Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

TART BUAH-BUAHAN

$
0
0

Assalamualaikum

Selamat petang, dan selamat beristirehat.. buat semua suri rumah-suri rumah..
Biasa kalau suri rumah masa ni lah baru dapat nak melelapkan mata.. nak santai-santai sambil menonton TV ya tak?

Tapi masih banyak lagi urusan yang belum siap.. mana nak angkat kain di ampaian.. nak melipat baju.. atau mungkin ada yang sedang memikirkan apalah juadah untuk makan malam atau minum petang ni..


Hari ni ita nak  kongsikan satu lagi resepi hebat dari bloger yang ita cukup kagumi bakatnya.. Seorang wanita yang cukup berseni dan sangat kreatif.. yang paling utama beliau sangat rajin.. setiap resepinya pasti membuatkan sesiapa yang melihat meronta-ronta nak mencuba.. bagi yang tak punya cukup masa dek kesibukan urusan pejabat.. pasti tak akan melepaskan peluang untuk menempah dari wanita yang satu ini..

Resepi ni dah lama ita skodeng di dapur beliau.. hati ni dok mencongak-congak.. nak buat ke tidak? Bila melihatkan kecomelannya tu.. macam tak sangup nak tunggu lebih lama lagi.. Tapi ita bimbang pula sejarah membuat biskut tembikai berulang semula.. huhu


Hari ni memberanikan diri mencuba.. Aduyaii.. tak lah susah sangat.. nampak macam susah tapi bila dah buat ok lah.. menyeronokkan.. lebih-lebih lagi bila melihatkan hasilnya..
Sebenarnya ita dah lama tak bermain dengan warna.. Ita ni sebenarnya suka sangat melukis.. Warna-warni adalah dunia ita.. seronok bila dapat melayangkan berus di kanvas.. dengan warna-warna yang sentiasa memberikan satu semangat dan kepuasan..

Tapi sekarang dah tak punya masa untuk berkarya.. Akhirnya tak dapat melukis di kanvas melukis di tepung pun jadilah.. kata orang nak lepas gian.. haha

Jom lah.. kita masuk dapur kita intai-intai resepi unik dan menarik ni.. dan amat sesuai untuk dijadikan hantaran atau buah tangan..


TART BUAH-BUAHAN
Resepi Oleh : Kak Wan 

250 gm mentega
60 gm gua icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
Jam nenas sebagai inti
Pewarna mengikut warna buah-buahan
1 biji telur asingkan putih dan kuningnya
Cengkih sebagai tangkai
Bijan hitam sebagai hiasan
Royal Icing sebagai daun atau kudup

Satukan mentega dan gula dan gaul rata dengan senduk kayu sahaja
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak terlebih dahulu sedikit-sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut

Ambil sedikit doh, letakkan jam nenas atau jam strawberry atau blueberry atau apa-apa jam yang anda rasakan sesuai.
Jam tu kita bulat-bulatkan dahulu supaya lebih memudahkan dan melancarkan lagi urusan kita nanti.
Bentukkan seakan-akan buah-buahan yang anda sukai, seperti buah strawberry, apple, pear, jambu, labu, kiwi, mangga, nenas, pisang, manggis, orange atau apa-apa buah-buahan yang terlintas di benak fikiran.
Buat kemas-kemas.
Untuk buah yang berlekuk seperti pear atau abu, gunakan belakang pisau untuk bentukkan setiap lekukan.
Untuk nenas atau buah durian  anda boleh guntingkan sedikit doh untuk membentuk durinya
Setelah siap susun dalam dulang pembakar yang dilapik kertas pembakar.
Jom intai cara ita..


Bentukkan doh menjadi buah-buahan pilihan anda.. lagi banyak buah-buahan yang anda pilih lagi cantik dan menarik lah hasilnya nanti.. jangan sekat fikiran anda untuk berkreatif.. anda boleh mencuba pelbagai-bagai jenis buah-buahan yang anda suka dan anda rasakan ianya comel.. ^___^



Bila dah siap semuanya di bentuk, sekarang bolehlah di warnakan. Gunakan warna -warna yang menarik dan hampir-hampir serupa dengan buah yang asli. Warna yang digunakan adalah warna cecair atau gel.. mana-mana pun sesuai..

Gunakan berus yang sesuai, berus khas untuk makanan pastikan yang halal ya!!
Boleh ratakan dengan air sekiranya warnanya pekat.. Buat sama macam kita buat lukisan masa di bangku sekolah dahulu.. ingat lagi tak? @___^





Bila dah siap warna, keringkan sekejap sebelum kita sapukan pula dengan putih telur supaya ia nampak sedikit berkilat.
 
Selepas tu boleh lah kita letakkan tangkai. Untuk tangkai ita gunakan bunga cengkih.
Bagi buah yang ada biji-biji di luar tu.. macam strawberry, bolehlah kita letakkan bijan sebagai hiasan buah.
Bagi buah yang berdaun, jangan letak daun dahulu, sebaliknya kita bakar dahulu
Bakar dalam ketuhar pada suhu 140C selama 25 minit.
* kalau masa bakar nampak macam dia nak merekah, cepat-cepat turunkan suhu ketuhar..

Bagi kak Wan beliau akan salutkan semula doh yang dah 1/2 masak dengan kuning telur pula. Tapi ita tak buat la.. ita ni buat untuk makan sendiri aje... bagi yang nak buat boleh buat.. ia sebenarnya untuk mengukuhkan lagi kelekatan warna tu pada doh kalau tak.. dia akan mudah tanggal..

Bila dah siap bakar sejukkan sekejap kemudian letakkan daun atau kudup buah dari gula icing.

Kemudian kita bakar semula untuk keringkan Royal Icing tu.. tak lama ya masa membakarnya dalam 10 minit dengan suhu oven yang rendah iaitu 120C


Royal Icing
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Satukan semua bahan dan putar hingga ia putih dan likat
Letakkan pewarna, letakkan dalam piping bag dan bolehlah di paipkan pada tart buah tadi
Bakar semula doh selama 10 minit pada suhu 120C


Terima kasih Kak Wan, kepada rakan-rakan semua.... Selamat Mencuba!!






OWL SUGAR COOKIES

$
0
0
Assalamualaikum


Setiap manusia pasti akan terbelengu dengan seribu permasalahan.. Selagi kita bernama manusia, masalah itu pasti akan ada kerana itulah ujian dariNya untuk menguji sejauh mana ingatan kita terhadapnya.. Bila ada masalah biasanya kita kerap menyalahkan diri atau takdir..

Sebenarnya kita harus bersyukur kerana diberikan ujian.. kerana setiap kali kita diuji kita semakin mendekatkan diri kepadaNya..

Ada masa bila kita terlalu sibuk dengan urusan dunia.. kita hampir-hampir melupaiNya.. pada ita itu adalah lumrah kehidupan.. kerana manusia mudah lupa..

Ita sebenarnya kurang minat menonton drama di TV, ita hanya akan tonton bila pelakonnya bagus, jalan ceritanya menarik dan menyentuh nilai kehidupan di samping arahan dari pengarah yang hebat!
Slot Zehra TV3 drama bersiri Hanya Padamu benar-benar membuatkan ita tak sabar menunggu hari Jumaat malam. Ita suka jalan ceritanya yang tidak terlalu berat tapi sangat mendalam penyampaiannya.. Yang paling utama ita sukakan shoot gambarnya yang sangat lembut dengan pemandangan yang cukup menarik!  Kepada mereka yang belum menonton cerita ini bolehlah menontonya malam ni.. tak sabar nak mengetahui kesudahan cerita ini..


Setiap kali ita berhadapan masalah.. melukis adalah cara ita untuk melupakan masalah atau tekanan yang ita hadapi. Pada ita setiap daripada kita pasti ada cara tersendiri untuk menghindarkan diri sebentar dari kemelut permasalahan.

Bila ita melukis, ita dapat melupakan segala-galanya.. walaupun tidak secara keseluruhan.. tapi sekurang-kurangnya ianya dapat menghiburkan hati..

Kini ita tidak mempunyai cukup masa dan ruang untuk melukis.. Tepung dan pewarna adalah peneman yang dapat menghiburkan hati ita tika dan saat ini. Selain itu bila ita dapat memegang camera pasti segala masalah pun hilang satu persatu.. Ini lah dunia ita kini..


Pada rakan-rakan ita diluar sana, jika ada masalah jangan sedih-sedih.. Mintalah pertolongan dan mengadulah padaNya.. Hanya Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Walaupun kini kita sendiri.. ditinggakan kawan-kawan atau orang yang kita sayangi.. tapi kita masih ada Dia..


OWL SUGAR COOKIES
Untuk melihat cara membuatnya boleh rujuk di SINI

225 gm mentega tanpa garam ~ kalau bergaram tak payah letak garam lagi
150 gm gula icing
1 biji telur ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam ~ kalau guna mentega bergaram sila abaikan
2 sudu teh baking powder
450 gm tepung. 

Ayakan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Satukan butter dan gula icing, dan pukul hingga berkrim
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Dan terus memukul hingga sebati
Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan garam sedikit demi sedikit. 
Putar hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Letakkan doh atas plastik wrapping, bungkus kemas dan simpan dalam peti ais semalaman.

Keluarkan doh dari peti ais
Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/2 cm
Gunakan acuan pilihan dan terap 
Susun doh atas dulang pembakar
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar cookies
Suhu 180C, gunakan api atas dan bawah.
Bakar doh selama 10 minit atau sehingga cookies masak sempurna.
Setelah cookies masak, susun atas redai hingga ia sejuk sepenuhnya.

ROYAL ICING

800 gm gula icing
1/3 cawan meringue powder
3/4 cawan air ~ air yang di masak suhu bilik
1 sudu besar jus lemon 

Satukan gula icing dan meringue powder
Masukkan dalam mixer dan putar dengan speed perlahan hingga ia bercampur sempurna
Tambahkan air dan jus lemon dan pukul dengan speed sederhana.
Teruskan memukul dengan speed yang sederhana hingga adunan mengental

Sekarang adunan royal icing telah tersedia dan boleh di gunakan.
Boleh lah diwarnakan mengikut kesesuaian.

Untuk membuat layout, jika adunan royal icing terlalu pekat tambahkan sedikit air ~ anggaran 1 sudu teh, sedikit-sedikit hingga ia mencapai kepekatan yang sesuai untuk membuat layout ( adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair) kacau adunan rata.

Untuk bahagian dalamnya pula, adunan hendaklah licin dan cair sedikit dari adunan layout tapi tidak terlalu cair supaya bila kita paipkan ia tak meleleh turun. Oleh itu jika adunan pekat letakkan air sesudu teh demi sesudu sehingga mencapai piawaiannya OK!

Adunan bolehlah diwarnakan tetapi Jangan menggunakan pewarna yang berasaskan minyak. Hanya gunakan yang berasaskan air sahaja.

Sediakan piping bag secukupnya.
Untuk bahagian dalam boleh juga menggunakan botol sos yang lubangnya kecil.
Sediakan nozel lubang kecil untuk layout dan sedikit besar untuk bahagian dalam

Sediakan juga gelas. Lapik dasar gelas dengan tisu basah supaya icing tidak cepat mengeras.
Letakkan royal icing dalam piping bag dan letakkan dalam gelas yang telah dilapik dengan tisu basah tadi seperti dalam gambar.
Sekarang kita dah bolehlah mula melorek atas cookies

Buatkan layout dahulu atas cookies, dan biarkan ia mengeras
Ini bertujuan bila kita letakkan lapisan dalam ia tak mengalir ke luar.

Kemudian paipkan pula bahagian dalam
Ratakan dan jika ada gelembung udara bersihkan dengan spatula atau lidi
Hentak-hentak sedikit cookies supaya ia rata

Buatlah kaedah yang sama untuk bahagian yang lain pula.
Jika nak letakkan mata atau sebagainya, tunggu sehingga icing mengeras baru letakkan mata atau bahagian-bahagian lain.
Jika icing ada terlebih, simpan didalam bekas kedap udara. Tutup kemas dan masukkan dalam peti ais. Ia tahan selama 1 bulan.

Tunggu sehingga icing benar-benar keras barulah di simpan sugar cookies kita ni didalam bekas kedap udara.
Atau boleh terus masukkan dalam bekas plastik kecil untuk door gift. Atau boleh juga masukkan dalam botol kecil, hiaslah botol dengan riben dan amat sesuai sebagai buah tangan.


Keep smiling because life is beautiful... and there is so much to smile about...






Puding ABC

Hadiah istimewa untuk anda sempena Hari Wanita

$
0
0
Assalamualaikum..
Selamat hari Wanita untuk semua wanita yang berada di seluruh dunia dengan ucapan.. tengah buat apa tuuuu..... hehe

Apa perasaan anda bila dilahirkan untuk menjadi seorang wanita?
Tentu seronok kan.. terutamanya bila kita diberikan pelbagai kelebihan contohnya dapat melahirkan zuriat yang memang kaum lelaki surrender lah part ni kan.. Walaupun kesakitan melahirkan anak tu.. aduyaiii.. tak tergambar dengan kata-kata tapi bila melihatkan anak yang cumil dan mugil hilang rasanya penat melahirkan anak dan mengandung 9 bulan 10 hari..

Yang paling ita suka bila.. syurga di bawah telapak kaki ibu.. ( untuk kaum lelaki... "kau ada..." hihi ) aduh.. sejuk rasnya..
Bersempena dengan sambutan hari wanita ni, ita ada hadiah istimewa buat semua pengunjung setia Masam Manis. Ebook Volume II daripada ita khas buat anda semua yang sentiasa setia menemani ita , setia mendengar keluhan hati wanita ini yang sering gundah gulana.. dan sering berikan ita kata-kata semangat, sokongan dan dorongan untuk terus berblog.

Ita ikhlas suka persahabatan kita, walaupun hanya di alam maya dan tidak mengenali anda secara dekat tapi rasanya dekat aje di hati ini..

Kepada anda semua Selamat Hari Wanita dan selamat membaca Ebook terbaru dari Ita dan jangan lupa mencuba!!


Klik SINI untuk membaca my Ebook





Bluberry Cheese Tart bunga baru..

$
0
0

Resepi ni dah banyak kali di buatkan.. Rasa-rasa ramai yang dah mencuba dan pastinya ramai yang sukakan rasanya yang enak, selain itu keunikan setiap corak yang terconteng di atasnya amat memikat dan mengamit hati memandang.

Ita rasa ucapan terima kasih yang tak terhingga haruslah di berikan kepada tuan empunya resepi asal Pn Azita Zain yang sudi kongsikan resepi yang menjadi kesukaan ramai ni. Ahamdulillah.. resepi ini kini telah menjana pendapatan kepada para suri rumah.

Sebenarnya ita tersentuh bila menbaca kiriman emai daril seorang kenalan yang boleh ita panggil adik. Ia membuatkan air mata ita berlinang di pipi..

" saya telah berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu membayar yuran persekolahan saya.. Saya tinggal dirumah menjaga adik kerana ibu terpaksa berkerja untuk menangung persekolahan adik-adik. Baru-baru ini ibu saya jatuh sakit, saya buntu apa yang harus saya lakukan untuk menyara keluarga.. Saya berasa sangat bersyukur apabila saya terjumpa blog Masam Manis. Terima kasih kak Ita kerana mengajar saya memasak.. kini saya sudah mula mengambil tempahan kecil-kecilan dan kini saya sudah dapat membantu membeli ubat untuk ibu dan membayar yuran sekolah adik-adik saya.."


Ita mengharapkan perkongsian ini, memberikan seribu kebaikan kepada semua.
Ilmu harus dikongsikan supaya ianya tidak putus sampai di sini sahaja. Tiada apa yang lebih berharga selain dari ilmu yang Allah kurniakan kepada hambanya.


BLUEBERRY CHEESE TART

Shell Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
 
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.

Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.

Untuk corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya, gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje..

Bila dah siap semuanya bakar semula dalam ketuhar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.




Chocolate Blossom Mini Cup Cake

$
0
0

Assalamualaikum


Baru-baru ini ita ditimpa perkara yang amat mendukacitakan apabila FB ita dah tak boleh berfungsi dengan baik dan sempurna. Mula-mula ita sangkakan ini adalah perkara biasa kerana keadaan ini selalu berlaku bila FB di selengara . Tapi setiap hari ita menunggu keadaan tetap sama hingga kini.

Banyak gambar masakan dan gambar personal dalam FB ita hilang. Ita juga tidak dapat linkkan blog ita di FB lagi, keadaan ini memang membuatkan ita sangat sedih dan sedikit kecewa. Bukan FB personal sahaja tapi ita punya fan page juga mengalami nasib yang serupa. Semua gambar masakan yang ita kongsikan hilang.

Ita cuba dapatkan bantuan seorang rakan untuk mengetahui samaada FB ita telah di hack, beliau memang arif tentang komputer dan internet kerana berkerja sebagai Computer Analyst di Bukit Aman. Menurut beliau jika FB di hack, pemilik sudah tidak dapat terus membuka FB nya. Tapi sebaliknya jika gambar hilang atau ada tangan-tangan lain yang memasukkan apa-apa status yang bukan tuan empunya yang masukkan ini bermakna, fb telah di sabotaj oleh pihak lain


Ramai rakan-rakan FB yang memahami masalah ita hadapi, memberikan pandangan dan pendapat. Terima kasih ita ucapkan..
Ita diminta untuk menukar pasword FB dengan segera. Walaupun ita dah lakukan tapi masih lagi tiada sebarang perubahan.

Akhirnya ita menghubungi seorang lagi teman, beliau pula berkhidmat di IBM Mesiniaga. Beliau dengan baik hati telah sudi membantu ita untuk menyelesaikan masalah yang ita hadapi memandangkan ita kurang arif bab-bab iT ni.. Ita ni kalau bab iT ni nak kena tunggu anak-anak balik barulah anak-anak dapat membantu..

Setelah aduan di buat ita diminta menunggu progres selanjutnya dari FB. Ita terus menunggu dengan sabar namun masih tiada perubahan. Baru-baru ini anak ita pulang bercuti, ita merebut peluang untuk meminta Amirul membantu ita. Sekali lagi kami membuat aduan tapi hingga kini masih lagi sama.. tiada apa-apa perubahan.

Ita mula sangsi kerana terdapat beberapa status baru masuk dalam FB yang bukan ita masukkan. Ita tak pasti apa yang berlaku sekarang.. Ita bercadang untuk menutup sahaja FB ita jika keadaan masih terus berlarutan..



Kepada rakan-rakan ita yang lain, ita nasihatkan supaya selalulah tukar pasword supaya FB kita tidak di hack oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Ita meminta maaf sekiranya keadaan yang ita alami ini memberikan kesulitan juga buat rakan-rakan ita untuk mencari resepi. Ita juga minta maaf banyak-banyak kepada semua fren ita samaada di Azlita Aziz FB atau di Azlita Masam Manis Fanpage sekiranya ita terpaksa menutup FB ita nanti..

Sekiranya ada apa-apa perubahan kelak ita akan lapurkan dari semasa ke semasa.
Ita juga tidak pasti samaada blog ita turut terkena tempiasnya, kerana banyak link terutama untuk search resepi tidak boleh beroperasi seperti selalu. Ita masih lagi mencari punca dan masalahnya..


Chocolate Blossom Mini Cup Cake

Bahan A
150 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda
secubit garam

Bahan B
2 biji telur gred B
230 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
100 ml susu cair
125 ml minyak jagung
1 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
125 ml air panas

Satukan semua bahan A dan ayak 2 kali
Dalam bekas pemutar, putar bahan B hingga gebu dan putih
Satukan Susu cair dan susu pekat dalam bahan C
Kemudian tuang dalam adunan bahan B perlahan -lahan sambil adunan terus diputar
Tuangkan pula minyak jagung
Masukkan pula tepung sedikit-sedikit dan gaul rata dengan kaedah kaup balik
Akhir sekali tuangkan air panas dan gaul adunan sempurna
Kukusan dipanaskan terlebih dahulu
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas kek
Sediakan cawan kertas secukupnya
Letakkan cawan kertas di dalam acuan lompang atau acuan apam
Tuangkan adunan 3/4 cawan kertas
Kukus selama 20 minit






DECORATING

$
0
0
Tips dan penggunaan nozel dari Wilton

Round Decorating tips

Open Star Decorating Tips


Close Star Decorating Tips

Multi Opening Decorating Tips

Basketweave Decorating Tips

Leaf Decorating Tips

Ruffle Decorating Tips

Drop Flower Decorating Tips

Petal Decorating Tips


Left Handed Petal Tip Set



Left Handed Drop Flower Tip Set


Couplers


Using Couplers


Step 1
Tanggalkan ring daripada Coupler
Masukkan dalam piping bag hingga hujung
Tandakan bahagian yang hendak digunting
Step 2
Keluarkan coupler
Guntingkan bahagian yang telah ditandakan
Step 3
Masukkan semua coupler
Tolak coupler hingga ke hujung piping bag
Step 4
Masukkan nozel
Kemudian pasangkan atau skrukan semula ring pada coupler




Cara-cara mengisi krim dalam piping bag




Step 1
Pegang piping bag dengan tangan kiri
Kelepetkan bahagian mulutnya ke bawah dengan tangan kanan

Step 2
Dengan menggunakan spatula, masukkan cream ke dalam piping bag
Step 3
Keluarkan spatula dari bag dengan tangan kiri memegang spatula supaya krim masuk semuanya dan spatula keluar dari piping bag dengan keadaan bersih

    Step 4
    Tutup kemas piping bag dengan memulas hujungnya






Cara-cara memegang piping bag 



 90 darjah : Kedudukan tegak
Biasanya digunakan untuk membuat corak bintang, bunga leper dan ros


45 darjah : Sendeng 
Menyendeng sedikit dengan 2 jari memegang hujung untuk control piping bag.
Biasanya digunakan untuk menulis, membuat border, kudup bunga atau lain-lain




Tak tau nak cairkan gelatin.. ?

$
0
0
Masih ada yang tak pasti cara mencairkan gelatin?
Kepada yang masih samar-samar dan masih kabur-kabur cara dan kaedah mencairkan gelatin, jom kita belajar sama-sama..

Mula-mula kita kena pastikan gelatin yang kita gunakan halal.
Macam mana nak tau gelatin tu halal?
Kalau kita pergi beli gelatin, tolong dapatkan kepastian dari tuan empunya kedai tentang sijil halal yang telah diberikan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Bila dah pasti, barulah beli..

Kalau sukar juga, apa yang pasti gelatin halal hanya didatangkan dalam bentuk serbuk seperti gula pasir atau gula perang tapi, lagi jernih sedikit warnanya dari gula perang dan lebih kuning sedikit dari gula pasir. Ia juga sedikit halus dari gula pasir tapi lebih kasar dari gula kastor.
Boleh bayangkan?

Jika gelatin tu didatangkan dalam kepingan.. oppsss! minta maaf ya kerana ianya tidak halal digunakan.

Ok dah dapatkan gelatin masing-masing, apa tunggu lagi kita mulakan proses mencairkan gelatin..


Letakkan air dalam sebuah mangkuk yang kecil


Taburkan gelatin perlahan-lahan di atas air tadi
Biarkan gelatin kembang anggaran masa dalam 10 minit
Pastikan kembang semuanya 


Beginilah rupanya gelatin yang telah kembang. Sedikit berbiji-biji dan teksturnya sedikit macam jelly. Yang ni tak boleh digunakan terus ya.. Kita kena cairkannya lagi dengan kaedah kukusan pula. Macam mana?
Jom kita belajar


Inilah kaedah kukusan yang ita maksudkan. 
Letakkan gelatin yang telah kembang dalam bekas
Ambil pula periuk yang sedikit besar daripada bekas gelatin dan letakkan air sedikit aje.
Kemudian panaskan hingga air mendidih.
Letakkan bekas gelatin atas periuk air mendidih tadi dan kacau hingga gelatin mencair.


Beginilah rupanya gelatin yang telah dicairkan secara kukusan. 
Biarkan ia suam dan bolehlah kita campurkan dalam krim putar untuk dijadikan mousse atau dijadikan Panacotta
Gelatin ni fungsinya untuk mengukuhkan ikatan supaya adunan tidak lembik.
Tapi ianya tidak boleh digantikan dengan agar-agar ya kerana tekstur dan fungsinya tidak sama.




Warkah buat Azrul..

$
0
0


Kehadapan anakanda ku Azrul
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Apa khabar anakanda ku.. 
Semoga Azrul sentiasa berada dalam lindungan Allah, sentiasa terpelihara kesihatanmu dan semoga kehidupan mu sentiasa dirahmatiNya.

Hari ini genap usia mu 17 tahun. Terasa cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita.. terasa baru semalam emak mendengar tangismu.. selepas 9 bulan dalam kandungan ini
Terasa baru sangat tangan ini membelai dan mencium ubun-ubunmu..
Terasa baru semalam melihat mu merangkak, berjalan dan berlari riang 
Terasa baru sangat kuping telinga ini mendengar mu memanggil emak.. untuk yang kesekian kali..
Kini anak emak sudah semakin dewasa..

Maafkan kami seandainya tidak dapat menyambut ulang tahun bersama mu kali ini..
Jarak yang memisahkan kita dan demi mengalas tugas dan tanggungjawab masing-masing kita terpaksa akur dengan ketentuannya.. Sesungguhnya emak sangat rindu padamu.. Setiap malam  jika boleh emak ingin sering bermimpi berada dengan anak-anak emak.. Seakan emak mau kembalikan semula masa lalu.. Tapi apakan daya.. emak juga ingin Azrul bijak berdikari..  Ingin melihat kejayaan mu tanpa emak dan ayah disini..

Emak dan ayah bangga dengan mu.. Abang dan Dalili juga bangga mendapat adik dan abang setabahmu.. Bangga kami atas usahamu yang tak pernah kenal jemu.. Semoga Azrul terus menjadi anak harapan dan kebanggan kami semua..

Sentiasa ingat pesan ibumu.. Dimana bumi kita pijak disitu langit kita junjung.. Ingat lah pada penciptamu dan kekasihNya..
Emak tahu, tahun ini adalah tahun getir bagimu.. Tahun yang menentukan masa hadapan mu.. Pasti Azrul berusaha untuk membanggakan emak dan ayah.. Belajarlah dengan tekun anakku, sentiasa hormat pada guru-gurumu.. Insya Allah kejayaan pasti berpihak kepadamu..

Andai kejayaan berpihak pada mu kelak.. ikutlah resmi padi yang semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.. janganlah menjadi lalang yang meliuk-liuk dan terawang-awang.. 
Jangan takut dilambung ombak dan badai anakku.. 
Kejayaan tidak akan datang bergolek.. Namun dalam sibuk mencari kejayaan jangan pula takut pada kegagalan.. 
Kegagalan menjadikanmu semakin bijak berfikir untuk meraih lebih kecermerlangan.. Emak tidak pernah putus menitipkan doa untuk setiap langkah dan perjuangan mu..

Kejayaan didunia hanya sementara.. Kejayaaan di akhirat lebih kekal dan abadi..
Jadilah anak yang solleh kerana ia membuatkan emak lebih tenang di sana kelak 

Seandainya warkah ini adalah yang terakhir kali.. Maafkan emak anaku.. seandainya ada kekurangan dalam membelai dan mendidikmu.. Seandainya ada kata-kata dari emak yang pernah menguris perasaan mu.. seandai ada bahasa tubuh ini yang pernah  melukai hati dan menganggu emosi mu.. 
Basahkan bibirmu dengan kalimah-kalimah Allah agar emak tenang dan aman di sana.. 

Selamat ulang tahun anakku.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih memberikan sinar kebahagiaan..

Salam penuh kerinduan
Emak





Kek Asas 1 Kek Coklat Lembab

$
0
0
Assalamualaikum

Terdapat pelbagai resepi kek span asas yang boleh kita gunakan untuk menyediakan sebiji kek hiasan. Sebenarnya untuk menyediakan kek hiasan kita boleh gunakan mana-mana kek span yang kita suka, tak kiralah kek vanilla, coklat, pandan atau berperisa seperti kek oren atau kek strawberry. Semuanya bergantung atas citarasa kita atau permintaan para pelanggan.

Apa yang pasti, setiap kek yang kita sediakan mestilah serasi antara satu sama lain, iaitu antara kek dan mousse atau krim yang akan kita gandingkan bersama nanti. Contoh jika kek yang kita hendak sediakan kita nak hiaskan dengan buah-buahan, kita gunakan kek span asas vanilla, fresh cream, coklat urai dan buah-buahan. Jika kita nak berperisa coklat pula kita boleh gandingkan kek span coklat bersama mousse coklat yang kita boleh letakkan perasa moca atau nescafe dan di salut pula dengan ganache coklat yang kita tambahkan sedikit pes moca atau pes kekacang sebagai contoh pes Hazelnut dan Nutella

Pada ita pula kek coklat juga enak dan lazat jika di gandingkan bersama bubbery dan fresh cream manakala filling strawberry di gandingkan pula dengan kek span vanilla dan buttercream. Semuanya terletak atas kita yang bijak menganding dan mengayakan setiap kek yang ingin kita sediakan. Alangkah indah dan seronoknya jika kita dapat menyediakan sendiri kek hiasan untuk hari ulangtahun anak-anak atau suami tercinta.

Hari ini ita akan kongsikan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake.
Kek yang lembab dan sedikit padat dan berat. Kek yang sesuai di jadikan asas kek hiasan yang mewah dengan lapisan krim keju dan di salutkan pula coklat ganache.. waa.. pasti berpinar-pinar biji mata melihatnya dan sudap pasti anak tekak mula menari-nari riang.. wallaaa.. sedapnya..


Sebenarnya kek ni kalau tak letak krim pun dah sedap dan mewah dah..
Apa yang perlu kita salutkan sahaja dengan curahan garnache  ya Allah enaknya kejadian dan ciptaan mu.. hingga tak terungkap dengan kata-kata.. Alhamdulillah..

KEK COKLAT LEMBAB / Chocolate Moist Cake


Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan


Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla


Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas


Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati


Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon


Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.


Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.


Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.



Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi.

Untuk oven ita pula ita hanya gunakan api bawah setiap kali membakar kek dan kek pula ita akan letakkan di rak bawah sekali. Ini adalah kerana suhu api atas pada oven ita adalah lebih panas dari api bawah. Jika ita menggunakan api atas dan api bawah, kek akan keras pada sebelah atas dan mudah merekah serta hangus .

Kek ini boleh di bakar dan boleh dikukus, masa mengukus juga antara 1 jam hingga 1 jam 1/2
Sama juga seperti cara membakar, kukusan tidak boleh dibuka semasa kek sedang dikukus
Kek yang dikukus lebih moist, tapi tidak tahan lama
Kek yang dibakar lebih tahan lama dan lebih sesuai sebagai kek hiasan.
Boleh juga menggunakan kaedah Steam Bath

Kepada yang tak nak di lapiskan dengan krim bolehlah terus curahkan garnache coklat atasnya setelah kek di sejukkan.
Bagi yang nak di jadikan kek hiasan boleh lah potongkan kek kepada beberapa kepingan berdasarkan ketinggian kek yang kita inginkan..

Nanti kita sambung pula bagaimana cara nak menyediakan lapisan krim dan garnache coklat.



Johor Junior Chef Challenge Peringkat Saringan

$
0
0


Alhamdulillah..
Johore Junior Chef Challenge telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program yang cukup gemilang ini.
Tahniah juga kepada penganjur yang telah bertungkuslumus bagi melancarkan lagi program supaya semua yang terlibat berpuas hati dengan perancangan yang telah di atur.
Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, guru-guru yang bertungkus lumus siang dan malam untuk memastikan anak didik mereka mara ke peringkat akhir dan akhirnya berjaya!
Tahniah juga kepada semua murid-murid dan pelajar- pelajar yang terlibat. Kerjasama yang diberikan cukup hebat dan anda harus berbangga dengan kebolehan diri..


Program yang berlansung selama 2 hari iaitu pada 16 dan 17 March ini telah berlansung di Politeknik Ibrahim Sultan Masai dan acara kemuncak berlansung dengan jayanya di Kip Mart Masai.

Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di Johor termasuk peringkat rendah dan menengah. Mereka di bahagikan kepada 3 kategori.
Kategori Brilliant terdiri dari murid darjah 4 hingga darjah 6
Kategori Exellent terdiri dari pelajar menengah rendah  tingkatan 1 hingga tingkatan 3
Kategori Intelligent terdiri dari pelajar menengah tingkatan 4, 5 dan 6

Semua murid-murid berkampung dan di kuarintin di asrama Politeknik selama 3 hari 2 malam. Pelbagai program telah di atur untuk mereka antaranya, demontrasi table setting, fruit carving dan lipatan.
Bengkel motivasi dan lawatan sambil belajar ke KFCH College di Taman Dato Onn.
Makan, minum tempat tinggal dan pengangkutan pelajar juga turut disediakan. Malahan setiap kumpulan pelajar sekolah di sediakan seorang mentor untuk menemani mereka dan memastikan setiap keselamatan murid-murid di bawah jagaan mereka terkawal.

Program di anjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Kementrian Pelajaran Tinggi Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan  KFCH College. Penaja pula adalah Maggi, Nestle, Gardiner, Kip Mart , Iskandar Johor dan lain-lain lagi.


Peringkat saringan telah berlansung di dapur Politeknik Ibrahim Sultan Masai.
Jom kita intai-intai dapur mereka

Besar dan selesa kan dapur mereka. Lepas ni kalau ada adik-adik kita yang ada impian dan cita-cita untuk menjadi tukang masak terkenal macam Dato' Chef Wan boleh lah mendaftar di sini.

Sebenarnya, ita telah di minta oleh pihak sekolah Taman Daya 2, untuk mengajar 3 pelajar mereka yang terpilih dan salah seorang dari mereka adalah Dalili. Ia adalah satu cabaran yang cukup hebat pada ita kerana ita di beri hanya 2 hari sahaja untuk mengajar mereka menyediakan 3 hidangan. Dan menurut makluman ita 2 daripada pelajar tersebut kata cikgunya tidak pernah atau tidak tahu selok belok di dapur termasuk tidak tahu menggunakan bahan memasak. Pada ita itu adalah normal kerana kebanyakkan ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak terutama yang kecil di dapur membantu mereka memasak, kerana bimbang keselamatan mereka. Ita pun macam tu juga...  Dapur bukanlah tempat yang selamat untuk kanak-kanak seusia mereka bermain. Bermulah cabaran ita...

Macam nak pecah jugak kepala ita memikirkan apalah yang ita nak ajarkan kepada mereka nanti..
Cabaran ke 2 kerana ita tak tahu tentang syarat pertandingan yang sebenar kerana ita hanya berpandukan kepada apa yang cikgu sampaikan sahaja. Apa yang cikgu kata, perlu sediakan 1 set hidangan makanan barat dan 1 hidangan sampingan, appetizer. Bahan asas yang di sediakan adalah, ayam, daging, sausage dan telur. Ini adalah bagi peringkat saringan. Jika berjaya ke peringkat akhir, kena sediakan 1 set makanan sarapan pagi barat contoh, sandwich, scramble egg, omelette, sausage hidangan over easy berserta hidangan sampingan dan hiasan meja juga di ambil kira.

Berlaku pula beberapa miscomunication antara penganjur dan guru-guru apabila apa yang disampaikan oleh penganjur kepada guru-guru pada taklimat tidak tepat atau maksud lain, penganjur cakap lain dan penerimaan cikgu pula lain. Dan sudah pastilah penyampaian pada ita juga lain..

Ita diberitahu bahan asas disediakan dan lain-lain bahan sampingan kenalah di sediakan sendiri. Tapi rupanya sebaliknya.. program masakan ini diadakan secara Black Box iaitu apa yang disediakan itu lah yang perlu di masak. Bayangkan macam mana paniknya ita dan guru-guru apabila masakan yang kita ajarkan pada anak-anak bahan-bahan nya tidak ada di sediakan pada hari tu.. panik.. panik.. macam mana nak ajar mereka dalam masa tak sampai beberapa minit.. aduyaiii.. akhirnya pasrah dan berserah..

Inilah antara makanan barat yang telah ita ajarkan kepada mereka iaitu, Chicken Stew yang di makan bersama Maggi, sebagai mengantikan pasta ( kerana mengikut arahan kena guna produk Maggi) dan Tuna Tomatto Chery sebagai apptizer.

Alangkah paniknya ita bila di beritahu, tiada tuna di sediakan, maggi pun tak ada.. bawang Holland pun tak ada, daun ketumbar pun tak ada.. daun bawang pun tak ada..  biskut tak ada.. bawang putih habis.. capsicun, karot pula habis..tak sempat di ambil.. roti pua tak cukup.. bayangkan aduyaiii.. macam mana berdebar perasaan ita waktu itu.. kerana memikul harapan guru-guru dan pihak SK Taman Daya 2. Ita hanya mampu berdoa agar murid-murid ini di berikan kebijaksanaan dan keajiban pada hari itu..

Alhamdulillah mereka bijak menggantikan bahan yang tiada dengan yang ada.. contohnya tuna di gantikan dengan telur.. apa yang malangnya.. ita tak ajar pula nak rebus telur.. jadi mereka tak tahu berapa lama harus merebus telur.. telur pula hanya di ambil 2 biji sahaja.. masa yang di berikan untuk mengambil bahan masakan 10 minit sahaja, selepas itu mereka tidak boleh mengambil apa-apa bahan lagi.. 

Walau apapun cabarannya ita bersyukur sangat bila mereka terpilih untuk mara ke peringkat akhir.. Tahniah anak-anak SK Taman Daya 2, anda memang bijak!!

Jom kita intai aksi-mereka di dapur..

Aksi mereka pada waktu perbentangan masakan kepada juri..
Waa.. berdebar-debar tu bila juri nak merasa.. sampai berdoa-doa.. janganlah ayam tu tak masak.. hihi


Sesi memasak dilakukan 2 pusingan, pusingan pertama di adakan pada pukul 11 am dan kumpulan ke dua pada pukul 2 pm. Tak sempat tunggu keputusan ita terus berangkat pulang kerana nak hantar pula abangnya balik asrama.

Dalam perjalanan cikgu telefon dan memakhlumkan mereka berjaya mara ke peringkat akhir.. Syukur Alhamdulillah..

Satu lagi cabaran menanti.. esok



Peringkat Akhir... Tahniah!!

$
0
0
Selesai cabaran pertama, cabaran peringkat akhir lebih hebat lagi rupanya, tak semudah yang di jangka.


Ita pulang dari menghantar Amirul pukul 8.30 malam, sampai ita terus ke JUSCO untuk mencari bahan untuk pertandingan akhir esok. Pada mulanya dapat tahu, pada peringkat akhir boleh bawa bahan masakan dari rumah, puhh! lega sikit.

Lepas aje cari bahan terus berkejar ke Politeknik takut pula bila dah malam sangat nanti tak dapat masuk. "Cikgu pesan suruh hantar baju sekolah kerana peringkat akhir kena pakai uniform sekolah" kata Dalili di hujung talian..
Mujur petang tu ita dah kirimkan pada cikgu, jadi taklah ita kelang kabut sangat. Sampai nasib baik budak-budak tu tak tidur lagi..

Berilah penerangan sikit pada mereka apa yang perlu di lakukan untuk esok. Maklumlah bila mengajar dah last minute ni.. teori aje tu..  tengah malam-malam pulak.. faham ke tidak budak-budak ni..

Esok pagi-pagi Dalili dah telefon, " mak kita dah sampai kat Kip Mart.. "
Makin lah berdebar-debar hati ni.. tak senang duduk di buatnya.. makan pun tak lalu pagi tu..
Terus bergegas ke Kip Mart
Sampai aje dah dapat berita mengejut.. Oven tak ada???
Tak boleh guna barang elektrik??
Bahan semua di sediakan.. tak boleh bawa bahan dari rumah..
Makkk aiii.. macam mana ni..
Pulak peringkat akhir ita dah buat persedian untuk menggunakan oven.. aduyaiii.. macam mana pulak ni..

"Terpaksa tukar plan B"  kata suami ita..
Plan B??.. faham ke budak-budak ni.. dah tak ada masa berapa minit aje lagi acara bermula..
Tak pe lah anak-anak kalau ada rezeki adalah.. kalau tak ada rezeki kita cuba lagi tahun hadapan..

Seperti biasa orang ramai sudah mula membanjiri ruang legar Kip Mart. Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan doa, diikuti kata-kata aluan dari pihak penganjur dan sedikit ucapan dari YB. Majlis dirasmikan oleh ADUN Pasir Gudang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, demo masakan dari chef hebat.. lupa pulak nama chef ni.. maklumlah tengah kalut..
Chef mengajar cara membuat Laksa Johor dan Pais Ikan Pari.. emm.. aroma telah menusuk di segenap ruang legar.. laparrr..lah  pulak!
Selain itu terdapat juga acara menghias cup cake dan pertandingan karoake.

Jom kita intai bila acara bermula..

Sesi pembentangan hidangan kepada juri... dup.. dap.. dup.. dap..

Bagaimana pula aksi chef-chef kita ??


Masa yang di tungu-tunggu..


Kategori Brilliant
Kategori Exellent
Kategori Intelligent

Tahniah kepada semua yang berjaya, yang tidak berjaya jangan berputus asa.. teruskan memasak and Happy Cooking


Inilah resepi yang sepatutnya di sediakan.. Egg Benedict, mengikut menu over easy english breakfast, seperti yang tertera pada syarat pertandingan. Menjadi kalut apabila bun tak ada lah pulak dan digantikan dengan sliced bread. Oven pun tak ada.. Nasib baik ada penyelamatnya..

Terima kasih kepada Intan Shafinaz yang menghadiahkan ita Magic Pan ni.. Alhamdulillah Magic Pan inilah yang menjadi penyelamat dan membantu, murid SK Taman Daya 2 hingga berjaya meraih naib juara. Terima kasih sekali lagi.. Intan



Sebenarnya ita dapat magic pan ni dah lama, tapi belum berpeluang lagi mencuba dan menggunakannya. Bila timbul situasi panik macam ni, akhirnya ia menjadi hero untuk menyelamatkan keadaan. Bak kata perpatah kalau tiada rotan, akar pun berguna juga..
 

Jutaan terima kasih juga buat guru-guru SK Taman Daya 2 atas didikan yang sempurna sehingga anak-anak ini berjaya menyahut cabaran. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada adik mentor dari Politeknik Ibrahim Sultan, yang menjaga anak-anak akak, siang dan malam. Melayan kerenah mereka yang banyak songeh  ni.. dengan sabar.. Terima kasih banyak-banyak. Semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan.

Kepada Dalili, Atika dan Afika, tahniah di ucapkan.. Semoga lepas ni semakin rajin membantu ibu di dapur.. teruskan memasak dan Happy Cooking..

Assalamuaaikum..






RUSIAN BLACK AND WHITE CAKE

$
0
0
Assalamualaikum


Hari ni baru dapat menarik nafas lega.. setelah beberapa hari ni terlalu sibuk dengan pelbagai program. Lepas ni dah boleh sambung semula segala tugas yang tergendala. Entahlah sejak dua menjak ni terasa  jadual ita terlalu padat. Banyak sangat tugasan yang menanti. Hinggakan kadang kala terasa nak berehat aje dari mengupdate blog ni.. bila mengenangkan rakan-rakan yang sering menjadikan blog ita teman penghibur, ita gagahkan diri untuk mengupdatekan seberapa kerap yang ita termampu.

Kesibukkan membuatkan ita terpaksa menolak beberapa undangan. Baru-baru ini ita telah di undang untuk muncul dalam satu rancangan women talk show di TV7. Bella merupakan rancangan untuk wanita yang keudara setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 11 am ~ 12 pm dan pada hari Ahad dari pukul 1.30 pm ~ 2.30 pm. Ita terpaksa menolak kerana jadual ita yang sangat padat dan ita juga memegang tanggungjawab sekolah SK Taman Daya 2 dalam Johor Junior Chef Challenge. Terima kasih ita kepada Penerbit Rancangan Bella, Fakhrunnisa Hamdan atas kiriman email dan undangan ini, akak minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat memenuhi undangan ini dan semoga kita akan dapat berkerjasama di masa akan datang.

Ita juga terpaksa menolak beberapa tawaran majalah untuk memuatkan resepi kerana ita tak cukup masa untuk berbuat demikian. Maaf sangat-sangat.. sebab memang tak termampu rasanya. Terima kasih kerana mempercayai bakat ini.. Insya Allah jika ada rezeki kita dapat berkerjasama semula..


Hari ni ita nak kongsikan kek yang ita sediakan untuk hari ulang tahun anak ita Azrul. Walaupun Azrul berada di asrama, ita tetap meraikan ulang tahunnya di rumah sebagai mengigati kembali detik kegembiraan kami sekeluarga menerimanya sebagai cahaya mata yang di anugerahi Illahi.

Sebenarnya kami dah berjanji untuk turun ke Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun Azrul pada hari minggu yang lalu. Namun kerana ita terikat dengan pertandingan memasak Johor Junior Chef Challenge, kami terpaksa membatalkannya. Mujur Azrul anak yang tidak mudah ambil hati.. Insya Allah minggu ni katanya ia akan pulang, dan pasti kami akan raikannya bersama.

Ok lah tak mau cakap banyak lagi.. nanti berjurai pula air mata ni..
Kita terus aje pada resepi yang akan ita kongsikan.


Kek ini adalah kek yang cukup popular di FB satu masa dahulu. Ita pun pernah buatkan kek ni untuk birthday Amirul tahun lalu di SINI. Tapi sedikit berbeza dari segi rasanya dan kejadiannya. Masa tu ita buat kek berbentuk bulat. Kali ni ita buat pula bentuk empat segi.

Ita kategorikan kek ini sebagai kek yang mewah. Mewah dengan rasa coklat kerana menggunakan kek coklat moist sebagai kek span asas. Sebagaimana yang ita pernah nyatakan kek ni sangat lembab, gebu dan dari kelompok kek yang berat. Kek ini juga penuh dengan rasa cheese. Bagi peminat cheese pasti sukakan rasanya yang mewah dengan harum moca. Bertambah-tambah walla..!! bila dilimpahi coklat ganarche yang berkilauan..

Bagi mereka yang menjaga bentuk badan.. awas!! anda tidak boleh menghampirinya.. kerana punahlah diet anda.. pasti tak boleh berhenti bia menikmatinya tau!!


Jutaan terima kasih kepada mereka yang mencetuskan idea yang menarik hingga terlahirlah kek yang sangat mewah ini. Resepi ini ita ambil daripada beberapa resepi yang ita google di internet. Ita olah mengikut cara ita sendiri. Kepada yang nak mencuba boleh lah mencubanya.. manalah tau teringin menyediakan sendiri kek untuk buah hati tersayang..

Kek ni pada ita dah cukup cantik coraknya. Oleh kerana itu ita tidak menghiasnya terlalu mewah kerana tidak mahu spoilkan kejadiannya yang pada ita dah cukup unik!


Untuk resepi kek span coklat, ita menggunakan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake. Boleh lihat cara-cara dan kaedah penyediaan beserta step by step penyediaan di SINI

BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE

Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak


Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan
Untuk kaedah mencairkan gelatin boleh rujuk di SINI, untuk cara dan step by step penyediannya.






Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais


Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata




Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Kaedah memotong kek boleh rujuk di SINI
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek


Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar
Kaedah mencurahkan garnache dan step by step boleh rujuk di SINI

Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula
Cara dan kaedah mengalihkan kek dari redai ke lapik kek boleh rujuk di SINI

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
Untuk kaedah dan cara memotong kek sila rujuk di SINI
Untuk kek bentuk bulat boleh rujuk di SINI kaedah dan cara penyediaannya dengan step by step.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Azrul dan 
Selamat Mencuba






BENGKEL MASAKAN BARAT

$
0
0

Assalamualaikum..

Chef Amer turun ke Johor Bahru sekali lagi!!
Kali ini kedatangan beliau bersama resepi masakan barat yang hebat!
Kepada warga Johor yang teringin mendalami ilmu masakan barat atau ingin mendalami ilmu dalam bidang masakan, jangan lepaskan peluang anda untuk mempelajarinya dari Chef yang hebat ini.

Masakan barat bukanlah menu masakan yang dapat kita nikmati setiap hari. Kalau makan kat restoran atau hotel pasti harganya mencecah ratusan ringgit untuk hidangan buat sebuah keluarga. Jika anda dan keluarga pengemar masakan barat, kenapa tidak anda sendiri yang menyediakan juadah ini untuk keluarga tersayang.

Berkat air tangan isteri dan ibu, sudah semestinya membenihkan ikatan kasih sayang yang berpanjangan. Setiap doa yang dititipkan, sewaktu menyediakan hidangan buat keluarga akan menyemat di sanubari dan mengalir dalam tubuh mereka, dan pastinya akan tumbuh mekar dengan akhlak yang terpuji. Insya Allah..

Lamb Chop, Steak, Chicken Chop, Grill Chicken, Spaghetti Boognese, Spaghetti Aglio e Olio, Lasagne, Coleslaw, Fresh Garden Salad, mushroom Soup, Black Pepper Sauce dan Mushroom Sauce adalah antara menu yang akan Chef kongsikan dengan kita semua.
Pasti setiap resepi mempunyai tip dan petua untuk menambahkan lagi keenakan dan kelazatannya.
bagi anda yang mungkin teringin memiliki Restoran Masakan Barat, apa tunggu lagi..
Rebutlah peluang yang ada.. hanya sekali sahaja setahun Chef mencurahkan ilmunya.. Rugi tak join tau!!
Pasti Chef juga akan memberikan tips berguna bagi mereka yang ingin memiliki Restoran Masakan Barat mereka sendiri..

Jom sertai kami!!

Tarikh : 
23 hb Mac 2013 Sabtu atau 24 hb Mac 2013 Ahad
Anda boleh pilih mana-mana satu tarikh di atas

Tempat :  
Mom's Bake House
Taman Seri Pulai Perdana
Skudai Johor

Masa : 9 pagi ~ 6.00 petang


  • Apron disediakan
  • Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan
  • Semua peserta akan diberikan sijil

Sila hubungi Pn. Siti Zaleha di talian 019~7550154 untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran





CHOCOLATE CREAM PUFF WITH STRAWBERRY CREAM

$
0
0

Salam Jumaat kepada semua..
Apa khabar teman-teman ita di luar sana..
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..

Oh ya, semalam adalah hari yang bersejarah bagi pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang mana anak-anak telah berjaya dengan cermerang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan semalam.Tahniah daripada ita untuk anak-anak yang berjaya. Tahniah juga kepada ibu bapa dan guru-guru, kerana galakan dan dorongan yang tak putus-putus beserta doa yang sentiasa mengiringi hari-hari mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan anak-anak ini.

Kepada -anak-anak yang kurang bernasib baik, jangan putus asa atau kecewa. Kegagalan bukanlah penamat segala-galanya. Sebaliknya bangkit dan tebus segala kegagalan dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Tidak semestinya mereka yang gagal dalam SPM tidak boleh berjaya dalam kehidupan. Anda pasti boleh berjaya asalkan rajin berusaha dan yakin pada diri sendiri.


Hari ini ita akan kongsikan satu lagi koleksi Cream Puff. Tapi kali ini cream puff yang ita buat adalah Chocolate Cream Puff with Strawberry Cream.

Cream puff adalah fav suami dan anak ita Dalili. Kebiasannya ita buat cream puff biasa bersama cream kastard. Selalu kalau buat memang tak cukup kerana anak-anak semua suka.
Bosan dengan resepi yang sama ita cuba tukar selera..
Sesekali tak salah jika kita mencuba untuk mencari kelainan..

Ramai yang selalu email ita dan menyatakan yang cream puff mereka tak menjadi, tak nak naik kembang atau kata nama lain ianya leper.
Tiada rahsia untuk membuat cream puff ni.. buatnya pun tak lah susah. Mudah dan ringkas dengan bahan-bahan yang simple kita boleh dapati di dapur.
Jika ikut kaedah dan cara yang ita nyatakan pasti menjadi dengan cantik!
Cream puff ni dalamnya berongga atau kosong ya, supaya kita boleh paipkan cream di dalamnya.
tapi cara membuatnya kena cepat-cepat, jangan biar lama-lama adunan tu di luar.. Maksud ita lepas paipkan atas loyang terus bakar, jangan biar di luar lama-lama..
Api ketuhar juga kena api yang besar biasanya 220C dipanaskan dahulu selama 15 minit sebelum di masukkan cream puff. Bila dah masukkan turunkan pada 210C. Bakar pula selama 20 minit. Bakar menggunakan api atas dan bawah, dan kalau ketuhar ada kipas, hidupkan sekali kipas supaya kepanasan dalam ketuhar sekata.


CHOCOLATE CREAM PUFF WITH STRAWBERRY CREAM

Puff Pastri

120 gm mentega
150 ml air
170 gm tepung
1 sudu besar serbuk koko
5 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula kastor

Sediakan dulang pembakar dan lapik dasar dulang dengan baking paper
Panaskan ketuhar pada suhu 220C

Ayak tepung dan serbuk koko, ketepikan
Telur di pukul rata, ketepikan ( tak payah guna mesin, kocok-kocok guna pemukul telur sahaja)

Satukan mentega, garam, gula dan air
Panaskan atas dapur hingga mendidih dan mentega larut, kacau rata.
Tutup api dan masukkan tepung dan serbuk koko yang telah di ayak.
Dengan kadar segera kacau sehingga adunan sebati
Letakkan semula atas dapur dengan api sederhana dan kacau hingga keluar kepingan nipis di dasar periuk.
Tutup api dan alihkan dari dapur.
Masukkan pula telur yang kita pukul terlebih dahulu.
Dengan segera, kacau rata hingga adunan licin dan berkrim
Masukkan adunan dalam piping bag yang telah di letakkan nozel
Paipkan atas dulang
Jarak-jarakkan antara satu sama lain
Buat sehingga habis
Terus masukkan dalam ketuhar
Turunkan suhu ketuhar pada 210C dan bakar selama 20 minit

Sejukkan atas redai setelah masak.

Intinya

1 cawan krim putar bukan tenusu
2 sudu besar filing strawberry

Pukul krim putar hingga kental
Kaup krim putar dalam strawberry filling
Masukkan dalam piping bag

Cara penyediaan ada 2 kaedah
Potong cream puff dan letakkan filling
Kaedah ke 2 cucuk dalam puff dan pancitkan cream
Taburkan gula icing dan sedia dihidangkan





Bengkel Masakan Barat dan Pasta

$
0
0
Assalamualaikum


Alhamdulillah Bengkel Masakan Barat dan Pasta bersama Chef Amer, telah pun melabuhkan tirainya semalam. Kelas yang buat julung-julung kalinya di adakan oleh Chef yang terkenal dengan coklatnya buat pertama kalinya di adakan di Johor Bahru.  Kelas selama 2 hari ini di anjurkan oleh Oliez Academy bersama Mom's Bake House

Kelas yang sangat hapening dengan peserta yang sangat sporting.. telah berlansung dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang. Cuaca panas terik di sebelah pagi dan hujan lebat di sebelah petangnya sedikit pun tidak menganggu konsentrasi para pelajar yang datang bersama semangat untuk menimba ilmu dari Chef tersohor ini  dan antara 9 chef terbaik di Malaysia.

Syabas dan tahniah ita ucapkan kepada semua peserta. Semoga setiap ilmu yang chef curahkan bersama tip-tips berguna dapat di amalkan dan dimaanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Seperti kelas-kelas sebelum ini, ita begitu teruja apabila diberitahu terdapat peserta yang datang jauh dari utara. Begitulah kan.. kata orang kalau nak menuntut ilmu.. tak kira di mana.. walaupun terpaksa berlayar jauh nun.. di negara Cina.

Kalau kelas sebelum ini terdapat peserta yang datang dari Sabah, Selangor, Melaka, Singapura, untuk bengkel kali ini ada sepasang suami isteri yang datang dari Grik dan juga dari Pucung. Aduyaiii.. terharu ita.. Ita rasa chef pun begitu juga..

Apa kata kita intai-intai pula kelas Masakan Barat dan Pasta bersama Chef Amer..




Kelas yang tak kering gusi dibuatnya bila Chef asyik mengusik setiap para peserta. Seakan kita berada di pentas raja lawak laaa.. pulak!! haha


Reaksi seorang pakar... ada berani?..


Inilah antara menu yang chef ajar dan persembahkan kepada setiap peserta.. Apa yang pasti semuanya sedap-sedap belaka.. wallaaa.... semuanya ita suka

 saya suka.. saya suka.. saya suka..

Air tangan chef memang tak pernah menghampakan.. Sedap sangattt..
Chef bukan sahaja mengajar tapi sebenarnya chef lebih kepada mencurahkan ilmu.. seperti mana kata chef
" ilmu ini tak bawa ke mana.. sebaiknya kita kongsikan.. sekurang-kurangnya kita mendapat pahala di sana kelak.." 
Amin...

Terima kasih Chef.. banyak sangat ilmu yang telah chef kongsikan pada kita semua.. kami semua doakan semoga chef di murahkan rezeki berlipat-lipat kali ganda.. dan semoga chef di berikan kesihatan yang baik dan di berikan kebahagiaan bersama keluarga tersayang..

Berbaloi-balaoi menyertai kelas chef, kerana setiap peserta bukan sahaja di ajar memasak dengan kaedah yang betul.. Chef juga memberikan panduan bahan-bahan yang terbaik untuk digunakan.. bukan itu aje tau.. hinggakan siap berikan alamat kedai yang menjual bahan yang murah untuk mereka yang berhajat untuk meniaga kelak..  Chef juga mengajar cara packaging, harga sesuatu masakan untuk dijual di pasaran.. Bahan apa yang terbaik untuk mendapatkan hasil masakan yang sedap!!.. Apa yang pasti.. kita dapat menyediakan hidangan yang lazat dan berhasiat serta halal untuk seisi keluarga.

Yang lebih istimewanya, setiap peserta dibekalkan dengan makanan yang di ajar.. bukan 1 tau tapi setiap peserta mendapat 2 set hidangan Lamb Cop dan 2 set hidangan Chicken Chop wallaaa... tak sabar nak di bawa pulang untuk insan-insan tersayang dirumah.. Bayangkan kalau terpaksa membeli.. berapa pulalah harganya kan?..

Chef Ita minta izin kongsikan bahan-bahan yang chef gunakan di sini ya chef.. sebagai rujukan peserta-peserta kita yang menyertai bengkel chef dan untuk ita juga.. maklumlah chef umur dah masuk kilauan emas ni.. asyik lupa aje..


Peserta kali ini juga bertuah kerana Chef juga tidak lokek memberikan satu lagi resepi percuma bagaimana menyediakan tuna sandwitch yang waalllaaa.. sedap sangat.. tak sampai berapa minit dah habis selesai..  serius chef memang sedap!!


Para peserta juga di ajar cara memilih daging yang betul, kaedah memotong dan memarinate daging dengan cara yang tepat..


Chef juga menunjukkan bagaimana cara nak debone ayam untuk di buat Chicken Chop
Ooooo... macam tu ya chef caranya.. barulah ita tau..
terima kasih chef.. ^__^


Masa untuk merasa


Apa kata mereka?


Kepada mereka-mereka yang tak berpeluang mengikuti bengkel Chef Amer kali ini jangan lupa intai-intai bengkel beliau seterusnya..
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 
Pn Siti Zaleha di talian 
019 ~ 7550154
atau semakan kelas selanjutnya di Johor Bahru di 

Kepada rakan-rakan ita yang lain jangan lupa janji temu kita di Bengkel Pembuatan Biskut bersama Chef Amer pada bulan April ini.. jangan lepaskan peluang.. tempat amat terhad sila daftar segera supaya nama anda tak tercicir dari senarai..
kali ni pasti lebih hebat lagi.. 

Akhir kata daripada Chef Amer..


Cook with love...



DONUT BUBBLE RICE

LAMB CHOP

$
0
0
Kesedapan Lamb Chop Chef Amer, membuatkan ita harus membuatnya berulang kali..
Sedapnyaaa..

Balik dari kelas Chef Amer, ita terus menceritakan tentang keseronokkan kelas itu..
Seperti biasa pelbagai persoalan yang harus ita jawab bila suami mula menanyakan soalan..
Ita dah boleh masak masakan barat.. kata ita penuh semangat
Ya ke?? tambah suami yang tak pasti..


Malam itu kami makan malam bersama bekalan yang chef bekalkan..
Wah!! sedap sungguh.. melihatkan suami meratah Lamb Chop buatkan anak-anak menelan air liur..
Kami berkongsi makan dan merasa..
Melihatkan Azrul dah mula menjilat garfu bila lamb chop sudah tak bersisa di pinggan.. aduh!! kesiannya anak emak..
Mak nak lagi.. kata-kata Dalili buatkan ita tersenyum..
Mana ada lagi.. dah habis..
Mak.. minta lah lagi dengan Chef Amer.. tambah Dalili sambil mengunggis tulang kambing yang dah tak bersisa..
Nanti mak buat ya..
Bila??? serentak semua yang di meja bersuara..
emm... bila mak free
alaaaa... lemah suara kedengaran
Ok esok mak buat
yeaaa... Dalili bersorak


Pagi-pagi lagi suami dah bangun
Kata nak buat Lam Chop?
Jom kita cari barang..
Uik.. baru pukul berapa..?? kedai pun belum bukak lagi

Mula kami singah di pasar, cari bahan basah.
Seperti biasa bila nak cari rempah masakan barat ita akan singgah di Cold Storage. Di situ semua ada..
Sebelum pulang kami singah di kedai Daging yang Chef maksudkan..
Senang aje cari kedainya.. bila Chef dan tunjukkan arahnya.. ita pun rasa-rasa pernah datang ke sini dulu.. tapi tak perasan pula kedai daging yang dah beroperasi lebih dari 20 tahun ni..
Suami mula meminta Lamb Shoulder seperti yang chef arahkan.
Nak masak apa ni..?
Nak buat lamb Chop..
Boleh potongkan..
Boleh.. sangat.. kata penjualnya ramah
Student Chef Amer ke?
ya.. cepat aje ita jawab.. manalah tau kalau guna nama Chef dapat murah sikit.. hihi


Balik suami terus keluarkan daging dan cuci..
Suami ita memang suka bantu ita memasak didapur.. dan kami kerap masak bersama..
Alhamdulillah bila ita mendapat suami yang cukup ringan tulang
Bertuah badan.. kata mak bila melihat suami membantu ita memasak didapur

Ita pula mula buat bahan perapan
Mudah aje bahan-bahannya..

Dulu bila makan di hotel atau restoran, ita bayangkan pasti sukar nak membuatnya.. memandangkan harganya yang mahal sepinggan
Bila chef tunjukkan caranya.. senang aje rupanya.. tapi kenapa mahal sangat dipasaran
Kali ni ita beli 2 kg daging.. biar puas anak-anak meratah
Kalau makan di Hotel berapalah harga yang perlu di bayar..

Makan kat Hotel??
tak nak lah..
Bila dengar cerita dari chef.. buatkan anak tekak ita mula mual..
Biarlah ita penat di dapur.. asalkan ita dapat sediakan yang halal dan bersih untuk mereka-mereka yang ita sayang..


LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah

10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan Perapan

8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman


Kata Chef, daging yang dah dilumurkan dengan bahan perapan di biarkan dahulu satu jam diluar hingga semua bahan perapan tu menyerap dalam daging.
Kemudian barulah di paketkan dan di simpan dalam peti ais
Untuk lebih mudah kita peketkan dalam jumlah yang kecil
Katalah satu keluarga ada 4 orang, jadi kita peketkan 4 keping untuk satu bungkusan supaya mudah bila kita nak nyah bekukan sebelum di bakar

Daging yang dah di lumurkan haruslah di perap semalaman supaya segala bahan perapan serap di dalam daging..

alaaa... bila boleh makan ni..? kata Dalili tak sabar
Esok barulah boleh kita makan..
Sekarang, Dalili kena tolong mak siapakn pula sosnya

Resepi Black Pepper Sauce ini untuk 5 hidangan
Kerana lamb ita banyak, ita gandakan sukatannya
Sos ni kita boleh buat awal dan simpan dalam peti ais. Ianya tahan lama jika di simpan dengan baik
Kerana serbuk secukup rasa ita kehabisan, ita tambahkan kiub ayam


BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu



Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata


Lepas sarapan pagi, ita terus keluarkan daging yang telah ita perap
Biar ia nyah beku.. tengahari nanti dah boleh di bakar

Ita keluarkan magik pan.
Kalau tak kerana lamb chop ni.. pasti ianya tak terusik lagi..
Ita dapat magik pan ni dari kenalan FB
Sejak berblog, macam-macam barang yang ita terima.. syukur sangat punya ramai teman yang baik hati..
Kadang terfikir macam mana nanti harus ita balas budi baik mereka..

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga


Bila memasak dalam magik pan ni, rupanya terasa lebih mudah dan ringkas
Dapur pun bersih tak merecik-recik dengan minyak
Dapat pula menjimatkan karen atau gas selain dari menjimatkan masa memasak
Guna api kecil aje tau kak ita.. teringat lagi kata-kata Intan Shafinaz mengigatkan ita tentang kaedah pengunaannya..

Bau daging mula semerbak
Dalili lah yang pertama berlari ke dapur..
Yesss!! dah masak..
nak.. nak.. nak...
sedapnya bauuu...

Daging yang di masak dengan magik pan ni benar-benar enak.. dagingnya sangat moist..
Jusnya tak kering.. daging dimasak dengan rata dan sempurna sekali
Sangat lembut dan tak tergambar kesedapannya..
Terima kasih Intan..
Pasti akak akan gunakannya lagi untuk resepi yang lain pula..
Kepada yang nak dapatkan magik pan ni boleh lah hubungi intan di talian : 012 ~ 5900648 


Suami ita pulang awal hari ini
Dah tak tahan.. terbau-bau aje Lam Chop ni..
Sampai nak buat kerja pun tak senang..
Tuu.. dia penangan Lam Chop Chef Amer
Dah boleh buka restoran ni.. gurau suami dan anak-anak di meja makan
Kami mula berangan-angan..

Tak sia-sia menuntut ilmu dengan yang pakar.
Suami kerap memuji tentang kesedapan rempah yang menyaluti daging
Pulak bila digandingkan dengan Black Pepper Sauce yang mengancam
Aromanya, lemak manisnya.. dengan kuahnya yang pekat wallaa.. memang tak akan cari yang lain..
Tak makan luar lagi lah lepas ni..
Kepada yang teringin belajar cara masakan barat, jangan segan-segan untuk mengikuti kelas Chef Amer di seluruh Malaysia



Kedai Daging Mim
No 8210, Jln Mata Kucing
Kampung Pasir 
81200 Johor Bahru
Tel En Zul : 07~ 2378140

Lokasi kedai di Kompleks Mohamad Rahmat
Berdekatan Masjid Kampung Pasir dan Balai Polis Tampoi
Berhadapan Plaza Angsana




MEE RACUN

$
0
0

Jangan terkejut pulak..
Itulah istimewanya negeri Johor Darul Takzim ni.. Anda akan dapat menikmati pelbagai makanan yang enak dan lazat yang pasti sukar anda temui di tempat lain..
Johor terkenal dengan syurga makanan sejak zaman berzaman lagi..
Kalau nak disenaraikan tentu panjang berjela-jela makanan istimewa dari Johor
Oleh kerana itu jika anda berpeluang singgah di negeri Darul Takzim ini jangan lepaskan peluang untuk merasa akan keenakkan setiap masakan yang terdapat di sini.
Apa yang pasti cari yang asli supaya anda dapat merasakan kepuasannya..


Hari ini sekali lagi ita bawa anda semua tinjau-tinjau apa lagi masakan yang menarik yang harus anda semua cuba. Ita pasti sekali anda cuba pasti anda akan teringat-ingat akan kesedapannya.
Kali ini ita perkenalkan dengan Mee Racun yang cukup terkenal di Batu Pahat Johor. Masakan istimewa ini telah melangkau ke 3 generasi, dan tidak hairanlah kini kedai ini di namakan Kedai Mee Racun 3G.

Pasti ramai yang ingin tau.. Bagaimanalah rupa mee racun yang ita katakan istimewa ni kan..
Jom.. jom.. kita intai-intai pula bagaimanalah rupanya..


Haa.. inilah dia mee racun. Rupanya seakan-akan mee bandung kan? tapi apa yang pasti rasanya tidak sama tau.. bagi pengemar mee bandung macam ita ni sudah pasti ita dapat bezakan kedua-duanya. Memang tak sama dan sukar untuk ita gambarkan bagaimana rasanya.. kalau nak tau kenalah cuba!! yang pasti memang sedap!

Di atas tu ada 3 jenis yang ita order lah.. nak order banyak-banyak takut tak larat pulak nak makan.. Banyak pulak tu satu pinggan besar.. Memang lepas makan pasti tersandar kekenyangan..
Gambar pertama mee racun biasa, mee kuning bersama kuah yang mengacam habis di gandingkan pula bersama telur goreng hancur, kentang, daging tauhu dan lain-lain.
Yang ke dua tu pilihan Amirul, mee tiau racun, sama juga tapi apa yang berbeza adalah meenya.
Yang lagi satu ni istimewa sikit sebab ada tulang walla... sedapnya menghirup sum-sum tulang dengan straw.. berpeluh-peluh menikmatinya hingga tak hirau panas terik matahari yang hampir terbenam..

Sedap ke kak ita??
Ita tau.. pasti persolan itu yang akan ditanyakan dahulu kan??


emmm... kalau dah licin pinggan.. ita pasti sudah tentu anda semua dah tau jawapannya kan..

Melangkah ke dalam kedai, pasti tumpuan mata terarah ke dinding kedai yang penuh di hias gambar pasukan MU. Terdetik dalam hati, pasti tuan kedai ini peminat tegar pasukan Red Devil ni.. Sempat pula cik abang kita mengusik tuan kedai..
Kak saya ni peminat Chelsea.. boleh ke makan kat sini..?  hihi
Tergelak besar kak Mi tuan kedai.. bila mendengarnya lansung menyatakan anak beliau merupakan peminat pasukan bola popular itu.. dan keluarga besar mereka memang fanatik bola sepak. Bukan itu saja tau..  anak saudara beliau merupakan pemain pasukan Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai Harimau Selatan.


Inilah kak Mi, pemilik generasi ketiga Mee Racun. Kini kak Mi telah turunkan pula resepi turun temurun keluarga mereka kepada anak-anaknya pula sebagai penyambung tradisi..
Seronok berborak dengan kak Mi, orangnya sangat ramah hingga tak sedar hari dah petang.

Menurut kak Mi resepi milik datuk nenek mereka asalnya di usahakan di gerai asal mereka di Jalan Sultanah Batu Pahat Johor. Kini setelah 3 generasi berlalu mereka telah memiliki 3 cawangan yang diusahan oleh mereka adik beradik, satu terletak di Taman Seri Jaya, satu lagi berdekatan Bomba Batu Pahat dan satu lagi kedai kak Mi yang terletak di Jalan Timah Sari.


Kedai ini beroperasi dari pukul 7 pagi hingga pukul 2 pagi. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.
Suasana kedai cukup selesa dan tahap kebersihan juga sangat baik.
Layanan juga cukup istimewa terutamanya dari kak Mi yang ramah-tamah.
Kalau nak cari kedai ni, tak lah susah sangat. Cari Hotel Pinetree dan kedai ini berhadapan dengan hotel tersebut.
Tempat letak kereta tak usah bimbang kerana terdapat ruang untuk meletakkan kenderaan yang tidak jauh dari kedai.


Mee Racun 3G
No 2, Jalan Timah Sari
Kg Kenangan Dato Onn 1
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Telefon:
Nuridza : 017 ~ 7688931
Norjahan : 012 ~ 784 9653
Mahir : 019 ~ 7999516

Masa Operasi :  7 pagi hingga 2 pagi
Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad




Muhammad Amirul Ashraf

$
0
0

M ~ memberikan sinar kebahagian kepada bahtera mahligai yang baru terbina
U ~ untuk buat kesekian kalinya kami menjadi ibu dan ayah, Ya Allah aku bersyukur pada mu..
H ~ harapan yang menggunung agar kehadiran mu menambahkan lagi ikatan kasih sayang antara kami
A ~ anak yang di harapkan dapat mendoakan ibu dan ayah bila panggilan Ilahi menjemput kami 
M ~ menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik mu kelak
M ~ menjadi anak yang solleh dan berakhlak mulia
A ~ agar kebahagian dan kejayaan sentiasa berpihak kepada mu anakku
D ~ doa ibu dan ayah tidak pernah putus untuk mu.. nak

A ~ andai kamu berjaya kelak, ingatlah asal usulmu supaya kamu tak tersesat anak ku..
M ~ moga hidupmu sentiasa di hormati dan di sayangi..
I ~ ingat pesan ayah dan ibu mu.. dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..
R ~ rezeki.. ajal.. dan mautmu  dibawah ketentuan Ilahi..
U ~ usah kamu takut dilambung ombak anaku... perjalanan mu masih jauh..
L ~ lihatlah dunia... pasti tempatmu sentiasa ada di sana..

A ~ andai kegagalan bertandang.. bangkitlah dengan semangat Sang Pahlawan
S ~ setiap kegagalan, menjadikan kamu lebih tabah dan berani menempuhi setiap rintangan..
H ~ hadapilah dengan tabah dan sabar.. Kerana ianya menguji keimananmu..
R ~ renungilah setiap nasihat yang ibu dan ayah berikan
A ~ anggap kehidupan ini  hanya sementara yang kekal kelak kita di sana..
F ~ fikir sebelum bertindak agar setiap apa yang kamu lakukan.. menjadi kebanggaan.. kami semua..


Selamat Ulang Tahun anak ku... MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF






Viewing all 843 articles
Browse latest View live