Hujung minggu datang lagi..
Bila tiba hujung minggu, lebih-lebih lagi menjelang cuti persekolahan pasti banyak perancangan yang telah di atur untuk anak-anak.
Pasti banyak jemputan perkhawinan, kenduri kendara atau ada yang merancang untuk pergi berkelah bersama keluarga.
Sebelum pergi jangan lupa dapatkan senaskah majalah AROMA di pasaran, pasti anda akan menyukainya kerana AROMA bulan ini menampilkan pelbagai resepi menarik untuk anda seisi keluarga.
Gandingan mantap pelbagai resepi yang memang sesuai untuk bekalan sepanjang perkelahan pada cuti sekolah kali ini.
'Bento' nama yang agak asing bagi kita di Malaysia, tapi tidak asing di Jepun, Korea mahupun Indonesia. Bekalan comel untuk Si Cilik, pasti buatkan anak-anak tak sabar untuk menikmatinya. Dengan gubahan karaktor kartun yang comel, objek-objek kecil berupa bunga, pokok, serangga yang kecil, seperti rama-rama, ladybird dan lain-lain lagi, pasti buatkan anak-anak melompat-lompat keriangan.
Comel kan?? emmm.. sebenarnya banyak lagi yang anda boleh saksikan dalam majalah AROMA bulan ni...
Resepi yang dikongsikan oleh Yunita Rahmasari ini cukup menarik! Pasti anda juga tak sabar-sabar menyediakan Bento untuk anak-anak bagi bekalan mereka ke sekolah.
Jangan lupa dapatkan AROMA di pasaran hari ini juga!!
Atau ada yang sedang tercari-cari kudapan yang sesuai untuk anak-anak sepanjang cuti ini. Maklumlah cuti yang panjang dan berhadapan pula dengan musim tengkujuh, pastinya perut anak-anak sentiasa mengalunkan irama keroncong untuk diisi.
Apakata, kita beli AROMA, dan dapatkan koleksi resepi dari Rahel yang didatangkan khas dari Negeri Di Bawah Bayu yang sudi kongsikan koleksi resepi untuk Si Comel..
Selepas ni.. anak-anak tak akan merungut lapar lagi.. kerana banyak bekalan yang di sediakan ibu untuk menemani mereka ketika menonton TV atau bermain 'play station'
Sesekali bertukar selera tak salah rasanya..
Kali ini majalah AROMA juga menampilkan koleksi resepi istimewa dari negara seberang Indonesia.
Resepi manisan dan kuih muih di kongsikan oleh seorang blogger manis dari Indonesia yang semakin meningkat naik namanya di arena blog masakan bukan sahaja di negara kelahirannya malahan namanya juga menjadi sebutan blogger-blogger masakan di Malaysia.
Melihatkan air tangannya, pasti tertelan air liur kita di buatnya dan seakan tak sabar-sabar untuk mencuba!
Dengan bakat semulajadi anugerah Ilahi, Hesti, sudi kongsikan beberapa koleksi resepi yang terbaik dari seberang buat penggemar masakan di Malaysia untuk di cuba .. apa tunggu lagi..!!
Deman crepe tak kebah lagi..
Malahan semakin hangat..
Bagi penggemar crepe, bulan ini AROMA menghimpunkan koleksi pelbagai resepi crepe untuk anda..
Jemu dengan durian crepe.... atau anda alah dengan durian..
Kini anda mampu tersenyum. Dengan membeli senaskah AROMA, anda di hidangkan dengan pelbagai citarasa crepe untuk di cuba.. !!
Bagaimana pula dengan Mille Crepe??
Gandingan antara crepe, krim keju dan Oreo pasti membuatkan anda tak sabar-sabar mahu mencubanya..
Bayangkan crepe di lapisi krim keju, di selang selikan pula dengan kepingan oreo aduh!! siapa yang boleh menolaknya..
Nak dapatkan resepi??
Jangan lupa dapatkan AROMA di pasaran, salah satu koleksi resepi dari ita yang belum ita kongsikan di blog..
Bukan itu aje.. tau!
Ada lagi..
Pelbagai himpunan crepe lain yang anda pasti tak sabar-sabar nak merasa..
Crepe Nangka, kesukaan Dalili. Berkeping-keping di makannya.. suka pulak anak dara ita dengan crepe nangka ni.. Mungkin harum nangka dan rasanya yang tidak terlalu berat buatkan dia tak puas-puas menikmatinya..
Bagaimana pula dengan Tuty Fruity Crepe.. aaaa bagaimana pula rupanya??
Nak tau.. kena lah beli AROMA bulan ni..
Jutaan terima kasih buat Siti Dimiati, selaku Editor majalah AROMA dan seluruh warga kerja AROMA yang telah memberikan kepercayaan kepada ita, untuk berkongsi resepi dan minat kepada pembaca setia majalah AROMA.
Majalah AROMA kali ini amat menarik! sentuhan grafiknya semakin mantap dan olahan yang cukup segar, penuh kelainan..
Semoga majalah AROMA terus suksess dan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca.