Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

5 Ramadhan dengan Lodeh

$
0
0

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan kepada semua..
Hari ke 5, menu berbuka ita masih lagi melayan selera anak-anak. Kali ini ita sediakan lodeh untuk hidamngan berbuka puasa hari ini.

Lodeh kebiasannya di hidangkan pada Hari Raya jika di Johor. Ia kebiasannya di makan bersama sambal tumis, rendang daging atau ayam, kuah kacang dan serunding.

Hari ni ita sediakan lodeh atas permintaan anak-anak. Kali ini ita cuba resepi jiran lama ita Yatie. Yatie ni memang dah terkenal sejak era ita berjiran dengan beliau, memang seorang yang suka memasak dan juga suka mencuba resepi baru. Yanag paling beliau suka ialah membuat kuih tradisional dan kuih yang paling beliau suka ialah kuih talam. Bagi yang tak kenal lagi beliau, boleh lah singgah ke blog Sinar Kehidupanku milik beliau. Pasti anda semua rambang mata tak tau nak pilih menu yang mana untuk di sediakan nanti..


Lodeh ni ita makan bersama rendang daging, sambal tumis dan juga serunding daging yang mak mertua ita kirimkan dari Kota Bahru.
Seronok melihat anak-anak menikmati hidangan.. bertambah-tambah dan berpeluh-peluh di buatnya.
Terima kasih yatie atas resepi yang di kongsikan.

Untuk resepi ita ni, bermacam sayuran lagi yang ita tambah tau di dalamnya. Ita tambah terung, bunga kobis dan putik jagung . Anda boleh juga kalau nak tambah tapi biar yang sesuai sahaja ya..






LODEH
Resepi Oleh : Yatie
Rujukan : Sinar Kehidupanku

Bahan- Bahan Sayur



10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)
2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
3 cwn santan cair*
3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis
 
Bahan Kisar


1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering-cuci dan rendan dulu
 
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Sapos para colorear


Sweet pick up lines 2019


RE: Mutton Pies (frankie241)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 3.42.0 by Vimeo Inc


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Arbol genealogico para colorear


Love Quotes Tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


El Vibora (1971) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal


“Ngi donkam ia ka Ribaibal ha ka saiñpyrthei”


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear