Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Kek Pisang Lembab dan sangat lembut

$
0
0

Demam kek pisang TMJ tak kebah-kebah lagi. Ini penangan tayangan perdana oleh cik adik kita Sweet Laling. Adoiii... pengsan tengok kek pisang yang laling tayang setiap hari.. yang kebah boleh demam dan yang demam boleh kebah..

Ramai pengemar kek pisang rupanya. Bukan TMJ sahaja, ita juga aladalah salah seorang pengemar kek pisang. Pantang nampak kelibat kek pisang, pasti ita teringin nak mencuba. Banyak dah resepi yang ita cuba, tapi tak dan nak snap gambar sebab taulah kan bau kek yang semerbak memang tak boleh tunggu lama. Anak-anak pun merengek  tak sabar nak merasa.. tu yang tak pernah sempat nak posing kek pisang tu. dan..dan.. tu jugak habis sebuku.

Selera orang lain-lain kan.. ada yang suka kek pisang yang gebu ala-ala kek span. Ada yang suka kek pisang yang moist, lembab dan berat ala-ala bingka. Ada juga yang sukakan kek pisang kerana tektur keknya yang berbecak-becak di dalam.

Hari ni ita kongsikan satu lagi kek pisang yang bukan sahaja sedap dan lazat tapi kek ni cukup moist, lembut sangat dan dia basah-basah kat atas permukaannya yang membuatkan kek ini pada ita cukup istimewa dan lain dari kek pisang yang pernah ita cuba sebelum ini.


Resepi kek pisang yang moist dan lembut ini di kongsikan oleh Yatie. Menuruk Yatie , beliau mendapat resepi kek pisang ni ketika beliau melawat auntienya. Kebetulan auntienya sedang menyediakan kek pisang, kata orang tu langkah kanan lah kan.. bila dah rasa kek pisang yang sedap, yatie pun mintalah resepi. Alhamdulillah dari perkongsian Yatie ni dapatlah ita merasa kek pisang yang sedap ni. Kek yang sangat lembut, moist dan lembab di permukaan kek.

Resepi yang yatie kongsikan agak banyak. Ita hanya sediakan 1/2 daripada adunan sahaja. Kek ni dia tak naik mengunung atau gebu tau! ia sedang elok aje... rata aje permukaannya tu. Ita ada lah tokok tambah dan ubah suai sikit resepi sesuai bahan yang ada di rumah. Pisang yang ita guna ni ita tak pasti pisang apa.. suami yang beli, sayang tengok pisang tu tergolek-golek ita pun buatlah kek pisang ni.. tapi memang tak berbintik lah kan kek nya. Kalau nak yang berbintik-bintik cantik tu kata orang guna pisang berangan atau pisang 40 hari.

Jom kita intai pulak resepi kek pisang yang lembut dan moist ni.


KEK PISANG LEMBAB DAN LEMBUT
Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukkan: Yatie

350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak


Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!








Viewing all articles
Browse latest Browse all 843