Pernah dengar nama biskut Untaian Kasih ?
Biskut ni cukup popula pada hari raya tahun lalu. Dah berapa kali ita berangan-angan nak buat tapi tak terbuat-buat juga.. dan akhirnya hari ini dapatlah ita cuba biskut ni..
Kenapa namanya Untaian kasih tak usahlah di tanya pada ita kerana ita pun tak tahu di mana nak cari jawapannya..
Kalau suami ita kata macam udang aje..
Dalili kata macam ulat rama-rama..
hihi... macam anak tikus pun ada...
Biskut ni sebenarnya ada dua versi, satu yang warnanya putih dan rasanya gebu yang mencair dalam mulut. Versi yang kedua pula yang warnanya sedikit kekuningan dan yang ni jenis garing sikit macam yang ita buat ni..
Versi yang ita buat ni rasanya seakan biskut samprit, rangup dan sedap di makan. Yang versi warna putih tu pula rasanya seakan biskut susu, kalau di beri pilihan ita suka yang warna kuning ni.. rangup dan enak. Tapi itu bedasarkan citarasa ita.. citarasa anda mungkin tak sama dengan citaras ita kan...
Ok lah kita jangan buang masa lagi, kita intai-intai resepinya.
Oleh : Ckin Azizan
250 gm mentega atau margerin
1 cawan gula halus
Secubit garam ~ bergantung pada butter kalau butter bergaram tak payah letak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Choc Cips, manik atau chery merah dan hijau untuk hiasan
1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
4 sudu besar Nespray
1 1/2 cawan tepung gandum
Kaedah Penyediaan
Satukan bahan tepung dan ayak
Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang
Tambahkan telur dan esen vanilla dan putar hingga pucat
Masukkan Tepung sedikit-demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga menjadi doh yang lembut.
Tepung jangan masuk semua, masuk sikit-sikit hingga adunan lembut dan boleh di tekan dalam acuan.
Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang pembakar dan alas dengan kertas minyak
Masukkan doh dalam piping bag dan letakkan nozel bintang pecah
Tekan atad dulang pembakar hingga habis
Letakkan choc cip, manik atau cherry sebagai mata atau hiasan
Bakar selama 15 ~ 20 minit
Sejukkan atas redai setelah masak dan simpan dalam bekas kedap udara.