Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Hummingbird Cake

$
0
0

Hummingbird cake merupakan kek yang cukup popular di US. Kek yang cukup di minati dan cukup mudah cara penyediannya.
Kek ini di katakan berasal dari Jamaica lewat tahun 60 an. Pada asalnya namanya ialah Doctor Bird Cake mengambil sempena nama burung yang popular di sana. Ianya kemudian di namakan Hummingbird bersesuaian dengan burung tersebut yang kerjanya menghisap madu..

Oleh kerana itu.. kek ini dikatakan manis dan penggunaan buah-buahan dan kekacang dalam bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kek ini yang menjadikan rasanya sangat enak.. bila di nikmati.

Tahukah anda untuk menghasilkan kek ini anda tidak memerlukan mesi pemutar. Bahan-bahan hanya perlu di adun sebati sahaja.. tapi hasil kejadian kek cukup hebat dan lazat tak terkata.. Sepatah kata suami ita seakan terawang-awang bila dapat menikmati sepotong kek yang enak ini.




Pada ita pula penyediaan kek ini lebih mirip kepada carrot cake. Cuma kita tak menggunakan carrot atau lobak merah ,  sebaliknya mengantikan dengan pisang. Badam pula di gantikan dengan kacang pecan atau kekacang lain yang di rasakan bersesuaian.

Hari ini ita kongsikan bagaimana cara penyediaan kek Hummingbird yang mudah dan ringkas. Resepi asal ita ambil di Joyo Baking. Tapi ita olah beberapa bahan dan sukatan agar ianya menepati selera kami sekeluarga. Tidak terlalu manis dan sedang-sedang sahaja.

Jika anda ingikan resepi asal boleh dapatkan di Joyo Baking, ada tutorial sekali bagaimana menyediakan resepi hebat ini.


HUMMINGBIRD CAKE

100 gm kacang pecan ~ ita campur 50 gm pecan dan 50 gm walnut
390 gm tepung gandum
300 gm gula halus ~ resepi asal 400 gm
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cinamon
3 biji telur ~ saiz A
180 ml minyak jagung
1 1/2 sudu teh esen vanilla
227 gm nenas dalam tin ~ tak perlu toskan
400 gm pisang masak ranum



Kacang pecang di bakar dahulu dalam oven pada suhu 170 selama 8 minit.
Ita guna dua kacang iaitu pecan dan walnut
Bila dah bakar sejukkan sebentar kemudian di cincang kasar




Pisang pula ita guna pisang montel , pisang ni dah masak ranum. Kemudian kita lenyek halus.
Nenas pula ita tak ambil semua airnya , ita cuma ambil 2 sudu besar sahaja , tapi nenas tu ita tak perah ya. Kemudian nenas tu pun di cincang, dan campurkan dengan 2 sudu besar air nenas dari tin.



Untuk mudah kita nak sediakan kek ini, kita asingkan bahan kering iaitu, tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam kita satukan dan ayak.

Bahan basah pula seperti telur, minyak jagung dan esen kita satukan dalam satu bekas yang lain.


Satukan telur, minyak jagung dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul dengan wisk hingga sebati sahaja.
Kemudian kita masukkan nenas cincang, dan pisang lenyek tadi, gaul rata.
Bila dah rata masukkan gula dan gaul lagi
Kemudian masukkan bahan kering ( tepung , serbuk cinamon, garam dan soda ) yang telah di ayak tadi.
Gaul rata
Akhir sekali masukkan kekacang pecan dan walnut yang kita telah cincang.

Sediakan 2 loyang 8 inc
Lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan dengan butter
Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak
bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 180 C selama 30 ~ 45 minit bergantung pada kepanasan ketuhar masing-masing

Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek, jika lidi kering , ini bermakna kek telah masak sepenuhnya
Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.

Sementara kita tunggu kek kita sejuk, kita sediakan Krim kejunya pula


KRIM KEJU

Untuk resepi krim keju ni, terpulang pada citarasa masing-masing. Jika nak letak croqan pun boleh tak nak letak pun tak apa.  

Ita tak letak croqan dalam resepi ita. Kalau ada yang nak letak ita letakkan sekali resepinya.

Pecan Croqan

100 gm pecan di cincang
100 gm gula
20 gm butter

Masukkan pecan, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan pecan dan nampak kuning keemasan. 
Tutup api dan masukkan butter
Kacau rata hingga ia berderai
Sejukkan

KRIM KEJU PECAN

150 gm cream cheese
30 gm butter tanpa garam
60 gm gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh lemon paste
Pecan Croqan

Pukul cheese dan gula icing hingga kembang
Tambahkan butter. esen vanilla dan lemon paste
Pukul adunan sebati
Akhir sekali masukkan pecan croqan yang telah sejuk
Kalau tak nak gaul sekali , tabur semasa layer atas kek pun boleh


KARAMEL SOS

113 gm butter
120 gm wipping cream Dairy
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula halus

Masak gula dan air hingga perang
Tambahkan corn syrup dan masak lagi
Kemudian masukkan wipping cream dan gaul rata
Bila dah pekat, tutup api dan masukkan butter


Cara melayerkan kek

Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping. jadi semuanya akan ada 4 keping kek
Letakkan kek atas lapik kek
Sapukan krim keju yang telah kita sediakan tadi rata
Ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim 
Simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum di deco
Deco ikut kesesuaian anda
Hiaskan dengan  karamel sos
Sedia di hidangkan






Cake.. cake.. cake..

$
0
0






















Untuk tempahan sila wassap 017 7279179
Tempahan untuk Johor Bahru dan sekitarnya.


Daim Cake

$
0
0

Lama dah anak-anak minta buatkan kek yang satu ni.. tapi tak berkesempatan lagi nak buat atas faktor kekangan masa akhir-akhir ini. Rakan-rakan fb juga ada minta ita tunjukkan bagaimana nak sediakan kek yang sangat sedap dan di minati ramai.

Kek Daim ni adalah kek yang popular dan di jual dengan larisnya di IKEA. Tapi yang ita punya ini bukanlah original resepi IKEA, ianya hanyalah ala-ala sahaja.. tapi ita pasti bila dah menikmati sepotong kek ni.. anda pasti takkan berhenti menikmatinya cebisan demi cebisan.. sunguh mengasyikkan...


Kek dalam kepingan yang nipis di lapisi kastard yang yummy dan limpahan coklat bersama croqun dan taburan Daim coklat yang mewah.. aduh! tak berketik kata orang... selagi tak licin dalam piring selagi tu tak nak bangun...

Memang sangat-sangat sedap! Ita boleh habiskan sebuku kek ini dalam masa beberapa mintit sahaja.. wahhhh.... manalah badan tak makin montok!

Resepi hasil pembelajaran ita dari sifu yang sangat ita hormati, kagumi.. dan di sayangi ramai.. Tapi ita olah ikut citarasa ita dan keluarga. Terima kasih atas tunjuk ajar mu sifu... semoga sifu senantiasa dalam rahmat Allah selalu.. dan beroleh kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.
Kepada teman-teman ita juga.. ita minta panjatkan doa agar sifu ita ini senantiasa di berikan kesihatan yang baik .. agar beliau terus menaburkan ilmu yang beliau miliki.


Pada yang berminat nak belajar buat kek.. jangan segan.. jangan malu.. dari zero anda akan become a hero.. percayalah.. dengan ilmu beliau yang luas.. pengalaman yang bertahun dalam dunia masakan tidak hairan jika anda juga akan menjadi hebat selepas mendapat tunjuk ajar dari beliau.. Ita juga dulu zero.. tak tahu apa.. tapi bila menuntut ilmu dari beliau.. ita bangga dengan diri ita kini.. anak kampung yang tak tahu masak.. kini ita boleh membuat sendiri kek untuk keluarga.. cakap aje.. nak makan kek apa.. insyaallah segala permintaan anak-anak dan suami ita sedaya upaya cuba tunaikan..

Jangan lepaskan peluang anda berguru dengan beliau.. ruginya.. tak dapatkan ilmu terbaik dari beliau.. Untuk dapatkan info lanjut.. hubungi FB beliau di SINI


DAIM CAKE

KEK SPAN HAZELNUT

3 biji telur
60 gm gula halus
1/4 sudu teh esen vanilla
3 biji telur putih
1/4 sudu teh tartar
30 gm tepung cake
75 gm Hazelnut Ground
30 gm butter


Butter di cairkan
Putar kuning telur , gula dan esen vanilla hingga kembang
Dalam bekas lain, putar putih telur bersama tartar hingga berbuih.
Masukkan gula perlahan-lahan dan putar lagi hingga kembang dan kaku
campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Masukkan tepung dan hazelnut ground dan kaup balik rata
Akhir sekali tuangkan butter yang telah di cairkan

Sediakan loyang ukuran 8 inc dan lapik kertas pembakar dan oleskan minyak
Tuangkan adunan kek dalam loyang
Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit ( oven perlu di panaskan 15 minit awal )
Bila dah masak angkat dan sejukkan atas redai
Bila dah sejuk kek, potong kepada 2 kepingan

Sekarang kita sediakan kastard pula



KRIM KASTARD

250 ml susu segar
50 gm gula halus
40 tepung jagung
4 biji kuning telur
40 gm gula
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla



Satukan kuning telur, tepung jagung, esen vanilla, secubit garam dan 40 gm gula halus hingga berkrim
Susu dan 50 gm gula di masak hingga mendidih
Bila dah didih tuangkan dalam adunan kuning telur dan terus putar hingga sebati
Masak sebentar atas dapur dengan api perlahan sambil senantiasa di kacau hingga sedikit pekat
Jangan guna api besar ya, nanti bergentel. Jika bergentel jangan panik, masukkan semula dalam mesen pemutar dan putar hingga lembut

Bila dah siap anda kena cepat-cepat sapu atas kek tadi, jika lambat kastard akan mula mengeras dan sukar nak layer pada kek nanti

Lewtakkan lapisan kek dan sapukan kastard
Lapik dengan satu kepingan lagi dan sapukan kastard pada keseluruhan kek
Sejukkan dalam peti ais sebentar
Sementara itu kita sediakan croqan

CROQAN

100 gm badam cincang
100 gm gula halus
20 gm butter

masukkan badam cincang, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel
Kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan butter
Kacau rata hingga ia berderai
Sejukkan


GANACHE COKLAT

150 gm krim tenusu ~ dairy wipping cream
15 gm sirap glucos
250 gm coklat masakkan gelap
10 gm butter
10 keping coklat Daim ~ di cincang
Croqan

Didihkan krim dan sirap glucos
Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut
tambahkan butter
kacau hingga adunan licin dan berkilat
Akhir sekali campurkan croqan dan gaul rata ( ambil sedikit croqan larikan untuk tabur atas kek kemudian )


Salutkan kek dengan ganashe coklat tadi dan taburkan coklat daim yang telah di cincang di atasnya.
Ambil sedikit baki croqan dan taburkan atas kek
Sejukkan
Potong dan sedia di nikmati







Jaga dia.. untu ku...

$
0
0


















Untuk tempahan dan kelas Kek Korean Flower sila wassap 017 7279179


Tempahan minggu ini ....

$
0
0








Untuk tempahan sila wassap 017 7279179



Blue rose

$
0
0






Untuk tempahan sila wassap 017 7279179



Kelas 23 Dec 2016

$
0
0

Alhamdulillah syukur... ke hadrat Allah swt bilamana kelas pertama ita pada hari Rabu 23 hb Dec 2015, berjalan lancar. 
Cuaca pagi yang cerah, dan mendamaikan menyambut kedatang kami di Bricks Cafe. Terima kasih kepada pihak pengurusan Bricks Cafe yang bersusah payah, menyediakan ita tempat dan kemudahan yang selesa untuk ita mencurahkan ilmu. 
Sekarang barulah ita tahu, bahawa bukan mudah nak mengadakan kelas, komitmen harus di berikan 200 % supaya hasilnya nanti dapat memberikan keseronokkan kepada para pelajar.
Dah lama sebenarnya ita di minta untuk adakan kelas.. Ita juga banyak kali pergi kelas sebelum ini, dari situ ita banyak belajar mana yang baik dan mana yang buruk. Insyaallah ita semakin cuba untuk memperbaiki lagi segala kelemahan, maklumlah ita baru pertama kali melangkah ke dunia luar. Kalau sebelum ini ita lebih selesa berkongsi di alam maya, kini ita muncul di alam nyata pula untuk memberikan tunjuk ajar. Ita harap ianya memberikan impak yang besar dan manfaat untuk anda semua.. Besar harapan ita agak mereka yang keluar dari keals ita nanti akan terus mahir untuk mendeco kek. Semoga berjaya di luar sana.. dan berjaya mengapai impian yang di harap-harapkan..


Terima kasih ita yang tak terhingga  kepada adik-adik ita yang datang dari jauh.. Endang dari Indonesia, Maisara dari Kajang, Kula Lumpur, Azlin dari Putra Jaya, Adiba dari  Batu Pahat, Reen dari Semencu Kota Tinggi dan yang dekat.. Yati dari Bandar Dato Onn dan Normah dari Pasir Gudang terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bagi. Semoga ukhwah ini berkekalan dan berpanjangan hendaknya. Anda semua pelajar yang baik, yang tekun, sabar dan tak putus asa. Teruskan praktis dan praktis lagi, insyaallah pasti boleh hasilkan yang lebih baik lagi.. 
Semoga ilmu yang sedikit dari kak ita menjadi satu impak yang besar kepada kalian dan di maanfaatkan sebaik-baiknya. Akak doakan semoga semua adik-adik akak terus maju jaya walau dalam bidang apa pun yang di minati. Harus terus berusaha tanpa jemu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.


Sebelum kelas bermula, ita pastikan semua kelengkapan pelajar mencukupi. Oleh kerana itu ita sediakan semua kelengkapan kerana ita tahu, pelajar ita ramai yang datang dari jauh.. Ita tak nak susahkan mereka untuk membawa peralatan mendeco. Kesian nanti.. serondoh serandah dengan beg dan barang-barang deco. Ita nak mereka datang kelas ita mereka happy dan semua mencukupi untuk mereka dan mereka betul-betul selesa. 


Pembelajar kali ini lebih tertumpu kepada deco kek sahaja dan ita panggil ianya sebagai modul 1. Dalam modul 1 ita akan mengajar mereka untuk mendeco bunga Korea Flower yang cukup popular dewasa ini. Modul pertama ita akan mengajar cara mendeco bunga ros kembang, ros kuncup, bunga kekwa, hydrenga, baby breath, kudup bunga dan 2 jenis daun. Ita akan pastiakn cara mereka memeggang piping bag dengan betul, bagaimana nak bancuh warna, bagaimana nak dapatkan tone warna supaya bunga nampak lebih menonjol. Ita juga akan mengajar cara susunan bunga atas kek dengan 3 susunan pilihan masing-masing. Buku ita berikan sebagai panduan pelajar untuk mendeco dan mereka boleh praktikkan lagi di rumah nanti. Bila pulang taklah mereka lupa apa yang di ajar di dalam kelas kerana ada buku sebagai penganti kak ita di sisi mereka.

Nozel dan kelengkapan deco yang lain juga ita sediakan supa bila balik terus boleh praktis, tak payah susah-susah cari nozel untuk deco.


Sebenarnya kelas ita lebih kepada cabaran, ita meletakkan kepercayaan 100% kepada pelajar untuk memilih warna dan mendeco. Deco kek 100%  di buat oleh pelajar sendiri, dari pemilihan warna, susunan dan dasar kek adalah atas kebolehan pelajar. 
Dan ita cukup bangga dengan mereka, kerana berjaya dengan cabaran yang ita berikan. Boleh kata 70 % telah berjaya dan 30 % lagi hanya perlukan praktis yang berterusan.


Minum teh pagi dengan kuih muih sebagai mengalas perut sebelum memulakan kelas, dengan makan tengahari kami sediakan untuk pelajar. Ita harap mereka berpuas hati dengan hidangan yang kami sedikan. Menu untuk pelajar kelas pertama ini , pihak kami sedikan Ayam Penyet sebagai hidangan makan tengahari.  



Semakin hari berangkat ke petang, pelajar semakin galak dan bersemangat, seronok melihat komitmen yang mereka berikan, rata-rata yang datang dengan semangat yang benar-benar ingin tahu dan ingin lebih mahir. 
Begitu tekun mereka menimba ilmu dan ita tak dengar pun mereka mengeluh penat. Itu yang ita harapkan dari mereka sebenarnya.. tak putus asa dan sabar.. Semangat adik-adik ita ini lah yang membuatkan ita lebih bersemangat untuk mencurah ilmu.. 


Terasa masa seakan mencemburui keseronokkan ini, walau macam mana pun.. setiap permulaan pasti ada pengakhiran.. setiap pertemua pasti ada perpisahan.. Begitu berat untuk berpisah rasanya.. seakan banyak lagi yang ingin ita kongsikan.. 

Melihatkan hasil mereka.. penat ita terasa sangat-sangat berbaloi. Walaupun mungkin tidak 100 % perfect! tapi ita bangga dengan hasil kerjatangan mereka kerana mereka melakukannya 100 % dengan kesungguhan. 

Kerana adik-adik ni ingin kak ita komen hasil usaha mereka, di sini kak ita berikan sedikit ulasan, untuk kebaikan mereka dan untuk mereka belajar ke arah yang lebih baik lagi. Walaupun rata-ratanya kak ita cukup puas hati dengan hasil mereka, cara pemilihan warna dan susunan bunga yang betul, kak ita bangga, kerana merea sebenarnya tak pernah deco bunga, tapi lihat hasil anda memang membanggakan kak ita.. syabas!

Kek pertama hasil sentuhan Normah Pasir Gudang
Walaupun kedatangan Normah penuh dengan kerisauan, dari riak wajah tergambar seribu kerisauan memikirkan ibunya yang sedang menjalani operation di hospital, terpaksa meninggalkan sebentar ibu dan berlari sebentar untuk mendapatkan ilmu. Sungguh akak benar-benar terharu. akak doakan semoga ibu Normah selamat menjalani pembenadahan dan akan pulih dan sihat sediakala.
Normah pelajar yang cekap, cepat tangkap apa yang kak ita ajar, tekun dan berbakat besar. Apa yang Normah hasilkan dah cukup terbaik! Pemilihan warna juga seimbang dan bunga nampak hidup dan segar dengan warna pilihan. Norma ada cafe di Pasir Gudang, sesiapa yang singgah Pasir gudang bolehlah singgah ke cafe beliau. Beliau juga menerima tempahan untuk birthday cake dan kek perkhawinan.

Kek ke 2 hasil sentuhan Yati bandar Dato Onn.
Yati ibu kepada 5 orang cahaya mata, katanya membuat kek untuk anak-anak sahaja..
Seperti Normah, Yati juga pelajar yang tekun, cepat belajar, pemilihan warna juga menarik, cuma Yati kena banyak lagi praktikkan kemahiran membuat bunga kekwa. Tapi akak suka dengan bunga hydrenga yati, cantik kejadiannya.

Kek ke 3 hasil sentuhan pelajar paling jauh dari Indonesia, Endang
Walaupun Endang lewat sampai kerana sesat.. tak jumpa tempat maklumlah baru pertama kali ke sini, tapi Endang cepat mengejar dan cepat belajar. Pemilihan warna cukup menarik, kemahiran membuat bunga semua dah hebat! akak suka bunga kekwanya dan rose. Cuma kena praktis lagi untuk bunga hydrenga.
Ita dapat sesuatu dari Endang, ilmu baru yang akan praktikkan dan dah pun akak praktikkan.. terima kasih Endang kerana bagi akak idea yang cukup bagus! Kelas ni bukan sahaja ita mengajar.. tapi kami juga berkongsi ilmu dan pengalaman.. 
Terima kasih juga atas oleh-oleh dari Indonesia... ^_^

Kek ke 4 sentuhan Maisara dari kajang
Akak suka sangat warna purple tu.. Tone bunga rose purple tu cantik, warna yang sejuk mata memandang. Tak pernah buat bunga katanya dan seakan tak percaya dengan hasil sendiri.. Pada akak dah cukup hebat bagi mereka yang baru pertama kali pegang piping bag. Apa yang akak suka tentang Maisara, dia tak pernah putus asa, cuba dan cuba lagi.. 

Kek ke 5 sentuhan Reen dari Semencu Kota Tinggi
Pemilihan warna dah ok Reen, cuma sedikit kesilapan bila bungga kekwa terlalu biru, kena lembutkan sedikit warna birunya. Bunga kekwa pun dah cantik kejadiannya, kena belajar lagi cara pegang piping bag, Reen bakers dari semencu, tapi katanya biasa buat kek continental biasa aje.. tapi dengan hasil sebegini.. lepas ni Reen dan boleh terima tempahan kek bunga untuk pengantin pula. Kepada mereka yang tinggal di semencu yang nak oder kek boleh hubungi Reen, kak ita yakin , lepas ni kek Reen pasti meletup-letup.. insyaallah

Kek ke 6 sentuhan Adiba dari Bartu Pahat
Seorang usahawanita dan seorang bakers juga. Pelajar comel yang senantiasa tersenyum.. Pelajar yang tak boleh di dekati kerana tangannya mengigil bila kak ita dekat dengan dia.. sampai ketar-ketar tak boleh buat.. tapi dalam ketar-ketar pun.. hasilnya terbaik! akak suka warna pilihan, kombinasi warna pilihan yang pada akak cukup terbaik. sejuk maata memandang dan nampak segar. Adiba bijak memilih kombinasi colour, Diba kena banyak praktis untuk bunga kekwa dan untuk seimbangkan struktur kek, Kek tak nampak balance, bawah besar dan atas sedikit kecil. cuba lagi ya!

Kek terakhir sentuhan Azlin dari Putra Jaya
Cabaran buat Azlin cukup besar, memiliki tangan yang panas, agak sukar untuk Azlin bermain dengan buttercream. Kesian Azlin, buttercream semua habis cair bila di sentuh oleh tangannya yang agak panas. Namun akak banga dengan Azlin, walaupun dengan cabaran yang pada akak cukup hebat Azlin dapat juga menyiapkan kek Azlin.. Akak rasa jika tangan tak panas, hasil Azlin lagi terbaik! Azlin ada seni di situ.. akak suka bunga Yang Azlin hasilkan.. cuma sayang strukturnya dah cantik, tapi bila di angkat dia lembik .. Akak cadangkan bila Azlin nak buat nanti, lapis piping bag tu buat banyak lapis dan guna sarung tangan, untuk elakkan buttercream cepat cair.. Azlin kena praktis lagi untuk bunga hydrenga dan kekwa.



Semoga ilmu yang sedikit dari kak ita menjadi satu impak yang besar kepada kalian dan di maanfaatkan sebaik-baiknya. Akak doakan semoga semua adik-adik akak terus maju jaya walau dalam bidang apa pun yang di minati. Harus terus berusaha tanpa jemu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Terima kasih juga yang tak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan yang senantiasa meniupkan semangat untuk ita terus ke hadapan. Terima kasih buat keluarga tercinta yang senantiasa menjadi tulang belakang dan senantiasa tiupkan semangat untuk ita terus melangkah. Terima kasih juga kepada Bricks Cafe yang support ita dan sangup bersusah payah membantu merialisasikan impian ita. Terima kasih juga buat rakan-rakan Fb yang selalu memberikan galakkan. Sayang anda semua heart emoticon
Kepada adik-adik akak semua, teruskan usaha.. jangan putus asa! halalkan setiap wang ringgit yang telah anda berikan.. semoga menjadi kerberkatan buat semua...

Salam sayang daripada kak ita dan keluarga Masam Manis, semoga kita berjumpa lagi



Kelas 27 Dec 2015

$
0
0

27 Dec 2015, hari ini sekali lagi ita akan berhadapan dengan pelajar yang terdiri dari adik-adik ita, yang ingin mendapatkan sedikit ilmu yang ita ada. Matahari yang memancar terik menyambut kedatangan para pelajar dengan senyum meleret dan semangat yang membara.. Mereka benar-benar bersemangat pagi itu untuk menuntut ilmu..

Doa hanya mengiringi ita semoga apa yang ita kongsikan buat mereka dapat menjadi bekalan dan sedikit sebanyak dapat memberikan ilham dan inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan deco kek yang terbaik.


Sarapan pagi kami di hidangkan dengan karipap daging dan teh O kosong bujang untuk mengalas perut. Tapi macam biasa bila dah tak sabar nak berguru.. pasti makanan yang terhidang tak sempat di usik.. semuanya seakan dah tak sabar-sabar nak mendapatkan ilmu baru..

Sebelum kelas bermula, kami bersembang-sembang dahulu.. masing-masing berkongsi pengalaman masing-masing.. Bertanya apa yang mereka ingin tahu dan meminta sedikit pandangan dan pengalaman ita sepanjang ita berkecimpung dalam bidang ini.


Ita bukanlah seorang pakar.. tapi pengalaman ita yang sedikit ini ita harap ianya dapat membantu dan menjadikan inspirasi kepada mereka untuk mengorak langkah mereka lagi ke hadapan. Rata-rata masih takut-takut, tak percaya pada bakat dan kebolehan yang ada dalam diri. Tidak yakin dengan apa yang mereka hasilkan. Inilah cabaran pertama ita untuk memberikan mereka semangat agar mereka berani bersaing dalam bidang yang semakin di minati ramai ini. Semua boleh buat kek.. tapi apakah kek yang mereka hasilkan dapat menanbat hati para pelanggan..? itulah yang perlu di kupas...


Seperti sebelum ini, kelas kali ini juga ita berhadapatn dengan beberapa cabaran. Kesabaran yang tinggi perlu ita sematkan untuk mengajar mereka agar mereka betul-betul faham dan ita berharap sangat bila mereka melangkah keluar dari kelas ini kelak.. mereka terus mahir.. pengalaman mereka dan rakan-rakan dalam kelas ini mereka dapat jadikan panduan bila mereka ingin mendeko kek mereka nanti.









Alhamdulillah pelajar ita kali ini lebih cekap.. lebih mahir.. mudah belajar dan kata orang tu sangat terang hati.. sekali ita tunjuk terus boleh buat.. Walaumacam manapun cabaran berat ita bila ita mendapat pelajar yang kidal atau yang menggunakan tangan kiri.. Ita terpaksa juga belajar dan mengajar mereka menggunakan tangan kiri.. ita tak nak mereka hampa dan kecewa... ita tak nak mereka sedih dan rasa tertinggal... Alhamdulillah.. berkat kesabaran beliau ... semangat adik kita ni yang cukup tinggi dan dan bakat besar yang ada dalam dirinya.. ita cukup bangga dengan beliau dan boleh ita katakan hasil kek beliau adalah yang terbaik!


Satu lagi cabaran bila ita berhadapan dengan mereka yang cepat bosan.. bila buat asyik tak menjadi.. Melihat kawan-kawan lain lebih mahir dan cekap.. mula tension bila kawan-kawan lain dan selesai.. sedangkan dia masih terkial-kial.. tak dapat siapakan kuntuman bunga yang ita inginkan.. Untuk memujuk mereka untuk sabar dan teruskan... adalah satu cabaran yang besar buat ita.. Ita hanya menggunakan pengalam ita mendidik anak-anak ita di rumah supaya mereka teruskan juga dan jangan mengalah.. ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu hati ita saat itu.. ita hanya berharap agar mereka tidak putus asa..


Kelas ita mungkin lain daripada kelas deco yang lain.. Ita lebih memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mendeco kek mereka sendiri. Kerana dari situlah mereka akan tahu dan belajar, di mana letakkannya kreativiti mereka.. dimana bakat mereka ada... ita tak nak mereka bila keluar dari kelas ita.. kek yang mereka buat sama aje.. macam kek yang mereka belajar dalam kelas. Ita nak mereka luaskan lagi kreativiti mereka.. cari identiti kek mereka sendiri.. Ita hanya berikan tunjuk ajar sahaja.. yang lain semuanya adalah atas bakat yang ada dalam diri mereka yang mereka tidak nampak sebenarnya...








Ada pelajar yang mereka cekap buat bunga.. bunga-bunga yang terhasil sangat cantik! tapi mereka mempunyai kelemana bila menghias atas kek dan gagal dalam pemilihan kombinasi warna.. Pengalam dalam kelas inilah ita harap memberikan panduan pada mereka di luar sana kelak.

Ada pelajar yang sedih kerana, bunga-bunga merea tak berapa cantik.. tak macam bunga kawan-kawan yang lain.. tapi mereka sebenarnya bijak dalam pemilihan warna yang tepat.. di situlah kelebihannya.. bila bunga telah di susun atas kek baru mereka nampak hasilnya.. dan barulah mereka bangga dengan apa bakat yang mereka ada.. Kesimpulannya.. jangan cepat mengaku kalah.. kerana jika belian jatuh dalam lumpur.. di gilap-gilap akan  terpancar juga sinarannya...


Makan tengahari kami hari ini di hidangkan dengan nasi beriani ayam, ais lemon tea dan sirap untuk penghilang dahaga setelah seharian bertungkus lumus mendeco dan pisang Montel untuk pencuci mulut.

Ita berharap apa yang kami hidangkan dapat memenuhi selera anda semua..
Terima kasih juga kepada pembantu ita yang bertungkus lumus membantu ita.. kamu adalah permata hati ita.. tulang belakang ita dan pengerak nadi kekuatan dan semangat ita.. terima kasih sangat-sangat...




Kepada pelajar ita semua... jangan putus asa.. teruskan usaha.. praktis dan praktis berterusan.. bakat anda cukup besar.. Ita pasti jika anda teruskan dengan semangat jitu yang anda tunjukkan dalam kelas.. insyaallah anda boleh bersaing dengan bakat-bakat yang ada di luar sana. Percaya pada kebolehan diri.. percaa pada bakat anda.. insyaallah.. usaha anda yang berterusakan pasti akan membuahkan hasil yang anda harap-harapkan.. Semoga maju jaya...






Yaya Pavlova grab it now!

Class Deco Korean Flower Buttercream Module 1

Sekitar kelas deco Korean Flower Buttercream 29 Dec 2015

Tempahan terakhir penghujung 2015

$
0
0
.








Untuk tempahan kek , sila wassap 017 7279179


Kelas terakhir saya 31 Dec 2015

$
0
0
Kelas terakhir saya untuk tahun 2015. Terima kasih kepada yang sudi hadir. Kelas yang sangat santai hari ini. Pelajar yang sangat fokus memudahkan pembelajaran berjalan dengan cukup sempurna. Pelajar bijak bermain dengan warna.. dan saya sangat happy! Semoga pelajar saya berpuas hati dan faham apa yang saya sampaikan.. jika ada salah dan silap saya mohon beribu kemaafan.. smile emoticon sayang anda semua heart emoticon
Kepada semua selamat menyambut tahun baru 2016






































Kek pertama 2016

$
0
0

Naked Cake 
Chocolate
Red Velvet
Butterscotch
Layer cream chee frosting
Deco fondant and converse baby shoes by gumpaste
Saiz 8 inc


Rainbow Cake
Kek Buttercream
Deco fondant and plastick figurine
Saiz 8 inc


Kek Chocolate
Layer Chocolate Cream
Kek Buttercream
Deco fondant and figurine by gumpaste
Saiz 9 inc




Untuk tempahan kek , sila wassap 017 7279179



Sawi tumis sos tiram

$
0
0

Hari ni ita masak yang ringkas-ringkas aje.. maklumlah Dalili dah mula bersekolah. Masak yang ringkas-ringkas sebab Dalili sekolah petang.. Tahun ni juga dia berazam nak bawa bekal ke sekolah katanya.. makanan yang jual di kantin, kurang berkhasiat.. hihi sejak bila pulak Dalili pandai makan makanan berkhasiat ni.. selalu main belasah aje...  Lagi pun malas katanya nak beratur dan bersesak-sesak untuk beli makanan di kantin. Mak masak yang ringkas-ringkas aje.. kita nak alas perut aje.. katanya lagi..

Ita masak sawi kecik-kecik ni tumis sos tiram aje.. gorengkan ayam untuk anak-anak , goreng ikan kembung untuk suami.. mahal betul ikan kat pasar.. dan tak banyak pilihan.. kembung pun dah RM 17.00 sekilo. Ita buat sambal belacan untuk suami dan masak lauk kari ayam untuk gulai kami hari ini. Alhamdulillah rezeki hari ini.. cukuplah sekadar mengalas perut dan menghilangkan kelaparan..


SAWI TUMIS SOS TIRAM

1 ikat sayur sawi ~ di potong dan cuci bersih
1 batang lada merah ~ di hiris
2 sudu besar sos tiram

Bahan kisar

4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga harum
Tambahkan air dan sos tiram
Masak hingga didih
Masukkan sayur dan cili
Perasakan dengan garam secukup rasa
Angkat dan hidangkan





Kari Ayam Berkerisik

$
0
0

Bagi pengemar ayam, satu lagi resepi kari ayam untuk di cuba.
Resepi yang mudah dan ringkas dengan bahan yang sangat minima.
Macam biasa kalau kat rumah ita, ayam adalah merupakan hidangan yang cukup di gemari oleh anak-anak. Tapi macam biasa, ita kena goreng dulu ayam baru di masak. Kalau tidak ayam tu akan tergolek-golek tidak di usik.

Resepi ini mudah, ringkas, sesuai untuk ibu-ibu yang mengejar masa, terutamanya bila anak-anak dah mula bersekolah. Hidangan yang di gemari rakyat Malaysia. Kali ini ita cuba resepi kari dengan kerisik pula. Wah! lagi sedap terasa lemak manis rasa kerisik tu.. Anda pun boleh cuba!




KARI AYAM BERKERISIK
Resepi Oleh : iResepi

1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan cuci bersih
* seperti biasa, ita gaul dahulu dengan garam dan kunyit kemudian di goreng separuh masak
2 biji ubi kentang ~ di potong baji
3 sudu makan serbuk kari daging
1 peket kecil kerisik
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari ~ di raut
1/2 cawan santan
air jika perlu
Rempah tumis 4 sekawan ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga

Bahan hiris
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia

Panaskan minyak dan tumiskan, rempah tumis dan daun kari hingga harum
Masukkan bahan hiris dan tumis hingga wangi
Masukkan serbuk kari dan masak hingga garing
Tambahkan air jika terlalu kering dan masak hingga terbit minyak
Masukkan kentang dan ayam
Masak hingga kentang empuk
Masukkan kiub ayam dan kerisik dan kacau rata
Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam
Biarkan merenih sebentar
Angkat dan hidangkan



Lemak Nangka Muda Dengan Ayam

$
0
0

Lama tak makan lauk kampung. Lauk kampung makan dengan nasi hangat, gorengkan pula ikan masin di tambah ulam-ulaman dan sambal belacan.. pasti tak noleh belakang.. Kena pulak bila cuaca panas terik ni.. mata mulalah.. naik layu bila perut dan mula kekenyangan..

Hari ni masak ayam lagi.. Permintaan anak dara ita lagi yang nak lauk ayam untuk bekalan ke sekolah. Ita masak lemak nangka, letak ayam sedap sungguh.. kalau tak ada ayam gantikan daging pun sedap jugak! atau di letakkan ikan kurau masin.. perghhh... lagi terangkat habis..

Ok masakkan untuk tengahari yang mudah dan ringkas. Bila anak sekolah ni.. memang mencari resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas di sediakan tapi juga enak untuk hidangan keluarga.
Jom kita menjamu selera


LEMAK NANGKA MUDA DENGAN AYAM

500 gm nangka yang telah di di bersihkan ~ rendam dan rebus hingga lembut
1/2 ekor ayam di potong kecil ~ cuci bersih
( ita gaul garam dan kunyit dan goreng dahulu 1/2 masak )
2 batang serai ~ di titik
1 helai daun kunyit ~ di mayang
2 keping asam keping
1 cawan santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 biji cili api ~ boleh kurangkan jika tak suka pedas
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh jintan kasar

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan serai dan daun kunyit
Tambahkan air jika kering
Masukkan nangka yang telah di rebus dan ayam
Masak hingga ayam dan nangka empuk
Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Bila kuah dan asedikit pekat angkat dan hidangkan



Sambal Berlado Feat Cabe Thailand

$
0
0

Rumah ita boleh di katakan setiap hari mesti ada sambal.. kalau tak sambal tumis, pasti sambal belacan menjadi pembuka selera hidangan makan tengahari kami sekeluarga.

Ita juga suka mencuba pelbagai resepi sambal belacan. Yang paling ita suka sambal belacan versi dari Indonesia. Sambal belacan Indonesia semuanya boleh di katakan sedap-sedap dan enak-enak belaka. Mungkin masyarakat kita yang serumpun membuatkan selera dari Indonesia tidak banyak berbeza dari kami di Malaysia.

Hari ini satu lagi resepi sambal belacan dari seberang yang ita cuba. Ternyata enak dan sedap di makan bersama ikan goreng, sayur, ulam-ulaman dan lauk asam pedas yang ita sediakan untuk keluarga hari ini.

Menurut kata tuan empunya resepi, kali ini beliau menggunakan cabe atau cili dari Thailand yang di katakan lebih pedas berbanding cabe atau cili dari Indonesia. Kalau di Malaysia ni, memang rata-rata cili di import dari Thailand, jadi kami dah biasa dengan cili yang pedas.. lagi pedas lagi berasap telinga..




SAMBAL BERLADO FEAT CABE THAILAND

100 gm cabe atau cili api Thailand
8 biji buah tomato segar
250 gm bawang merah
sedikit minyak mengoreng ikan ( minyak bekas goreng ikan )
4 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 inc belacan bakar ~ ita tambah
1 sudu besar cuka makan
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya

Panaskan sedikit minyak bekas goreng ikan dan gorengkan cili api, bawang merah, tomato dan belacan hingga layur
Angkat biarkan sejuk sebentar
Tumbuk atau kisar bahan yang di goreng tadi hingga lumat
Perasakan dengan garam dan gula
Perahkan jus limau kasturi dan cuka makan
Sedia di hidangkan









Kacang Panjang Goreng Berdaging

$
0
0

Satu lagi hidangan yang sempat ita sediakan tengahari ini ialah, sayur kacang panjang goreng. Kali ini ita goreng sayur kacang panjang ni.. bersama daging , untuk menambahkan lagi rencah dan kesedapan lauk kacang panjang yang simpel dan mudah penyediaannya.

Sayur adalah menjadi satu kemestian dalam set hidangan makan tenghari kami. Alhamdulillah ita dan keluarga suka makan sayur dan ita juga tiada masalah untuk memujuk anak-anak makan sayur. Boleh kata anak-anak tak memilih, tak kiralah sayur kampung atau sayur bandar semua menjadi kesukaan mereka. Sebenarnya ianya juga memudahkan tugas ita memilih masakkan di dapur..



KACANG PANJANG GORENG BERDAGING

1 ikat sayur kacang panjang ~ di potong serong
1 batang cili merah ~ dihiris
1 labu bawang besar ~ di hiris
300 gm daging batang pinang ~ di potong kecil
sedikit kunyit dan garam

Bahan Tumis
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris

Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Gaulkan garam dan kunyit bersama daging
Bila minyak dah panas, gorengkan daging hingga empuk
Bila dah empuk daging, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum
Masukkan pula kacang panjang, hirisan bawang besar dan hirisan cili merah
Kacau dan gaul rata
Biarkan satyur kacang lecur sedikit
Perasakan dengan garam ~ jika perlu
Angkat dan hidangkan





Asam Pedas Ikan Kembung

$
0
0

Satu lagi sajian yang ita hidangkan untuk keluarga hari ini ialah asam pedas ikan kembung. Asam pedas ni makanan kesukaan kami sekeluarga.. boleh di katakan ianya adalah makanan kesukaan bangsa Johor. Kali ni masak guna ikan kembung pulak.. tak kiralah ikan apa pun.. semua sedap aje kalau dah jadi asam pedas.

Ikan mahal betul kat pasar. Ita tak pasti adakah kerana musim tengkujuh atau memang tak ada musim ikan. Ikan dahlah tak banyak.. harga pulak melambung-lambung mahalnya. Mula ita cari ikan di pasar larkin, kembung aje sekilo RM 17.00 memang mahal sangat rasanya.. Tak banyak pilihan dan ikan pun tak banyak.. rata-rata ramai yang beralih kepada ayam dan daging bila harga ikan terlampau mahal.



Bila dah mahal sangat, ita ajak suami pergi ke Kit Mart Masai, kata orang kat sana murah sikit harga barang basah. walaupun agak jauh , tapi puas hati belanja di sana sebab banyak gerai dan banyak pilihan, tapi ikan memang kurang.. musim tak ada ikan barangkali. Tapi masih ok sikit lah.. 1 kg kembung yang sama besar harganya RM 15 .00 se kilo. Beli jugak lah bila dah tak ada pilihan..
Rezeki kami hari ini.. ikan kembung masak asam pedas.. buat alas perut kami sekeluarga.


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

3 ekor ikan kembung ~ bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum 
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
air secukupnya 

Bahan Kisar

15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
3 batang cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan

Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
Masukkan daun kesum, dan perasakan dengan garam secukup rasa
Kemudian masukkan ikan
Biarkan ia merenih dan ikan empuk
Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi
Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan 





Viewing all 843 articles
Browse latest View live