Bila suami ita bagitau yang adik ita kata mak mertua ita teringin nak makan kek buah, ita terus lah mencari resepi kek buah yang sedap dari blog kawan-kawan. Ita ni biasalah kalau nak cari yang sedap ita selalu terjah blog sahabat ita Yatie. Ita percaya pada Yatie, kerana biasanya bila sedap pada Yatie sedap jugalah pada tekak dan selera ita.
Ita tak pasti sempat atau tidak ita nak sediakan kek ini untuk di kirimkan pada ibu mertua. Walaupun bahan asas untuk membuat kek ini ada di rumah, tapi buah-buah kering tu tak ada.. lah pulak! Suami ita pula beritahu ita agak lewat. Suami ita beritahu pada hari adik ita dah pun nak balik pada petangnya. Pagi itu ita kelang kabut ke kedai bakery, taulah kedai bakeri ni kan buka agak lewat pukul 9 baru nak buka kedai. Hari Ahad pula banyak kedai tak buka, ita bergegas ke Masai kerana hanya kedai bakery di Masai sahaja yang buak pada hari Ahad.
Ita cuba siapkan secepat mungkin supaya adik ita dapat bawa pulang kek ini. Tapi nak buat macam mana, kita hanya merancang tuhan yang menentukan... Akhirnya tak sempat juga ita kirimkan pada adik ita. Tak pelah kata suami... nanti kita poskan atau pun kita bawa pulang bila hari raya haji nanti.
Ita ni tak berapa menyukai kek buah kukus. Entahlah kenapa tekak ita selama ini memang tak boleh terima kek buah.. Sebab itu ita tak kisah bila kawan-kawan kongsikan kek buah kerana ita memang tak suka..
Tapi ita memang tahu yang mak mertua ita cukup mengemari kek buah.
Bila kek ini dah siap.. dan tak sempat nak do kirimkan.. ita pon potonglah untuk merasa..
Mula ita jamah lah sikit.. eh.. macam sedap pulak.. lama-lama berpotong-potong pulak ita makan.. eh.. eh.. macam mana boleh tersuka pulak ni.. ^_^
KEK BUAH KUKUS
Resepi asal : Chef Zubaidah
Dikongsikan oleh : Kamilia Ibrahim
Rujukan : Shiela
Rujukan : Yatie
Bahan A
300 gm gula halus
250 gm mentega ~ 1/2 bergaram salted dan 1/2 lagi tidak bergaram unsalted
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas
Bahan B
350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)
Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A
Mula-mula kita sediakan dahulu bahan A. Proses membuat bahan A ini adalah sama seperti proses membuat gula hangus.
Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair. Ita guna gula pasir biasa sebab gula halus ita dah kehabisan.
Mentega pula ita gunakan 1/2 bahagian tu mentega bergaram salted dan 1/2 lagi yang tidak bergaram unsalted ini untuk menghasilkan rasa lemak pada kek.
Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering kita ni suam, bolehlah kita ayak dahulu bahan-bahan kering.
Bila dah siap bolehlah kita kukus.
Kukus hendaklah di panaskan terlebih dahulu. Air kukusan hendaklah di isi penuh kerana kek ini akan di masak lebih kurang 4 jam. Bila air di dalam kukusan dah mendidih barulah kita letakkan loyang adunan kita di dalamnya.
Sekiranya semasa proses mengukus air hampir kering, tambahkan air pada kukus dengan air panas.
Loyang perlu di tutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air dari tutup kukusan menitis ke atas kek dan mengakibatkan kek kita tidak cantik.
Kukus kek ini selama 4 jam dengan api yang sederhana. Sekiranya kek masih belum masak tambahkan lagi masa mengukus
Bila kek dah masak, biarkan ia sejuk sedikit sebelum di keluarkan dari kukusan.
Keluarkan kek dari loyang bila ia dah sejuk
Kek kukus ini tahan lama.
Proses menyimpannya ialah, balut kek dengan wraping plastik, kertas minyak atau kertas aluminium.
Simpan di dalam bekas kedap udara.
Simpan di dalam peti ais.
Untuk memotong kek, pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di potong untuk mendapatkan potongan yang kemas dan cantik
Kek ini semakin lama di simpan semakin enak rasanya.
Kepada kawan-kawan yang suka kek buah ni.. bolehlah mencuba..
Ita yang tak suka pun boleh tersuka lah pulak kan.. inikan lagi mereka yang memang suka kek buah.. pasti bertambah-tambahlah suka..