Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Milky Oreo Cookies

$
0
0

Ramai yang pm ita dan minta ita kongsikan resepi biskut raya yang ita jual untuk tahun ni. Ada yang ita dah pun kongsikan sebelum ini dalam blog ni macam biskut choc chip, red velvet, tart dan ombak rindu. Tahun ni pula ada dua lagi biskut raya yang ita kenalkan iaitu milky oreo cookies dan cranberies cookies.

Bagi mereka yang tinggal jauh yang tak berkesempatan untuk oder biskut raya, atau ada yang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Di sini ita kongsikan resepi milkey oreo cookies yang ita gunakan untuk buat jualan tahun ni. Bolehlah cuba untuk jadikan hidangan di hari raya nanti.




MILKEY OREO COOKIES

Bahan A
130 gm butter
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Bahan B
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes ~ di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo ~ di kisar

Hiasan
Coklat putih ~ di cairkan
Coklat Oreo ~ di kisar

Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A
Uli adunan hingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak
Sejukkan
Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dsi cairkan
Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara





Semperit Nutella

$
0
0

Assalamualaikum.
Sekarang kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan. Pasti ramai suri rumah yang sudah semakin sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Shawal.
Seperti kaum ibu yang lain, ita juga semakin hari semakin sibuk. Masih banyak lagi tempahan yang harus di sipakan. Nampaknya sudah semakin menghampiri garisan penamat.. tapi masih banyak yang hrus di segerakan. Maklumlah cuti sekolah sudah semakin hampir dan ramai yang sudah mula nak pulang ke kampung.

Dalam kesibukkan ita menyiapkan tempahan, sempat juga selitkan sebalang dua kuih untuk di bawa pulang ke kampung. Tak kan nak pulang dengan melenggang kangkung aje kan.. kurang-kurang adalah sebalang dua kuih untuk ibu di kampung.

Hari ni ita sempat sediakan biskut Semperit Nutella hasil perkongsian dari Azlina Ina. Resepi ni ita ambil dari Nur Ernyda. Resepi yang sangat simple dengan bahan yang sangat minima. Hanya guna tepung jagung, butter , susu pekat manis dan nutella. Teruja nak mencuba kerana biskut tidak sama sekali menggunakan gula dan tepung gandum. Tapi ita tak rasa lagi tau.. maklumlah kita puasa... nanti dah buka puasa ita bagi tahu rasanya ya..



SEMPERIT NUTELLA
Resepi Oleh : Azlina Ina
Rujukkan : Nur Ernyda

1/2 cawan butter
1/4 cawan susu pekat manis

Satukan bahan ini dan gaul hingga sebati guna wisk aje.

2 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard

Masukkan 1 sudu besar tepung kastard dan 1 cawan tepung jagung ke dalam adunan butter dan gaul rata
Tambahkan lagi 1 cawan baki tepung jagung dan uli hingga menjadi doh yang lembut

Bahagikan doh kepada 2 bahagian yang sama banyak

2 sudu besar Nutella
1 sudu besar serbuk koko

1 bahagian doh di campurkan dengan Nutella dan serbuk koko
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung jagung
Canai dan roll adunan memanjang ( dua-dua adunan buat yang sama )
Cantumkan dua adunan doh berlainan warna tadi dan masukkan dalam acuna semperit bunga
paipkan atas tray hingga habis
Letakkan choc cip atau choc button sebagai hiasan di tengah
bakar dalam oven pada suhu 160 C selama 20 minit bergantung kepanasan oven masing-masing.

* ita buat adunan agak keras, ita tambahkan sedikit lagi susu pekat manis untuk melembutkan adunan dan untuk mudah di paipkan.




Nasi Dagang Kelantan Gulai Ayam

$
0
0

Assalammualaikum dan salam lebaran kepada semua pengunjung blog Masam Manis. Rasanya masih belum terlewat lagi untuk ita mengambil kesempatan menghulurkan salam kemaafan, maaf zahir dan batin... manalah tahu jika selama ita menerawang di alam maya ini ada antara tulisan ita yang menguris perasaan.. ada kata -kata yang membuatkan kalian terluka, ada gambar-gambar yang ita kongsikan yang tersentuh hati.. ialah kita pun bukalah sempurna.. ada salah silap yang kadang kala kita tak sedar. Di kesempatan ni dan di bulan yang mulia ini.. sudi-sudilah kiranya kita bermaaf-maafan... buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih. Semoga ukhwah ini berpanjangan walaupun hanya di alam maya sahaja.

Bagaimana sabutan hari raya kalian semua. Pasti meriah bila di kelilingi kaum keluarga, ibu bapa, ipar duai , sanak saudara , sahabat handai dan juga jiran tetangga. Tapi pada pemerhatian ita rata-rata sambutan tahun ini di sambut cukup sederhana. Mungkin faktor ekonomi yang tidak mengizinkan.. dan ada juga yang masih bersedih atas kehilangan orang yang tersayang. Ita tumpang simpati.. semoga tabah dan sabar.. dan redokan pemergian mereka yang kita sayangi. Semoga rohnya tenang dan di tempatkan di kalangan hambanya yang solleh.

Ok! jangan sedih-sedih... ceria-ceriakan hidup anda.
Hari ini ita kongsikan resepi nasi dagang versi Kelantan. Kebetulan balik Kelantan hari tu suami belikan beras nasi dagang. Kalau suami yang beli pastilah dia teringin nak makan nasi dagang walaupun sebenarnya dok hari-hari berulang makan nasi dagang masa di Kota Bahru hari tu. Tak puas agaknya.. atau nak merasa air tangan dari isterinya sendiri..

Sebagaimana yang pernah ita terangkansebelum ini.. Nasi Dagang Kelantan dan Nasi dagang Terengganu ada banyak perbezaannya walaupun namanya sama nasi dagang tapi.. bezanya  dari beras pilihan hinggalah cara menyediakannya memang banyak sangat berbezanya. Ita lebih suka nasi dagang Kelantan kerana cara penyediaannya lebih mudah dan ringkas dan yang paling ita suka adalah pilihan berasnya yang unik dan hanya ada jual di Kelantan sahaja.

Pilihan gulai pula ita pilih gulai ayam. Bagi mereka yang nak buat gulai ikan boleh rujuk resepi yang ita pernah kongsikan di SINI
Resepi yang ita kongsikan ini amat sesuai jika ada antara teman-teman ita di luar sana yang nak menjamu rakan-rakan atau saudara mara hujung minggu ni.... Mudah dan ringkas aje penyediaannya dan yang penting rasanya  sedap sangat!

Walaupun cara penyediaannya nasi dagang Kelantan ni sebenarnya tak di tumis tau! tapi versi ita kali ini ita tumis dan ita masak ala-ala nasi lemak. Ini semuanya adalah atas permintaan suami tersayang. Jadi terpulanglah pada pilihan anda sama ada nak tumis atau tak nak.. ikut selera keluargalah ya.


NASI DAGANG KELANTAN
Resepi oleh : Kak Jie Jie

3 cawan beras nasi dagang Kelantan
~ beras di rendam selama 20 minit, kemudian cuci bersih. Toskan
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ di hiris kasar
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu teh halba
3 cawan santan  ~ dari 1 biji kelapa atau 1 kotak santan kara campur air jadikan 3 cawan.
1/2 sudu teh garam atau 1 sudu teh maggi cukup rasa.

Satukan semua bahan-bahan yang kita sediakan tadi. Masukkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata, kemudian tanak nasi seperti biasa hingga ia masak.
Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstik dan tutup semula periuk dan biarkan ia masak dengan sempurna.

Seperti yang ita katakan tadi, ita tumis dulu tau bawang merah dan halia hingga layur. Kemudian baru masukkan halba dan tumis semula hingga harum. Halba tak boleh tumis awal nanti dia cepat hangus. Bila dah layur dan harum baru masukkan daun pandan, santan dan garam. Biar didih. Bila dah didih masukkan beras dan tanak nasi macam biasa hingga masak. Ita masak macam masak nasi lemak.


GULAI AYAM

1/2 ekor ayam di potong kecil
Ita gaulkan ayam dengan kunyit dan garam dan goreng dulu. Kalau tak nak goreng pun boleh.

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 inc kunyit hidup
1/2 inc lengkuas

1 batang serai ~ di titik
3 sudu besar rempah kari daging atau ayam
2 keping asam keping
1 cawan santan
4 batang cili hijau dan merah belah 2 ~ buang bijinya
2 biji tomato ~ belah 4
1 keping gula Melaka
garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan serai dan rempah kari dan tumis lagi hingga garing
Tambahkan air dan biar kuah didih
Bila dah didih masukkan asam keping , ayam dan santan
Masak hingga ayam empuk
Perasakan dengan garam dan gula Melaka secukup rasa
Akhir sekali masukkan cili dan tomato
Bila kuah didih dah sedia untuk di hidangkan.

ACAR MENTAH

1 batang timun ~ di hiris nipis atau potong batang mancis ( buang biji tengahnya )
1/2 batang lobak merah ~ di potong halus ~ atau sagat halus
2 batang cili merah ~ buang biji dan hiris halus
6 batang cili padi ~ hiris halus-halus
2 labu bawang besar ~ di ghiris nipis

2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka makan

Gula, garam dan cuka di satukan
Timun, lobak , cili meah , cili padi dan bawang di satukan dalam bekas
Tuangkan larutan cuka, gula dan garam dan gaul rata
Sedia di hidangkan

Nasi dagang gulai ayam ni ita makan bersama sambal daging yang di beli di Kota Bahru dan juga telur asin. Kalau tak suka telur asin boleh makan dengan telur rebus. Kalau mak mertua ita dia selalu sediakan sekali sambal tumis, tapi ita tak buat sambal.. ^_^ malas lah tuuu....







Laksa Lemak Nyonya Melaka

$
0
0

Assalamualaikum..

Mungkin ada antara rakan-rakan di luar sana yang sedang mencari juadah atau sajian hidangan yang ingin di jadikan santapan untuk merai rakan-rakan atau saudara mara pada hujung minggu ini.
Raya kan sebulan... sekarang pun ramai yang dah mula mengambil cuti hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka.
Raya setahun sekali.. masa inilah dapat berkumpul bersama rakan dan taulan bagi mengeratkan lagi silatulrahim di samping menjamu rakan-rakan dengan air tangan tuan rumah sendiri.

Jika buget lebih.. bolehlah oder aje.. tapi bagi yang dah over buget tu.. rasanya masak sendiri lagi lumayan. Walaupun penat lah sikit.. tapi bila lihat rakan-rakan puji hasil sentuhan air tangan tuan rumah.. pasti berbunga-bunga rasa di hati ye tak..



Bagi anda yang sedang mencari juadah istimewa untuk tetamu, hari ini ita kongsikan satu lagi resepi yang sesuai untuk di jadikan hidangan bagi merai tetamu. Cara penyediaannya cukup mudah dengan bahan-bahan yang mudah di dapati. Apa yang paling utama resepi laksa nyonya Melaka ini memang sangat sedap! berulang-ulang ita makan tau! sedap sangat lah pada selera ita dan keluarga.

Bagi pengemar laksa bolehlah mencuba!


LAKSA LEMAK NYONYA MELAKA

1 bungkus laksa beras ~ di rebus hingga lembut, angkat dan toskan
1 batang timun ~ di potong halus mancis
1 cawan taugeh
1 ikat daun kesum ~ di hiris halus
1 labu bawang besar ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris nipis
2 keping fish cake ~ di goreng dan hiris nipis
Telur rebus ~ jika suka
Kuah laksa
Sambal tumis

KUAH LAKSA

Bahan Kisar
15 ulas bawang merah
4 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
20 tangkai cili kering ~ rendam lembut
6 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ rendam lembut
2 inc belacan
2 batang serai

1 ikan daun kesum
2 kuntum bunga kantan
6 keping asam keping
2 kiub ikan bilis
1 keping gula Melaka
1 cawan santan
10 biji fish ball
10 ekor udang
Stock udang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Udang di buang kepala dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang di kisar dengan air untuk di jadikan stock udang
Selepas kisar , tapis

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan stock udang
Masukkan juga daun kesum
Biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah didih, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan gula Melaka
Kemudian masukkan bunga kantan dan santan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan bebola ikan dan udang
Biar kuah didih



SAMBAL TUMIS

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan

sedikit air asam
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Masak sambal hingga betul-betul garing dan kering





Soto Jawa

$
0
0

Satu lagi juadah atau hidangan yang seringkali di sediakan pada musim perayaan ialah soto. Kalau di Johor ni.. soto memang cukup popular di majlis rumah terbuka. Ini adalah kerana penyediaannya yang mudah dan ringkas di samping ianya adalah makanan yang di sukai ramai.

Ada yang menyukai soto nasi, soto mee halus atau mee kuning. Soto nasi impit biasanya di panggil soto. Jika menggunakan mee halus di panggil mee soto. Walau apapun yang di sediakan bersama kuah soto janji ada sambal kicap pasti enak dan membuka selera.

Soto kalau di Indonesia adalah berbeza mengikut daerah dan tempat. Sebab tulah kita ada dengar soto Bandung, Soto Madura, soto Jowa dan lain-lain lagi.

Hari ini ita kongsikan soto Jawa. Cuma cara menghidang ita tetap dengan cara Johor. Makan dengan begedil dan sambal kicap. Kalau ikut soto Jawa original ianya di makan bersama telur rebus, kentang dan soon. Tapi anak-anak ita tak biasa makan soto dengan telur, sebab tu ita kekalkan soto dengan hidangan Johor, cuma penyediaan kuahnya ita ikut ramuan soto Jawa.

Sebenarnya tak banyak beza pun.. rasanya pun lebih kurang sama macam soto yang biasa ita sediakan sebelum ini.


SOTO JAWA

1/2 ekor ayam ~ di potong dan cuci bersih

Bahan Kisar
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
1 inc halia
2 batang serai
4 biji buah keras

Bahan Di sangai
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh lada hitam

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga

1 kiub ayam
garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Jintan, ketumbar dan lada hitam di sangai tanpa minyak. Jangan sampai hangus
Satukan dengan bahan kisar dan kisar hingga halus

Dalam periuk, panaskan sedikit minyak
Tumiskan rempah tumis hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar halus dan masak hingga harum, terbit minyak dan benar-benar garing.
Bila dah betul-betul garing masukkan air setengah periuk dan biarkan air didih
Bila dah didih masukkan ayam
Masak hingga ayam empuk
Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa

Keluarkan ayam dari periuk dan toskan
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga keemasan
Angkat dan siat-siat isi ayam

Soto Jawa di makan bersama
Nasi himpit
Telur rebus
Kentang goreng
Soon ~ di goreng
Ayam yang di siat-siat
Taugeh
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris halus
Kacang goreng
Sambal cili
Ita sediakan begedil daging untuk di makan bersama soto

BEGEDIL DAGING

Resepi untuk 30 biji 
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat 
300 gram daging cincang - ita guna daging buger
2 biji telur, asingkan kuning dan putih - ita guna 1 biji kuning telur
3/4 cawan bawang goreng 
secekak daun sup, dicincang 
2 ulas bawang putih 
2 sudu teh serbuk lada putih 
garam secukup rasa 
1 biji cili merah - di cincang halus - ita tambah

Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. 
Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering. 
Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri. 
Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.

SAMBAL KICAP

15 tangkai cili padi ~ dengan tangkainya sekali ~ cuci bersih
4 ulas bawang putih
1 inc halia
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1/2 cawan kicap manis

Satukan semua bahan dalam blender dan kisar
Tuangkan dalam mangkuk
Perahkan limau nipis atau limau kasturi
Sedia di hidangkan bersama soto



Tuna Sandwich yang sangat sedap!

$
0
0

Sandwich adalah makanan yang mudah di sediakan, ringkas, fresh dan juga healthy untuk tubuh badan kita. Tidak hairanlah jika ramai daripada kita yang menjaga kesihatan atau yang menjaga diet lebih gemar menikmati sandwich sebagai makanan seharian.

Kami sekeluarga memang mengemari sandwich. Jika dulu ita lebih suka makanan yang berat, tapi bila dah meningkat usia, kita kena jaga pemakanan supaya terhindar dari penyakit yang boleh menganggu tugas kita sehari-hari.

Dulu ita tak berapa suka sandwich tuna. Ita lebih suka sandwich sardin kerana lebih kemelayuan sikit dan sesuai citarasa ita yang tekak orang kampung ni. Tapi bila selalu suami bawa pergi makan sandwich di luar, atau bila travel dan payah nak cari makanan yang halal, yang membuatkan ita terpaksa juga menikmati sandwich terutamanya tuna sandwich. Jadi bila dah selalu sangat di sogokkan dan mula rasa sedap, itu yang membuatkan ita  terjatuh cinta dengan sandwich.



Sebenarya dah kerap kali juga ita sediakan sandwich tuna, dan ita masih lagi setia dengan resepi sandwich yang satu ini. Pada ita ini adalah resepi sandwich tuna yang paling sedap dan paling mudah di sediakan.


Selain untuk makanan atau hidangan keluarga, ia juga sesuai untuk jamuan, untuk berkelah atau juga bekalan ke tempat kerja. Anda boleh sediakan tunanya dahulu dan simpan dalam peti ais. Ia tahan lah untuk 3 hari.

Roti yang di gunakan pula sebaiknya roti yang sedikit keras. Ita lebih suka guna roti wholemeal kerana dia lebih padat dan lebih enak.

Untuk saladnya pula ita lebih suka guna green coral atau red coral. Ita juga campurkan iceberg lettuce. Iceberg lettuce ini lebih crunchy dan sedap untuk di nikmati berbanding daun salad. Anda juga boleh tambahkan purple cabbage untuk warna yang lebih menarik.

Untuk timun ita lebih suka guna Japanese cucumber kerana ia lebih crunchy dan tidak mudah berair.
Jom kita lihat apa bahan yang kita perlukan.



TUNA SANDWICH

2 tin tuna ~ Solid tuna in oil vergin
~ Isi tuna di tapis dan buangkan minyakknya. Kemudian di lenyek kasar
2 biji telur rebus

Bahan di dadu kecil
1 biji bawang Holland ~ sederhana besar
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
4 biji cili padi ~ jika suka pedas boleh lebihkan
~ jika tak suka pedas boleh gantikan dengan cili merah, buang bijinya dan cincang halus

Bahan Sos
3 sudu besar mayonis
3 sudu besar Coleslaw
1 sudu teh pewrahan lemon
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam

2 buku roti wholemeal
kepingan Chesdale
1 batang Japanese cucumber ~ di hiris nipis
Green coral dan red coral
Iceberg lettuce ~ di hiris
Purple Cabage
2 biji tomato ~ di hiris nipis
Sedikit margerine atau butter
* untuk sayuran tu terpulang nak guna sayur apa. Kalau nak guna daun salad pun boleh juga.



Mula kita sediakan tuna dahulu
Telur yang telah di rebus di kupas kulitnya dan di lenyek halus
Kemudian masukkan tuna yang telah di tapis minyaknya dan di lenyek kasar
Gaulkan adunan ini rata
Kemudian masukkan ladi padi yang di cincang, masukkan bawang holand yang di dadu kecil, capsicun merah dan hijau yang telah di dadu, gaul rata
Masukkan pula coleslaw, mayonis, serbuk lada hitam, garam dan perhan lemon
Gaul rata
Bahan ni bila dah siap anda bpoleh masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Tahan lah 2 , 3 hari.


Cara menyediakan tuna sandwich

Ambil sekeping roti wholemeal
Sapukan dengan sedikit butter atau margerine
Kemudian letakkan 1 keping chesdale
Letakkan sayur-sayuran pilihan ( ita letak red coral dan green coral )
Kemudian letakkan hirisan timun ( ita guna japanese cucumber )
Dan letakkan hirisan tomato
Kemudian letakkan tuna yang telah kita sediakan tadi, tetak rata-rata
Ita tambahkan hirisan iceberge lettuce
Letakkan i keping lagi roti yang kita telah sapukan butter atau margerin dan kapitkan kedua-duanya
Tekan sedikit atasnya supaya ia padat
Buangkan tepi roti yang keras
Kemudian potong sandwich kepada 2 keping atau 4 keping ikut kesesuaian.
Bolehlah nak potong 4 segi atau 3 segi ikut keselesaan masing-masing.
Tuna sandwich sudah sedia untuk di nikmati.






Bayam Goreng Ikan Masin

$
0
0

Setiap hari di sajikan dengan undangan rumah terbuka pasti tekak dah mula mengintai-intai menu tradisi atau lauk pauk kampung. Kalau lah di hidangkan dengan sayur tumis, ikan goreng dan sambal belacan, pastinya anak tekak ni dah tak mampu nak menolaknya lagi.

Hari ni ita masak yang ringkas-ringkas aje.. Masak lauk kampung, bayam goreng ikan masin, di tambah lagi dengan ikan goreng dan ayak masak sambal. Hujan lebat di luar rumah seakan mengalakkan lagi irama lagu keroncong berdondang sayang dalam perut ni.

Sedapnya lah dapat makan lauk-pauk yang ringkas-ringkas ni. Masak pun senang dan yang pastinya lauk macam ni kalau makan pasti bertambah-tambah nasi di pinggan.

Sayur bayam ni kalau sudah di masak, dapatnya tak banyak. Beli 2 ikat pun bila masak dapatnya sejemput aje.. jadilah buat santapan tengahari ni. Petang nanti kita masak lain lah pulak.




BAYAM GORENG IKAN MASIN

2 ikat sayur bayam ~ di potong
1 keping kecil ikan masin ~ ikan tenggiri atau ikan kurau, potomg atau hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ di cincang
4 ulas bawang merah ~ di hiris
5 batang cili padi ~ di hiris
sedikit belacan ~ di tumbuk
1 sudu besar sos tiram
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Satu yang telah di potong di cuci bersih ~ toskan airnya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan, ikan masin dan cili padi hingga naik bau
Tambahkan sedikit air, sos tiram dan perasakan dengan garam secukup rasa
Bila kuah dah didih, masukkan sayur bayam
Masak sebentar aje, bila layur aje sayur , tutup api
Sedia di hidangkan







Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum!

$
0
0

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua.
Bagaimana cuaca di tempat anda sekarang? di Johor Bahru ni pagi memang panas terik tapi bila petang akan turun hujan.
Masa ita balik Kota Bahru raya tempoh hari, cuaca sangat-sangat panas. Ita ingat di JB aje cuaca panas, rupanya di Kota Bahru lagilah panas hingga ita demam teruk jugaklah. Tak boleh bangun dan kepala pening ting tong! Bukan ita aje yang demam, Dalili pun demam hingga suhunya terlampau panas. Mak mertua dan adik ipar pula sakit kepala..
Memang lain macam betul panasnya..



Bila cuaca panas, biasanya ita suka buat jelly. Bila buat jelly ni tak sempat lama dalam peti. Kejap aje habis. Biasa ita suka jelly kelapa dan kerap kali juga buat jelly kelapa terutamanya bila ada kelapa muda. Kami sekeluarga memang suka makan jelly kelapa. Bila tak ada kelapa ita gantikan dengan mata kucing atau laici sedap jugak!

Bila bapa ita bagi kelapa, ita pun buatlah jelly. Kalau nak beli kelapa muda agak mahal sekarang. Satu biji kelapa muda di JB ni aje dah di jual dengan harga RM 4.00 sebiji. Mahalnya lah.. Untuk buat jelly kelapa kita perlukan 3 biji kelapa yang banyak airnya. Kalau air tak banyak kena guna 4 biji. Kalau nak tambah air memang boleh dan memang kita akan tambah air lagi untuk buat jelly. Tapi kalau guna air kelapa banyak sikit rasanya lagi enak dan lagi harum.

Mujur bapa ita ada kebun kelapa. Bolehlah buat jelly kelapa selalu. Kelapa yang bapa ita tanam ni harum baunya. Kalau buat jelly memang sedap lah. Kalau sesiapa ada tanah daripada terbiar baik tanam kelapa. Harga kelapa dah melambung dan susah nak dapat kelapa sekarang.


Untuk menyediakan jelly ni ita guna jelly segera yang ada jual di kedai jual bahan kek. Kalau kedai biasa atau supermarket jarang lah ada jual jelly segera ni.
Mudah aje bila buat dengan jelly segera ni. Jellynya pun lembut aje..

Walaupun sukatan air pada cadangan peket jelly tu 3000 ml air tapi ita lebih kan lagi air hingga 4000 ml supaya jelly ni betul lembut. Sedap aje bila meluncur kat anak tekak ni. Lebih-lebih lagi bila lembut dan licin..

Mudah aje buat dia.. lebih lagi guna jelly segera. Tak perlu risau jelly keras.
Untuk resepi kali ini, ita buat jelly kelapa pandan. Bukan ita guna kelapa pandan tau! tapi ita campurkan pati daun pandan dalam adunan jelly ita kali ni.


JELLY KELAPA PANDAN

1 peket jelly kelapa segera ~ ada jual di kedai jual bahan kek
3 biji kelapa
Air kelapa ni campurkan dengan air dan dapatkan 4000 ml.
1 cawan gula ~ kalau kurang manis boleh tambah 2 sudu besar lagi gula
1 helai daun pandan di simpul
3 helai daun pandan ~ di kisar dan tapis ambil airnya
Isi kelapa muda di hiris nipis

Air kelapa satukan dengan air dapatkan dalam 4000ml, daun pandan di simpul dan masak atas dapur hingga mendidih
Bila dah didih masukkan jelly kelapa segera dan gula biar gula larut
Bila gula larut masukkan isi kelapa dan air pandan yang telah di tapis
Tutup periuk dan biar sebentar
Tutup api dan biarkan sejuk
Tuangkan dalam bekas
Simpan dalam peti ais untuk rasa dingin




Selamat ulang tahun Dato' Haji Ismail Bin Karim

$
0
0

Bismillahirahmannirahim...
Kek pertama setelah lama bercuti panjang ^_^
Bila dah lama cuti ni.. nak mulakan memang lah macam lemau aje kan..
Masuk bulan Ramadhan tempoh hari, ita dah simpan semua barang baking. Ialah kita dah mula sibuk dengan biskut raya. Jadi segala peralatan perlu di simpan supaya tak berserak dengan segala macam peralatan baking yang bertimbun tu..

Bila nak mula baking.. adoiii... masa ni lah cari barang tak jumpa. Ada aje peralatan yang mula menyorok. Rasa macam dah simpan elok-elok.. tapi masih ada lagi yang tak jumpa cari.. aduyaiii..

Setelah lama bercuti, teknik pun banyak yang dah mula ke laut hihi..

Hari ini ita dapat tempahan kek dari datin, untuk ulang tahun suaminya Dato' Haji Ismail Bin Karim. Kalau tak silap ita lah kan.. Dato' Haji Ismail merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan juga SUK Johor. Kalau tak silap ita lah kan.. kalau salah ita minta maaf banyak-banyak ya..
Selamat ulang tahun Dato' dan sekalung tahniah juga buat Dato dan barisan pimpinan bola sepak Johor kerana membangkitkan lagi semangat bola sepak di kalangan warga Johor dan membawa JDT hingga ke mercu kejayaan.


Datin minta ita buatkan figurin dato bersama kereta idaman.
Bedebar juga nak buat takutlah tak sama kan.. tapi figurine aje.. ala ala aje lah kan..



Kita closeup sikit.. ^_^



Jutaan terima kasih ita ucapkan di atas kesudian dan kepercayaan datin menempah kek dengan ita.
Harap sangat datin puas hati. Kalau ada kekurangan dan kelemahan, ita dengan rendah diri mohon kemaafan. Segala yang baik datang dariNya jua dan kelemahan itu atas kelapaan diri ini.


Kepada rakan-rakan yang berhajat untuk membuat tempahan kek ulang tahun, kek perkhawinan, jamuan atau keraian. jangan malu jangan segan untuk hubungi ita di talian whatssap.

Untuk segala pertanyaan kek dan tempahan, anda boleh terus whatssap ke talian 
018 ~ 769 1544



Sandwich Telur mudah dan ringkas

$
0
0

Jika tempoh hari ita dah kongsikan Sandwich Tuna yang sedap! hari ini ita kongsikan pula sandwich telur yang mudah dan ringkas.
Sandwich  telur ini,  sesuai di sediakan untuk sarapan pagi, minum petang, untuk bekalan anak-anak ke sekolah atau bekalan suami atau isteri ke tempat kerja. Di sebabkan sekarang ni kalau kita nak makan kat luar agak mahal, adalah lebih afdal jika kita sediakan bekalan untuk ke sekolah atau tempat kerja. Dapat jimatkan sedikit belanja, di samping sandwich ini juga makanan yang sihat dan sesuai bagi mereka yang diet atau pentingkan kesihatan tubuh .

Untuk intinya tu boleh sediakan awal, simpan dalam peti ais tahan lah untuk 2 atau 3 hari. Bahan lain macam sayur-sayuran tu kita potong bila nak sediakan sandwich, lebih segar dan lebih rangup bila di nikmati.

Cara membuatnya lebih kurang sama macam sandwich tuna, cuma bahannya lebih mudah dan ringkas. Tak perlukan capsicum kalau tak nak letak sayur dan tomato pun boleh. Tapi macam ita,  ita suka letak sayur banyak-banyak hihi sebab ita dan anak-anak suka makan sayur.

Jom kita mulakan, boleh sediakan untuk jamuan hari raya esok  kan..?



SANDWICH TELUR

3 atau 4 biji telur ~ di rebus
1 biji bawang Holland ~ di dadu kecil
4 biji cili padi ~ di cincang halus jika suka pedas boleh lebihkan kalau tak suka boleh ganti dengan cili merah

Bahan Sos
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar coleslaw ~ option nak letak boleh tak letak pun tak apa
1 sudu teh lemon jus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam halus

2 buku roti wholemeal ~ jika nak guna roti biasa, pastikan roti tu jenis yang keras sikit, sbb roti yang terlalu lembut tidak sesuai.
Kepingan Chesdale
Iceberg lettuce ~ di hiris ( jika tak ada boleh guna salad atau green coral dan red coral )
1 batang Japanese Cucumber ~ di hiris nipis ( jika tak ada boleh guna timun )
2 biji tomato ~ hiris nipis
Sedikit margerine
* sayur-sayur terpulang pada citarasa, nak letak boleh tak letak pun tak apa. kalau nak lagi ringkas letak timun aje pun ok.


Telur di lenyek kasar dengan garfu
Masukkan cili padi atau cili merah yang di cincang halus
Masukkan juga bawang Holland yang di dadu
Masukkan lada hitam, garam, Coleslaw ( jika suka ), mayonis dan jus lemon ( lupa ambil gambar )
Kemudian gaulkan semua bahan rata
Simpan dalam peti ais sebentar


Ambil sepasang roti, sapukan margerin atau butter di atas setiap keping roti ( sebelah bahagian sahaja)
Letakkan 1 keping cheesedale
Letakkan sayuran , tomato hiris, salad atau lettuce , dan hirisan timun.
Kemudian letakkan adunan telur tadi, ratakan
Ita tambahkan sedikit lagi lada hitam
Kepitkan dengan sekeping lagi roti yang telah di sapukan margerin atau butter
Tekan permukaan roti biar ia serap dan padat
Potong tepi bahagian roti yang keras
Potong sandwich kepada 2 kepingan atau 4 kepingan segitiga. Jika suka 4 segi potong ikut kesesuaian anda.
Sedia di nikmati


Mudah aje kan cara penyediaan sandwich ni.. janji semua bahan ada kita boleh sediakan sekelip mata aje..
Selamat mencuba !




Kek Jersey JDT untuk YB Presiden PBNJ

$
0
0

Assalamualaikum

Semalam telah berlansungnya majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri, anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Johor YB Dato' Haji Ismail Bin Karim merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor PBNJ di kediaman rasmi beliau.
Majlis turut di hadiri oleh tetamu kehormat, pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim serta para penyokong team pasukan Harimau Selatan.

Gambar ikhsan dari Johor Southern Tigers

Ita cukup bebesar hati kerana telah di beri kesempatan dan kepercayaan untuk menyediakan sebijik kek sempena sambutan Aidil Fitri dan juga majlis ulang tahun YB Dato' Haji Ismail Bin Karim. Alhamdulillah syukur kerana Datin memberikan kercayaan kepada ita untuk menyediakan surprise birthday cake buat Dato'. Ini juga merupakan ke yang kedua tempahan dari Datin. Terima kasih yang tak terhingga ita ucapkan kepada Datin dan pa Datin atas kepercayaan ini, selamat ulang tahun buat Dato' semoga di berikan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki selalu dan senantiasa berbahagia di samping keluarga yang di cintai.

Gambar ikhsan dari Johor Southern Tigers


Ini adalah lakaran kek yang menjadi pilihan Datin.
Sebenarnya bedebar juga ita nak siapkan kerana kek ini adalah merupakan kek yang bersaiz agak besar iaitu 2 kaki dan agak berat. Rainbow kek merupakan pilihan kek dari Datin kali ini.
Sebenarnya kek ini banyak cabarannya.

Pertamanya ita berhadapan dengan kek yang besar dan sudah tentulah tidak muat untuk di tempatkan di dalam peti ais. Oleh kerana kek ini adalah kek rainbow dan berfillingkan creamcheese, maka kek haruslah senantiasa di tempatkan dalam peti ais. Oleh kerana itu ita terpaksa buat kek ini sebelah-sebelah. Final baru ita cantumkan kedua-duanya untuk menjadi sehelai baju jersey JDT.

Ita menggunakan 6 biji kek bersaiz 10 inc untuk menyediakan kek ini. Jika setiap kek ada 6 warna, berapa kalilah ita nak bakar setiap kepingan kek tu kan... di situlah cabaran bermula. Walaupun mencabar tapi ita berasa seronok bercampur bangga kerana dapat menyediakan kek yang besar untuk pasukan bola yang cukup ita minati. Luaskan kuasamu Johor....


Cabaran ke tiga, tidak ada lapik kek yang bersaiz besar di jual di kedai bakery. Oleh kerana itu ita terpaksa tempah papan playwood bersaiz 30 x 26 inc. Mujur ita ada Macgyver yang senantiasa bersedia membantu ita bila berhadapan dengan permasalahan. ^_^ alhamdulillah...

Cabaran ke empat, kalau dah lapik kek pun tak ada jual saiz besar, maka kotak kek juga pastilah tiada di jual di pasaran dengan saiz sebesar itu. Sekali lagi Macgyver berperanan sebagai penyelamat, terima kasih kepada suami tersayang,  yang bertungkus lumus membuatkan kotak gergasi untuk ita tempatkan kek ita ini.


Cabaran ke lima adalah nak dapatkan warna biru jersey JDT yang sangat unik warnanya dan memang satu cabaran yang agak besar bagi ita. Hapir ita nak menangis bila ita tak dapat bancuhan warna yang serupa. Hampir kesemua warna biru ita telah gunakan Royal Blue.. Navy Blue.. Electric Blue.. Sky Blue.. semuanya telah ita bancuh namun masih tidak mencapai piawaian warna jersey sebenar. Akhirnya ita mengambil keputusan untuk tidur dahulu.. agar ita dapat ilham dalam mimpi bagaimana nak dapatkan warna tersebut, kalau tak sama pun dapat seriras pun jadilah...

Alhamdulillah sekali lagi Macgyver menjadi penyelamat.. sememangnya beliau hero ita lah.. ^_^ Alhamdulillah.. atas kebijaksanaan Macgyver akhirnya dengan mencampurkan sedikit warna purple maka terhasillah warna yang di cari-cari. Ya Allah syukur sangat... selesai segala masalah...


Cabaran tidak berakhir di situ...
Sekali lagi ita perlu hasilkan kek bersaiz slim fit.
" tak nak gemuk ya kak... " pesanan Edwina masih terngiang-ngiang di kuping telinga ita. ^_^
Untuk mendapkan ukuran baju jersey sebenar , ita perlu dapatkan baju jersey JDT yang original. Mujur ada anak saudara yang sangat fanatik dengan team JDT. ^_^ Terima kasih Naszreen kerana pinjamkan mak long jersey JDT ori lagi! hihi... pasti baju kesayangan ni... nanti mak long pulang ya... takut tak dapat tidur malam pulak bila tak ada jersey ni... ^_^

Gambar ikhsan dari Johor Southern Tigers

Alhamdulillah...
Walaupun cabaran-demi cabaran yang harus di tempuhi.. akhirnya selamat juga kek ita sampai ke kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor YB Dato' Haji Ismail Bin Karim. Sekali lagi ita ucapkan selamat ulang tahun buat Dato', jutaan terima kasih yang tak terhingga pada Datin dan PA, kepada pasukan JDT yang di sayangi bangsa Johor dan semua peminat JDT. Luaskan kuasa mu... motor pengerak semangat yang senantiasa ita sematkan sebagai pemangkin buat ita menghadapi setiap cabaran. Semoga pasukan JDT terus bangkit dan mencapai kejayaan hingga ke peringkat dunia.. pastinya itulah doa dan harapan bangsa Johor.

Terima kasih juga kepada Johor Southern Tigers kerana sudi kongsikan gambar-gambar yang menarik untuk tontonan peminat sekalian. Ita minta izin guna gambar kenang-kenangan ini untuk tatapan dan kenangan ita. Kepada anda yang nak intai gambar sambutan majlis terbuka YB Dato' dan team bola sepak Johor jangan segan silu untuk terjah fb Johor Southern Tigers di SINI banyak gambar menarik aksi pemain di sini.



Kepada rakan-rakan yang berhajat untuk membuat tempahan kek ulang tahun, kek perkhawinan, jamuan atau keraian. jangan malu jangan segan untuk hubungi ita di talian whatssap.

Untuk segala pertanyaan kek dan tempahan, anda boleh terus whatssap ke talian 
018 ~ 769 1544





Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

$
0
0

Lamanya rasa tak makan lauk kampung macam ni. Kalau masak lauk kampung ni.. memang bertambah-tambah nasi di pinggan. Teringat suasana di kampung yang telah lama di tinggalkan.
Nak cari pucuk kayu kampung memang agak sukar di kawasan pembangunan sekarang. Terpaksa pergi ke pasar tani atau pasar besar untuk dapatkan pucuk kayu dan ulam-ulaman kampung. Harganya pun boleh tahan jugak sekarang.. tak heranlakan sekarang ni.. bahan semua memang melambung naik harganya.. taraf hidup pun dah semakan meningkat.. hinggakan pucuk-pucuk kayu dan ulam-ulaman yang bersepah dalam semak di kampung dulu sudah ada harganya di pasaran.. kalau kat kampung dulu.. petik aje di semak belakang kebun getah atau kelapa sawit. Sekarang nak cari punyalah payah...

Alhamdulillah anak-anak ita cukup mengemari masakkan kampung. Bila kita latih mereka dari kecil, tak adalah kekok nak menikmati masakkan kampung. Malahan kadang kala mereka yang sibuk suruh ita masak lauk kampung macam pucuk manis, sayur turi, pucuk paku, pucuk ubi , sayur nangka dan lain-lain.

Bila makan dengan nasi hangat, pasti bertambah-tambah dan berpeluh-peluh di buatnya. Sayur pucuk paku ni kalau nak masak kenalah beli banyak. Sebab bila di buat lauk jadi sikit aje dapatnya.. Ita kebiasannya suka tumis dahulu.. ada yang tak tumis terus aje bubuh dalam periuk dan rebus. Ita ni suka tumis sebab sukakan bau harum tumisan tu.. berselera rasanya bila bau tu bangkit.


PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API

2 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
1/2 cawan ikan bilis atau udang kering ~ rendam hingga lembut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili api ~ kalau suka pedas boleh lebihkan
1 inc kunyit hidup
Air secukupnya
garam secukup rasa

Pucuk paku di bersihkan, ambil daun pucuk dan batang yang lembut sahaja. Cuci bersih dan toskan
Bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit di kisar atau di tumbuk halus
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga harum
Tambahkan air dan biarkan didih
Bila didih tambahkan santan dan senantiasa di kacau
Akhir sekali masukkan pucuk paku dan garam secukup rasa
Bila pucuk dan lembut angkat dan hidangkan dengan nasi, ikan dan sambal belacan.



Mini Pavlova RM 70

$
0
0

Salam everyone! The FREE DELIVERY PROMO IS BACK!! I got to bake more than 50 pavlovas during the previous free delivery promo (in June, if im not mistaken). I hope i'll get moooore this time! Hehe. The promo starts on the 8th of August 2016 and ends on the 12th of August 2016. The promo is valid for those who are in Klang Valley area. But do ask me regarding your location, maaaaaybe i can give you FREE DELIVERY as well? Hehehe. Cant wait to collect loads of orders. Kindly drop me a message on whatsapp : 0173930553. Strictly no orders through phone calls (as i dont pick up unknown numbers). Thank you so much everyone! See you! ~ yaya





Sambal Tauhu Masam Manis

$
0
0

Ita memang suka sangat makan tauhu. Walau apa pun masakkan berasaskan tauhu, tekak ini tak pernah menolaknya.
Hari ni ita buat sambal tauhu, bisa ita suka goreng tauhu dan makan dengan sambal kicap atau kuah rojak. Tapi hari ini ita nak cuba resepi dari Adnan Ibrahim. Sambal tauhu masam manis wah! macam sedap aje kan.. berselera aje tengok sambal Mat yang merah menyala tu. Terliur lah pulak di buatnya.

Resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas, malah bahan pun mudah di dapati di ruang dapur rumah anda. Masak pun cepat dan yang penting sedap serta menjadi kesukaan kami sekeluarga. Ita lawankan dengan lauk lemak , ikan goreng dan telur dadar mayonis. Berselera kami menikmati hidangan hari ini.




SAMBAL TAUHU MASAM MANIS
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

2 keping tauhu keras atau taukwa
1/3 cawan isi udang sais kecil
1 biji bawang besar, potong berangkai, dileraikan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*(*tumbuk halus)


Tauhu didadu, kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. 
Tinggalkan minyak untuk menumis, kemudian masukkan bahan tumbuk halus, dan tumis hingga wangi. 
Tambah cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau dan tumis hingga terbit minyalk, guna api sederhana.
Masukkn jus asam jawa, gula dan sedikit garam, kacau dan masak hingga pekat. 
Masukkan udang dan bawang. 
Masak sekejap dan masuk tauhu tadi. 
Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. 
Masak sekejap dan boleh angkat.


Hello Kitty Cake Design

$
0
0

Kek Hello Kitty ni adalah kek tempahan dari rakan sekolah ita. Ini bukanlah kek yang pertama kali  di tempah oleh kawan ita ni.. dah banyak kali jugak lah.. Terima kasih pada Fid yang selalu tempah kek dengan ita dan senantiasa berikan sokongan pada ita.

Fid ni bukan sahaja rakan sekelas masa ita sekolah menengah, tapi beliau juga rakan ita sama-sama jalan kaki setiap kali pulang dari sekolah di bawah terik matahari. Dulu-dulu tak lah bimbang sangat kalau balik sekolah jalan kaki. Sekarang pasti ibu bapa dah tak berani nak lepaskan anak-anak pergi dan balik sekolah jalan kaki kan..

Fid minta ita buatkan kek Hello Kitty untuk anak saudara beliau. Kek coklat dan bersalutkan buttercream. Deco kek, Fid serahkan 100% pada kebijaksanaan ita untuk menghiasnya. Cuma warna pilihan sudah tentulah warna pink selari dengan kartun comel kesukaan anak buahnya itu.



Hari ini ita kongsikan bagaimana ita mendeco kek Hello Kitty untuk kawan ita ni.
Bagi anda yang selalu terima tempahan dengan tema yang sama, kadang kala pening juga kepala nak fikirkan apa deco yang sesuai. Jika tuan empunya berikan contoh kek, pasti tak jadi satu masalah.. yang jadi masalahnya bila pilihan di serahkan 100% pada kebijaksanaan kita mendeco.

Kek Hello Kitty ni ita deco menggunakan gumpaste dan meletakkan figurine Hello Kitty yang ita buat sendiri. Bagi anda yang tak mahir dalam membuat figurine, jangan risau boleh beli sahaja figurine plastik yang ada jual di kedai jual bahan kek.

Jom ita tunjukkan bagaimana ita menyediakan kek ini


Seperti biasa ita sediakan kek yang telah bersalut buttercream. Ratakan buttercream rata-rata hingga mendapat bucu kek yang sharp. Ini untuk memudahkan kita menghias kek di tambah lagi ianya nampak kemas. Bila dah kemas, simpan kek dalam peti ais hingga kri mengeras. Ini untuk memudahkan anda mendeco kek, tak adalah buttercream lembik dan mencomotkan kek nanti.

Ita menghiaskan tepi kek dengan corak bunga kecil atau ribon bunga yang ita buat menggunakan gumpaste. Acuan untuk corak ribon ni boleh beli di kedai jual bahan kek. Terdapat pelbagai corak untuk di sesuaikan dengan decorasi kek anda. Tapi pastikan setiap deco yang anda letakkan atas kek mestilah bertepatan dengan tema kartun itu sendiri.

Untuk mendapatkan sedikit ilham, anda bolehlah google dan dapatkan sedikit info tentang kartun tersebut. Atau boleh juga rujuk contoh kek rakan-rakan yang lain, untuk dapatkan sedikit idea. Kalau rajin, boleh ruangkan sedikit masa untuk menonton cerita kartun tersebut untuk mendapatkan sedikit gambaran kek yang bakal di sediakan.

Ita letakkan dua logo Hello Kitty atau kepala Kitty untuk hiasan kek. Untuk dapatkan corak kepala kitty tu ia ada jual acuan untuk kepala Kitty, bukan kitty aje.. ada juga kartun lain yang di jual di kedai kek.  Kemudian ita hiaskan dengan nama birthday girl. Kek ini untuk pasangan adik beradik, sebab tu ita letak dua logo kitty tu...

Sebelum ita letakkan figurine Hello Kitty ita letakkan lace yang ita buat sendiri. Yang ni tak ada acuan, kenalah buat sendiri. Ita guna gumpaste untuk membuatnya.
Kemudian letakkan figurine.
Akhir sekali hiaslah kek dengan asesori lain yang di rasakan bersesuaian.

Macam mana? Mudah aje kan.. bagi yang nak buat sendiri kek birthday untuk anak-anak anda, bolehlah dapatkan sedikit idea atas perkongsian yang tak seberapa ini. Tapi bagi anda yang tak berkesempatan nak sediakan, mungkin tak ada masa, tak ada oven, tak tahu nak cari bahan di mana.. atau yang rasa membazir beli peralatan baking sebab buat kek setahun sekali aje... Apa tunggu lagi.. jom tempah kek dengan ita ^_^


Kepada rakan-rakan yang berhajat untuk membuat tempahan kek ulang tahun, kek perkhawinan, jamuan atau keraian. jangan malu jangan segan untuk hubungi ita di talian whatssap.
Untuk segala pertanyaan kek dan tempahan, anda boleh terus whatssap ke talian 
018 ~ 769 1544







Asam Pedas Cili Api Lada Hitam

$
0
0

Assalamualaikum,

Hari ni ita masak yang mudah dan ringkas aje.. Bila nampak ada kepala ikan dalam peti ais, suami cadangkan ita buat asam pedas. Biasa kepala dan bahagian ekor ita buat gulai aje.. untuk bahagian isi ita suka goreng. Ita suka sangat ikan merah, isinya sedap!. bila di goreng, isinya rangup di luar dan lembut di dalam. Kepala anak-anak tak makan.. ita pun tak makan kepala sebenarnya, sebab tu ita suka buat gulai aje kepala ikan.. dari terbuang aje kan..

Resepi kali ini ita ambil dari dapur kak Umie. Lama dah dapur kak Umie sunyi sepi tanpa berita. Sejak kembali dari menunaikan haji, nampaknya kak Umie lebih banyak di fb. Blognya kian hari kian sepi tanpa berita dan menu menarik untuk tatapan peminat setia Home Sweet Home. Walauapapun yang kak Umie lakukan kini, kita doakan semoga kak Umie terus sihat dan senantiasa bahagia bersama suami dan anak-anak yang tersayang.



Resepi asam pedas ni ada kelainan kerana selain menggunakan cili api ia juga menggunakan lada hitam. Wah! pasti dah dapat merasa kepedasan lauk kita ni..
Ita kurangkan lada hitam kerana ita takut terlalu pedas nanti anak-anak tak boleh makan pula. Ita juga gantikan daun sup dari resepi asal kepada daun kesum. Ita lebih sukan aroma daun kesum yang membuka selera.

Menurut kak Umie, resepi ini adalah resepi olahan kak Liza. Satu kelainan dan satu lagi koleksi resepi asam pedas yang harus di cuba!


ASAM PEDAS CILI API LADA HITAM
Resepi Oleh : Kak Liza
Rujukkan : Kak Umie

500 gm ikan pari ~ potong kecil ( ita guna ikan merah )
2 biji tomato ~ di belah 4
1/2 cawan air asam jawa
air secukupnya 
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup ~ potong pendek ( ita gantikan dgn daun kesum )

Bahan Kisar
20 biji cili api
2 sudu besar lada hitam biji
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 batang serai

Ikan pari dibersih dan gaulkan dengan asam limau, asam jawa dan garam sebentar. 
Bersihkan semula dan toskan. 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan masak/garing. 
Masukkan air asam jawa dan air. 
Biarkan mendidih. 
Masukkan ikan dan garam. 
Renehkan hingga kuah agak pekat dan masukkan tomato. 
Seimbangkan rasa dan tutup api.
Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.


Rainbow Cake Gebu

$
0
0


Kebelakangan ini kerap kali ita lihat kelibat kek yang berwarna-warni ni melintasi ruang FB ita. Cantik dan mengoda sungguh kejadian kek yang satu ini. Terbekenan lah pulak!
Ita pun mintalah suami belikan ita sepotong kek Rainbow Mc Donald ni... Teringin benar tekak ini merasa.. mengalahkan orang mengandung pulak! Biasa lah kalau orang buat kek ni kan.. kek orang dia nak rasa... kek sendiri dah muak dah.. sebab hari-hari dok mengadap kek aje... Ita ni macam biasa bila nampak kek baru aje.. mula lah nak cuba..

Bila suami bawak balik.. tak sabar ita nak cuba. Ita makan sikit-sikit sambil menghayati kenikmatan di samping cuba nak mencungkil gerangan apakah bahan yang di gunakan.hihi...
Boleh tahan jugak harga kek Mc Donald ni.. sepotong yang tak sampai berapa gram.. harganya RM 10.60. Kalau lah tekak kita seorang aje yang nak merasa.. bolehlah beli sepotong. Tapi kalau yang askar ramai kat rumah.. mahu fikir dua tiga kali jugak kan... bagi yang mahir buat kek tu.. ita rasa baik buat sendiri aje lah di rumah.. puas hati dapat makan sampai kenyang..


Kek Mc Donald ni ringan.. bolehlah kalau nak buat alas perut sambil menikmati secawan cappuccino. Krim yang di gunakan pun ita rasa fresh krim aje.. sebab tak ada rasa cheese. Kek pula terlalu ringan dan krim pun sangat ringan.. sekali ngap aje dah habis.. haha

Untuk resepi yang ita kongsikan kali ini, ita lebih mengemari lemon cream cheese. Jadi kek ini, ita layer dengan lemon cream cheese. Kalau anda nak gunakan fresh krim pun boleh.. nak guna swiss meringue butter cream pun boleh.. Italian buttercream pun boleh, guna moousse cream pun boleh ... terpulang pada citarasa masing-masing. Cuma jangan letak buttercream lah untuk filing dalam ni, tak berapa sesuai. Buttercream sesuai untuk salut luar kek dan dekorasi sahaja.

Untuk salut luar kek, ita guna fresh cream aje.. Senang aje.. guna non dairy whipping cream dan putar hingga kental. Tapi kalau nak buat untuk makan sendiri ok! tapi kalau nak letak deco bunga ke.. nak letak figurine ke.. untuk dijadikan birthday cake atau weading kek ianya tak sesuai ya, sebab fresh cream mudah lembik lebih-lebih lagi jika cuaca panas. Ia senantiasa perlu di letakkan dalam peti ais.


Untuk resepi rainbow kek ita ni, ita letakkan sedikit minyak kelapa dara. tak sangka.. bila letak minyak kelapa dara ni.. ia menjadikan kek ita lebih enak dan membangkitkan rasa lemaknya. Berbeza dengan resepi yang ita guna sebelum ini. Tak sangka pula minyak kelapa dara ni boleh di letakkan dalam masakkan.

Ita pun baru aje mencuba menggunakan minyak kelapa dara dalam masakkan. Biasa ita guna minyak zaiton. Harga lebih kurang sama lah kan.. Tapi rasa ita baik kita sokong produk tempatan.

Minyak kelapa dara ni, setahu ita bagus untuk melebatkan rambut dan untuk mencatikkan kulit. Rupanya banyak kelebihan minyak kelapa dara ni tau! tak sangka boleh juga di gunakan dalam masakkan.

Minyak kelapa dara yang ita gunakan ni adalah 100% organik dan di perolehi daripada pohon kelapa yang hidup secara semula jadi. Ia menggunakan kelapa matang yang berkualiti. Minyak kelapa dara mengandungi nutrien seperti vitamin E yang sangat baik dan tidak mudah hilang atau rosak. Ia sangat baik dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Sesuai di ambil setiap hari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Boleh makan begitu sahaja atau masukkan dalam makanan, seperti yogurt, oat, campurakan dalam kopi atau minuman. Boleh di gaulkan bersama nasi. Boleh buat menumis makanan, tapi pastikan suhu kurang daripada 176C. Boleh di gunakan untuk meranite daging atau ayam, boleh untuk membakar kuih, biskut atau pun kek.


Selain itu ia juga boleh di gunakan untuk tujuan kecantikkan. Sesuai di jadikan sebagai losyen untuk melembutkan kulit, melebatkan rambut, untuk mengurut badan, untuk membersikan alat solekkan di wajah atau juga di jadikan sebagai krim pelembab.

Macam-macam kegunaan minyak kelapa dara ni kan. Belilah satu dan simpan di rumah untuk kegunaan. Banyak manfaat minyak kelapa dara ni. Letak kat kek, kek sedap, aromanya memikat.. kalau letak dalam kuih terasa kelemakkan dan keenakkannya membangkit selera, kalau letak dalam masakkan.. selain baik untuk kesihatan kita juga dapat mengekalkan tubuh badan yang ideal.

Adoii.. dah melalut jauh dah ni.. Jom kita mulakan projek membuat kek kita ni.


KEK RAINBOW GEBU



Bahan A
8 biji kuning telur ~ gred A
7 biji telur  ~ gred A
200 gm gula halus
15 gm ovellete
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B ~ di ayak
125 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
25 gm tepung jagung

Bahan C
120 gm minyak jagung
30 gm minyak kelapa dara ~ optional


Satukan bahan A
Masukkan dalam mixer dan putar dengan kelajuan  sederhana hingga bergaul sempurna ( berbuih anggaran 2 min )
Satukan bahan B dan ayak
Tuangkan bahan B ke dalam adunan bahan A
Pukul dengan speed laju hingga adunan , putih, gebu dan naik 2 X ganda dari asal
Akhir sekali minyak kelapa dara dan minyak jagung dan kaup balik adunan hingga rata


Bahagikan adunan kepada kepada 5 bahagian
Letakan berlainan warna untuk setiap mangkuk
~ kuning
~ merah
~ hijau
~ biru
~ pink
Sediakan 2 loyang 4 segi tepat ukuran 10 X 12 inc
Sediakan juga 2 loyang bulat ukuran 7 inc
Sediakan juga spring cake tin ~ untuk memampatkan kek
Tuangkan warna pink dalam 2 loyang bulat 7 incin sama banyak ~ anggaran 150 gm setiap satu
Baki warna pula tuangkan dalam 2 loyang 4 segi tepat secara tompok atau rawak
Bakar kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C selama 25 minit
Ambil perhatian
Oleh kerana kek ini adalah dari jenis kek span, ia hendaklah di keluarkan dengan kadar segera setelah ia masak.
Bila kek masak, terus keluarkan dari loyang dan terbalikkan atas redai
Kemudian terbalikkan semula ke kedudukan asal untuk mengelakkan kek kecut atau mendap.
Biarkan kek sejuk


Kek yang telah sejuk untuk loyang 4 segi di potong kepada 3 bahagian yang sama besar ( kek yang kak ita buat ni tinggi, kalau nak rendah sikit bahagi 4 bahagian )
Untuk kaedah yang ita buat vertical dan horizontal. Kalau ikut cara MC D hanya vertical sahaja.
Untuk kaedah atau cara ita, jika ada baki adunan tuangkan sedikit dalam loyang bulat 7 inc. Kemudian potong bulat ukuran 2.5 inc atau 3 inc. Kalau nak buat Vertical sahaja tak payah buat cara ni.
Untuk cara ita, setiap potongan bulatan kecil layerkan dengan krim.
Krim yang ita guna adalah lemon cream cheese. Kalau Mc D rasanya guna fresh krim sahaja
Kemudan letakkan krim pada kek yang kita potong memanjang dan lilitkan pada bulatan tengah tadi. Jika tak nak buat bahagian bulatan temgah, gulung sahaja kek macam kita buat swiss roll.


Lilitkan hingga habis.
Ambil 1 keping kek untuk lapik bawah ( bulat 7 inc ) letakkan atas lapik kek
Letakkan krim dan ratakan
Kemudian angkat lingkaran kek kita tadi dan letakkan atas lapisan kek tadi
Kemudian ambil ring kek, dan padatkan kek, ketat-ketak biar kemas dan mampat
Potong bahagian atas yang tidak rata


Setelah kita potong, letakkan krim dan ratakan
Kemudian tutupkan dengan lapisan kek yang sekeping lagi
Kemaskan dan simpan dalam peti ais semalaman.
Bila dah set (semalaman ) buka ring kek
Salutkan kek dengan krim
* Krim ni terpulang nak guna krim apa ya, nak guna krim cheese yang sama pun boleh, nak guna fresh cream pun boleh, nak guna swiss meringue buttercream pun boleh atau nak guna buttercream pun boleh.
Ita guna fresh cream untuk lapisan luar
Salut lapisan putih dahulu
Ratakan dan kemaskan dengan spatula
Simpan dalam peti ais hingga keras ( kalau fresh krim dia tak keras ya)


Akhir sekali, warnakan cream yang kita gunakan terpulang ikut pilihan krim masing-masing.
Layerkan satu ewarna berselang-selang hingga habis
Kemudian ratakan dan kemaskan
Bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.

Lemon Cream Cheese

200 gm krim creese
120 gm gula icing ~ yang telah di ayak
2 sudu teh lemon paste
1 sudu teh vanilla
11 gm halal gelatin
45 gm air ~ untuk larutkan gelatin
200 gm Non dairy whipping cream

Tuangkan gelatin dalam 45 gm air , biarkan kembang
Kemudian double boil atau masukkan dalam microwave hingga cair ( 1 minit )
pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula icing, vanilla dan lemon paste
Pukul lahgi hinga bergaul sempurna
Tuangkan gelatin yang telah di cairkan sambil terus memukul adunan hingga rata
Ketepikan

Dalam bekas mixer yang lain pukul Whipping Cream hingga kental
Tuangkan whipping cream dalam adunan cheese dan kaup balik rata
Sedia di gunakan

Fresh Cream

200 gm Non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla

Pukul kedua adunan hingga kental dan bertanduk
bahagikan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Sedia di gunakan






Jus Belimbing Madu

$
0
0

Belimbing merupakan buah yang berasal dari negara yang beriklim tropika. Buahnya berwarna kekuningan bila sudah matang, dengan bentuk buah bersegi dan membentuk bintang apabila dipotong. Buah belimbing  rasanya sangat menyegarkan, selain daripada rasanya yang enak, buah belimbing juga sangat baik bagi kesihatan dan juga memberikan manfaat bagi kecantikan tubuh.

Belimbing adalah salah satu buah ekzotik  yang kaya dengan vitamin. 100 gram buah belimbing, menyediakan 31 kalori yang jauh lebih rendah daripada untuk buah-buahan tropika yang lain.  Selain itu, ia juga kaya dengan  nutrisi penting, antioksidan, dan vitamin mengandungi sejumlah manfaat  untuk kesihatan, seperti berikut:


  • Menyihatkan sistem pencernaan
  • Mencegah Cancer
  • Antioksidan
  • Menuingkatkan kadar enzim
  • Mengatasi tekanan darah tinggi
  • Mengatasi masalah ginjal
  • Mengurangkan kolestoral


Bagi mereka yang pentingkan kecantikkan, belimbing juga dapat membantu anda dalam mendapatkan kecantikkan semula jadi

Belimbing memberikan nutrisi yang baik untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Vitamin B Kompleks di dalam kandungannya dapat menjaga rambut supaya kuat dan sihat

Vitamin C yang tinggi dalam belimbing juga dapat membantu mengurangkan proses penuaan

Belimbing dapat di gunakan sebagai masker pada wajah, langsung mengurangkan masalah jerawat. ia juga mengandungi seng yang mengurangkan kecenderungan jerawat.


JUS BELIMBING MADU

2 biji belimbing yang masak ranum
100 ml air masak
1 sudu besar gula
1 sudu besar madu asli

Belimbing di buang tepi bucunya dan di potong kecil
Satukan semua bahan dalam mesen pengisar dan kisar hingga halus
Kemudian di tapis
Hidangkan bersama ketulan ais





Kek Sayangku Kepten Mukhriz

$
0
0

Pasti peminat slot Akasia TV3 sedang demam Kapten Mukhriz dan Dr Ariana Dahlia kan... Ita ni bukalah peminat Akasia sangat, kalau cerita yang best layan lah jugak. Sebabnya masa nya tak berapa sesuai.. tu yang malas sangat nak follow. Tapi kalau yang best tu.. kadang terlayan jugak.

Sekarang ni masang-masing tengah seronok layan Sayangku Kapten Mukhriz. Ada yang dah mula pasang angan-angan nak cari pasangan dari kalangan anggota tentera.. haha.. lebih-lebih lagi bila bersanding dibawah pedang... kan.. nampak sweet sangat kannnn....


Ariana Dahlia seorang doktor, dan merupakan anak kepada bekas anggota polis dan juga merupakan adik kepada seorang anggota tentera. Setiap kali cuti Ariana gemar menghabiskan cuti di rumah abangnya, Izzudin berbanding pulang ke rumah ibu bapanya. Pertemuan pertama dengan Kapten Mukhriz membuat Ariana bertekad untuk mendekati Mukhriz. Ingat senang nak pikat hati Ustaz Mukhriz tu? Dengan memegang posisi sebagai ustaz di dalam kem, memang sah-sahlah ramai peminatnya.


Tapi Ariana tetap dengan tekadnya untuk memikat Mukhriz. Salah satu usahanya adalah dengan kerap bertandang ke rumah Izzudin. Perangai Dr yang gedik tu lah.. yang membuatkan ramai yang melekat depan TV haha... ada jugak Dr yang gedik macam ni kan... tapi seronok pulak layan gedik si Ariana ni.. taklah over.. tapi kesian lah pulak.. Kapten Mukhriz tu macam tak ada perasaan aje... macam perigi cari timbalah pulak..


Kapten Ustaz Mukhriz yang pada mulanya belum bersedia berumahtangga.. akhirnya tewas juga dengan perangai Dr Ariana yang main redah aje.... tu.
Sekarang ni mereka dah pun berumahtangga... alahaii... sweetnya... dengar Dr Ariana pun dah berbadan dua.. bertambah bahagialah rumahtangga mereka.. pasti ada yang frust menonggeng kan...
Adoiii... tak sabar nak tunggu kesudahan kisah mereka..

Dek kerana demam Sayangku Kapten Mukhriz ni... maka virallah kek marble sayangku kapten.. aha.. ita pun tak nak ketinggalan untuk membuatnya juga. mana boleh tahan bila kawan-kawan page masak-masak dok tayang kek celoreng masing-masing.




KEK MARBLE SAYANGKU KAPTEN...
Resepi Oleh : Noorfaizah Omar

250 gm butter
1 cawan gula halus
4 biji telur A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna hijau, hijau muda, coklat, coklat muda

Pukul butter dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sebatikan
Masukkan susu cair dan tepung berselang seli dan sebatikan
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas
Letakkan pewarna untuk setiap bekas
Tuang dalam loyang 8 inc yang di lapik kertas minyak dan di oleh butter
Tuangkan pewarna tu satu sudu dan di letakkan secara rawak.
Buat sampai habis.
bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170c
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.


Tapi ita bukan buat buat kek marble sayangku Kapten Mukhriz aje tau... ita dekokan kek ni dengan angerik desa.. wah!.. so sweetttt...

Percubaan pertama buat bunga orkid dengan buttercream. Ialah asyik dengan bunga Korea aje.. apalah salahnya jika kita perkenalkan pula bunga tempatan. Sebenarnya bunga tempatan kita lagi cantik tau! tapi biasalah kita ni kan.. dah terbiasa.. kalau yang datang dari luar tu... yang kita agung-agungkan.. lebih-lebih lagi dari Korea. Bukan kata orang lain.. anak ita sendiri.. Dalili asyik Korea aje.. baju Korea lah.. muzik Korea lah... cerita Korea lah.. adoiii... pening kepala maknya..


Baru-baru ini ita ada dapat email dari seorang pakar Korean Flower Buttercream dari Korea yang cukup popular dan terkenal dengan hasil kerativiti bunga Korean Buttercreamnya. Kalau jenguk ke ig beliau atau blog beliau pasti terpegun dengan sentuhan beliau yang cukut berseni dan halus buatannya.  Ita rasa ramai yang kenal dengan beliau. Sebenarnya beliau telah mengundang ita untuk bersama beliau mendekorasi atau memperkenalkan buttercream flower di Asia Tenggara. Beliau juga mencadangkan ita untuk memperkenalkan kepada beliau bunga tempatan atau bunga-bungga dari Asia Tenggara yang popular untuk kami berkolaborasi dalam memperkenalkan buga buttercream dengan idea yang lebih terkini dan lebih segar.


Ita pun tak terfikir...

Kadang-kala kita ni terlalu mengagungkan orang luar atau terlalu terpengaruh dengan trend-trend yang datang dari luar sampaikan kita terlupa untuk menhargai apa yang kita ada atau bakat orang kita. 


Ita pun tak menyangka.. orang dari luar lebih berminat untuk berkreativiti dengan segala sumber dan keindahan yang ada di sini dan ingin menonjolkan dan memperkenalkan di peringkat global. Ita tahu beliau adalah seorang tenaga pengajar yang profesional dan sering mengadakan bengkel Korean Flower Buttercream hingga ke Hongkong, Eropah, USA. Tetapi jangkaan ita dari apa yang kami bincangkan melalui email, nampaknya bunga-bunga dari Asia Tenggara lebih menarik dan mendapat tempat di hati beliau. 


Kalau kita perhatikan di sekeliling kita lah kan.. negara kita ni kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Dengan warna yang cantik, rupa yang pelbagai, tekstur yang halus dan lembut dengan haruman yang cukup mengagumkan... tapi kita ni kurang nak mengagumi dan menghargai apa yang kita ada.... 


Sebenarnya ita cukup minat dengan bunga orkid. Bunga orkid ni namanya aje bunga orkid... tapi dia ada beribu spesis. Setiap daripadanya ada keunikkan tersendiri. Dengan warnanya yang terang.. kelopaknya yang pelbagai bentuk.. corak pada bunga yang unik dan adalah sukar sebenarnya nak menghasilkan sesetengah bunga orkid daripada buttercream.

Ita mengambil masa yang lama juga untuk mengkaji dan mencari ilham bagaimana nak menghasilkan bunga orkid dengan buttercream. Kalau kita google pun tak ada yang mengajar atau menunjukkan bagaimana nak membentuk bunga orkid dari buttercream. Ita cuba juga cari buku, manalah tahu kalau ada yang menunjukkan kaedah bagaimana nak membuat bunga orkid dari buttercream. Malangnya tak ada lagi jumpa.. jadi terpaksalah trial and error....


Untuk membuat sekuntum bunga orkid ni... kita perlukan beberapa nozel dengan tip yang berbeza. Ita terpaksa beli semua nozel untuk mendapatkan bentuk yang sesuai untuk menghasilkan kelopak yang hampir sama.

Hasinya ita kongsikan di atas kek Sayangku Kapten Mukhriz ita ni..






Bagi anda yang berminat untuk turut serta Orchid Buttercream Class 
Bolehlah  whatsapp ke talian : 018 ~ 7691544








Chicken Manggo

$
0
0

Resepi ni pernah menjadi viral satu masa dulu. Ramai rakan-rakan yang pm ita minta ita kongsikan reselpi chicken manggo ni. Di sebabkan masa ita cukup terbatas dan ada kalanya susah nak dapat buah mangga, tu yang membantutkan lagi hasrat ita untuk mencuba.

Resepi yang dikatakan berasal dari Thailand dan cukup popular di kedai-kedai makan ala Thai. Keistimewaannya adalah pada hirisan manggo yang masam manis di tambah keranggupan ayam yang enak! Hidangan ini enak di hidangkan ketika panas, masih rangup dan mangga juga masih crunchy. Kalau dah masak awal, ayam dah terendam dengan sos dah mula lembik dan manggo juga dah keluarkan air... dah kurang umph! lah kan..

Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Kata orang tu kalau bahan semua dah ada di depan mata, sekali kenyit aje.. dah jadi... mudah aje kan... bukan susah sangat nak menyediakan chicken manggo ni..

Hidangan ni pada ita enak di gandingkan dengan masakan Thai yang lain.. contohnya macam tomyam. Pilihlah mangga yang masam manis dan masih keras kerana mangga yang sudah masak ranum tidak sesuai untuk hidangan ini.

Hidangan ini pada ita seperti kerabu mangga di gaulkan bersama ayam goreng crispy. Saling tak tumpah rasnya. Bagi pengemar masakkan Thai, pasti akan menyukai masakan yang bukan sahaja enak di makan tapi cukup mudah cara penyediannya.


CHICKEN MANGGO
Resepi oleh : Dari Dapur Kak Yah

2 keping isi dada ayam 
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
Tepung jagung

Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat. ~ Ita potong kecil kerana sukakan ayam yang rangup
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.  Perap seketika.
Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam
Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. 
Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan

Bahan Sos
2 sudu besar sos Plum
1 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi ~ ikut sukalah nak berapa biji
sedikit air masak suam
Gula dan sedikit garam
Parutan buat mangga muda

Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis

Hiasan
Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.







Viewing all 843 articles
Browse latest View live