Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

$
0
0
Assalamualaikum



Bersua lagi kita hari ini.. semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya.
Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang ita rasakan dah meletup-letup dari tahun lepas lagi.. dan dijangkan pasti lebih bom lagi tahun ini.

Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya. Semasa ita beli ni aje harga badam dah RM 38 sekilo. Bayangkan berapalah harga biskut raya yang bakal di jual pada hari raya nanti..


Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa ita beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Kalau anda nak buat berniaga boleh dapat dalam harga RM 16 satu bag tapi kenalah beli dalam kuantiti yang banyak iaitu satu kotak yang kalau tak silap ita ada 6 bag didalamnya.


Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 
Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..
Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan..


Oleh itu ita cadangkan bagi mereka yang keluarga ramai, lebih elok buat sahajalah sendiri untuk makan sekeluarga. Satu bag tu boleh buat 2 kali sebenarnya tapi ia tak dapat banyak.. bak kata orang Johor tak muai.. Tapi kalau nak makan ita cadangkan buat sahajalah kerana cara buatnya yang cukup mudah dan ringkas.

Biskut ini hendaklah di bakar dalam loyang 14x14 inc. Loyang pula hendaklah di alas dengan kertas kek bukan kertas minyak ya sebab nanti ia melekat. Kertas kek tu ada jual di kedai kek 1 gulung harganya RM 12 ringgit kalau di JB di tempat lain ita tak pasti. Kertas ni kita boleh guna semula, ianya boleh dicuci dan diguna semula.


Selepas biskut dimasak ia hendaklah terus dipotong ketika ia masih panas-panas, kalau lewat dan ia dah sejuk.. alamatnya memang tak boleh potong lagilah.. patah-patahkan ajelah.. jawabnya.
Ita potong dengan pisau aje.. tapi ada rakan-rakan yang cadang guna pemotong pizza.. ikut lah kesesuaian.. Ukuran memotong tu terpulanglah pada kita nak potong besar atau kecil.

Jom kita intai-intai cara membuatnya


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Mereka yang tinggal di Johor dan Singapura boleh dapatkan dari Kak Patmah Aspar.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.