Assalamualaikum
Ini adalah tempahan kek untuk hari ni.
Frozen cup cake untuk ulang tahun anaknya yang sangat mengemari cerita yang pada ita cukup menarik untuk di tonton.
Pada mulanya ita pun cuak jugak nak buat cup cake ni.. sebab bila ita google ita tak jumpa lagi cup cake frozen karektor ni, kalau ada ianya menggunakan edible image. Jenuh jugak ita nak fikirkan bagaimana cara ita nak realisasikan impian tuan empunya yang ingin mengembirakan hati anaknya.
Beberapa hari jugak ita dok fikirkan
Alhamdulillah..
Dan akhirnya dapat juga idea yang muncul secara sepontan.. dan inilah hasilnya
Harap sangat anak-anak ni suka dan happy dengan karektor kartun yang mereka suka
Ada 3 karektor yang di minta Anna, Snow Queen Elsa dan snow man Olaf.
Kek yang diminta ialah rainbow kek.
Deco hiasan daripada fondant
Terima kasih kerana percaya dan sudi tempah kek dengan ita. Harap sangat semua suka. Kalau ada sebarang kelemahan ita mohon ampun dan maaf sesungguhnya setiap kelemahan datangnya dari kealpaan ita jua..