Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Ke Kampung Engku Mohsin lah kita....

$
0
0

Ita baru sahaja balik dari mendapatkan rawatan di Pakar Urut Saraf dan Tulang di Kampung Engku Mohsin. Boleh di katakan di sini adalah rumah ke 2 ita selain klinik, hospital, pusat rawatan tradisional, mahupun rumah ustaz-ustaz yang telah ita pergi.

Pakar urut saraf dan tulang di kampung Engku Mohsin ni memang popular dan terkenal di kalangan penduduk Johor Bahru. Sesiapa yang kalau patah tulang ke.. salah urat ke.. semua akan ke mari untuk dapatkan rawatan. Berubat di sini tiada ubat ya.. dia hanya betulkan urat atau tulang-tulang yang patah.

Biasa ita pergi sebelah pagi.. tapi sebab Dalili sekolah petang, sekarang ita pergi pada sebelah petang lah pula.
Kalau nak berubat di sini, kena datang awal-awal pagi sebab kat sini kena ambil nombor. Kalau tak dapat nombor kena datang pada sebelah petang pula. Ramai orang yang datang berubat kat sini, tak kiralah bangsa Melayu, Cina, India, dan juga warga asing yang semuanya dengan tujuan yang sama untuk dapatkan rawatan.


Masa ita sampai orang pun dah ramai.. mujur tak lama menunggu kali ni..
Pusat rawatan ni sempoi aje.. dia buat rawatan bawah rumah aje.. biasa kalau kat Johor ni ita panggil bawah kolong. Yang merawat pula adalah berbangsa Cina. Dahulu bapanya yang membuat rawatan ni.. tapi kini bapanya dah jarang-jarang ada.. kalau ada pun dia hanya memerhati anak-anaknya sahaja yang telah mengambil alih tugasnya kini..

Waktu rawatan nya macam yang terpampang pada gate rumahnya ni.. iaitu bermula dari hari Isnin hingga Sabtu, hari Ahad pula tutup. Masa rawatan pula dari pukul 8 pagi hingga 10. 30 pagi dan pada sebelah petang pula bermula dari pukul 3 petang hingga pukul 6 petang. Tapi jangan datang lambat nanti tak dapat nombor pula.. dah nak kena datang esok hari pulak.


Untuk rawatan patah tangan dan kaki biasanya ia buat di luar sahaja.. di hadapan orang ramai.. tu yang masing-masing kecut perut di buatnya..
Ada yang dah ambil nombor balik.. sebab kecut perut..
Bagi yang sakit di tengkuk, pinggang, tulang belakang pula ada bilik rawatan yang di sediakan. Kira ok lah kan taklah segan di buatnya..


Kalau kita tengok dia buat rawatan.. memang kecut perut bila di pulas-pulas tangan atau kaki yang patah tu.. sampai menangis-nangis mereka menahan sakit.. Tapi kalau nak baik kenalah tahan.. kuatkan juga semangat tu..

Ita yang menunggu pun bedebar-debar naik sejuk kaki dan tangan walaupun ita dah selalu dapatkan rawatan di sini.
Sebenarnya selagi ita boleh tahan sakit ita akan tahan.. tapi kalau dah tak tahan.. kena jugaklah ke sini dapatkan rawatan.. tapi memang kena bebel jugak lah sebab lewat datang..


Sampai giliran ita.. adoiii... sebu perut rasanya.. Mula memang kena bebel dulu sebab datang lambat.. katanya kalau ita lambat lagi datang ita boleh kena Silip Disc aduyaiii...

Ya Allah kali ini sakit betul dia urut.. habis di lipat-lipatnya tulang temulang ita ni.. rasa nak terkencing terberak di buatnya.. nak menjerit pun ada.. adoiiii... memang sakit sangat ya Allah....

Ita harap sangatlah ita cepat sembuh.. tak tertahan rasanya menanggung sakit.. nak diri duduk payah.. nak baring pun sakit.. tak boleh nak golek kiri atau kanan semuanya sakit..
Doakan ita segera sembuh ya..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 843