Maaf sebab semalam ita berhenti bercerita kerana mula rasa kurang selesa. Biasalah kan bila kita berada dalam situasi begini kita boleh rasa.. Bagi mereka yang tak pernah kena mereka tak rasa.. dan itu juga adalah satu anugerah dari Allah.. kenapa Allah pilih kita untuk mengalami peristiwa begini.
Ita hanya mengigatkan setiap apa yang ita ceritakan ini adalah perjalanan yang ita lalui.. mungkin ianya boleh menjadi panduan pada rakan-rakan yang lain.. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran yang baik.. Jika kita fikirkan ianya ke arah positif.. maka positif lah jadinya dan jika kita fikir nagatif maka nagatif jugalah yang kita terima. Setiap yang baik jadikan ianya sebagai panduan dan yang buruk jadikan ianya sebagai pengajaran. Sesungguhnya kita hambanya yang lemah.. kita perlu bersyukur di atas setiap ujian Allah.. bukan ianya membebankan tetapi ada rahmat di sebalik apa yang telah di tentukan.. Bukankah kita senantisa dah di ingatkan senantiasa bersangka baik padaNya.. kerana dia yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Dahulu.. ita juga memang tak percaya.. kadang ita rasa pelik bila orang pergi berubat.. pergi rawatan alternatif atau berubat dengan bomoh. Bapa ita terlalu kuat berpegang pada agama. Jadi bapa ita memang pantang kalau kita dapatkan rawatan alternatif.. bapa ita ni bukan sahaja rawatan alternatif dia tak percaya.. rawatan hospital pun dia tak yakin padanya kita harus yakin dengan Allah , walaupun dahulu dia berkerja di hospital. Kerana itu ita juga tak berapa ambil endah tentang rawatan tradisional atau alteratif. Mungkin kerana itu Allah bagi ujian ini pada ita dan keluarga..
Jika sebelum ini jika sakit ita pergi klinik dan dapatkan rawatan dari hospital. Berulang alik ke hospital dan klinik setiap kali ita sakit. Hingga doktor nasihatkan ita cuba rawatan Islam atau perubatan tradisional. Ita pernah cuba rawatan berbekam, ita juga pernah cuba akupuntur dan pernah juga buat rawatan fisioterapi. Boleh kata semua rawatan ita dah cuba. Setahun lebih ita berubat dengan rawatan Islam, berulang alik setiap minggu hingga ita rasa dah penat untuk berubat. Ita percaya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Janji kita yakin yang menyembuhkan kita hanyalah Allah..
Bila ita mengalami peristiwa ini.. barulah ita sedar bahawa setiap sakit itu ada penawarnya.. Bukan sahaja rawatan sains tapi juga rawatan rohaniah.
Rumahku.. syurgaku..
Ita cukup menyanyangi keluarga ita.. pada ita ia adalah surga ita dan harta yang tiada nilainya. Ia juga amanah yang perlu di jaga dengan sebaik-baiknya.
Bagaimana jika kurang selesa berada di rumah sendiri...
Ita tak tahu rumah ita ada ganguan hingga lah pada suatu hari rakan suami tumpang bermalam di rumah. Dia agak alim dan sering bangun malam untuk solat. Sewaktu tinggal di rumah ita, di jatuh di bilik air.. kasihan.. kakinya bengkak dan terpaksa di papah ke klinik. Kami juga membawanya untuk dapatkan rawatan di Engku Mohsin sebuah pusat rawatan yang terkenal di Johor. Ramai yang ada masalah urat saraf atau patah tulang ke sana untuk dapatkan rawatan. Ita juga sering ke sana jika ita sakit sendi.
Kesian melihatkan keadaannya.. terpaksa bertongkat dan ita rasa macam bersalah pula.. licin ke bilik air ita tu? fikir ita berkali-kali dan ita juga minta maaf banyak-banyak pada beliau kerana ita rasa sangat bersalah atas apa yang berlaku. Mungkin terpanggil untuk berkata sesuatu.. akhirnya beliau berterus terang.. minta supaya ita dan suami cari seseorang yang boleh pulihkan rumah ita.. Ita mulanya termangu.. tak dapat tangkap apa yang beliau maksudkan..
Suatu hari sepupu suami ita datang bermalam di rumah. Pagi tu sewaktu ita bangun untuk solat ita lihat lampu di biliknya terang benderang. Ita ingat beliau dah bangun juga untuk solat subuh. Lepas siapkan sarapan beliau pun bercerita peristiwa yang beliau alami pada malam itu. Katanya sewaktu dia baru nak terlelap.. dia terperasan macam pintu biliknya di buka.. seingatnya pintu itu telah di kunci.. Tiba-tiba katanya Dalili masuk ke dalam bilik.. Dalili mengigatkan dia supaya jangan pandang belakang.. lantas Dalili terus keluar.. Dia merasa sangat pelik.. dengan situasi itu dan terus pandang belakang.. Tiba-tiba katanya dia nampak satu lembaga yang sangat besar.. dia kata sangat terkejut dan terus tersadar.. terus katanya tak boleh tidur.. Dia terpaksa buka semua lampu kerana takut.. Hari itu juga dia minta izin untuk pulang.. Ita dan suami terkebil-kebil antara percaya atau tidak..
Sebenarnya, suami ita dan anak ita Amirul sering kali di tindih ketika tidur. Pada mulanya kami ingatkan perkara ini biasa saja.. mungkin sebab kita terlalu penat pada siang hari ianya akan menganggu bila kita tidur pada malam hari.
Sebenarnya macam-macam lagi peristiwa yang pelik berlaku di rumah. Apa yang paling ita pelik, rumah ita ni 2 tingkat. Silingnya adalah batu kerana atas ada lantai. Suatu hari sewaktu rakan ita datang rumah dan sewaktu kami sedang bersembang tiba-tiba terdengar bunyi cakaran pada siling. Ita dan suami berpandangan.. kami rasa pelik sebab atasnya adalah lantai.. macam mana pula ada benda atau mkhluk lain yang boleh masuk.. Mula ita ingat ita seorang aje yang dengar.. rupanya kawan ita pun dengar bunyi yang sama..
Kemarin Dalili jatuh tangga. Selama 6 tahun turun naik tangga, tak pernah jatuh.. kenapa boleh jatuh. Ita macam biasa mula lah membebel.. kenapa jalan tak tengok.. kenapa tak hati-hati... Kemudian dalili berbisik pada telinga ita.. kita rasa macam ada orang tolak kita... aduyaiiii....