Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Chewy Choc Chip Cookies ala Subway yang sangat sedap!

$
0
0



Dah lama ita mencari resepi cookies ni. Biasanya ita akan beli di Subway. Sekarang ni dah senang sikit sebab Subway boleh di dapati di mana-mana aje.. kat JB pun dah ada beberapa cawangan Subway. Dekat dengan rumah ita pun dah ada. Kalau dulu, bila ita ke Kuala Lumpur ita mesti ajak suami singgah Subway. Ita akan borong cookies ni untuk buat stock kat rumah. Kebetulan kami sekeluarga suka sangat dengan cookies ni yang chewy, rangup di luar tapi lembab-lembab di dalam.

Baru-baru ini ita terpandang rakan dari group Masak Apa Hari Ni ada kongsikan resepi cookies ni yang katanya ala-ala Subway. Ita pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba, harap-harap ianya menepati seperti yang ita inginkan.




Setelah mendapatkan resepi dari tuan empunya badan, ita pun terus mencuba. Alhamdulillah ianya memang sedap sangat dan menepati selera kami. Cara membuatnya cukup mudah. Bahan pun tak sesukar yang di sangkakan untuk mencari. Anda juga tak perlukan mixer bagai untuk mendapatkan biskut yang crunchy di luar dan chewy dan lembab di dalam. Dengan taburan choc cip yang mewah memang tak tergambar kesedapannya.

Masuk ni dah berulang kali ita membuatnya, hingga anak-anak ita pun dah boleh menyediakannya sendiri. Hinggakan masa ita menaip ni pun Dalili dan Azrul masik sibuk mengadun dan membakar cookies ni.. harum semerbak rumah dengan bau cookies.


Istimewanya cookies ni kerana ia enak di makan panas atau dingin. Coklat yang melt di dalamnya yang membuatkan kita tak sanggup meninggalkan sisanya di tangan..
Ianya juga boleh di frozenkan, maksudnya bila kita nak makan baru kita bakar.. atau kita simpan adunannya dalam peti ais untuk stock. Bila ada tetamu datang ke rumah baru kita bakar.. 15 minit dah dapat di hidangkan dan di nikmati hangat-hangat.. walla... pasti tetamu tak dan nak sembang lama-lama.. mesti tak berhenti-henti.. sekeping demi sekreping di jamah..

Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga ita ucapkan pada Tengku Marceline Tengku Fin, kerana sudi kongsikan resepi cookies yang dah lama sangat ita idamkan ini. Alhamdulillah kami sekeluarga suka sangat.. semoga perkongsian ini mendapat keberkatan buat Tengku Marceline dan keluarga. Ita sharekan di sini pula ya.. sebagai rujukan esok hari dan untuk kawan-kawan yang lain juga.


CHEWY CHOC CHIP COOKIES
Resepi Oleh : Tengku Marceline Tengku Finn
Rujukkan : Masak Apa Hani Ni


115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka


Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata - Azlita


Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai


Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar


Sesuai untuk kudapan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini nanti..
Selamat mengookies..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 843