Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

PUDING SUSU POLKODOT

$
0
0

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini barulah ita ada sedikit peluang untuk masukkan N3.
Sejak dua menjak kebelakangan ini ita sedikit sibuk. Banyak sangat urusan yang ita kena siapkan. Dah namanya amanah kenalah ita laksanakan juga sebaik mungkin. 
Memang agak memenatkan, kerana semuanya mengejar masa.
Harap-harap dapatlah ita siapkan semuanya dalam masa yang diberikan.

Sekarang kita dah pun berada pada penghujung tahun. Sekejap aje kan.. pejam celik-pejam celik dah menyelak kelender baru.
Hujung tahun adalah saat yang paling sibuk, bagi suri rumah khususnya. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak yang bersekolah. Masa inilah semua kelengkapan anak-anak untuk persekolahan tahun hadapan kena di siapkan. Nak kena cari baju sekolah, kasut sekolah dan kelengkapan yang lain. Bagi mereka yang mempunyai kemahiran menjahit, dapatlah kurangkan sedikit belanja upah menjahit baju. Memandangkan segala kelengkapan anak-anak sekarang agak mahal, ita nasihatkan supaya kita sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Rancang perbelanjaan dan kawal pembaziran.


Dah lama ita tak kongsi resepi. Mungkin dah ada yang merajuk tak mau singah lagi ke dapur ita ni. Ialah tuan rumah sibuk memanjang hingga dapur pun dah tak berasap.

Sebenarnya dapur rumah ita ni hari-hari berasap, cuma masa ita cukup terbatas sekarang ni. Jadi jangan lah ada yang  merajuk pula.. bila tiada juadah yang terhidang di meja maya ni..

Ramai juga adik-adik yang bertanya lagi tentang camera, lens, dan teknik foto yang ita gunakan. Sebenarnya dah banyak kali juga ita terangkan cara ita ambil gambar, camera apa yang ita gunakan, cara ita dari dulu hingga kini sama aje tak penah berubah.

Ita cuba untuk memenuhi beberapa permintaan, yang meminta ita tunjukkan di sebalik tadbir Masam Manis. Dari seawal ita celik mata hinggalah ita tutup skrin komputer ita ni.. alahaiii..
Tapi menarik juga cadangan itu kan.. insyaallah jika ada masa yang panjang ita cuba akan tunaikan..
Tapi jangan ada yang terkejut pulak tau!! bila ita menyarap, merangkak, memanjat aaa... dah macam tarzan tau! kalau ita ambil gambar.. hihi


PUDING SUSU POLKODOT

6 gm agar-agar serbuk
400 ml air
150 ml whipping cream
* ita guna Non Dairy Whipping cream. Kalau guna Dairy Whipping Cream atau fresh cream atau double cream gula tambah sikit lagi sebab non dairy whipping cream dah manis yg lain tu tak ada gula.
* boleh juga kalau guna susu cair atau susu segar dan sama juga kena tambah gula. Tapi mungkin rasanya akan lain sikit.

50 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
Beberapa titis pewarna

Masak agar-agar, bersama gula dan air sehingga larut dan mendidih
Tutup api dan tuangkan whipping cream dan esen vanilla
Ambil sedikit adunan dan letakkan pewarna
Tuangkan dalam beberapa piring secara berasingan mengikut warna, nipis sahaja
Biarkan mengeras
Setelah keras potong bentuk bulat dengan cutter

Sediakan beberapa gelas.
Bilas gelas dengan air
Susunkan dot-dot warna warni pada dinding dalam gelas
* Utk bagi dia melekat pada dinding, lapisan dot-dot tu buat nipis-nipis sahaja, jadi dia tak kan melurut ke bawah.
* Gelas di bilas tapi dot-dot tu jangan basah tau permukaannya, lap sikit dengan tisu kalau basah. Ia akan melekat.

Tuangkan pula agar-agar putih
Dinginkan dalam peti ais







Viewing all articles
Browse latest Browse all 843