Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan ita yang masih sudi menjenguk dan mengintai-intai Masam Manis. Semoga kalian di limpahi rahmat, beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki insyaallah..
Pasti ramai antara rakan-rakan diluar yang telah tahu akan kemunculan majalah RASA edisi bulan Mac 2013. Apa yang ingin ita ceritakan tentang menariknya majalah RASA bulan ini adalah apabila blogger masakan diberikan penghormatan untuk muncul dalam majalah masakan yang telah lama bertapak di Malaysia ni dan cukup gah serta di minati ramai.
Siapa lah yang tidak kenal dengan blogger otai Adnan Ibrahim atau cukup mesra di sapa Mat dikalangan rakan terdekat dan nama Mat Gebu cukup melekat di sanubari pencinta masakan. Siapakah gerangan jejaka yang sering bersembunyi di sebalik tepin birunya itu..? Inginkan jawapan..? Jangan lupa dapatkan majalah RASA bulan ini.. pasti anda juga ingin ketahui apakah pesona Mat Gebu...??
Anda peminat bloger kecil molek cik Siti Delima yang sering mengukir senyuman manis... Pasti ramai peminat Siti diluar sana yang ingin berkenalan lebih rapat lagi dengan Siti dan keluarga. Buat julung-julung kalinya ita rasa kemunculan Siti kali ini di temani keuarga tersayang dan yang pasti suami yang merupakan tulang belakang dan pengalak utama turut berada disisi menemani Siti kali ni. Bagi mereka yang ingin mendekati kak Siti Delima kita ni.. dan mengenali lebih rapat lagi keluarga bahagia ini.. jangan teragak-agak untuk dapatkan senaskah majalah RASA selagi stock masih ada..
Beliau adalah wanita yang cukup ita kagumi bakat dan keikhlasan beliau berblog. Blog beliau Citarasawan merupakan blog yang sering ita terjah terutamanya bila ita ingin dapatkan resepi istimewa untuk hari-hari yang cukup istimewa. Dahulu ita hanya mengenali kak Wan Rogayah atau lebih mesra di sapa kak Wan melalui karaktor kartun comel bertudung. Ita sering terbayang-bayangkan wajah kak Wan disebalik kartun comel itu.. Bakat beliau memang tidak dapat disangkal lagi. Rajin sungguh wanita cekal ini menerima tempahan yang tak putus-putus dan tidak lokek pula berkongsi resepi jualannya. Ular menyusup akar tak akan hilang bisanya.. betul kan kak Wan??
Beginilah caranya untuk mendapatkan gambar yang terbaik.. Bukan mudah kan.. berpeluh-peluh dibuatnya..
Ita mengenali blog 1001 Cerita 1001 Rasa, di awal-awal ita berblog. Pada waktu itu ita ingin benar-benar mengenali cik adik manis yang sering di sapa Noorsha di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Noorsha pada pengamatan ita seorang yang suka mencuba dan tak pernah berputus asa. Bakatnya dalam bidang masakan cukup besar ditambah kebolehan beliau merakamkan gambar. Ita cukup kagum dengan wanita ini.. walaupun dengan anak kecil namun beliau masih mempunyai ruang berkongsi resepi dan cerita.. Walaupun kini blognya kian sepi.. namun beliau masih aktif menerima tempahan dari rakan-rakan yang mengagumi hasil air tangan beliau.. Ita berharap agar Noorsha dapat kembali aktif seperti dahulu.. pasti ramai peminat-peminat blog 1001 Cerita 1001 Rasa yang ternanti-nanti sentuhan gadis manis ini. Bagi anda diluar sana yang dah lama menanti hasil sentuhan Noorsha, jangan lupa dapatkan RASA..
Terima kasih Nani dan Bad semoga tidak serik datang ke rumah akak.
dannnn... Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin kita Nani.. cayang dia... ^___^
Apa yang menariknya RASA dan kemunculan bloger-bloger dalam majalah kali ini.. selain berkongsi resepi, ita dapat pula berkenalan dengan kak Aminah. Ita tidak pernah tahu akan blog beliau Cookery Pot dan Sweet Spicy from The Baking Studio, sehinggalah ita dapatkan majalah RASA keluaran Mei ini. Inilah untungnya bila muncul di media masa, selain bertukar-tukar resepi kita juga dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain.. Sebenarnya dah lama juga kak Aminah ini bertapak di dunia maya.. seawal tahun 1999 lagi.. macam manalah ita boleh tak terjumpa blog kak Aminah ni.. Macam mana dengan anda di luar sana? sudahkah anda mengenali wanita hebat ini?? jangan lupa dapat RASA untuk mengetahui rasa hati kak Aminah kita di dunia maya..
Dikesempatan ini ita ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelaras RASA adik Nani Saudiar Zakir dan jurufoto beliau Baidiuzzaman Ab. Malik yang bertandang ke teratak ita. Mohon ampun dan maaf atas layanan yang tak seberapa dan halalkan apa yang terkurang.. Terima kasih sekali lagi kepada team RASA dan pihak Karangkraf khasnya yang sudi mengundang kami blogger-blogger masakan untuk memeriahkan lagi dunia masakan. Semoga ianya memberikan kebaikan kepada semua. Kepada majalah RASA semoga terus suksess dan semakin berani mencuba sesuatu yang baru dan terkini.
Tidak lupa juga sekalung ucapan tahniah buat Siti Delima kerana gambar beliau menjadi penghias majalah RASA bulan Mei ini. Tahniah Siti ^__^
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan ucapan. Terutamanya kepada sahabat baik Mat saudara Ben Ashaari
Kepada mereka yang belum lagi berkesempatan mendapatkan majalah RASA jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sekarang.. Cook With Love