Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Choc Oats Cookies

$
0
0

Tak boleh berhenti bila makan cookies ni. Lepas satu-satu masuk dalam mulut.. emmm.. sedapnya lah terasa.
Bau harum coklat semerbak memenuhi setiap sudut..
Kebiasannya bau harum mentega, coklat dan vanilla hadir tika ramadan menjelang..
Kini bila-bila masa sahaja.. jangan kata tidak pada cookies and coffee
Enak sungguh bila dapat menikmatinya bersama secawan kopi kurang manis.. emm..


Cookies ni ita sediakan sewaktu melawat Azrul tempoh hari. Awal-awal lagi dia dah titipkan pesanan " mak jangan lupa bawakan kita cookies.. kalau lapar malam-malam nanti ada juga jajan-jajan yang boleh di kunyah" kedengaran suara Azrul di hujung talian..

Sedari kecil Azrul memang pemakan orangnya. Kerana dia juga ita gagahkan diri untuk sering berada di dapur. Menyediakan hidangan untuk anak-anak dan suami.
Kerana dia juga ita kini boleh memasak dan tak segan bila berada di kelompok mertua dan ipar duai.



Seawal usia kandungan lagi minat memasak mula timbul. Ita kerap menonton rancangan masak di kaca TV. Pasti ita akan menunggu Chef Wan memasak setiap hari, menyalin resepi dan mencuba.  
Ada masa jadi.. ada masa..tidak..
Sebelum suami pulang.. ita dah humban semuanya.. jangan ada sisa.. takut pula di bebel..

Esok ita cuba lagi dan lagi.. hingga perut semakin hari semakin membuyut..

Bila dia lahir barulah ita tau.. dia sukakan makanan.. apa sahaja akan di cuba.. tidak pernah kata tidak enak.. jawapannya pasti akan menjelaskan setiap makan itu ada keistimewaannya..
Dia suka mencuba.. 
Kini anak bujang ini juga suka membantu ita memasak di dapur..
Paling tak suka.. ya Allah Azrul.. habis kecah dapur makkk...


Chocolate Oats Cookies

280 gm mentega atau margerin
90 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen butter
1 biji telur
1 biji kuning telur
20 ml susu cair

350 gm tepung gandum atau tepung Ros
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh Soda
~ 3 bahan di atas di ayak bersama

250 gm Choc Cip
80 gm oats ~ di bakar sekejap dalam 6 - 10 minit suhu 160C
30 gm Cornflakes ~ di ramas kasar
30 gm badam cincang ~ di bakar sekejap dalam 6-10 mint dgn suhu 160C

Sebatikan mentega, gula vanilla dan esen butter hingga sebati.
Kalau guna mixer pukul kejap aje dengan sped perlahan.
Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair
Tambahkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda
Gaul sebati
Masukkan choc cip, oats, badam dan cornflakes yang tellah di ramas kasar
Sudukan atau buat bentuk bola sebesar guli kecil
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 20minit dengan api atas dan bawah
Oven hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Biarkan biskut sejuk sepenuhnya di atas redai
Susun biskut dalam bekas yang kedap udara untuk tahan lama kerangupannya.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 843