Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

My Makeup Set

$
0
0

Hari ni ita bukan nak ajar make up ya.. sekadar berkongsi idea dekorasi untuk kek cawan hantaran yang di tempah customer. 
Satu set kek cawan ni ada 12 pc. 
Kek cawan ita ni bersaiz L iaitu saiz yang paling besar.
Kek pilihan tuan empunya diri adalah Red Velvet bertopingkan buttercream.
Tema hiasan pula barangan makeup berjenama.
hihi ita ni kalau barang makeup ita tak berapa tahu sangat. Yang popular mungkin MAC dan untuk minyak wangi pula ita pilih CHANEL.

 

CHANEL adalah koleksi minyak wangi kesukaan ita pada zaman jahiliah hihi...
Sekarang ita dah tak guna Chanel sebab susah nak sembahyang. Kandungan acohol yang terdapat di dalamnya, menurut pembacaan ita dan pertanyaan dengan beberapa ustazah tidak boleh di bawa dalam solat.

Ita bertukar pada Amouge. Amouge adalah minyak wangi yang popular di kalangan masyarakat Timur Tengah. Masa ita beli, menurut penjual tu ianya boleh di bawa dalam solat dan ada siljil yang ditunjukkan yang menerangkan tentang kandungannya yang halal dan suci wallahhualam...


MAC adalah jenama makeup yang cukup popular terutamanya di kalangan mereka yang pertengahan usia. Dulu rajin jugaklah nak bermakeup, sekarang macam tak berapa suka.. bukan apa malas nak cuci muka yang bermake up bila nak solat. Kalau tak bermakeup lebih mudah dan ringkas..

Entahlah... mungkin juga akibat faktor usia.. anak-anak yang dah semakin dewasa.. Kadang anak-anak ita bising juga kalau maknya dok bermakeup.. lambat katanya.. hihi maklumlah orang pompuan ni kalau dah depan cermin.. berjam-jamlah lamanya.. ya tak? hihi.. atau mungkin ita aje kot yang macam tu..


Amboiii... melalut ke laut pulak ita pagi.. pagi ni.. Sebenarnya banyak lagi kerja yang perlu ita siapkan.. Kejap lagi nak pergi ziarah Azrul di PLKN, nak juga buatkan makanan kesukaannya.. Ok lah ya.. ita cau.. dulu nanti tak siap pulak kerja ita.. sambunglah cuci mata...

Assalamualaikum..








Viewing all articles
Browse latest Browse all 843

Latest Images

Trending Articles


“Mr bolero banat lines”


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



Latest Images