Dr. Zubaidi adalah seorang pegawai perubatan senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd yang mempunyai 35 buah cawangan klinik di sekitar Johor Bahru. Pernah berkhidmat Di Hospital Sultanah Aminah.
Doktor yang mendapat pendidikan perubatan dari fakulti perubatan yang terkenal di India ini juga banyak melakukan kerja-kerja sukarelawaan bersama masyarakat setempat di samping memberikan ceramah dan latihan Basic Occupational First Aid di kalangan pekerja industri kilang. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa dalam Persatuan Perubatan Malaysia MMA dan ahli Persatuan CPR bagi negeri Johor.
Nak tahu info lebih langut mengenai Doktor muda ini bolehlah kunjungi blog beliau di Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis
Anda juga boleh tanya sebarang permasalahan berkaitan kesihatan atau pemakanan yang baik untuk kesihatan di Tanya Dr. Zubaidi atau di FB beliau Dr Zubaidi Hj Ahmad
Kek ini adalah tempahan dari orang nun jauh dari Pahang untuk suami yang bertugas di Johor Bahru.
Dalamnya adalah kek Rusian Black and White. Ini juga merupakan pertama kali ita membalut kek Rusian Black and White dengan fondant.
Biasa ita tak akan balut fondant sebab kek rusian black and white perlu di simpan dalam peti ais. Oleh kerana kek ni akan terus di potong sebaik di terima barulah ita berani nak balutnya dengan fondant.
Kek yang agak berat bertambah berat bila di salut fondant.
Decoration kek seperti yang anda lihat tema seorang doktor.
Figurine doktor ini ita buat bedasarkan gambar yang tuan punya kirimkan.
Kek bersaiz 9 inc bulat dengan ketinggian kek 4 inc
Terima kasih pada yang sudi tempah dengan ita
Kepada Dr Zubaidi selamat hari lahir dan selamat bertugas.