Pernah dengar nama mee kicap?
Ita selalu juga dengar tapi belum berkesempatan lagi nak mencuba.
Semalam masa ronda-ronda cari resepi di My Respi, ita terpandang lah resepi Mee Kicap yang sekali lagi dikongsikan oleh Cik'Iza
Nampak mudah aje cara nak buat dia..
Bahan-bahan pun tak banyak.. semple dan sampoi kata anak-anak..
Tengok bahan semua ada di peti ais, emmm... apakata ita cuba.. biasnya resepi dari cik'iza tak pernah mengecewakan selera kami sekeluarga.
Menurut kata Cik'Iza lagi, resepi ini adalah resepi masakan Cina yang semakin mendapat tempat di kalangan warga tempatan.
Ianya di makan bersama sup bebola ikan dan sambal kicap.
Untuk menamabahkan lagi selera kita bolehlah tambahkan ayam goreng, ayam madu.. atau ayam Hainan yang macam cik'iza buat.. Ita pula pula buat ayam bakar mudah. Emmm... semua nak mudah kan..
Memang betul.. sekarang ita banyak masakkan keluarga resepi yang simple, mudah dan ringkas.. sebabnya ita terlalu mengejar masa. Mana nak siapkan tempahan.. nak uruskan rumahtangga, anak-anak dan juga nak berikan sedikit waktu untuk ita kemaskini blog kesayangan ita ni.. Mujur suami dan anak-anak tak cerewet.. apa yang ita masak mereka menikmatinya dengan penuh berselera sekali.. macam resepi kali ni.. licinnnn...
MEE KICAP
Resepi Oleh : Cik'Iza
Rujukan : My Resepi
250 gm mee kuning
40 gm taugeh
Bahan untuk kuah
2 biji bawang putih ~ diracik halus
1 sudu besar minyak masak
1cm halia ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil pati ikan bilis
sedikit lada sulah
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Kaedah Penyediaan
Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing
Angkat bawang putih dan ketepikan
Baki minyak tadi tumiskan halia hingga naik bau
Masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat.
Biar mendidih.
Masukkan lada sulah dan pati ikan bilis
Perasakan dengan garam dan gula jika perlu
Renihkan kuah hingga pekat
Ok dah siap kuah, sekarang kita sediakan pula supnya
SUP
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 3 cawan air
1 sudu kecil pati ikan bilis
fish cake dan fish ball
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
Kaedah penyediaan
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
Masukkan air dan biar mendidih
Masukkan pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake dan sikit garam
Biar mendidih
Mula kita celur mee kuning dahulu, tapis dan letakkan dalam pinggan
Kemudian kita celurkan taugeh, tapi dan letak atas pee dlm pinggan tadi
Tuangkan kuah kicap kita tadi
taburkan daun bawang , dan bawang putih yang kita dah goreng tadi
Jika ada ayam goren, ayam madu atau ayam hainan bolehlah di hiris dan di letakkan untuk di makan bersama
Mee ni di makan bersama Sup bebola tadi
Tambahkan sambal kicap atau cili jeruk untuk rasa yang lebih terangkat
Tak sangka rupanya sedap mee kicap ni..
Berselera sungguh anak-anak makan, bertambah-tambah..
Terima kasih ya Cik'Iza berkongsi resepi yang terbaik untuk kami semua mencuba dan merasa..
Inilah menu makan malam kami sekeluarga semalam
Assalamualaikum dan salam Nisfu Syaabaan kepada seluruh umat Islam, tak kira di mana sahaja anda semua berada...