Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Teh Bunga Kekwa

$
0
0

Kita di Malaysia ni memang dah biasa kan dengan minuman air bunga kek wa ni. Dari kecil lagi ita dah suka air bunga sejak bapa ita menjadi ejen menjual air keluaran Yeo's. Kadang celik mata aje dah buka sebotol air bunga, dapat pula yang sejuk-sejuk minum pula masa balik sekolah tengah panas terik.. fuh.. memang nikmat terasa segar aje..

Anak ita Dalili cukup suka air teh bunga. Tapi dia tak suka yang di dalam kotak atau tin sebaliknya dia lebih suka teh bunga yang ada bunga kering di dalamnya. Selalunya kalau bulan Ramadhan, dia kerap meminta ayahnya membelikan dia air bunga kekwa ini di bazar Ramadhan.

Tapi disebabkan tahun ini ita tak berapa selesa nak beli makanan di bazar Ramadhan, jadi kenalah buat sendiri minuman air bunga ini untuk Dalili. 


Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan

Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.
Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".
Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.



Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum. Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum diminum.

Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" ( pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.

Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun).

Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.


Antara khasiat dan kelebihan teh bunga yang menjadi kebangaan masyarakat Cina ini ialah

1. Membantu melancarkan perjalanan darah
2. Membantu pencernaan makanan. Di minum suam tanpa gula
3. Membantu mengurangkan sakit kepala .
4. Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan memperkuatkan paru-paru.
5. Menyejukkan badan
6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .
7. Didalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.
8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.
9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak.
10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangai kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten. 
11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.
 Rujukan : Google
TEH BUNGA

Masak 1 gengam bunga kering kekwa bersama air dan gula batu
Sesuaikan rasanya. Kalau kurang manis boleh tambah gula
Biarkan sejuk
Sesuai di minum hangat atau dingin.

Bunga kekwa kering ni ita beli di kedai sengsei ( kedai perubatan cina)













Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.