Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

PUDING HANTARAN

$
0
0
Cuti sekolah dah nak bermula.. Bila tiba musim cuti pasti ramai yang mengambil peluang untuk melansungkan perkhawinan atau pun pertunangan. Masa nilah sibuknya ibu bapa mempelai bukan kepalang.


Majlis perkhawinan dahulu kala tidak sama dengan kini. Masa dahulu adat Melayu amat memegang erat ikatan persaudaran, tolong menolong dan bergotong royong sesama jiran. Kalau kat Johor biasa di panggil rewang. Dua tiga hari sebelum majlis semua penduduk kampung dah pun bergotong royong.. mendirikan balai, khemah dan menaikkan pelamin. Semuanya dilakukan dengan tulang empat kerat anak buah dan tok ketua. Bersesuaian dengan peredaran masa yang inginkan serba ringkas, semua dah mula beralih kepada catering.. mudah, tak penat semua dah tersedia.. janji ada duit.. Kadang kala terasa sukar nak mendapatkan kembali detik-detik indah dan kenangan silam..


Kalau sebut perkhawinan dan pertunangan pasti ita teringatkan barangan hantaran.. Ita cukup suka melihat barang hantaran. Dulu selalu juga ita mendapat tempahan dari kawan-kawan yang minta ita buatkan barang hantaran mereka.
Ita kalau dah mula buat barang hantaran jangan ada yang kacau.. ita terlalu fokus untuk menyiapkan hingga kadang kala tak tidur malam selagi ianya tidak siap..
Masa adik ita khawin pun semua barangan hantarannya ita yang sediakan.. Entah kenapa ita cukup suka pada kerja seni tersebut..
Ita jadi leka membelek setiap gubahan hantaran..


Tidak lengkap  sekiranya dulang hantaran tidak di serikan dengan kehadiran puding dan manisan. Ianya sangat penting kerana mangangkat martabat makanan warisan Melayu kita dahulu.. Justeru itulah dalam setiap istiadat perkhawinan Melayu ia diketengahkan agar terus dikenali oleh generasi muda.

Trend gubahan puding sekarang turut kemodenan sealiran dengan perubahan zaman. Gabungan warna ceria menambat hati dan selera terkini..


PUDING LAPIS
Resepi Oleh : Kak Hanieliza
Rujukan : 1 Hari 1 Resepi

10 gm agar-agar serbuk
6 cawan air
300 gm gula
400 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna mengikut kesesuaian

Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga larut dan mendidih
Masukkan susu dan esen vanilla, biar mendidih sekali lagi
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna
Tuang kan dalam loyang yang telah di basahkan terlebih dahulu
Tuang satu warna dahu dan biarkan mengeras
Cakar permukaan puding dan tuangkan lapisan seterusnya
Ulang proses melapis hingga habis
Dinginkan dalam peti ais

Hias puding dengan bunga-bunga yang di bentuk menggunakan adunan yang sama, tapi di bentuk menggunakan acuan bunga



 
 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 843