Assalamualaikum semua..
Ok hari ni ita tak boleh sembang lama sebab banyak sangat kerja yang masih tertangguh. Ada yag dah menjerit-jerit dah tu.. 'kak Ita.. mana resepiiii... 'aduyaii.. maaf ya lia akak tak sempat lagi nak mengadap komputer lama.. sebab sedang menyiapkan tempahan kawan
Bercakap pasal tempahan, hari ni ita dapat tempahan untuk hantaran majlis pertunangan dengan tema kuning dan hitam. Terima kasih kepada Marzs yang menempahkan untuk majlis pertunangan adiknya Ieqa dan pasangannya Wan. Semoga permulaan yang baik ini akan sentiasa mekar semekar bunga sakura yang berkembang diiringi doa agar terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Ok kita terus sahaja pada pilihan dari Marzs
Marzs memilih kek Moist Red Velvet dengan corak brick di sebelah dalam. Resepi kek ni ita pernah kongsikan di sini sebelum ini, boleh inta-intai resepi dan kaedah penyediaannya sekali. Tema yang di berikan pula kuning dan hitam yang membuatkan ita rasa nak pitam untuk memilih deco yang sesuai dengan tema warna. Akhirnya ita memilih deco bunga sakura untuk kek tersebut.
Harap sangat Marzs dan Ieqa puas hati... ^__^
Bunga sakura ni ita buat dari gum paste, senang aje buat dia terap-terap aje dengan acuan bunga tu.. hehe batangnya dari buttercream icing.
Ini pula puding yang menjadi pilihan. Marzs berkenan dengan puding ini yang pernah ita kongsikan sebelum ini. Ita ubah sikit bentuk dan coraknya agar tampil berbeza dari yang sebelumnya. Rasanya juga sedikit berbeza dari yang sebelum ini kerana ita tambahkan perasa moca.
Ini juga untuk hantaran, Rusian Black and White, tapi ia berlainan kerana di sediakan dalam cup kecil. Ita pernah kongsikan idea ini sebelum ini.
Ini pula Yogurt Berries in cup, juga menjadi pilihan Marzs untuk hari bahagia adik kesayangan beliau.
Terima kasih ya Marzs atas kepercayaan dan halalkan segala kekurangan.
Satu lagi kek yang juga pada hari yang sama untuk hari ulang tahun perkhawinan Arin bersama suami yang ke 5 tahun.
Masih lagi dengan deko bunga sakura yang di berikan sedikit kelainan pada sentuhan. Ita pasti Arin inginkan sentuhan romantis pada kek ulang tahun perkhawinan beliau. Oleh itu ita letakkan burung sebagai tanda cinta dan kebahagian pasangan ini yang akan kekal selamanya..
Terima kasih juga buat Arin, semoga berpuas hati. Akak juga mohon maaf andai ada sebarang kekurangan.. Sesungguhnya kekurangan itu adalah atas kealpaan diri akak yang naif ini..

Terima kasih sekali lagi..