
garam secukup rasa

Cili padi, belacan, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih di tumbuk
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing
masukkan kangkung dan garam secukup rasa
Hidangkan dengan taburan ikan bilis goreng jika suka.



Ini adalah satu lagi hasil laut yang cukup suka di tangkap oleh bapa ita. Kalau pergi menjala ke laut, pasti ikan tamban adalah hasil yang biasanya sering di bawa pulang. Ita pula tak suka makan ikan tamban ni, bukan kerana ikan ini bersaiz kecil tapi kerana ikan ini mempunyai tulang yang banyak dan amat sukar dimakan.

Rupanya bila berkhawin, ita mendapat suami yang cukup suka makan ikan tamban. Suka tak suka, sebagai isteri sesekali kita perlu juga menyediakan lauk kegemaran suami. Ita mengambil contoh mak ita, walaupun mak ita tak makan ayam, tapi kerana bapa dan anak-anaknya cukup suka makan ayam mak ita akan masak walaupun setiap hari.

Untuk memasak ikan tamban ini, ita terpaksa belajar bagaimana cara mak mertua menyediakan hidangan ini untuk anak lelaki tunggal kesayangannya. Ikan tamban ini direbus terlebih dahuu bersama asam keping hingga empuk dan lembut tulang-tuangnya. Ini bertujuan bila memakannya nanti, dengan tulang-tulangnya sekali boleh dimakan.


IKAN TAMBAN GORENG BERCILI

Ikan tamban ~ disiang, cuci bersih dan direbus dengan asam keping hingga empuk
Angkat ikan, toskan airnya

4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam

Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
Salutkan ikan dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ikan kuning keemasan
Angkat dan toskan

200 gm cili merah ~ dikisar
100 gm cili padi ~ dikisar
7 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3 batang serai ~ dititik
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar dan serai hingga garing
Perasakan dengan garam
Masukkan ikan dan gaul hingga ikan bersalut sempurna
Sedia dihidangkan



Takkan semua yang kering-kering aje kan??
Untuk kuahnya pula ita buatkan Tom Yum Udang.
emmm.. barulah ada kuah sikit tak lah kering aje bila lalu kat tekak ni kan..
Tom yum pula memang sinonimlah jika digandingkan dengan makanan laut bagaikan 'cincin dengan permata'


TOM YUM UDANG

5 ekor udang besar
1 peket pes Tom Yum
1.5 liter air
10 biji cili padi ~ diketuk
3 inc lengkuas ~ dihiris nipis
2 batang serai ~ diketuk
4 helai daun limau perut ~ buang urat tengah dan disiat-siat

lobak merah ~ dipotong
Kubis bunga ~ dipotong
Putik jagung ~ dibelah 2
Cendawan secukupnya
2 biji tomato ~ dipotong baji
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya ~ cuci bersih dan dimayang 

3 sudu besar pati santan
2 biji jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa

Masukkan air, pes Tom Yum, cili padi, lengkuas, serai dan daun limau perut ke dalam periuk dan masak hingga mendidih
Kemudian masukkan santan dan jus limau
Masukkan sayur-sayuran dan udang
Biar udang masak dan sayur empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Sedia dihidangkan



Untuk membasahkan anak tekak selepas menjamu selera, ita sediakan Air Mata Kucing Gula Melaka. Sebenarnya air mata kucing juga adalah air kesukaan ita dan suami. Memang kerap juga kami sediakan air ini di rumah.

AIR MATA KUCING GULA MELAKA

1 cawan  mata kucing kering ~ di cuci dan di rebus hingga kembang
1 buku gula Melaka ~ di masak bersama air dan 1 helai daun pandan yang disimpul
gua secukup rasa
Air secukupnya

Mata kucing direbus
Kemudian tapiskan air gula melaka ke dalam rebusan mata kucing
Tambahkan gula secukup rasa
Tambahkan air secukupnya
Biarkan mendidih

Air mata kucing boleh dihidangkan panas atau dingin


Oh ya! hampir ita terlupa, hari tu ita berpeluang bertemu dengan Siti Dimiati, editor majalah AROMA yang tengah meletup-letup dipasaran. Kebetulan beliau turun ke Johor Bahru kerana ada tugasan yang menanti. Tak sangka dapat juga bertemu.. selama ini kita berbual lewat talifon dan alam maya sahaja. Kecil molek orangnya..  sangat manis dan ramah.. Terima kasih Siti kerana sudi bertemu dengan ita.

Ita abadikan gambar kenangan pertemua kami di sini sebagai kenang-kenangan.. entah bilalah lagi dapat berjumpa..


Sarapan pagi dan minum petang

$
0
0



Assaamualaikum,

Apa khabar rakan-rakan ita di luar sana? Semoga sentiasa ceria, diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga tersayang.
Rasa-rasanya belum terlewat untuk ita mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam tidak kiralah di mana sahaja anda berada.

Bila kita soroti kisah Nabi Muhammad  SAW, banyak sangat pengajaran dan panduan untuk seluruh umat Islam. Nabi Muhammad SAW adalah putera tunggal dari Abdullah bin Abdul Muthalib, bin Hasyim, bin Abdimanaf, bin Qushai bin Hakim, bin Murrah, bin Ka'ab, bin Lu'ai bin Ghalib, bin Fir, bin Malik bin Annadhar, bin Kinanah, bin Khuzaimah, bin Mudrikah, bin Ilyas, bin Mudhar, bin Nizar, bin Ma'ad, bin Adnan keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim as.

Baginda dilahirkan di rumah Abi Thalib, bapa saudaranya pada hari Isnin 12 Rabiul-awal bertepatan 20 April tahun 571 Masihi, tahun yang dikenali dalam sejarah dengan Tahun Gajah. Ia ditinggalkan oleh ayahnya yang wafat sewaktu ia masih dalam kandungan, dan oleh ibunya sewaktu ia berusia empat tahun.

Rasulullah wafat pada hari Isnin 12 Rabi'ul-Awal tahun 11 Hijrah bersamaan 7 Jun tahun 632 Masihi setelah menderita sakit selama 13 hari. Beliau wafat dirumah  isterinya Aisyah, puteri Abu Bakar Shiddiq dalam usia 63 tahun.

Sama-samalah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda;  
“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”



Dah bersarapan?
Apa hidangan sarapan anda untuk keluarga pagi ni.
Walauapapun hidangan dan sajian yang anda sediakan, mulakan dengan kalimah Bismillah agar ianya mendapat kerberkatan dan keredaan Allah SWT.

Biasanya ita suka sediakan nasi goreng untuk sarapan anak-anak, terutamnya bila hari cuti atau hujung minggu. Bila dah makan agak berat pada sebelah pagi, makan tengah hari kami agak lewat lah sikit dan biasanya agak sedikit ringkas.

Nasi goreng kegemaran anak-anak adalah yang simple yang selalu disediakan oleh emak ita di kampung. Tapi kadang kala ita cuba-cuba juga tukar selera anak-anak supaya mereka selesa untuk merasa menu-menu yang lain, bukan apa ini supaya memudahkan anak-anak juga supaya tidak terlalu terikat dengan air tangan emak. Biasanya anak-anak ita tak bermasalah tentang makan kerana mereka tinggal di asrama dan dah merasa pelbagai air tangan insan-insan yang sudi memasakkan untuk mereka.. syukur..


Menu petang ita pua kebanyakkan yang ringkas, dan bersesuaian dengan cuaca. Kalau musim cuaca panas ita sediakan yang dingin untuk membasahkan tekak. Tapi bila musim hujan pastilah yang hangat dan rangup yang menjadi pilihan ita dan keluarga.

Jom kita intai menu sarapan pagi dan minum petang yang telah ita sediakan buat keluarga.
Apa pula pilihan anda?


NASI GORENG LADA HITAM
Resepi : Chef Asmawati
Rujukan : Buku Aneka Nasi Goreng
Dikongsikan oleh : Roha ~ Damai Qalbu

300 gm nasi putih
2 tangkai cili kering ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
2 biji bawang merah ~ dikisar
1/2 batang lobak merah ~ didadu ita ganti kobis
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk
1 biji telur ~ digoreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga harum
Masukkan nasi, lobak merah, serbuk pati ayam. lada hitam dan garam secukup rasa
Gaul sebati dan rata
taburkan telur sebelum dihidangkan



SARDIN ROLL

Puff pastri secukupnya

1 tin sardin ~ buang tulang tengah dan dilenyek bersama sosnya
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 inc halia ~ dicincang
1 batang lada merah ~ buang biji dan cincang halus
1 batang cili hijau ~ buang biji dan cincang halus
1 biji kentang ~ didadu kecil
1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
1 biji perahan limau nipis
garam secukup rasa

Tumiskan bahan hiris dan halia hingga harum
Masukkan kentang dan masak hingga kentang lembut
Masukkan sardin  dan lada hitam masak hingga terbit minyak
Perasakan dengan garam
Taburkan lada hijau dan merah dan perahkan jus limau
Gaul rata
Biarkan sejuk

Ambil sekeping puff pastri
Kelar-kelarkan sebelah bahagian dengan pisau
bahagian yang tidak di kelar letakkan inti sardin dan gulung
Susun dalam loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal pada suhu 200 ~ 220 C bergantung pada oven selama 20 minit atau sehingga puff kuning keemasan
Angkat dan hidangkan segera





STEW TULANG

$
0
0

Assalamualaikum


Selamat menyambut Thaipusam, kepada rakan-rakan ita diluar sana yang beragama Hindu. Seronok kan tinggal di bumi Malaysia yang permai dan indah ini, dengan pebagai budaya dan adat resam yang boleh kita lihat. Masyarakat Malaysia yang sentiasa menghormati agama dan adat budaya masing-masing. Saling tolong-menolong, bantu-membantu, ziarah-menziarahi antara satu sama lain yang paling utama masih mengekalkan nilai murni dan perpaduan antara kaum.

Hari ni merupakan hari cuti am di Malaysia. Wah.. bercuti panjang kita hujung minggu ni kan. Ada yang sambung cuti dari sambutan Maulidur Rasul tempoh hari. Pasti ramai yang merebut peluang cuti panjang untuk membawa keluarga bersiar-siar atau makan angin. Atau menziarahi keluarga dikampung dan juga rakan-rakan. Walau apapun perancangan yang telah di atur, semoga ianya berjalan dengan baik dan dapat merapatkan silatulrahim kekeluargaan dan menambahkan lagi ikatan kasih sayang buat anda sekeluarga.


Bila bercerita bab ziarah-menziarahi ni, kadang kala ada antara kita yang tak tau nak sediakan apa jika ada tetamu yang berkunjung kerumah, lebih-lebih lagi jika tetamu yang datang mengejut atau yang tak beritahu tentang kedatangan mereka.. nak buat suprise la konon.. ^___^

Pasti kelang kabut dan tak keruan kita dibuatnya. Mungkin niat tetamu kita baik, mungkin tidak mahu menyusahkan kita dan keluarga. Ya lah kalau diberitahu pasti pelbagai juadah kita sediakan untuk mereka. Jadi untuk tidak menyusahkan tuan rumah, mereka pun datang senyap-senyap.. hihi

Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah dan ringkas untuk merai tetamu yang datang ke rumah. Sebenarnya resepi ini adalah perkongsian dari rakan ita yang ita kujungi rumahnya baru-baru ini. Ita kalau pergi rumah orang biasanya ita tak mau nak susahkan tuan rumah. Ita segan sebenarnya bila kedatangan di rai dengan hidangan yang lazat-lazat di atas meja.. aduyaiii.. malunya..

Kedatangan ita di jamu dengan Stew Ayam yang nampak ringkas tapi cukup menyelerakan. Menurut rakan ita resepi ini dia dapat dari jirannya sewaktu beliau menetap di luar negara. Tapi banyak juga telah di olah supaya ianya bersesuaian dengan selera kita. Ada sentuhan melayu di situ walaupun ianya adalah makanan barat yang sering disediakan di sana terutamanya bila tiba musim sejuk.

Stew yang ringkas penyediannya, boleh menggunakan ayam, daging dan tulang. Enak di makan bersama roti atau pasta, bergantung atas keselesaan dan selera anda dan keluarga.



STEW TULANG
by: Lyn

1 kg tulang ~ direbus dengan air dan garam hingga empuk
3 biji bawang Holland ~ di potong dadu halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
4 biji tomato buah ~ di dadu halus
3 helai daun Bay
1 sudu teh Pasley
1 1/2  sudu teh  lada hitam ~ ditumbuk halus
1/2 botol sos cili
1 kiub daging
garam secukup rasa

Capsicum / lada bengala hijau dan merah ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ didadu
1 biji kentang ~ didadu
2 sudu besar kacang peas
2 pokok daun ketumbar ~ dihiris

Tulang atau daging direbus terlebih dahulu bersama air dan garam hingga empuk.
Jika guna ayam, goreng dahulu ayam separuh masak ini untuk mengelakkan ayam hancur jika tidak digoreng terlebih dahulu.
Dalam periuk berasingan, tumiskan bawang dan bawang putih hingga layur
Masukkan tomato dan masak hingga layur
Kemudian masukkan tuang bersama air rebusan tadi
Masukkan juga karot, kentang dan kiub daging
Masak hingga didih dan kentang empuk
Masukkan cili sos, lada hitam, daun bay, Pasley dan perasakan dengan garam
Biarkan kuah midih dan pekat
Tambahkan kacang peas dan capsicum
Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar
Sedia dinikmati bersama roti atau pasta



Untuk minumannya pula, ita sediakan Punch Citrus sebagai penyejuk dan penghilang dahaga.
Resepi yang mudah dan ringkas juga.
Tiada resepi khusus sebenarnya. Bancuhan air ikut keselesaan anda dan keluarga.

PUNCH CITRUS

Sirap Ros F&N secukupnya
2 sudu besar Oren Sunquick atau ikut selera dan kesesuaian
Air masak secukupnya
1 biji buah lemon ~ dipotong bulat
1 biji buat lime ~ dipotong bulat
Ketulan ais secukupnya

Bancuh semua, dan sediakan dingin



Mad about chocolate...

$
0
0
Assalamualaikum


Coklat.. coklat.. coklat..
Pasti ramai diluar sana yang mad about chocolate.. hihi macam ita juga.
Coklat dan ita mungkin tak dapat dipisahkan.. tak kiralah coklat apapun..
Minggu ini ita mulakan operasi coklat setelah beberapa hari ita kongsikan menu santapan seharian.
Ada yang menjerit diluar sana.. kak itaaaa.... mana kek???? dah lama tak membaking..

Aduh!! sebenarnya ita sedang merancang untuk mengurangkan berat badan.. almaklumlah asyik makan kek aje.. berat badan pun dah bertambah dari sehari ke sehari.. bagi ita ianya tidak boleh dibiarkan kerana bila dah naik nanti payah pula nak turun..

Beberapa hari ni ita sibuk menghantar anak-anak pulang ke asrama. Lepas sorang.. sorang sebab mereka naik berlainan hari pula kali ni.. Yang adik minta hantarkan awal kerana banyak tugas yang menanti.. ada beberapa tugasan katanya yang peru di siapkan segera..
Yang abangnya pula balik keesokkan harinya..

Sebelum pulang ke asrama seperti biasa pasti ada oleh-oleh yang di minta buatkan.  " mak.. kawan-kawan kita minta mak buatkan cookies dan kek coklat.. lama tak makan kek cokat mak.. "

Kebetulan ita terpandang Along Roz , kongsikan resepi cookies ni bolehlah ita buatkan untuk anak-anak sebagai bekalan jajan mereka di asrama nanti. Terima kasih Along...


CHOCOLATE CHIP FUDGE COOKIES
By : Along Roz

1/2 cwn tepung gandun ~ 75 gm
1 st Baking Powder
1/4 st garam halus
1/2 st serbuk kopi segera
470 gm coklat masakan ~ di cincang
1/4 cwn mentega tanpa garam ~ 58 gm
1 3/4 cwn gua kastor ~ 370 gm
4 biji telur ~ A saiz
1 st esen vanilla
3 cawan cip coklat

Cairkan coklat masakan bersama mentega hingga cair berkilat
Boleh gunakan kaedah double boiling, cairkan dalam microwave atau cairkan terus atas dapur, tapi hati-hati supaya cokat tidak hangus yang akan mengakibatkan pahit. Gunakan api yang perlahan.
Satukan tepung, baking powder, garam halus dan kopi segera, kemudian di ayak
Dalam bekas pemukul, putar telur dan gula sehingga putih dan pekat ~ anggaran 5 minit
Masukkan esen vanilla, campuran coklat dan mentega yang telah dicairkan putar rata.
Tambahkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
masukkan cip coklat dan gaul sempurna
Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 1 jam. Sebaiknya di simpan semalaman.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
Sudukan adunan di atas tray yang di alas dengan kertas pembakar
Susun jarak-jarak kerana cookies ini mengembang bila di bakar
Bakar dalam oven selama 15 minit, sehingga permukaannya retak- retak atau merekah
Pastikan cookies tidak terlebih bakar
Keluarkan dari oven dan segera tanggalkan dari kertas pembakar
Susun atas redai hingga sejuk sebelum di letakkan dalam balang kedap udara.



Pada ita cookies ini sangat sedap, rasa coklatnya sangat mewah dan gigitannya yang chewy gooey yummy.. buatkan seronok dinikmati bersama secawan Hot Chocolate.

Tapi... ada sedikit masalah sewaktu menyediakan cookies ni kerana ianya melekat di atas dulang pembakar. Ita pun tak pasti dimana silapnya..
Pada muanya ita sangkakan cara membakarnya sama seperti coklat cookies yang lain, tapi bila dah sejuk memang ia tak dapat ditanggakan dari dulang pembakar..
Ita letak pula atas kertas minyak namun hasilnya tetap sama..
Sehinggalah ita alaskan dengan baking paper barulah ia boleh di tanggalkan..

Mungkin jika Along ada terbaca coretan ita ni, dapat Along jelaskan kesilapan yang ita lakukan.. atau memang cookies ni jenis melekat.. ialah ita bimbang pula jika ada adik-adik yang ingin mencuba.. Sebab cookies ni memang sedap!! rugi kalau tak cuba..

Selain cookies, ita juga buatkan kek coklat untuk di bawa pulang anak-anak. Resepi dari Chef Zubaidah dan seperti biasa ita ambil dari buku masakan beliau Jamuan Kek.


KEK COKLAT LEMBAB
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Jamuan Kek

100 gm serbuk koko
400 gm susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis
200 gm gula kastor
4 biji telur
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emuco
1/4 sudu teh garam ~ ita tambah
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah

Mula-mula satukan tepung, serbuk penaik, soda dan garam kemudian di ayak
Dalam periuk, campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat manis dan gula
Masak adunan atas api yang perlahan hingga gula hancur dan adunan menjadi licin berkilat.
Ketepikan dari api
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati
Masukkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
Tambahkan coklat emulco dan esen vanilla

Tuangkan adunan dalam loyang berukuran 9 inc yang telah di oleskan dengan sedikit mentega dan di lapik dasarnya dengan kertas kek.
Bakar daam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
Sejukkan kek setelah masak sebelum ianya di potong






Tutty fruitty theme for today...

$
0
0
Assalamualaikum



Cuaca di Johor Bahru, 2, 3 hari ni sangat panas. Panas yang terik buatkan kepala mudah berdenyut-denyut.Bila kepala dah mula pusing mood nak mengadap komputer ni pun terbantut.. aduyaiii.. lambat lah pula nak masukkan n3 ni..

Ok lah ita terus sahaja pada resepi yang bakal dikongsikan hari ini.
Ita rasa resepi ini cukup popular satu masa dahulu dan ianya telah menjadi sumber pendapatan bagi sebilangan besar rakan-rakan yang mengusahan jualan kuih muih secara kecil-kecilan maupun secara besar-besaran.

Apam yang pada mulanya hanya apam pandan bolsom yang yang hijau mulus berintikan kelapa atau kaya, tetapi telah di dot-dotkan untuk menambahkan serinya. Bertambah enak pula bila intinya di pebagaikan dengan pilihan citarasa pengemarnya. Kemudian muncul pula karaktor ladybird dan bee yang comel dan menarik! dan pasti ianya memberi tarikan pada kanak-kanak terutamanya.

Selari dengan peredaran watak animasi, muncul pula karaktor kartun anggry bird, doremon dan bear yang comel. Kini muncul pula karaktor buah-buahan menambahkan lagi koleksi apam comel yang semakin diminati ramai ini.


APAM FRUITTY
Olahan daripada resepi: Apam Strawberry
By: Aini Rusli
Sumber : Majalah RASA
Dikongsikan oleh : Gallery Mama Mimi

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
110 gm gula halus atau gula kastor
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur saiz A
1 sudu teh ovellete
1/2 sudu teh esen vanilla

Pewarna makanan mengikut karaktor buah-buahan pilihan
Inti atau filing buah-buahan ~ jam nenas, bluberry, strawberry, kiwi
30 keping cawan kertas


Panaskan kukusan terlebih dahulu dengan api yang sederhana
Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas apam
Sediakan acuan lompang secukupnya
Susunkan cawan kertas dalam acuan lompang dan ketepikan

Satukan tepung gandum dan baking powder kemudian di ayak
Dalam bekas pemutar, satukan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi.
Masukkan adunan tepung yang telah diayak berseang seli dengan susu
Tambahkan esen vanila dan ovallete, dan terus putar  hingga adunan bertukar putih, likat dan gebu.

Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan.
Warna dasar hendaklah dalam jumlah yang besar
Ambil anggaran 2 sudu untuk warna daun, dot-dot atau line.
Kacau setiap adunan warna rata-rata.
Kemudian masukkan dalam piping bag.
Untuk warna dasar potong lubang hujung piping bag besar sedikit.
Tapi bagi dot-dot dan line , potong hujung piping bag kecil sahaja lubangnya.
Untuk memudahkan proses, filling juga diletakkan dalam piping bag

Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja
Letakkan intinya dan tutup kembali dengan warna dasar hingga penuh.
buat sehingga habis
Kemudian bolehlah mulakan proses melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan.
Setelah siap, susun dalam kukus dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit


Tips penting penyediaan apam 
  • Gunakan api yang sederhana untuk mengukus apam
  • Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu
  • Balut tutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis sewaktu proses apam dikukus
  • Ovallete hendaklah dimasukkan pada akhir proses memukul, iaitu selepas semua adunan dipukul, ini untuk mendapatkan apam yang gebu dan lembut
  • Apam yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan terdedah di udara kerana ia mudah kering.
  • Adunan apam ini dapat menghasikan anggaran 30 biji apam bersaiz sederhana
  •  
     

APPLE LIME JUS

2 biji apple hijau
1/2 biji jus limau nipis
gula secukup rasa
air secukupnya
ais ketul

Potong apple kecil, masukkan dalam mesen pengisar bersama gula dan air secukupnya
Kisar hingga halus
Tapiskan airnya
Perahkan jus limau nipis dan letakkan ketulan ais


MELTY HERSHEY

$
0
0



Assalamualaikum...


Salam Jumaat buat semua rakan dan taulan. Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah di hari Jumaat yang barakah ini.

Pasti ramai diluar sana yang tertunggu-tunggu resepi yang dikatakan bakal meletup ni.. rasanya telah pun berada di pasaran dan dijangkan bakal hits.. ye ke??

Pada ita walau apapun resepinya ianya lebih kurang sama sahaja dari, lapis cheezy, cheezy pesona, melty harshey ia adalah dalam himpunan dessert yang sama. Ita namakan dessert ni adalah dessert recycle. Kenapa ita namakan ianya begitu.. sedangkan dessert ni dikatakan dapat melelehkan air liur..

Sebenarnya, semasa ita mengikuti bengkel kek Chef  Amer, beliau selalu akan masukkan lebihan kek, whipping cream atau cheese ke dalam bekas kecil, diletakkan buah-buahan, kekacang, oreo atau coklat untuk menambahkan kesedapan disamping dapat mengoda nafsu sesiapa yang melihatnya. Dari situlah timbul idea daripada mereka-mereka yang mahir membuat kek untuk dijadikan sebagai dessert yang enak! lepastu pelbagailah nama yang diberikan supaya ianya nampak gah dan buatkan semua insan tak tidur malam selagi tak dapat resepi idaman. Lebih-lebih lagi bila dicanangkan ianya enak dan lazat tak terkata.. bayangkan bila ianya  di limpahi cheese, dengan ganache chocolat dan lelehan bluberry filling atau strawberry filling yang memang siapa yang mendengarnya bakal meruntum iman.. aduyaiii...


Kerana banyak sangat dapat permintaan hari ini ita akan kongsikan resepinya.
Sebenarnya ada pelbagai teknik dan gaya pengolahan Melty Hershey. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja bahan yang anda rasakan menepati selera.
Ini antara bahan-bahan yang anda boleh gunakan
  • Kek span coklat atau kek span vanilla atau apa-apa kek span yang dirasakan bersesuaian
  • Biskut marie atau biskut oreo atau gabugan antara kedua-dua biskut tersebut. Biskut marie pula anda boleh pilih samaada nak gunakan yang berperisa original , vanilla, cappuchino atau coffee.
  • Kekacang, almond, pecan, hazelnut, atau lain-lain kekacang yang dirasakan bersesuaian.
  • Boleh juga gunakan biskut ladyfinger
  • Cip Coklat Hershey kalau tak ada lain-lain brand pun boleh..
  • Boleh juga gunakan cokat lain, seperti Ferrero Rocher, Malty Square, M&M atau yang sewaktu dengannya.
  • Atau boleh gantikan dengan parutan keju atau parutan coklat masakan susu atau coklat masakan putih
  • Untuk kerangupan, boleh juga letakkan empingan jagung atau cornflakes, kokocrunch dan yang sama dengannya. Kalau guna Honey Cornflakes lagi sedap!
  • Untuk menambahkan lagi kesedapan atau menarikkannya lagi, anda bolehlah hiasakan dengan potongan buah-buahan segar, tapi biarlah buah-buahan yang dipilih bersesuaian dengan bahan-bahan lain yang anda gunakan. Contoh buah-buahan, strawberry, kiwi, peach, bluberry, black berry, semua kawan-kawan berries lah kan.. boleh juga kalau nak letak pulp oren. Semuanya terpulang pada selera dan atas permintaan.

Untuk Fillingnya pula anda boleh gunakan ganache coklat, atau blueberry filling, strawberry filling, kiwi, buttersctoch, karamel atau apa-apa yang dirasakan sesuai.

Bersama ini ita sertakan beberapa resepi sebagai panduan untuk penyediaan Melty Hershey, ada yang menggunakan cheese dan ada yang tidak menggunakan cheese sebaliknya digantikan dengan whipping cream.

Anda juga boleh pilih samaada nak yang menggunakan halal gelatin atau tidak mahu menggunakannya. Tapi pada ita kalau diletakkan dalam bekas macam ni, tak perlulah di letakkan gelatin.


Untuk lapisan dasar anda boleh pilih samaada nak gunakan kek atau biskut. Atau gabungan kedua-duanya seperti yang ita buat.
Boleh juga sekiranya anda tidak mahu meletakkannya, tapi pada ita lagi enak bila diletakkan kerana ianya rangup bila di gigit dan menyedapkan lagi Melty Hershey anda.
Atau anda juga boleh gunakan ianya sebagai filling untuk diselang selikan dengan cheese, lagi umpph!

Bersama ini ita sertakan beberapa apisan dasar untuk pilihan, anda boleh pilih salah satu dari lapisan dasar dibawah. 

Lapisan Dasar 1

80g biskut marie
50g mentega ~ cairkan

Biskut marie di hancurkan
Gaulkan bersama mentega cair
letakkan dalam bekas sebagai dasar

Lapisan Dasar 2

150 gm campuran biskut marie dan biskut oreo
30 gm almond flakes atau apa-apa kekacang atau boleh gantikan dengan cornflakes
90 gm mentega ~ dicairkan

Campurkan biskut dan kekacang
Tambahkan mentega dan gaul rata
Letakkan dalam bekas sebagai dasar

Lapisan Dasar 3

Biskut lady finger secukupnya
Air nescafe untuk merendam

Rendam biskut dalam air nescafe dan letakkan dalam bekas sebagai lapisan dasar atau boleh juga sebagai filling di selang selikan dengan cheese.

Lapisan Dasar 4

Kek span coklat atau kek span vanilla
Air nescafe atau jus lemon

Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar
Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembabkan kek


Untuk filling anda boleh gunakan filling yang ada di jual di kedai jual bahan kek seperti bluberry, strawberry, butterscotch, karamel dan lain-lain
Atau ganache coklat seperti resepi di bawah

Ganache Coklat
150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Biarkan sejuk
Sedia di gunakan



Ini pula adalah antara resepi cheese yang boleh anda cuba. Pilih salah satu resepi di bawah yang anda rasa bersesuaian dengan selera atau bahan-bahan yang ada di dapur rumah anda

Resepi Cheese 1

250g cream cheese ~ suhu bilik
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
15g gelatin
60ml air
1 sudu teh jus lemon
50g buah blueberry tin
25ml syrup blueberry atau bluberry filling


Tuangkan 60 ml air ke dalam cawan kecil, kemudian taburkan gelatin di atasnya biarkan gelatin kembang.
Dengan kaedah double boiler cairkan gelatin ketepikan
* untuk resepi ini  anda boleh memilih untuk tidak menggunakan gelatin

Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu
masukkan yogurt dan putar lagi.
Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese
Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.
Masukkan adunan ke dalam piping bag
* Adunan Cheese 1 sudah boleh di gunakan.

Caranya
Anda boleh gunakan mana-mana resepi dasar di atas. Kalau tak nak letak bahagian dasar pun tak apa.
Letakkan bahagian dasar di dasar bekas atau gelas pilihan anda
Kemudian letakkan cheese berselang seli dengan filling blueberry dan bauh blueberry
Ambil belakang sudu dan marblekan
Hiaskan atas nya dengan parutan cheese atau coklat putih atau filing blueberry dan buah blueberry
Simpan dalam peti ais supaya ia dingin





Resepi Cheese 2

125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream ~ pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2 sudu besar  + 1/2sudu teh gelatin Halagel
2 sudu besar air hangat

Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam

Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelati

Sediakan cawan atau bekas kaca kecil
Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas
Tuangkan adunan ke dalam piping bag
Paipkan dalam bekas kecil
Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian
Jika menggunakan biskut, jangan lupa untuk celupkan biskut dalam susu suam terlebih dahulu.
Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka.
Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.



Resepi Cheese 3

250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla
ganache coklat secukupnya
Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
Pastikan krim keju pada suhu bilik. 
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
Kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
Masukan adunan kedalam piping beg
Sediakan bekas kecil
Pilih mana-mana dasar dalam resepi di atas
Selang selikan  dengan ganache coklat
Hiaskan cheezy anda dengan mana-mana bahan yang anda suka boleh letak kekacang, parutan coklat, cip coklat, buah-buahan, coklat hancur, atau juga crunch



Resepi Cheese 4
By : Auni Azalia

250g krim keju
4sudu besar susu pekat
3sudu besar susu segar atau susu cair
1sdt jus lemon

Jika anda tidak sukakan krim keju anda boleh gantikan dengan 
250 ml Non Dairy Whipping Cream

Pukul semua bahan hingga gebu
masukkan dalam pipng bag
sama juga seperti kaedah yang lain, anda boleh pilih mana-mana resepi dasar
Kemudian selang selikan cheese dengan filling pilihan


* Ada resepi yang menggunakan Marshmellow, tapi ita tak kongsikan di sini sebab ragu-ragu tentang kandungan gelatin yang digunakan untuk membuat marshmellow.

Ada pertanyaan. Resepi apa pula yang ita gunakan.
Ok bersama ini ita terangkan kaedah yang ita gunakan.

Mula-mula sediakan bekas kecil pilihan
Untuk resepi yang dalam gelas tu ita gunakan lapisan dasar 2
Ita letakkan campuran biskut oreo, biskut marie perisa capuchino dan juga Honey Cornflakes.
Cairkan butter dengan api yang perlahan jangan sampai butter jernih tau! cukup sekadar ia mencair sahaja, dan gaulkan bersama biskut marie, oreo dan Honey Cornflakes yang telah dikisar (kisar jangan halus sangat)
Bila dah siap letakkan dalam bekas, tekan-tekan supaya ia rata. boeh simpan dalam peti ais sebentar sementara kita siapkan cheesenya.
Bagi yang dalam kotak pula ita menggunakan kek span coklat dan juga lapisan dasar 1, cuma ita tambahkan Honey cornfakes sedikit supaya rasanya lebih crunchy bila dinikmati.
Ita gunakan kaedah domino sebagaimana yang dapat anda lihat dalam gambar ita di atas.
Susun kek span yang di potong kiub dan selang selikan dengan biskut marie dan cornflakes yang ita telah gaulkan bersama butter cair.

Untuk yang dalam gelas, ita gunakan resepi cheese 1
Ita tak marblekan. Ita cuma layer-layerkannya sahaja antara cheese 1 dan filling bluberry
Atasnya ita hiaskan dengan buah bluberry dan filling bluberry

Untuk yang dalam bekas kotak pula, ita masih lagi gunakan resepi cheese 1, tapi kali ini ita tak menggunakan filling bluberry sebaliknya ita gunakan ganache coklat. Ita juga letakkan sedikit non dairy whipping cream yang ita pukul kaku dan campurkan sedikit dengan ganache coklat untuk memarblekannya.
Atasnya pua ita hiasakan dengan parutan coklat masakan putih dan buah strawberry sebagai hiasan.
Anda bolehlah hiaskan atasnya dengan cip coklat Harshley atau M&M atau apa-apa coklat yang anda suka. boleh juga kalau nak letakkan kekacang.






BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

$
0
0



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengunjung setia dapur maya Masam Manis ita ni. Semoga semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu disamping keluarga dan juga rutin seharian. Walauapapun tugas dan tanggungjawab yang tergalas, lakukan dengan ikhlas kerana Allah beserta hati yang lapang.

Apa perancangan suri rumah kita hari ni? Nak masak apa ye? nampaknya ada yang dah mula merendam ayam yang kejung dari peti ais, lambat mencair aisnya tu.. lambat pula dapur tu berasap... ada menjerit anak-anak bila melihat tiada menu istimewa untuk hari ini..

Cuaca di Johor Bahru ni dah mula mendung semula, setelah beberapa hari panas terik melanda. Pagi dah hujan yang rasanya tak taulah bila nak reda.. hujan macam ni memang lambat lah redanya.. Tapi kata orang hujan itu sebagai tanda rezeki dari Allah, kita harus sentiasa bersyukur.. Teringat pesan ustazah ketika ita di bangku sekolah. " kalau hari hujan jangan lupa angkat tangan dan berdoa pada Allah agar di murahkan rezeki dan dimakbulkan segala hajat.. sebaiknya di awal-awal turun hujan..". Dan itulah yang selalu ita praktikan dan ajarkan pada anak-anak.. semoga diberikan taufik dan hidayah dan beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat..


Lama juga rasanya ita tak buat kek kan?
Ialah sejak ita dah mula rasa berat badan ni naik mendadak.. Bimbang pula jika tak terkawal payah pula turunya. Lebih-lebih lagi bila usia dah masuk angka 40an ni, kata orang pemakanan harus lah dijaga.. kurangkan yang manis-manis dan juga yang berlemak.. Tapi kadang-kadang memang payah juga nak kawal nafsu makan lebih-lebih lagi bila kita hidup dengan insan yang suka merasa masakan.. hihi

Tapi ita bukanlah makan banyak sangat pun.. janji ita dapat rasa aje cukuplah.. ialah kadang-kadang bila lihat rakan-rakan sediakan hidangan yang lazat-lazat terasa juga nak mencuba.. Lebih-lebih lagi sekarang ni kami sekeluarga cukup berhati-hati bab makan.. Takut sebenarnya bila makan sembarangan.. Silap haribulan macam macam penyakit pula timbul..


Berbalik pada resepi kek hari ni, sebenarnya dah lama nak buat sejak terpandang cik adik kita Duyung Sweet Laling mencubanya kalau tak silap tahun lepas.. lama dah kan..
Bila mengenangkan ianya menggunakan pisang tu yang lambat sikit nak buat sebab ita ni tak pandai sangat makan pisang mentah, kalau pisang goreng atau pisang rebus memang ita suka. Tapi anak-anak dan suami memang suka makan pisang. Maka semalam merajinkan diri juga mencuba..

Kepada yang berhajat boleh lah mencuba untuk birthday kek atau kek hantaran. Resepi ni ada pengolahan dari ita dan ita juga sertakan sekali resepi asal dari Duyung sebagai rujukan kawan-kawan.. Boleh kan Duyung.. akak kongsikan di sini..


BANANA CHOCOATE MOUSSE
Rujukan : Duyung Sweet Laling

Kek Span Coklat

Bahan A
30 gm serbuk koko
1/2 cawan air panas
1 sudu teh coklat emuco
4 biji kuning telur
100 gm gula halus
130 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tarta
65 gm gula halus

Panaskan ketehar pada suhu 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inci
Leserkan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan

Campurkan tepung, soda dan baking powder kemudian di ayak ~ ketepikan
Larutkan serbuk koko dan coklat emulco bersama air panas ~ ketepikan
Dalam bekas berasingan campurkan kuning telur, gula halus, bahan tepung yang telah di ayak, minyak dan esen vanilla, kacau rata
Kemudian masukkan larutan koko tadi dan sebatikan adunan.
Ketepikan

Dalam bekas pemutar, putarkan putih telur dari bahan B hingga berbuih
Tambahkan krim of tarta dan gula dan putar dengan speed laju hingga kembang, kakau dan bertanduk.

Ambil 1/3 adunan bahan B dan kaup balik dalam adunan dari bahan A ( adunan koko)
Tuangkan baki adunan dan kaup balik rata.

Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
* kek ini juga boleh di bakar dengan kaedah steam bake
Bila kek dah masak, sejukkan atas redai
Potong kek yang telah sejuk kepada 3 kepingan ~ ketepikan

Chocolate Mousse


250 gm Krim putar bukan tenusu Non Dairy Whipping Cream
50 gm serbuk koko
80 gm gula halus
1 sudu besar Nescafe atau Paste Moca
1 sudu besar halal gelatin
4 sudu besar air panas

Larutkan gelatin dalam 4 sudu besar air panas
Caranya ~ etak air panas dalam cawan dan taburkan gelatin di atasnya, biarkan ia kembang dan melarut. Jika masih tak larut panaskan secara kaedah double boiler.

Sementara itu satukan serbuk koko dan gula dan ayak

Dalam bekas pemutar, putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental
tambahkan serbuk koko, gula, paste moca dan pukul kelajuan perlahan
Akhir sekai masukkan larutan gelatin

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya~ Duyung tak sertakan resepi tapi boleh rujuk resepi ita di bawah

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek

Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing

* Untuk mengeakkan pisang mudah lebam, rendam pisang dalam perahan air lemon




Ini pula adalah kaedah dan cara ita menyediakan Banana Chocolate Mousse Cake ni

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Kek Span Coklat

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette

40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

Bahan Ganache Coklat

150 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
260 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange
gau rata.

Mousse Chocolate

250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
3 biji kuning telur
80 gm gula aising
120 gm mentega tanpa garam
6 gm halal gelatin
30 ml air
120 gm coklat gelap

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek

Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras
Sedia dinikmati bersama keluarga tersayang
Selamat mencuba!



Cetusan RASA bloger masakan..

$
0
0

Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan ita yang masih sudi menjenguk dan mengintai-intai Masam Manis. Semoga kalian di limpahi rahmat, beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki insyaallah..

Pasti ramai antara rakan-rakan diluar yang telah tahu akan kemunculan majalah RASA edisi bulan Mac 2013. Apa yang ingin ita ceritakan tentang menariknya  majalah RASA bulan ini adalah apabila blogger masakan diberikan penghormatan untuk muncul dalam majalah masakan yang telah lama bertapak di Malaysia ni dan cukup gah serta di minati ramai.

Siapa lah yang tidak kenal dengan blogger otai Adnan Ibrahim atau cukup mesra di sapa Mat dikalangan rakan terdekat dan nama Mat Gebu cukup melekat di sanubari pencinta masakan. Siapakah gerangan jejaka yang sering bersembunyi di sebalik tepin birunya itu..? Inginkan jawapan..? Jangan lupa dapatkan majalah RASA bulan ini.. pasti anda juga ingin ketahui apakah pesona Mat Gebu...??


Anda peminat bloger kecil molek cik Siti Delima yang sering mengukir senyuman manis... Pasti ramai peminat Siti diluar sana yang ingin berkenalan lebih rapat lagi dengan Siti dan keluarga. Buat julung-julung kalinya ita rasa kemunculan Siti kali ini di temani keuarga tersayang dan yang pasti suami  yang merupakan tulang belakang dan pengalak utama turut berada disisi menemani Siti kali ni. Bagi mereka yang ingin mendekati kak  Siti Delima kita ni.. dan mengenali lebih rapat lagi keluarga bahagia ini.. jangan teragak-agak untuk dapatkan senaskah majalah RASA selagi stock masih ada..

Beliau adalah wanita yang cukup ita kagumi bakat dan keikhlasan beliau berblog. Blog beliau Citarasawan merupakan blog yang sering ita terjah terutamanya bila ita ingin dapatkan resepi istimewa untuk hari-hari yang cukup istimewa. Dahulu ita hanya mengenali kak Wan Rogayah atau lebih mesra di sapa kak Wan melalui karaktor kartun comel bertudung. Ita sering terbayang-bayangkan wajah kak Wan disebalik kartun comel itu.. Bakat beliau memang tidak dapat disangkal lagi. Rajin sungguh wanita cekal ini menerima tempahan yang tak putus-putus dan tidak lokek pula berkongsi resepi jualannya. Ular menyusup akar tak akan hilang bisanya.. betul kan kak Wan??

Beginilah caranya untuk mendapatkan gambar yang terbaik.. Bukan mudah kan.. berpeluh-peluh dibuatnya..

Ita mengenali blog 1001 Cerita 1001 Rasa, di awal-awal ita berblog. Pada waktu itu ita ingin benar-benar mengenali cik adik manis yang sering di sapa Noorsha di kalangan rakan-rakan seperjuangan.  Noorsha pada pengamatan ita seorang yang suka mencuba dan tak pernah berputus asa. Bakatnya dalam bidang masakan cukup besar ditambah kebolehan beliau merakamkan gambar. Ita cukup kagum dengan wanita ini.. walaupun dengan anak kecil namun beliau masih mempunyai ruang berkongsi resepi dan cerita.. Walaupun kini blognya kian sepi.. namun beliau masih aktif menerima tempahan dari rakan-rakan yang mengagumi hasil air tangan beliau.. Ita berharap agar Noorsha dapat kembali aktif seperti dahulu.. pasti ramai peminat-peminat blog 1001 Cerita 1001 Rasa yang ternanti-nanti sentuhan gadis manis ini. Bagi anda diluar sana yang dah lama menanti hasil sentuhan Noorsha, jangan lupa dapatkan RASA..

Terima kasih Nani dan Bad semoga tidak serik datang ke rumah akak.
dannnn... Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin kita Nani.. cayang dia... ^___^

Apa yang menariknya RASA dan kemunculan bloger-bloger dalam majalah kali ini.. selain berkongsi resepi, ita dapat pula berkenalan dengan kak Aminah. Ita tidak pernah tahu akan blog beliau Cookery Pot dan Sweet Spicy from The Baking Studio, sehinggalah ita dapatkan majalah RASA keluaran Mei ini. Inilah untungnya bila muncul di media masa, selain bertukar-tukar resepi kita juga dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain.. Sebenarnya dah lama juga kak Aminah ini bertapak di dunia maya.. seawal tahun 1999 lagi.. macam manalah ita boleh tak terjumpa blog kak Aminah ni.. Macam mana dengan anda di luar sana? sudahkah anda mengenali wanita hebat ini?? jangan lupa dapat RASA untuk mengetahui rasa hati kak Aminah kita di dunia maya..


Dikesempatan ini ita ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelaras RASA adik Nani Saudiar Zakir dan jurufoto beliau Baidiuzzaman Ab. Malik yang bertandang ke teratak ita. Mohon ampun dan maaf atas layanan yang tak seberapa dan halalkan apa yang terkurang.. Terima kasih sekali lagi kepada team RASA dan pihak Karangkraf khasnya yang sudi mengundang kami blogger-blogger masakan untuk memeriahkan lagi dunia masakan. Semoga ianya memberikan kebaikan kepada semua. Kepada majalah RASA semoga terus suksess dan semakin berani mencuba sesuatu yang baru dan terkini.

Tidak lupa juga sekalung ucapan tahniah buat Siti Delima kerana gambar beliau menjadi penghias majalah RASA bulan Mei ini. Tahniah Siti ^__^

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan ucapan. Terutamanya kepada sahabat baik Mat saudara Ben Ashaari

Kepada mereka yang belum lagi berkesempatan mendapatkan majalah RASA jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sekarang.. Cook With Love




Selamat Tahun Baru Cina

$
0
0

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua rakan-rakan ita yang berbangsa Cina. Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyasikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa.

Seperti biasa kalau Tahun Baru Cina, kawasan rumah ita ni dah jadi macam pesta. Malam sambutan memang tak dapat lelapkan mata, bunyi mercun berdentam-berdentum seakan kita berada di medan peperangan pulak! Tapi memang seronok, pesta bunga api yang hanya dapat disaksikan setahun sekali. Itulah simbolik perayaan mereka..

Apa yang menghairankan.. tak ada pulak yang cedera putus jari ke.. putus tangan ke.. walaupun mercun yang di main ala-ala peluru dan ledakan meriam..


Selain Hari Raya, Tahun Baru Cina juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia, dan cuti Raya Cina juga agak panjang. Ita rasa pasti ramai yang telah pun selamat pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang meninggakan rumah tu, pastikan keselamatan rumah di jaga. Disamping itu kenderaan juga hendaklah dipastikan selamat untuk perjalanan yang jauh.

Ok lah sempena Tahun Baru Cina, ita sediakan kuih tart gulung, entahlah tekak ni teringin pula nak makan kuih tart, bila terpandang beberapa rakan blogger berbangsa Cina yang menyambut perayaan ini menayangkan kuih tart masing-masing..

Daili lah yang paling suka, kerana inilah biskut raya kegemarannya. Ita buat 2 adunan, satu ita letakkan inti jam nenas dan satu lagi ita letakkan jam bluberry.  Intinya pula ita beli yang ready made aje jual kat kedai bahan kek. Jom lah kita cuci mata..

TART NENAS GULUNG
by: Kak Anim

4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk


Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

JAM NENAS
 by: Kak Anim

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni 
Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau. 



Untuk tart Bluberry Roll ni, ita letakkan paste bluberry dalam adunan doh. Ita juga gantikan dengan bluberry jam sebagai intinya. Fillingnya ni ita beli yang dah ready made di kedai bakery.



Kini semua orang boleh memasak..

$
0
0

Assalamualaikum, buat sahabat-sahabat yang ita kasihi sekalian.. lama tak bersiaran terasa rindu pula nak ke udara. Namun masa dan kesihatan tidak mengizinkan. Ita mohon ampun dan maaf andai lama membuatkan rakan-rakan ternanti-nanti resepi terbaru dari dapur Masam Manis.

Semenjak dua menjak ni ita tak berapa sihat, keadaan cuaca yang tak menentu di Johor Bahru ni memburukkan lagi kesihatan.. bertambah-tambah lagi ita terpaksa menyiapkan beberapa tugasan yang telah di janjikan. Bila dah berjanji terpaksalah ditunaikan.. janji ditepati.. tak gituuu..

Ita juga mengambil kesempatan di masa yang terbatas ini, untuk memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana banyak sangat email dan msg yang ita tak sempat nak balas. Insyaallah jika ada kesempatan ita cuba balas setiap msg dan email yang diutarakan.


Berbalik pada entry ita kali ini, ita nak bawa semua rakan-rakan meninjau-ninjau bengkel Meriahnya Nasi Arab Siri 1 kelolaan Oliez Academy bersama Chef Ustazah Wan Habsah. Bengkel yang berlansung dengan jayanya sehari di Mom Bakehouse telah dihadiri oleh beberapa peserta yang berminat untuk mengetahui rasia penyediaan Nasi Arab yang enak dan lazat dari pakar masakan..

Di kesempatan ini ita juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pn Siti Zaleha selaku penganjur dan Chef Ustazah Wan Habsah kerana telah sudi mengundang ita turut serta memeriahkan lagi bengkel yang cukup istimewa ini. Semoga setiap ilmu yang disampaikan memberikan maanfaat yang cukup besar kepada semua. Ita juga berharap setiap peserta mempratikkan setiap ilmu yang di ajarkan oleh Ustazah agar kita sama-sama dapat menghidangkan suatu menu yang cukup istimewa buat suami dan anak-anak tersayang...


Seperti biasa Ustazah akan mulakan kelas dengan memperkenalkan diri beliau dan pengalaman beliau. Merupakan seorang graduan dari Mu'tah University Jordan dan mendapat ijazah dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Universiti Malaya untuk mendapat ijazah Sarjana (M.A). Beliau juga merupakan pendakwah bebas dan penceramah kepada krusus kekeluargaan Islam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di UiTM Shah Alam.

Sebenarnya pengalaman Ustazah cukup hebat, latarbelakang keluarga yang terlibat secara lansung dalam bidang perniagaan, membuatkan Ustazah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan yang dimilikinya. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi kehebatan wanita ni, jangan lupa untuk menyertai bengkel kelolaan beliau.


Sebenarnya seronok menghadiri kelas Ustazah, setiap penerangan dijelaskan secara terperinci, supaya semua boleh memasak untuk keluarga.. Dengan resepi yang lengkap, panduan serta tip-tips dan beberapa pertua di dapur ita rasa selepas ni semua dah boleh merancang untuk memulakan perniagaan katering.


Sebenarnya kelas Ustazah kali ini berlansung 2 sesi. Nasi Arab di sebelah pagi dan pada waktu petang pula di ajarkan kaedah penyediaan ayam goreng dan bagaimana nak buat tepung goreng ayam ala-ala KFC yang rangup. Kerana masa yang cukup terbatas dan sebenarnya kesihatan ita pun tak mengizinkan untuk ita tunggu hingga ke petang. Walaupun ita rasa terkilan kerana tak dapat mengikuti kelas penyediaan ayam goreng namun ita cukup puas hati kerana dapat ilmu baru pada hari ini.

Banyak sangat ilmu memasak, panduan dan petua serta doa-doa yang baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu dan suri rumah diajarkan oleh Ustazah. Insyaallah ita akan pratikkan setiap ilmu yang Ustazah ajarkan dan ita ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, semoga Ustazah di murahkan lagi rezeki dan sentiasa di berikan kesihatan yang baik untuk terus mencurahkan ilmu.

Jom kita intai-intai gelagat para peserta..


Hidangan yang di sediakan wow!! tangkap leleh
  • Nasi Mandhy Ayam
  • Salatoh Adi
  • Sambal Harrah
  • Kambing Tandoori
  • Idam
  • Nasi Kabsah
  • Red Roasted Mandhy
  • Fruit salad
  • Syurbah
  • Ayam bakar 

Terima kasih kepada semua.. semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari ilmu yang di pelajari. Ampun dan maaf andai ada yang terkurang atau ada antara tutur bicara yang menguris perasaan.. Ita seronok dapat mengenali anda semua.. semoga kita dpat bertemu lagi di bengkel yang lain pula..


Ustazah Cooking Classes
Fatha Marketing
No 6, Jalan Hilir 4
Taman Ampang Hilir
6800 Ampang Selangor

Tel: 013-9802465 / 013-9062465
email : wanhabsah01@yahoo.com
http://yeshalalmarketing.blogspot.com./
http://kedaiarabustazahonline.blogspot.com./

Untuk mengetahui kelas-kelas lain boleh hubungi Pn Siti Zaleha di talian : 0197550154





KEK GULUNG MOCHA MARMAR

$
0
0
Assalamualaikum


Apa khabar semua rakan-rakan yang ita kasihi sekalian.. Semoga semuanya sihat dan ceri-ceria selalu dalam menjalani rutin seharian dan melaksanakan tanggungjawab yang terpikul.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat bersua walaupun lewat papan skrin komputer..  sahaja
Bagaimana perjalanan hidup kita sehari-hari.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan sentiasa mencucuri rahmat buat sekalian umat Nabi Muhammad SAW.

Bercuti panjang memang buatkan ita terasa sunyi.. Sunyi dan sepi dari perkhabaran rakan-rakan diluar sana.. tapi apakan daya.. ita tak sihat untuk melaksanakan rutin seperti biasa. Maaf andai ada yang tertunggu-tunggu balasan email dari ita, atau ada yang mungkin tertunggu-tunggu resepi terbaru..


Ita juga manusia biasa yang sering diuji olehNya. Ada kala sihat ada kala diberikan ujian sedikit kesakitan.. Semuanya untuk menguji sejauh mana ita dapat bersabar dengan ujianNya ini..
Ita sentiasa berdoa agar ita segera sembuh dan pulih seperti sedia kala..

Sebagai suri rumah, walaupun tak sihat rutin seharian tetap diteruskan.. masih lagi memasak untuk keuarga maklumlah ita tak punya orang gaji.. jadi semua urusan rumah terpaksa ita laksanakan walaupun kesihatan tak mengizinkan.

Oklah ita pun tak boleh nak sembang panjang-panjang.. mengadap komputer ni pun dah buatkan kepala ni berdenyut-denyut semula.. nanti kalau dah sihat sepenuhnya bolehlah kita sembang..

Ita tinggalkan anda semua dengan resepi kek gulung.. Selamat mencuba!! dan Happy Cooking


KEK GULUNG MOCHA MARMAR

Bahan A
5 biji kuning telur
100 ml minyak Mazola
65 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
100 gm tepung
1/2 sudu teh soda

Bahan C
5 biji putih telur
100 gm gula kastor
1/2 sudu teh serbuk tarta

Bahan D
50 ml air panas
20 gm serbuk koko
10 gm Nescafe

Inti
Krim putar bukan tenusu perasa coklat
* kalau tak ada boleh putarkan krim putar bukan tenusu dicampurkan dengan ganache coklat
atau putar krim putar bukan tenusu di campurkan dengan Nutella

Dalam satu bekas, satukan bahan A dan gaul dengan spatula atau whisk hingga bergaul rata.
Campurkan bahan B yang telah di ayak dan gaul rata, ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula kastor dan serbuk tarta dan putar hingga kental dan bertanduk

Kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan tepung hingga rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian

Bahan D di satukan
Masukkan bahan D dalam satu daripada adunan yang telah diasingkan tadi dan gaul rata

Sediakan loyang 25x35cm, alas dasarnya dengan kertas kek dan sapukan dengan butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan marble
Bakar pada suhu 160 C selama 20 ~ 25 minit
Sejukkan setelah masak

Letakkan inti pada kek dan gulung kemas
Balut dengan kertas minyak dan simpan dalam peti ais semalaman




Viewing all 843 articles
Browse latest View live