Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Singgang Daging

$
0
0

Ita memang cukup meminati lauk singgang. Walaupun lauk singgang sering kali di kaitkan sebagai lauk untuk orang sakit namun ita memang cukup suka.. nak-nak lagi bila di letakkan kuahnya yang banyak tu.. macam makan bubur pulak terasa.. sedapnyalah aiiii....

Kebiasannya emak masak singgang ikan. Ikan yang paling sedap untuk buat singgang adalah ikan parang dan selar kuning.. eemmm... satu ikan besar dan mahal harganya dan satu lagi ikan kecil dan murah.. terpulanglah.. ita tak kisah mana-mana pun ita suka.


Lauk singgang di katakan lauk orang sakit kerana ianya sebagai pembuka selera.. maklumlah orang kalau sakit ni dia tak ada selera nak makan.. tekak terasa pahit dan mual.. jadi lauk singgang ini di katakan dapat mengembalikan selera makan.. Rasanya yang masam-masam.. tulah yang membuatkan selera kita kembali pulih.. emmm... memang betulah lauk singgang ni kalau ita makan memang berselera sungguh.. bermangkuk-mangkuk ita menambah nasi.. hihi.. ita kalau makan lauk singgang ni dalam mangkuk sebab ita letak kuahnya tu banyak-banyak.. sedap hirup kuah dengan nasi panas-panas pulak tu..!

Jika di selatan seringkali di sediakan singgang ikan.. singgang daging pula lebih popular di sebelah pantai timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Hidangan ini biasa di masak terutamanya bila musim raya korban.. banyak dapat daging korban.. tu yang mereka buat singgang. Ianya juga seringkali di masak terutamanya bila musim panas. Memasaknya juga mudah dan ringkas.. Tak perlu tumis.. di kira makan sihat juga ni sebab bebas dari minyak.. bahan-bahan pula tak perlu di kisar semuanya di mayang halus sahaja.

Hari ini ita kongsikan lauk singgang daging yang ita ambil daripada buku 1 Hari 1 Resepi oleh kak Hanieliza. Sedap tau lauk singgang daging kak Liza ni.. bukan sahaja sedap tapi cara memasak yang cukup mudah dan ringkas. Sesuai untuk ita yang semakin tak cukup masa memasak.. hihi


SINGGANG DAGING
Resepi Oleh : Chef Hanieliza
Rujukkan : 1 Hari 1 Resepi
Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd

500 gm daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 inc lengkuas ~ hiris
3 inc kunyit hidup ~ di hiris
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
10 biji cili padi ~ belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya

Daging di hiris nipis dan cuci bersih
Ketumbar dan jintan manis di tumbuk kasar
Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk
Rebus hingga daging empuk
Masukkan cili padi dan perasakan dengan garam
Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan








Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes