Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 843 articles
Browse latest View live

Kek Keris Pusaka

$
0
0
Tak habis lagi cerita ita tentang keris hihi
Tahu tak anak-anak apa itu keris?
Mungkin anak-anak zaman sekarang dah kurang melihat keris atau kadang-kadang sahaja melihat keris. Itupun jika ayah dan ibu membawa melawat ke Muzium baru lah terpandang keris kebesaran yang di abadikan di sana.


Menurut pencarian ita di wikipedia,
Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal penciptaannya.


Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari kerajaan Srivijaya  Kepulauan Jawa dan gambaran keris terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.


Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

Apa pula maksud jika kita mimpi mendapat keris. tafsir mimpi berkaitan pakaian pula menyatakan maksud mimpi mendapat keris bermaksud seseorang akan bertemu jodoh. jangan percaya sangat, kerana mimpi hanyalah bunga-bunga tidur..


Semalam ita dah buat keris, tapi malangnya sarungnya pendeklah pulak.. huiii... bising pulak cik abang kita bila melihat sarung keris yang tak sama panjangnya.. pot.. pet.. pot.. pet.. dia berleter.. adoii.. payah jugak bila dapat pasangan yang cerewet ni kan..
haha.. tapi ada baiknya.. sekurangnya ia sentiasa mengigatkan ita supaya bila buat kerja biar teliti jangan nak cepat aje.. dan hasilnya tak sempurna dan menyakitkan mata memandang .
Akhirnya dengan bebekalkan semangat keris, ita buatlah semula sarung keris ni supaya sama panjangnya.. adoii..


Dan inilah hasilnya kek ita yang telah siap ita deco. Ok tak kawan-kawan..?



Devil's Food Choc Sliced Cake

$
0
0

Assalamualaikum...
Ini adalah projek ita untuk hari ni, siapakan tempahan Devils Food Chocolate Sliced Cake yang di tempah customer.
Sebenarnya ita dan anak-anak cukup suka kek ni, kek ni rasanya sangat sedap pada selera kami sekeluarga. Resepi untuk kek ni pernah ita kongsikan dalam blog sebelum ini. Kalau ada yang belum cuba boleh lah cuba memang sedap!


Kek ni di tempah untuk ulang tahun adik Lukman. Ita rasa mungkin mama Lukman nak bawa kek ini ke sekolah dan diberikan pada kawan-kawannya. Selamat ulang tahun Lukaman.. semoga menjadi anak yang menjadi kebangaan ayah dan ibu.


Bagaimana cara ita buat kek ni?
Pertanyaan ini seringkali ita terima melalaui kiriman email atau di fb. Senang sahaja... Ita bahagikan adunan kepada 2 dan bakar dalam 2 loyang berasingan.
Bila dah masak tunggu kek sejuk sepenuhnya, sebelum kita sapukan cream cheese.
Kemudian ratakan krim cheese atas kek. Biarkan kek yang telah di sapu cream semalaman dalam peti ais. Bila krim dan mengeras barulah kita tuangkan ganache chocolate. Biarkan lagi dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum di potong.


Macam mana cara nak potong kek?
Panaskan pisau atas dapur, Kemudian lap dengan tuala basah, dan potong kek dengan kemas,. Pastikan pisau di tekan terus ke dasar kek, kemudian tarik. Pisau jangan di sorong tarik atau di naik turun supaya kek tidak comot. Bila dah potong terus simpan dalam peti ais sebentar agar ia keras semula sebelum di deko.


Harap penerangan ini dapat membantu.
Untuk kek ini ita deco dengan fondant dan tulisan daripada buttercream.
Selamat mencuba!


Belajar dengan yang pakar..

$
0
0
Anda ingin belajar buat kek?
Tak tahu nak berguru dengan siapa?
Pada pendapat ita jika nak belajar kita kena rujuk pada yang pakar. Carilah mereka yang benar-benar pakar dalam bidang masing-masing. Pasti banyak ilmu yang bermanfaat yang bakal anda perolehi. Kebiasannya mereka yang pakar ni lebih bijak dan cerdik kerana mereka dah melalui pengalaman dalam bidang masing-masing bertahun lamanya. Tanyalah apa sahaja yang anda tidak tahu dan kurang pasti, pasti mereka akan mengajar dengan telus dan ikhlas.

Kemunculan kelas-kelas mengajar membuat kek sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Banyak sangat kelas dengan pelbagai jenis kek dan tawaran harga yang kadang kala pada ita tak masuk akal. Kebanyakkan daripada mereka pergi belajar dan balik terus pula buat kelas dan mengajar.. Ita ibaratkan mereka ni bagaikan photostat mesin. Jadi apa yang anda dapat adalah bahan copy sahaja.. Kelas yang macam gini ita tak berapa galakkan untuk anda pilih sebab anda tak dapat banyak ilmu, kerana mereka yang mengajar ni pun kadang kala kurang mahir. Mereka hanya sampaikan apa yang mereka belajar sahaja.

Ita selalu terima email daripada rakan-rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kelas yang mereka ikuti. Ada yang kata yuran nya terlalu mahal dan tidak selaras dengan ilmu yang disampaikan, ibarat kata orang menangguk di air yang keruh.. Kesudahanya pelajar mula tak puas hati dan mulalah buat perbandingan dengan kelas-kelas yang lain.

Ita simpulkan macam nilah kan.. Sebagai pelajar.. kita juga harus bijak! jangan terlau ikut perasan dan nafsu.. orang nak belajar kita pun sama nak belajar.. Kita kena tahu dahulu.. apa tujuan kita nak belajar.. kita nak jadikan ilmu yang kita pelajari sebagai sumber pendapatan atau sekadar untuk keperluan kita dan keluarga sahaja. Kalau nak serius dalam bidang ni.. pilih lah kelas yang terbaik dari guru dan tenaga pengajar yang benar-benar layak menyampaikan ilmu. Tapi kalau setakat untuk diri sendiri dan keluarga pilih kelas asas pembuatan kek sahaja.. insyaallah bila dah tahu asas anda boleh buat sendiri.. rujuklah resepi dari mana-mana sumber blog masakan insyaallah ita percaya anda pasti dapat hasil kek yang terbaik!

Kepada rakan-rakan ita yang sering bertanya tentang kelas, Ita ingin maklumkan ita tak ada buat kelas. Tapi ita boleh cadangkan pada anda kelas mana yang anda boleh pilih dan pasti anda tak akan menyesal mengikutinya.


Jika anda nak belajar selok belok pembuatkan kek dan coklat inilah pakarnya Chef Amer Hamzah. Beliau adalah sifu yang terbaik bagi ita. Seorang yang tidak lokek ilmu, sentiasa mengajar dengan tulus dan ikhlas. Ramai antara anak didik beliau yang telah berjaya, Ita percaya jika anda yakin anda juga akan mencapai apa yang anda inginkan.. anda boleh hubungi beliau di face book beliau untuk pertanyaan kelas https://www.facebook.com/chefamer

Bersama ini ita sertakan senarai kelas beliau sepanjang tahun 2014 di seluruh Malaysia. Ingat ya sebarang pertanyaan anda boleh terus berhubung dengan talian yang di sertakan pada jadual.. jangan tanya dengan ita pulak tau!



Satu lagi sifu yang amat ita hormati dan kagumi bakat beliau terutamanya didalam pembuatan kuih muih tradisional adalah Chef Asma.


gambar ni ita ambil daripada koleksi milik Mazuein Muzafar dari blog beliau http://mazueinmuzafar.blogspot.com/ minta izin ya Mazuein akak abadikan gambar ni di sini.


Lihatlah hasil yang anda akan perolehi. Kuih yang bukan sahaja enak dan cantik dipandang tapi sangat kemas kejadiannya. Anda bukan sahaja di ajar cara membuat kuih muih tapi anda juga akan diajar bagaimana cara nak potong dengan kemas, cara nak di paketkan dan juga cara bagaimana anda nak pasarkan barangan atau kuih muih anda. Ita percaya tiada ruginya jika anda berguru dengan beliau. Dengan yuran yang sangat berbaloi dengan apa yang anda perolehi.

Dengan pengalaman beliau yang dah bertahun-tahun dalam bidang ini, tidak hairanlah jika beliau dengan inisiatif sendiri telah mereka pelbagai bahan untuk memudahkan lagi suri rumah atau para usahawan memulakan perniagaan atau pembuatan kuih muih. Jika anda nak beli barang-barang yang beliau ilhamkan anda boleh terus berhubung dengan beliau di

Talian 012-3083750 
Email:chefasma19@yahoo.com
Facebook :Asma Nordin

Masa : 10 .00 Pagi - 6.00 Petang

gambar rujukan dari blog Chef Asma http://chefasma.blogspot.com/

Ini antara barangannya.. banyak lagi barang yang anda boleh dapatkan daripada beliau, cuba layari blog beliau http://chefasma.blogspot.com/ untuk sebarang pertanyaan.

Untuk jadual kelas beliau sepanjang tahun 2014 anda boleh kunjungi blog beliau di :  http://chefasma.blogspot.com/

Ita tak dapat nak masukkan di sini sebab senarai jadual kelas beliau sangat padat dengan pelbagai jenis masakan . Anda boleh pilih sendiri masakan apa yang anda suka dan pilih tarikh jadual yang bersesuaian. Jangan lupa hubungi beliau sendiri untuk sebarang pertanyaan tau! jangan tanya ita pula..

Kepada semua selamat menuntut ilmu. 

Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ngulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad
~ Al Ghazali



Cup cake untuk engineer Dyson

$
0
0






Hiaskan kek dengan figurine yang telah kita siapkan terlebih dahulu 


 Masukkan cup cake dalam bekas plastik yang bersesuaian dengan saiz.


Inilah projek ita untuk hari ini. Menyiapkan 50 biji cup cake untuk seorang Enginier Dyson. Terima kasih Zu kerana sudi lagi tempah dengan akak. Harap sangat Zu puas hati. Halalkan apa yang terkurang dan apa sahaja kelemahan..


Cabaran menyiapkan kek dengan figurine yang comel-comel ni. Tapi bila dah siap terasa puas sangat. Alhamdulillah akhirnya siap juga kek ni. Nak menyiapkan figurine yang comel-comel ni perlukan kesabaran yang tinggi. Mata ita pula dah semakin tak berapa tajam.


Ita juga membuat sedikit rujukan tentang Dyson daripada internet. Lihat logonya dan warnanya agar selari dengan tema yang akan ita tampilkan.
Sekalung tahniah daripada akak semoga terus maju jaya!


Sepasang kek di majlis pernikahan

$
0
0


pang..pang kopang.. kopang...
gebung.. gebung.. gebung.. gebung..
pang..pang kopang.. kopang..
gebung... gebung.. gebung.. gebung...

Selamat pengantin baru...
selamat berbahagia...
selamat ke anak cucu..
selamat sejahtera...

Situasi ini seringkali kita temui setiap kali kita mengunjungi majlis perkhawinan , terutamanya di selatan tanahair.
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Bak kata perpatah, biar mati anak jangan mati adat.. Sebagaimana kaum lain di Malaysia, majlis perkhawinan memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.  Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. 



Ini adalah sepasang kek untuk hantaran pernikahan yang di tempah oleh pasangan pengantin kita pada awal tahun yang lalu. Lewat sikit ita nak masukkan sebab banyak lagi n3 yang dah tertunggak beratur tunggu giliran hihi..

Kadang-kadang bila dah lama ita hampir terlupa. Ada juga tempahan yang ita tak sempat rakamkan gambar bila ita siapkan dah lewat petang dan kek di ambil pada malam harinya pula.

Pada mereka-mereka yang biasa ambil tempahan pastinya tahu akan kesibukan dan betapa penatnya nak menyiapkan sebiji kek. Yang paling mencabar adalah kita mengejar masa, mencari bahan yang sesuai untuk dekorasi kek yang customer inginkan. Kalau kat JB ni memang agak payah nak cari bahan untuk hiasan kek yang cantik-cantik. Sebab tu bila ita ke Kuala Lumpur ita tak akan lepaskan peluang untuk mengunjungi kedai menjual bahan kek untuk melihat koleksi dekorasi terbaru.


Kek ni adalah untuk pasangan mempelai Nadiah dan Shamil. Tema kek ferari merah ni sebenarnya ita pernah buat sebelum ini. Mereka berdua berkenan dengan deko tempahan kek ita sebelum ni, lansung membuat keputusan untuk memilihnya sebagai pelengkap set hantaran mereka pada hari bersejarah itu. 
Kek bunga pink ini pula adalah dekorasi pilihan Nadiah, sweet sangat warnanya.. selembut tuan yang empunya diri. 
Terima kasih daripada akak untuk kalian berdua dan sekalung tahniah! semoga berbahagia  melalui farsa baru dalam kehidupan. Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke hujung nyawa..



Kit Kat and M&M cake

$
0
0

M&M dan Kit Kat Cake
Dalamnya kek Checkered Rainbow
Dengan cream cheese frosting untuk layer cake
Saiz 9 inc
Deco dengan Kit Kat , M&M dan fondant


Terima kasih Ati kerana sudi lagi tempah dengan akak
Selamat ulang tahun kepada semua
Semoga berbahagia selalu dan senantiasa di dalam rahmat Allah SWT




Despicable Me Cake

$
0
0

Despicable Me pernah menjadi hit sekitar tahun 2010. Filem yang mendapat sambutan luar biasa ini mampu mengumpul sehingga $ 543,1 juta. Dengan prestasi yaang membanggakan itu, tidah hairanlah Universal Picture dan Illumination Entertainment menyiapkan filem Despicable Me 2 yang telah pun ditayangkan pada pertengahan tahun lalu.

Despicable Me adalah film animasi dari Amerika Syarikat yang menceritakan tentang Penjahat super bernama Gru yang tidak menyukai anak - anak dan berusaha mengalahkan vektor, penjahat super lain yang telah berhasil mencuri piramid Giza. Film ini merupakan film CGI pertama yang diproduksi oleh Universal Pictures bekerja sama dengan Illumination Entertainment. Filem ini ditayangkan  pada 9 July 2010 di Amerika Syarikat.

  
Despicable Me 2 adalah filem komedi animasi komputer 3D Amerika dan sekuel dari filem animasi 2010 Despicable Me. Diproduksi oleh Illumination Entertainment dan diterbitkan oleh Universal Pictures, kedua film ini hasil sutradara oleh Pierre Coffin dan Chris Renaud, dan ditulis oleh Cinco Paul dan Ken Daurio. Filem ini diperkenalkan pada tanggal 5 Jun 2013 di Australia, dan ditayangkan di bioskop di Amerika Serikat pada tanggal 3 July 2013.


Despicable Me 2 masih berkisah tentang Gru yang tak lagi menjadi seorang penjahat setelah memiliki tiga anak angkat perempuan  iaitu Margo, Edith, dan Agnes dari Vector di film pertama (Despicable Me).
Di kehidupan baru yang tenang tanpa kebisingan tiba-tiba berubah seketika saat ia direkrut oleh Lucy Wilde dan Silas Ramsbottom dan dibawa ke markas besar Liga Anti-Kejahatan, organisasi yang didedikasikan untuk memerangi kejahatan dalam skala global.
Di sana, ia mendapati bahwa ada penjahat baru yang dilepas. Karena Gru dulunya adalah seorang penjahat dan dia tahu bagaimana jalan fikiran para penjahat tersebut. Silas menginginkan Gru untuk membantu mereka melawan penjahat. Dengan bantuan asisten Gru, Dr Nefario, Margo, Edith, dan Agnes, Gru harus menyelamatkan dunia.


Despicable Me 2 telah mendapatkan kutipan besar sekitar $911,774,325 dari penjualan di seluruh dunia.Berdasarkan jumlah itu, filem ini menduduki tempat ke-5 bagi kategori filem dan tempat ke 2 bagi filem animasi pada tahun 2013, Dengan pengeluaran sebesar $76 juta, filem ini menjadi filem dengan keuntungan terbesar dalam 100 tahun sejarah Universal Studios.

Dc Mcstuffins Birthday Cake

$
0
0


Kek Rusian Black and White Cake
Saiz 9 inc bulat
Tema Dc Mcstuffin
Deco fondant dan figurine



Happy Birthday Qisya ^_^



Elmo 3D Birthday Cake

$
0
0

Assalamualaikum..
Ini adalah projek yang sempat ita siapkan petang semalam.
Tak sempat nak kongsikan semalam, hanya sempat share dengan kawan-kawan di FB sahaja.

Sebelum tu ita nak mohon maaf banyak-banyak pada tuan empunya kek ni, ikut perancangan asal beliau nak kek 4 segi. Tapi tu lah bila dah banyak sangat kek ita dah confuse.. berlakulah kesilapan teknikal sikit dan jadilah keknya ni bentuk bulat!
Adoiii... apalah ita ni.. lain kali ingat betul-betul.. supaya tak silap lagi ya..
jangan berangan..


Perkara macam ni ita rasa biasa berlaku juga pada bakers lain.. tapi tulah peringatan untuk ita supaya sentiasa peka.. mujur tuannya tak marah.. 

Kek untuk adik Raihana dan Arisa yang berkongsi kek ulang tahun yang sama. Happy birthday girls..  harap-harap suka dengan kek yang auntie sediakan..
 

Kek ni adalah kek coklat fudge. 
Elmo itu juga adalah kek dan boleh di makan tau!
Bulu-bulu almo ita gunakan buttercream. Mata, mulut dan hidung dari gumpaste.
Kek fudge yang di salut dengan ganache cream luarnya
Di salut pula dengan fondant untuk krim strawberry yang tumpah meleleh bila elmo timbul hehe..
Percikan air dari fondant adalah teknik terbaru yang ita cuba praktikan dalam sentuhan ita kali ini.
Kek yang pada ita sangat comel.. kerana ita cukup mengemari karektor Elmo yang cute ni..
Sayang ita nak melepaskan kek ni pada tuannya.. hehe
Harap beliau dan puteri-puterinya puas hati..
Segala kelemahan, kesilapan dan kekurangan, ita dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf... 
 
 



Jom belajar buat kek yang cantik dan unik!

$
0
0
Anda peminat kek?
Selalu kekeringan idea dalam mendapatkan kek yang cantik!
Ingin melakukan kelainan dalam kek sentuhan anda?
Tak tahu di mana nak belajar membuat kek yang cantik!
Jom ikut saya...


Berita baik untuk bakers-bakers di Johor Bahru terutamanya..
Oliez Academy kali ini mengajak anda bersama-sama mempelajari teknik terbaru dalam menghasilkan kek sugar paste yang bukan sahaja cantik di pandang tapi amat unik dan mempunyai sentuhan tersendiri.

Jom kita bersama Kak Zaidah Ibrahim yang sudah tidak asing lagi dan telah terkenal dengan sentuhan tangan ajaib beliau didalam menghasilkan kek yang cantik dan halus seni pesembahannya. Beliau telah lama berada di dalam bidang ini, dan tidak hairanlah jika setiap kali melihat hasil sentuhan beliau buatkan mulut terlopong.. nasib baik tak ada lalat lalu.. tau!

Wow! cantiknya... halusnya... terujanya...

Memang cantik dan ita cukup kagum dengan bakat yang ada pada beliau! Syukur alhamdulillah kerana beliau sudi untuk menyampaikan ilmu pada mereka yang berminat!
Bukan mudah nak dapatkan Kak Zaidah ni tau! jadual beliau yang cukup padat dan kesibukan beliau membuat peluang yang ada ini janganlah di lepaskan..

Ok! apa yang kak Zaidah nak ajarkan pada kita untuk kelas kali ni?

1. Teknik membuat BRUSH EMBROIDERY tanpa Royal Icing.
2. Sugarpaste table cloth macam gambar kat bawah ni..

adoiii... tak sabarnya.. nak belajar..
3. Bow n Lace
4. Demo mmbuat bunga Peony

adoiiii... memang pengsan bila dapat menghasilkan kek secantik ini....

Macam mana? menarik kan..
Jom apa tunggu lagi..
Tempat sangat-sangat terhad, hanya mereka yang mendaftar awal akan diberikan tempat.. jangan menyesal..
  
Tarikh kelas : 24 Januari 2014
Masa : dari pukul 10 pagi hingga 6 petang 
Yuran :  RM 400
Tempat : Oliez Academy 
No 60 Jln Pulai Perdana 11/1
Taman Seri Pulai Perdana 
Skudai Johor

Peserta hanya perlu bawa kain lap yang bersih dan apron

Mereka yang berminat boleh hubungi terus Pn Siti Zaleha di talian 019 7550154 atau whatsapp ke talian 010 5267793

Cepat!!! jangan lepaskan peluang ini..


 

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435 Hijrah

$
0
0

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul kepada semua pengunjung blog Masam Manis. 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1435 H adalah merupakan  hari kelahiran atau hari keputeraan junjungan besar kita Rasullulah S.A.W. ke dunia dan merupakan satu rahmat yang tiada nilainya. Rasulullah adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya. Bersempena hari keputeraan baginda, ianya adalah merupakan cuti umum di Malaysia. Tema sambutan kali ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Marilah kita bersama-sama banyakkan selawat dan berpegang teguh pada sunnah dan ajarannnya.

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh dunia.

KEK POS MALAYSIA

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Ini adalah projek kek yang sempat ita siapkan hari ni. Tema kali ni cukup menarik!
Mungkin jaran-jarang di antara kita yang membuatkan kek untuk Pos Man. Sebenarnya jasa mereka cukup tinggi nilainya. Ia adalah seorang pemegang amanah dan setiap hari menyampaikan amanah kepada penerimanya. Betapa besar pengorbanan mereka yang bekerja tidak kira panas terik Sang Mentari mahupun kuyup di simbahi hujan.

Ita berasa sangat bertuah bila di berikan peluang untuk membuat kek untuk posman ini. Kek yang di minta oleh seorang isteri buat suami tersayang.. yang bucuk.. bucuk katanya.. hehe


Inilah cabaran bila kita diberikan peluang sebegini.
Ada yang bertanya di mana ita dapat idea dalam mendekorasi kek.
Ita rasa inilah cabaran yang di hadapi oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang ini. Sentiasa ingin tampil dengan idea baru dan segar adalah idaman setiap pengiat seni. Seni itu indah.. seni itu iluisi.. walaupun hanya berseni di atas sebuku kek, tapi kepuasannya hanya mereka yang betul-betul memahami sahaja yang benar-benar mengerti.

Idea.. idea.. idea.. itulah yang sering ita ucap setiap kali ita kekeringan idea.. Memang kadang kala ita juga ketandusan idea dalam merialisasikan impian mereka. Ita hanyalah manusia biasa.. lagi naif.. sebagai manusia dan hambaNya.. ita hanya mampu bersyukur sekiranya ita dapat laksana tugasan yang ita galas.


Memang payah nak puaskan hati semua.. lebih-lebih lagi bila berususan dengan mereka yang terlalu demand. Selera kita tak sama dan tak serupa.. ada yang kita suka orang tak suka.. ada yang orang suka kita pula.. adoiii... tak suka.. tak suka.. tak sukalahh...

Ita pilih pendekatan yang cukup simple.. Ini cara ita.. kalau suka ita bersyukur.. kalau tak suka.. ita nak buat macam mana.. terima semuanya dengan fikiran dan minda yang terbuka.

Jadi orang seni ni bukan mudah. Idea kita bukan boleh di rancang. Kadang-kala ia datang secara sepontan. Ada masa dia tak datang terus.. itu yang paling di takuti..
Biasanya idea ita datang last minute. Itu yang amat sukar untuk ita merancang.


Kalau pelanggan bagi idea macam mana yang mereka nak, itu adalah sedikit meringankan.. tapi ita cukup berhati-hati.. ita biasanya tak mahu ikut bulat-bulat walaupun mereka kata nak sama sebijik macam kek asal. Ini adalah cara ita, ita amat menghornati hasil kerja mereka.. hasil kerja mereka janganlah kita cetak rompak.. kita boleh ambil idea tersebut dan olah menjadi hasil sentuhan kita.. walaupun ianya nampak sama tapi dari sudut lain ianya tampil berbeza.

Ita berpegan pada kata-kata yang sering bapa ita ucapkan.. " kalau nak diri kita di hormati dan di hargai.. kita haruslah menghormati dan menghargai orang lain..


Untuk kek posman ni cabaran ita adalah apabila nak membuat logo Pos Malaysia. Kerana ianya terlalu halus.. memang cabaran sungguh.. lebih-lebih lagi penglihatan yang kian hari kian kabur dek faktor umur yang semakin hari semakin meningkat.


Customer ita inginkan kek dihiasi figurine suaminya seorang yang bekerja di Pos Malaysia. Berlatar belakangkan pejabat Pos Daya Bumi. Van Pos Malaysia berada di sisi suami yang sentiasa setia berkhidmat.
Ita cuba sedaya mungkin untuk hasilkan apa yang diinginkan.. berpandukan gambar yang dikirimkan ita cuba melakar wajah sang suami, biarpun tidak benar-benar serupa.. janji ada iras-iras pada ita sudah cukup memadai.. Ita cuma tak dapat masukkan Pejabat Pos Daya Bumi kerana ita tidak mahu kek terlalu nampak semak dan sarat. Ita gantikan dengan peti surat dan sampul surat untuk melengkapkan lagi jalan ceritanya..

Ita hanya memilih 3 warna asas, putih merah dan biru sepadan dan sinonim dengan warna tread mark persuratan berabad lamanya.. Ita mahukan kek tampil eksklusif dan tidak terlalu keanak-anakkan kerana ini adalah kek untuk suami tersayang.. Biarlah kek ini menjadi pengerat hubungan kekeluargaan mereka dan akan menjadi satu memori dan kenangan terindah buat mereka sekeluarga..




Kek babah dan kak Rosaliza

$
0
0


Assalamualaikum...
Selamat pagi semua..
Sihat tak hari ni..?
Kalau rasa macam tak sihat cepat-cepat makan ubat.. jangan di biarkan nanti melarat pulak..

Macam mana cuaca hari ni di tempat anda semua.
Kalau kat rumah ita ni macam mendung aje.. walaupun dah pukul 9 tapi suaca macam sejuk aje.. Matahari ni macam malu-malu aje nak timbul..


Kawan-kawan dah masak?
Masak apa hari ni? Sekarang ni kita kenalah lebih berjimat cermat.. almaklumlah harga barang-barang dah naik.. Masak apa yang perlu sahaja. Satu tips daripada ita, kalau nak keluar pergi pasar ke.. pergi shoping ke.. perut tu kena isi penuh-penuh dahulu.. sebab kalau perut kosong nafsu kita semakin besar nanti semua kita nak beli.. kadang yang tak perlu pun kita beli.. bila dah sampai rumah barulah nak menyesal.. buat apalah pergi beli benda yang tak diperlukan..

Anak ita Dalili sekang pun dah pandai merungut.. Hari tu dia beli tapaware, minta ita buatkan dia bekal ke sekolah.. Katanya harga makanan di kantin mahal sangat tahun ni.. Tak dapat dia nak simpan duit dalam tabung. Kalau tahun lepas bila balik sekolah, lebihan baki duit sekolah akan di simpan dalam tabung.. sekarang ni katanya duit macam tak cukup aje..


Bagi mereka yang mempunyai anak ramai pasti keadaan ekonomi sekarang lebih membebankan. Untuk mereka yang makan gaji, tak ada masalah.. tapi bagi yang kerjanya kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. pasti lebih terasa peritnya.. sana sini orang mengeluh tentang taraf hidup dan masalah kesempitan mereka. Ramai juga yang dah jadi pengangur. Hilang perkerjaan.. biasanya mereka yang terlibat dalam perniagaan sendiri, kontraktor atau di sektor pembinaan.
Nak buat macam mana.. tak boleh nak bersungut.. nanti dikatakan tidak bersyukur pula..

Ok lah kita lupakan masalah kita tu.. berbalik pada kek tempahan yang ita sempat siapkan. Kek Rusian Black and White dengan tema bapa dan anak. Ulang tahun mereka serentak, jadi si adik nak buat suprise pada kakanya dan abahnya...


Beliau minta buatkan kek dengan abah dan kakanya di atas kek. Beliau kirimkan gambar untuk ita buat rujukkan. Inilah hasilnya figurine babah dan kak Rosaliza.. tadaaaa....
Comel tak.. hihi

Terima kasih dan selamat ulang tahun ita ucapkan kepada pasangan abah dan anak ini.. semoga kebahagian mereka sekeluarga berkekalan hingga ke Jannah..



Kembar Upin dan Ipin

$
0
0



haiiiii.... ini kisah kami semua... 
betul.. betul.. betul..






Sofea and Amber edible image cake

$
0
0

Kek yang di tempah untuk birthday girl Yanie
Happy Birthday dear...


Kek Rusian Black and White
Saiz 9 inc bulat
Tema Sofea and Amber
Deco Edible Image, Fondant, Choc Strawberry dan buttercream


Edible Image ni ita oder dari Chomel Print Edible Image 



Kek Smurf buat Iman...

$
0
0
Assalamualaikum  buat sahabat handai dan rakan taulan semua...
Doa dan harapan ita agar kalian semua sentiasa sihat dan sentiasa di dalam rahmat Allah.
Ada yang sambut ulang tahun pada hari ni..
Selamat ulang tahun ita ucapkan kepada semua yang menyambut ulang tahun pada hari ini tanggal 20 Januari 2014. Alhamdulillah hari ini juga merupakan hari ulang tahun adik Iman atau nama penuhnya Nur Iman Fatiha.


Manis aje adik iman kita nikan.. 
Macam comel ajeee.. kan
alahaiiii... dah besar dah anak omakkk..
Untuk pengetahuan semua adik Iman kita ni merupakan anak tunggal kepada sahabat blogger ita Seri Kandi dan suami tercinta. Hari ini merupakan hari ulang tahun Iman yang ke 13 tahun. Memandangkan ulang tahun Iman jatuh pada hari bersekolah dan hari berkerja, jadi ibu dan ayah tercinta merancang untuk mengadakan majlis lebih awal. Ianya juga untuk membuat satu suprise buat Iman. Bertuahnya Iman.. suka.. suka.. suka.. Bukan itu aje tau! mama Iman ni dah tempah kek awal-awal lagi.. kiranya beberapa bulan yang lalu.. senang cerita dari tahun lepas lah!


Mama Iman memilih kartun Smurf untuk hiasan kek Iman kali ini. Smurf merupakan kartun kesukaan Iman dan auntie ita juga tau! hehe..

Bila cerita pasal Smurf ni kan.. ita tak boleh lupa kenangan mengusik jiwa 30 tahun yang lalu. Smurf merupana kartun biru yang amat ita gemari. Kali pertama ita tonton cerita smurf pada usia ita 9 tahun. Pada masa itu smurf di siarkan di TV Singapura, sebelum rancangan Mat Yoyo ke udara. Punyalah suka dengan cerita Smurf ni sampai ita kalau balik dari sekolah agama.. berlari lah sampai tercungap-cungap semata-mata nak kejarkan rancangan kegemaran ita ni. 



Ita bersekolah Agama di Bukit Zaharah. Balik sekolah ita akan naik bas sangkut-sangkut menuju ke rumah mak cik ita di Kg Mohd Amin. Rumah mak cik ita merupa rumah persinggahan ita sebelum ke sekolah kebangsaan pada sebelah petang. Memandangkan rumah ita yang berbatu jauhnya dari sekolah, ita terpaksa menumpang di rumah mak cik setiap hari. 

Walaupun mak cik ita seorang yang senang dan mewah tapi.. adat menumpang.. rumah orang kan.. mak selalu berpesan setiap kali ita nak ke sekolah," masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang kerbau menguak" jadi ita akur dengan situasi ita pada ketika itu..



Balik sekolah agama ita akan naik bas no 8 hijau, bas ni berhenti betul-betul di hadapan rumah mak cik ita. Kalau ita terlepas bas no 8 hijau ni, ita kena naik pula bas no 8 merah. Kalau bas 8 merah ni dia berhenti jauh, di depan sekolah English Collage atau lebih di kenali Maktab Sultan Abu Bakar. Bila naik bas no 8 merah ni lah ita akan jadi sprinter, pecut seberapa laju yang boleh untuk sampai sebelum rancangan Smurf ke udara.  

Bila sampai ita akan terus ketuk pintu rumah jiran mak cik, " mak Tah boleh tak intan tumpang tengok TV" itulah kata-kata ita acap kali ita ingin menonton Smurf. Mak Tah jiran sebelah yang dah faham benar kesukaan ita tak pernah menolak.. beliau sekeluarga memang sangat baik.. Seronok bukan kepalang bila ita dapat menonton cerita kesukaan ita tu. Bila habis cerita ita akan melukis kerektor kartun yang comel dan semestinya smurfette akan sentiasa ita lakarkan di atas kertas.



Cerita yang penuh pengajaran, kerja sama, dan kesepakatan dalam persahabatan pada ita amat sesuai di tonton oleh kanak-kanak. Tapi kini karektornya dah banyak berubah dan terdapat penambahan pada waktak cerita tersebut. 

Waaa.. dah panjang pulak ita merepek, jom kita balik ke pangkal jalan.
Berkenaan kek ni, kek ni dalamnya kek rainbow checkered, dilapisi cream cheese frosting. Luarnya fondant dan di dekorasi ala..ala.. remaja lah.. hihi.. ngorat.. ngorat.. kalau kata ita dulu.. dulu.. hihi
Ita harap sangat Iman suka..


Sebenarnya ita terharu sangat bila mama Iman ni kata Iman selalu tengok blog ita. Selalu tengok kek yang ita buat dan Iman selalu puji.. hihi malulah auntie.. 
Oleh kerana tu mamanya tempah kek dari ita untuk suprisekan Iman.
Itu yang buatkan ita berdebar-debar nak menyiapkan kek ni. Ita betul-betul berharap agar iman happy pada hari ulang tahunnya.. lebih-lebih lagi bila di sambut bersama insan-insan tersayang. Happy Birthday Iman.. semoga doa ibu dan ayah di makbulkan Allah.. Iman jadi anak yang solleha dan sentiasa membanggakan ibu dan ayah ya..


Seri Kandi juga sempat menitipkan pada ita oleh-oleh. Sedap sangat tau! comel pulak tu.. macam sayang aje nak makan kan.. Kemas aje Seri buat. Cheese yang gebu dengan shell yang rapuh di tambah nyaman bila di limpahi black frorest filling.. memang terlajak larissss... betullah.. tak sedar habis semua ita makan.. hihi kebetulan Seri ni macam tau-tau aje ita suka coklat, shell coklat yang rapuh memang luar biasa di gandingkan dengan cheese dan black forest filling.. nyummy! 
cantik kan? ni kalau buat hantaran pun cantik! sesiapa yang nak oder jangan lupa roger-roger kak Seri Kandi kita di fb beliau Seri kandi Tanah Jauhar


Bukan itu aje ada lagii.. ni haa.. rempah terlajak laris jugak ni.. dengan kerisik pun ada.. adoii.. segan akak.. Terima kasih lah banyak-banyak Seri.. tak taulah macam mana nak balas.. doa daripada akak semoga Allah bukan pintu rezeki seluas-luasnya buat Seri dan keluarga.. 







Devil's Food Choc Cake in cup

$
0
0

24 pc Devil's Food Choc Cake in cup
Tempahan daripada rakan fb sempena birthday suami tersayang


Minimum Oder untuk kek dalam cawan ni 12 pc dalam 1 kotak
Di datangkan sekali bersama sudu kecil untuk mudah nak makan nanti
Selain kek ni macam-macam lagi kek yang boleh diletakkan dalam cawan comel ni dan juga dengan pelbagai deco bersesuaian dengan tema majlis
Untuk tempahan boleh hubungi talian 017 7279179




Kek Upin Ipin 1

$
0
0



Kek Upin dan Ipin tempahan dari rakan FB
Kek red Velvet yang di lapisi cream cheese frosting
Luarnya buttercream
Deconya 2 karektor upin dan Ipin sedang bermain upih
Deco fondant dan figurine
saiz kek 9 inc bulat
Untuk tempahan : 017 7279179



Jom anak-anak kita deco cup cake!

$
0
0

Assalamualaikum anak-anak..
Apa khabar semua hari ni.. sihat tak?
Dah buat homework yang cikgu bagi?
Cepat siapkan.. jangan tanguh-tanguh nanti tak sempat siapkan dah kena marah pulak dengan cikgu.
Kalau homework dan siap dah boleh pergi main kan.. senang.. tak ada lah asyik teringat kat homework sekolah aje.. ya tak?

Ok hari ni auntie ita nak kongsikan cara-cara nak deco cup cake.. anak-anak suka tak?
Cup cake ni anak-anak boleh bagi pada kawan-kawan sebagai hadiah.. tak kiralah kawan-kawan punya ulang tahun ke.. atau atas kejayaan mereka. Selain itu anak-anak juga boleh jadikan hadiah untuk cikgu atau pun untuk hari ibu dan hari bapa. Kan seronok jika hadiah yang kita berikan itu adalah hasil air tangan kita sendiri. Tentu ibu dan ayah pun bangga. 


Hari ni auntie tunjukkan cara nak deco guna fondant dan edible image. Sebenarnya macam-macam lagi anak-anak boleh buat.. Auntie ita tahu semuanya kreatif kan..? Jom tunjukkan kreativiti anak-anak pula.

Untuk kek kali ni, auntie buat cake dalam cup plastik. Anak-anak boleh buat terus dalam cup kertas yang comel-comel atau nak buat macam auntie buat pun boleh..
Kali ni auntie buat kek rainbow, anak-anak boleh buat kek apa-apa yang anak-anak suka. Untuk resepi kek rainbow ni anak-anak boleh rujuk di resepi yang pernah auntie kongsikan di sini

Kek yang auntie buat ni auntie masak dahulu dalam loyang lain yang lebih besar, kemudian auntie potong dengan cutter bulat mengikut saiz cup tu. Pas tu auntie potong 4 untuk mendapatkan warna yang berlainan. Auntie susun berselang-seli warna dalam cup plastik, letakkan cream cheese frosting dan ulang semula proses yang sama hingga habis. Bila dah selesai, auntie simpan dalam peti ais supaya cream cheese tu sejuk dan mengeras.

Bila dah keras sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk mendeco kek pula.
Jom kita intai-intai dahulu apa bahan-bahan yang kita perlukan.


Bunga kecil tu anak-anak boleh buat sendiri daripada gumpaste atau fondant, atau anak-anak boleh beli di kedai jual bahan kek. Tapi pada auntie tak payah belilah kan.. kita nak guna sikit aje tak banyak mana pun.. Tapi anak-anak kena buat bunga ni lebih awal supaya dia keras dan mudah nak letakkan atas kek nanti.

Kita juga perlukan cutter. Cutter ni biar dia sama saiz dengan permukaan kek cawan kita tu..
Edible image ni anak-anak boleh dapatkan di kedai, kalau tak nak guna edible image anak-anak boleh juga buat sendiri apa-apa karektor yang anak-anak suka dari gumpaste atau fondant. Auntie tahu anak-anak pasti hebat kan !

Kita juga perlukan fondant dengan beberapa warna yang menarik! yang ni ikut suka anak-anak nak warna apa. Yang penting setiap warna tu biarlah ia kena antara satu sama lain.. taklah nanti macam pelik aje deco kita ni kan.. haha

Macam mana mudah aje bahannya kan.. jom kita mulakan. Auntie tahu semua dah tak sabar dah ni..
 
 
  • Mula-mula kita canai fondant untuk kita tutupkan pada cup cake kita. Canai tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis ya. Kalau ada roller macam auntie tu guna ring yang warna unggu tu ya.
  • Lepas canai kita terap atau kita potong dengan cutter bulat yang sama saiz dengan permukaan cup cake kita tadi.
  • Lepas tu boleh lah kita letakkan edible image atau apa-apa gambar yang telah kita sediakan. Tampal kemas-kemas ya pada tengah-tengah bulatan tadi.
  • Kemudian auntie gunakan alat untuk buat tali. Kalau anak-anak tak ada anak-anak boleh roll sendiri dan bentukkan macam tali, halus aje ya.. . Atau boleh buat juga buat bulat-bulat macam guli tapi buat kecil-kecil aje tau...macam manik
  • Letakkan tali atau guli kecil tadi sekeliling edible image, ini bertujuan untuk tutup bahagian tepi edible image supaya nampak kemas. Anak-anak boleh lekatkan guna gum khas kalau tak ada guna air pun boleh. Jangan letak banyak tau air tu.. sikit aje.. untuk lekatkan dia aje..
  • Dengan tali yang sama, auntie buatkan riben, ini untuk mencantikkankan lagi cup cake kita.
  • Letakkan bunga kecil sebagai pemanis, supaya ia nampak sweet aje.. Mudah kan..?
  • Akhir sekali kita letakkanlah atas cup cake kita dengan kemas..
  • Tadaaaa... dah pun siap!
  • Susun dalam kotak , kalau ada yang nak tulis apa-apa ucapan boleh lah buat pada satu atau 2 cup cake tu..



Akhir sekali anak-anak ikat kotak dengan riben dan letaklah kad ucapan sebagai penganti diri. Macam mana? Senang aje kan? semua pun boleh buat lepas ni.. Jom tunjukkan kreativiti anak-anak!



Selamat mencuba!




Kek Upin Ipin 2

$
0
0

Kek Upin dan Ipin Retro Colourful
Dalam kek rainbow di lapisi cream cheese frosting
Luar di lapisi buttercream
Deco 2 figurin Upin dan Ipin dan fondant
Saiz cake 9 inc bulat
Tempahan ~ 017 7279179
Johor Bahru sahaja



Viewing all 843 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC