Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Mee Kari resepi kegemaran ku...

$
0
0

Ita cukup suka menyediakan Mee kari untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah. Mee kari dah sinonim dengan ita, anak-anak cukup mengemarinya itulah yang membuatkan ita kerap menyediakannya, tidak kira pada musim perayaan atau bila kami sekeluarga berkumpul.


Cara penyediaannya tidaklah sukar.. seperti juga laksa Johor.. cuma bahan-bahan yang di perlukan cukup banyak dan inilah antara sebab mengapa ramai yang tidak gemar menyediakan mee kari. Tapi bak kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagonya dan kalau nak rasa yang sedap kenalah bersusah-susah dahulu.. ya tak..

Mee kari juga jarang di jual... kalau ada pun ramuannya tidak berapa lengkap. Lagi sedap dan enak jika kita menyediakannya sendiri. Rasanya sedap dan puas di nikmati sekeluarga.


Hari ini ita akan kongsikan kaedah dan cara bagaimana ita sediakan mee kari ita. Resepi yang asalnya adalah perkongsian dari kak ipar dan ita ada buat beberapa ubah suai pada ramuanya setiap kali ita mendapat pertua dari mereka yang pakar dalam penyediaannya mee kari. Kerana ita dan anak-anak  cukup mengemari mee kari.. setiap kali ita merasa mee kari yang enak ita tidak akan teragak-agak untuk  bertanya apakah rahsianya.. dan ita akan olah semula resepi dan akhirnya ita dapat lah resepi yang telah lama ita gunakan setiap kali ita menyediakan mee kari.

Jom kita masuk dapur dan ita tunjukkan caranya. Resepi yang ita tunjukkan adalah untuk sukatan yang banyak juga, sesuai untuk menjamu tetamu. Kalau tetamu makan bertambah-tambah, rasanya sesuai untuk 10 orang ^_^

Mula-mula kita lihat bahan-bahan yang perlu kita sediakan.


MEE KARI

 

Bahan Untuk Menumis 

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya


Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras


1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

 
Semua bahan-bahan di atas di kisar halus. Bila memasak ita suka lebihkan bawang merah, bawang merah ni kalau kita letak lebih-lebih nanti kuahnya manis dan pekat. Fungsi buah keras pula adalah untuk memekatkan kuah kita nanti. Rempah kari, ita hanya guna Baba's. Bukan Baba's yang taja ya.. tapi ita dah pernah guna yang lain tapi tak berapa sedap di dalam penyediaan mee kari. Kalau Baba's memang tip top!

ok sekarang kita lihat pula bahan lain yang di perlukan

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya



Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.
Lepas tu kita tapis.
Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.
ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.

Bahan Perasa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa


Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya



Semua bahan dah tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk memasak.



Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.


Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air.


Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak alan membuatkan kuah kita manis dan enak.

Garam dan gula tu sesuaikan mengikut citarasa. Biasanya mee udang dia ada manis-manis pedas sikit.


Dah pun siap kuah mee kari kita. Sekarang bolehlah kita sediakan bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee kari kita ini nanti



Bahan-bahan yang di makan bersama 

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya


Dah pun siap mee kari kita..
Emmm.... sedapnya bau dia....
eh! apa tunggu lagi.. tak kan nak engok aje...
Jemput makan.... semua....


Hilang penat memasak bila lihat tetamu yang datang ke rumah makan dengan cukup berselera sekali. Bertambah-tambah dan berpeluh-peluh.. seronok sangat bila melihat mereka makan.. bertambah seronok bila ada yang kata " sedapnya kak itaaa..... " ^_^




Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.