Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Bukan Sekadar Resepi 'terima kasih'

$
0
0
Assalamualaikum

Dah malam baru ita dapat mengadap blog ni. Sekarang ita semakin sibuk, kadang kala rasa macam dah tak punya masa lagi nak mengupdate blog. Banyak sangat n3 ita yang dah tertunggak. Sementara ita tunggu kek ita masak dalam oven dapatlah ita meregang-regangkan otot dan merehatkan minda dengan mengadap blog kesayangan ita ni.

Sebenarnya malam ni tiada resepi masakan yang akan ita kongsikan, tapi ianya lebih daripada istimewa kerana ita mendapat hadiah pemberian rakan Fb kak Zabidah Ali yang mengirimkan hadiah yang pada ita cukup berharga.


Dua naskah buku Bukan Sekadar Resepi karya Roza Roslan yang sememangnya dah lama ita cuba dapatkan dari pasaran. Susah sebenarnya nak dapatkan buku ini, biasa bila ita cari di kedai buku jarang ita nampak kelibat buku ini. Hingga ita baru bercadang nak mencarinya bila ita bertandang ke Kuala Lumpur kelak.

Rupa-rupanya dia tak kasi ita beli lagi..  kerana ada seseorang  yang akan hadiahkan ianya kepada ita.. sukur Alhamdulillah

Terima kasih kak Zabidah di atas pemberian ilmu yang cukup bermaanfaat ini. Insyaallah ita akan cuba beberapa resepi dalam buku ini untuk di kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Agar ianya menjadi ilmu yang bermaanfaat kepada semua...







Viewing all articles
Browse latest Browse all 843